Isnin, 27 September 2010

Justice For All

Justice For All


Isteri Shafik Sedia Kebumi Tulang Jika Ia Benar Milik Suaminya

Posted: 27 Sep 2010 08:45 PM PDT

Isteri sedia kebumi tulang jika milik Shafik

SUNGAI PETANI 27 Sept. - Isteri ahli perniagaan, Mohd. Shafik Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, bersedia membawa tulang dijumpai di Ladang Gadong, Kuala Langat, Selangor, semalam, untuk dikebumikan di sini, jika disahkan milik suaminya.

Samson Nahar berkata, dia berhajat menyempurnakan tulang tersebut mengikut ajaran Islam dan disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahman, Kampung Penghulu Him, di sini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, pihaknya masih menunggu pengesahan lanjut daripada polis berhubung penemuan bahan bukti terbaru itu.

"Jika betul ia milik suami, saya akan bawa balik tulang dan tanam di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, polis menemui petunjuk baru dalam kes kehilangan Mohd. Shafik yang dikatakan hilang sejak April lalu apabila menemui sejumlah tulang manusia di ladang milik suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu, di Ladang Gadong, semalam.

Petunjuk baru itu diperoleh di dua lokasi mayat didakwa ditanam selepas kerja-kerja menggali menggunakan sebuah jentolak dijalankan selama lapan jam dengan dibantu jentera Bomba dan Penyelamat.

Menurut Samson Nahar, dia reda dengan kejadian tersebut walaupun merasa sedih dan marah kerana terdapat manusia yang sanggup melakukan perbuatan kejam terhadap insan lain.

"Saya kini cuba menenangkan anak-anak dan berharap mereka boleh terima kenyataan bahawa bapa mereka sudah tiada lagi," katanya yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga 13 tahun hasil perkahwinan dengan Mohd. Shafik.

Suri rumah itu memberitahu, sebelum ini, dia bersama ahli keluarga turut mengadakan solat ghaib dan tahlil untuk disedekahkan kepada Mohd. Shafik di beberapa masjid di Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Utusan Malaysia pada Khamis lalu melaporkan, Mohd. Shafik turut disahkan menjadi mangsa pembunuhan kejam kumpulan suspek yang kini disiasat berhubung kes pembunuhan Sosilawati.

Dia dimaklumkan oleh polis bahawa 95 peratus kemungkinan suaminya telah dibunuh semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur dan IPD Kuala Langat, Selangor, pada 15 September lalu.

Ia adalah berikutan pengesahan salah seorang suspek yang mengaku melakukan jenayah itu, selain polis juga menemui seutas jam tangan berjenama Puma milik mangsa tersebut.

Seorang Lagi Peguam India Ditangkap Kerana Menipu Hartanah Ala Kes Sosilawati

Posted: 27 Sep 2010 07:55 PM PDT

Bukan nak perkauman, tapi nak ajak berfikir sejenak. Kenapa ya, ramai peguam India yang suka menipu?? Mungkinkah mereka geng India yang berparti politik BN seperti MIC, PPP, Makhal Sakhti?? Hanya ALLAH yang tahu kebenarannya...

Didakwa palsukan geran, tipu pegawai kerajaan

KUALA LUMPUR: Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memalsukan dokumen dan menipu pegawai dan kakitangan pejabat tanah membabitkan tanah bernilai RM15 juta tiga tahun lalu.

S Tersaim Lail, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan dokumen palsu berupa cagaran iaitu satu borang 14A Kanun Tanah Negara bagi tujuan pindah milik tanah daripada seorang ahli perniagaan Liew Weng Chee kepada syarikat pelaburan Diskusi Ariff Sdn Bhd dan satu notis tafsiran duti setem pindah milik hartanah.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menipu pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dengan menggunakan dokumen palsu untuk pindah milik hartanah No 17, Seksyen 57, Mukim Bandar, di sini, dengan mendakwa dokumen itu tulen sehingga mendorong pegawai dan kakitangan berkenaan memindah milik hartanah itu daripada Liew kepada syarikat Diskusi Ariff.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda serta boleh disebat jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini, pada 17 Mei 2007.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir menawarkan wang jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah membenarkan Tersaim diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Peguam terjerat

KUALA LUMPUR: Seorang peguam ditahan selepas disyaki terbabit dengan penipuan jual beli tanah berharga RM15 juta, pagi semalam.

Peguam berusia 50-an terbabit turut memperdaya kakitangan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dengan menggunakan dokumen palsu selain memperdaya beberapa mangsa yang berurusan dengannya.

Bagaimanapun, peguam terbabit yang mempunyai modus operandi hampir sama dengan suspek utama yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya terjerat selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu rumahnya di Sunway, Subang Jaya, di sini.

Timbalan Pengarah I (Risikan/Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Nooryah Md Anvar, berkata suspek utama terbabit ditahan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati peguam berpengalaman terbabit mempunyai kemahiran memalsukan dokumen termasuk geran tanah untuk memperdaya mangsa dan pegawai kerajaan yang menguruskan pindah milik tanah berkenaan.

Ditanya sama ada suspek terbaru yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan peguam dua beradik yang disyaki membunuh Sosilawati pada 30 Ogos lalu, beliau bagaimanapun menafikan kedua-dua kes terbabit mempunyai kaitan.

Beliau berkata, polis memandang serius kes jenayah membabitkan peguam yang disifatkan sebagai golongan profesional berwibawa dan dipercayai orang ramai.

"Agak mendukacitakan apabila 35 peguam ditahan polis sepanjang tahun ini membabitkan pelbagai penipuan.

"Daripada jumlah itu, 10 peguam ditahan di Selangor, lapan di Johor, empat di Kuala Lumpur, tiga (Perak), tiga (Negeri Sembilan) dua (Pulau Pinang), empat (Kedah) dan satu (Melaka)," katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, pagi semalam.

Menurutnya, semua peguam terbabit ditahan atas pelbagai jenayah antaranya pecah amanah, pemalsuan, penipuan selain pemalsuan afidavit.

"Sehingga kini, polis masih menyiasat 290 kes jenayah membabitkan semua peguam berkenaan yang disyaki melakukan penipuan terancang terhadap ramai mangsa.

"Situasi ini amat mengecewakan berikutan profesion sebagai peguam amat dipercayai masyarakat. Berikutan itu, golongan berkenaan diberikan amanah tinggi oleh pelanggan. Namun, sebaliknya peguam terbabit mengkhianati kepercayaan orang ramai dengan melakukan aktiviti pecah amanah," katanya.

Menurutnya, golongan terbabit akan terus dipantau dan tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang jika didapati melakukan jenayah.

Isu sama turut pernah dibangkitkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar minggu lalu yang memberitahu pihaknya sudah membuka 72 kertas siasatan berhubung kes salah laku dan penyelewengan di kalangan peguam sejak 10 tahun lalu.

Keluarga AHli Paerniagaan India Adu Kedutaan Nyatakan Bantahan Terhadap Polis Malaysia

Posted: 27 Sep 2010 07:05 PM PDT

Keluarga saudagar fail bantahan

KUALA LUMPUR: Keluarga saudagar batu permata dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, yang dipercayai dibunuh suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengemukakan bantahan rasmi secara bertulis kepada Kerajaan Malaysia.

Bantahan difailkan melalui Kedutaan India di Jalan Duta dilakukan adik mangsa, Dr Kasi Vishwanathan, 30-an, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Dr Kasi yang tiba di ibu negara Jumaat lalu bagi memantau perkembangan kes abangnya berkata, keluarganya mengambil keputusan itu selepas kurang berpuas hati dengan pengendalian kes berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, kes kehilangan ahli perniagaan itu dibuat pada 8 September lalu sedangkan ahli perniagaan itu datang ke negara ini pada Januari lalu. Ini menyebabkan polis tiada maklumat terperinci mengenai kehilangan jutawan itu.

Beliau mempunyai perniagaan di Russia juga mendakwa keluarganya tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkembangan siasatan kes terbabit, malah tidak pernah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) seperti dilaporkan media.

"Tujuan kami ke sini (Kedutaan India) adalah untuk memfailkan bantahan rasmi kepada Kerajaan Malaysia. Banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli keluarga berhubung kes ini.

"Keputusan ini dibuat selepas mendapat nasihat peguam. Yang pasti, kami berada lebih lama lagi di negara ini untuk mengikuti perkembangan kes dan membantu siasatan sekiranya diperlukan," katanya.

Katanya, segala kenyataan isteri mangsa, S Usharani, 24, juga bercanggah dengan situasi sebenar kehilangan abangnya itu. Antara kenyataan yang dikatakan bercanggah itu ialah mengenai maklumat awal kehilangan suaminya yang dilaporkan media.

Kunjungan Dr Kasi ke Kedutaan India turut ditemani isterinya, seorang wanita warga Russia; adik lelakinya, Vijay Subramaniam dan wakil pembangkang, K P Samy yang bertindak sebagai pegawai perhubungan mereka di Malaysia.

Dalam kejadian 18 Januari lalu, Muthuraja, dilaporkan hilang selepas dijemput dua beradik peguam yang juga suspek utama kes bunuh dan bakar Sosilawati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang sebelum dibawa ke Banting.

Sebelum ini, isteri mangsa, Usharani, berkata mangsa yang memiliki perniagaan batu permata, syarikat kewangan, restoran dan hartanah di Chennai, berkunjung ke Malaysia untuk meninjau peluang pelaburan selepas diyakinkan kedua-dua suspek.

Kali terakhir mangsa menghubungi isterinya sejurus tiba di KLIA dan memaklumkan dijemput kedua-dua suspek untuk dibawa ke Banting sebelum gagal dikesan hingga kini.

Saman 1.38 Juta Terhadap Nash Akan Tetap Diteruskan - Anak Sosilawati

Posted: 27 Sep 2010 06:15 PM PDT

Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

KUALA LUMPUR: "Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan."

Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.

Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.

"Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.

"Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh " katanya.

Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program 'Kerusi Panas' terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.

Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.

Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.

Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.

"Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang," katanya.

Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.

Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.

Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.

"Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang," katanya.

Gambar : 3,000 Solat Jenazah Adun Galas

Posted: 27 Sep 2010 05:25 PM PDT

3,000 solat jenazah Chek Hashim

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima,47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu.

Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

tgna ketuai TGNA ketuai solat jenazah, turut serta pimpinan Pas negeri.
solat1 Tidak ketinggalan pengundi2, sahabat handai jauh dan dekat ikut serta solat jenazah
DSC06056 sejurus tiba jenazah di usung ke dewan solat untuk di sembahyang kan.

sumber gambar : guanomanek urai & Topeng perak

Pegawai Kanan BTN Kata Cina Mata Sepet, India Kaki Botol

Posted: 27 Sep 2010 01:51 PM PDT

Ini memang betul-betul perkauman. Tu baru Timbalan Pengerusi BTN KL, belum lagi Pengerusi BTN Malaysia

Melayu mesti terajui negara ini, wakil BTN beritahu Puteri Umno

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin berkata orang Melayu mempunyai mandat penuh untuk memerintah negara ini dan oleh itu mereka harus bersatu menghadapi sebarang ancaman.

Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

"Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas," kata Hamim, timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan, pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini.

"Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran," tambah beliau.

Hamim memberikan contoh di mana parti pemerintah gagal untuk bertindak ketika demonstrasi berbaur hasutan oleh bukan Islam di ibu negara beberapa tahun lalu.

"Orang beragama Hindu berarak ke Parlimen untuk menghantar memorandum. Mereka seperti Hindraf adalah kumpulan yang mengembangkan hasutan," katanya.

"Di mana parti politik ketika itu," kata beliau.

Hamim menekankan kepentingan perpaduan Melayu menjelang pilihan raya umum, kemungkinan besar tahun depan.

"Pilihan raya umum tidak lama lagi. Jika kita masih berpecah belah, kita tidak boleh adakan majlis macam ini... di mana kita boleh cakap apa kita mahukan nanti," kata beliau lagi.

Hamim juga menggesa Puteri Umno membuat pengorbanan dalam usaha mempertahankan hak-hak orang Melayu.

"Dalam konteks hak orang Melayu, jangan hanya bertanya hak-hak anda. Anda mesti bertanya 'apa yang mesti saya korbankan untuk mempertahankan hak-hak saya?" kata beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

"Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC," katanya lagi.

Kata beliau Dr Mahathir dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan juga masyarakat Cina, India dan Orang Asli hanya mempunyai hak kepada satu undi.

"Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.

"Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi," kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

"Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu," kata beliau.

Ditetak Kerana Meludah

Posted: 27 Sep 2010 11:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU

– Gara-gara air ludah, seorang pekerja warga Myanmar cedera parah pada tangan kiri selepas ditetak seorang pekerja warga Indonesia di tapak projek Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 7 pagi itu berlaku akibat perselisihan faham kedua-dua pihak yang dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa meludah semasa mengambil air sembahyang.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, tindakan mangsa berusia 23 tahun yang meludah itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati suspek yang kemudian bertindak menegur mangsa.

Menurut beliau, teguran suspek yang berusia 20-an itu bagaimanapun telah mencetuskan suasana tegang sehingga berlaku pergaduhan.

"Kedua-dua pekerja itu bergaduh sehingga menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di bahagian tangan kiri dipercayai kerana ditetak dengan senjata tajam," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Macam2 Zaman Najib..Tengah Bawa Kereta Pun Kena Rogol

Posted: 27 Sep 2010 10:49 AM PDT

Diperkosa perompak dalam kereta

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan bukan saja dirompak malah, turut dirogol seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, di sini, malam Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa yang berusia 20-an memandu kereta bersendirian sebelum berhenti berhampiran di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Namun, tanpa diduga seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk melalui pintu belakang keretanya sebelum memukul dan mengugut mangsa supaya mendiamkan diri. Menurut sumber, lelaki terbabit menunjukkan sebilah pisau untuk menakutkan mangsa sebelum memaksanya duduk di bahagian penumpang.

"Lelaki terbabit meminta mangsa mendiamkan diri sebelum dia membawanya berpusing sekitar Ampang.

"Mangsa diperlakukan kejam sebelum lelaki terbabit merogolnya dalam kenderaan itu," katanya.

Difahamkan, selepas merogol, penjenayah terbabit menghantar kembali mangsa ke lokasi dia ditemui sebelum melarikan diri.

"Mangsa yang lemah itu datang ke balai polis membuat laporan kejadian terbabit," katanya.

Isteri Ahli Perniagaan India Sambung Soal Siasat, 4 Suspek Dibawa Semula Ke Ladang Maut

Posted: 27 Sep 2010 09:35 AM PDT

Hari ini, isteri ahli Perniagaan India kembali memberi keterangan kepada polis dalam kes kematian suaminya. Semoga pembunuh semua mangsa ini, akan ditangkap tak lama lagi.

Usharani sambung keterangan di Ipd Langat berhubung kehilangan usahawan India

BANTING 27 Sept - S.Usharani, isteri usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun lepas, hari ini menyambung keterangan berhubung kehilangan suaminya selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini.

Usharani, 27, tiba di IPD berkenaan pada 1.45 tengah hari bersama anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan dua lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum ini, Usharani telah membuat laporan mengenai kehilangan suaminya 8 Sept lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD sama pada 23 Sept.

Semalam, beliau dilihat hadir ke IPD berkenaan pada 10.00 pagi dan meninggalkan premis itu 45 minit kemudian.

Manikavasagam berkata hari ini, Usharani memberi keterangan dari pukul 2 petang hingga 6 petang dengan bantuan seorang jurubahasa Tamil.

"Proses ditangguhkan hari ini kerana semalam, pegawai berkenaan terlibat dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman untuk tiga suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain," katanya.

Beliau berkata Usharani dijangka pulang ke Chennai pagi Rabu depan dan malam ini, wanita itu akan melakukan upacara sembahyang untuk suaminya di sebuah kuil di Pudu.

Katanya, Usharani akan dibawa bertemu dengan pegawai Kedutaan India petang esok. - Bernama

Dilaporkan juga 4 suspek dibawa semula ke Ladang milik peguam dajal itu, untuk mencari bukti. Bukti ini penting, agar pesalah tidak terlepas daripada dihukum..

Empat suspek dibawa ke Ladang Gadong cari bahan bukti terbaru

BANTING - Empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibawa memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, hari ini dengan sebuah van polis.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua suspek yang berpakaian oren itu dibawa ke situ kira-kira pukul 11.20 pagi tadi dipercayai bagi membantu pasukan forensik mengesan bukti-bukti terbaru kes itu.

Kira-kira 20 minit sebelum itu, lima buah kenderaan forensik termasuk kereta polis memasuki kawasan ladang itu.

Wartawan dan jurugambar yang pada mulanya dibenarkan memasuki kawasan ladang kemudiannya diarah keluar oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama yang merupakan seorang peguam kira-kira 20 minit kemudian.

Pada kira-kira 3.30 petang, sesemua suspek dibawa keluar dari ladang itu.

Difahamkan tiada sebarang bukti terbaru ditemui selama operasi empat jam itu.

Bagaimanapun, operasi itu dijangka disambung semula esok. - Bernama

Adun Galas Mudah Mesra & Pemurah - Rakyat Galas

Posted: 27 Sep 2010 08:35 AM PDT

GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.

Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.

Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.

Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.

"Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.

Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.

Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

"Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,"ujarnya.

Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.

Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.

"Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham," ujarnya.

Penyokong & Blogger UMNO Kurang Ajar Hina Arwah Adun Galas

Posted: 27 Sep 2010 07:42 AM PDT

UMNO memang parti yang dilaknat oleh ALLAH. Langsung tak hormati orang yang sudah meninggal dunia. Sanggup seorang dari UMNO, tulis dalam blog paling jahat kat dunia ni, blog parpukari (sini), kata eloklah orang pas mati, boleh ada PRK. Ini dah kurang ajar namanya. Mereka lebih pandang pada ajaran sesat UMNO, daripada menghormati orang mati..memang geram. Bacalah sendiri komen si pencacai UMNO nih..

Esperalzi said...

Toksah dok baca alfatihah utk orang PAS, buang nmasa jer! Mereka pun tak suka kita baca alfatihah utk mereka. Orang PAS ni dah sesat, bila mereka maki hamun orang takpe, bila mereka kena makin hamun mereka marah.

Personally bagi aku, jangankan baca alfatihah utk orang PAS yg dah mati, bersalam dan bersentuh kulit dgn orang PAS yg hidup pun aku dah jijik, baik aku samak tangan aku 7 kali. Rumah ibadat mereka pun aku tak ingin nak singgah solat, biar aku sanggup miss waktu solat dan qada' kemudian..aku benci sungguh PAS dan penganut2nya, pada hal aku pernah sokong mereka 1998-2008

Tentang orang PAS yg mati ni, eloklah tu. Ada satu lagi pilihanraya kecil. Aku rasa dah sampai masa pengaruh PAS diuji. Kali terakhir PAS diuji di Kelantan pasca 2008 ialah di Manek Urai pd 2009. Parti Anutan Syaitan (PAS)ni menang tipis 65 undi saja, jatuh dari majoriti 1000 lebih yg mereka menang pd 2008. Aku harap PAS dimampuskan di Galas dalam pilihanraya kecil ni nati..

Dan ini pula ada blogger murahan UMNO yang dah palu PRK Galas (sini). Sedangkan kubur masih lagi merah..sabar-sabarlah dulu..

Karpal Sedarkan Mahkamah Kangarooo Supaya Ikut Undang-Undang, Guna Bahasa Melayu

Posted: 27 Sep 2010 06:51 AM PDT

Hakim Dah Terjerat Nampaknya. Dulu hakim kangaroo bermati-matian tolak kes Anwar saman Mahader, kerana Permohonan melalui notis usul atau 'notice of motion' serta pemfailan afidavit oleh pihak Anwar dibuat dalam bahasa Inggeris. Tapi yang anehnya penghakiman mereka dalam bahasa Inggeris.

Sebab itulah hari ini, si Karpal Singh timbulkan soal bahasa. Kononnya mahkamah kangaroo di negara ini tidak mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan. Kes Anwar ditolak kerana guna bahasa Inggeris, sedangkan penghakiman tidak pula dibuat dalam bahasa Malaysia. Sebab itulah Karpal tentang keharu biruan sistem mahkamah kangaroo di negara ini

Ini dia antara peruntukan undang-undang bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di Mahkamah:

1. Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang memperuntukkan:

Segala prosiding (selain daripada pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan:

2. Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen.

3. Aturan 92 kaedah 1 Kaedah Mahkamah Tinggi

Teks yang sahih ialah teks dalam Bahasa Melayu

Ini pula kenyataan Karpal Singh, pejuang bahasa Malaysia

Peguam kanan Karpal Singh membangkitkan isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini dengan menegaskan bahawa semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata, para hakim harus memenuhi syarat-syarat Akta Bahasa Kebangsaan, dan bahawa "semua penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris hendaklah diisytiharkan batal dan tidak sah".

Karpal menegaskan demikian dalam bantahan awalnya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah yang difailkannya pada 2006 terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Karpal meminta mahkamah tertinggi itu mengarahkan Mahkamah Rayuan menulis penghakimannya dalam Bahasa Malaysia, dan selepas itu, permohonan rayuan boleh diteruskan.

Sambil berhujah bahawa penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris mungkin tidak mengikut perlembagaan, Karpal kemudian memberitahu wartawan bahawa permohonan berhubung bantahan awalnya itu mungkin mempunyai kesan yang serius.

"Sebahagian besar penghakiman bertulis dalam kes jenayah dan sivil adalah dalam Bahasa Inggeris di semua peringkat mahkamah.

"Oleh kerana itu, ini menimbulkan persoalan terhadap kesahihannya dalam bidangkuasa semua penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya.

Menurut Karpal, Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan.

Peruntukan itu juga, katanya, tertakluk ke atas para hakim, kerana ia tidak menyediakan mereka pengecualian untuk menulis penghakiman dalam bahasa Inggeris.

Seksyen 8 juga menyebut bahawa pihak mahkamah, boleh sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding - dan setelah menimbang kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan - memerintahkan prosiding (selain saksi memberi keterangan), boleh sebahagiannya dibuat dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam Bahasa Inggeris.

Dalam menolak rayuan Anwar sebelum ini, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak berkata semua dokumen mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan kerana supremasi Bahasa Malaysia terkandung dalam perlembagaan persekutuan.

Ironinya, Malik yang menulis penghakimannya dalam Bahasa Inggeris, berkata Perkara 152 perlembagaan, dibaca bersama dengan Akta Bahasa Kebangsaan, menyebut bahawa semua prosiding mahkamah selain memberi keterangan, hendaklah dalam harus dalam bahasa kebangsaan.

Suspek Bukan Sahaja Disoal Siasat Kes Bunuh, Tapi Kes Tipu Hartanah Juga

Posted: 27 Sep 2010 06:18 AM PDT

Senang je cerita, laksana hukum Allah, nescaya takkan ada penipuan berkaitan hartanah ini. Jika ada peguam yang mencuri duit klien, potong tangan dia jika dia benar-benar terbukti mencuri. Sudah tentu masalah penipuan termasuk libatkan suspek peguam dajal ini, akan dapat diselesaikan.

Jual Beli Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Disiasat Unit Jenayah Komersil

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Kes penjualan dan pembelian tanah diBukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar berkata polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesil itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah.

"Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.

Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 Sept lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini.

Beliau berkata sehingga kini, 35 peguam telah ditahan di seluruh negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta.

"Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada pukul 8 pagi ini kerana dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur.

"Dia akan dituduh di mahkamah hari ini," katanya.Noryah berkata daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang.

"Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu.

"Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu," katanya.

(Bernama)

Mungkin Ini Yang Buatkan Muhyiddin Lemah Tenaga Zahir & Batin Untuk Dakwa Pengetua Rasis

Posted: 27 Sep 2010 03:41 AM PDT

Muhyiddin Kata Menteri Tiada Kuasa Keatas Pengetua Rasis

Muhyiddin Kata Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam. Memang benar, dalam perlembagaan pun sebut yang kakitangan awam boleh dipecat melalui lembaga tatatertib. Tapi itu isu etika kakitangan awam. Isu sekarang adalah hasutan. Janganlah kakitangan awam nak jadi sacred cow (lembu suci) pula. Mereka seperti orang awam juga. Sepatutnya Muhyiddin kata ia dibawah polis, bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dan jelas Muhyiddn amatlah pengecut. Kuasanya sebagai TPM, boleh je arahkan Jabatan Peguam Negara siasat benda ni. Dulu masa kes Halimatussadiah dibuang kerja oleh Kerajaan UMNO Perak kerana berpurdah, kenapa kes itu dibawa ke mahkamah. Kenapa pihak Peguam Negara dakwa wanita itu yang pertahankan haknya untuk berpurdah. Ini semua kerana politik.

Justeru itu, kenyataan Muhyidin bahawa dia tiada kuasa, hanyalah kenyataan politik sahaja. Dia boleh gunakan kuasanya sebagai menteri, sebagaimana kuasa menteri dalam negeri yang boleh batalkan lesen akhbar atau tangkap orang di bawah ISA. Juga kuasa Menteri Buruh dan Tenaga Manusia, yang boleh arahkan majikan menyeleweng didakwa di mahkamah. Menteri ada kuasa, Cuma Muhyiddin lemah tenaga batin untuk bertindak ke atas pengetua ini. Mungkin ia benar-benar lemah tenaga zahir & batin, atau lemah kerana takut Perkose hentam dia macam Perkose hentam KJ dan Nazri Aziz...

* Mungkin ini juga yang buatkan Muhyidin Yassin lemah tenaga zahir dan batin. Dikelilingi Puteri UMNO yang menyebabkan lutut muhyiddin bergetar..

P7310767

P7310642

P7310635

P7310632

P7310580

Dan sebab kelemahan Muhyiddin ini, menyebabkan anaknya persis macam Paris Hilton...ingat Muhyiddin, bapa dayus tak cium syurga

Gambar-gambar keluarga solehin TPM Muhyidin Yasin

Adun Galas Pergi Meninggalkan Kita Semua..Semoga Rohnya Ditempatkan Di Kalangan Syuhada

Posted: 27 Sep 2010 02:44 AM PDT

Setiap yang datang, pasti akan pergi. Al-Fatihah buat Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang kembali ke rahmatullah jam 4.30 petang tadi. Semoga ALLAH cucuri rahmat ke atas Allahyarham..

Adun Galas kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas. -harakahdaily

Shamsul Iskandar, Boon Chye kekal ketua cabang

Posted: 27 Sep 2010 01:10 AM PDT

JASIN – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Jasin apabila menewaskan pencabarnya, Zulkefly Othman dengan kelebihan 105 undi.

Shamsul Iskandar peroleh 195 undi, manakala Zulkefly mendapat 90 undi.

Sementara dua lagi jawatan menjadi rebutan turut mengekalkan penyandangnya iaitu jawatan timbalan ketua cabang, Azmi Kamis memperoleh 192 undi, menewaskan pencabarnya, Rosli Bakau dengan 93 undi.

Lebih 300 anggota parti mendaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih calon pilihan mereka yang diadakan di pejabat PKR Melaka di Taman Asia Selatan.

Di IPOH, Dr Lee Boon Chye turut mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Gopeng apabila mendapat 248 undi menewaskan pencabarnya, Mohammad Anuar Zakaria yang mendapat 46 undi.

Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, beliau berazam memenangi semua empat kerusi, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

"Kejayaan kita pada PRU 12 lalu banyak dibantu oleh rakan-rakan di peringkat cabang khususnya dari cabang Gopeng ini. Oleh itu, kita akan cuba mengekalkan kemenangan ini termasuk di DUN Sungai Rapat bagi mengukuhkan lagi Cabang Gopeng," katanya.

Bagaimanapun, Boon Chye berkata, pihak yang tidak menang pada pemilihan kali ini masih berperanan bagi mengukuhkan perjuangan parti.

"Diharap kita semua dapat berkumpul semula sebagai satu pasukan bagi membantu mengukuhkan perjuangan parti dan sekali gus mengukuhkan cabang Gopeng," katanya.

Janji ALLAH Pasti Benar

Posted: 27 Sep 2010 12:17 AM PDT

Allah Telah Kabulkan Doa Almarhum Ust. Fadhil Nor

Almarhum Us Fadhil Nor pernah menyatakan dalam ceramah beliau agar Allah memanjangkan umur Tun Mahathir agar dia dapat melihat kehancuran dan akibat di zaman pemerintahannya. Hari ini kita dikejutkan dengan kenyataan bahawa seandainya PR menguasai kerajaan, orang Melayu akan kehilangan kuasa dan hak. Kenyataan yang dikeluarkan untuk menakut-nakutkan orang Melayu untuk memilih PR dalam PRU ke 13.

Rakyat tentulah boleh menilai bagaimana gagalnya UMNO yang diberi amanah untuk menguruskan negara bagi memartabatkan orang Melayu. Akibatnya wujudlah istilah Umnoputra bagi membuktikan bagaimana UMNO gagal membela nasib Melayu. Bagaimana gagalnya UMNO memartabatkan hak Melayu/bumiputra dalam peruntukan DEB untuk mencapai kouta 30%, sedangkan segala peruntukan bagi mencapai matlamat tersebut telah digunakan sepenuhnya.

Lihat pula isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang kini seolah-olah ia berpunca daripada pemerintahan Lim Guan Eng, sedangkan apa yang UMNO buta setelah ia mendapat jumlah kerusi yang besar mengatasi Gerakan dahulu, demikian juga isu penagihan dadah, gejala sosial dan lain-lain \iadalah manifestasi GAGALNYA UMNO MEMBELA NASIB MELAYU.

Hari ini setelah rakyat melihat kegagalan UMNO menjadi pembela Melayu/Islam, mereka mula melihat kemampuan PAS menerajui perubahan bagi membela nasib. Walaupun dasar PAS bukan bersifat perkauman, namun realiti dasar pembelaan rakyat miskin, pengagihan kekayaan negara kepada rakyat, penghapusan rasuah dalam perkhidmatan awam, dan pelbagai dasar yang telah dilaksanakan di negeri yang dimenangi oleh PR; menyebabkan rakyat mulai melihat PR mampu menjadi pembela golongan mustad'afin dan menjadi juru bicara ummah yang tertindas.

Dasar Islam yang dibawa oleh PAS lebih meyakinkan kita. Agihan kekayaan negeri mesti diutamakan kepada negeri berkenaan. Zakat umpamanya diperintahkan diambil dari harta golongan yang wajib di kalangan mereka, bagi diagihkan dikalangan mereka yang layak. Bayangkan seandainya 20% royalti minyak dikembalikan kepada negeri-negeri yang puratanya rakyat termiskin di Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, dan Terengganu; dengan tiadanya rasuah dan salahguna kuasa dan ianya berjalan dengan baik, InsyaAllah kehidupan rakyat luar bandar yang diabaikan lebih daripada 50 tahun ini kita bela, dan kita akan menyaksikan munculnya sebuah negara baru yang hebat.-dperbatasan

PAS & Perlembagaan

Posted: 26 Sep 2010 11:16 PM PDT

Pas dan Perlembagaan

Oleh - Abdul Aziz Bari

Hujung Ramadan yang lalu saya diminta melancarkan dua buku karangan Ahli Jawatankuasa Agung Pas dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa. Pada mulanya saya berasa hairan mengapa anak bekas Presiden Pas Datuk Yusuf Rawa itu memilih saya. Apa pun, dalam ucapan dan perbualannya dengan saya selepas itu Mujahid, yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas yang menjadi penggerak penting di belakang Dewan Himpunan Penyokong Pas - sayap bukan Islam parti itu - memberitahu sebab-sebabnya, antaranya kepercayaan beliau yang kerangka perlembagaan negara hari ini boleh digunakan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan partinya.

Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa bulan lalu seorang penganalisis India dalam sebuah harian berbahasa Inggeris menyatakan, Pas adalah komponen utama berbanding DAP dan PKR. Ini dikatakan berdasarkan kedudukan Pas sebagai parti tertua – wujud sejak 1951 – dan terbesar. Setakat ini Pas dianggarkan mempunyai hampir sejuta ahli. Selain itu Pas dilihat sebagai parti berdisiplin: ia masih belum mengalami penyakit melompat sebagaimana DAP dan PKR. Pas juga mempunyai organisasi dan logistik yang mantap. Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar, malah mendakwa dalam soal itu Pas lebih baik dari UMNO. Sebagai bekas pemimpin UMNO saya fikir Kamarudin mempunyai sebab kukuh untuk berkata begitu. Katanya UMNO kuat kerana ia menguasai kerajaan ditambah dengan perangainya yang suka menyalahgunakan agensi dan kemudahan kerajaan.

Berbalik kepada apa yang dikatakan Mujahid tentang perlembagaan tadi, sebenarnya ia mengungkapkan tanggapan Pas terhadap sistem dan suasana politik yang ada sekarang. Begitu jelas Pas menerima sistem yang ada, selain mula menguasai permainan dan rentak politik semasa. Ini jelas dalam kesungguhan Pas menyantuni kedudukan dan masalah bukan Melayu yang kelihatan dalam kesediaannya meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam, selain menerima mereka sebagai ahli dan sayap parti. Beberapa minggu lalu saya menyinggung kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang pendekatan Pas dalam pelaksanaan hudud di Malaysia.

Itu semua membuat UMNO menuduh Pas menjual prinsip kerana kuasa. Pada saya ini tidak perlu dipedulikan. Hakikatnya ialah semua parti mengatur strategi mengikut keperluan dan senario semasa. 20 tahun dulu Pas lain kerana ketika itu ia berhadapan dengan isu hidup mati. Sekarang ia berada dalam posisi kerajaan alternatif. UMNO sebaliknya berhadapan dengan senario hidup mati. Sebab itu UMNO makin rasis dan kadangkala Islamik.

Bagaimanapun Pas masih ada masalah dan ini agak jelas apabila ia kelihatan dipimpin oleh dua naib presiden; yakni Datuk Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub. Selain mereka ada beberapa pemimpin barisan kedua seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad yang sering kelihatan dan kedengaran. Apa yang saya maksudkan dengan memimpin di sini ialah suara dan inisiatif parti dalam isu-isu nasional; contohnya isu Felda, kempen saman ekor dan insurans kereta. Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa. Ini tidak akan berlaku jika Pas dipimpin oleh mereka yang asyik menunggu mimpi dan banyak keluar negara.

Salah satu soalan yang dikemukakan wartawan kepada Mujahid selepas pelancaran buku itu ialah apakah projek tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti tahun depan. Sebagai ahli politik Mujahid hanya tersenyum. Tetapi ia tetap mempunyai makna.

Selain perspektif yang betul tadi, Mujahid mempunyai kelebihan tersendiri dengan kedudukannya sebagai anak seorang pemimpin tertinggi parti. Tetapi apa yang lebih penting ialah kelebihan ini tidak digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk memperkasa parti sebagaimana yang dilakukan dalam pembentukan sayap non-muslim itu. Mujahid turut mempunyai kelebihan untuk diterima lebih daripada satu pihak. Ini kerana kemampuannya berbahasa Arab – beliau graduan Al-Azhar – selain Melayu dan Inggeris. Tetapi ini sahaja tidak memadai kerana kalau hanya kemampuan berbahasa yang menjadi kriteria, lebih baik beliau buat bisnes macam Datuk Mahadzir Lokman. Apa pun dalam Pas sudah ada contoh orang yang dinaikkan atas kekuatan itu dan berakhir dengan kegagalan.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun

Ali Rustam Tak Nak Bina Sekolah Untuk Kaki Judi Ke??

Posted: 26 Sep 2010 10:30 PM PDT

Kaki judi cemari kubur lama

Upacara pemujaan dipercayai diadakan di Kampung Pengkalan Rama Pantai

MELAKA: Kubur lama berusia lebih 100 tahun di Kampung Pengkalan Rama Pantai, di sini dicemari pemuja kubur yang membalut batu nisan dengan kain kuning, lilin merah dan colok serta dipenuhi bekas kemenyan yang dipercayai menjamu makhluk ghaib.

Meskipun Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bertindak tegas terhadap pemuja kubur lama seperti yang berlaku di Pulau Besar suatu ketika dulu, namun amalan itu seolah-olah berjangkit terhadap satu daripada 10 kubur lama di kampung itu.

Kubur lama itu jelas berada di kawasan bandar tetapi ia agak tersorok dari pemandangan umum akibat terlalu dibiarkan tanpa pembelaan daripada mana-mana pihak kecuali pemuja saja.

Penduduk mendakwa, perbuatan memuja kubur lama milik peneroka asal kampung yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Seri Si Rama Rama semakin menjadi-jadi.

Mereka menjadikan kubur milik muslimah itu sebagai tapak mendapatkan bantuan segala yang dihajati tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk kampung berkenaan bahkan ada yang pernah dikatakan datang ke situ untuk upacara membayar nazar dengan menyembelih seekor kambing untuk dimasak dan dihidangkan kepada penduduk sekitar.

Berita Harian yang dibawa meninjau ke kubur lama itu mendapati banyak aktiviti serong dipercayai dilakukan pengunjungnya yang meletakkan pelbagai bahan pemujaan di sekitar kubur berkenaan.

Selain batu nisan dibalut kain kuning, lilin merah dan colok, ia juga dipenuhi bekas perasap kemenyan yang dipercayai menjamu makhluk ghaib keturunan jin.

Penduduk mendakwa ia jelas dilakukan segelintir kaki judi yang lazimnya datang secara berkumpulan pada malam tertentu yang kononnya untuk mendapatkan nombor ramalan itu.

Penduduk, Amran Hussin, 43, berkata, pekarangan kubur lama itu penuh dengan colok dan bahan pemujaan dipercayai dilakukan penganut agama lain berdasarkan bahan tinggalan di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa, bahan itu kelihatan sama seperti yang terdapat pada upacara pemujaan yang lazimnya dijalankan di tokong atau kuil.

"Kawasan pemujaan di kubur lama ini sudah beberapa kali dirobohkan dan diletakkan tanda amaran, namun selang beberapa tahun amalan itu kembali dilakukan,'' katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, selain berbelanja untuk membeli lilin dan kertas, pengunjungnya juga sanggup membina semula sebuah bangsal bagi menyimpan pelbagai peralatan seperti pinggan mangkuk manakala anak tangganya dipasang dengan jubin yang mahal.

Sharul Hassan, 27, berkata, isu pemujaan kubur lama di kampung itu sudah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa, namun kedegilan pemuja yang kerap membina semula struktur yang dirobohkan agak membingungkan.

"Saya pelik dengan sikap golongan ini yang terlalu yakin dengan kuasa kubur berkenaan, daripada maklumat orang lama di sini, perbuatan itu juga pernah dilakukan orang Islam sendiri.

"Perbuatan itu jelas memalukan orang Islam lain kerana kubur lama seperti ini sewajarnya dilawati dengan penuh hemah dan disedekahkan dengan surah Al-Fatihah," katanya.

Katanya, penduduk kampung sebelum ini sudah beberapa kali membersihkan kubur berkenaan dan mengawasinya, namun ia tetap dikunjungi oleh pihak tertentu untuk melakukan pemujaan.

"Saya berharap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri serius memantau dan memelihara khazanah sejarah ini terutama sekali kubur paling lama yang masih wujud di kampung ini," katanya.

Beliau berkata, menurut sejarah lisan, kubur lama itu dipercayai seorang muslimah keturunan Indonesia yang dimakamkan di situ selepas kematiannya sebelum penduduk mendakwa makam itu milik golongan karamah atau 'berkeramat.'

"Saya berharap pihak berkuasa termasuk Perbadanan Muzium Negeri Melaka melakukan kajian dan tidak membiarkan kubur lama bersejarah ini terbiar begitu saja, bagi saya setiap kubur milik orang Islam perlu dipelihara anak bangsa kita," katanya.

Macam2 Zaman Najib : Artis Ditangkap Khalwat Dengan Janda

Posted: 26 Sep 2010 09:48 PM PDT

Artis memang tak layak jadi role model untuk remaja. Zina, liwat, maksiat..perkara biasa bagi mereka. Terbarui ada penyanyi dan pelakon era 80 an dan 90 an dicekup khalwat bersama janda. Memang dahsyat perangai artis ini. Kalau sesuai jadi role model untuk cara nak berzina dan mengandung secara haram..bolehlah..

Artis dicekup di rumah janda

PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.

Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.

Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

"Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

"Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu," katanya.

Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.

Tiada ulasan: