Justice For All |
- Saman 20 Juta Terhadap Pembunuh Sosilawati Sah Di Sisi Undang-Undang
- Peguam Dajal Dah Jadi Macam Pembunuh Bersiri
- Ganyang Malaysia Kembali (Gambar) Atas Isu Pembantu Rumah Dirogol & Didera
- Pembunuh, PEKIDA, UMNO..Suspek Yang Simbah Cat Ke Rumah Mangsa Pembunuhan Kejam Banting???
- Jahat Betul!! Polis Siasat Kemungkinan Sosilawati Dirogol
- Tempat Pembunuhan Sosilawati Dah Jadi Macam Tempat Pelancongan
- Ramai Orang Melayu Pakai Tudung Macam Paderi Kristian
- Sukan Komanwel New Delhi Terburuk Dalam Sejarah?
- N Gobalakrisnan Tawar Diri Jawatan Naib Presiden
- Polis Malaysia Macam Polis Tamil??
- Ribuan Peduduk Sweden Berdemontrasi Kecam Parti Anti Islam
- Jangan Kerana Seekor Peguam Dajal, Habis Rosak Peguam-Peguam Lain
- Macam2 Zaman Mat Said : Pasangan Pengantin Baru Berbulan Madu Di Penjara Kerana Berkhalwat
- Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam Bakal Ditahan Polis Dalam Kes Pembunuhan Sosilawati
- Khalid Ibrahim Bakal Beregu Dengan Zaid Ibrahim Menentang Azmin Ali
- Parti Gerakan Makin Berpecah
- Ini Dia..Pemimpin UMNO Yang Tikam Najib & 1 Malaysia
- Padan Muka Ko..Sape Suruh Ikut Laki Bukan Muhrim
- Jabatan Peguam Negara Tolak Kertas Siasatan Polis, & Minta Polis Lebih Profesional
- Kerajaan BN Zalim Pada Rakyat Kelantan
| Saman 20 Juta Terhadap Pembunuh Sosilawati Sah Di Sisi Undang-Undang Posted: 22 Sep 2010 08:38 PM PDT Saman, jangan tak saman. Saman sekali duit yang peguam tu tipu sosilawati tuh..apapun kalau masih berpegang pada undang-undang kafir, tengoklah lepas ni..tentu ada kes yang lebih dahsyat lagi lepas ini.. Pembunuhan kejam Sosilawati: Semua suspek disaman RM20j Keluarga mangsa mahu tuntut pampasan ekoran kesan, trauma dihadapi KUALA LUMPUR: Waris jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dibunuh secara kejam di Banting, 30 Ogos lalu akan memfailkan saman RM20 juta terhadap semua suspek kes itu. Peguam Kamaruddin Ahmad daripada Tetuan Kamaruddin & Partners berkata, tuntutan itu mengambil kira kesan dan trauma dihadapi semua waris, termasuk anak-anak yang masih kecil serta hilang tempat bergantung. Tragedi ini menyebabkan suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ibu dan bapa yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang teruk. Justeru, jumlah tuntutan ini dirasakan wajar, setimpal kesan dialami mereka yang disifatkan sebagai amat dahsyat, termasuk dari segi emosi untuk satu tempoh yang lama, katanya kepada Berita Harian. Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang sebelum dibunuh secara kejam di Tanjung Sepat, Banting selepas menemui seorang peguam yang juga rakan kongsinya. Turut dibunuh pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38. Bukit Aman mengesahkan semua mangsa dilaporkan dipukul hingga mati, kemudian diikat dan ditikam berkali-kali sebelum mayat dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai. Kamaruddin berkata, tuntutan saman itu akan difailkan plaintif termasuk ibu bapa, dua isteri serta 12 anak semua mangsa, termasuk yang masih kecil dan belum bersekolah. Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956, katanya. Kamaruddin berkata, pihaknya sudah berbincang secara tidak rasmi dengan ahli keluarga semua mangsa termasuk rakan kongsinya yang juga Pengurus Kamaruddin & Partners cawangan Putrajaya, Ahmad Kamil Abd Karim dan perbincangan selanjutnya akan diadakan di pejabatnya hari ini. Kita berharap pihak berkuasa termasuk polis akan mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang suspek utama menyorok atau memindahkan harta seperti kereta mewah milik mereka yang dilaporkan media, katanya. Kelmarin, Kamaruddin berkata, firma guamannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada ahli keluarga empat mangsa bagi memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap suspek kes itu bagi menuntut hak mereka yang kehilangan tempat bergantung. Beliau berkata, proses memfailkan saman itu akan dibuat selepas semua suspek didakwa di mahkamah. Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956. Kita akan tunggu pendakwaan di mahkamah terlebih dulu, selepas itu baru kita tahu tuntutan itu dikemukakan kepada berapa suspek kerana ketika ini kita tidak tahu berapa ramai yang akan didakwa. Jumlah keseluruhan tuntutan ganti rugi yang akan difailkan nanti juga bergantung kepada perbincangan selanjutnya dengan keluarga mangsa, katanya. |
| Peguam Dajal Dah Jadi Macam Pembunuh Bersiri Posted: 22 Sep 2010 07:35 PM PDT Kesian..Sah memang Mohd Shafik Abdullah dibunuh. Memang jahat betul pembunuh ini. Lepas satu persatu dibunuhnya. Bermula dari ahli perniagaan India, pastu kontraktor melayu, pastu isteri rakan perniagaan. Dan paling gempar, bunuh..balkar dan buang terhadap 4 mangsa sekaligus termasuk Sosilawati, jutawn kosmetik. Memang sesuai digelar pembunuh bersiri. Nasib baik kes terbaru libatkan VIP. Kalau tak, maka akan berterusanlah pembunuh ni mencari mangsa untuk dibunuh. Kalaulah ada hukum Allah, tentu mereka-mereka yang suka membunuh ini takut nak bunuh orang. Mana tak takutnya, jika dia bunuh dengan cara bakar, maka pembunuh itu akan turut dibakar. Kalau mangsa dibunuh dengan cara tembak, maka pembunuh itu akan dibunuh dengan cara tembak. Paling istimewanya hukum islam ini ialah ianya dilakukan di khalayak ramai. Memang akan malu 7 keturunan pembunuh itu. Dan bukan hukum islam untuk memalukan orang, tapi untuk memberikan pencegahan awal kepada jenayah. Jadi memang dah bosan dah dengar kisha-kisah bunuh ini. Memang takde penawar mujarab yang lain, kecuali hukum Allah. Mohd. Shafik turut dibunuh
SAMSON Nahar Mohd. Dali merenung gambar suaminya, Mohd. Shafik Abdullah yang disahkan dibunuh oleh suspek kes Sosilawati Lawiya di Sungai Petani, Kedah, semalam. SUNGAI PETANI 22 Sept. – Seorang ahli perniagaan, Mohd. Shafik Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang sejak April lalu turut disahkan menjadi mangsa pembunuhan kejam kumpulan suspek yang kini disiasat berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain. Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohd. Dali, 35, berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh sepasukan pegawai penyiasat semasa dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur dan IPD Kuala Langat, Selangor pada Selasa lalu. Katanya, pengesahan awal berkenaan turut dibuat berdasarkan pengakuan salah seorang suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan Sosilawati serta tiga lelaki lain. "Polis memaklumkan kepada saya, 95 peratus kemungkinan suami saya dibunuh. Mereka ada menunjukkan seutas jam tangan bertali kulit jenama Puma kepada saya dan saya yakin ia milik Mohd. Shafik. "Jam tangan itu dikatakan dipakai oleh salah seorang pekerja selepas diberi oleh suspek di ladang tempat Datuk Sosilawati dibunuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Samson Nahar berkata, polis tidak menolak kemungkinan suaminya itu dibunuh secara kejam sebelum dibakar seperti mana yang dilakukan terhadap Sosilawati dan tiga yang lain. "Peluang bertemu suami saya amat tipis. Saya kini hanya mengharapkan keajaiban sementara menunggu keputusan akhir iaitu kemungkinan lima peratus daripada ujian DNA (asid deoksiribonukleik) dikeluarkan minggu depan," katanya. Menceritakan kembali kehilangan suaminya, suri rumah itu memberitahu, Mohd. Shafik yang merupakan seorang mualaf keluar dari rumahnya di sini pada 5 April lalu untuk berjumpa dengan seorang peguam di Selangor dengan menaiki kereta Honda Stream warna emas. "Dia berjanji akan pulang seperti biasa dua hari selepas itu. Namun, suami saya tidak pulang dan tidak dapat dihubungi selepas itu," katanya. Samson Nahar berkata, dia juga cuba menghubungi teman serumah Mohd. Shafik dari Taiping yang dikatakan keluar ke Selangor pada hari yang sama tetapi gagal. "Saya kemudian menghubungi beberapa kenalan dan mereka berikan nombor peguam (suspek) itu. Saya seterusnya menghubungi lelaki itu dan dia maklumkan bahawa suami saya ke luar negara," katanya. Tambah wanita itu, selepas mengesyaki sesuatu, dia kemudian mengambil keputusan untuk mencari suaminya di rumah sewa mereka di Meadow Park 2, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. "Saya jumpa pasport milik suami dan juga rakan serumahnya iaitu S. Thevaraj. Selepas itu, saya hubungi semula peguam dan dia berjanji akan membantu tetapi menasihatkan tidak buat laporan polis," katanya. Ekoran kerunsingan yang bertambah, Shamson Nahar memberitahu, dia akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis mengenai kehilangan suami dan rakannya di Balai Polis Sungai Petani pada 13 April lalu. "Sebulan selepas itu, polis menghubungi saya dan maklumkan bahawa mereka menemui kereta Honda Stream suami saya di Pelabuhan Klang dalam keadaan dipecahkan. Namun, suami saya dan rakannya masih tidak pulang," katanya. Wanita itu mendakwa, selepas itu, dia tidak dimaklumkan status kes kehilangan suaminya sehinggalah mendapat laporan berita mengenai kes pembunuhan Sosilawati yang dikatakan ada kaitan dengan peguam sama. Ditanya sama ada suaminya turut terlibat dalam jenayah dan mempunyai kaitan dengan peguam terbabit, Samson Nahar berkata, dia yakin suaminya itu tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu. "Saya percaya dia mungkin diperdaya kerana dia sangat mudah percaya kepada orang lain," tegasnya. Tambah Samson Nahar, selepas pulang dari Kuala Lumpur hujung minggu lalu, dia cuba sedaya upaya menerima kenyataan bahawa suaminya tiada lagi. "Kini kehidupan saya dan keluarga amat tertekan kerana hilang tempat bergantung," katanya yang telah 14 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga orang anak. Wanita itu menambah, dia dan keluarga berharap polis dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera dan membawa suspek ke muka pengadilan. "Saya juga menaruh harapan agar polis bawa pulang walaupun secebis tulang suami saya supaya dapat dikebumikan dengan sempurna," katanya. |
| Ganyang Malaysia Kembali (Gambar) Atas Isu Pembantu Rumah Dirogol & Didera Posted: 22 Sep 2010 06:38 PM PDT Malaysia memang tak selamat. Dalam negeri, kes bunuh berlambak-lambak. Luar negeri, negara kita dibenci kerana perlakuan kita juga yang dera pembantu rumah Indonesia macam dera binatang..ini semua salah UMNO Demonstrasi anti-Malaysia kembali, kali ini kerana isu pembantu rumah JAKARTA, 22 Sept – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia. Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri "aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia" dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Pro Demokrasi. Sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk "Ganyang Malaysia", mereka membunyikan hon motosikal dan meneria "Ganyang Malaysia" di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan. Kedua-dua tempat itu dikawal ketat pasukan Polis Indonesia. Demostrasi dimulai pukul 1.30 petang di hadapan Kediaman Duta Besar Malaysia dan pukul 2 petang di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan berlangsung selama 10 minit di kedua-dua tempat itu. Dalam pidato masing-masing, mereka mengutuk perbuatan penyeksaan dan pemerkosaan yang dilakukan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Malaysia dan meminta Duta Besar Malaysia dan rakyat Malaysia meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari kerana menganggap perbuatan Malaysia yang keterlaluan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke kompleks beli-belah Senayan City untuk melakukan tindakan usir atau "sweeping" rakyat Malaysia di situ namun polis telah menghadang mereka kira-kira 100 meter dari pintu utama ke kompleks itu. Penunjuk perasaan kemudian cuba berunding dengan polis agar membenarkan 65 anggota masuk ke dalam kompleks dan melakukan "sweeping" terhadap warga Malaysia yang mereka yakini berada di dalam, namun permohonan mereka tidak dilayan. "Kami bukan ingin mencuri, kami bukan ingin mengambil barang di mall tapi kami hanya ingin mengusir warga Malaysia," kata Mustar Bona Ventura, coordinator Bendera. Kumpulan Bendera yakin Senayan City merupakan simbol yang tepat untuk mewakili Malaysia dan percaya warga Malaysia sering berkunjung ke tempat itu untuk berbelanja kelengkapan sehari-hari. Isu penderaan pembantu rumah Indonesia bernama Win Faidah oleh majikannya itu turut dikutuk oleh Malaysia. Menteri Luar Malaysia dalam kenyataan di Putrajaya pada Rabu menegaskan bahawa kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penderaan terhadap mana-mana pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan atau sektor pekerjaan mereka. Justeru itu kerajaan serta rakyat Malaysia amat sedih dan terharu di atas kes penderaan terbaru, membabitkan seorang pembantu rumah dikenali Win Faidah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 Sept lepas, katanya. Pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya dan berikutan itu sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 Sept lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Sebelum memulakan demonstrasi itu, peserta berkenaan berkumpul di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, yang merupakan pejabat lama Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P) iaitu parti yang dipimpin bekas Presiden Megawati Soekarnoputri. Beberapa anggota kumpulan Bendera sebelum ini telah bertindak melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia dalam salah satu demonstrasi sebelum ini mengenai isu penangkapan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Kepulauan Riau. Sebahagian daripada anggota Bendera turut mengotorkan bendera Malaysia dengan najis manusia selain memijak-mijak Jalur Gemilang semasa berdemonstrasi ketika itu. Para pelaku yang mencemarkan kawasan Kedutaan Besar Malaysia serta Jalur Gemilang dengan najis manusia itu sehingga sekarang tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa Indonesia. – Bernama |
| Pembunuh, PEKIDA, UMNO..Suspek Yang Simbah Cat Ke Rumah Mangsa Pembunuhan Kejam Banting??? Posted: 22 Sep 2010 05:48 PM PDT Simbah cat merah ni banyak maknanya. Paling popular adalah hutang tak dibayar dari ah long. Tapi nak kata salah seorang mangsa, Noorhisham pinjam dengan ah long, nampaknya mustahil kerana beliau pegawai bank. Mudah je nak buat pinjaman. Mungkinkah ini satu lagi amarana dari rakan-rakan suspek, ataupun mereka cuba menjadi gangster untuk cabar polis dan tunjukkan kat semua orang yang polis Malaysia lembik?? Atau mungkin kejadian ini dilakukan oleh mereka yang suka mainkan perkauman atas isu ini (UMNO atau Pekida barangkali)?
Apapun ianya perlu disiasat. Jangan biarkan keganasan dan rasuah serta perkauman sempit bermaharajalela di negara ini.. Polis Sahkan Rumah Noorhisham disimbah cat merah KUALA LUMPUR: Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, disimbah cat merah semalam. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah. Isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lalu. Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka. "Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Abdul Jalil berkata polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat. Noorhisham, 38, dilapor hilang bersama Sosilawati, 47, pemandu Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - BERNAMA * Hairan juga, belum siasat lagi polis dah tahu ia kerana tersilap rumah???Wajah-wajah mangsa kedegilan UMNO Laknatullah yang tak buat hukum ALLLAH ![]() |
| Jahat Betul!! Polis Siasat Kemungkinan Sosilawati Dirogol Posted: 22 Sep 2010 04:53 PM PDT Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam. Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis. Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya). Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes. Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan. Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya. Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu. Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya. Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu. Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran. Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan. Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawat |
| Tempat Pembunuhan Sosilawati Dah Jadi Macam Tempat Pelancongan Posted: 22 Sep 2010 02:20 PM PDT Pengunjung Masih Berada Di Lokasi Kejadian Pembunuhan BANTING, 22 Sept (Bernama) -- Walaupun polis telah menghentikan usaha mencari bahan bukti di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dekat sini yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, orang awam masih tidak putus-putus berkunjung ke kawasan itu sejak awal pagi lagi. Tinjauan Bernama ke sekitar lokasi kejadian termasuk ke ladang dan pantai Morib mendapati bukan sahaja pengunjung tempatan malahan pengunjung luar turut tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri lokasi terbabit. Seorang pengunjung yang sedang bercuti bersama isterinya di Banting mengambil kesempatan untuk singgah di ladang itu bagi melihat sendiri tempat kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. "Saya datang dari Seremban dan bercuti di Morib ini selama tiga hari bersama isteri. Saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri lokasi kejadian itu. "Pembunuhan ini tidak patut berlaku dan saya sifatkannya sangat kejam dan faktor itu juga yang menarik kami ke sini," katanya yang enggan dikenali. Bagi seorang pekerja am yang hanya mahu dikenali sebagai Mad, 36, dari Jerantut, Pahang, peluang beraya di rumah saudaranya di sini turut mendorong beliau untuk meninjau lokasi kejadian yang popular sejak kes itu dilaporkan media. "Kebetulan saya beraya di rumah saudara di sini. Jadi saya mengambil kesempatan untuk turut melihat kawasan ini yang menjadi tajuk utama akhbar," katanya. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Tinjauan Bernama mendapati pengamal media masih membuat liputan di ladang itu sejak pukul 8 pagi dan turut kelihatan di lokasi itu ialah media asing. |
| Ramai Orang Melayu Pakai Tudung Macam Paderi Kristian Posted: 22 Sep 2010 09:18 AM PDT RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA... Agendakafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam.. Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...-email |
| Sukan Komanwel New Delhi Terburuk Dalam Sejarah? Posted: 22 Sep 2010 08:20 AM PDT ![]() Ini catatan sejarahnya... Keselamatan gagal Arena sukan tak siap Atlet ramai tarik diri Penyalahgunaan kuasa Rasuah berleluasa(kos mengendalikan sukan naik 6 kali ganda dari harga asal) Kos yang terlampau tinggi mencecah 6 bilion dan pelbagai lagi terbaru jambatan runtuh
Beritanya... Dalam bahaya NEW DELHI: Temasya Sukan Komanwel berada dalam bahaya kurang daripada dua minggu sebelum upacara pembukaan. Penangguhan teruk kerja menyiapkan perkampungan sukan memaksa Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Michael Fennell menghubungi kerajaan India semalam dan menggesa mereka menyegerakan aspek penginapan - yang dianggap ramai sebagai "tidak sesuai didiami" - sebelum temasya yang akan diadakan dari 3 hingga 14 Oktober ini. "Banyak negara yang sudah menghantar kontinjen awal mereka dan melihat perkampungan sukan menjelaskan, setakat petang 20 September, Perkampungan Atlet Sukan Komanwel menimbulkan kecurigaan," kata Fennell dalam satu kenyataan.
"CGF meminta Setiausaha Kabinet untuk segera mengaturkan sumber yang diperlukan bagi memperbaiki semua isu berkaitan kepada satu tahap yang boleh diterima." Perkampungan atlet dijangka dibuka kepada 7,000 atlet dan pegawai esok. Akhbar Times of India melaporkan hanya 18 daripada 34 menara penginapan di perkampungan itu sudah disiapkan. Pengurus pasukan New Zealand, Dave Currie berkata temasya itu mungkin tidak dapat dilangsungkan. "Dalam tempoh masa yang tinggal, kecuali ada usaha bersungguh-sungguh dan tenaga serta keupayaan menyelesaikan masalah, adalah sukar untuk melihat ia diselesaikan," kata Currie kepada saluran radio New Zealand, newstalkZB. "Jika perkampungan tidak disiapkan dan atlet tidak boleh datang, pastinya implikasi bahawa temasya tidak boleh dianjurkan." Currie berkata, New Zealand akan berunding dengan negara lain sebelum membuat keputusan muktamad sama ada mereka akan menyertai temasya itu. "Ia bukannya satu keputusan yang akan kami buat (secara bersendirian), tapi memang ada kemungkinan," katanya. Perdana Menteri New Zealand, John Key turut memberikan pendapat. "Kebimbangan tidak dapat dielakkan tapi memang boleh dipersoalkan sama ada mereka boleh mencapainya dalam tempoh yang ada," katanya, menambah bahawa "tidak mungkin New Zealand melahirkan kebimbangan secara berseorangan." Persiapan temasya Sukan Komanwel kali ini dicemari dengan masalah pembinaan gelanggang dan infrastruktur yang tersimpang daripada jadual asal, menyebabkan kebimbangan mengenai keselamatan dan kualiti bangunan serta spekulasi makan rasuah terhadap pemberian kontrak dan sijil pematuhan struktur. Namun penangguhan pembinaan dibayangi oleh kebimbangan mengenai keselamatan sejak akhir-akhir ini, kemuncaknya hujung minggu lalu apabila dua lelaki bersenjata tidak dikenali bermotosikal menembak serta mencederakan dua pelancong dekat Masjid Jamek, sebuah daripada masjid terbesar di India. Negara lain turut melahirkan kebimbangan mengenai perkampungan atlet. Commonwealth Games Scotland berkata, kawasan yang diperuntukkan buat pasukan "tidak selamat dan tidak sesuai buat manusia," manakala Commonwealth Games England berkata "banyak lagi perlu dilakukan di perkampungan itu dan ini perlu dilakukan dengan segera supaya ia bersedia untuk menerima ketibaan atlet pertama kami Jumaat ini." Chef de mission Australia, pelari maraton yang bersara, Steve Moneghetti, berkata penganjur India "mempunyai dua hari untuk melakukan apa yang sepatutnya mengambil masa dua minggu." - AP Kesiann..negara tahap macam ni pun, ada hati nak anjur sukan ke-2 terbesar dunia..baik sediakan tandas awam banyak-banyak lagi bagus |
| N Gobalakrisnan Tawar Diri Jawatan Naib Presiden Posted: 22 Sep 2010 08:00 AM PDT Masuk...jangan tak masuk Gobalakrishnan tawar diri tanding jawatan naib presiden PKR KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu akan datang. Gobalakrishnan berkata, beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu sekali lagi walaupun kecundang sebelum ini kerana mahu barisan kepimpinan tertinggi parti berkenaan mempunyai lebih banyak wakil daripada kaum India. "Saya menerima beberapa pencalonan untuk bertanding bagi jawatan VP (naib presiden) dan bercadang mengumumkannya selepas pencalonan ditutup. Bagaimanapun, penyokong saya mendesak supaya saya mengumumkannya lebih awal supaya ia diketahui ahli parti. "Dengan mengumumkannya lebih awal, sekurang-kurangnya mereka tahu saya serius untuk bertanding bagi jawatan ini kerana ada beberapa pihak yang pergi ke merata tempat untuk memberitahu anggota perwakilan tentang mereka yang menjadi calon pilihan," katanya ketika dihubungi hari ini. Gobalakrishnan berkata, satu lagi sebab beliau bertanding jawatan itu ialah untuk memberi lebih banyak pilihan kepada ahli PKR dalam menghidupkan semangat "reformasi" dalam parti berkenaan. Sehingga kini, 20 orang telah menyatakan hasrat mereka atau menerima pencalonan untuk merebut empat jawatan naib presiden, termasuk ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Ketua Pemudanya, Shamsul Iskandar. PKR di peringkat cabang sudah mengadakan mesyuarat sejak minggu lalu dan kesemua 218 cabang itu dijadualkan selesai membuat pencalonan menjelang 3 Oktober. Pemilihan secara terus bagi jawatan pemimpin parti itu akan diadakan mulai 31 Oktober hingga 21 November, manakala kongres tahunannya akan berlangsung dari 26 hingga 28 November. - Bernama |
| Polis Malaysia Macam Polis Tamil?? Posted: 22 Sep 2010 07:18 AM PDT Kah..kah Polis..kalau kutuk nanti kena waran tangkap macam Shamsul Iskandar. Apapun atas kebebasan bersuara dan bukannya fitnah, mari kita pakat ramai-ramai kutuk polis. Lagipun polis bukannya Nabi atau malaikat. Polis ada juga kesalahannya. Kesalahan dalam kes Sosilawati ni ialah. Bila kes dah gempar, baru polis tunjuk hero. Macam hero tamil. Canang sana sini bahawa mereka berjaya selesaikan kes dengan cepat. Last-last pejabat Peguam Negara tolak kertas siasatan polis. Kerana tak cukup profesional dan kalau bawa kes di mahkamah, tentu kalah awal. Dalam kes Ahli Perniagaan India mati dibunuh, kenapa hari ini baru polis kata ia mati dibunuh. Kenapa hari ini baru upgrade kertas siasatan daripada orang hilang kepada kes bunuh. Sedangkan kes tu berlaku Januari tahun ini. Nampak sangat ada sesuatu berlaku kat polis ni. Kata polis suka makan roswah, nanti tak pasal-pasal kena macam Shamsul Iskandar. Memang polis Malaysia, polis yang tak macam polis. Haram wooi makan gaji buta... Polis sahkan ahli perniagaan India dibunuh KUALA LUMPUR, 22 Sept – Polis hari ini mengesahkan ahli perniagaan warga India Allal Kathan Muthuraja yang dilapor hilang sejak awal tahun ini telah dibunuh. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis kini menyiasat kes kehilangan lelaki berusia 34 tahun yang tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Saya sahkan mangsa dibunuh hasil daripada petunjuk dan keterangan-keterangan yang telah dikumpul. Berdasarkan dari itu kita telah 'upgrade' kertas siasatan daripada orang hilang kepada kes bunuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes kehilangan ahli perniagaan hartanah, restoran dan barang kemas dari Chennai, India itu. Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain apabila dia dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, yang juga merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Jan lepas. Isteri ahli perniagaan itu, S. Usharani, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas. Hari ini Usharani menemui polis di Banting berhubung kes kehilangan suaminya itu. – Bernama. |
| Ribuan Peduduk Sweden Berdemontrasi Kecam Parti Anti Islam Posted: 22 Sep 2010 05:47 AM PDT Nah Parti anti Islam persis macam UMNO. Kan dah kena demontrasi. Tu lah, sape suruh lawan Islam... Parti anti-Islam dikutuk STOCKHOLM - Ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes di Stockholm menentang keputusan pilihan raya yang menyaksikan 20 anggota parti berhaluan kanan dilantik menjadi ahli parlimen Sweden. Hampir 6,000 penunjuk perasaan memegang sepanduk dan melaungkan slogan mengkritik parti Demokrat Sweden yang mengamalkan prinsip menentang imigrasi, bersifat perkauman dan tidak bertolak ansur. Parti itu mendapat 5.7 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, melayakkannya menyertai parlimen selepas parti Gabungan di bawah Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt gagal mendapat undi majoriti untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, Reinfeldt mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan parti Demokrat Sweden, sebaliknya akan bergabung dengan dua parti pembangkang, Parti Hijau dan Demokrat Sosial yang memenangi 157 daripada 349 kerusi di parlimen. Parti Demokrat Sweden memperjuangkan polisi antipendatang di Sweden, di mana 14 peratus daripada penduduk negara itu merupakan warga asing, selain menganggap pertumbuhan penduduk Islam sebagai ancaman terbesar kepada Sweden sejak Perang Dunia Kedua. ![]() |
| Jangan Kerana Seekor Peguam Dajal, Habis Rosak Peguam-Peguam Lain Posted: 22 Sep 2010 04:53 AM PDT ![]() Dilema Badan Peguam: Kerana nila setitik Ah, kebelakangan ini kerap pula saya berkalam membela rakan-rakan peguam. Baru minggu lepas saya menempelak Kelab Belia Graduan 1Malaysia tentang kecaman mereka terhadap Kempen PerlembagaanKu. Minggu ini, sekali lagi saya menulis tentang kerjaya rasmi saya. Bukan niat menegakkan benang basah, tetapi apa yang bengkok perlu dilurus, yang khilaf harus dibetulkan. Sejak akhir-akhir ini, pijar benar telinga saya membaca kritikan manusia yang celupar melabelkan peguam dengan macam-macam nama. Sekiranya anda peguam berdaftar, tidak berasapkah telinga dengan cacian mengecam pengamal guaman tanpa usul periksa? Bukan kami golongan profesional yang tidak boleh ditegur, tidak betah dilarang, namun setiap tuduhan dan kritikan itu biarlah berasas. Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit, bunyi berdentum-dentum tetapi hasilnya kontang! Sebelum saya meneruskan leteran perihal ketidakadilan lahir dari akal-akal yang cetek ini, izinkan saya menegaskan satu fakta (bukan untuk pembaca budiman, tetapi untuk mereka yang bebal): Mana-mana penjenayah tidak boleh dikhususkan mengikut kerjaya, keturunan, warna kulit atau agama. Mereka itu berkiblatkan nafsu dan wang ringgit, tiada kena mengena dengan sifat asal kurniaan Ilahi.
Jadi bila Pak Menteri dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) melatah, lantas menuding jari ke arah Badan Peguam, susulan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, saya rasa amat terkilan sekali. Kata Pak Menteri, Badan Peguam 'didesak' untuk mengaudit aktiviti dan kekayaan setiap peguam di negara ini. Kalaulah Badan Peguam mengaudit 'kekayaan' saya, pasti akan berasa kasihan. Mana tidaknya, sudah lebih sedekad menjadi peguam, duit dalam akaun setiap tengah bulan, masih tenat. Tidak mengapa, jika perlu diaudit, kita laksanakan secepat mungkin. Biar semuanya terang dan jelas. Baru Pak Menteri suka. Tetapi bila membaca kenyataan Pekida mengecam Badan Peguam kerana tidak mengenalkan sistem 'kad kuasa' dalam kalangan peguam, saya ketawa terbahak-bahak. Maaf saya bertanya Pekida, bukankah Sijil Annual yang wajib diperbaharui setiap tahun itu, lebih kurang sama fungsinya dengan kad kuasa? Untuk pendidikan Pekida, setiap peguam yang beramal di negara ini, harus ada Sijil Annual. Proses memperbaharui sijil itu rumit dan terperinci sekali. Akaun Anak Guam harus diaudit, ditandatangani pakar akaun bertauliah. Bukan sedikit wang ringgit melayang untuk membayar perkhidmatan juruaudit bijaksana. Setelah semua surat cara didapati teratur, barulah peguam dibenarkan untuk beramal setahun lagi. Kami peguam juga dipantau amalan dengan wujudnya satu Disciplinary Board yang setahu saya, amat garang ahli-ahli panelnya. Saya sendiri pernah bekerja dengan rakan kongsi sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang menjadi ahli panel Disciplinary Board tersebut, dan garangnya dia, kus semangat! Saya juga enggan mengulas tentang cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas agar Badan Peguam diletakkan di bawah naungan Jabatan Peguam Negara. Tiada faedahnya saya menjadi seperti anjing menyalak bukit. Hati sakit, ilmu tak sampai.
Saya, hatta sesiapa sekalipun, tidak akan menyokong jenayah kejam dalam kes Sosilawati, tetapi kita ini insan berakal, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tidak semua 14,000 peguam berdaftar dengan Badan Peguam, kerjanya menipu dan membunuh mangsa. Jangan cepat melatah mengutuk peguam, sekiranya suatu hari anda memerlukan khidmat kami, bolehkah kami memulangkan paku buah keras? Maaflah, saya marah dengan kenyataan di atas. Sebagai peguam yang masih memandu kereta nasional (selalu rosak tingkap) dan tinggal di rumah persis sarang burung rupanya, saya dan ramai lagi rakan seperjuangan masih mencari rezeki di landasan yang halal. Sekiranya mana-mana peguam dilaporkan menyalahgunakan kuasa atau pecah amanah, mereka perlu dibicarakan menurut sistem keadilan ditetapkan. Teringat ungkapan bahasa latin, ketika saya berada di sekolah undang-undang dahulu: Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat. Bahasa Inggerisnya bermaksud: The burden of proof rests on who asserts, not on who denies. Justeru, tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga sabit kesalahan dibuktikan. Saya juga tidak menafikan memang ramai peguam tidak beretika, apatah lagi yang disabit melakukan jenayah kejam, tetapi jangan kita lupa pepatah lama: rambut sama hitam, hati lain-lain. Nasihat saya kepada mereka yang galak bersorak untuk mengecam Badan Peguam: Sebelum anda menekan picu, tentukan hala peluru dengan pasti. Tersalah tembak, diri sendiri yang binasa! Elviza juga seorang peguam picisan yang mempunyai perasaan. Temui beliau di http://twitter.com/elvizaPeguam pun lawan geng peguam mereka, si lingam. Tengok betapa ramainya mereka menentang peguam yang kotor |
| Macam2 Zaman Mat Said : Pasangan Pengantin Baru Berbulan Madu Di Penjara Kerana Berkhalwat Posted: 22 Sep 2010 04:08 AM PDT Harap-harap mereka insaf. Janganlah buat jenayah khalwat, kalau tak sanggup nak hadapi risikonya.. Pasangan berbulan madu di tirai besi DUNGUN – Perkahwinan seorang janda enam anak bersama pasangannya selepas menjalinkan hubungan sulit diselubungi detik hitam apabila mereka terpaksa melalui saat bulan madu di dalam tirai besi berikutan kegagalan menjelaskan denda mahkamah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan sebelum mereka berkahwin. Tertuduh, Mazenah Abdul Kadir, 46, yang ditahan bersama pasangannya, Mohd Awira Razak, 23, gagal menjelaskan denda berjumlah RM2,100 setelah kedua-duanya didapati bersalah mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2010. Biarpun Mazenah dan pasangannya Awira, seorang juruukur mengaku bersalah, namun dia terpaksa akur apabila kedua-duanya dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman memandangkan gagal menjelaskan denda ditetapkan mahkamah.: Biarpun pahit, namun pasangan yang mempunyai jarak usia 23 tahun ini terpaksa akur dengan tindakan undang-undang. Pasangan terbabit yang difahamkan sudah berkahwin selepas tangkapan khalwat itu kelihatan sebak ketika dibawa ke lokap polis sebelum masing-masing dihantar ke Penjara Marang dan Pengkalan Chepa untuk menjalani hukuman. Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi kelmarin, Hakim Syarie, Shamsudin Ngah setelah mendengar hujah pendakwaraya dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, menjatuhkan hukuman denda RM2,100 atau dua bulan penjara setelah mereka didapati bersalah melakukan khalwat di sebuah rumah bernombor 282, Felda Kerteh Empat, kira-kira jam 12.45 pagi 14 Mei lalu. Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie, Azmi Tengah manakala kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Empat itu tidak diwakili peguam. |
| Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam Bakal Ditahan Polis Dalam Kes Pembunuhan Sosilawati Posted: 22 Sep 2010 03:11 AM PDT MP Kapar memang berani. Memang berani. Nik Nazmi pun tak berani macam Manikavasagam, yang sanggup berdepan risiko dengan membawa isteri mangsa kejam suspek bunuh sosilawati ke tempat kejadian. Sebelum ini polis Malaysia yang bangsat beri amaran kepada ahli Parlimen Kapar itu agar tidak bawa isteri isteri ahli perniagaan dari India ke lokasi kejadian. Ini amaran ketua polis , geng suka tembak budak ini... Kes bunuh Sosilawati: Polis beri amaran kepada MP Kapar SHAH ALAM 22 Sept. – Polis hari ini memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen (MP) Kapar, S. Manikavasagam sekiranya dia terus cuba membawa isteri ahli perniagaan dari India yang dilaporkan hilang awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, amaran itu dikeluarkan kerana tindakan tersebut adalah menyalahi prosedur termasuk dikhuatiri boleh menganggu siasatan siasatan polis. Menurutnya, kes kehilangan ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, 34, itu masih dalam siasatan dan beliau mengingatkan bahawa Manikavasagam seharusnya membawa isteri Usharani untuk membantu siasatan lanjut oleh polis, bukannya membawanya ke lokasi pembunuhan berkenaan Sosilawati. – Utusan Dan hari ini, jelas bahawa Ahli PArlimen Kapar itu menongkah arus. Tengoklah gambar dan berita bawah ini..Siap sedialah Manikavasagam jawab dengan polis yang lebih sudu dari kuah..
Anggota Keluarga Muthuraja Akan Diminta Datang Untuk Pengesahan DNA Gambar: Isteri jutawan India, S. Usharani, 24, (kiri) bersama Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam (dua kiri) meninjau Sungai Panchau, tempat suspek utama kes pembunuhan kejam yang membabitkan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, membuang tulang dan abu mayat mangsa di Tanjung Sepat, dekat sini, hari ini. foto: BERNAMA BANTING: S.Usharani, 24, isteri ahli perniagaan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, melawat ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Datuk SosilawatiLawiya dan tiga lelaki lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, Rabu. Usharani, yang juga warganegara India, diiringi Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam semasa lawatan itu. Manikavasagam dan Usharani yang tiba di ladang itu pada pukul 11.35 pagi bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan ladang itu oleh pihak polis yangmasih berkawal di pintu utama. Ketika ditemui pemberita, Manikavasagam berharap anggota keluarga Muthuraja terutama bapa atau adik beradiknya dapat datang ke Malaysia pada minggu depan untuk membantu pihak polis dalam proses pengesahan DNA Muthuraja. Manikavasagam berkata semasa beliau menemani Usharani bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Supritendan Rizani Ismail, beliau dimaklumkan bahawa sebanyak 300 tulang-tulang kecil ditemui semasa siasatan yang melibatkan peguam yang merupakan supek utama kes pembunuhan Sosilawati. Laporan sebelum ini berkata tulang-tulang itu ditemui di Sungai Panchau oleh unit forensik polis semasa siasatan ke atas kes kematian Sosilawati dijalankan. Manikavasagam turut membawa Usharani melawat Sungai Panchau dan Sungai Kanchong Laut yang masing-masing terletak satu dan dua kilometer dari Ladang Gadong, selepas melawat ladang milik peguam itu. Beliau berkata tujuan beliau membawa Usharani ke ketiga-tiga tempat itu danmenemui polis ialah bagi mengetahui perkembangan siasatan kehilangan suaminyayang dilaporkan oleh Usharani kepada pihak polis dua minggu lepas. Manikavasagam juga berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kapar pukul 11 pagi esok untuk memberi beberapa maklumat atau bukti berkaitan dengan peguam itu. Bila diminta memberi penjelasan lanjut, beliau berkata: "Keterangan yang ada padanya (Usharani) yang diperoleh semasa dihubungi peguam (suspek) semasa (suaminya) hilang, kami akan dedahkan dan berikan salinannya kepada polis." Beliau berkata Usharani berhasrat untuk berada di sini selama seminggu tetapi tempat penginapan beliau dirahsiakan bagi tujuan keselamatan. - BERNAMA |
| Khalid Ibrahim Bakal Beregu Dengan Zaid Ibrahim Menentang Azmin Ali Posted: 22 Sep 2010 02:32 AM PDT ![]() Apalagi Tan Sri Khalid. Masuk je bertanding. Regu dengan Zaid Ibrahim dan Che'gu Bard. Tentru gempak nanti. MB Selangor putuskan bertanding Timbalan Presiden PKR 3 Okt SHAH ALAM 22 Sept. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibuat selepas 3 Oktober ini iaitu setelah semua cabang parti itu selesai bermesyuarat. "Saya belum tahu lagi, pencalonan mesti sekurang-kurangnya dua. Saya akan umumkan nanti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini hari ini. Abdul Khalid yang setakat ini menerima satu pencalonan bagi jawatan tersebut ditanya sama ada akan turut berentap bersama Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan hasrat masing-masing untuk merebut kerusi nombor dua parti, pada pemilihan yang dijadual November ini. Azmin yang juga Naib Presiden PKR kini memperolehi 43 pencalonan manakala Zaid yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima 21 pencalonan. Turut dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden parti Mustafa Kamil Ayub dengan 10 pencalonan, Pengarah Strategik parti Tian Chua (dua pencalonan) dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mendapat satu pencalonan. Pihak pengurusan parti itu menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir untuk mereka yang bakal bertanding menerima pencalonan daripada setiap cabang. - Bernama |
| Posted: 22 Sep 2010 01:15 AM PDT Isu kepimpinan terus hantui Gerakan Pulau Pinang KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tindakan sekumpulan anggota peringkat akar umbi parti Gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Suara Akar Umbi", memanggil mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 10 Oktober ini untuk menyingkirkan pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang dilantik, Datuk Teng Hock Nan, bukan sesuatu yang memeranjatkan. Bagi kebanyakan pemerhati politik di Pulau Pinang, EGM pertama dalam sejarah Gerakan itu untuk menyingkirkan seorang pemimpin yang dipilih merupakan kemuncak kepada isu serta perasaan kecewa yang terhimpun sejak sebelum Pilihan Raya Umum 2008 lagi. Ia bermula dengan siapakah yang akan menyandang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon melepaskan teraju kepimpinan negeri itu untuk bertanding kerusi Parlimen. Sebagai pemimpin tertinggi parti, adalah suatu yang lumrah bagi Tsu Koon untuk melangkah ke arena politik di peringkat nasional. Malangnya, perbalahan tentang siapa yang sepatutnya menggantikan beliau daripada kalangan tiga calon berpotensi iaitu Datuk Dr. Teng Hock Nan, Datuk Seri Chia Kwang Chye dan Teng Chang Yeow serta ketiadaan keputusan muktamad tentang perkara itu telah mengundang keadaan parah bagi parti tersebut apabila ia kehilangan kubu kuasanya di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2008. Merujuk kepada EGM yang dicadangkan itu, seorang anggota Gerakan berkata, isu yang telah lama berlarutan melibatkan Hock Nan, Chang Yeow dan Kwang Chye yang juga digelar sebagai "Three Musketeers", telah timbul kembali. Beliau berkata, sebenarnya kepimpinan tertinggi Gerakan mempunyai peluang untuk menyelesaikan perkara itu melalui pemilihan parti peringkat negeri pada September 2008 apabila Chang Yeow dan beberapa pemimpin lain menyokong Kwang Chye menjadi pengerusi Gerakan Pulau Pinang. "Ketika itu, para pemimpin peringkat nasional sepatutnya telah masuk campur dan mengusahakan penyelesaian secara baik dengan memujuk Hock Nan supaya membenarkan Kwang Chye menjadi pengerusi negeri dan bukan membiarkan beliau bertanding untuk jawatan itu. "Lagipun, seorang pemimpin lain, Chang Yeow telah bersetuju menerima kepimpinan Kwang Chye,'' ujarnya. Sepatutnya, mereka meyakinkan Hock Nan supaya beliau melangkah ke arena politik di peringkat nasional. Sayangnya, ini tidak dilakukan," kata seorang anggota parti berkenaan. Hock Nan menang tipis dalam pemilihan parti di peringkat negeri yang amat sengit dengan mengatasi Kwang Chye dengan hanya 10 undi. - Bernama |
| Ini Dia..Pemimpin UMNO Yang Tikam Najib & 1 Malaysia Posted: 22 Sep 2010 12:23 AM PDT Kah..kah UMNO..ini mesti geng mahader nihh..kesian Najib, ada juga pemimpin umno yang suka tikam belakang dia... UMNO tidak halang ahli sertai perhimpunan Perkasa SHAH ALAM – UMNO tidak menghalang ahlinya untuk turut serta dalam program yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), termasuk menghadiri Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan Sabtu ini di Kelantan. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO tetap berpegang kepada pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengarahkan partinya menyisihkan diri daripada Perkasa kerana tidak mahu wujud diskriminasi antara parti dan NGO. "Terpulang kepada sesiapa sama ada ahli UMNO atau parti lain untuk menghadiri perhimpunan Perkasa. "UMNO tidak menghalang ahlinya mengikuti program Perkasa kerana pertubuhan NGO membela kaum Melayu itu adalah pertubuhan berdaftar," katanya kepada :Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian UMNO sama ada membenarkan ahlinya mengikuti program anjuran Perkasa. Ahmad berkata, walaupun terdapat pemimpin UMNO yang lantang menggesa supaya parti itu menjauhkan diri dengan Perkasa, namun ahli seharusnya menghormati pendirian Perdana Menteri. Perkasa akan mengadakan Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan pada 25 September ini di hadapan Stesen Keretapi , Pasir Mas, bermula jam 3.30 petang. |
| Padan Muka Ko..Sape Suruh Ikut Laki Bukan Muhrim Posted: 21 Sep 2010 11:40 PM PDT Buat Ali Rustam, mungkin ini pelajar yang anda cari.. Remaja dinoda berulang kali KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dirogol berulang kali oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong, di sini, selepas mengikut lelaki itu, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa mendakwa teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya di rumah di Desa Petaling, di sini, kononnya untuk keluar makan. Menurut sumber, selepas menjamu selera, suspek enggan menghantar mangsa pulang sebaliknya membawa mangsa ke rumahnya di Puchong. "Sebaik tiba di rumah, mangsa diarahkan masuk ke dalam bilik. Malah, suspek juga menyuruh dua rakan serumahnya meninggalkan mereka sendirian," katanya. Sumber berkata, kesempatan itu diambil suspek untuk merogol mangsa beberapa kali. "Selepas mangsa dirogol, pelajar terbabit berulang kali meminta teman lelakinya itu supaya menghantarnya pulang namun suspek enggan berbuat demikian. "Bagaimanapun, ketika suspek keluar dari bilik, mangsa segera menghubungi bapanya memberitahu mengenai kejadian berkenaan," katanya. Beliau berkata, bapa mangsa kemudian datang ke rumah suspek bagi menjemput mangsa kira-kira jam 10 malam. "Suspek yang melihat kelibat bapa mangsa menyembunyikan diri," katanya. Mangsa yang ditemani ahli keluarganya kemudian ke Balai Polis Sungai Besi, di sini bagi membuat laporan. Difahamkan, kes terbabit dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut. |
| Jabatan Peguam Negara Tolak Kertas Siasatan Polis, & Minta Polis Lebih Profesional Posted: 21 Sep 2010 10:59 PM PDT Tahulah nak cepat..tapi agak-agak lah..polis buatlah kerja dengan betul...tapi daripada ini, kita dapat tahu yang kematian sebelum sosilawati tu, rupanya polis tak mendakwa pun. Simpan dalam fail pegawai penyiasat je.. Peguam Negara arah polis lengkapkan siasatan kes bunuh Sosilawati, tiga lain KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara, mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, polis diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya. Beliau berkata, pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut. Katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu. Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin. Selain Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38. Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang adalah suspek utama kes pembunuhan Sosilawati. Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan. Kehilangan Shafik dan rakannya dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds. Selain itu, ia turut membabitkan kes kehilangan usahawan batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu. Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Bernama |
| Kerajaan BN Zalim Pada Rakyat Kelantan Posted: 21 Sep 2010 09:20 PM PDT Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan. Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini. Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini. Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut. "Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti. "Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan," katanya seperti lapor web gegarkelantan.net. Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan. Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya. "Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi. Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang. Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya. PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Sejak mentadbir negeri itu, PAS mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh kerajaan pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan. Manakala terbaru, Kelantan sedang berdepan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak royalti rakyat negeri itu. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















.jpg)








Tiada ulasan:
Catat Ulasan