Khamis, 9 September 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Minal 'Aidin Wal Faizin....

Posted: 08 Sep 2010 09:50 PM PDT


Alhamdulillah…semalam (Rabu)…teman sekeluarga selamat sampai ke Changkat Jering, Taiping tepat jam 5.00 petang. Bertolak dari Bukit Indah selepas solat Zuhur. Jadi perjalanan cuma memakan masa 3 jam lebih sikit. Tak ada jem langsung…Itupun berhenti 2 kali. Sekali di Bidor kerana nak hilangkan rasa mengantuk dan sekali lagi di Sungai Perak kerana orang rumah nak beli ikan patin masak tempoyak.

Pagi ni pagi2 selapas Subuh teman telah pergi shopping di Pasar Taiping. Daging batang pinang (fresh) kat sini dijual dengan harga RM18.00 saja. Ayam kampong RM12.00 sekilo, mahal RM2.00 kalau dibandingkan dengan harga jualan di Pasar Kubur Kosas. Lain-lain sayur mayur masih murah kalau nak dibandingkan dengan KL.

Oh ya…ketupat semalam teman dah settle. Pagi ni cuma nak rebus sahaja. Pak Mertua teman tengah sibuk menguruskan lemang. Anak-anak teman tengah dok pulun menolong atok masing-masing.

Hampir berlalu Ramadhan tahun ini dan bakal menjelma Syawal dalam sedikit waktu lagi. Mudah-mudahan dalam kedua-duanya kita semua beroleh keberkatan. Amin.

Teman dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali teman baik jauh mahupun yang dekat.

Kepada G dan anak-anak semua, Hafizzuddin Ameer, Ameera Syahirah, Haniff Ameeruddin dan Ameera Nur Iman, ayah panjatkan doa pada Illahi agar kita semua dihindarkan dari seksa api neraka dan azab kubur. Mudah-mudahan jannah itulah tempat kita yang kekal abadi.

Kepada adik beradik teman semua, Long, Ngah, Hamid, Mohaya, Hamdzah, Nor dan Aton dan keluarga masing-masing teman doakan agar Ramadhan yang berlalu tidak sia-sia.

Kepada keluarga belah isteri teman, Abah, Mak, Kak Jah, Adik Aa dan Adik…teman doakan Hari Raya ini akan lebih bermakna dan menggembirakan.

Begitulah juga dengan semua saudara mara, ustaz-ustaz, jiran-jiran, rakan taulan, YB Khasim, pemimpin PAS Kawasan dan Cawangan, followers dan pembaca blog Kopitiam Bang Nan dan rakan-rakan dalam fb teman, serangkap pantun teman hadiahkan…

Kopitiam Bang Nan nama diberi
Tempat luahan isi di hati
Salah dan silap harap dimaafi
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Seperti biasa, lepas Taiping ke Batu Pahatlah teman. Jauh lagi perjalanan yob…..kita jumpa lepas rayalah yer yob2 semua..!!

Tiada ulasan: