Kopitiam Bang Nan |
- Lain padang lain belalang yob!!
- Kisah mangkok ayun...
- Alahai Mek Wok, Tok Samad, Ali Kuttipun bayar zakat jugak....!!
| Lain padang lain belalang yob!! Posted: 06 Sep 2010 07:19 PM PDT Aku kalu masa macam ni 35-40 tahun lalu...tengah soronok sakan menolong kedua2 orang tua aku samada buat pelita dari batang buluh (ayah) atau dok spring telur merah untuk buat baulu cermai (untuk mak).Pelita tu penuh kat laman rumah. Petang2 kerja aku ialah isi minyak tanah. Lepas berbuka...aku dok cucuh api kat sumbu pelita tu. Malam lepas tarawih aku dok tibai main mercun dan bunga api dengan kawan2. Tak pernahlah pulak aku dengar budak2 kampong aku masuk hospital pasal main mercun. Kerajaan pada masa tu pun agak liberal berbanding dengan sekarang. Larangan menjual mahupun membeli mercun tak ada. Ayah, emak dan abang2 akupun ok jer.... Puas main bunga api kita orang main galah kat halaman masjid. Tok Imam tak marah juga. Sembahyang tarawih kat kampong aku...standard 20 rekaat. Tak mainlah lapan rekaat ni. Tazkirah? Apa benda alah tu? He he.... Paling kuatpun Pak Imam baca Surah Ad-Duha...itupun dah ada makmun yang merungut...Apa hal panjang sangat...Ish ish... Kalau nak tau kisah Surah Ad-Duha ni...begitu begini (bahasa Arab:الضحى) adalah surah ke-93 dalam al-Qur'an dan terdiri atas 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang artinya "waktu matahari sepenggalahan naik". Surat Adh Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu....mau riot kampong aku pada masa tu. He he...kampong Umno yob. Bila aku melanjutkan pelajaran ke STK... menjelang hari raya, satu benda yang aku tak akan lupa sampai la ni ialah bila mana arwah mak akan tunggu aku untuk buat ketupat. Antara adik beradik aku yang kecik2...aku punya skil buat ketupat. Jadi dah jadi macam rutin... bila menganyam ketupat aku mesti sama2 buat dengan mak aku. Sampai aku dah masuk ITMpun mak aku akan tunggu aku untuk melaksanakan tugas wajib ini.Sebab itulah sampai la ni aku masih menganyam ketupat bila tiba hari raya. Aku bisa saja beli di sepanjang jalan di Melawati dan Keramat, tapi manakan sama kenangan manis bersama mak? Sambil2 menganyam aku sedekahkan fatihah untuk kedua2 orang tua aku. Terfikir juga kadang2...bila aku dah tak ada apakah kenangan manis yang akan anak2 aku ingati ketika mereka sudah berusia seperti usia aku sekarang? Ingatkah mereka? Wallahu'alam. Oh ya...seminggu sebelum raya selalunya ayah akan bawak aku dengan adik yang bongsu (Ton) ke Batu Pahat. Apa lagi?? Shoppinglah yob. Gi Batu Pahat tu dah kira gi KLCC dan Pavillionlah la ni...He he.. Baju raya (baju melayu) tak pernah beli. Mak beli kain dan jahit sendiri ajer...Cumanya beli kasutlah yob. Kat mana lagi kalu tak kat kedai Bata. Yang pasti harganya tiap-tiap tahun tak lebih dari $9.99. Bergaye teman menyambut Aidil Fitri yob ... Bila Hari Raya tiba...pagi2 rutin aku ialah sarapan dengan ketupat, lepat pulut, kari ayam kampung, rendang daging, sambal goreng dan lodeh. Laksa Johor ke amende ke tak mainlah... Lepas tu gi sembahyang raya kat masjid betul2 depan rumah aku. Berduyun2lah orang kampong ke masjid tu..yang tua2 bawa pot luck masing2. Hmm...kena seround lagi kat masjid. Masya'Allah. Memandangkan ayah aku tu Ketua Kampong, Pak Naib kata orang2 kampong...dan rumah aku pulak betul2 depan masjid, jadi hari pertama yang dituju ialah rumah aku. Ini dah kira macam upacara resmilah. Kalau hari ni macam kat Seri Perdana kot. Biasanya anak2 buah ayah aku + adik beradik + sedara mara...makanya sampai ke dapur penuh. Hmmm...seronok bukan kepalang. Kat rumah aku biasanya cuma jamu kuih muih ajer...Air botol Loong Chan berbagai perisa. Oren, sarsi dll...Uniknya ialah bila masing2 nak balik dan bermaaf-maafan...budak2 muda ok...Ni yang orang2 tua ni...tiap2 sorang ambil masa lebih kurang 2 minit untuk minta maaf secara resmi. Baik depan arwah mak maupun ayah. Macam khutbah nikah aku tengok. Dudukpun bersimpuh. Ada yang guna bahasa Jerman...ada yang guna bahasa melayu. Bersungguh2 minta maaf. Allahukabar. Hebat tradisi orang dulu2.... "Baraan"...apa benda tu? Nak tau lebih lanjut tanya Loyar Md. Noh. Kira2 macam ziarah menziarahi di pagi rayalah yob. Bayangkan kampong aku tu ada kira 60-70 buah rumah. Semuanya nak dikunjungi dalam amasa sehari. Boleh pergi. Isi minyak motor penuh...boleh cover. Tapi nak dijamah hidangan tuan rumah tu yang tak larat nak memikionye yob. Air ajer cukuplah. Kalau minum 1 inci setiap gelas untuk say, 30 buah rumah...mau pecah pundi2 kencing tu. Bayangkan juga bila oren + sarsi + sirap + ice cream soda + Loong Chan + Mirinda + F&N + tu + ni....kesudahannya klinik juga yang penuh. But those were the days...whatever it is...aku enjoy giler. La ni lain yo. Boss akupun hari raya pertama dah turun padang golf. He he...selamat Hari Raya Boss... Anak2 aku pulak bila gi shopping tak cukup satu tempat. Sogo punya besor tu pu dia orang tak jumpa apa yang nak dibeli. Lepas tu singgah Times Square, KLCC...bla bla. Dengor2 cerita hari ni gi Sg. Wang pulak. Kesian budget ciput nafsu besar. Tap mengenang2kan masing2 bangun malam untuk qiyyam...hati aku sejuk semula. Macam tu lah yob. Lain padang lain belalang...!! |
| Posted: 06 Sep 2010 06:44 PM PDT Nak tergelak kerenah mat tilam ni. Marah bebeno kontrak tak disambung. Gila kuasa... Maka disesahnya Menteri yang tak sambung kontraknya. Dibongkarlah segala rahsia yang bukan rahsia itu. Mangkok ayun yang paling ayunpun dalam dunia ni tau kisah dia ni cuma jadi khadam menteri Umno selama ni. Hmm..malah jawatan yang dia perolehi itupun sebebenonye upah kerana keupayaannya merekacipta satira kisah tilam busuk. Alahai... Marah kat menteri macam manapun rakyat tak terasa kesian. He he...padanlah muka. Tak mati lagi...Allah dah bagi balasan... Sekurang2nya...Anwar yang kena penaya tu ada harapan jadi PM lagi yob..he he!! Kepada anggota PDRM...teman cuma nak tumpang gumbira!! Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin!! Musa kecewa ada pihak campur tangan urusan polis KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang. "Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan. "Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 September ini di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu. Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau. [Selebihnya miker baca cari sendirilah yob2 oii] |
| Alahai Mek Wok, Tok Samad, Ali Kuttipun bayar zakat jugak....!! Posted: 06 Sep 2010 02:47 AM PDT Najib pays his tithe PUTRAJAYA, Sept 6 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today paid the "zakat fitrah" (personal tithe) for himself and his dependants at the Prime Minister's Office here. The tithes were paid to the "amil" (tithe collector) from the Federal Territory Tithe Collection Centre, Ahmad Husni Abd Rahman. Several staff and officers from the Prime Minister's Department also fulfilled their duties as Muslims in paying the tithes. The personal tithe is payable from the first day of Ramadan until before the Hari Raya prayer is performed on the first day of Syawal. — Bernama |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan