Kerabu Bersuara ® |
- ‘DNA’ pemimpin Umno: Ibrahim mahu dedah tapi tidak mahu ditekan
- Ku Li Pengarah Prk Galas? Muhyiddin Cuba Memerangkap Ku Li
- 'Kedudukan istimewa' orang Melayu: Syor-syor Suruhunjaya Reid
- Kalau Adun Kulim Dirasuah RM5 Juta Berapa Pula Rasuah Ahli Parlimen?
- UMNO KRITIKAL
- Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan Melayu
- Apa sangat boleh dibanggakan dengan Melayu?
- Timbalan KPN: Polis terima laporan penipuan bukan kehilangan Allal
- Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta
- Melayu diminta perkuatkan PAS di Pulau Pinang
- Kenyataan rasis: Pemuda MIC mahu KSN ambil tindakan tegas ke atas pegawai kanan awam
- PAS yakin Ku Li ambil pendekatan 'low profile'
- Muhyiddin Anggap Anwar Lakukan Dosa Kering Burukkan Imej Negara
- Mahasiswa Bakal Bawa Kemusnahan Umno-BN Pada PRU-13
- Amber Chia Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
- Peneroka menang lagi kes saman Felda
- Adu kepada JPP atau sekretariat PKR
- Muhyiddin Bagi Bola Tanggung Kepada Saifuddin?
- 10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011
- JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno
- Kekosongan kerusi Galas dimaklum kepada SPR
- Umno Iri Hati Program Bantu Rakyat Miskin Dengan Fitnah Sumber Duit Judi
- Kit Siang Ingatkan PR Sedia Hadapi PRU-13 Dalam Enam Bulan
| ‘DNA’ pemimpin Umno: Ibrahim mahu dedah tapi tidak mahu ditekan Posted: 29 Sep 2010 09:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 29 Sept – Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau hanya akan mendedahkan rahsia pemimpin Umno - dua ahli Parlimen dan seorang menteri – apabila tiba sama yang sesuai tetapi hanya mahu ikut rentak mereka sekarang. "Sama ada nak dedah rahsia mereka, terpulang kepada saya kerana saya hanya akan menari ikut rentak. "Kalau cakap pasal mereka makna adalah sesuatu yang saya tahu," katanya ketika sidang media di pejabat Suara Perkasa Sdn Bhd di sini di sini. Presiden Perkasa itu berkata bahawa beliau bersedia menghadapi apa sahaja kritikan daripada mana-mana semua pihak termasuk pemimpin Umno. "Saya bukan penakut, saya sedia hadapinya jadi tidak perlu nak paksa saya. "Kalau saya cakap akan dedah maknanya akan dedah, saya nak tengok siapa tekan siapa dulu," katanya. Ketiga-tiga pemimpin Umno tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Sebelum ini, Nazri mencabar Ibrahim supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang. Beliau menegaskan, ugutan Ibrahim baru-baru ini sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap "rasisme" yang dibawa oleh Perkasa. Dalam program Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno tersebut supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13. "Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa," kata beliau sambil mendakwa, "Saya tahu DNA mereka." "Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Ketika ditanya mengenai isu kenyataan seorang pagawai kanan Biro Tata Negara yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Isnin lalu, Ibrahim mempertahankan pegawai tersebut sambil mengkritik tindakan sesetengah pemimpin yang telah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum perkara itu disiasat. "Benda ini masih lagi baru, kita pun belum tahu sama ada perkara ini benar atau tidak. "Jadi tidak seharusnya pemimpin politik menjatuhkan hukuman kepada pegawai tersebut, biar pihak berwajib menyiasat terlebih dahulu perkara ini. "Kalau belum apa-apa dah jatuhkan hukuman macam mana kita nak melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu perpaduan ini," katanya. Kelmarin, Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Hussain telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang. "Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas," kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno baru-baru ini. "Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran," tambah beliau. Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan -masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi. "Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC," katanya lagi. "Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi. "Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi," kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini. "Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu," kata beliau. Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi 'mangsa' tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri. Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri. Dalam pada itu, Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC sebelum inijuga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini. Beliau juga menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut. Subramaniam bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri. Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini. Pagi tadi Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru Hamim, yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain. Ibrahim yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas juga mencadangkan agar kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap seorang paderi di Sarawak yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak. "Kita cadangkan agar ISA digunakan terhadap paderi itu kerana telah menyampaikan ceramah yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menyinggung perasaan orang Islam. "Perkasa memang kesal dengan paderi itu dan kita harap kerajaan dapat bertindak pantas dan tegas bagi menangani isu ini," katanya. Beliau berkata kerajaan juga perlu menggunakan ISA terhadap mana-mana individu yang melakukan perkara berbaur perkauman dan keagamaan. "Kita mahu kerajaan bertindak pantas dalam isu kerana sebelum ini banyak isu perkauman yang berlaku namun tindakan terhadap mereka lambat dan mengambil masa yang lama. "Jadi kita mahu kerajaan memandang serius akan perkara ini. Kalau kerajaan menggunakan prosedur biasa ia agak lama dan lebih baik jika ISA digunakan. "Saya percaya kalau kerajaan tidak mengambil tindakan dalam isu ini rakyat mungkin akan mengambil tindakan sendiri," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di internet. The Malaysian Insider difahamkan polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat perkara tersebut. |
| Ku Li Pengarah Prk Galas? Muhyiddin Cuba Memerangkap Ku Li Posted: 29 Sep 2010 08:30 AM PDT Ku Li dilantik pengarah pilihan raya Umno-BN DUN Galas KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini. "Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN. Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat. Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas. "Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah," kata Muhyiddin. Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaiman, 46, dari Pas akibat barah usus, dua hari lepas. – Bernama |
| 'Kedudukan istimewa' orang Melayu: Syor-syor Suruhunjaya Reid Posted: 29 Sep 2010 07:30 AM PDT Pada Sept 6 baru-baru ini, agensi berita nasional Bernama telah memetik tokoh sejarahwan Prof. Emeritus Khoo Kay Kim sebagai berkata, "Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami perlembagaan." Mengikut Khoo, masyarakat kini "buta sejarah" kerana tidak mengetahui ataupun kurang arif tentang beberapa fakta sejarah (seperti di bawah): (1) Kedudukan istimewa orang Melayu telah pun ditetapkan pada zaman penjajahan British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada Feb 1, 1948; (2) Pengiktirafan tersebut adalah berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu sejak 1895, di mana sudah tertubuh sembilan kerajaan negeri yang kekal sampai ke hari ini; (3) Perkara 'kedudukan istimewa' di dalam perlembagaan persekutuan 1957 merupakan kesinambungan daripada apa yang sedia ada sejak 1948; (4) Kaum-kaum bukan-Melayu sendiri pada waktu iti bersetuju usul 'kedudukan istimewa' dimasukkan ke dalam perlembagaan persekutuan. Memang benar perkara 'kedudukan istimewa' telah dimasukkan di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebab pada masa itu Pesuruhjaya Tinggi British dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedudukan istimewa kaum Melayu serta kepentingan sah kaum-kaum lain. 1 Berkenaan pengiktirafan British terhadap asal usul kerajaan Tanah Melayu sejak 1895, harus juga diingati fakta sejarah bahawa pihak penjajah sendiri seolah-olah mengetepikan persefahaman ini apabila British memperkenalkan gagasan Malayan Union pada 1946. Adakah British sengaja 'lupa'? Atau adakah mereka lebih mengutamakan objektif untuk mewujudkan satu kerakyataan bersama [common nationality] dalam negara ini yang bakal dimerdekakan? Walau apapun sebab-musababnya, Malayan Union tidak mengambil kira tradisi sejarah tanahair (mulai tahun 1895) di samping mengenepikan 'fakta sejarah' kedaulatan kerajaan Tanah Melayu. Namun begitu, pihak British akhirnya juga terpaksa membubarkan Malayan Union pada bulan Mei 1946 selepas penentangan hebat daripada kaum Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan Umno. Adakah kaum-kaum lain menyetujuinya? Berkenaan fakta sejarah bahawa kaum-kaum lain telah bersetuju untuk perkara kedudukan istimewa dimasukkan dalam perlembagaan, huraian Khoo adalah kurang lengkap dan dengan itu tidak memberikan gambaran yang menyeluruh. Persetujuan yang dimaksudkan itu bukan sesuatu yang dicapai dengan mudah. Untuk memahami konteks persetujuan tersebut, kita perlu meneliti proses perundingan antara pemimpin-pemimpin masa itu. Semasa perbincangan berlangsung dari tahun 1956 ke 1957 bagi usaha persiapan memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid (kiri), perkara 'kedudukan istimewa' hangat dibahaskan oleh Umno, MCA dan MIC. Walaupun kata sepakat akhirnya dicapai mengenai perlu adanya artikel atau perkara tersebut, parti-parti komponen Perikatan tidak bersetuju supaya 'kedudukan istimewa' itu kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya mereka hanya bersetuju bahawa ianya akan wujud selama suatu tempoh masa terhad sahaja. Akan tetapi bagi mengelakkan tekanan daripada puak-puak radikal yang membantah, para pemimpin Perikatan tidak memasukkan had tempoh masa 'kedudukan istimewa' itu di dalam memorandum mereka. Sebaliknya, semasa pembentangan memorandum Perikatan kepada Suruhunjaya Reid, Tun Abdul Razak telah memaklumkan satu cadangan tambahan, iaitu provisi atau syarat untuk mengkaji semula perkara 'kedudukan istimewa' tersebut 15 tahun selepas Merdeka. "On the question of the special position of the Malays, there is added a provision for review, and we suggest 15 years after the declaration of Independence." 2 Berdasarkan ketetapan ini, Suruhanjaya Reid telah memasukkan perkara 'kedudukan istimewa' sebagai "transitional provision" (yakni, suatu provisi transisi atau alihan) dalam draf Perlembagaan Persekutuan 1957. Apabila Laporan Reid diterbitkan pada Feb 21, 1957, kaum Melayu dan kaum-kaum lain masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Dua kelas warganegara Beberapa golongan kaum Melayu tidak bersetuju dengan had tempoh masa 15 tahun. Manakala golongan tertentu kaum-kaum lain meluahkan kebimbangan mereka bahawa kedudukan istimewa yang dimuatkan dalam dokumen tersebut akan mewujud dua kategori warganegara. 3 Akhirnya, bersemuka dengan penentangan dan tekanan hangat daripada beberapa golongan di dalam dan di luar Parti Perikatan, pihak pemimpin bersetuju untuk mengeluarkan provisi had tempoh masa. Mereka mencapai persefahaman bahawa hak untuk mengkaji semula perkara kedudukan istimewa dari masa ke semasa diamanahkan kepada Yang Dipertuan Agong. 4 Justeru itu, gambaran bahawa wakil kaum-kaum lain telah bersetuju bahawa 'kedudukan istimewa' itu akan wujud sepanjang zaman tidak begitu tepat dari sudut fakta sejarah. Kesemua pihak yang terlibat dalam proses perundingan juga amat peka bahawa perkara 'kedudukan istimewa' tidak sejajar dengan perkara hak kesamarataan [sila rujuk Artikel 8 perlembagaan persekutuan] yang juga dicadangkan dalam draf Perlembagaan. Para penggubal serta pakar-pakar perundangan yang merangka perlembagaan kita memang sedar tentang kemusykilan ini. Laporan Suruhanjaya Perlembagaan 1957 Our terms of reference require that provision should be made in the Constitution for the "safeguarding of the special position of the Malays and the legitimate interests of the other Communities". In addition, we are asked to provide for a common nationality for the whole of the Federation and to ensure that the Constitution shall guarantee a democratic form of Government. In considering these requirements it seemed to us that a common nationality was the basis upon which a unified Malayan nation was to be created and that under a democratic form of Government it was inherent that all the citizens of Malaya, irrespective of race, creed or culture, should enjoy certain fundamental rights including equality before the law. We found it difficult, therefore to reconcile the terms of reference if the protection of the special position of the Malays signified the granting of special privileges, permanently, to one community only and not to others. The difficulty of giving one community a permanent advantage over others was realized by the Alliance Party, representatives, led by the Chief Minister, submitted that - "in an independent Malaya all nationals should be accorded equal rights, privileges and opportunities and there must not be discrimination on grounds of race and creed…." The same view was expressed by their Highnesses in their memorandum, in which they said that they "look forward to a time not too remote when it will become possible to eliminate Communalism as a force in the political and economic life of the country". Akan tetapi dalam niat murni dan mengejar kemerdekaan, kesemua pihak yang terlibat dalam perundingan terpaksa berkompromi perihal tuntutan masing masing. 5 Menuntut keadilan sosial Prof. Khoo Kay Kim (kiri) juga dilaporkan telah menghujah: "Orang tak faham (Perlembagaan)... jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu." Mungkin betul rakyat jelata 'jahil' dari segi pemahaman kita. Akan tetapi adakah ini satu alasan yang mantap agar dikekang apa sekalipun perbincangan tentang perkara yang amat penting untuk keharmonian negara? Bukankah kita sekarang ini hidup di abad ke-21 dan tidak seharusnya menjadi Pak Turut lagi? Berbanding dengan masyarakat tahun 50an, kita lebih matang dan mampu berbincang tentang pelaksanaan kuota bumiputera dengan lebih rasional dan secara terbuka. Malahan mengikut persetujuan 1957, Yang Dipertuan Agong diberi kepercayaan untuk mengkaji semula perkara tersebut dari masa ke semasa. Ekoran itu, satu mekanisme khas bagi mengawasi pelaksanaannya supaya adil dan saksama berdasarkan keperluan masyarakat pasca-abad ke-20 sebenarnya boleh diwujudkan. Ternyata bahawa kini masyarakat menuntut keadilan sosial dan mengkehendaki satu pendekatan di mana Perkara 153 akan dilaksanakan secara adil supaya golongan terpinggir dalam negara kita mendapat manfaat bantuan kerajaan dengan sepenuhnya. Mungkin inilah masa untuk membincang pelaksanaan Perkara 153 dengan penuh kesefahaman bahawa kedudukan istimewa kaum Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, serta "kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain" (termasuk Orang Asal di Semenanjung) akan dipelihara dengan adil dan saksama. Pelaksanaan Perkara 153 dengan menggunakan pendekatan berasaskan keperluan (needs-based) sudah pasti akan menyumbang ke arah memupuk semangat kerakyatan bersama (common nationality) yang dihasratkan sejak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dengan pendekatan ini, cita-cita Rukunegara untuk "Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama" akan juga tercapai. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan Gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru yang menitikberatkan pertumbuhan ekonomi inklusif dan pengagihan kekayaan negara secara saksama. 1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perkara 19 (1) (d) 2. Fernando, J.M{2002) " The Making of the Malayan Constitution", MBRAS Monograph No.31, ms.127 3. Ibid; ms.147 4. Report of The Federation of Malaya Constitutional Commission, FAO, Rome, 1957; ms.18 5. Ibid; ms.71 [Sumber] |
| Posted: 29 Sep 2010 07:00 AM PDT Apa nak jadi dengan Bernama, tak habis-habis masalah. Sesuatu yang kurang menyenangkan petugas senior/veteran Bernama sedang melanda agensi berita nasional itu ekoran daripada penstrukturan semula yang sudah lama dinanti-nantikan. Dalam struktur Bernama terdapat sebilangan petugas yang bukan kakitangan kerajaan yang diambil bekerja melalui satu skim komersil. Ianya dilakukan ekoran daripada pengembangan khidmat dan liputan Bernama yang tidak mendapat persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA. Oleh itu, pengurusan Bernama mewujudkan satu perkhidmatan komersil yang tidak terletak di bawah bidang kuasa JPA ataupun kerajaan. Atas usaha berterusan pihak berkenaan termasuk Lembaga Pengelola, maka akhirnya JPA bersetuju untuk menyerap kakitangan komersil yang berkhidmat dengan Bernama, dalam perkhidmatan kerajaan atau SSM. Ia adalah sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku kerana jumlah yang terlibat agak besar. Di bawah SSM, kakitangan komersil akan diletakkan dalam satu skim yang setara dengan yang sedia ada dalam Bernama termasuk mendapat faedah persaraan. Kakitangan Bernama yang setia berkhidmat di bawah SSM pun bersetuju dengan tawaran JPA tetapi nampaknya ada pihak yang enggan menerima tawaran JPA atas beberapa alasan termasuk 'kehilangan' pendapatan yang diterima walaupun ia adalah sementara sehingga diselaraskan menurut SSM. Tidak pula diketahui apa kesudahannya jika petugas skim komersil menolak pilihan atau opsyen yang ditetapkan setelah dilanjutkan kepada 30 September ini. Apa pula tindakan JPA dan Bernama selepas tarikh itu juga menjadi tanda soal. Pengerusi Bernama yang juga mantan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Rahman Sulaiman satau ARES sendiri nampaknya masih buntu untuk mencapai keputusan yang bukan sahaja menguntungkan kedua-dua pihak tetapi yang tidak akan menafikan kekananan petugas setia Bernama. Persoalannya mampukan ARES berbuat demikian walaupun dia dibekalkan pengalaman bekerja dengan Bernama.... Dalam pada itu, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasidan Kebudayaan seharusnya memberi perhatian serius atas apa yang sedang berlaku dan memastikan tiada pihak yang rugi dari segi kenaikan pangkat dan tiada pihak yang dijadikan mangsa keadaan ekoran daripada penstrukturan semula itu. [Sumber] |
| Kalau Adun Kulim Dirasuah RM5 Juta Berapa Pula Rasuah Ahli Parlimen? Posted: 29 Sep 2010 06:30 AM PDT MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid. Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan. Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan? Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan. Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa). Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| Posted: 29 Sep 2010 05:45 AM PDT Politik Ras adalah untuk menarik balik/menarik sokongan politik kepada sesuatu parti politik, kata Tun Dr Mahathir yang video temu bual beliau di papar dalam FB Kelab Chedet. Mungkin ini melibatkan semua parti politik di Malaysia. Ada yang cuba menarik balik sokongan Melayu kepada parti mereka lalu memainkan isu Melayu dan ada yang cuba mendapatkan sokongan politik kaum lain lantas memainkan isu ras untuk tujuan tersendiri. Tetapi HAKIKAT yang perlu kita terima adalah kita terdiri dari berbagai-bagai bangsa, kaum dan keturunan. ![]() Isu kaum memang tidak boleh dipisahkan – apa yang perlu dibuat adalah untuk secara berkesan menangani isu tersebut dengan baik dan menguntungkan semua pihak. Untuk isu tersebut ditangani dengan berkesan faktor utama adalah dengan kefahaman. Melayu faham kedudukan orang Cina dan India dan orang Cina dan India faham mengenai kedudukan kita sebagai Melayu. Yang lain seharusnya bertindak atas perjuangan progresif bagi memartabatkan bangsa masing-masing dengan kerajaan yang akan memastikan semua kaum terbela. Kita merujuk cara menangani tersebut dengan tindakan efektif melihat dari sudut kemanusiaan – dan keperluan - yang miskin diutamakan, pelajaran didahulukan dan kedudukan sosioekonomi di tingkatkan. Kefahaman perlu juga dilihat dari segi toleransi dan keadilan harus nilai dari sudut kemanusiaan bukan semata-mata dari sudut kuantitatif. Kita perlu menerangkan hakikat yang ada untuk kefahaman bagi semua bangsa – menerima dan memperakukannya. Kita harus menilai semula apa yang di takrif sebagai satu kesalahan dalam konsep 1 Malaysia. Jangan menyimpan dengan meletakkan 1 Malaysia sebagai asimilasi semua kaum menjadi 1. Kita ambil 1 Malaysia sebagai langkah bila merealisasikan matlamat besar negara – meningkatkan perekonomian, memperbaiki taraf kehidupan rakyat, menyempurnakan pendidikan dan melengkapkan keperluan asas yang didefinisikan menurut keadaan semasa. Jangan 1 Malaysia diguna untuk mencabar hak dan dalam mempertahankan hak pula kita cabar kedudukan yang lain. Itu tidak tepat dan salah. Berbalik kepada diskusi yang di buat atas isu di atas – UMNO KRITIKAL, banyak pendapat baik dalam FB dan SMS mengatakan bahawa UMNO memang kritikal. Ukuran kritikal itu tidak pula dirujuk kepada indeks hari ini tetapi dilihat dari sudut iklim politik hari ini. Iklim politik boleh berubah dan apa yang berlaku pada Tsunami politik adalah gandingan masalah yang ada – serta rentetan masalah yang timbul sewaktu kepimpinan Dr Mahathir. UMNO kena membuat penilaian yang menyeluruh dalam memastikan keadaan ini. Adakah benar UMNO kritikal atau sebaliknya. [Sumber] |
| Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan Melayu Posted: 29 Sep 2010 05:00 AM PDT KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu. Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut. "Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baharu, di sini, Rabu. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut. Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya. Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya. "Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. "Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya. Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. BERNAMA |
| Apa sangat boleh dibanggakan dengan Melayu? Posted: 29 Sep 2010 04:30 AM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Bukanlah suatu hal yang sangat sukar difahami apabila Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengatakan beliau tidak begitu berbangga menjadi orang Melayu. "Saya mengaku Melayu, tetapi saya tidak berasa bangga kerana apa, bagi saya bangsa ini serupa. Ia pemberian Allah. Sebab itu kalau nak kahwin dengan orang Cina boleh, saya boleh terima gadis Cina Muslim jadi isteri. Ertinya dia serupa dengan saya. Lelaki Cina boleh kahwin dengan anak saya, Melayu," media pada Rabu (22 September) memetik kenyataannya. Beliau dipercayai menegaskan semula kenyataannya dalam dialog bersama wartawan beberapa hari sebelum itu bahawa beliau tidak bangga berbangsa Melayu. Baginya, bangsa itu datang secara automatik sebagai ciptaan Allah dan ia bukan hasil usaha yang dilakukan manusia. Bagai diduga, kenyataan itu dipanjangkan media kroni Barisan Nasional (BN). Ia disambut pula dengan reaksi negatif beberapa pemimpin Umno yang membidas Menteri Besar Kelantan itu. Sama ada mereka sukar memahami dengan betul kenyataan beliau, atau memang berhasrat memesongkan hakikat kejadian manusia, kedua-duanya mendedahkan sifat mereka yang amat prejudis terhadap pemimpin parti lawan. Media memetik kenyataan dua pemimpin politik Kelantan, seorang dari Umno dan seorang lagi dari sebuah pertubuhan Melayu yang kini menjadi bahan perselisihan pendirian di kalangan pemimpin Umno sendiri. Bagaikan ada kesepakatan, kedua-dua pemimpin itu membidas Nik Abdul Aziz bersandarkan hujah serupa. Mereka memetik hujah agama bahawa soal berbangga dengan bangsa adalah sesuatu yang tidak salah di sisi Islam. Mereka merujuk kandungan ayat al-Quran bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain. Lalu dengan mudah salah seorang mereka menafsirkan, "manusia yang tidak kenal bangsanya adalah manusia yang tidak mengenali dirinya dan ia membawa kepada tidak mengenal Allah". Seorang lagi pula memetik mafhum hadis Rasulullah s.a.w. yang membayangkan Baginda berbangga sebagai seorang berbangsa Quraisy. Baginya, penegasan Rasulullah s.a.w.itu adalah bukti Islam mengiktiraf kewujudan sesebuah bangsa, sekali gus membayangkan bahawa pendirian Mursyidul Am PAS itu tidak menepati ajaran Islam. Setakat ini dua pemimpin Umno itu mungkin merasa seronok kerana dapat memanipulasi kenyataan Menteri Besar negeri mereka untuk merobek kepercayaan orang Melayu terhadap PAS. Bagaimana pun mereka terlupa satu hakikat, bahawa penukilan dalil mereka itu sebenarnya hanya separuh jalan. Ayat al-Quran dan hadis yang mereka rujuk itu sepatutnya dibaca hingga ke akhir, barulah dapat kita fahamai secara lebih tepat maksud atau kesimpulan firman Allah dan pengakuan Rasulullah s.a.w. itu. Ayat itu diakhiri dengan penegasan Allah bahawa "yang terbaik di kalangan kamu (manusia yang diciptakan berbangsa-bangsa itu) ialah yang paling bertaqwa di antara kamu". Manakala sambungan hadis tadi memperhalusi sebab-musabab mengapa Rasulullah s.a.w. menyebut beliau cintakan Arab. Bukan sahaja kerana beliau berbangsa Arab (Quraisy), tetapi juga kerana bahasa al-Quran dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam satu kuliahnya ada menghuraikan hadis ini. Ketika itu topik utama perbualan pentas politik negara ialah isu asabiyyah perkauman. Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebilangan pihak kononnya hadis tadi sebagai bukti pengiktirafan Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan menjulang bangsa atau kaum. Sebaliknya, kata Almarhum, hadis ini sebenarnya memberitahu umat Islam bahawa kecintaan Baginda s.a.w. terhadap Arab itu adalah semata-mata kerana kaitannya dengan Islam. Justeru sebagai pengajaran dari ayat dan hadis tadi, jika kita mahu berbangga dengan bangsa Melayu, kita perlu memastikan ianya berkaitan dengan ketaqwaan kepada Allah dan kemuliaan Islam itu sendiri. Namun, apakah itu realiti yang dihadapi bangsa Melayu di tanahair kita dewasa ini? Akuilah ada senarai agak panjang mengenai kelemahan, keaiban dan kebejatan membabitkan bangsa Melayu yang mungkin menghakis rasa bangga kita terhadap bangsa sendiri, terutama jika dinilai dari kacamata Islam. Contohnya, empat daripada lima pelajar perintis mendaftar di sekolah hamil luar nikah di Melaka minggu lalu adalah remaja Melayu. Apakah itu suatu yang membanggakan? Bagaimana dengan perangkaan kes kelahiran bayi luar nikah dikeluarkan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum ini? Jangan berbohong betapa jumlah Melayu jauh mengatasi lain-lain kaum. Kemudian, turun lah ke jalan raya. Perhatikan mat rempit dan samseng jalanan. Tatapi juga perangkaan mereka yang terbabit dadah sama ada sebagai penagih atau pengedar. Bukankah bangsa Melayu juaranya? Melayulah juara mengejek dan menghina hukum Allah. Melayu lah paling lantang memusuhi ulama, mempersenda pejuang Islam dan menyulitkan kerja-kerja mendaulatkan syariat. Kerajaan dipimpin orang Melayu lah bertanggungjawab meroboh masjid dan surau secara rakus. Pemimpin politik Melayu jugalah paling kuat berdendam dan mendiskriminasi sesama bangsa. Senarai kebobrokan Melayu itu masih terlalu panjang. Justeru, apa sangat boleh dibanggakan dengan Melayu? |
| Timbalan KPN: Polis terima laporan penipuan bukan kehilangan Allal Posted: 29 Sep 2010 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Sept — Polis tidak menerima laporan berhubung kehilangan usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja sebaliknya hanya menerima laporan berkaitan penipuan yang kononnya dilakukan oleh anggota polis dari Bukit Aman bagi "membebaskan" usahawan dari Chennai itu 29 Mac lepas. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail menolak dakwaan keluarga mangsa kononnya polis tidak bertindak sewajarnya untuk menyiasat kehilangan usahawan berusia 34 tahun itu sejak awal tahun ini. "Kita sahkan ada terima laporan pada 29 Mac lepas di Balai Polis Klang oleh abang mangsa, Dr Kasi Viswanathan, berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh "Polis Bukit Aman" yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India itu. Jadi pada masa itu kita siasat kes tersebut di bawah penipuan. "Polis kemudian bertindak dan menyiasat kes tersebut sebagai orang hilang apabila satu laporan dibuat oleh isterinya, Usharani pada 8 Sept lepas," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. Beliau berkata walaupun pada awalnya kes itu disiasat bagi kes penipuan, namun pada masa yang sama polis telah berusaha untuk menjejaki usahawan itu. "Pegawai penyiasat telahpun cuba mengesan Muthuraja, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 Sept lepas, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja, barulah kita siasat lebih mendalam lagi dengan kaitannya dengan siasatan kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain," katanya. Beliau meminta ahli keluarga Muthuraja agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan kes itu secara terperinci dan meminta mereka mendapatkan sumber yang sahih untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini terhadap siasatan itu. "Untuk mengelakkan daripada mendapat maklumat daripada individu-individu atau mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan kes ini, kita telah melantik pegawai penghubung untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada keluarga mangsa," katanya. Hussin berkata ekoran laporan kehilangan usahawan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan secara berasingan iaitu di Taman Wilayah, Selayang dan Kampung Laksamana, Batu Caves sejak 10 hari lepas. Ketika diminta mengulas tempoh tahanan reman lima suspek kes pembunuhan Sosilawati yang tamat Jumaat ini, Hussin berkata polis belum membuat sebarang keputusan sama ada menyambung reman atau tidak kelima-lima suspek terbabit. — Bernama |
| Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta Posted: 29 Sep 2010 03:30 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar. Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee, Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1. Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2. Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai. "Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut. "YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib. "A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu. Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya. [Lihat Dokumen Berkaitan Dengan Laporan] http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/34848-proof-that-the-macc-is-a-component-member-of-barisan-nasional |
| Melayu diminta perkuatkan PAS di Pulau Pinang Posted: 29 Sep 2010 03:00 AM PDT Ali Hashim KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambilalih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam. "Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50. "Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan. "Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, "ujarnya lagi. Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri. "Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar 'super impose' Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar. "Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, " tegasnya lagi. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang. |
| Kenyataan rasis: Pemuda MIC mahu KSN ambil tindakan tegas ke atas pegawai kanan awam Posted: 29 Sep 2010 02:30 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra PUTRAJAYA, 29 Sept — Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru anggota Biro Tata Negara (BTN), yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain. Setiausahanya C. Sivarraajh berkata kenyataan yang dikeluarkan pegawai awam seolah-olah mencerminkan imej sebenarnya pentadbiran negara yang boleh menggugat perpaduan kaum. "Isu perkauman yang dimainkan oleh pegawai awam ini dilihat masih berterusan, sebelum ini ada pengetua dan guru besar yang keluarkan kenyataan berbaur perkauman. "Yang terbaru pula pegawai kanan BTN yang turut menjadikan isu perkauman ini sebagai modal mereka. "Jadi kita harap supaya Ketua Setiausaha Negara dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan tersebut," katanya selepas menyerahkan memorandum di pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini. Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Setiausaha Negara Nordziah Mohamed. Sivarraajh berkata Pemuda MIC memandang serius terhadap isu tersebut yang dilihat tiada kesudahannya. "Kita memang memandang serius akan perkara ini kerana sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian diambil untuk mengatasinya. "Jadi kita harap dengan tindakan tegas yang diambil ia boleh menghentikan pegawai-pegawai awam daripada keluarkan kenyataan sedemikian. Tambahnya, kakitangan awam terutamanya golongan pendidik tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. "Seoarang pendidik tugasnya adalah mendidik perkara yang baik-baik bukan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. "Sepatutnya mereka memberikan tumpuan kepada agenda pendidikan yang dilihat sebagai platform untuk melahirkan warga profesional," katanya yang turut diiringi ahli jawatankuasa tertinggi Pemuda MIC. Sebelum ini Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor, Kulai, Johor dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Selambau, Kedah, Ungku Aznan Ismail Ungku Ismail didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Siti Inshah didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata nasib Siti Inshah akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan keputusan siasatan akan dibentangkan selepas Aidilfitri. Terbaru Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan Hamim Hussain telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang. "Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas," kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno baru-baru ini. "Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran," tambah beliau. Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi. "Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC," katanya lagi. "Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi. "Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi," kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini. "Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu," kata beliau. Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Najib menjadi 'mangsa' tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri. Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri. Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini. Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut. Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri. Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini. |
| Posted: 29 Sep 2010 02:01 AM PDT Masterskill bina kampus RM31 juta di Kelantan Salmah Mat Husain ![]() KOTA BHARU, 29 Sept: Masterskill Education Group Berhad telah meluluskan peruntukan pelaburan sebanyak RM31 juta bagi membina kampus baru di negeri ini. Pelaburan itu bertujuan untuk menjayakan hasrat menjadikan kampus Kolej Masterskill di Kota Bharu sebagai kampus utama kawasan Pantai Timur. Pengurus Masterskill Kota Bharu, Mohd Nazir Abdullah, berkata dianggarkan 6,000 orang pelajar dapat ditempatkan di kolej terbabit apabila ianya beroperasi sepenuhnya menjelang 2011. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian komputer riba kepada 400 orang pelajar Kolej Masterskill Kampus Kota Bharu, pagi tadi. Menurutnya lagi, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan berkenaan yang terletak berhampiran Tesco kini sedang giat dijalankan. "Jumlah pelaburan yang begitu besar membuktikan komitmen Masterskill sendiri untuk menjadikan Kelantan sebagai salah satu pusat perkembangan pendidikan tinggi di Semenanjung Malaysia selepas cawangan di Kota Kinabalu bagi kawasan Malaysia Timur," ujarnya lagi. Sementara itu, sebanyak RM10 juta dibelanjakan untuk pembiayaan pembelian komputer riba kepada para pelajar yang telah bermula sejak awal lagi. "Objektif utama sumbangan ini untuk mereka bagi mendorong minat pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran," ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa bangga di atas tindakan yang diambil pihak Masterskill kepada pelajarnya. Katanya, ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial Masterskill untuk para pelajarnya. |
| PAS yakin Ku Li ambil pendekatan 'low profile' Posted: 29 Sep 2010 01:00 AM PDT Nazri Abdullah KOTA BHARU, 29 Sept: PAS yakin pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengambil sikap 'low profile' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas nanti. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik. "Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi. "Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku kepada Harakahdaily hari ini. Galas merupakan Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang iaitu kawasan Ku Li bersama Dun Nenggiri dan Paloh. Selain sebagai Ahli Parlimen, Ku Li juga merupakan ketua Umno Gua Musang. Faktor Ku Li disifatkan sangat menarik pada PRK kali ini kerana beliau satu-satunya pemimpin Umno yang bersetuju dengan tuntutan kerajaan PAS negeri itu menuntut hak royalti minyak yang dinafikan kerajaan Pusat. Lebih menarik lagi, apabila isu tuntutan hak royalti negeri ini dijangka akan menjadi antara isu utama sepanjang kempen pilihanraya itu nanti. Ku Li hari ini seperti dilaporkan media bagaimanapun berkata, beliau akan berusaha merampas Dun Galas dari PAS. Mengulas kelebihan PAS pula, Abdul Fatah berkata beliau optimis parti itu mampu mempertahankan kerusi Dun itu malah dengan pertambahan majoriti undi berbanding sebelum ini. Ianya disandarkan kepada beberapa faktor termasuk hubungan baik kerajaan negeri dengan rakyat sejak lama. "Kerajaan negeri sekarang berada dalam keadaan sangat baik, hubungan yang lunak antara pemimpin politik dengan kakitangan kerajaan serta pihak istana. "Malah rakyat juga dapat menilai segala dakwaan pihak pembangkang negeri bahawa terdapat penyelewengan telah dibuktikan bahawa tidak wujud," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi. Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000). Menurut Abdul Fatah lagi, sokongan kesemua kaum kepada kepimpinan Tok Guru sangat baik termasuk dari penduduk Asal. Sebahagian besar masalah dan keperluan penduduk Asal negeri itu juga jelasnya telah ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri. "Kesemua kaum Melayu, Cina , India dan orang Asal memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan Tok Guru," tambahnya. |
| Muhyiddin Anggap Anwar Lakukan Dosa Kering Burukkan Imej Negara Posted: 29 Sep 2010 12:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering. Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik. "Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia. Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini. Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu. Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil. Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu. "Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya...lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita. "Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan," katanya. Muhyiddin berkata beliau berharap Branson akan sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan bagaimana beliau dapat membantu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan. Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia. - BERNAMA |
| Mahasiswa Bakal Bawa Kemusnahan Umno-BN Pada PRU-13 Posted: 29 Sep 2010 12:00 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 29 Sept - Mahasiswa yang dicengkam dan ditindas oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 bakal memastikan Umno-Barisan Nasional tersungkur pada Pilihan raya Umum Ke-13 nanti. Peguam kanan dan pakar Perlembagaan Dr Samarudin Rejab berkata mahasiswa yang ditekan dan ditindas dengan akta tersebut akan bangkit menentang sebagaimana sebelum Auku diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengekang kekuatan mahasiswa. Katanya, Auku digunapakai oleh Umno-BN bagi memastikan pergerakan pelajar dapat dikekang dalam usaha membonsaikan intelektual pemikiran golongan itu daripada menyampaikan buah fikiran yang kritikal. Contohnya dalam kes 'UKM4' yang membabitkan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan sains politik, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan mereka terhadap penggunaan Auku dalam pendakwaan ke atas mereka. Mereka di dakwa melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu tetapi menafikannya atas alasan kehadiran mereka di kawasan tersebut adalah sebahagian daripada keperluan pengumpulan mahkumat untuk kursus yang diambil. Dr Samarudin yang juga bekas Presiden Kesatuan Pelajar Institut Teknologi Mara di tahun 1970an berkata, Umno-BN akan berdepan dengan jumlah mahasiswa yang celik maklumat begitu besar dan signifikan yang mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum akan datang. "Walaupun ditekan begitu rupa oleh Auku sejak hampir 40 tahun, pergerakan pelajar di peringkat universiti tidak lemah, masih dinamik dan ada kekuatan kerana jumlahnya yang besar. Misalnya, jika sebuah universiti mempunyai 5,000 pelajar, jika 10 buah universiti, di situ sudah ada 50,000 pelajar. "Sekarang ini, di Malaysia kita ada kira-kira 20 hingga 30 buah institut pengajian tinggi awam termasuk swasta. Ini adalah jumlah yang sangat besar, bermakna lebih kurang 100,000 hingga 200,000 pelajar dan mereka ini adalah satu kekuatan yang tidak boleh diketepikan. "Dalam konteks demokrasi dan pilihan raya, mereka inilah bakal pengundi yang signifikan tetapi dari segi kepimpinan, mereka ini tersekat oleh kerana adanya Auku yang menyekat pergerakan mereka," ujar beliau. Menurut Dr Samrudin lagi, rakyat Malaysia yang telah mencapai syarat umur untuk mengundi dalam proses demokrasi tidak kira sama ada pelajar, pekerja atau pun masyarakat umum berhak mengambil bahagian secara aktif dalam proses demokrasi kerana hak tersebut telah diberikan oleh Perlembagaan Negara. |
| Amber Chia Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Posted: 28 Sep 2010 11:30 PM PDT Oleh DIYANA ROSE dan AU YEONG HOW ![]() Amber Chia. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN PETALING JAYA: Model antarabangsa, Amber Chia selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 5 petang Selasa. Menurut rakan Amber, Stella Lim Bee Choo yang berada di hospital itu, Amber dan bayinya berada dalam keadaan sihat. Katanya, bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram. "Amber dan suaminnya yang tersayang, Adrian Wong begitu teruja di saat menimang cahaya mata yang dilahirkan secara normal," katanya kepada mStar Online di sini. ![]() Dari kiri: Stella, Amber dan bayi lelakinya. - Foto Ihsan Xavier Mah Stella yang juga Pengarah S2Slimming memberitahu, bayi itu mirip ayahnya dan fizikal badannya seperti akan mengikuti Amber yang tinggi lampai itu," katanya. Menurut Stella lagi bayi comel itu tidak banyak meragam. Tambahnya, Amber yang merupakan duta S2Slimming sempat menghadiri perasmian Amber & Xavier PR Consultancy di Skewers Subang Avenue kelmarin. "Bagaimanapun, dia mula mengalami simptom mahu bersalin pada pagi Selasa lalu dan dimasukkan ke wad hospital. Saya melawatnya pada 2 petang ini sebelum Amber bersalin tiga jam kemudian," katanya. |
| Peneroka menang lagi kes saman Felda Posted: 28 Sep 2010 11:15 PM PDT Harakahdaily KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu. Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka. Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda. Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai. Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri. 10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. |
| Adu kepada JPP atau sekretariat PKR Posted: 28 Sep 2010 11:00 PM PDT PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR di peringkat Cabang membuat aduan terus kepada JPP atau sekretariat PKR. Pengerusi JPP Dr Molly Cheah berkata, ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tata susila pemilihan harus menggunakan saluran ini daripada membuat pelbagai tuduhan dalam media. "JPP tidak akan teragak-agak untuk membatalkan keputusan di peringkat Cabang jika kami yakin proses pemilihan diganggu atau jika terdapat perbuatan khianat dan ganas untuk mengganggu perjalanan pemilihan," katanya dalam satu kenyataan media semalam. Katanya, "kami juga tidak akan teragak-agak untuk menyarankan tindakan disiplin diambil termasuk memecat ahli-ahli parti jika kami memperolehi bukti kukuh bahawa mereka terlibat dengan tindakan gagas dan mengganggu perjalanan pemilihan atau terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti membeli undi." "Dalam mencapai keputusan ini, kami akan menimbang laporan-laporan daripada ahli termasuk laporan-laporan daripada staf sekretariat dan sukarelawan-sukarelawan yang mengendalikan pemilihan di bawah pengawasan kami," jelas beliau. Menurut Dr Cheah, JPP diamanahkan untuk mengawasi perjalanan pemilihan PKR di peringkat Cabang dan Nasional. Tugas ini termasuk menanggani aduan dan bantahan sebelum pemilihan peringkat Cabang dan aduan yang dibuat selepas pemilihan. "Sehingga ini, sebanyak 166 Cabang telah mengadakan mesyuarat agung mereka sejak dua hujung minggu lalu dan JPP berpuas hati kerana kebanyakan pemilihan Cabang dapat berjalan dengan lancar," katanya. |
| Muhyiddin Bagi Bola Tanggung Kepada Saifuddin? Posted: 28 Sep 2010 10:30 PM PDT MUNGKIN Muhyiddin Yassin tidak menyedari bahawa cabaran beliau kepada Saifuddin Nasution Ismail supaya mendedahkan petulang luar yang cuba mengkucar kacirkan mesyuarat peringkat cabang parti itu merupakan hantaran bola tanggung kepada Saifuddin. Sudah pasti bola itu akan dismash melenting oleh Setiausaha Agung PKR itu. Barang kali juga Muhyiddin lupa mengenali kebolehan dan kehebatan Saifuddin dalam silat sulit politiknya. Kalau umpamakan pemain bulu tangkis, Saifuddin boleh bermain di semua keadaan, di net, base line ataupun rally. Saifuddin dikenal sebagai seorang ahli politik yang bercakap bersandarkan fakta dan hujjah. Beliau tidak beretorik. Cakap-cakapnya tidak kosong dan ada nilai. Sebab itu Saifuddin tidak suka bercakap dan 'berlebel' atau berkokok berdaung seperti orang lain. Apa yang dicakapkan adalah fakta. Atas kelebihan yang ada kepadanya itulah beliau diberi kepercayaan oleh Anwar Ibrahim untuk memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Sallahuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang meletak jawatan kemudian menjadi promoter menghancurkan PKR. Sebenarnya track record Saifuddin juga sudah lama menyerlah sebelum ini. Beliau pernah menjadi orang penting dalam Pergerakan Pemuda Umno sewaktu Zahid Hamidi (bukan Zaid *** ****) menjadi ketuanya. Kalau tidak silap Saifuddin adalah setiausahanya kalaupun tidak ketua penerangan. Apabila Muhyiddin mencabar agar Saifuddin mendedahkan siapa petulang yang dimaksudkan oleh Saifuddin itu ia menggembirakan Saifuddin sendiri. Saya percaya berdasrakan pengalaman mulai malam ini Saifuddin sudah menyusun bahan buktinya di samping memperkemaskan segala maklumat yang ada. Barang kali Saifuddin akan menanti masa sesuai saja untuk menjawabnya. Beliau akan membiarkan Muhyuddin dan mana-mana pemimpin Umno memberi bola tanggung. Sudah pasti apabila Saifuddin mendedahkan bukti baik berbentuk audio video serta cetakan itu menyebabkan semua akan menganga nanti. Apakah kalau Saifuddin berjaya menyahut cabaran itu Muhyiddin akan sedia memohon maaf atau meralatkan cabarannya? Dengan kedudukkan sebagai timbalan presiden Umno dan TPM, Muhyiddin tidak sepatutnya mencabar Saifuddin. Kerja mengkritik dan membedal PKR tidak payah dilakukannya. Serah sajalah kepada beberapa bekas ahli PKR yang kini mencari makan dalam Umno yang kerjanya memang sesuai untuk memburukkan Umno walaupun mereka tidak ada locas standi untuk bercakap mengenainya. Berikan tugas itu kepada mereka, dan tambahkan elaun mereka bekerja mengkritik PKR. Muhyiddin tidak patut ikut sama mencampur kerja-kerja huduh begitu. Tugas sebagai TPM masih banyak. Muhyiddin perlu bercakap macam mana hendak menyakinkan pelbor asing ke negara ini. Beliau perlu membantu Najib bukannya membiarkan Najib terkotang kanting sendirian. Jadilah seorang TPM yang membantu bukannya yang menyusahkan Najib. Muhyiddin sepatutnya bersama Najib sebab Najib ketuanya dan bukan beriringan dengan Mahathir Mohamad. Begitu juga dakwaan bekas timbalan Setiausaha agung PKR, bernama Janapala Prumal itu juga saya yakin Saifuddin ada jawabanya. Cabaran Janapala itu juga akan mengena kepalanya sendiri. Masakan sebagai ahli sebuah parti politik beliau tidak mengetahui mengenai status dirinya. Sepatutnya sebagai timbalan setiausaha agung beliau tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Mustahil kalau Janapala tidak mengetahui pemecatannya sebagai ahli PKR pada Feb 2009. Beliau juga mungkin tahu kenapa pemecatan itu dilakukan. Surat pemecatan tidak diterima itu cuma alasan saja untuk dijadikan bahan berita kepada media. Sebagai orang yang berada di bawah dagu bekas setiausaha agung lama Janapala tentu menghidunya kalaupun tidak melihat tindakan dikenakan kepadanya. Bukankah ada surat pemecatan yang ditulis oleh Sallahuddin Hashim yang tersimpan dalam fail setiausaha agung? Kalau orang luar seperti saya atau orang lain tahu mengenai kedudukan sebenarnya Janapala, kenapa beliau sendiri tidak tahu mengenai dirinya. Kerana itu pada saya aksi dan ulah Janapala itu tidak lain sebagai sukarelawan untuk menimbulkan kelama kabut dalam PKR saja. Peranananya samalah dengan beberapa orang bekas anggota PKR yang telah meninggalkan parti berkenaan tetapi masih tergilak talak untuk memperkatakan PKR. Mereka itu sepatutnya bercakap bagaimana hendak menyalamatkan Umno bukannya bercakap bagi mempbertulkan PKR. Apakah mereka tidak diberi peranan selayaknya dalam Umno menjadikan mereka merepek meraban menghentam PKR? Berbalik kepada cabaran Muhyiddin tadi, saya ingin sebut satu saja sebagai menjawab cabarannya. Satu maklumat yang masuk kepada saya, di sebuah cabang PKR di Kelantan ada orang Umno yang cuba merosakkan sebuah cabang PKR berkenaan dengan menyamar sebagai ahli PKR bertanding merebut jawatan ketua. Nasib baik kejahatan orang berkenaan disedari. Menjelang pertandingan disebarkan maklumat mengenai status orang berkenaan menunjukkan dia seorang ahli Umno. Katanya orang ini diupah oleh Umno untuk membuat kacau dalam PKR. Mungkin Muhyiddin boleh merujuk kepada partinya dan melihat senarai ahli-ahli Umno yang diutuskan khas mengkhianati mesyuarat cabang PKR. Atau mungkin juga kejadian ini sebahagian bukti yang ada dalam simpanan Saifuddin. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| 10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011 Posted: 28 Sep 2010 10:00 PM PDT Introduksi Allah SWT berfirman (bermaksud), "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kamu di negeri akhirat, dan janganlah kamu lupa habuan kamu dari dunia, dan hendaklah kamu berbuat baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang membuat kerosakan" (Surah Al-Qasas : 77) YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Bersempena pembentangan bajet tahunan yang dijadual akan dibentangkan pada 15 Oktober 2010 ini, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ingin menyenaraikan 10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011 yang berteraskan kepada ekonomi bersepadu yang berpaksikan kepada penerapan nilai akhlak dan pembangunan kemajuan Malaysia selari dengan usianya yang telah melangkaui separuh abad ini. Secara prinsipnya, Islam telah menggariskan ciri-ciri ekonomi yang mampu menjamin kepentingan hidup manusia disamping menuju kepada kegemilangan hidup yang sebenar. DPPP optimis bahawa ciri-ciri berikut mesti diaplikasikan dalam perangkaan perancangan ekonomi, skop pengurusan dan pengagihan kekayaan negara, penggunaan dan pembangunan kebendaan. Ciri-cirinya adalah ketuhanan, kemanusiaan, akhlak dan keseimbangan atau kesederhanaan. YAB Dato' Seri, Sepanjang dipertanggungjawabkan untuk menerajui pentadbiran negara Malaysia sejak April 2009, rakyat sebagai amanah dan pembayar cukai serta majikan dalam konsep demokrasi hari ini telah mula menilai pentadbiran kabinet Malaysia bersandarkan kepada beberapa fakta yang dikemukakan oleh agensi kerajaan, penganalisis, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang lain. Antaranya, Pertama mengenai integriti pentadbiran yang rapuh. Pada awal Januari 2010, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa bahawa gejala rasuah dalam sektor pembinaan terutamanya projek-projek besar, mewah dan bernilai tinggi di negara ini telah berada dalam situasi yang serius. Kegagalan projek-projek kerajaan termasuk kelewatan, terbengkalai dan kemerosotan kualiti adalah asas indikator yang membuktikan berlakunya amalan rasuah sehingga ia menjejaskan kepentingan umum dan memburukkan imej negara. Selain itu, Dewan Negara juga telah dimaklumkan pada bulan Julai yang lalu bahawa terdapat seramai 190 penjawat awam yang ditangkap kerana rasuah atau 38 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilakukan oleh SPRM pada tahun 2009. Malah yang terbaru, kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa terdapat campur tangan politik dalam struktur pentadbiran dan arahan pihak polis sehingga merencatkan operasi mereka. Ini dikhuatiri akan berlakunya pendakwaan kes-kes terpilih untuk melindungi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Kedua, perbelanjaan dan penggunaan kerajaan yang tidak pruden sepertimana yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan media-media perdana membuktikan bahawa kerajaan tidak menitikberatkan mengenai konsep integriti, penjimatan dan berhemah. Contohnya, Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh yang telah mengalami kerugian sebanyak RM 1.14 bilion, pembelian pokok dan tanaman seni oleh Kementerian Pelajaran untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan menerusi pembelian terus daripada pembekal tempatan yang bernilai RM 4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM 9,000 bagi 12 pokok pinang merah. Sedangkan, ia boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah dalam pasaran sedia ada. Begitu juga pembelian sebuah komputer riba oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau, Pulau Pinang berharga RM 42,320 bagi seunit. Ketiga, kenaikan harga barang-barang keperluan yang terus menghimpit rakyat. Ia dikenal pasti telah bermula pada awal tahun 2010 apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20 daripada RM 1.45 sen sekilo kepada RM 1.65 sen di Semenanjung Malaysia. Kemudian, ia disusuli dengan kenaikan sekali lagi pada bulan Julai yang lalu sebanyak RM 0.25 sen sekilo. Harga petrol juga turut dinaikkan bersama sebanyak RM 0.05 sen seliter dan begitu juga minyak LPG turut sama dinaikkan pada kadar RM 0.10 sen sekilo. Keempat, kebejatan gejala sosial yang terlalu membimbangkan. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 pula, seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Selain itu, berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula telah melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Pemasalahan ini tertakluk kepada beberapa institusi sosial yang jelas semakin runtuh untuk menangani kerencaman kehidupan rakyat pada hari ini. Pihak polis, institusi keluarga, sekolah, institusi agama seolah-olah gagal membentuk keperibadian masyarakat pada hari ini. Tidak dapat dinafikan, antara faktor utama berlakunya perkara ini adalah berpunca daripada kemelaratan hidup, kesempitan kewangan dan kekosongan jiwa. 10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011 1. Mendesak kerajaan supaya urus tadbir yang dilakukan mesti berpandukan kepada amalan terbaik, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi supaya seluruh urusan negara dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab, adil dan berkebajikan. Perkara ini dapat dicapai menerusi penghayatan terhadap Islam yang baik, mendaulatkan undang-undang negara, penerapan akhlak mulia disamping pemulihan terhadap polisi yang lain seperti memperkasakan amalan pemisahan kuasa, pindaan atau pemansuhan terhadap akta-akta zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Percetakan dan Penerbitan serta Akta Polis. Pemimpin-pemimpin kabinet negara yang dilantik menerusi sistem pilihanraya di Malaysia ataupun melalui pelantikan daripada Dewan Negara mestilah bebas dan bersih daripada sebarang krisis moral, dakwaan korupsi dan sebarang unsur negatif yang boleh menjejaskan penghormatan dan imej negara di mata rakyat dan peringkat antarabangsa. 2. Meletakkan prioriti pembangunan dan pelaburan atas neraca yang adil selaras dengan keperluan rakyat supaya perbelanjaan negara tepat kepada golongan sasaran, mengelakkan pembaziran, tidak menindas rakyat serta memberikan kesan gandaan yang positif. Ini bagi memastikan bahawa kek ekonomi negara dapat diseimbangkan antara kos perbelanjaan pembangunan dan kos perbelanjaan pengurusan. Penelitian semula atau penjimatan terhadap kos perbelanjaan pengurusan mampu meningkatkan perbelanjaan dalam pembangunan supaya ia mampu melonjakkan rangsangan ekonomi negara. Kerajaan juga disarankan supaya meningkatkan dana simpanan negara bagi menghadapi tamparan unjuran krisis ekonomi yang semakin kritikal diperingkat global serta memberikan keselesaan terhadap generasi negara akan datang. 3. Menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan terhadap utiliti asas rakyat seperti eletrik dan air supaya tidak berlaku peningkatan tarif yang tidak releven disamping mengekalkan subsidi bagi meringankan beban rakyat. Ini termasuk juga memastikan penggunaan yang pruden terhadap khazanah yang diperoleh negara contohnya daripada institusi Petronas seperti dividen, royalti dan cukai supaya tidak berlaku inflasi yang keterlaluan dalam harga petrol, diesel dan barang-barang keperluan yang lain. Sementara itu, perkara yang sama turut ditekankan dalam konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan swasta mengenai puluhan lebuhraya di Malaysia supaya kadar-kadar tol yang membebankan dapat dihapuskan secara berperingkat. 4. Mengkaji semula sistem cukai yang diamalkan oleh negara ini dari aspek keperluan pelaksanaannya, kadar penetapan cukai (jika perlu), serta golongan yang dituntut untuk membayar cukai. Kerajaan seharusnya memiliki keazaman dalam memastikan rakyat di negara ini tidak terbeban dengan penetapan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Ini termasuk mendesak kerajaan supaya Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan ditarik semula yang dijangka akan dibahas dan diwartakan dalam sesi mesyuarat ketiga Parlimen sepanjang Oktober hingga Disember ini. Pihak DPPP juga menyarankan agar pihak kerajaan dapat menilai kebarangkalian menyelaras pelaksanaan sistem kutipan zakat dan pengurusan baitulmal di peringkat negeri-negeri supaya usaha membantu golongan sasar atau asnaf dapat diuruskan dengan lebih efektif dan efisyen. Disamping itu, kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri juga seharusnya lebih proaktif untuk memperkasakan konsep wakaf kerana didapati ia banyak memberikan manfaat kepada rakyat serta mampu mengislamisasikan ruang dan bandar seperti pembinaan kota wakaf. 5. Menggesa kerajaan agar dapat menguruskan termasuk memelihara dan memulihara sumber alam seperti perhutanan, tanah, pasir, sungai, laut, lombong, minyak, gas dan lain-lain dengan baik supaya ia dapat menampung aset negara disamping mengekalkan warisan untuk generasi akan datang. Tragedi bencana yang berlaku di Pakistan, China, Ireland dan Indonesia akhir-akhir ini seharusnya dijadikan iktibar penting supaya langkah pencegahan dan persiapan menghadapi bencana alam dapat diuruskan dengan sistematik. Pihak DPPP menyambut baik usaha teknologi hijau yang telah dibangunkan sebelum ini bagi menangani ancaman pemanasan global, krisis makanan dan bencana alam. Manakala, peningkatan produktiviti yang bersandarkan kepada penggunaan bahan kimia yang keterlaluan mestilah dipantau dan diambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah kesihatan, manipulasi pasaran dan keuntungan sesetengah pihak semata-mata. 6. Ekoran daripada krisis kewangan global yang melanda Eropah dan khususnya Amerika Syarikat sebelum ini, Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi dan hubungan perdagangan dengan negara-negara tersebut. Tambahan pula, polisi luar mereka cenderung menyokong operasi kerajaan haram Israel membantai umat Islam dan rakyat Palestin sehingga ke hari ini. Malah, Amerika Syarikat juga dilihat agresif memberikan tekanan kepada negara-negara umat Islam seperti Iran dan Iraq. Sebaliknya, pemilihan rakan strategik perdagangan harus diluaskan kepada negara-negara sedang membangun seperti di negara Timur Tengah, ASIA dan ASEAN bagi membentuk rangkaian kuasa ekonomi yang baru di dunia. Disamping itu, kerajaan harus melipatgandakan kajian dan meningkatkan kehendak politik untuk melaksanakan sistem matawang dunia baru yang lebih baik dan berpotensi seperti dinar emas. 7. Melihat kepada kerisauan rakyat terhadap jatidiri dan peribadi golongan muda yang semakin kritikal, DPPP menggesa agar peruntukan terhadap sektor pendidikan dan pembinaan modal insan dikekalkan sebagai antara penerima peruntukan yang terbesar dalam Bajet 2011 kelak. Peruntukan tersebut tidak seharusnya dibelanjakan bagi pembinaan infrastruktur dan materialistik semata-mata, sebaliknya diseimbangkan dengan perbelanjaan terhadap aktiviti-aktiviti latihan, pemikiran, kepimpinan dan jatidiri yang sebenar. Pengagihan peruntukan antara institusi pendidikan terutamanya diperingkat sekolah seharusnya dilakukan dengan lebih adil supaya ia memenuhi tuntutan semasa demografi rakyat yang berbilang agama dan bangsa. Begitu juga prasarana sekolah-sekolah di kawasan pendalaman Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan dari masa ke semasa supaya jurang kepada akses pendidikan dapat dikurangkan jika dibandingkan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Diperingkat pengajian tinggi pula, pihak DPPP masih optimis bahawa pinjaman pendidikan seperti PTPTN boleh dikurangkan malah dihapuskan dan diberikan biasiswa secara percuma. Golongan graduan tidak seharusnya dibebankan dengan pinjaman hutang yang secara puratanya mencecah RM 20,000 selepas tamat belajar dan mula membina kehidupan yang baru. Inilah kesulitan hidup yang dialami oleh golongan mahasiswa yang diburu dengan bayangan hutang selepas graduasi meskipun baru berjinak-jinak dalam dunia kerjaya dan keluarga yang sebenar. Oleh sebab itu, pihak DPPP juga bertegas supaya pihak kerajaan dapat mengkaji semula cadangan PTPTN untuk mengenakan potongan wajib daripada gaji menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri baru-baru ini. Sementara itu, kerajaan juga harus menitik beratkan terhadap pembinaan syakhsiyah jatidiri mahasiswa disamping mengejar tuntutan serta kehendak industri. Dalam soal ini, penghayatan terhadap falsafah pendidikan negara seharusnya disegarkan semula agar rakyat yang dilahirkan daripada sistem pendidikan negara ini memenuhi aspirasi falsafah tersebut. 8. Berdasarkan kepada wabak penyakit yang semakin kritikal seperti Influenza A (H1N1), demam denggi, chikungkunya, meliodosis dan leptospirosis akhir-akhir ini, DPPP menggesa agar pihak kerajaan dapat menyediakan pre-emptive plan bagi menangani penularan wabak penyakit tersebut. Sistem pengesanan wabak dapat dikemaskinikan dengan baik disamping peruntukan yang besar dapat disediakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan penemuan kajian-kajian terbaru. Begitu juga negara Malaysia tidak sewajarnya kehilangan tenaga-tenaga pakar supaya tenaga atau nisbah seorang doktor dan rakyat dapat dijarakkan. Pelaburan yang besar mesti diperuntukkan agar keperluan terhadap tenaga pakar tempatan sentiasa ada dan sekaligus dapat mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing. Selain itu, memandangkan isu kesihatan adalah isu asasi yang penting, DPPP mendesak agar sebarang bentuk penswastaan terhadap perkhidmatan kesihatan dan hospital mestilah dimansuh dan ditolak. Malah, kerajaan seharusnya membiayai perkhidmatan kesihatan untuk golongan kanak-kanak, pelajar dan ibu mengandung. 9. Pihak DPPP menyokong penuh sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran semasa iaitu 3.3 peratus (Julai 2010) kepada tahap paling minima. Jika merujuk kepada perangkaan kadar pengangguran dikalangan mahasiswa pula, pada tahun 2008 ia telah mencatatkan kira-kira 80,000 orang ataupun 13% daripada jumlah keseluruhan kadar pengangguran di Malaysia. Bagi memastikan kepentingan golongan pekerja terutamanya daripada golongan anak muda ini terbela, pihak DPPP mendesak supaya kerajaan segera menetapkan kadar gaji minimum bagi mencukupkan mereka memenuhi keperluan asas dan menikmati taraf hidup yang adil. 10. Persekitaraan kehidupan yang materialistik menjerat kebanyakan golongan muda sehingga ramai dikalangan mereka berstatus muflis. Menurut kenyataan daripada Jabatan Insolvensi baru-baru ini, golongan muda yang berumur 25 tahun hingga 44 tahun adalah paling ramai yang diisytiharkan bangkrap iaitu sejumlah 38,357 orang sejak 65 bulan yang lalu. Trend ini dipengaruhi dengan kehendak mereka yang gemar berhutang menggunakan instrumen kad kredit, pinjaman pembelian kenderaan dan pinjaman peribadi. Pergantungan golongan muda terhadap kemudahan kredit oleh institusi kewangan amat membimbangkan. Mereka akan terlibat samada dengan transaksi riba' dan credit rating rendah yang akhirnya menzalimi mereka ataupun kontrak perbankan Islam yang bersifat sebaliknya. Oleh yang demikian, DPPP menyarankan agar pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia dapat sentiasa meneliti semula kontrak-kontrak perbankan Islam supaya ruh pinjaman dan perniagaan menurut perspektif Islam selari dengan maslahah yang dijamin kepada rakyat. Disamping itu, pihak DPPP berpendapat kadar pembelian aset hartanah dan perumahan di negara ini terutamanya di kawasan Lembah Klang terlalu tinggi sehingga telah menyukarkan golongan muda untuk memilikinya. Maka, satu mekanisme yang bersepadu perlu dibentuk dan digarap supaya keperluan terhadap pemilikan perumahan oleh golongan muda dapat dibantu dan dipermudahkan. Penutup Allah SWT berfirman (bermaksud), "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang (Al-Qur'an), adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamaNya, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan limpahan kurniaNya, dan menunjukkan mereka jalan yang lurus" (Surah An-Nisa' : 174-175) DPPP berharap agar seluruh harapan yang telah dinyatakan ini dapat dipertimbangkan demi memberikan kemaslahatan kepada agama, rakyat dan negara. Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi |
| JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno Posted: 28 Sep 2010 09:30 PM PDT Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - yang diumpamakan seperti "balaci" bagi melawan tindakan yang tidak sealiran. "Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut. Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa perbuatan menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul. Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab. Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama. Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan Malaysia. |
| Kekosongan kerusi Galas dimaklum kepada SPR Posted: 28 Sep 2010 09:15 PM PDT RANTAU PANJANG: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan telah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut. Katanya, surat pemakluman itu telah dihantar 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima. "Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad akibat barah usus. - Bernama |
| Umno Iri Hati Program Bantu Rakyat Miskin Dengan Fitnah Sumber Duit Judi Posted: 28 Sep 2010 09:00 PM PDT PULAU PINANG 29 Sept - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada usaha Umno-Barisan Nasional yang cuba mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas sebanyak RM100 yang diberikan setiap tahun. Menurut beliau, Umno-BN sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri dengan mendakwa program itu dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, Umno-BN mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Jelasnya, taktik jahat tersebut bertujuan semata-mata untuk menggagalkan program Kerajaan Negeri yang memberi manfaat kepada rakyat. "Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada usaha Umno mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. "Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas. "Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas," kata Guan Eng dalam satu kenyataan Isnin lalu. Beliau membidas dakwaan pemimpin Umno berkata wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan. "Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International. "Urus tadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009," jelas beliau. Oleh itu tambah beliau, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen "anti-rasuah" yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit. "Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, Umno-BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk mereka, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri. "Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! Umno jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan," tegas Guan Eng lagi. Beliau berkata selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno kononnya adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. "Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. "Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh Umno-BN dalam 51 tahun. "Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam. Malahan, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam," ujar Guan Eng. Beliau turut mengingatkan bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin Umno-BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?. "Bukankah lebih salah dan haram untuk Umno-BN luluskan lesen judi bola? Atau adakah mereka berdendam dengana Kerajaan Negeri yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik mereka untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain," soal Guan Eng. Tambahnya, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan yang disebut tadi. "Mereka sebenarnya iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan," kata beliau lagi. |
| Kit Siang Ingatkan PR Sedia Hadapi PRU-13 Dalam Enam Bulan Posted: 28 Sep 2010 08:30 PM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM 29 Sept - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memalu gendang pilihan raya apabila mengingatkan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi PRU ke-13 yang akan diumumkan seawal-awal enam bulan dari sekarang. Ini berdasarkan kepada gesaan Menteri Besar 'Mahkamah' Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menyeru semua komponen Barisan Nasional membuat persediaan bagi mengadapi kemungkinan PRU mengejut awal tahun depan. "DAP dan Pakatan Rakyat mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU-13 dalam masa enam bulan lagi," kata beliau semasa berucap pada majlis Hari Keluarga dan Pesta Makanan DAP Canning di Dewan Bulan Sabit, Ipoh Sabtu lalu. Kit Siang berkata dalam tempoh 18 bulan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan tiga inisiatif iaitu dasar 1 Malaysia, Model Ekonomi Baru serta Program Transformasi Ekonomi (PTE) RM1.4 trilion yang mensasarkan ekonomi nilai tambah yang tinggi menjelang 2020. "Bagaimanapun kesemua langkah besar Najib telah gagal untuk dilaksanakan melihat kepada respons lemah Bursa Malaysia terhadap PTE. "Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tutup 1,469 poin pada hari Isnin, meningkat 6.30 mata kepada 1,475.99 pada hari Selasa apabila PRE dilancarkan. Tetapi menjelang penghujung minggu dagangan pada hari Jumaat, KLCI jatuh 28.80 mata kepada 1,451.19 poin. "Terlalu sedikit keyakinan rakyat terhadap PTE setelah dua inisiatif Najib diserang dan seterusnya dimusnahkan. "MEB yang dilancarkan pada 30 Mac lalu diserang bertubi-tubi sehingga Najib terpaksa menjarakkan dirinya dengan mengatakan MEB bukanlah keputusan muktamad kerajaan tetapi sekadar usaha percubaan sekumpulan pakar yang melihat dari perspektif global!," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu. Tambah beliau, dalam kedua-dua perkara, individu yang mengetuai serangan terhadap program Najib tidak lain tidak bukan adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak faham konsep 1 Malaysia dan kesan buruk MEB jika dilaksanakan. Kata Kit Siang lagi, dasar 1Malaysia umpamanya masih belum dibuktikan sebagai polisi negara yang mengamit komitmen penuh serta kesetiaan daripada anggota Kabinet Najib dan pentadbiran kerajaan sendiri. Ini terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan secara terbuka bahawa beliau 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian' dan hanya satu sahaja Menteri Kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz yang bersedia menyatakan sebaliknya sejak 18 bulan lalu. "Terbaru, Mahathir meningkatkan retoriknya mengenai bangsa dan agama malah memberi amaran orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan. "Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab daripada seorang yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan mewar-warkan konsep Bangsa Malaysia seiring dengan Wawasan 2020. "Jika Pakatan Rakyat berkuasa yang akan hilang kuasa dan pengaruh ialah golongan Umnoputra sementara rakyat Malaysia terbanyak - Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban akan diperkasakan," tegas beliau lagi. Kit Siang juga berkata Dr Mahathir telah menyerang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melalui kempen tidak beretika dan tidak jujur dengan memburuk-burukkannya hanya kerana beliau adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat yang popular sebelum rampasan kuasa haram Umno-BN. Malah Dr Mahathir menunuduh Mohammad Nizar sebagai alat DAP dan mendakwa pentadbiran Nizar dianggap kerajaan negeri Cina oleh masyarakat Cina di Malaysia. "Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas kerana tidak ada siapa pun yang menganggap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak sebagai pentadbiran Cina - ia adalah kerajaan negeri rakyat Malaysia dan diterima baik oleh semua kaum di negeri ini. "Cara Mahathir memfitnah Nizar sama sepertimana beliau memburuk-burukkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lebih 40 tahun dahulu, yang mana akhirnya Mahathir terpaksa meminta maaf dari Tunku. "Sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir sepatutnya berhenti daripada mengamalkan politik perkauman dan agama," kata beliau lagi. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan