Kelab Greenboc |
- Terkini : Suspek Dibawa Ke Pejabatnya, Polis Rampas 7 CPU Dan Dokumen
- Wanita India Bongkar Misteri Ladang Berpuaka
- Kembalikan Royalti, Bukan Guna Hasil Kamu Rompak Untuk Berjanji Air Bersih
- Kes Bunuh Sosilawati: Kebumi Walau Secebis Tulang
- Kes Sosilawati: Mayat Dibakar Guna Tahi Lembu Dan Petrol
- Peguam Bedebah Itu Selama Ini Bijak Bersandiwara
- Senjata Cangkuk Diguna Bunuh Sosilawati
- Tindakan Atasi Hasutan Perkauman: Jangan Berat Sebelah
- Polis Abaikan Empat Rekod Jenayah Suspek. KPN Baru Perlu Jawab.
- Siapa Bagi "Datuk" Kepada Suspek?
- Suspek Dibawa Ke Lokasi Sosilawati Dibunuh, Jam Tangan Ditemui
- Siling Mahkamah Bocor Petanda Sistem Kehakiman Juga Bocor
- MCA Bidas Mahathir, DAP Anggap Anti-Perkasa Hanya Gimik UMNO
- Kes Sosilawati: Suzana Percaya Suaminya Noorhisham Masih Hidup
- Penyewa Terkejut Tuan Rumahnya Suspek Kes Bunuh Sosilawati
| Terkini : Suspek Dibawa Ke Pejabatnya, Polis Rampas 7 CPU Dan Dokumen Posted: 13 Sep 2010 10:45 PM PDT Suspek utama kes Sosilawati dibawa ke pejabatnya, tujuh CPU dan dokumen dirampasGambar: SUSPEK dibawa ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Sungai Kanchong Laut, semalam. - Foto Abdullah Yusof BANTING - Suspek utama Datuk Sosilawati dibawa ke pejabatnya, di pekan Banting, bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhannya. Beliau yang dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis tiba di pejabatnya kira-kira jam 10.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis dan suspek tidak dapat memasuki premis berkenaan berikutan kunci yang digunakan salah. Pihak polis kemudiannya membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Kuala Langat dan tiba semula kira-kira jam 11.05 pagi. Beberapa dokumen berserta dengan tujuh CPU telah dibawa bersama setelah pihak polis dan suspek, berada di pejabat berkenaan selama satu jam setengah. Selain daripada pihak media, orang ramai turut berkumpul di kawasan berkenaan bagi mendapat perkembangan terkini mengenai kes itu. Pihak polis yang berada ditempat kejadian enggan memberikan sebarang kenyataan. Sementara itu, sepasukan unit forensik dilihat memasuki Ladang Gadong yang menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga yang lain. Unit Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di Sungai Kanchong Laut, bagi mengesan sebahagian daripada bahan bukti serta barangan milik peribadi mangsa yang dipercayai dibuang kedalam sungai berkenaan. -SH |
| Wanita India Bongkar Misteri Ladang Berpuaka Posted: 13 Sep 2010 10:07 PM PDT Isteri jejak suami hilang selepas jumpa peguam 18 Januari lalu Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. "Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun. "Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting. "Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal. "Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang," katanya. Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting. Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah. "Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan. "Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan," katanya. Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia. "Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting," katanya. Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut. Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan. "Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu. "Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka. "Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan," katanya. -BH |
| Kembalikan Royalti, Bukan Guna Hasil Kamu Rompak Untuk Berjanji Air Bersih Posted: 13 Sep 2010 09:20 PM PDT Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu. "Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka. Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk. Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.-- BERNAMA
Ulasan GB Khabarkan kepada Awang Adek, khabarkan kepada Mustapa Mohd, khabarkan kepada Najib, khabarkan kepada UMNO BN, BAHAWA rakyat Kelantan tidak berahi dengan janji-janji manis kamu. Kamu pernah memerintah Kelantan sebelum PAS mengambil-alihnya, kamu yang "mengeruhkan" air Kelantan sebelum mewariskannya kepada kerajaan PAS. Kamu rompak hak royalti kerajaan PAS Kelantan. Kamu gunakan hasil rompakan itu untuk menabur janji baru kepada rakyat Kelantan. Kamu gunakan hasil rompakan itu untuk mengukuhkan kedudukan kamu dan UMNO kamu di Kelantan. Kejahatan di atas kejahatan. Rakyat tidak akan menghalalkan apa jua hasil rompakan yang telah kamu terima dan belanja dan rakyat Kelantan telah bertekad untuk hapuskan dan terus mengkuburkan UMNO BN di Kelantan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. |
| Kes Bunuh Sosilawati: Kebumi Walau Secebis Tulang Posted: 13 Sep 2010 08:28 PM PDT Tak kisahlah apa saja yang ditemui pihak berkuasa, walaupun hanya secebis tulang kami akan tetap membawa pulang jenazah (Datuk Sosilawati Lawiya) ke kampung untuk dikebumikan," kata adik ipar arwah, Misjan Jamikun, 48, ketika ditemui semalam.Menurutnya, perbincangan dengan semua anak kakak iparnya itu sebulat suara mencapai persetujuan, jenazah akan disemadikan di tempat kelahirannya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan di sini. "Bagaimanapun, semua urusan itu hanya akan dilakukan selepas segala urusan membabitkan pihak berkuasa termasuk pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas dilakukan. "Anak-anak Kak Wati (Sosilawati) menyerahkan segala urusan menguruskan jenazah termasuk membawa pulang jenazah kepada saya. "Kami sependapat, tidak kira apa saja yang ditemui dan walaupun hanya secebis tulangnya, kami tetap akan membawanya pulang ke sini bagi memberi penghormatan terakhir dan tanda kasih kami kepadanya yang banyak berjasa kepada keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini, lewat petang semalam. Misjan antara ahli keluarga paling rapat dengan kakak iparnya itu selain isterinya, Rosnani Lawiya, 45, kerana mempunyai tarikh lahir sama dengan arwah iaitu 12 Julai, selain usianya hanya setahun lebih tua. Ketika ditanya mengenai ibu Sosilawati, Misjan berkata, ibu mentuanya itu belum bersedia menemui saudara-mara serta jiran yang bertali arus mengunjungi rumah selepas mereka pulang daripada ibu kota awal pagi semalam. Menurutnya, ibu mentuanya, Yatmah Abdul Rahman, 80, perlu berehat dan menenangkan diri kerana baru saja kehilangan anak sulung serta menantunya, April lalu, selain tragedi kehilangan Sosilawati. "Ibu lebih banyak memendam perasaan dan mendiamkan diri, sejak awal tahun dia ditimpa kesedihan menyebabkannya tertekan. "Kak Wati sangat prihatin dan biasanya akan menghubungi saya untuk bertanyakan khabar ibunya," katanya. Menurutnya, arwah seorang yang ceria dan tidak suka berahsia serta mengambil berat urusan keluarga. Katanya, keluarga reda dengan pemergian Sosilawati, namun cara dia meninggal dunia sukar diterima ahli keluarga serta anak-anak kakaknya itu. "Kami sekeluarga berharap mereka yang bertanggungjawab menerima balasan setimpal," katanya. -hmetro
|
| Kes Sosilawati: Mayat Dibakar Guna Tahi Lembu Dan Petrol Posted: 13 Sep 2010 07:04 PM PDT Mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan petrol, satu kaedah tradisional amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit hingga sejam.Badan manusia yang sederhana mengambil masa kira kira dua atau tiga jam untuk membakar sepenuhnya apabila berada dalam sebuah keranda atau relau, dengan kepanasan 1,100°C. Kaedah tradisional ni yang berasal dari India, melibatkan penggunaan tahi lembu yang dilumur pada tubuh dan mencurahkan minyak petrol utk dibakar. ![]() Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat. Kesannya, hanya tinggal femur (tulang paha) dan tulang pelvis yang masih utuh. -nurizspace
|
| Peguam Bedebah Itu Selama Ini Bijak Bersandiwara Posted: 13 Sep 2010 06:35 PM PDT Kes bunuh Sosilawati: Bijak main sandiwaraPeguam yang merancang penipuan dan pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya, 47, dianggap bijak bersandiwara sebagai pembela masyarakat apabila kerap tampil menghulurkan bantuan termasuk khidmat guaman percuma. Difahamkan peguam berusia 41 tahun terbabit turut bijak menggunakan publisiti media bagi meraih populariti dan keyakinan masyarakat berhubung imejnya yang dilabelkan bersih dan boleh diyakini. Berdasarkan maklumat, peguam berkenaan pernah beberapa kali memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar berhubung mangsa yang dianiaya majikan selain kes membabitkan gangguan seksual. Perwatakannya seolah-olah individu prihatin menyebabkan suspek popular di kalangan masyarakat India di Banting, Selangor, di sini. Bagaimanapun, Datuk 'muda' berkenaan yang merancang komplot jahat dengan adik kandungnya berusia 38 tahun, didakwa pernah dikenakan tindakan tatatertib Majlis Peguam Malaysia tiga tahun lalu. Menurutnya, amalan guaman suspek pernah digantung selama setahun mulai 9 Mac 2007 hingga 30 Mac 2008 lalu. Individu yang digantung terbabit adalah suspek berkenaan, adiknya dan seorang lagi proksi yang dikenakan tindakan dalam Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976. Hukuman terbabit menyebabkan Datuk berkenaan tidak layak menjalankan amalan guaman dan menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai. Sumber polis berkata, adik suspek berusia 38 tahun yang juga seorang peguam turut pernah dikaitkan dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah milik seorang wanita bernilai RM200,000 akhir tahun lalu. "Berdasarkan siasatan, adik suspek dihadapkan ke mahkamah awal Ogos lalu. "Suspek didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda. Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 20 September depan," katanya. Menurutnya, walaupun polis percaya terdapat sekurang-kurangnya empat mangsa lain turut dibunuh dan dihilangkan dengan kaedah sama, namun polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai keluarga mangsa akan tampil memberi maklumat. "Setakat ini polis ada maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap beberapa hartanah yang dipercayai diperoleh secara tidak sah selain membabitkan penipuan terancang," katanya. -hmetro
|
| Senjata Cangkuk Diguna Bunuh Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 05:58 PM PDT Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.Gambar: ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut. Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut. Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui. "Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek," katanya. Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap. Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati. Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu. Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam. Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek. Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci. Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka. -BH
|
| Tindakan Atasi Hasutan Perkauman: Jangan Berat Sebelah Posted: 13 Sep 2010 05:26 PM PDT SKMM tubuh pasukan khas untuk tangani hasutan perkauman di InternetSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bersama polis untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara menerusi internet, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, sejak awal tahun ini, SKMM telah menerima 533 aduan mengenai salahguna kemudahan internet khususnya rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. "Dari 533 aduan itu, 26 peratus merupakan aduan mengenai percubaan merosakkan perpaduan kaum di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kementeriannya di Kuala Klawang di sini malam ini. "Berdasarkan aduan ini, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk membuat tindakan tegas kerana (ada) pihak telah ingkar dengan nasihat kita. Sudah sampai masanya...kalau tidak soal perkauman ini akan sentiasa dipermainkan," katanya. Rais berkata, kerajaan tidak menyalahkan Facebook atau Twitter kerana medium ini sepatutnya boleh diguna untuk meninggikan tamadun negara, sebaliknya ada pihak cuba meranapkan perpaduan sedia ada. Kira-kira 7,000 orang menghadiri majlis itu yang diselang seli dengan persembahan nyanyian, tarian serta penyampaian bantuan kepada warga Jelebu yang mengalami kesusahan. – Bernama Ulasan GB Umumnya, rakyat mengalu-alukan langkah kerajaan untuk bertindak tegas bagi mengatasi hasutan perkauman di internet. Namun, ia tidak seharusnya berat sebelah dan ditumpukan hanya kepada golongan pembangkang dan golongan yang tidak disenangi oleh kerajaan, sedangkan jika mereka yang terlibat itu dari UMNO BN, maka kerajaan memejamkan sebelah matanya. Itu, blogger-blogger penyokong UMNO yang terang-terangan mencarut dan meniupkan api perkauman, jangan lansung buat tidak peduli. Jangan hanya menangkap Namewee yang dikatakan "kurang ajar" sedang guru Melayu yang menanamkan unsur perkauman yang tebal menghasut murid dengan perkataan keterlaluan tak diambil tindakan. Bukan saja di internet api perkauman dinyalakan begitu semarak, namun di dunia sebenar, kerajaan dilihat tidak lansung menambil peduli api perkauman yang ditiupkan oleh golongan seperti Perkasa, beberapa orang menteri dan ahli politik yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis, akhbar-akhbar arus perdana yang terang-terang menghasut rakyat membenci sesuatu kaum - yang kebanyakannya beralasan kononnya "membela kepentingan bangsa sendiri". |
| Polis Abaikan Empat Rekod Jenayah Suspek. KPN Baru Perlu Jawab. Posted: 13 Sep 2010 08:12 AM PDT Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan?13 Sept - 'Kecekapan' seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain. Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa. Hassan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang. "Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis. "Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor. Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan. Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan. "Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis. "...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya. Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah. "Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional. "Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. -TVS
Ulasan GB Usah putar-putar. Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Ismail Omar perlu menjawab. Jangan tahu nak pegang jawatan tertinggi di dalam PDRM tetapi tak tahu nak selesaikan masalah dan tak tahu nak buat kerja. Rakyat menjadi semakin marah dengan kejadian pembunuhan kejam yang sepatutnya boleh dielakkan jika laporan jenayah suspek telah diambil tindakan oleh PDRM sebelum ini. Senang-senang empat orang rakyat Malaysia tiba-tiba mati katak di ambang aidilfitri disebabkan kecuaian dan kelemahan polis. Tiada lagi maaf selepas ini. Rakyat akan memerhatikan setiap perlakuan polis yang tidak cekap dan tidak berkesan atau yang mengampu tak tentu hala serta yang mengikut telunjuk pihak tertentu. Anda sepatutnya berkerja untuk negara, untuk rakyat. |
| Siapa Bagi "Datuk" Kepada Suspek? Posted: 13 Sep 2010 06:52 AM PDT Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MICPeguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah. Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis. "Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu. "Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya," katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini. Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi. "Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu," katanya. Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan. Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu. "Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti," kata Murugiah. Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. -mstar Ulasan GB Kita pernah dengan kes-kes dimana darjah bintang kebesaran boleh dibeli. Ada diantaranya pula dengan membuat sumbangan untuk majlis-majlis politik tertentu dan ada pula dengan mempunyai hubungan rapat dengan orang tertentu. Bintang kebesaran menjadi terlalu murah nilainya. Apa tah lagi apabila dikalungkan kepada penjenayah, menjadikan darjah kebesaran itu terus tercemar dan tidak bernilai lagi. Ada yang lansung tiada pengurniaan dari sesiapa, tetapi degan berani sengaja menggunakan title DATUK. Lazim dilakukan oleh ahli perniagaan dan politik. Tiada peruntukan undang-undangkah untuk mendakwa pesalah sebegini? Kalau tak der undang-undang, esok semua boleh panggil Datuk GB. Amacam? Tak sedap? Ok Datuk Seri GB :-) |
| Suspek Dibawa Ke Lokasi Sosilawati Dibunuh, Jam Tangan Ditemui Posted: 13 Sep 2010 06:04 AM PDT Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati DiteruskanGambar: Kelihatan anggota polis giat mencari bahan bukti di dalam sungai berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di sini hari ini. foto BERNAMA Pasukan penyelam Polis Marin pada Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut di sini. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ. Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu. Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan. Apabila operasi itu dihentikan pada 7 malam ini, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan. Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. - BERNAMA |
| Siling Mahkamah Bocor Petanda Sistem Kehakiman Juga Bocor Posted: 13 Sep 2010 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Hujan lebat pagi ini mengakibatkan satu lagi kejadian kebocoran di siling sebuah bilik mahkamah di tingkat lima Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini, Isnin. Kebocoran pertama, berlaku di tempat yang sama yang telah merosakkan perabot dan sofa, berlaku pada 8 September selepas hujan lebat. Seorang staf mahkamah berkata pekerja penyenggaraan bangunan sedang mengesan tempat punca kebocoran itu. "Setiap kali berlaku hujan lebat, air akan mengalir keluar dari tiang-tiang utama di tingkat enam, menyebabkan banjir di bilik saksi Mahkamah Tinggi 2," katanya. Staf itu berkata kebocoran kecil dan rekahan juga dilaporkan di beberapa bahagian kompleks mahkamah tetapi tidak serius seperti di tingkat lima. Tiga bulan lepas, paip pecah telah menyebabkan banjir di kafeteria kompleks berusia tiga tahun berharga RM270 juta ini, dikatakan merupakan kompleks mahkamah kedua terbesar di dunia. Kejadian itu menyebabkan bilik stor dan Pejabat Pos mini yang terletak di tingkat bawah bangunan itu mengalami kerosakan. - BERNAMA Ulasan GB GB adalah seorang yang yakin kepada perjuangan kebenaran dan keadilan. GB juga orang suka membaca dan merenung ayat-ayat Allah yang diaparkan terbentang luas di mayapada ini, ayat manzurah namanya selain dari kitab Al-Quran yang berupa ayat maqru'ah. Ramai hakim beragama Islam yang bebal dalam bab ini. Kebocoran mahkamah petanda ada kebocoran nanti di dalam sistem kehakiman negara. Ada hakim jahat yang masih berkeliaran di Palace of Justice, GB kata dulu. Membaca skrip yang telah disiapkan di dalam menghakimi kes-kes dengan membelakangkan prinsip kebenaran dan keadilan. Kini, ia didedahkan sendiri oleh Sang Pencipta. Hakim yang mana lagi mau tunjuk ego dengan Tuhan? Silakan. Bukan saja bumbung mahkamah yang bocor, seluruh bangunan mahkamah boleh runtuh. Hakim yang menjadi lembu UMNO masih ada, Pak Turut kepada Peguam Negara pun ramai, takut kehilangan jawatan daripada takut Tuhan paling ramai, ingat kes "correct, correct, correct"? GB pernah mengulas sistem kehakiman negara yang bobrok di SINI |
| MCA Bidas Mahathir, DAP Anggap Anti-Perkasa Hanya Gimik UMNO Posted: 13 Sep 2010 03:18 AM PDT MCA kesal komen Dr M, gesa Umno-BN tidak kompromi isu PerkasaMCA kesal dengan pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu Barisan Nasional (BN) hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13. Sehubungan itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha juga berkata, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa. Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno. "Kami kesal apabila membaca kenyataan seorang pemimpin terkemuka yang mendakwa Umno masih memerlukan sokongan Perkasa jika ia tidak mahu berhadapan dengan risiko Barisan Nasional kehilangan sokongan (dalam pilihan raya)," kata beliau. Ujar Kong, BN tidak hanya terdiri daripada satu parti politik, sebaliknya merupakan anggota 13 komponen yang mewakili pelbagai kaum. "Oleh itu, BN berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada setiap kaum, bukan sahaja daripada orang Melayu," kata Menteri Pengangkutan ini. Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat. Oleh itu tambah Kong, sebarang ikatan dan kerjasama dengan pertubuhan ekstrem hanya akan menghakis undi kepada BN. Jelas Kong, BN sentiasa mengamalkan formula menyelesaikan apa jua rungutan ataupun masalah menyentuh orang ramai menerusi semangat konsensus. "Oleh itu, BN tidak harus berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pertubuhan perkauman atau komen-komen ekstrem mana-mana individu atau kumpulan," katanya lagi. Katanya, sebagai satu ikatan yang bertanggungjawab mengutamakan keharmonian negara, keamanan dan keselamatan mengatasi segala-galanya, BN akan memastikan bahawa masa depan Malaysia tidak dikorbankan menerusi pendirian Perkasa yang bersifat perkauman dan regresif. Mengulas mengenai pendirian Umno-BN terhadap Perkasa, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa semalam dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut. "Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah," kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno. Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu. "Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat kecil. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13). "Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu," kata beliau. -TMI
Ulasan GB Dari dua tulisan di atas, ternyata, 100% masyarakat Cina tolak Perkasa. Bagus sangat jika UMNO terus-terusan berpelukan dengan Perkasa, lebih cepat BN runtuh dan lebih pantas Najib tercampak dari kerusi PM. GB dah ulas isu ini di SINI dan SINI |
| Kes Sosilawati: Suzana Percaya Suaminya Noorhisham Masih Hidup Posted: 13 Sep 2010 01:45 AM PDT Kes Sosilawati: Isteri pegawai bank percaya suami masih hidupGambar: PILU...Isteri kepada pegawai bank yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat, 38, bersama bapanya Radim Pangat Ishak (kiri) tidak dapat menahan kesedihan pada sidang media khas di kediamannya di sini, hari ini. foto: Bernama Isteri kepada salah seorang mangsa yang dipukul, dibunuh dan dibakar di Banting Selangor, Suzana Radim Pangat, tidak mampu lagi membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes tersebut. Isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini yang dipercayai mati dipukul, dibunuh dan dibakar dengan kejam itu berkata, kesedihan dan tekanan yang dialami menyebabkan Suzana hanya mampu mendengar perkembangan terkini melalui anggota keluarga terdekat. "Selepas kejadian, minta maaf saya tak boleh tengok tv atau surat khabar. Segala perkembangan terkini hanya ahli keluarga saya yang akan maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Seraya, Ampang, di sini hari ini. Bagaimanapun, Suzana, 38 masih melahirkan harapan tinggi untuk melihat Noorhisham masih hidup selagi masih belum ada pengesahan dari Unit Forensik. "Sehingga kini tiada sebarang pengesahan dari Forensik, mayat suami saya, jadi sehingga itu, saya percaya suami saya masih hidup," katanya. Noorhisham dikatakan sepatutnya membawa Suzana dan keluarga pulang berhari raya di Muar, Johor serta menyambut hari jadinya pada hari ini, tetapi segalanya menjadi hambar apabila beliau hilang bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pada 30 Ogos lepas. Bagaimanapun polis semalam mengesahkan kes tersebut semakin hamper kepada penyelesaian berikutan penemuan lokasi tempat mangsa-mangsa dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam orang termasuk pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di Banting bagi membantu siasatan. Suzana menegaskan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. "Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah. Ibu kepada tiga orang anak, Mohamad Azri Shahzan,14, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11, itu berkata, jika benar suaminya dibunuh begitu kejam, beliau berharap polis dapat membawa kesemua yang terlibat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. – Bernama |
| Penyewa Terkejut Tuan Rumahnya Suspek Kes Bunuh Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 01:30 AM PDT Penyewa rumah peguam berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa. "Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini libatkan seorang peguam berpangkat Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya. Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata, peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana. "Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali sahaja," katanya. Isteri seorang pesara polis itu berkata, sepanjang menyewa di rumah itu, beliau tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri. "Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja sahaja," katanya. Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu. Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. -Bernama
|
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

.jpg)















Tiada ulasan:
Catat Ulasan