Kopitiam Bang Nan |
- Utusan mahu Brahing Ali ganti Najib??
- Jangan pertikai...
- Bilalah Najib atau Rosmah nak komen ni..????
| Utusan mahu Brahing Ali ganti Najib?? Posted: 14 Sep 2010 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Sept – Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia seolah-olah memperlekehkan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil berkata, sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu 'menggantikan' beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa arah aliran laporan Utusan Malaysia dan editorialnnya sejak kebelakangan ini menunjukkan akhbar harian itu terbitan Kumpulan Utusan sudah lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya. "Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir? "Saya kadangkala tertanya-tanya jika mereka ada agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib," kata beliau ketika dihubungi malam tadi. Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara awal April 2009. Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, dengan memainkan kenyataan-kenyataan Dr Mahathir menyokong pertubuhan hak Melayu Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, ia dengan jelas memperkecilkan konsep 1 Malaysia dibawa oleh Najib. "Mereka seharusnya mempromosikan konsep 1 Malaysia dan bukannya memperlekehkan program beliau. Saya lihat begitu... mereka menyokong Dr Mahathir," katanya. Jelas beliau ekoran perspektif laporan mereka, Utusan Malaysia mahu memberikan lebih banyak liputan kepada pendirian Dr Mahathir berbanding Najib. "Mereka kelihatan mempunyai agenda sendiri. Adakah mereka mempunyai agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib?" kata beliau. Bagaimanapun wakil rakyat dari Perak ini menegaskan, kemungkinan ini sangat tipis memandangkan akhbar harian dari Kumpulan Utusan ini adalah milik Umno yang presidennya ialah Najib. Najib yang dipilih sebagai Presiden Umno akhir Mac 2009 dan kemudian sebagai Perdana Menteri yang keenam memperkenalkan konsep 1 Malaysia. "Dan sudah tentu, 1 Malaysia adalah agenda Najib, maka akhbar dimiliki Umno seharusnya menyokong Najib dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia. "Tetapi, saya tidak tahu... saya tidak terlibat dalam soal ini secara langsung. "Macam di Harakah, mereka mempromosikan program PAS, Suara Keadilan mempromosikan PKR, The Star mempromosikan MCA tetapi akhbar Umno Utusan tidak menyokong ketua sendiri," katanya. Nazri mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang secara terbuka menyokong dasar Perkasa dan pendirian-pendirian memihak pertubuhan bukan kerajaan meskipun Umno mengumumkan tidak menyokong dan mahu menjauhkan diri daripada Perkasa. Umno, komponen dominan dalam Barisan Nasional juga mengambil pendirian yang sama pada mesyuaratnya minggu lalu atas alasan tidak mahu Perkasa menghakis sokongan kepada perikatan 13 anggota itu. Utusan Malaysia membawa laporan meluas menyokong Perkasa semalam - antara komen pelbagai pihak termasuk orang ramai serta rencana di halaman editorial. Rencana itu bertajuk "Kenapa memusuhi Perkasa" manakala tinjauan orang membawa tajuk "Majoriti orang Melayu menyokong Perkasa". Edisi Ahad, Mingguan Malaysia juga menyatakan pendiriannya mempertahankan Perkasa. Ahad lalu, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut. "Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah," katanya. Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu. Nazri berpendapat bahawa laporan tinjauan itu hanya berdasarkan temu bual terpilih dengan minoriti Melayu sambil menegaskan, ia tidak semetinya menggambarkan pandangan akar umbi. "Bagi saya, mereka tidak mewakili perasaan orang Melayu di akar umbi kerana orang Melayu yang menyokong PAS akan terus menyokong PAS tanpa mengira apa yang diperkatakan oleh Utusan dan begitu juga pengikut PKR yang akan menyokong (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)... mereka tidak kisah apa yang Utusan kata, dan begitu juga yang membabitkan lain," katanya lagi. Nazri memberikan contoh persekitaran di bahagian Parlimen Padang Rengas, Perak dengan berkata, Perkasa tidak dapat mengocak pengundi-pengundi Melayu di kawasannya. "Saya ketua Umno Padang Rengas... di akar umbi, tiada cakap-cakap mengenai Perkasa dan di bahagian saya, tiada mereka yang menyertai Perkasa. "Begitu di bahagian jiran Kuala Kangsar, Sungai Siput, Lenggong, Bukit Gantang... Perkasa tiada impak langsung," katanya. Nazri menambah, Perkasa hanya dijadikan popular oleh Utusan Malaysia. "Mereka tiada impak di kawasan luar bandar dan anda mahu tahu mengapa? Ini kerana pemimpin-pemimpin Perkasa adalah ahli Umno yang telah ditolak sebelum ini. "Ahli Umno yang memegang jawatan dalam bahagian tidak akan menyokong Perkasa," katanya. "Lihat pada Ibrahim Ali, yang beliau sendiri adalah pemimpin ditolak oleh Umno. Timbalan beliau juga tewas dalam pemilihan bahagian dan begitu juga ketua pemudanya," kata beliau lagi. Ibrahim yang menubuhkan Perkasa dua tahun lalu telah dipecat Umno pada 2004. Pada 2008, Ibrahim bertanding di Pasir Mas sebagai wakil Bebas atas tiket PAS tetapi memutuskan hubungan dengan komponen Pakatan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen itu. |
| Posted: 14 Sep 2010 06:52 AM PDT Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan tidak wajar dipertikaikan langsung. Ianya mengikut Undang2 Tubuh Kerajaan Kelantan. Apa nak bising2. Ini bukan rampasan kuasa sebagaimana yang berlaku di negeri Perak. As simple as that. Mana2 pihak yang kelihatannya seperti negarawan di pihak BN ketika Perak dirampas dari Pakatan Rakyat, sewajarnya mengenepikan perasaan peribadi dan perlulah mengambil sikap yang sama menasihatkan kerabat terdekat agar akur dengan keputusan oleh majoriti Majlis Perajaan Negeri. Tak payahlah mana2 kutu tiba2 nak tunjuk baik dengan menulis "Bila Ibu Melahirkan Tuannya"...sedangkan dalam hidupnya dia biasa menggigit tangan yang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Teringat sangat kuliah maghrib "Allahyarham Ustaz Ahmad Basri" dari Kg. Jenalik tentang Kesultanan Kelantan. Rasa bersyukur sangat Tengku Faris Petra akhirnya menjadi Sultan. Mudah2an lenyaplah segala cerita negatif selama ini. Sebagaimana yang dilaporkan oleh NST hari ini, diakhir ucapan pemasyhuran semalam...TGNA melaungkan takbir..."Allahuakbar 3x"... Allhuakbar... |
| Bilalah Najib atau Rosmah nak komen ni..???? Posted: 14 Sep 2010 12:46 AM PDT TPM kutuk pembunuhan kejam Sosilawati, tiga pengiring KUALA LUMPUR, Sept 14 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengutuk perbuatan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya and tiga individu lain. Terkejut dengan kes pembunuhan empat individu itu di bulan Syawal yang mulia ini, Muhyiddin dalam satu kenyataannya hari ini berkata: "Tiada insan yang berfikiran waras akan bertindak sedemikian". Muhyiddin turut menyampaikan salam takziah kepada anggota keluarga Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, Ahmad Kamil Karim dan Noorhisham Mohammad berikutan kehilangan orang tersayang dan berharap kaum keluarga terbabit tabah menghadapi tragedi itu. "Saya berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Amin," katanya. Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat. Muhyiddin berkeyakinan pihak berkuasa akan memastikan pembunuh terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan. "Saya meminta kerjasama semua untuk bertenang dan menghulurkan bantuan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kes tersebut kepada pihak berkuasa agar ia dapat diselesaikan dengan segera," katanya. — Bernama |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan