Kerabu Bersuara ® |
- Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar poster
- Umno dengan judi macam kembar siam
- Kelantan serba baru. DUN Galas akan menentukannya.
- Isu semasa, tempatan jadi tumpuan di DUN Galas
- Peniaga Lega Notis Penutupan Ditunda
- Pilihan raya kecil: PAS yakin boleh kekal kerusi DUN Galas
- Polis lengkapkan kertas siasatan individu menyamar TMJ dalam Facebook
- SKMM Diarah Siasat Video Klip Paderi Hina Islam Serta-Merta
- Pengundi DUN Galas Jangan Ulangi Kesilapan Undi PAS
- Pilihan Raya Kecil Galas Menyulitkan Tengku Razaleigh
- (Video) Penghinaan Benjamin Stephen Terhadap Nabi Muhammad SAWW & Islam
- SPR Belum Terima Notis Kekosongan Kerusi Galas
- Muhyiddin Cabar Nasaruddin Dedah Identiti 'Ejen BN' Dalam PKR
- Mengapa Saya Ajak PERKASA Berdebat?
- Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati
- ADUN Galas Dikebumikan Awal Pagi Ini
- Kim Jong Nam Hidup Berfoya-foya
- Utusan bakal terima padah
- Saifuddin: JPP tidak memihak kepada Adun, ahli parlimen
- Polis Kelantan Sedia Hadapi PRK Galas
- Pemimpin Melayu anggap ‘Malaysian first’ dilanda sindrom Malayfobia, dakwa Puad
- Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Diteliti Sebelum Perlaksanaan
- Kenyataan Kuan Yew Berniat Perlekeh Najib
- Pas dan Perlembagaan
- Penganggur dihukum gantung bunuh model sambilan
| Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar poster Posted: 28 Sep 2010 02:00 PM PDT Gambar: Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah membakar poster Namewee di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman. Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee. Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini. Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu. Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman. "Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum." Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai. "Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya. – Bernama |
| Umno dengan judi macam kembar siam Posted: 28 Sep 2010 12:00 PM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu. Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi. Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka. PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010. PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa "bapa judi" ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi. PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor. |
| Kelantan serba baru. DUN Galas akan menentukannya. Posted: 28 Sep 2010 09:16 AM PDT Al-Fatihah dirakamkan hadiah kepada Allahyarham Che Hashim Sulaiman, Bekas wakil rakyat DUN Galas dalam Perlimen Gua Musang yang telah meninggalkan kita lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin sekali gus akan diadakan pilihanraya kecil. Diwaktu keluarga Allahyarham masih bersedih kerana kehilangan orang yang tersayang, para pemimpin parti politik dan ahli-ahli parti sudah sibuk berbicara soal piliharaya kecil di DUN Galas dan masing-masing mengeluarkan kenyataan yang optimis bahawa parti mereka akan menang dalam piliharaya kecil nanti. PAS akan mempertahankan kemenangan yang telah didapati manakalah BN akan berusaha habis-habisan untuk memenangi kerusi tersebut. Kekalahan BN dengan undi 646 akan mencerahkan peluang BN untuk menawan kerusi tersebut sekiranya dibandingkan dengan keputusan pilihanraya kecil DUN Manik Urai dulu, walaupun BN tewas tapi BN berjaya mengurangkan jarak kekalahan yang BN kalah dalam pilihanraya umum 2008 lalu. Di DUN Galas ini BN boleh melihat bagaimana undi orang-orang cina berpihak, sekiranya pengundi orang-orang cina berpihak kepada BN adalah tidak mustahil BN akan memperolehi kejayaan, itu pun sekiranya undi orang-orang melayu masih ramai menyokng BN. Tapi melihat kepada kecekapan PAS berpolitik di Kelantan hari ini, bukanlah mudah untuk BN menewaskan PAS walaupun ratusan juta wang dibelanjakan bagi menarik minat pengundi di DUN Galas supaya menyokong BN, kecualilah BN dapat meletakkan seorang calun yang disukai ramai. Dan BN boleh menang sekiranya 'mood' rakyat Kelantan yang sukakan perkara baru ujud kepada pengundi dikawasan tersebut. Kerana di Kekantan sekarang banyak perkara baru berlaku. Rakyat Kelantan telah mendapat Sultan baru, Tengku Mahkota baru, Ahli Majlis Perajaan pun ada yang baru, maka mungkin juga rakyat di DUN Galas mahukan wakil rakyat baru serta orang baru. Kalau wakil rakyat yang meninggal dunia itu dari calun PAS, apakah calun BN pula yang akan menjadi pilihan pengundi dikawasan tersebut. Disinilah yang akan menjadi ujian kepada BN, kata-kata yang dilafaskan oleh kebanyakan pemimpin UMNO bahawa calun piliharaya akan datang akan diletak ataupun dipilih dikalangan calun yang disukai oleh rakyat tidak seperti dulu calun hanya dipilih kerana disukai oleh Ketua Bahagian saja. Siapakah agaknya calun BN nanti. Adakah BN akan mengekalkan Saupi sebagai calun yang tewas kepada calun PAS pada pilihanraya umum lalu atau orang baru yang lebih berwibawa dan disukai oleh pengundi disitu. Inilah ukuran yang akan menentukan siapa yang akan dinobatkan sebagai wakil rakyat DUN Galas kelak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua UMNO Bahagian tentu lebih arif dalam menentukan calun kelak. Di gelanggang DUN Galas ini akan menjadi petunjuk kepada BN, apakah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti UMNO dan BN mampu ada peluang untuk merampas Kelantan kerana sekiranya BN menang ahli-ahli UMNO akan disuntik semangat baru tapi sekiranya dalam pilharaya kecil nanti yang mejoritinya hanya 646 undi BN tidak dapat mengalahkan PAS usahlah diharap untuk UMNO/BN merampas Kelantan ditangan PAS dalam PRU umum ke 13 nantui. Di DUN Galas, penjualan slogan juga penting untuk memikat hati pengundi, yang mana PAS akan membawa slogan 'Islam untuk semua' dan BN akan membawa slogan '1Malaysia, rakyat didahlukan', disamping isu-isu lain termasuk kenaikan harga gula dan petrol serta imbohan wang hariraya kepada kakitangan kerajaan. Sekiranya UMNO tidak dapat mengambil peluang untuk mencari kemenagan di DUN Galas ini dan terus kalah apatah lagi sekiranya mejoriti PAS akan meningkat naik, maka bersiap sedialah UMNO Kelantan untuk melihat penghakisan pengaruh UMNO dan mimpi untuk menawan Kelantan akan hanya menjadi angan-angan. Maka cita-cita Pakatan Rakyat untuk menuju ke PUTRAJAYA dalam PRU umum ke 13 nanti tidak boleh dipandang ringin dan mudah oleh UMNO/BN. Kemewahan, Keselesaan dan Kuasa yang ada dikalangan pemimpin Kerajaan BN hari ini tidak akan menjamin kekal kerana kekalahan pilihanraya kecil nanti akan menambahkan semangat dikalangan parti Pakatan Rakyat. Yang membimbangkan kepada UMNO nanti apabila sebahagian besar ahli-ahli dan pengundinya akan berkata "Saya orang UMNO tapi saya belum tahu lagi mahu mengundi parti mana, lihatlah siapakah calun nanti". kerana semangat kepartian dikalangan ahli-ahli UMNO sekarang ini terlalu 'longar' tidak seperti ahli-ahli PAS dan pengundinya, Orang PAS tidak kira siapa calun, yang dipangkahnya adalah lambang bulan. Kekalahan PAS di DN Galas nanti adalah sebahagian isyarat rakya Kelantan bahawa rakyat telah menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan selaki gus menolak kerajaan dibawah pentadbiran PAS. Mampukah UMNO menyakinkan rakyat di DUN Galas untuk menolak PAS dan menerima UMNO atau PAS akan lebih berjaya lagi. http://newkk.blogspot.com/ |
| Isu semasa, tempatan jadi tumpuan di DUN Galas Posted: 28 Sep 2010 07:15 AM PDT KOTA BARU, 28 Sept – Penasihat jentera pilihan raya PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi tumpuan pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas yang bakal diadakan berikutan kematian wakil rakyat di situ Che Hashim Che Sulaima semalam. Katanya kemenangan Pas pada pilihan raya umum sebelum inipun banyak bergantung kepada kedua-dua isu itu. "Sebab itu, kita menganggap pilihan raya kecil kali ini adalah suatu medan ujian penting kepada Pas dan Barisan Nasional," katanya di sini hari ini. Che Hashim, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat sakit barah usus di Hospital Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Kata beliau, sentimen setempat di Galas berdasarkan kepada komposisi pengundi kerana kawasan itu mempunyai ramai pengundi daripada kalangan Orang Asli. Dalam pada iu, pengundi di DUN Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya hari ini, beliau berkata ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti yang pernah mereka lakukan sebelum pilihan raya umum 2008, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. |
| Peniaga Lega Notis Penutupan Ditunda Posted: 28 Sep 2010 06:45 AM PDT Oleh NUR DIYANA NAWWAR IBRAHIM GOMBAK, 28 Sept – Peniaga Medan Selera Pinggiran Batu Caves kini lega apabila notis penutupan perniagaan mereka ditangguhkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sehingga gerai baru siap. Berita tersebut disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur Selangor, Dato Dr Hassan Ali, dalam satu sesi pertemuan bersama peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan yang turut disertai pegawai MPS . Dato Dr Hassan menyifatkan pertemuan yang diadakan hari ini adalah penting bagimemberi peluang peniaga dan penduduk di situ menyuarakan pendapat mereka dengan pihak MPS bagi mencari penyelesaian terbaik. "Bagi menambah baik prasarana yang lengkap kepada peniaga, pihak MPS bersama syarikat usahasama Darma Purnama, merancang membina 20 unit gerai dan sebuah stesyen minyak, bagi menempatkan para peniaga yang perniagaan mereka ditutup," kata Adun Gombak Setia itu. Menurut beliau, tapak baru yang ditawarkan hanya 20 unit, sedangkan peniaga berjumlah 30, menunjukkan 10 peniaga tidak akan berpindah ke tapak baru. Namun peniaga tidak perlu bimbang kerana MPS akan memberi pampasan dan hanya memilih peniaga yang komitmen dalam perniagaan. "Mengikut perjanjian, syarikat usahasama Darma Purnama hanya akan membina geraitersebut dan segala penyelengaraan, sewa, termasuk pemilihan para peniaga adalah tanggungjawab MPS, walau bagaimanapun kerajaan negeri akan pastikan keputusan itu dibuat dengan adil dan telus," katanya. |
| Pilihan raya kecil: PAS yakin boleh kekal kerusi DUN Galas Posted: 28 Sep 2010 06:30 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 28 Sept — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam. Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas. "Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas. "Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam kerana kanser usus. Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh. Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, bagaimanapun PAS tidak akan memandang rendah akan kebolehan parti lawan. "Di Parlimen Gua Musang, Ahli Parlimen adalah Umno, dua DUN lain juga adalah Umno. Jadi ini merupakan satu cabaran kepada kita mempertahankan kerusi ini. "Selain itu, kita tidak akan memandang rendah pada pihak lawan. Jentera perlu kuat untuk menghadapi pilihan raya kecil ini nanti," katanya. Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim. Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut. |
| Polis lengkapkan kertas siasatan individu menyamar TMJ dalam Facebook Posted: 28 Sep 2010 06:15 AM PDT JOHOR BAHARU, 28 Sept – Polis kini berusaha melengkapkan kertas siasatan kes penyamaran menerusi Facebook menggunakan nama Tunku Mahkota Johor(TMJ) bagi memastikan individu terlibat dikenakan kegiatan. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kertas siasatan itu sebelum ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya namun dikembalikan bagi melengkapkan beberapa keterangan. "Selesai sahaja siasatan, saya akan arahkan anggota supaya menyerahkan semula kertas siasatan itu kembali kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. Sebelum ini, individu yang dikenali sebagai "Miky" didapati mengendalikan laman Facebook menggunakan nama Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dinamakan "Diari Harian Tunku Mahkota Johor". Selain memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail, individu itu juga melayan komen-komen peminat yang menyangkakan dirinya ialah TMJ. Polis pada 31 Ogos lepas menahan dua lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Amar di sini, bagi membantu siasatan kes penyamaran tersebut serta merampas dua komputer riba dan sebuah telefon bimbit daripada mereka. Kedua-dua mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama enam hari. – Bernama |
| SKMM Diarah Siasat Video Klip Paderi Hina Islam Serta-Merta Posted: 28 Sep 2010 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam. Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu. "Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini, Selasa. Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah. Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri. Rais berkata, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati internet. "Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera oleh mereka," katanya. - BERNAMA |
| Pengundi DUN Galas Jangan Ulangi Kesilapan Undi PAS Posted: 28 Sep 2010 05:45 AM PDT PUTRAJAYA: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini Selasa, beliau berkata ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti yang pernah mereka lakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus di Kuala Lumpur semalam. Pada PRU 2008, Allahyarham memenangi DUN itu menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang parti itu didalangi Umno, beliau berkata pembangkang akan sentiasa menuding jari menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan sendiri. "Apa saja yang berlaku bukan setakat kekecohan yang menggambarkan kelemahan sendiri, mereka mesti kata Umno terlibat. Inilah bezanya mereka dengan Umno, mereka tak boleh terima hakikat kelemahan parti, peringkat cawangan pun tak boleh tadbir, baru memerintah dua tahun sudah kucar kacir," kata Ismail Sabri. - BERNAMA |
| Pilihan Raya Kecil Galas Menyulitkan Tengku Razaleigh Posted: 28 Sep 2010 05:40 AM PDT PEMERGIAN Che Hashim Sulaima semalam tidak dapat tidak ada hikmah dan rahmat di sebaliknya. Disebalik Tuhan menyanyangi Allahyarham, mungkin Ianya juga ingin memuliakan hamba-Nya yang lain. Kerja Tuhan tidak dapat diteka dan ditebak oleh sesiapa. Penuh rahsia bagi yang buta tetapi terang ternyata bagi yang makrifat dengan-Nya. Dalam konteks pilihan raya dan demokrasi, pilihan raya kecil di kerusi berkenaan tidak dapat dielakkan. Apabila pilihan raya kecil diadakan di Dun Galas sedikit sebanyak ia akan meletakkan semula Tengku Razaleigh Hamzah di atas takhta politik. Tentu nama Tengku Razaleigh akan menjadi penting dan diingat dengan tiba-tiba sebaik saja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian. Ini kerana Gua Musang dikenali sebagai kubu kuatnya. Adun Galas adalah satu daripada tiga Adun yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang yang dikuasai Tengku Razalegih Hamzah sejak 36 tahun lalu. Dalam hierariki Umno pula beliau masih ketua bahagian Umno Gua Musang. Pengaruh Tengku Razaleigh sudah berakar umbi di situ. Tengku Razaleigh menguasai parlimen berkenaan sejak tahun 1974 dengan menenanginya tanpa bertanding. Malahan di Kelantan beliau adalah satu-satu ahli parlimen yang paling lama. Sebagai orang berpengaruh dan berakar umbi di situ sudah tentu pengundi di Galas masih setia kepada beliau. Mulutnya masih masin di Galas dari kalangan penduduknya terutamanya ahli Umno. Orang Asli sudah pasti menjadi penyokongnya utamanya. Selamanya mereka berajakan kepadanya. Apakah Tengku Razaleigh yang sebelum ini sudah dilupakan dan dibiarkan Umno dan BN akan didatangi kembali? Beliau akan diingatkan kembali dan tenaga dan baktinya diperlukan oleh Umno untuk merampas kerusi Galas itu? Jika Umno tidak ada maruah mereka akan mendekati Tengku Razaleigh. Akan memujuk dan merayu Tengku Razaleigh agar berkempen untuknya. Tetapi apakah Tengku Razaleigh bersedia berpatah balik, membantu Umno yang sudah melupainya? Mungkin itu akan diperhitungkan semula oleh Tengku Razaleigh. Sekiranya beliau ingat apa yang Umno lakukan kepadanya tidak mudah untuk Tengku Razaleigh mencemar duli bagi membantu Umno dan BN. Tengku Razaleigh sudah lama dipermainkan oleh Umno. Baik di zaman Mahathir Mohamad menjadi presiden terbawa kepada Abdullah Badawi jadi presiden hingga ke Najib Razak menjadi presiden. Tengku Razaleigh tidak diberi peranan penting sesuai dengan pengaruh dan kebolehannya. Beliau dilupakan dan dianggap sebagai Quran buruk dalam Umno. Kalau Tengku Razaleigh mengingati segala perbuatan Umno itu beliau tidak akan bersedia untuk membantu Umno. Pun begitu sukar untuk diramalkan. Tengku Razaleigh terkenal sebagai seorang pemimpin yang berakhlak dan begitu menghormat kepada perjaungan Umno. Beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kerana beliau sayang kepada Umno. Malangnya pengorbanan itu tidak dinilai sewajarnya oleh Umno. Apakah bagi memastikan Tengku Razaleigh membantu BN dalam pilihan raya itu nanti tiba-tiba Tengku Razaleigh akan diberi peranan besar. Ataupun Umno akan memberi boat penyelamat buatnya bagi memulihkan cita-cita politiknya? Tetapi kalau beliau merasakan sudah cukup dia memperhambakan diri kepada Umno sedangkan perngorbanan itu tidak dibalas setimpal, Tengku Razaleigh akan mengambil sikap mendiamkan diri kalau pun tidak berhasrat untuk mengajar Umno pada pilihan raya berkenaan. Namun melihat kepada hati budi dan kelembutan hati seorang anak raja ini, tidak mungkin beliau hanya akan menjadi pemerhati saja di pilihan raya itu, apa lagi akan bersama Pas dalam pilihan raya itu. Beliau akan turun juga berkempen untuk Umno. Dan kalau itu terjadi peluang Umno memenanginya cerah tetapi Tengku Razaleigh sendiri pula akan menjadi ular air kehabisan lumpur untuk melindungi warna politiknya kalau beliau sedia membantu Umno. Dari sisi lain kalau Tengku Razaleigh sedia melupai perbuatan Umno kepadanya apakah beliau sedia untuk menafi balik kata-kata dan pendiriannya berhubung dengan royalti minyak? Sebelum ini Tengku Razaleigh dilihat senada dengan rakyat Kelantan dalam menuntut royalti minyak yang dinafikan oleh Umno. Beliau pernah duduk bersama pemimpin kerajaan Kelantan atas pentas dalam memperjuangkan itu. Sudah pasti tape ucapan beliau ketika menyatakan pendirian berhubung royalti minyak itu akan ditayang di semua pos pilihan raya kecil Galas nanti. Apakah Tengku Razaleigh sendiri menafikan semula kata-kata itu kerana ingin membantu Umno? Pilihan raya Galas sedikit sebanyak menjadi Tengku Razaleigh serba salah. Bagaimana beliau menghadapi situasi itu sama-samalah kita tunggu. Politik itu serba mungkin dan janji dan ikrar dalam politik tidak boleh dipercayai. http://msomelayu.blogspot.com/ |
| (Video) Penghinaan Benjamin Stephen Terhadap Nabi Muhammad SAWW & Islam Posted: 28 Sep 2010 05:15 AM PDT |
| SPR Belum Terima Notis Kekosongan Kerusi Galas Posted: 28 Sep 2010 05:00 AM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi menunggu notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau menjangkakan notis itu akan diterima sama ada esok atau Khamis. "Sekiranya notis diterima, SPR mempunyai masa sehingga 7 Oktober untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa. Che Hashim, 46, daripada Pas memenangi kerusi Galas pada pilihan raya umum pada 2008 dengan menewaskan Mohd Saufi Deraman daripada Barisan Nasional dengan kelebihan 646 undi. Beliau meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam akibat kanser. - BERNAMA |
| Muhyiddin Cabar Nasaruddin Dedah Identiti 'Ejen BN' Dalam PKR Posted: 28 Sep 2010 04:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution untuk mendedahkan identiti mereka yang didakwa menjadi "ejen Barisan Nasional" di dalam parti pembangkang itu. Muhyiddin berkata PKR patut bertanggungjawab ke atas masalah mereka sendiri dan bukannya bertindak menuduh orang lain. "Dakwaan yang tidak berasas ini tidak harus kita layan. Tapi saya mahu mencabar Saifuddin supaya bagi bukti. Beritahu siapa dan dari parti mana mereka ini. "Kalau orang yang mereka maksudkan ialah kita ni, atau orang dari luar... saya tidak tau siapa yang dimaksudkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum International Herald Tribune di sini, Selasa. Muhyiddin berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Saifuddin semalam bahawa kekecohan yang berlaku pada mesyuarat cabang parti itu pada hujung minggu lepas adalah unsur sabotaj yang didalangi sesetengah pihak dari luar yang sengaja mahu memporak-perandakan mesyuarat yang sedang dijalankan. "Apa yang berlaku dalam PKR sekarang harus dijadikan pengajaran kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar parti itu yang disifatkan (oleh Muhyiddin) sebagai cakap tidak serupa bikin," tegas Muhyiddin. - BERNAMA |
| Mengapa Saya Ajak PERKASA Berdebat? Posted: 28 Sep 2010 04:00 AM PDT NURUL IZZAH ANWAR Sejak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan dikeluarkan terhadap saya. Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut. Hairan, kerana orang yang cadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula alami nasib sama seperti saya. Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu. Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan? Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan. Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu. Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Namun, kerajaan juga sedang berusaha merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum. Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam? Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh. Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan? Saya juga percaya Perkasa tentu setuju dengan saya kalau dicadangkan sebahagian pendapatan Petronas (30 peratus keuntungan tahunan misalnya) disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk biayai biasiswa anak-anak kita. Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat. Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa? Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan. Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini." Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan? Tidakkah ia memberi kesan kepada "hak Melayu"? Oleh kerana kedudukan bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman. Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga isytihar PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan kadar minimum 30 peratus.Inilah dasar yang kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya UMNO. Dasar ini pada saya cukup kabur kerana tidak jelas apa yang dipertahankan. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya ialah orang Melayu? Data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya (2002) mengatakan pegangan orang Melayu sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus. Perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun, walau apa angkanya, orang Melayu tidak mendapat faedah daripada dasar ini. Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera' sedia ada di dalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan penswastaan dari kerajaan, konsesi lebuh raya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat Bumiputera dengan menggunakan nilai saham par-value yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu, di mana 25 peratus saham tadi dimasukkan ke dalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Baki 70 peratus masih dalam tangan pemilik dan syarikat bumiputera tadi. Untuk uji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mula dengan Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak bina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu. Apa yang dibangkitkan ini bukan perkara baru, kerana itu saya terkejut apabila pelbagai tohmahan ke atas saya.Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail sendiri pernah kata kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman. Beliau mengatakan kedudukan orang Melayu akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau ramal dengan semakin ramai Melayu berpendidikan dan dapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa itu. Tujuan saya bukan untuk hapuskan peruntukan perlembagaan itu, tetapi yang dipersoalkan ialah dasar dan pelaksanaan seperti diramalkan Tun Dr Ismail, bahawa proses perubahan hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan. [Sumber] |
| Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati Posted: 28 Sep 2010 03:30 AM PDT Oleh IZRA ABD RAHMAN KUALA LUMPUR: "Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan." Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50. Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya. "Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang. "Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh " katanya. Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program 'Kerusi Panas' terbitan Bernama Radio24 pada Isnin. Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13. Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan. Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009. Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya. Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu. Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau. "Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang," katanya. Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka. Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul. Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham. "Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang," katanya. |
| ADUN Galas Dikebumikan Awal Pagi Ini Posted: 28 Sep 2010 03:15 AM PDT GUA MUSANG: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, 46, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kerinting, di sini, awal pagi ini. Che Hashim meninggal dunia di Hospital Al-Islam, Kampung Baru Kuala Lumpur pukul 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu sejak tujuh hari lepas akibat barah usus yang dialaminya lebih setahun lalu. Sebaik jenazah Allahyarham tiba dari Kuala Lumpur pukul 12 tengah malam tadi, ia terus dibawa ke Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jenazah itu kemudian dibawa ke rumah isteri pertama Allahyarham, Che Bongsu Yunus, 49, di Perumahan Jabatan Perumahan Negara (JPN) Kampung Kerinting sebelum dikebumikan pada pukul 1 pagi. Seorang lagi isteri Allahyarham ialah Aida Zakaria. Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas setelahmenewaskan calon Barisan Nasional Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi apabilabeliau memperoleh 4,399 undi manakala Mohamad Saufi mendapat 3,753 undi. Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh. Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, semasa ditemui di masjid Tengku Muhammad Faiz Petra berkata, pihaknya akan mengemukakan dokumen berkaitan kematian Adun Galah itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin. "Tengoklah kalau dapat sijil kematian Allahyarham esok (hari ini) kita segerakan berbuat demikian bagi mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Galas," katanya. - BERNAMA |
| Kim Jong Nam Hidup Berfoya-foya Posted: 28 Sep 2010 03:00 AM PDT PYONGYANG: Anak sulung pemimpin Korea Utara Kim Jong Il, Kim Jong Nam (39), ternyata selama ini hidup mewah di pusat perjudian Asia iaitu di Macau. Kim Jong Nam yang pernah diwar-war untuk menjadi diktator harus meninggalkan Korea Utara setelah skandal penggunaan pasport palsu Republik Dominica ketika berusaha masuk ke Jepun tahun 2001. Alih-alih menyepi dan hidup sederhana. Kim Jong Nam kini memilih tinggal bergelumang kemewahan di Macau. Kim Jong Nam bersama keluarga, isteri dan dua anak, bergerak dari satu restoran bintang lima ke restoran mewah lainnya di bekas koloni Portugis itu. Dia terkenal royal, termasuk menghamburkan kiriman wang tahunan 500.000 dollar AS di kasino-kasino dan butik mewah di Macau. Jong Nam yang juga pernah disebut-sebut sebagai calon pengganti Kim Jong Il tinggal di sebuah vila mewah di hujung selatan Makau. Vila berpermaidani merah jambu itu terletak di pantai menghadap Laut China Selatan. "Si putera sulung Jong Nam memang tinggal di sekitar daerah ini, tetapi saya tidak pasti di rumah yang mana," ujar seorang pemandu teksi yang menunjuk deretan vila mewah. Seorang kerani hotel bintang lima, Altira, mengatakan, Jong Nam yang mampu berbahasa Inggeris dan Perancis sering makan hotel. "Saya kenal Tuan Kim. Hari ini saya belum melihatnya," katanya kepada wartawan AFP. Mengenakan kemeja dan seluar biru, Jong Nam bulan Jun 2010 memberikan wawancara kepada wartawan Korea Selatan. Dia membantah spekulasi yang menyatakan akan mencari suaka ke Eropah. Dia juga mengatakan ayahnya dalam keadaan sihat. Jong Nam membahagi waktu berkelana antara dua rumahnya di Macau dan Beijing. Dia juga kerap berkunjung ke Vienna, Bangkok, dan Moscow. Seperti ayahnya, Jong Nam dikhabarkan memiliki gaya hidup mewah. Dia memiliki rumah kedua di Macau yang sering didiami setelah pulang larut malam dari karaoke atau kasino. Pengawal Jong Nam memiliki tiga pengawal. Dia juga memiliki seorang "simpanan" yang tinggal di apartmen di dekat rumah kedua. Terkadang, Jong Nam dan keluarganya, anak lelaki berusia 14 tahun dan perempuan berumur 10 tahun, didapati keluar menaiki teksi atau bas tanpa pengawal. Keluarga Jong Nam mengikuti perkhemahan di alam bebas bersama Pandu Lusophone yang berbangsa Portugal di Macau. "Isteri Jong Nam selalu berpakaian cantik," ujar Ricardo Pinto, penerbit majalah Closer yang berpejabat di Macau. Pinto menambah, anak-anak Jong Nam memiliki peralatan elektronik moden seperti iPod. Jong Nam diketahui kerap berkumpul dengan teman-teman di restoran Korea di Macau. "Jong Nam tidak diundang ke acara-acara resmi kerajaan. Dia diperlakukan sebagai rakyat biasa. Dia tidak berusaha mempamerkan diri sebagai orang penting," ujar Pinto. Pada akhir tahun 1990-an, nama Jong Nam disebut-sebut sebagai calon kuat pengganti Kim Jong Il. Dia pernah memegang sejumlah jawatan penting di Korea Utara, termasuk pada posisi penting di militer. Pertengahan tahun 1990-an, Jong Nam diberi pangkat jenderal dan mengepalai lembaga perisikan Korea Utara. Karier Jong Nam berakhir kerana dia berusaha mengunjungi Disneyland Tokyo bersama keluarga tanpa izin ayahnya dan menggunakan pasport palsu Republik Dominica. Insiden itu membuat Kim Jong Il murka dan menarik semua jawatan serta keistimewaan yang dinikmati Jong Nam. Para pengamat menilai Kim Jong Nam memiliki jejak lebih baik daripada Kim Jong Un saudara tirinya dalam pemerintahan. Jong Nam yang memiliki ibu seorang bintang filem itu menolak menanggapi spekulasi sebagai bakal pemimpin Korea Utara. "Kalau saya pengganti Kim Jong Il, apakah akan berkeliaran di Macau dengan penampilan biasa dan menikmati hiburan di sini," kata Jong Nam kepada wartawan Jepun tahun lalu. Jong Nam mengatakan, dia hanya seorang warga Korea Utara yang memiliki hak untuk tinggal di Macau dan China. "Saya bukan buruan dari Korea Utara," kata Jong Nam.(ChannelNewsAsia.com/AFP/ONG) |
| Posted: 28 Sep 2010 02:30 AM PDT Polisi yang dibuat ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia yang bertentangan dengan etika kewartawanan harus dihapus bagi mengelakkan edaran akhbar berkenaan, terus merudum. "Tidak mustahil akhbar Utusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini menjadi sisiapan mingguan dalam Utusan Malaysia," kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari. "Mungkin satu hari nanti Utusan Malaysia akan menjadi sisipan Kosmo memandangkan edaran akhbar kompak itu semakin meningkat setiap tahun," katanya pada satu kenyataan hari ini. Berbanding Utusan Malaysia, Kosmo lebih banyak menyiarkan berita sensasi dan jarang membawakan berita politik keterlaluan yang menjadi imej akhbar utama Kumpulan Utusan itu Edaran Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 atau mengecil 21 peratus dalam tempoh 2005-2009 mengikut perangkaan ABC (Audit Bureau of Circulations) pada 10 September lalu. . Hata mendakwa, polisi laporan berat sebelah yang menampilkan laporan positif melibatkan kerajaan dan Umno tetapi menonjolkan laporan negatif apabila membabitkan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat. "Sehubungan itu, NUJ meminta ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia untuk menghapuskan polisi yang tidak menguntungkan Utusan Malaysia," katanya. Beliau juga menyatakan Utusan juga tidak memberi peluang kepada orang yang berdepan tuduhan tertentu untuk menjawab dan disiarkan dalam akhbar berkenaan. "Dalam perkara ini, Utusan Malaysia melaksanakan polisi untuk tidak menyiarkan kenyataan balas yang dibuat parti politik atau individu apabila laporan negatif dibuat terhadap mereka. "Contoh terbaik ialah kenyataan balas Datuk Seri Nazri Aziz tidak disiarkan walaupun ruang pojok Awang Selamat menghentam Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu," katanya. Hata berkata, Utusan Malaysia juga hanya menyiarkan berita satu kaum sahaja menyebabkan pembaca akhbar bukan Melayu tidak berminat membeli walaupun mempunyai keupayaan membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia. "Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang menggunakan bahasa Kebangsaan, sepatutnya mengambil kira juga keperluan kaum lain," katanya. |
| Saifuddin: JPP tidak memihak kepada Adun, ahli parlimen Posted: 28 Sep 2010 02:00 AM PDT Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersikap berat sebelah iaitu menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau ahli parlimen. Menurut Saifuddin, jika dakwaan itu benar maka Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, Lim Soo Nee (Kulim) dan Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abbas tidak akan kalah. Maka secara realitinya, dakwaan itu tidak benar kerana masih ada wakil rakyat yang kalah. "Kita ada mendengar dakwaan itu, jika ia benar maka wakil rakyat Telok Kemang, Bukit Lanjan, Kulim atau pemimpin senior seperti Mustaffa Kamil Ayub tidak akan kalah kerana JPP akan tolong mereka. "Namun antara dakwaan dan realiti yang berlaku berbeza. Ada wakil rakyat yang menang dan kalah. Maka dakwaan ini secara sendirinya ditolak," katanya Saifuddin turut menafikan kekacauan yang berlaku di beberapa cabang (Selangor) semalam didalangi oleh golongan tertentu dalam PKR. Pada masa yang sama Saifuddin turut mengulas mengenai bantahan awal di cabang Pasir Salak yang dibuat oleh Mustaffa Kamil Ayub pada 5 September lalu. "Daripada 176 aduan yang kita terima minggu lepas, satu daripadanya telah diselesaikan dengan kita menolak bantahan itu. "JPP mendapati resit bayaran itu ada dan masalah itu telah ditangani sebelum berlangsungnya pemilihan cabang sabtu lalu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang. FMT sebelum ini melaporkan Setiausaha PKR Perak, Anuar Zakaria, mendakwa pencadang dan penyokong Ketua Cabang Pasir Salak Osman Abdul Rahman tidak membayar yuran pencalonan. Osman, bekas pengerusi PKR Perak Sabtu lalu mengalahkan Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan ketua cabang Pasir Salak. Osman mendapat 111 undi manakala Mustaffa 99 undi, majoriti 17 undi. Sementara itu, dengan nada gurauan Saifuddin berkata walaupun beliau kini layak bertanding jawatan naib presiden namun pencalonan bagi jawatan yang ingin ditandinginya masih belum mencukupi. "Pencalonan untuk jawatan yang saya mahu bertanding masih belum cukup…yang cukup naib presiden tapi saya tidak mahu bertanding naib," katanya bergurau. Saifuddin menerima dua pencalonan sekaligus melayakkannya bertanding jawatan naib presiden daripada cabang Wangsa Maju dan Segambut, masing-masing dari Wilayah Persekutuan |
| Polis Kelantan Sedia Hadapi PRK Galas Posted: 28 Sep 2010 01:30 AM PDT KOTA BAHARU, 28 Sept – Polis Kelantan sudah bersedia untuk menjaga ketenteraman awam dan berdepan dengan sebarang kemungkinan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan perlunya pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang, dalam masa terdekat ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar. "Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya dipetik daripada Bernama sewaktu majlis Sambutan Hari Raya Kontinjen Kelantan bersama masyarakat di sini, semalam. Pilihan raya kecil DUN Galas dijangka diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Che Hashim Sulaima, 46, meninggal dunia di Hospital Al-IslamKampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. Hashim yang menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira pukul 4.30 petang semalam setelah dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lepas. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang, lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 malam. Abdul Rahim berkata polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terlibat dalam suasana aman dan harmoni. |
| Pemimpin Melayu anggap ‘Malaysian first’ dilanda sindrom Malayfobia, dakwa Puad Posted: 28 Sep 2010 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept — Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menulis pemimpin-pemimpin Melayu yang menegaskan diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian sebagai "dilanda sindrom Malayfobia." "Apabila ada pemimpin Melayu yang menyatakan "I am Malaysian first and Malay second," sebenarnya dia dilanda sindrom 'Malayfobia'," kata beliau dalam tulisannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Sehubungan itu, Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sindrom 'Malayfobia' cukup bahaya dan boleh mengancam jati diri bangsa. "Wajar semua pihak membanterasnya," katanya. Dalam tulisannya itu beliau tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin Melayu secara khusus tetapi dilihat cuba membalas tulisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang dalam surat terbukanya kepada Awang Selamat, yang disiarkan di The Malaysian Insider, bahawa beliau bangga untuk mengatakan dirinya "I am Malaysian first and Malay second". Kata beliau, sebab itu mana-mana pemimpin Umno jika dia mengatakan dirinya sebagai "Malaysian first, Malay second," sebenarnya dia menyanggah Perlembagaan, perjuangan dan tujuan penubuhan Umno itu sendiri. "Oleh itu cabaran Kit Siang hanyalah satu perangkap halus. "Malangnya sudah ada orang Melayu yang terperangkap. Sedangkan Kit Siang sebagai individu yang melontarkan idea itu sendiri bersikap cakap tidak serupa bikin," katanya. "Apa tidaknya, dia boleh kata, "I am Malaysian first and Chinese second." Hakikatnya, tindak-tanduk beliau lebih kecinaan iaitu "I am Chinese first, Malaysian second"," kata beliau. Puad menambah, perjuangan politiknya tidak sama dengan apa yang dia laungkan. "Semuanya bersifat perkauman. DAP hanya berminat dalam isu yang membabitkan satu kaum. "Cukup jelas DAP menang kerana sokongan pengundi Cina. Tanpa undi Cina mereka tidak akan menang. Sebab itu mereka terus memainkan isu orang Cina, kerana itu sumber mereka meraih undi dan kemenangan dalam pilihan raya selama ini," kata beliau lagi. Isu 'I'm Malay first and Malaysian second' muncul dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran April lalu. Puad, ahli Parlimen dari Johor juga mendakwa tidak salah seseorang itu mengaku dirinya "I am Malay first," "I am Chinese first" atau "I am Indian first." "Semua memahaminya kerana dalam konteks Malaysia, kepelbagaian adalah aset atau kekuatan dan bukannya liabaliti. "Dalam konteks ini (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut terperangkap, bila berkata dia tidak bangga mengaku dirinya sebagai orang Melayu. "Dia lebih bangga dipanggil sebagai orang Islam," katanya. Puad juga mendakwa apakah Nik Aziz lupa, dari segi fitrah, Allah turunkan manusia lebih dulu ke bumi sebelum Allah menurunkan agamanya. "Allah menjadikan manusia berperingkat, berbangsa-bangsa, lelaki dan perempuan supaya mereka mengenali antara satu dengan lain. "Ini yang dikatakan sebagai 'multi level identities' atau pun 'hirarchy of identities'. Sebab itu sebuah negara bermula dengan kampung, mukim, daerah, negeri dan kemudian barulah negara. "Maka dia kena ingat akarnya yang bermula dari kampung. Jika tidak, dia sebenarnya meruntuhkan asal usulnya," katanya lagi. |
| Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Diteliti Sebelum Perlaksanaan Posted: 28 Sep 2010 12:30 AM PDT Oleh Norasikin Samsi SHAH ALAM 28 Sept - Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2010 yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan bakal diluluskan pada bacaan kali ketiga dalam sidang Dewan Negeri Selangor Mac depan perlu melalui proses penilitian dan penambahbaikan sebelum ia dilaksanakan. Pengerusi Jawatankuasa Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Negeri Selangor, Saari Sungib berkata langkah itu bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar bertujuan menggalakkan akses kepada maklumat yang dipegang oleh badan awam dan badan persendirian yang mempunyai kepentingan awam. Justeru, katanya perbincangan bersama dalam Sesi Maklum Balas Awam Mengenai Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat yang diadakan semalam bertujuan untuk mengumpul maklumat, mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada pelbagai agensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu-individu berhubung rang undang-undang tersebut. "Apa yang kita perolehi pada hari kedua pendengaran terbuka ini, semangatnya memang tinggi malah rata-rata daripada tujuh NGO yang hadir daripada 13 yang kita jemput pada hari ini merakamkan penghargaan dan tahniah di atas usaha kerajaan negeri mewujudkan akata ini. "Namun, dalam respon pihak terbabit, nampak terlalu banyak sekatan yang menjadi penghalang kepada konteks kebebasan maklumat itu sendiri. Apabila rang undang-undang ini diluluskan, sepatutnya yang lebih tertonjol dan menonjol itu adalah hak rakyat terhadap maklumat sebagai hak asasi bukan sekatan-sekatan. "Memang kita perlu satu sekatan bagi memastikan mana-mana rang undang-undang itu tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak tetapi jangan sampai digambarkan sebagai satu sekatan yang akhirnya diberi pandangan ramai sebagai gimik politik. "Sedangkan hasrat kerajaan negeri bukannya begitu sebaliknya kita (kerajaan negeri) memang komited untuk mengadakan rang undang-undang yang boleh diberikan ketelusan kepada kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan selepas mempengerusikan sesi maklum balas itu yang diadakan di Dewan Annex, di sini pagi semalam. Hari pertama bagi sesi maklum balas awam tersebut telah diadakan pada Ogos lalu yang dihadiri oleh enam badan swadaya (NGO) termasuk Majlis Peguam. Pada hari ini, NGO yang hadir adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jemaah Islamiah Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia, Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Transparency International dan Christina Chia Ng & Partners. Sesi maklum balas awam ini akan bersambung hari ini dan berakhir pada Rabu ini dengan menampilkan pandangan daripada pelbagai lagi agensi berkaitan. "Disebabkan banyak sangat sekatan dilihat oleh NGO termasuk Majlis Peguam, jadi kita akan menggunakan saluran daripada pakar undang-undang pada hari keempat nanti bagi mengambil kira bagaimana untuk memecahkan masalah itu. "Yang penting kita nak dapat kelulusan dari pihak eksekutif, sokongan dari segi perundangan daripada pasukanundang-undang yang akan membantu jawatankuasa ini. Sekarang apa yang kita buat adalah mengumpulkan maklumat daripada NGO. "Kita akan memperincikan rangka-rangka tersebut dan dari situ kita ada draf yang lebih tersusun berdasarkan input-input yang kita telah kumpulkan dan daripada situ, kita akan adakan satu sesi dengan memanggil pegawai undang-undang daripada agensi kerajaan, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) "Kemudian kita akan adakan pendapat awam yang akan dimasukkan dalam laman web kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan daripada GLC, rakyat dan orang ramai dan selepas itu baru kita sediakan draf. "Kita juga berhasrat sama ada mahu menyediakan draf itu melalui pasukan kita tersendiri ataupun melalui kamar penasihat undang-undang," ujar Saari lagi. Tambah beliau, jawatankuasa itu juga meletakkan sasaran proses tersebut sehingga Disember ini dan seterusnya melakukan penilitian perincian itu pada Januari sementara pembentangan untuk bacaan kali ketiga akan dibuat pada sidang Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat itu ditubuhkan pada 17 Julai lalu dan dianggotai oleh enam panel. Panel jawatankuasa yang hadir dalam pendengaran awam tadi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Hannah Yeoh, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves Amirudin Shari. Manakala dua Adun BN yang tidak pernah menghadiri mana-mana sesi ini adalah Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus dan Adun Tanjung Sepat, Datuk Karim Mansur. "Setakat ini mereka belum hadir, tetapi kita masih lagi menganggap mereka sebagai panel," kata Saari. |
| Kenyataan Kuan Yew Berniat Perlekeh Najib Posted: 28 Sep 2010 12:00 AM PDT Oleh IZMAS PADA penghujung tahun lapan puluhan, Lee Kuan Yew (ketika itu masih menjadi perdana menteri Singapura) telah melontarkan idea supaya Singapura lebih baik menyertai Malaysia semula. Penganalisis politik tempatan berpendapat lontaran idea Kuan Yew itu bermaksud mencelikkan kesedaran rakyatnya terutama keturunan Cina supaya lebih setia kepada tanahairnya Singapura dibandingkan kehidupan rakyat keturunan Cina di Malaysia yang menurutnya lebih susah dan tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Pada ketika itu dikatakan kesetiaan dan kesedaran rakyatnya terutama anak muda kaum Cina berkurangan dan kebanyakan mereka lebih suka berhijrah ke luar negara untuk mendapat kebebasan bersuara yang lebih dan kehidupan selesa dibandingkan hidup di negara sendiri yang amat terkongkong dan tiada kebebasan dalam ertikata sebenarnya. Pada awal tahun sembilan puluhan, beliau menggemparkan negara apabila menuduh Johor negeri yang kotor, penuh dengan jenayah dan tidak selamat untuk dilawati dan didudukki. Mesej beliau dilihat pemerhati politik bermaksud sebagai amaran kepada rakyatnya tidak kira kaum terutama orang Cina dan Melayu supaya menjauhkan diri dari negeri Johor yang kebetulan amat gemar dan kerap dikunjungi rakyatnya dengan tujuan membelibelah, melabur, membeli harta, makan angin dan makan-makan (terutama makanan laut!). Tuduhan beliau itu mendapat reaksi spontan keras dan kemarahan dari rakyat Malaysia khususnya warga Johor yang menganggap Kuan Yew menghina pentadbitan kerajaan negeri Johor termasuk Paduka Sultannya. Menurut cerita, Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar turut murka dan mengirim bantahan meminta pemerintah Singapura menjelaskan tuduhan melulu Kuan Yew itu yang dianggap keterlaluan dan tanpa usul periksa. Terbaharu, beliau dalam temubual dengan Seth Mydans dari akhbar New York Times mengecam sistem politik di negara ini yang menurutnya mengamalkan diskrimanasi kaum, menyisihkan kaum bukan Melayu dengan dasar memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu. Kecaman beliau itu sudah disifakan bukan saja sebagai percubaan mencampuri urusan politik dalam negara ini, malah dianggap sebagai satu hasutan yang cuba melaga-lagakan perasaan perkauman di antara kaum terbesar di sini serta membantu merungkaikan ikatan sosial di Malaysia. Kenyataan beliau itu berpotensi untuk menyemarakkan perasaan marah orang Cina Malaysia yang ketika ini baru mula memahami dan mendekati konsep 1 Malaysia saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau seolah-olah tidak senang dengan keamanan dan kestabilan yang dinikamati negera di bawah PM baru dengan kenyataannya yang cuba menghasut orang Cina di sini supaya menuntut hak keadilan mereka sebenarnya sedangkan beliau sedar bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial sudah menjelaskan kedudukan istimewa orang Melayu yang tidak boleh dipersoal dan kedudukan kaum minoriti yang tetap terpelihara. Apakah maksud sebenar Kuan Yew melontarkan kenyataan itu ketika negara ini sudah mula pulih dari bencana politik tsunamai PRU ke 12 lalu yang menyaksikan kebangkitan desakan dan tuntutan kaum bukan Melayu yang agak keterlaluan dalam beberapa isu yang sudah menyentuh kesabaran orang Melayu? Adakah beliau cuba menuang minyak ke atas api yang sedang menyala dan ingin melihat negara ini kacaubilau dan tidak aman? Penulis berpendapat tuduhan dan kenyataan Kuan Yew kali ini lebih kepada perasaan kesal dan cemburu beliau kepada situasi di negara ini yang sudah jauh berubah setelah diterajui oleh seorang perdana menteri baru yang tidak boleh dipengaruhi dan diperlekeh seperti PM sebelumnya. Harus disedari banyak perancangan Kuan Yew - melalui rakan karib dan kuncu-kuncunya di zaman PM Abdullah - yang menemui jalan buntu setelah Abdullah bersara termasuk percubaan Siangapura dalam pelaburan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, penguasaan saham dalam GLC milik Khazanah dan banyak lagi projek ekonomi yang menghampakan beliau. Setelah peralihan kuasa berlaku dengan begitu pantas dari tangan Abdullah kepada Najib, cita-cita, perancangan dan strategi beliau untuk mempengaruhi kepimipnan negara ketika itu tergendala. Rancangan beliau gagal dan tidak kesampaian dengan kebolehan PM Najib yang dilihat lebih cerdik dan berkemampuan dari PM sebelum beliau. Kuan Yew juga sedar kebolehan dan populariti Najib sudah menyaingi kebolehan anaknya, PM Lee di peringkat antarabangsa seperti yang diakui sendiri penganalisis kewangan dan politik antarabangsa termasuk dari barat. Beliau sedar tidak mudah memperlekeh Malaysia di bawah Najib yang boleh menandinggi semua perancangan ekonomi negara jiran itu . Tidak seperti di zaman PM sebelumnya yang menganggap pemimpin Singapura sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dan membenarkan menteri-menterinya mentadbir bersama dalam Jawatankuasa Bersama Pembangunan Iskandar Malaysia di Johor yang sudah ditolak Najib. Najib mempunyai kewibawaan dan idea ekonomi, sosial serta pembangunan sendiri yang sukar dipengaruhi pemimpin Singapura termasuk gagasan 1Malaysia yang cuba diperkenal untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum utama di negera ini selepas berlakunya tsunami PRU ke 12 lalu. Gagasan Najib mula mendapat sokongan kaum India dan Cina berfikiran terbuka yang sedar tentang konsep kesederhanaan dan kewujudaan kebelbagaian kaum di negara ini yang perlu ditangani secara bijaksana dan berhemah. Kenyataan terbaharu Kuan Yew dilihat sebagai percubaan menganggu gagasan Najib itu dengan kenyataan melulu beliau yang sengaja bertujuan menghasut orang Cina supaya bangkit menuntut hak yang lebih adil dan saksama sedangkan hal itu tidak mungkin berlaku berdasarkan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Kenyataaan beliau berbau rasis dan sebenarnya lebih tidak adil layanannya kepada orang Melayu di Singapura. Sebagai orang yang pernah lama hidup dan belajar di kota Singa, penulis lihat banyak hak istimewa orang Melayu yang dinafikan sebagai anak watan asal negara itu yang sudah dijamin Perlembagaan republik itu . Di mana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sekolah aliran Melayu di negara itu? Kenapa orang India yang membentuk 5 peratus mendapat 3 jawatan menteri penuh sedangkan orang Melayu yang membentuk 15 peratus sekadar mendapat satu jawatan menteri padahal orang Melayu adalah anak asal negara itu yang sepatutnya diberikan lebih hak? Kenapa jawatan Presiden diberi kepada orang bukan Melayu yang sepatutnya menjadi hak mutlak orang Melayu? Sebenarnya Kuan Yew tidak layak bercakap soal keadilan dan kesaksamaan hak sesuatu bangsa di negara ini kerana beliau lebih menyimpan perasaan perkauman, tidak adil dan lebih tidak bertimbangrasa dari pemimpin Melayu di negara ini. Banyak penafian hak yang dilakukan Kuan Yew terhadap rakyatnya terutama kaum muda seperti kebebasan bersuara, memberi pendapat secara bebas dan kebebasaan menulis yang amat terhad. Tulisan yang mengkritik sedikit dasar pemerintah apalagi menyentuh kelemahan diri beliau, keluarga dan kabinetnya semuanya dihalang dengan pelbagai tindakan yang tidak boleh dibayangkan. Semua wartawan dan penulis harus menulis berupa pujian kepada kejayaan beliau, sanjungan kepada parti PAP dan dasar pemerintah Singapura serta tidak boleh menyentuh hal-hal politik yang mengkritik kelemahan pemerintah serta pemimpinnya. Beberapa kawan wartawan yang pernah berani bersikap kritikal mempertikai hak istimewa orang Melayu diberi amaran dan diminta berubah atau menghadapi tindakan keras. Setengahnya diberhentikan kerja dengan cara halus yang sudah diketahui umum seperti hidup di zaman komunis. Tidak kurang yang mengambil jalan mudah dengan berhijrah dan bekerja di negara ini untuk mengelak tindakan yang tidak terduga dari Kuan Yew. Tidak ada kebebasaan bersuara, menulis dan bercakap sebenar-benarnya di kalangan rakyatnya seperti yang dinikmati rakyat di negara ini yang jauh lebih bebas dan terbuka. Dalam konteks ini, kenyataan dan tuduhan Kuan Yew jelas tidak berasas dan berupa luahan perasaan dendam kesumat yang masih terpendam dalam lubuk hatinya setelah ditendang keluar dari Malaysia dan gagalnya konsep Malaysian Malaysianya. Kenyataan beliau sudah terkena dan tertempias ke muka sendiri! |
| Posted: 27 Sep 2010 11:30 PM PDT Oleh Abdul Aziz Bari Hujung Ramadan yang lalu saya diminta melancarkan dua buku karangan Ahli Jawatankuasa Agung Pas dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa. Pada mulanya saya berasa hairan mengapa anak bekas Presiden Pas Datuk Yusuf Rawa itu memilih saya. Apa pun, dalam ucapan dan perbualannya dengan saya selepas itu Mujahid, yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas yang menjadi penggerak penting di belakang Dewan Himpunan Penyokong Pas - sayap bukan Islam parti itu - memberitahu sebab-sebabnya, antaranya kepercayaan beliau yang kerangka perlembagaan negara hari ini boleh digunakan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan partinya. Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR). Beberapa bulan lalu seorang penganalisis India dalam sebuah harian berbahasa Inggeris menyatakan, Pas adalah komponen utama berbanding DAP dan PKR. Ini dikatakan berdasarkan kedudukan Pas sebagai parti tertua – wujud sejak 1951 – dan terbesar. Setakat ini Pas dianggarkan mempunyai hampir sejuta ahli. Selain itu Pas dilihat sebagai parti berdisiplin: ia masih belum mengalami penyakit melompat sebagaimana DAP dan PKR. Pas juga mempunyai organisasi dan logistik yang mantap. Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar, malah mendakwa dalam soal itu Pas lebih baik dari UMNO. Sebagai bekas pemimpin UMNO saya fikir Kamarudin mempunyai sebab kukuh untuk berkata begitu. Katanya UMNO kuat kerana ia menguasai kerajaan ditambah dengan perangainya yang suka menyalahgunakan agensi dan kemudahan kerajaan. Berbalik kepada apa yang dikatakan Mujahid tentang perlembagaan tadi, sebenarnya ia mengungkapkan tanggapan Pas terhadap sistem dan suasana politik yang ada sekarang. Begitu jelas Pas menerima sistem yang ada, selain mula menguasai permainan dan rentak politik semasa. Ini jelas dalam kesungguhan Pas menyantuni kedudukan dan masalah bukan Melayu yang kelihatan dalam kesediaannya meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam, selain menerima mereka sebagai ahli dan sayap parti. Beberapa minggu lalu saya menyinggung kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang pendekatan Pas dalam pelaksanaan hudud di Malaysia. Itu semua membuat UMNO menuduh Pas menjual prinsip kerana kuasa. Pada saya ini tidak perlu dipedulikan. Hakikatnya ialah semua parti mengatur strategi mengikut keperluan dan senario semasa. 20 tahun dulu Pas lain kerana ketika itu ia berhadapan dengan isu hidup mati. Sekarang ia berada dalam posisi kerajaan alternatif. UMNO sebaliknya berhadapan dengan senario hidup mati. Sebab itu UMNO makin rasis dan kadangkala Islamik. Bagaimanapun Pas masih ada masalah dan ini agak jelas apabila ia kelihatan dipimpin oleh dua naib presiden; yakni Datuk Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub. Selain mereka ada beberapa pemimpin barisan kedua seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad yang sering kelihatan dan kedengaran. Apa yang saya maksudkan dengan memimpin di sini ialah suara dan inisiatif parti dalam isu-isu nasional; contohnya isu Felda, kempen saman ekor dan insurans kereta. Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa. Ini tidak akan berlaku jika Pas dipimpin oleh mereka yang asyik menunggu mimpi dan banyak keluar negara. Salah satu soalan yang dikemukakan wartawan kepada Mujahid selepas pelancaran buku itu ialah apakah projek tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti tahun depan. Sebagai ahli politik Mujahid hanya tersenyum. Tetapi ia tetap mempunyai makna. Selain perspektif yang betul tadi, Mujahid mempunyai kelebihan tersendiri dengan kedudukannya sebagai anak seorang pemimpin tertinggi parti. Tetapi apa yang lebih penting ialah kelebihan ini tidak digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk memperkasa parti sebagaimana yang dilakukan dalam pembentukan sayap non-muslim itu. Mujahid turut mempunyai kelebihan untuk diterima lebih daripada satu pihak. Ini kerana kemampuannya berbahasa Arab – beliau graduan Al-Azhar – selain Melayu dan Inggeris. Tetapi ini sahaja tidak memadai kerana kalau hanya kemampuan berbahasa yang menjadi kriteria, lebih baik beliau buat bisnes macam Datuk Mahadzir Lokman. Apa pun dalam Pas sudah ada contoh orang yang dinaikkan atas kekuatan itu dan berakhir dengan kegagalan. * Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun |
| Penganggur dihukum gantung bunuh model sambilan Posted: 27 Sep 2010 11:15 PM PDT ALOR SETAR 28 Sept. - Seorang penganggur hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah membunuh seorang model sambilan pada Mei 2004. Hakim Datuk Zamani A. Rahim semasa menjatuhkan hukuman itu berkata, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu. Ismawi Ishak, 25, dituduh membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah bernombor 180 Jalan Anggerik 1/7 Bandar Amanjaya, Sungai Petani antara pukul 12.01 pagi hingga 7.15 pagi pada 4 Mei 2004. Semasa membela diri, tertuduh mendakwa dia telah menikam si mati akibat terkejut, panik dan marah kerana mangsa cuba meliwatnya ketika sedang tidur pada malam kejadian di rumah berkenaan. Dalam penghakimannya Zamani berkata: "Semasa memberi keterangan membela diri tertuduh gagal membuktikan berlaku kemarahan yang melampau atau cubaan untuk membela diri. "Oleh itu saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes ini," katanya. Hasil bedah siasat mendapati terdapat 27 kesan kecederaan pada badan si mati termasuk dua kesan tikaman pisau rambo yang dalam pada dada mangsa. Sebaik sahaja hukuman diputuskan, Ismawi yang berseluar hitam dan berkemeja-T putih terus menundukkan muka sehingga dibawa masuk ke lokap. Tertuduh diwakili peguam C.P Ang manakala pendakwaan dijalankan oleh Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Razali Che Ani. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan