Kerabu Bersuara ® |
- Sukan: Live Kelantan Lawan N9
- DAP: PERKASA sekadar serampang dua mata UMNO
- Benarkah Masalah Sebenarnya Ibrahim Bukan Perkasa ?
- Agong berlepas untuk lawatan tugas-tugas khas negara ke UK, AS, Kanada
- Polis sahkan jiran 34 tahun bunuh ustazah, anaknya
- Wanita India Bongkar Misteri Ladang Pembunuhan
- Pasukan Kerajaan Langit hancur
- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
- SEKRETARIAT MISI MUNAJAT ROYALTI RAKYAT
- Kerusi timbalan presiden PKR kosong, Syed Husin sahkan tak pertahan
- Pengacara Edan! Linting Halaman Quran dan Injil Untuk Dirokok (Dibakar)
- Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero
- Suasana Aidil Fitri di Pulau Pinang
- Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur
- Pemilihan PKR : Ahli-ahli PAS Selangor mesti berkecuali
- Nik Aziz: Usah ungkit lantikan Sultan baru, simpan pahat dan tukul
| Posted: 14 Sep 2010 06:20 AM PDT Sedikit info sukan. Sekarang masih lagi 0-0. Penonton pada malam ni begitu ramai sampi kena duduk tepi pagar. |
| DAP: PERKASA sekadar serampang dua mata UMNO Posted: 14 Sep 2010 06:00 AM PDT Setiausaha DAP Negeri Perak, merangkap ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming menuduh bahawa UMNO yang menyebabkan bertambahnya pengaruh PERKASA, dan kini UMNO perlu menanggung akibat daripada perbuatan dirinya. Nga Kor Ming (gambar kanan) berkata, PERKASA kini mempunyai keanggotaan yang hampir 70%-nya terdiri daripada ahli UMNO, sejak penubuhannya. Mahathir Mohamad yang paling lama menyandang jawatan Presiden UMNO pula, penasihat yang paling layak untuk pertubuhan tersebut. Lebih-lebih lagi, lidah UMNO, Utusan Malaysia menyanyi sama nada, menari sama rentak dengan PERKASA, sejak penubuhannya. Kini, adalah kurang meyakinkan jikalau UMNO ingin menjauhkan diri daripada PERKASA kerana pertubuhan tersebut semakin menuju ke ekstremnya. Nga Kor Ming melihat keputusan UMNO untuk memisahkan diri daripada PERKASA sebagai satu strategi - sementara memikat undi bukan Melayu yang semakin menolak BN, UMNO mengharapkan kenyataan PERKASA boleh mengekalkan undi Melayu yang konservatif. Nga Kor Ming seterusnya menyeru kepada masyarakat Cina agar tidak terperangkap dengan strategi "serampang dua mata" UMNO ini, kerana rakyat sudah cukup murah hati untuk memberikan peluang kepada BN sepanjang 53 tahun ini. ADUN Pantai Remis ini juga menyatakan bahawa lidah UMNO, Utusan Malaysia telah mengambil pendirian yang songsang dengan kenyataan UMNO, malah Mahathir Mohamad berkata ianya bukan pendirian rasmi kerajaan. Nga Kor Ming mempersoalkan, "Kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru yang menegaskan persaingan saksama, tetapi menekankan pula dalam Rancangan Malaysia ke-10 bahawa kuota 30% ekuiti saham bumiputera akan dikekalkan. Ini menunjukkan BN tidak konsisten dalam pendirian mereka. Ke manakah Malaysia bakal dibawa BN?" *Kenyataan media oleh Nga Kor Ming selaku Setiausaha DAP Negeri Perak, merangkap ahli parlimen Taiping. Diterjemah dan disunting daripada edisi bahasa Cina. |
| Benarkah Masalah Sebenarnya Ibrahim Bukan Perkasa ? Posted: 14 Sep 2010 05:00 AM PDT Oleh IZMAS PERJUANGAN Ngo Melayu Perkasa di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali telah ditolak oleh BN dalam mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Tengku Mansor – yang sepatutnya dihadiri dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri selaku pengerusi BN. Mesyuarat itu mengambil keputusan sebulat suara bersetuju menjauhkan diri dari Ibrahim dan pertubuhannya dengan alasan ia dikhuatiri boleh menjejas keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejas konsep 1Malaysia. Perkasa dituduh oleh pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno sendiri membawa idea rasis yang boleh melunturkan sokongan kaum bukan Melayu dalam pilihanraya ke 13 akan datang jika dbenarkan terus aktif atau dikaitkan terus dengan Umno. Perkasa sudah dilihat sebagai Ngo yang perlu dijauhi oleh orang Melayu dan Umno yang sudah menyifatkan Ibrahim bertindak keterlaluan dalam memperjuang dan membela hak kepentingan orang Melayu sehingga menjejas sensitiviti kaum bukan Melayu. Keputusan mesyuarat BN yang menolak Perkasa mendapat reaksi berbagai dari pemimpin Umno dan tidak kurang yang menolak idea itu sebagai keputusan yang boleh menjejas sokongan sebilangan undi orang Melayu dalam pilihan raya akan datang. Mereka berpendapat, kewujudan Perkasa amat perlu kerana suara Umno sedikit terhakis sejak tsunami PRU 12 lalu dan melihat Perkasa sebagai pertubuhan yang lantang membela hak orang Melayu berbanding Umno. Perkasa yang diketuai Ibrahim lantang memperjuang hak dan kedaulatan Melayu yang tidak berani secara lantang diperjuang pemimpin Umno. Kewujudan Ibrahim dalam Perkasa membuat Ngo Melayu itu begitu popular dan mendapat perhatian luarbiasa dengan tuntutan, desakan dan keberanian suara beliau yang membela semua hak orang Melayu dalam semua bidang yang seringkali dilihat melukakan hati pemimpin bukan Melayu dalam BN. Ibrahim tidak peduli krtikan orang dan terus bersuara dan 'menghentam' pemimpin bukan Melayu dalam BN dan Pakatan sehingga beliau sudah dilihat sebagai musuh mereka dan perlu dijauhi. Setengah pemimpin Melayu dalam Umno dan Pakatan juga melihat tindaktanduk Ibrahim semakin hari semakin keterlaluan dan overaction yang sukar diterima. Kadangkala mereka melihat tindakan Ibrahim terlalu berlebihan seolah-olah membawa agenda sendiri yang cuba mempromosi diri sendiri dan bukan Perkasa. Perlu dilihat, Ibrahim kini menjadi AP bebas tanpa parti. Peluang beliau bertanding mewakilli PAS dan Umno dalam PRU ke-13 semakin malap dan pudar. PAS sudah menutup pintu untuk bekerjasama dengan beliau setelah apa yang sudah dilakukan kepada parti itu. Umno juga belum membuka pintu selepas apa yang dilakukan beliau dalam Perkasa. Dan peluang terakhir mungkin beliau menubuhkan parti baru bagi mewakilli dirinya dan tokoh-tokoh lain dalam Perkasa bagi memperjuanag hak orang Melayu seperti yang dikehendakkinya. Adakah Ibrahim sudah bertindak keterlaluan dan banyak melukakan hati pemimpin bukan Melayu dalam BN dan pemimpin Umno sendiri termasuk perdana menteri yang menyebabkan Perkasa ditolak? Ada pendapat mendedahkan Perkasa sebenarnya tidak bermasalah, tetapi ketuanya, Ibrahim yang menyebabkan Perkasa bermasalah dan perlu dijauhi? Setengah pendapat lain mendedahkan jika Ibrahim tiada dan Perkasa diketuai oleh tokoh lain, Ngo Melayu itu mungkin boleh diterima Umno jika mereka bertindak lebih rasinoal dan praktikal dalam memperjuang agenda Melayu. IZMAS, 14hb Sept. 2010 |
| Agong berlepas untuk lawatan tugas-tugas khas negara ke UK, AS, Kanada Posted: 14 Sep 2010 05:00 AM PDT PETALING JAYA, 14 Sept — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berlepas untuk lawatan tugas-tugas khas negara ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan rombongan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini kira-kira 10.45 pagi. Baginda dan rombongan dijadual tiba di United Kingdom pada 15 Sept dan bakal disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong, menurut kenyataan Istana Negara hari ini. Menurut kenyataan itu, lawatan Seri Paduka berdua ke United Kingdom adalah bagi memenuhi undangan Putera Charles untuk berangkat ke majlis Makan Malam Gala Earth Award yang akan berlangsung di Clarence House London pada 16 Sept. Pada 18 Sept, baginda berdua dijadual berlepas ke Amerika Syarikat bagi mengadakan lawatan ke Universiti Cornell bagi menyaksikan teknologi pembiak-bakaan kuda di universiti tersebut. Baginda berdua kemudiannya akan berlepas ke Montreal, Kanada selepas lawatan ke Amerika Syarikat itu. Semasa di Montreal, Seri Paduka akan mengadakan lawatan ke Lucky Harvest Therapeutic Riding Centre, McGill University Health Centre dan Montreal General Hospital manakala Permaisuri Agong pula akan melawat Montreal Children's Hospital. Pada 21 Sept, baginda berdua akan berlepas ke Toronto, Kanada dan dijadual melawat Guelph University dan Ontario Veterinar College dan para hari berikutnya akan menghadiri majlis Santapan Malam Bersama Masyarakat Malaysia di Kanada yang diadakan di Villa Malaysia Restaurant. Menurut kenyataan itu, lawatan tugas-tugas khas baginda ini adalah lanjutan daripada kerjasama projek Brain Gain yang dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) adalah penerima geran Brain Gain bagi menjalankan kerjasama teknikal dan saintifik dalam melatih tenaga akademik dan penyelidikan di kalangan tenaga penyelidik institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang terdiri daripada INSZA, UiTM, UMT dan UPM dengan Universiti McGill, Montreal, Kanada dalam penyelidikan dan inovasi gen Biostell Silk. Inisiatif kerjasama untuk membangunkan kepakaran saintifik dalam genomics di IPTA tempatan dan institusi penyelidikan ini juga diperluaskan termasuk dalam sains pertanian dan pemakanan di Universiti Guelph. Pihak Universiti Guelph telah dikenal pasti mampu untuk bekerjasama dalam projek Biostell Silk dan juga pertanian persis dan teknologi makanan melalui program NASA Life Support System. Lawatan tugas-tugas khas baginda dijangka akan dapat membuka lembaran baru bagi membangunkan kemahiran kepakaran dan teknik penyelidikan dalam bidang yang strategik seperti Genomics dan Sistem Pertanian Persis. Rombongan Seri Paduka berdua yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zainol Othman serta beberapa pegawai Jabatan Perdana Menteri dijadual pulang ke tanah air pada 27 Sept. — Bernama |
| Polis sahkan jiran 34 tahun bunuh ustazah, anaknya Posted: 14 Sep 2010 04:00 AM PDT SEREMBAN, 14 Sept – Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka. Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya. Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh. "Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa telah digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh. Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit. Suspek kemudiannya ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 September lalu. Osman berkata lelaki tersebut memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa. "Lelaki terbabit dikatakan telah memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudiannya membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya. "Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit telah menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu telah menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya. Osman berkata kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air. Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas. Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa. Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian. Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara. – Bernama |
| Wanita India Bongkar Misteri Ladang Pembunuhan Posted: 14 Sep 2010 03:30 AM PDT ISTERI ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. "Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun. "Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting. "Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal. "Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang," katanya. Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting. Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah. "Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan. "Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan," katanya. Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia. "Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting," katanya. Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut. Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan. "Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu. "Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka. "Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan," katanya. -BH |
| Pasukan Kerajaan Langit hancur Posted: 14 Sep 2010 03:00 AM PDT Blog Anwar Ibrahim semalam (13 September 2010) menyiarkan pendirian Anwar agar "semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya." Ini sekaligus menghancurkan kumpulan calon-calon yang telah memulakan kempen awal dengan membuat pelbagai macam pengumuman dan sebagainya dengan memberi gambaran bahawa mereka mendapat restu dan malah ada yang mendakwa sebagai diarahkan oleh Anwar untuk bertanding. Usaha mereka membina imej Kerajaan Langit yang mendapat wahyu terus daripada Anwar ternyata gagal. Justeru apa pula taktik seterusnya mereka? Pada perkembangan lain, usaha Zaid Ibrahim untuk mendapatkan sokongan Khalid Ibrahim dengan memberikan syarat bahawa beliau hanya akan bertanding "jawatan itu" jika Menteri Besar Selangor tidak mahukan "jawatan itu" juga menemui jalan buntu. Ini kerana Khalid memberi sokongan kepada Muafakat Negeri Selangor yang mahukan Anwar-Azizah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden. Namun pada hemat saya adalah amat dangkal untuk membandingkan usaha muafakat itu dengan musyawarah melantik Khalifah Rasulullah. Jika dimaksudkan ialah peristiwa Saqifah Bani Saidah, ia bukan suatu contoh yang baik. Hakikatnya Khalid menolak semua yang lain, termasuk Zaid, yang mahu menjadi calon Timbalan Presiden. Saya kira sudah sampai masanya kempen dijalankan dengan telus dan tulus. Tidak perlu dikaitkan dengan Anwar dan orang itu, orang ini. Tawarkan kepada anggota apa yang mampu anda lakukan. Biar anggota membuat penilaian dan memilih yang terbaik pada hemat mereka. [Sumber] |
| Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Posted: 14 Sep 2010 02:30 AM PDT UMNO dan PERKASA sedang berkelahi untuk mendapatkan sokongan dan kasih sayang orang Melayu. Masing-masing menuduh diantara satu dengan lain dengan menyelar diantara satu pihak dengan pihak yang lain. Masing-maing menunjolkan 'ke-relevanan' masing-masing dan mengatakan pihak yang lain tidak menjalankan tugas memberikan harapan untuk orang Melayu. Saya melihat seperti dua orang isteri yang sedang bermadu, menuduh diantara mereka tidak pandai menjaga suami dengan baik. Setakat ini saya belum lagi berhajat untuk memadukan isteri saya tetapi saya belajar dari rakan-rakan saya yang sedang dimadukan oleh suami masing-masing. Sejak dari dulu orang Melayu memang dimadukan dengan bangsa asing tetapi mereka bermadu dalam keadaan yang baik dan aman. Orang Melayu adalah isteri yang tua tetapi isteri tua ini tidak pernah mengungkit-ngunkit apa yang suami berikan kepada isteri yang muda. Isteri tua selama ini bukannya hendak bahagian yang samarata, tetapi selama ini isteri tua hanya berkehendakkan pembahagian yang 'equitable' bukannya 'equal'. Tetapi konsep 'equitability' ini sudah disalah fahami oleh isteri-isteri yang lain dan adalah menjadi lazim isteri-isteri muda ini berkehendakkan bahagian yang lebih. Isteri-isteri yang menuntut bahagian yang 'equal' atau samarata ini memang tidak patut. Isteri tua berasa hati kerana suami yang dikahwininya begitu lama itu telah hidup bersamanya lebih lama dan telah melalui berbagai dugaan untuk mentadbir keluarga dengan baik. Tiba-tiba datang isteri-isteri yang baru memadukan mereka menuntut segala harta benda pencarian suaminya dibahagi-bahagikan samarata, maka isteri yang tua pun naik angin dan berang. Isteri tua ini bersedia untuk berbagi-bagi tetapi bukannya pembahagian yang 'equal' tetapi secara 'equitable'. Penat lelah isteri tua mesti dihormati. Sebahagian besar harta yang ada pada suami itu adalah hasil dokongan dan penat lelah semasa bersama isteri yang tua itu. Pembahagian mestilah 'equitable' dan adalah tidak adil jika pembahagian dibuat dengan konsep 'equal'. Itulah sebabnya kita telah mendapat fomula yang baik apabila DEB dilancarkan. Orang bukan Melayu telah berkurun berniaga dan mereka telah maju begitu jauh dalam bidang itu. Oleh kerana imbangan kekayaan diantara orang Melayu/Bumiputra tidak seimbang maka terjadi perdaduhan kaum. Justru kerajaan telah mencapaian persetujuan untuk pembahagian harta kekaya negara secara 'equitable' dan bukannya merampas hak Bukan Bumiputra untuk diagih-agihkan kepada Bumiputra. Program 'economic reengineering' telah berjaya dan dengan program ini jugalah rakyat bukan bumiputra bersama-sama membesarkan kek ekonomi untuk mencapai matlamat pegangan ekuiti bumiputra ketahap 30 peratus. Dan ini merupakan pembahagian secara 'equitable' bagi membolehkan orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bukan bumiputra. Tetapi semua keindahan kesepakatan ini sudah pudar. Oleh kerana kelalaian pihak tertentu maka DEB itu diketepikan walaupun tempoh 20 tahun itu belum lagi tamat semasa itu. Sedikit demi sedikit orang bukan Melayu terutamanya generasi muda sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan menganggap itu sebagai 'zero sum game' yang hanya akan meletakkan negara kedalam apa yang disebut oleh ahli-ahli ekonomi (kononnya) pada hari ini sebagai negara yang terperangkap dengan kelembapan pembanynan ekonomi. Pihak ini lupa yang semasa DEB dalam perlaksanaannya negara telah maju dengan kadar yang sangat memberangsangkan. Tidak guna perkembangan ekonomi negara terlingkung didalam angka peratusan yang tinggi jika ada pihak yang masih tercicir yang akhirnya membawa kemudharatan kepada keselamatan politik dan sosial negara. Kepudaran hidup dalam keadaan hormat menghormati diantara puak-puak dan kaum-kaun negara amat jelas dirasakan. Perasaan cemburu diantara satu kaum dengan kaum yang lain sudah sampai ketahap yang membimbangkan. Bak kata saya awal-awal tadi sikap cemburu diantara orang Melayu dengan bukan Melayu sudah dilihat secara terbuka; ibarat pergaduhan diantara isteri-isteri yang bermadu. Dasar dan fomula 'equitability' yang telah membawa banyak kebaikkan selama ini tidak lagi mampu dipertahankan oleh Najib yang dalam anolgy kita sebagai suami yang sudah tidak berlaku adil. Najib hanya pandai berpura-pura diantara madu-madunya kerana kelemahannya sebagai ketua keluarga. Akhirnya Najib ini akan menjadi seperti Jamil didalam cerita Madu Tiga dalam mana Jamil telah dikejar oleh semua isteri-isterinya yang bermadu dan beliau terpaksa terjun keSungai untuk menyelamatkan diri dari serangan isteri-isterinya. Kalau kita saksikan filem Tiga Abdul pula Najib yang sepatutnya menjadi Abdul Wahub, nampaknya hanya mampu untuk menjadi Sadik Sigaraga. Sadik Sigaraga akhirnya menjadi bankerap. Segala hartanya dan diri beliau sendiri terlelong kerana mendengar penasihat yang gilakan 'commission' dalam segala hal. Terlalu ramai penasihat yang memegang watak sebagai Kasim Pentalon disekeliling Sadik Sigaraga ini. Dalam plot Tiga Abdul ini kita sedang menanti kedatangan watak Abdul Wahub yang bijaksana akan melakukan pembahagian harta yang adil dan saksama. Kita sudah jemu dengan kelakuan Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tidak pandai menjaga diri mereka, apatah lagi untuk menjaga harta benda untuk keluarga dan orang ramai. Kita faham yang plot yang baik seperti kedatangan watak Abdul Wahub itu datangnya diakhir cerita filem itu. Apabila datang watak Abdul Wahub itu nanti akan amanlah keluarga yang besar itu tadi dari dipunah ranahkan oleh watak seperti Abduk Wahab dan Abdul Wahib serta watak Kasim Pentalon dan Sadik Sigara tadi. Najib sudah tidak berdaya untuk menolak tuntutan isteri tua tadi dan membuatkan iateri muda yang baru hendak mendekati dan berjinak-jinak dengan pembangunan ekonomi sudah mula rasa terasing. Maka madu-madu yang merasa terasing ini bertindak memperotes dengan menggunakan PERKASA untuk membuat tuntutan keadilan yang kita sama-sama lihat dan dengar sekarang ini. Sampai bila perkelahian diantara madu-madu ini tidak siapa yang mampu untuk membuat telahan. Kalau pun ada telahan-telahan yang kita dengar ialah keluarga yang besar yang diketuai oleh najib ini akan berpecah belah dan membinasakan segala keutuhan yang kita semua telah merasakn dahulu. Setakat ini, itulah yang menjadi telahan banyak pihak. Jika telahan ramai itu benar-benar akan berlaku, kita tidak boleh menyalahkan pihak lain. Kemungkinan besarnya kesalahan dan kekhilafan itu berada dipihak kita jika kita mampu melakukan introspeksi terhadap diri kita sendiri dengan jujur. UMNO tidak boleh memandang PERKASA seperti musuh kerana kewujuddan badan NGO itu adalah kerana kelemahan UMNO itu sendiri. Kepada T Adnan, Khaled Nordin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, elok kamu semua berfikir barang sejenak sebelum tidur; berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itu kata agama kita. Setakad ini hanya PERKASA sahaja yang berani menimbulkan isu Melayu kerana UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkannya. Pemimpin yang terlalu kenyang selalunya tidak mampu untuk bekerja secara effektif lagi kerana berat badan yang terlalu berlebihan. Pemimpin UMNO seperti Najib dan Muhyiddin sudah 'mati pucuk' dalam perjuangan. Bak kata orang tua-tua dikampong saya, 'ghoso eh ado, tapi kojo tak sudah' (feeling horny but with no power). Kepada Ibrahim Ali, teruskan perjuangan sehingga selesai. Jangan pula menjadi lemah apabila disorongkan jawatan besar oleh pihak-pihak yang tertentu dan meninggalkan PERKASA seperti yang saudara lakukan terhadap PAS yang telah memnyambung suara politik saudara sehingga keDewan Parlimen. Kalau saudara berpindah randah lagi maka orang ramai akan meminta saudara membuka mulut lebar-lebar kerana hendak melihat lidah yang ada didalam mulut saudara itu jenis apa; lidah manusia atau lidah biawak. Sekarang ini Ibrahim sedang manjadi sebutan ramai. Jangan bertukar haluan lagi. Suarakanlah suara Melayu yang adil dan berwibawa. Ibrahim, tinggalkanlah nama yang baik. Jangan memilih untuk meninggalkan harta dan pangkat yang besar. Kita pun bukannya muda lagi kan? Kita masih ingat kata-kata ini; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ibrahim jangan meninggalkan belang. Tinggalkanlah nama. http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
| SEKRETARIAT MISI MUNAJAT ROYALTI RAKYAT Posted: 14 Sep 2010 01:48 AM PDT SEKRETARIAT MISI MUNAJAT ROYALTI RAKYAT Alamat : D/A Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan Telefon: Tuan Haji Zulaimi – 017-5353007 / Cikgu Nuri - 013-9952598 ... Email: munajatroyalti@yahoo.com Website: http://www.munajatroyalti.com/ KHAS UNTUK ANDA , RAKYAT NEGERI KELANTAN DAN MALAYSIA YANG PRIHATIN DAN DIRAHMATI ALLAH. MARI SAMA-SAMA BERJUANG, MEMBERI SOKONGAN DAN BANTUAN DALAM PERJUANGAN UNTUK MENUNTUT ROYALTI MINYAK NEGERI KELANTAN MISI MUNAJAT RAKYAT INI MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN PADU DARI Y.A.B MENTERI BESAR KELANTAN, TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT RAYUAN DERMA – DERMA BOLEH DISALURKAN KE: NAMA AKAUN: TABUNG MISI MUNAJAT RAKYAT BANK: BANK ISLAM NO. AKAUN: 03102010000093 CAWANGAN BANK : BANK ISLAM JALAN SULTAN IBRAHIM, KOTA BHARU *CEK DAN WANG TUNAI DITERIMA* Objektif Derma: Kutipan Derma dari seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang tercinta adalah untuk menampung kos Misi Munajat 40 Ulamak serta Tok Guru Pondok dari seluruh Negeri Kelantan untuk bermunajat secara khusus di Kelantan selama 40 hari dan 40 waktu di Baitullah (Mekah) bertujuan untuk memberi sokongan spiritual yang padu rakyat seluruh Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan dan Rakyat Negeri Kelantan di dalam Kes Tuntutan Royalti Minyak Kelantan. 40 Ulamak & Tok Guru Pondok dari seluruh Negeri Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya. Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak / alim ulama / ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat islam Sumbangan derma Individu & Syarikat Swasta / Korporat adalah amat dialu-alukan. Untuk pertanyaan / sumbangan,boleh hubungi: Telefon: Tuan Haji Zulaimi – 017-5353007 / Cikgu Nuri - 013-9952598 atau layari website http://www.munajatroyalti.com/ |
| Kerusi timbalan presiden PKR kosong, Syed Husin sahkan tak pertahan Posted: 13 Sep 2010 10:18 PM PDT PETALING JAYA, 14 Sept — Senator Dr Syed Husin Ali mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti November ini. Sebagaimana dijangkakan dan pernah dimaklumkan kepada The Malaysian Insider awal tahun ini, Syed Husin berkata, sudah sampai waktunya untuk berundur meskipun pelbagai pihak meminta beliau terus bertanding. Beliau sebenarnya bercadang untuk berundur pada 2007 tetapi dipujuk bertanding sekali lagi dan menang tanpa cabaran. "Akhir-akhir ini ramai juga pemimpin pusat, negeri, cabang dan anggota biasa yang menghantar SMS atau emel dan menelefon meminta bahkan menggesa saya agar bertanding. "Macam-macam hujah mereka kemukakan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka," kata beliau dalam kenyataan bertulis. Pemimpin berusia 74 tahun ini menambah sebenarnya beliau ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan tempatnya. "Walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, insya-Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi. "Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya," katanya. Justeru, ada yang berpendapat bahawa pengumuman Syed Husin hari ini akan menjadi penentu sama ada Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya. Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang. Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty. Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini. Semalam, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini. Syed Husin Ali Bagi jawatan timbalan presiden PKR negeri itu akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini khususnya selepas Syed Husin mengumumkan pendiriannya hari ini. Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa. Dalam kenyataannya, Syed Husin menamah, sudah lama beliau membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri daripada jawatan timbalan presiden apabila sampai waktunya. "Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding," kata beliau. Syed Husin menegaskan, keputusannya tidak bererti beliau akan meninggalkan politik ataupun Parti sepenuhnya. "Saya menceburkan diri dalam politik dengan memasuki Parti Rakyat Malaysia pada 1958. "Saya menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat semenjak 2003. Politik dan perjuangan untuk rakyat sudah menjadi darah daging saya. "Oleh itu tidak mudah bagi saya meninggalkannya begitu saja," katanya. Sehubungan itu Syed Husin berkata beliau berharap agar PKR pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan parti seperti termaktub dalam perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara berpasukan, menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi. "Terserahlah kepada anggota-anggota parti bagi menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi pemimpin. "Cara pemilihan, yang baru diperkenalkan oleh PKR dengan memberi setiap anggota satu undi adalah cara yang demokratik. "Jikalau tidak silap saya, parti ini merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia yang mengamalkan cara ini. "Adalah penting cara ini dilaksana dan diamalkan oleh setiap calon yang bertanding dan setiap anggota yang mengundi dengan cara yang adil, bersih, telus dan bebas dari korupsi politik wang," katanya lagi. [Sumber] |
| Pengacara Edan! Linting Halaman Quran dan Injil Untuk Dirokok (Dibakar) Posted: 13 Sep 2010 09:00 PM PDT Seorang pengacara yang diketahui merupakan seorang atheis (keyakinan yang menolak keberadaan Tuhan) membuat kontroversi dan heboh di YouTube dengan menjadikan lembaran halaman kitab suci umat Islam Al-Quran dan Kitab Suci Umat Kristen Injil sebagai pembungkus rokok (Lintingan) yang diisi rajangan rumput lalu di gulung dengan kertas dari halaman kitab suci tersebut lalu sulut api selayaknya para perokok. ![]() Dengan bangga Stewart memamerkan bahan bahan yang akan digunakan untuk membuat rokok Pria atheis yang bekerja menjadi pengacara dan staf di Queensland University of Technology tersebut bernama Alex Stewart seolah tidak mau ketinggalan dari pendeta Evangelis Amerika Terry Jones yang beberapa hari lalu menjadi sorotan dunia karena rencananya yang akan membakar Quran dihari peringatan serangan 11 September menara kembar WTC. Bedanya Alex tidak berkoar koar mengumumkan niatannya, melainkan langsung membuat video streaming selama 12 menit lalu di uploadkan ke YouTube, yaitu rangkaian dia mengejek para penganut agama dengan membakar lembar dari kedua kitab suci yang dijadikan sebagai rokok lintingan yang dibakar tersebut. Steward sendiri merupakan anggota kelompok Atheis di Brisbane Australia, demikian dikutip ruanghati.com dari ABC. Reaksi keras langsung berdatangan baik dari perhimpunan umat Islam Australia dan Gereja Katolik Quensland serta beberapa organisasi kemasyarakatan setempat menangggapi ulah gila sang pengacara tersebut. ![]() Pengacara atheis tersebut merekam ulahnya merokok dari bahan halaman Injil dan Al-Quran yang disulut api kemudian rekaman videonya di upload ke YouTube Salahsatu alasan dan motivasi Stewart melakukan hal gila yang dikecam banyak orang tersebut adalah untuk membuktikan bahwa membakar keduanya tidak akan berdampak apapun atas dirinya dan hal lain. Namanya juga atheis alias tidak percaya Tuhan, baginya kekuasaan Tuhan tidak untuk di imani. Semoga saja penyakit-penyakit seperti ini tidak berkembang di negara kita yang asas negaranya saja berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa. Karena kita semua di Indonesia mengimani kekuasaan Tuhan walau berbeda-beda caranya sesuai keyakinan yang dianut. Ternyata di negara yang dikatakan demokrasi (bebas) seperti Amerika dan Australia, kebebasan seringkali disalahgunakan untuk meresahkan kenyamanan hak orang lain. Jadi Kebebasan yang tak terbataspun sebenarnya tak ideal bukan. [Sumber] |
| Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero Posted: 13 Sep 2010 07:00 PM PDT
Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya. Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan. (Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001) Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini. Dua bukti pada Surah At-Taubah Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan. Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;
Maksudnya; "Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta." Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107 1. "….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)" Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul. Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika. Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero. Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001. Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi. Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika. 2. "….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)". Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero. Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan. 3. "…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu." Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya. Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller. Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu? 4. "…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara). Maksud 'ketara' dalam ayat di atas ialah 'terbongkar' atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar. Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang 'misteri' seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu. Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.
(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia. 5. "….mereka bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata." Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu 'ungkapan' kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah. Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk 'keamanan' dan mengeratkan 'perpaduan' antara Islam dengan Kristian dan Yahudi. Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam. Surah At-Taubah, ayat 109;
Maksudnya; "Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109. Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109 1. "….ataukah orang yang membangunkan masjid …." Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. 'Orang' yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat. Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud 'orang' yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001. Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.
(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan. 2. "….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, …." Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.
Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero. Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada 'jurang' yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC. Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau 'cloud view'. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.
Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran Dalam surah At-Taubah, ayat 124;
Maksudnya; "Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya)." Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124 Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah 'kebetulan' sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran. Rahsia Lain Surah At-Taubah Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut. Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC. Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911 Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11. Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam. Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar. Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis. Na'uzubillahiminzaalik … [Sumber] |
| Suasana Aidil Fitri di Pulau Pinang Posted: 13 Sep 2010 06:00 PM PDT Saya tidak pernah tidak pulang ke kampung di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang untuk berhari raya bersama-sama keluarga dan saya dapat merasai dan melihat suasana orang Tanjong berhari raya. Masih ada rumah orang Melayu Tanjong yang dihiasi dengan bintang yang diperbuat daripada buluh dan kertas berwarna warni serta bermandikan cahaya lampu pada waktu malam. Hiasan bintang bercahaya itu adalah sesuatu yang unik di Pulau Pinang sebelum penggunaan lampu berkelip-kelip ala-krismas. Namun demikian, hiasan bintang berkenaan semakin kurang mungkin kerana kemahiran untuk membuatnya kian tandus. Walau apapun, suasana sambutan hari raya tetap meriah terutama di kampung-kampung Melayu dalam dan sekitar bandar raya Georgetown seperti Kampung Makam, Tanjong Tokong, Kampung Rawana, Kampung Dodol, Kampung Melayu Ayer Itam, Jelutong dan perkampubngan-perkampungan tradisional di daerah Barat Daya atau lebih dikenali sebagai Balik Pulau. Satu perbezaan yang jelas kelihatan ialah kebersihan. Amat nyata Pulau Pinang, khususnya kawasan bandar, kini jauh lebih bersih jika dibandingkan empat hingga 10 tahun lepas. Di sekitar kampung saya di mukim Kelawai, satu kelainan berlaku sejak tahun lalu yang belum pernah dilakukan sejak Merdeka. Saya diberitahu bahawa perkara yang sama berlaku di kawasan-kawasan lain. Apa yang saya maksudkan ialah kehadiran wakil rakyat ke rumah orang Melayu untuk mengucap selamat hari raya dan menyumbang 'hamper' kepada warga emas. Boleh dikatakan setiap sebuah rumah mendapat satu hamper. . Walaupun hamper itu tidaklah sesuatu yang mewah tetapi ia adalah sesuatu yang dihargai oleh para penerima kerana sekurang-kurangnya mereka dapat melihat dari dekat dan mengenali wakil rakyat dan ada yang mengambil kesempatan itu untuk mengadu sesuatu kepada wakil rakyat berkenaan. Di kampung kami khususnya kunjungan wakil rakyat dari rumah ke rumah tidak pernah dilakukan sejak Merdeka, iaitu semasa pentadbiran parti Perikatan dan kemudian Barisan Nasional. Ia adalah satu kenyataan atau fakta. Tahun lepas, apabila wakil rakyat mengunjungi kampung saya, berlaku sedikit ketegangan ekoran daripada tindakan penuh emosi oleh penyokong sebuah parti politik yang kalah dalam pilihan raya lepas. Alhamdulillah, kali ini tiada bantahan ataupun tentangan kerana perbuatan mereka (orang politik berkenaan) pada tahun lepas tidak disenangi oleh penduduk kampung. Kehadiran wakil rakyat dari DAP dan dua orang pemimpin PAS setempat diterima dengan baik kerana penduduk kampung tidak mengamalkan sikap bermusuh dengan orang yang sudi mengunjungi mereka dan orang kampung menerima dan menghormati tetamu lebih-lebih lagi sempena menyambut Aidil Fitri. Pendekatan yang digunakan oleh wakil rakyat DAP, seingat saya, tidak pernah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat pada zaman parti Perikatan dan kemudian BN. Inilah hakikat dan inilah kenyataan. Saya percaya BN tidak dapat 'menawan' semula Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang kerana pemimpin-pemimpin mereka masih di awang-awangan dan terus mengada-adakan isu tertentu dengan bantuan media tertentu untuk memburuk-burukkan pentadbiran negeri. Rakyat Pulau Pinang tahu akan kedudukan sebenar. [Sumber] |
| Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur Posted: 13 Sep 2010 05:00 PM PDT 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana akhirnya kebenaran tertegak juga di Istana Kelantan pada hari ini (baca di sini). Berkat doa rakyat Kelantan yang mahu melihat institusi raja negeri tersebut berada di landasan yang sebenar, semakin jelas kelihatan. Saya, menyokong sepenuhnya pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Daulat Tuanku! Sudah terlalu lama polemik dan konflik mewarnai istana Kelantan - sehingga kebenaran hampir sahaja tertutup dan terkunci rapat, tetapi kini. Cahaya kebenaran sudah semakin menyinar, tatkala seorang raja berjiwa rakyat dimasyhurkan secara rasmi, mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan, sekali gus membuatkan para penentang Tengku Faris semakin panas punggung. Terdapat lima kebaikan atas pemasyuran Tengku Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu, iaitu : 1. Kebenaran pasti akan terselah berhubung hakikat sebenar punca "penyakit" yang telah melanda batang tubuh ayahandanya setahun yang lalu. Ramai yang menginginkan kepastian mengapa secara tiba-tiba KDYMM Tuanku Ismail Petra mengidap penyakit yang membuatkan baginda terus lumpuh dan gering lebih daripada setahun lamanya. Rakyat mahu mengetahui laporan perubatan baginda secara telus - dan sesiapa sahaja yang terlibat menyebabkan KDYMM Tuanku Ismail Petra menjadi sedemikian rupa, mesti di hadapkan kemuka pengadilan dengan segera. 2. Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu - adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan. Baginda bukan sahaja sanggup mencemar duli semata-mata ingin bertemu dengan rakyat jelata, bahkan kebolehan baginda menjadi imam solat untuk saf kepimpinan negeri dan rakyat Kelantan, patut dicontohi oleh sultan dan raja di negeri-negeri lain. Ia merupakan contoh dan teladan yang baik. sebagai Ketua Agama Islam negeri, sudah semestinya setiap sultan dan raja mampu menjadi imam solat berjemaah, agar menjadi ikutan rakyat jelata. 3. Pemasyhuran ini juga akan menyelesaikan segala konflik dan masalah dalaman Istana Kelantan yang sudah terlalu lama. Perebutan tahta semakin menjadi-jadi, sehingga melibatkan insiden yang merisaukan rakyat Kelantan. Kes seorang pegawai Tengku Faris yang ditembak dan mengakibatkan kematiannya -harus segera diselesaikan. Rakyat ingin tahu, siapakah dalang di sebalik kes tersebut. 4. Rakyat Kelantan juga mahu mengetahui siapakah dalang yang memaksa baginda KDYMM Tuanku Ismail menceraikan isteri keduanya, Elia Suhana dengan talak tiga sekali gus? Banyak pihak merasa ragu bahawa KDYMM tergamak mencerai isteri keduanya dengan talak tiga, kecuali ada tangan ajaib yang melakukannya. 5. Rakyat juga mahu mengetahui siapakah gerangan yang selama ini membuat kacau di istana Kelantan? Siapa sebenar yang mahukan harta? Dan siapa pula yang mahukan kuasa? Semua ini perlu dijawab. Sudah tiba masanya Tengku Faris menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menegakkan kebenaran di istana Kelantan dan mengheret sesiapa sahaja yang terbukti melakukan komplot untuk menjatuhkan KDYMM Tuanku Ismail - sama ada melalui cara "merosakkan" kesihatannya, mahu pun melalui cara "mempengaruhi" pemikirannya. Walauapa pun hakikatnya, berkahwin dua atau tiga bukanlah perbuatan dosa, apatah lagi jika seseorang itu berkemampuan. Tetapi, malangnya ramai wanita tidak upaya memahami hikmahnya. Mereka lebih selesa mengikut emosi daripada akal yang sihat. Wallahualam. Daulat Tuanku! [Sumber] |
| Pemilihan PKR : Ahli-ahli PAS Selangor mesti berkecuali Posted: 13 Sep 2010 04:30 PM PDT Sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor saya menasihatkan ahli-ahli PAS Selangor agar tidak campur tangan di dalam kempen pemilihan pimpinan Cabang-Cabang PKR yang sedang berlangsung. Walaupun mereka mempunyai pilihan siapa yang serasi bekerja sama dengan mereka atau terdapat kawan-kawan mereka yang bertanding tetapi mereka mestilah bersifat berkecuali. Mereka tidak seharusnya dilihat cuba mempengaruhi pemilihan tersebut. Biarlah ahli-ahli PKR menentukan siapa pimpinan Cabang-Cabang mereka. Sebagai ahli-ahli PAS mereka juga tidak mahu sekiranya ahli-ahli PKR campur tangan di dalam pemilihan pimpinan PAS Kawasan-Kawasan. Tetapi setakat ini tidak ada lagi sebarang laporan yang diterima tentang ahli-ahli PAS campur tangan di dalam kempen pilihanraya pimpinan PKR tersebut. Iskandar A. Samad Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor 14 September 2010 [Sumber] |
| Nik Aziz: Usah ungkit lantikan Sultan baru, simpan pahat dan tukul Posted: 13 Sep 2010 03:48 PM PDT KOTA BARU, 13 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini. Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat. Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi". "Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. Nik Aziz , yang juga Mursyidul Am PAS, berkata selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu. Sementara itu di Bachok, Umno Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini. "Bagi pihak Umno Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan. Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan. Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yanggering sejak lebih setahun lalu. Kata beliau, mengikut peruntukan Perkara 23A,Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. "Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). "Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu. Pada tengah hari ini, Nik Aziz telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri. Aiseri berkata Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai. "Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya. Katanya antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri. "Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. – Bernama |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan