Justice For All |
- Pelabur Bertambah Takut Nak Datang Malaysia..Gara-Gara Berita Benar Dari Al Jazeera Ini
- Anak Sulung Teruskan Perniagaan Sosilawati, Produk Nouvelles Visages Tak Terjejas
- Pemurah..Istilah Berbeza Antara Sosilawati & Suspek Pembunuh
- Macam2 Zaman Najib..Dahla Kena Dera, Jadi Mangsa Rogol Pulak Tu
- Dr Aziz Bari Tempelak Hakim Kangaroo, Gopal Sri Ram
- 3 Cabang Pilih Anwar..Layak Bertanding Jawatan Presiden PKR
- Kalau Datok Mokhtar HAshim Yang Bunuh Orang Boleh Terlepas, Apatah Lagi Peguam Kawan UMNO Yang Bunuh Sosilawati
- Anwar Dapat Pencalonan Pertama Jawatan Presiden
- Bangunan Beralun Di AS Hasil Rekaan Arkitek Terkenal
- 5 Naib Presiden PKR Dicabar Di Cabang Masing-Masing
- Pemilihan PKR : Ahli Parlimen Indera Mahkota Menang Tipis 40 Undi
- Siaran Langsung Debat Pemilihan AMK Di Taiping
- Lawak..Pembaca Berita Pakai Seluar Pendek Baca Berita
- Kes Pembunuhan Sosilawati : Bahan Bukti Masih Dicari
- UMNO vs PERKOSE..Percepatkan UMNO Karam Di Lautan
- Politikkan Isu Pembunuhan Sosilawati : Ludah Busuk UMNO Terkena Batang Hidung Sendiri
- 2 Suspek Baru Ditahan Dalam Kes Bunuh Jutawan India, Manakala Suspek Kes Bunuh Sosilawati Dilanjut Tahanan Reman Seminggu Lagi
- PEKIDA Mengamuk & Bakar Kain Rentang Di Hadapan Rumah Mangsa Pembunuhan Kejam Peguam Dajal
- Ntah Apa2 Zaman Najib..Pelacur Iklankan Khidmat Di Akhbar
- Kes Pembunuhan Sosilawati : Mangsa Dipukul Sampai Mati Dengan Kayu Kriket
- PR Perlu Letak Calon Wibawa Jika Nak Tawan Sabah - Penganalisis
- Kesian..Mati Dibunuh Kerana Buka Suis Lampu
- Analisis Terbaik Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR
- Nasib Ahli Parlimen Indera Mahkota Dalam Pemilihan PKR Ditentukan Hari Ini
| Pelabur Bertambah Takut Nak Datang Malaysia..Gara-Gara Berita Benar Dari Al Jazeera Ini Posted: 18 Sep 2010 08:50 PM PDT | ||
| Anak Sulung Teruskan Perniagaan Sosilawati, Produk Nouvelles Visages Tak Terjejas Posted: 18 Sep 2010 07:57 PM PDT Pembunuhan kejam Sosilawati: Anak berazam teruskan legasi perniagaan ibu
Erni Dekritawati Yuliana Buhari Erni sanggup lupakan cita-cita awal menjadi pendidik KUALA LUMPUR: Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya tidak akan mensia-siakan harapan ibunya untuk terus menjaga, mewarisi dan menjalankan perniagaan berasaskan kosmetik, meskipun cita-cita awalnya mahu menjadi seorang pendidik. "Sebelum ini pun saya sudah mengambil alih tugas sebagai Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sejak April lalu. Jadi saya akan teruskan perniagaan emak dengan dibantu adik beradik lain dan kakitangan yang berpengalaman," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25. Erni berkata demikian ketika ditanya sebelum majlis khatam al-Quran yang diadakan khusus untuk Sosilawati di rumahnya di Taman Harmonis, Gombak dekat sini semalam. Rakan karib Sosilawati yang tidak mahu namanya disiarkan pula berkata, sebagai anak sulung Erni sangat tabah menghadapi realiti dan reda menerima hakikat pemergian ibunya. Bagaimanapun anak-anak Sosilawati yang lain terutama yang masih kecil masih mengharapkan keajaiban kepulangan Sosilawati ke pangkuan mereka. Buat masa ini, keluarga berkenaan dikatakan sepakat untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan media dan berharap mereka diberi ruang untuk bertenang. Jualan Produk Nouvelles Visages (NV) Tak Terjejas KUALA LUMPUR: Penjualan produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) di kebanyakan stokis di seluruh negara termasuk Brunei tidak terjejas walaupun kehilangan pengasasnya, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam bersama tiga individu lain. Pemilik stokis kecantikan Mahani Ima Beauty House, berpusat di Batu Bersurat, Brunei, Nia, 37, berkata jualan produk NV terus mencatat perkembangan yang membanggakan selain mendahului produk kecantikan lain sejak mula dipasarkan lapan tahun lalu kerana pengguna yakin dengan keberkesanan produk. Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke stokisnya untuk mendapatkan produk NV akan bertanya mengenai kes itu selepas mengikuti perkembangannya melalui media di sana. "Turun naik jualan produk perkara biasa. Sudah menjadi adat berniaga. Tentu ada persaingan daripada pengeluar produk kecantikan lain. Kes pembunuhan Sosilawati tidak mempengaruhi jualan produk NV di sini (Brunei)," katanya ketika dihubungi di Bandar Seri Begawan. | ||
| Pemurah..Istilah Berbeza Antara Sosilawati & Suspek Pembunuh Posted: 18 Sep 2010 07:10 PM PDT Bagi derma pun orang marah..Padan muka Pembunuhan kejam Sosilawati: Penduduk Orang Asli rasa tertipu BANTING: Ketika ramai pihak mendakwa menjadi mangsa penipuan kepada suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Cheeding, kira-kira 25 kilometer dari pekan Banting, turut rasa terkilan dan tertipu dengan imej dermawan suspek yang juga seorang peguam itu membantu mereka. Malah jika personaliti sebenar suspek pembunuhan kejam itu diketahui, tidak mungkin mereka sudi menerima sumbangan Datuk itu. Suri rumah, Zaimah Lebih, 41, ketika ditemuinya di Kampung Bukit Cheeding berkata, beliau berasa terkejut dengan pendedahan media itu. "Hati rasa tak tenang," katanya sambil meraut lidi di pangkin rumahnya sambil dikerumuni anak-anak kecil petang semalam. Zaimah adalah antara keluarga Orang Asli yang menerima sumbangan beg sekolah pada majlis sumbangan ditaja suspek sebelum ini. "Kalau tahu, tak mungkin kakak bagi anak terima beg sekolah warna biru itu," katanya merujuk anak ketiganya, Zariah, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Cheeding. Pengawal keselamatan di Kampung Bukit Cheeding, Isak Pahat, 34, berkata beliau tidak menyangka suspek kelihatan seperti orang baik sanggup bertindak demikian. "Saya terima beg dan kasut sekolah. Kalau tahu dia begitu, salam pun tak mahu," katanya turut bersimpati dengan keluarga mangsa. Tapi berlainan dengan Sosilawati, pemergiannya memang benar-benar menyedihkan anak yatim.. RM1j setahun untuk anak yatim Rahsia Sosilawati bantu golongan kurang bernasib baik didedah Exco Johor BATU PAHAT: "Jasa dan pengorbanan Kak Wati kepada kami sekeluarga amat besar terutama dalam membantu memperbaiki kehidupan kami, malah saya sekeluarga sebak apabila diberitahu Kak Wati tidak lupa mengasingkan RM1 juta setiap tahun daripada keuntungannya khusus bagi golongan anak yatim seluruh negara," kata Rosnani Lawiya, 45. Rosnani berkata, walaupun sudah berjaya dan dikenali, kakaknya tidak pernah meninggi serta membanggakan diri malah tidak pernah gagal membantu semua anggota keluarga berkongsi kejayaannya. "Kami terharu Kak Wati tidak pernah lupa asal usul kami yang susah dengan membantu insan tidak bernasib baik ketika rezekinya dimurahkan tuhan" Rosnani Lawiya Adik "Walaupun hubungan kami adik-beradik amat rapat, kami sekeluarga tidak pernah mengambil tahu bagaimana Kak Wati menggunakan wangnya tetapi apabila diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai dalam kunjungan ke rumah saya baru-baru ini, bahawa Kak Wati memperuntukkan RM1 juta untuk anak yatim seluruh negara setiap tahun, sudah tentu kami amat berbangga dan terharu sekali. "Bukan mahu menunjuk-nunjuk, bermegah atau bangga diri mempunyai kakak yang dilimpahi kesenangan tetapi kami terharu Kak Wati tidak pernah lupa asal usul kami yang susah dengan membantu insan tidak bernasib baik ketika rezekinya dimurahkan tuhan. "Sekurang-kurangnya perasaan luluh di jiwa kami mengenangkan nasib yang menimpa Kak Wati sehingga diperlakukan sebegitu kejam sekali, diubati sedikit dengan berita sifat Kak Wati yang penuh kasih sayang," katanya sebak. Sementara itu, suami Rosnani, Misjan Jamikun, 48, yang juga adik ipar jutawan berkenaan berkata, dia tidak dapat membayangkan bagaimana ada insan yang tergamak melakukan kekejaman begitu sekali apalagi terhadap seorang wanita yang bergelar ibu. "Kak Wati adalah kebanggaan dan harapan keluarga kami apatah lagi beliau berjaya dengan usahanya sendiri walaupun bermula daripada tidak mempunyai apa-apa dan berasal dari keluarga susah. "Sudah tentu kami sekeluarga sukar menerima cara pemergiannya itu kerana Kak Wati adalah antara insan paling pemurah, penyayang serta pemaaf di dalam keluarga kami. Bagaimanapun, jika ini ditentukan Allah, kami reda dan akan mendoakannya supaya ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya. Adik bongsu ahli perniagaan berjaya itu, Mohd Haris Lawiya, 29, pula berkata kakaknya itu banyak memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada mereka adik-beradik termasuk dirinya. "Kak Wati tidak pernah sekali pun melupakan keluarganya. Saya sendiri pun diajak bekerja dengannya di Kuala Lumpur di bahagian stok bagi menambah pendapatan keluarga saya dan pemergian Kak Wati memberi kesan besar kepada keluarga kami," katanya. Ketua Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Omar Salleh, 63, berkata Sosilawati adalah dermawan unggul dan beliau amat berbangga dengan sifat pemurah anak jati kelahiran kampungnya itu. "Saya bukan mahu memuji-muja, tetapi inilah hakikatnya. Sosilawati sebenarnya tidak suka pemberiannya diungkit-ungkit mahupun diuar-uarkan berikutan tidak mahu ia dianggap menunjuk-nunjuk sedangkan Allahyarhamah ikhlas melakukannya. "Bagaimanapun, semua pihak harus diberitahu bahawa sifat pemurah Allahyarhamah itulah banyak membantu kami di sini terutama apabila arwah tidak pernah lupa memberi bantuan dan sumbangan berterusan setiap tahun antaranya kepada Masjid Seri Dayong, Sri Medan; Surau Kampung Sri Menanti serta sekolah angkatnya, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong dan Sekolah Agama Seri Dayong, sudah pasti pemergian Allahyarhamah, kehilangan besar buat semua yang pernah mengenalinya," katanya. | ||
| Macam2 Zaman Najib..Dahla Kena Dera, Jadi Mangsa Rogol Pulak Tu Posted: 18 Sep 2010 06:35 PM PDT Memang kejam betul..macam-macam keganasan berlaku di zaman Najib ini.. NGERI...kesan kecederaan yang dialami pembantu rumah GEORGETOWN: Dera, rogol dan campak. Itulah tiga tindakan kejam dipercayai dilakukan sepasang suami isteri terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia sebelum ditahan Majikan tidak berperikemanusiaan itu kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan ladang di Taman Cenderawasih tanpa dokumen pengenalan diri. Bagaimanapun, keesokannya mangsa diselamatkan orang ramai pada jam 10.30 pagi sebelum diserahkan kepada anggota polis Nibong Tebal untuk tindakan selanjutnya. Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis pada mulanya menghadapi kesukaran apabila mangsa gagal memberitahu alamat rumah majikannya dan hanya memaklumkan bahawa rumah itu terletak di kawasan Jelutong. Katanya, mangsa mendakwa bekerja dengan majikannya sejak tujuh bulan lalu dan sepanjang tempoh itu dia tidak dibayar gaji manakala sejak Mei lalu dia sering didera termasuk dipukul di kepala, disiram air panas di belakang badan serta dilecurkan dadanya menggunakan seterika elektrik. "Siasatan lanjut mendapati banyak kesan kecederaan dan bengkak serta lebam di beberapa bahagian badan mangsa yang juga mendakwa dirogol empat kali oleh majikannya di rumah. "Hasil pemeriksaan doktor turut mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), di sini, semalam. Gan berkata, susulan kejadian itu dan hasil maklumat awam, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Blok 75, Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, di sini, dan menahan sepasang suami isteri berusia 41 tahun dan 36 tahun yang mempunyai empat anak. Katanya, majikannya bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua rekod kesalahan dadah dan satu kes jenayah manakala isterinya suri rumah. "Polis turut menemui seterika elektrik dipercayai digunakan untuk mendera mangsa selain merampas satu tali pinggang, cadar dan lapik tilam mangsa serta sebuah kereta jenis Toyota Camry yang digunakan untuk meninggalkan mangsa di kawasan ladang di Nibong Tebal. "Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa dan suspek lelaki juga mengaku merogol mangsa beberapa kali di rumahnya," katanya. Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. "Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 376 kanun sama iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan," katanya. Gan berkata, mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut, manakala polis memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Jeneral Indonesia di Malaysia.
myMetro | ||
| Dr Aziz Bari Tempelak Hakim Kangaroo, Gopal Sri Ram Posted: 18 Sep 2010 05:44 PM PDT Memang hakim Malaysia cap ayam. Berani bersuara bila dah pencen. Bila dalam perkhidmatan, langsung mulut terkunci tak nak bersuara. Memang hampeh. Nak bandingkan hakim zaman Nabi dengan sekarang, jauh bezanya. Dulu, kejujuran dan integirti asas yang tinggi. Sekarang, sekejap baik, sekejap jadi kangaroo Kritik kehakiman: Mengapa Gopal Sri Ram tak konsisten, soal pakar Pakar perundangan mempersoalkan bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram yang mendakwa badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti sebagai "tidak konsisten" dalam pendirian sebelum dan selepas mengakhiri khidmat. Prof A. Aziz Bari, ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, pada pandangannya Sri Ram (gambar) tidak konsisten dalam melindungi hak asasi, tetapi kini mendakwa hak minoriti tidak dipertahankan oleh badan kehakiman. "Sebab itu apabila dia kritik rakan-rakan yang masih berkhidmat, saya fikir ini fenomena orang pencen macam Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara bersara Ahad lalu). "Selepas mendapati kenaikan pangkat Gopal dipetisejukkan di Mahkamah Rayuan sedangkan rakan-rakan yang lebih junior dinaikkan pangkat. "Gopal Sri Ram hanya dinaikkan pangkat ke mahkamah persekutuan beberapa bulan sebelum pencen," kata beliau dalam ulasannya mengenai pendirian Gopal Sri Ram yang disiarkan portal berita semalam. Sri Ram, antara hakim yang menjadi tumpuan kes berprofil tinggi dan keputusan "kontroversi" dinaikkan pangkat sebagai hakim mahkamah persekutuan pada April 2009. Beliau juga sering digambarkan sebagai hakim yang "kreatif" dalam mentafsir undang-undang dan perlembagaan negara. Beliau juga menerima perhatian bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan media antarabangsa selepas memenjarakan wartawan Murray Hiebert. Kata Aziz, sejarah menunjukkan bekas hakim mahkamah persekutuan ini mempunyai rekod tersendiri dalam banyak kes termasuk kes Lim Guan Eng, yang kini merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, dan projek empangan elektrik Bakun lebih satu dekad lalu. "... yang dia sendiri jelas memberi kemenangan kepada kerajaan. "Gopal Sri Ram ialah peguam Umno yang menghujah bahawa Umno haram pada 1987. Ini menyebabkan Tengku Razaleigh dan Team B gagal mencabar semula Dr Mahathir yang hanya menang dengan 43 undi. "Selepas itu Sri Ram terus naik pangkat dengan dilantik terus sebagai hakim mahkamah rayuan," kata beliau. Sri Ram, pada satu persidangan di ibu negara kelmarin berkata, badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti di negara ini. Oleh kerana badan eksekutif itu dilantik oleh majoriti, maka ia mewakili hak majoriti, kata beliau sambil menambah, badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak minoriti. "Badan kehakiman yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab itu," kata beliau lagi. Berhubung soalan sama ada badan kehakiman telah menunaikan tanggungjawab itu, beliau berkata, jawapan yang diberikan ialah "dengan tegasnya, tidak!" Sri Ram seterusnya berkata ini berlaku kerana badan kehakiman telah menjadi "minda eksekutif" dan hakim telah menjadi alat kepada kerajaan. "Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif... dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut," kata beliau. Sebagai contoh jelas Sri Ram, apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan. Sehubungan itu katanya, campur tangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa. Kes rayuan Lim yang menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan dengar oleh Sri Ram. "Jadi keputusan Gopal Sri Ram itu melemahkan pembangkang yang sebenarnya hanya berbuat sesuatu untuk memperkasakan demokrasi. "Kenapa sekarang Gopal Sri Ram bercakap seolah-olah dia hakim yang hebat? Kes yang diputuskan pada 1997 itu turut mendapat simpati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu masih timbalan perdana menteri. Setahun selepas itu Datuk Seri Anwar dipecat. "Gopal Sri Ram juga membuat keputusan yang membantu menyelamatkan projek kontroversi Bakun pada 1997. Sebelum itu di Mahkamah Tinggi Datuk James Foong memutuskan projek itu tidak sah. Malangnya di peringkat rayuan, sebagaimana kes Lim Guan Eng tadi, Sri Ram mengubah keputusan itu. Maka selamatlah projek Bakun," katanya lagi. Kata Aziz, selain dua kes profil tinggi itu Sri Ram juga enggan mengiktiraf hak kebebasan beragama seorang budak yang dipecat dari sekolah hanya kerana dia memakai serban. "Apa yang penting dalam kes Meor Atiqulrahman (2006) ini ialah keputusan memecat itu dibuat oleh guru besar sekolah rendah. Isunya apakah sekolah boleh menafikan hak yang dijamin oleh perlembagaan begitu sahaja? "Apa yang jelas di sini ialah betapa Gopal Sri Ram tidak konsisten dan seolah-olah selektif. Dalam satu kes melibatkan Orang Asli, kes Sagong Tasi (2005), Sri Ram mentafsir Perlembagaan dengan cara yang begitu kreatif kerana beliau bersedia memberi Orang Asli sesuatu yang tidak disebut oleh undang-undang. "Jadi, soalnya di sini, mengapa Gopal enggan mengiktiraf hak yang sedia ada sebagaimana dalam kes Meor Atiqulrahman tadi? Memakai serban boleh dimasukkan dalam Perlembagaan kerana di situ ada Perkara 11 yang menjamin hak kebebasan beragama," katanya. | ||
| 3 Cabang Pilih Anwar..Layak Bertanding Jawatan Presiden PKR Posted: 18 Sep 2010 04:45 PM PDT Walaupun Anwar menyatakan takkan bertanding mana-mana jawatan, nampaknya ianya tidak didengar oleh akar umbi. Denagn memperolehi 3 pencalonan dari cabang Arau, Kuala Pilah dan Sipitang, Anwar sudah layak untuk bertanding bagi jawatan Presiden, yang hanya memerlukan 2 pencalonan dari cabang untuk jawatan tersebut. Apapun ia perkembangan sihat, untuk menyeburkan demokrasi dalam PKR, pada masa yang sama menguatkan PKR untuk dipimpin oleh Anwar.. Anwar dapat tiga pencalonan tanding presiden PKR, tapi isteri dahului KUALA LUMPUR, 18 Sept — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan dan layak untuk bertanding jawatan presiden parti itu bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyandang kerusi itu sejak sedekad lalu. Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat yang awal minggu ini menyatakan hasrat tidak mahu menerima sebarang pencalonan jawatan pusat PKR, dicalonkan oleh tiga cabang atau bahagian hari ini. Seseorang hanya perlu memperoleh dua pencalonan untuk bertanding mana-mana jawatan peringkat pusat PKR. Sebanyak 40 cabang mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini iaitu hari kedua. Anwar memperoleh pencalonan cabang Sipitang, Kuala Pilah dan Arau. Setakat 10 malam ini, Dr Wan Azizah mendahului pencalonan bagi jawatan presiden. Termasuk semalam, Dr Wan Azizah dipercayai sudah pun menerima 38 pencalonan. Dalam pada itu, Naib Presiden Azmin Ali berada jauh di depan dalam senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden. Azmin memperoleh sekitar 26 pencalonan manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima tujuh pencalonan. Seorang Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub juga layak bertanding jawatan timbalan presiden dengan memperoleh enam pencalonan. Pengarah Strategi PKR Tian Chua dicalonkan oleh satu cabang. Bagi jawatan naib presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk tidak bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendahului calon-calon lain. Pencalonan akan berlangsung sehingga 3 Oktober ini. Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 29 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung. Dalam pada itu, bagi jawatan ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin dikatakan mendahuli yang lain termasuk Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim yang turut menawarkan diri bertanding. Bagi jawatan ketua Wanita PKR, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dikatakan menerima pencalonan padu. Sekitar 16 pemimpin telah pun layak untuk bertanding kerusi presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua AMK dan ketua Wanita. Bagaimanapun usaha mendapatkan butiran terperinci pencalonan gagal mendatangkan hasil. | ||
| Posted: 18 Sep 2010 03:55 PM PDT Datuk Mohammad Taha Talib Datuk Mokhtar Hashim Dilaporkan bahawa UMNO akan lindungi peguam India yang membunuh Sosilawati kerana peguam itu rapat dengan pemimpin UMNO. Ini analisis yang dibuat oleh Aduka taruna. Memang menarik dan gempar. Sebab Malaysia ni negara jakun. Orang yang bunuh orang pun boleh dilepaskan. Tengok macam kes pembunuhan bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib yang telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim. Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan bukan setakat tak dikenakan hukuman gantung sampai mati, bahkan telah diampunkan dan bebas pada hari ini. Jika ini UMNO boleh lakukan, apatah lagi dengan kes Sosilawati ini.. 2. Tiba-tiba plak siasatan penganugerahan Datuk kepada pembunuh itu gagal menemui petunjuk. Mengikut kepercayaan gua, itu adalah arahan yang menyuruh PDRM siasat sejauh sekian, setakatsekian sahaja. Jangan lebih dari itu. Itu adalah kepercayaan gua. Jikalah benar kepercayaan gua, alangkah baiknya kita mengetahui Sultan Melayu mana yang menganugerahkan Datuk kepada si pembunuh itu. Ianya akan tercatat dalam sejarah tamadun Melayu. 3. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu mula mengganas pada 2005. Berkubu di Selangor. Penjahat hanya berkuasa di kubu sendiri. Penjenayah yang mendapat perlindungan politik di kawasan A, pasti akan melakukan jenayah di kawasan A. Bodoh jika dia membunuh dan melupuskan mayat di kawasan B. Pemimpin UMNO Selangor menikus sebaik sahaja kes ini pecah? Mungkin gua terlepas pandang. Tiada kutukan dari Khir Toyo, Rahman Pahlil dan lainnya. 4. Cakap2 dari kedai kopi di kawasan perumahan polis Padang Tembak, yakni majoriti ahli kopi terdiri dari anggota polis sendiri, UMNO sedang cemas jika gambar pembunuh Sosilawati itu bersama pimpinan UMNO Selangor tersebar di internet. Itu cakap2 dari mereka. Gua sampaikan sahaja. 5. Disampaikan oleh pakar DNA bahawa sample dari mayat yang hangus secara total dan telah diurai oleh agen pengurai adalah sukar untuk didapatkan DNA nya itu. Di sini, kita boleh tahu, mengapa si pembunuh, 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu merancang keluarga mangsa hanya membuat laporan polis selepas 3 hari. 6. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berhak mendapatkan khidmat peguam ketika kesnya dibicarakan. Gua nak tengok peguam mana yang membela 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu. Walaupun kita perlu professional, atas tajuk taktikal politiknya, peguam yang mempunyai hubungan kepartian akan mendamagekan imej party. Pendakwaan bagi pihak polis diuruskan di bawah 'kepakaran' Peguam Negara. Peguam Negara pula ialah Abdul Ghani Patail. Melayu. IQ standrad Melayu. Untuk berhadapan dengan barisan peguam yang mungkin dibayar mahal berdasarkan kemampuan pembunuh itu. Jika 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berjaya mendatangkan keraguan yang munasabah terhadap keputusan DNA, wujud peluang lepas diri di situ. Kes yang dibicarakan ialah pembunuhan Sosilawati. Tapi DNA ragu2 sama ada Sosilawati atau tidak. Maka, wujud peluang lepas di situ. Jika 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berjaya meletakkan kesalahan ke atas para pembunuh upahan, maka, hukuman 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu akan ringan. Contoh : "Saya hanya meminta mereka menakutkan mangsa. Tetapi mereka melakukan lebih dari itu. Jika saya tahu kesemua pekerja saya yang diarahkan menakutkan mangsa itu mempunyai kes jenayah sebelum ini, pasti saya tidak akan meminta mereka menakut-nakutkan mereka. Sepanjang pengetahuan saya, mereka adalah pekerja yang baik dan disiplin. Saya mempunyai rekod kedatangan mereka sebagai bukti mereka pekerja yang baik sepanjang dalam pengetahuan saya." Jika terbukti 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu mempunyai hubungan politik rasmi dengan UMNO Selangor, maka akan wujud tawar-menawar. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu pasti mempergunakan beberapa kepentingan politik UMNO Selangor bagi menyelamatkan dirinya. Maka dalam perjalanan perbicaraan kes, berlakulah satu situasi yang bernama pindaan pertuduhan. (Wajah selamba dan yakin 'Datuk' di zaman Barisan Nasional.) 7. Terdapat satu persamaan antara kes Sosilawati dengan Altantuya. Mastermind mempunyai hubungan rasmi dengan politik kerajaan dan kenamaan negara. Di zaman Barisan Nasional. Mastermind adalah kaya. Mempunyai harta bertimbun. Altantuya dikatakan dibunuh kerana duit kapal selam. Akaun mastermind tidak dibekukan. Sosilawati dikatakan dibunuh kerana duit tanah. Akaun mastermind juga tidak dibekukan (setakat ini). Wajah 'mastermind' disiar secara bebas. Difokuskan media kerajaan, menyebabkan media akternatif turut sama memfokuskan wajah dan identity 'mastermind'. Wajah si pelaksana arahan tidak disiar. Atau mungkin disembunyikan. Kita boleh lihat Azilah dan Sirul yang 'unknown' identity. Akhirnya 'mastermind' lepas. Si pelaksana arahan jadi kambing. Mastermind terus berhijrah ke luar negara. Identity kambing hitam yang unknown dihukum, identity mastermind pula bebas dan berhijrah ke luar negara dengan taktikal akaun yang tidak dibekukan.-aduka taruna | ||
| Anwar Dapat Pencalonan Pertama Jawatan Presiden Posted: 18 Sep 2010 01:00 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat pencalonan pertama bagi bertanding jawatan presiden parti itu mencabar isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Pencalonan tunggal itu setakat ini diperoleh daripada cabang Arau yang bermesyuarat hari ini.
Ketua Pemuda PKR bagi cabang berkenaan Tengku Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin (kiri) berkata ia merupakan keputusan majoriti daripada 61 perwakilan yang hadir. Tengku Putra yang juga salah seorang perwakilan cabang itu memberitahu Malaysiakini, dalam keputusan yang dicapai secara undi angkat tangan itu, pencalonan Anwar disokong oleh 54 perwakilan manakala tujuh berkecuali. Menurut Tengku Putra lagi, sebelum pengundian dijalankan terdapat eorang perwakilan yang bangun membantah cadangan itu kerana Anwar sebelum ini enggan dicalonkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini. Bagaimanapun, menurutnya bantahan itu tidak diterima kerana tidak mendapat sokongan daripada perwakilan.
"Manakala sebulat suara memilih Azmin Ali sebagai timbalan presiden," kata Tengku Putra ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Walaupun kemungkinan besar menolaknya, Anwar bagaimanapun masih memerlukan lagi satu pencalonan bagi bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut. Daripada 18 cabang keputusan pencalonnnya sudah diketahui hari ini, Wan Azizah - presiden PKR sekarang - setakat ini jauh di depan Anwar dengan pencalonan sebanyak 17. | ||
| Bangunan Beralun Di AS Hasil Rekaan Arkitek Terkenal Posted: 18 Sep 2010 10:40 AM PDT Bangunan beralun di Manhattan
BANGUNAN beralun ciptaan arkitek Frank Gehry setinggi 76 tingkat di Manhattan, New York. NEW YORK - Sebuah bangunan setinggi 76 tingkat di Manhattan di sini mempunyai reka bentuk beralun yang dicipta oleh arkitek Frank Gehry, lapor sebuah akhbar semalam. Bangunan yang dikenali sebagai The Beekman Tower akan menjadi salah satu bangunan tertinggi di bandar raya ini apabila ia dibuka secara rasmi lewat tahun ini. Sebelum ini, Gehry mendedahkan bahawa reka bentuk bangunan itu diilhamkan daripada kain yang beralun pada satu ukiran batu marmar oleh artis pada abad ke-17, Gianlorenzo Bernini. - Agensi | ||
| 5 Naib Presiden PKR Dicabar Di Cabang Masing-Masing Posted: 18 Sep 2010 09:35 AM PDT Nampaknya kesemua 5 orang Naib Presiden PKR dicabar di cabang masing-masing. Status jawatan Naib Presiden, tidak mampu menghalang pemimpin lain untuk mencabar mereka ini...Mustaffa Kamil ayub dicabar di Pasir Salak, Dr Lee Boon Chye dicabar di Gopeng. Sivarasa Rasiah pula dicabar di Subang, Dr Jeffry Kitingan di Pensiangan dan Azmin Ali dicabar di Gombak. Ini beritanya.. Mustafa, Lee Bon Chye Dicabar Di Cabang Masing-Masing
PETALING JAYA: Jawatan Ketua Cabang Pasir Salak, Perak bakal menyaksikan pertandingan 'satu lawan satu' antara Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dengan bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak Osman Abdul Rahman, Sabtu depan. Mustaffa , Timbalan Ketua Cabang Pasir Salak memangku cabang itu setelah Osman meletakkan jawatan sebagai ketua pada 2007. Osman yang bertindak sebagai Ketua Cabang dan Pengerusi MPN pada tahun 2002, meletakkan kedua-dua jawatan itu secara rasminya pada 2007 lalu. Kemudian pada November 2009, Mustaffa mula mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi MPN serta kekal menjadi pemangku bagi cabang tersebut. Osman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bahawa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu semula. "Jawatan itu kosong setelah saya meletakkan jawatan pada 2007 lalu. Maka Mustaffa yang ketika itu timbalan saya menjadi pemangku untuk jawatan tersebut. "Malah saya diminta oleh akar umbi untuk bertanding semula, maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Pasir Salak ini," katanya yang dihubungi Free Malaysia Today. Keputusan pencalonan itu secara rasminya dibuat pada 4 September lalu ketika mesyuarat MPN berlansung. Boon Chye dicabar Timbalannya
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye yang juga ketua cabang Gopeng bakal berdepan timbalannya Anuar, Zakaria. Anuar yang juga Setiausaha Kerja Negeri mengesahkan perkara berkenaan. "Saya akan mencabar Dr Lee untuk jawatan ketua cabang Gopeng itu selepas pencalonan padaa 4 September itu berlangsung. Ini persaingan sihat antara saya dan ketua. Tiada apa-apa yang peribadi cuma saya meletakkan diri saya untuk menawarkan diri bertanding jawatan tersebut," katanya kepada FMT. Seramai 50,000 ahli PKR Perak bakal menunaikan tanggungjawab memilih dalam pemilihan cabang yang berlangsung 25 September ini. Perak kini mempunyai 24 cabang, 10 daripadanya telah mengesahkan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan ketua cabang. Sepuluh cabang itu ialah Bagan Serai, Parit Buntar, Bukit Gantang, Padang Rengas, Parit, Ipoh Timur, Sungai Siput, Tapah, Telok Intan dan Bagan Datok. Kini pertandingan tertumpu kepada 14 cabang lain termasuklah dua cabang yang dianggap panas, Pasir Salak dan Gopeng. Sivarasa bakal dicabar di Subang
Saingan sengit dalam pemilihan PKR bukan sahaja di kalangan jawatan-jawatan utama tetapi juga merebak kepada peringkat Cabang (Bahagian). Difahamkan banyak cabang PKR di Selangor khususnya akan menyaksikan ketua cabang akan dicabar dalam pemilihan parti bulan depan. Cabang Subang disebut-sebut bahawa ketuanya Sivarasa Rasiah yang juga naib presiden PKR bakal menghadapi saingan empat penjuru. Bagaimanapun, sehingga ini belum dapat mengesahkan mereka yang dikatakan berminat mencabar Sivarasa yang sudah tiga penggal menjadi ketua cabang PKR Subang itu. Pemilihan ketua cabang akan diadakan pada 26 September ini. Hanya dua pencalonan dari ranting (cawangan) untuk bertanding sebarang jawatan dalam cabang. Menurut sumber, ramai ahli parti di peringkat akar umbi kurang gembira dengan ahli parlimen Subang itu yang menurut mereka jarang menemui penduduk termasuk ahli dan penyokong parti. "Barangkali Sivarasa sangat sibuk dengan tugasan parti dan parlimen menyebabkan beliau tidak cukup masa untuk berjumpa dengan ahli dan penyokong parti. "Kini orang PKR di Subang mula bercakap mengenai kegagalan Sivarasa untuk hadir dalam majlis-majlis rakyat," katanya. Menurutnya, orang yang mahu mencabar Sivarasa itu kerana mereka tidak puas hati dengan naib presiden PKR itu. Selain Subang, beberapa cabang lain termasuk Kelana Jaya juga menyaksikan penyandang jawatan dicabar. Ketua Cabang PKR Kelana Jaya ialah Syed Shahir Mohamud yang juga presiden MTUC. Peniaga buku seram sedia cabar Azmin
Kedudukan Azmin sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa serta mendapat sokongan padu untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, tidak menghalang jawatan itu daripada dicabar. Mesyuarat pemilihan Cabang Gombak akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang. Bakar sebelum ini pernah menjadi Timbalan Ketua Cabang Gombak dari 1999 hingga 2005 dan bendahari selama sepenggal hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan kerana dikatakan berselisih faham dengan Azmin. Dr Jeffrey hadapi tiga penjuru di Pensiangan
KOTA KINABALU: Jika Naib Presiden PKR, Azmin Ali dicabar satu lawan satu di cabang Gombak, rakannya Datuk Dr Jeffrey Kitingan menghadapi saingan tiga penjuru di Pensiangan, Sabah. Dr Jeffrey akan dicabar oleh Danny Anthony Andipai dan Richard Liwan dalam pemilihan 29 September ini. Ketiga-tiga mereka menyerahkan borang pencalonan di Kampung Takul, Pensiangan Ahad lalu. Seorang ahli PKR cabang yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Robert berkata, Richard merupakan kawan baik Danny. "Beliau turut menyerahkan borang pencalonan bertanding ketua cabang sebagai calon simpanan jika pencalonan Danny ditolak dalam masa tambahan. 'Masa bantahan akan berlaku selepas tiga hari dari penamaan pencalonan iaitu ketika borang-borang pencalonan mula dipamerkan untuk tatapan dan semakan oleh ahli-ahli PKR di kawasan berkenaan," katanya. Manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang merupakan satu lawan satu di antara Gabriel Uwing menentang penyandang jawatan, Affendy Hasbollah Angindih yang juga seorang bekas guru sekolah. Danny merupakan penyandang jawatan ketua cabang Pensiangan pernah mempertikaikan kemenangan tanpa bertanding Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS bagi parlimen Pensiangan pada PRU-12. Ketika itu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menolak kertas pencalonan Andipai ditolak atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana pun mahkamah memutuskan bahawa kemenangan tanpa bertanding Kurup adalah sah. | ||
| Pemilihan PKR : Ahli Parlimen Indera Mahkota Menang Tipis 40 Undi Posted: 18 Sep 2010 08:30 AM PDT Menang, Azan Ismail diapit oleh Lee Chean Chung (kiri) dan Ibrahim (kanan) KUANTAN - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail akhirnya berjaya mengekalkan jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota dalam pemilihan parti itu hari ini. Beliau menewaskan Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang) dengan majoriti sekitar 35 undi dalam kiraan tidak rasmi sekitar jam 6.00 petang tadi. Pemilihan Ketua Cabang itu yang dikatakan panas akhirnya berakhir dengan suasana harmoni biarpun ada berlaku sedikit kekecohan di awal Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) pagi tadi. Kemenangan Azan itu adalah satu keputusan yang sungguh mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi, ramai pemerhati politik di negeri ini melihat Azan akan kecundang ditangan Razali. Ia ditambah lagi dengan sokongan akar umbi terhadap Razali yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Keputusan lain turut menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Cabang terus kekal kepada "Team Azan" iaitu Ibrahim Sidek (Pak Brahim). Beliau menewaskan Kamarulzaman Mohamed Yusof (Pak Long) dengan majoriti sekitar 40 undi. Sementara itu seorang lagi calon "Team Azam" bagi jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Lee Chean Chung bila dia menewaskan calon lain dengan majoriti hanya 6 undi sahaja. Lee mendapat 107 undi, manakala lawannya Ravichandran yang merupakan "team Razali" mendapat 101 undi. Sementara itu seorang lagi calon iaitu Kasfian Kasmudin hanya mendapat 17 undi. Sementara itu, Cabang Indera Mahkota turut mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) sebagai Ketua AMK dalam pemilihan peringkat pusat Oktober ini.-pdo | ||
| Siaran Langsung Debat Pemilihan AMK Di Taiping Posted: 18 Sep 2010 07:12 AM PDT Ekslusif live Debat Ketua AMK di Taiping Golf Resort. Jom kita nilai calon-calon AMK tahun ini. Antara Rafizi Ramli, Che'gu Bard dan Hasmi Hashim. Ini tentatif dan aturan debat 8.00 pm Pendaftaran Peserta/Bloggers/Media 8.15 pm Ketibaan Ahli Panel Debat 8.30 pm Ucapan Perasmian Penaung YB Abdul Yunus Jamhari-Ketua AMK Negeri Perak 8.45 pm Sesi 1 : PIDATO 10.15 pm Sesi 2 : DEBAT 11.30 pm Bersurai Aturan/Konsep DEBAT Sesi 1 - 1. Salam Perkenalan 2. Pidato Tajuk : "Memimpin Harapan Anak Muda : Misi & Visi" Ruang masa 15-20 minit diberikan setiap seorang. Sesi 2 - 1. Soal Jawab Bersama hadirin Moderator : Matsamankati (MSK) Dan ini siaran langsung. Ihsan dari Ureka.asia Watch live video from Ureka-TV on Justin.tv | ||
| Lawak..Pembaca Berita Pakai Seluar Pendek Baca Berita Posted: 18 Sep 2010 06:20 AM PDT Pembaca berita pakai seluar pendek
SEORANG pembaca berita memakai seluar pendek semasa satu siaran secara langsung di Slovenia baru-baru ini. LJUBLJANA, Slovenia - Seorang pembaca berita lelaki didapati memakai seluar pendek selain baju berkot semasa membaca berita secara langsung di Slovenia, lapor sebuah akhbar semalam. Gelagat pembaca berita itu turut menjadi sensasi di laman YouTube. Pada mulanya, penonton tidak menyangka dia cuma memakai seluar pendek kerana kakinya dilindungi meja di depan kamera. Namun, selepas muzik penutup siaran berita dimainkan, pembaca berita itu memusingkan kerusinya ke belakang meja sekali gus menampakkan seluar pendek yang dipakainya, baru-baru ini. Pembaca berita itu kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan perasaan bimbang dengan perbuatannya memakai seluar pendek. - Agensi
| ||
| Kes Pembunuhan Sosilawati : Bahan Bukti Masih Dicari Posted: 18 Sep 2010 05:32 AM PDT Dilaporkan bahawa pihak forensik masih mencari bahan bukti di lokasi pembunuhan. Semoga ditambah dengan keterangan pakar dan pengakuan suspek, maka penjenayah sebenar akan dapat diketahui tak lama lagi.. Anggota forensik masih masuk lokasi bunuh Sosilawati KUALA LANGAT 18 Sept. - Kenderaan anggota forensik polis masih kelihatan memasuki kawasan lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong milik suspek utama kes itu di sini. Tinjauan Bernama berhampiran lokasi berkenaan melihat kenderaan forensik itu memasuki kawasan terbabit seawal pukul 8.30 pagi tadi dan keluar semula beberapa jam kemudian. Sebuah kereta peronda MPV polis turut ditempatkan di laluan utama iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi ladang milik suspek terbabit. Kesemua kenderaan yang melalui laluan itu ditahan dan disoal sebelum diarahkan berpatah balik dan meninggalkan kawasan ladang. Petugas media masih terus berkampung di sebuah kuil berhampiran bagi mengawasi dan memantau lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas sebelum didapati dibunuh dan dibakar di ladang berkenaan. Selain petugas media, beberapa kenderaan yang melalui jalan utama turut memperlahankan kenderaan malah ada yang berhenti untuk melihat serta meninjau kawasan berhampiran. | ||
| UMNO vs PERKOSE..Percepatkan UMNO Karam Di Lautan Posted: 18 Sep 2010 04:39 AM PDT Nah UMNO...ada yang setuju sokong Perkose..ada yang tak setuju. Bergaduh la ngko. Yang penting dua-dua ni adalah tak betul. Apapun kita hormati kenyataan pemimpin UMNO ini. Semoga perbalahan antara UMNO dan Perkose terus berlaku untuk mudahkan kapal UMNO karam sebelum PRU 13 nanti.. UMNO tidak harus tolak kerjasama Perkasa: Nawi KUALA TERENGGANU – UMNO tidak seharusnya menolak hubungan bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebaliknya mengukuhkan kerjasama dengannya kerana pertubuhan itu dilihat mampu memberi banyak keuntungan kepada survival parti. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad menganggap penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Perkasa merugikan parti itu sendiri yang turut berjuang demi Melayu. "UMNO dan Perkasa mempunyai matlamat sama iaitu menjaga kepentingan Bumiputera dan Melayu, oleh itu tidak salahnya kita berbaik dengan Perkasa walaupun mereka lantang bersuara. "Bukan sahaja Perkasa, UMNO juga patut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berlatarbelakangkan kepenti-ngan Melayu lain agar lebih mendapat sokongan," katanya di sini kelmarin. Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemu bual portal berita sebelum ini menyuarakan keengganan bekerjasama dengan Perkasa dan mendakwa pertubuhan itu menghakis sokongan pengundi terhadap UMNO. Mengulas lanjut, Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut memberitahu, tidak dinafikan kadangkala cara yang digunakan Perkasa dalam memberi pandangan agak lantang dan 'keras'. | ||
| Politikkan Isu Pembunuhan Sosilawati : Ludah Busuk UMNO Terkena Batang Hidung Sendiri Posted: 18 Sep 2010 03:37 AM PDT UMNO Bodoh. Ungkapan kasar buat UMNO. Cuba politikkan isu, tapi akhirnya terkena batang hidung sendiri. MAcam isu cuti 16 september hari tu. UMNO jugalah yang jilat air liur sendiri kononnya negara dah banyak cuti, tak perlu cuti lagi. Dan dua hari lepas, si puak-puak laknatullah ini juga yang layan bini kat rumah dan bercuti sakan.
Dalam isu pembunuhan Sosilawati, UMNO cuba buat najis lagi. Mereka politikkan isu itu kononnya peguam india yang bunuh 4 mangsa itu, penyokong PR kerana pernah mewakili penyokong Hindraf. Tapi sekarang siapa yang sokong Hindraf, jika tak najib yang sokong penubuhan parti Makkal Sakhti itu. Siap jadi perasmi lagi si Tuya nih.
Kemudian timbul pula dari Utusan kononnya peguam tu ahli seumur hidup DAP. Dan ia cepat dinafikan DAP dan mereka tiada ahli berdaftar seperti itu. Bahkan DAP akan saman Utusan di mahkamah kerana fitnah. Dan kita jadi heran juga bila dua hari lepas kes ini tersebar, si Murugiah kata suspek peguam itu nak sertai MIC. Maknanya dia ni penyokong tegar BN. Kenapalah nak kaitkan PR dengan peguam dajal itu. Dan semalam, kecoh tersebar yang ahli politik UMNO berkawan dengan peguam itu. Jika ia berkawan dengan ahli Politik UMNO, maka sudah tentu ia penyokong tegar BN. Takkanlah lembu nak kawan dengan kancil. Sudah tentu dengan spesis lembu juga walaupun seekor warna hitam dan seekor lagi warna coklat. Bukan calang-calang pemimpin UMNO yang berkawan dengan peguam itu. Mereka terdiri dari Adun Sementa, Ketua Pemuda UMNO Selangor dan bekas Pengerusi GPMS yang juga Setpol Shahrizat. Ini pendedahannya.. Pendedahan 1 (Jangan Percaya Sangat) Last nite pegi open house rumah member, amongst her guest ada la geng2 n kawan2 yang ade connections with press n media bercerita, rupa2nya ade dua Datuk2 from Umno memang involve deal beli tanah dengan suspek kes Sosilawati… Siapa dua Datuk2 Umno tue? Katanya Yb dari Selangor, Rahman Palil & sorang lagi Setpol Sharizat, Datuk Suhaimi Ibrahim, dia nie dulu GPMS… So now, these two Datuk2 kenalah buat statement bagi tau betul ker tidak? Kalau tak betul kenalah nafikan this hearsay among all media people yang bercerita pasal nie... Duit punya pasal…, nak kaya punya pasal….. When it comes to business, orang Umno pun boleh buat deal dengan orang DAP…? (baca lagi..baca boleh, jangan telan bulat-bulat) Pendedahan 2 (Jaga-jaga, mungkin ini fitnah)
Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan. KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut! Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain? Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu! (baca lagi..tapi kena tapis tulisan fasik ni) Apapun jangan percaya sangat kat tulisan blogger UMNO yang kaki fitnah ini. Kerana fitnah mereka sebelum ini telah diiktiraf. Ingat tak tuduhan blogger UMNO kononnya Khalid Ibrahim berkahwin dua. Sudah tentu ia rekaan kerana Khalid hanya beristeri satu sahaja. Beranak ramai adalah. Jadi jangan percaya sangat beroita dari blogger UMNO yang terkenal dengan gelaran fasik ini. Berita dari orang fasik kena tapis dulu. Jangan percaya bulat-bulat. Apapun, biarlah pihak polis jalankan siasatan dan jangan percaya sangat kat blogger UMNgOk nih.. Dan harini ada isu terbaru, kononnya PR Pulau Pinang bagi RM 100 kepada warga emas hasil judi dan kongsi gelap. Memang jahat betul UMNO buat fitnah. Kalau tak percaya, ini video si Rezal Mamak buat kenyataan media. Nampak sangat UMNO bodoh dan suka menipu. Suka politikkan isu yang ntah-ntah apa, dengan beranggapan bahawa orang bodoh seperti dia. | ||
| Posted: 18 Sep 2010 02:44 AM PDT Padan muka. Dia ingat negara ini takde undang-undang. Sebab itulah senang-senang je ugut orang. Kan dah kena tangkap. Kalau didapati bersalah, tak pasal-pasal kena gantung sampai mati.. 2 suspek ugut isteri jutawan India direman
SHAH ALAM: Dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India, Allal Kathan Muturaja, yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, ditahan reman selama tujuh hari, bermula hari ini. Majistret Hurman Hussain, membenarkan permohonan polis untuk menahan reman kedua-dua suspek yang disyaki mengugut isteri jutawan itu, S Usharani, 24, bagi membantu siasatan. Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Litar di Sepang, kira-kira jam 9 pagi semalam sebelum perintah reman itu dikeluarkan kira-kira jam 10 pagi. Mereka disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani, juga warga India, bagi memperoleh wang pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta bagi membebaskan Allal, 34. Dan si peguam dajal serta suspek lain turut dilanjutkan tahanan reman hingga sabtu depan. Bimbang juga kalau diikat jamin, dibuatnya dia hapus bukti dan bunuh orang lain pulak.. Kes Sosilawati: Suspek utama, 2 lagi disambung reman Sabtu depan KUALA LUMPUR: Dua peguam adik beradik dan seorang lagi suspek kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung reman sehingga 25 September ini. Semalam, laporan menyebut polis akan memohon lanjutan reman untuk tiga dari lapan suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata permohonan itu akan dikemukakan hari ini dan tempoh lanjutan itu akan bergantung kepada keputusan Majistret. Polis membuat tangkapan pertama pada 9 September melibatkan seorang lelaki dipercayai Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September. Dilaporkan tempoh reman lima suspek disambung hingga Khamis ini (23 September) manakala tempoh reman tiga lagi, termasuk dua peguam itu tamat hari ini. Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. | ||
| PEKIDA Mengamuk & Bakar Kain Rentang Di Hadapan Rumah Mangsa Pembunuhan Kejam Peguam Dajal Posted: 18 Sep 2010 01:58 AM PDT Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah. Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz. Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah". "Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya. Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan. Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu. Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun. Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka. Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan. "Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya. Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham. Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati. | ||
| Ntah Apa2 Zaman Najib..Pelacur Iklankan Khidmat Di Akhbar Posted: 18 Sep 2010 01:15 AM PDT Macam-macam jenis pemasaran ayam jual tubuh ini. Inikan duduk di lorong-lorong gelap sahaja, rupa-rupanya dah sampai masuk akhbar lagi..memang haru biru betul zaman Najib nih.. Khidmat seks guna iklan akhbar
ANTARA iklan penjagaan kesihatan di akhbar yang sebilangannya turut menawarkan perkhidmatan seks. KUALA LUMPUR - Hanya dengan satu panggilan sahaja, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan khidmat seks! Itu antara taktik terbaru yang digunakan oleh segelintir pengusaha rumah urut di sekitar Lembah Klang terutama yang beroperasi secara haram. Jika sebelum ini lelaki hidung belang yang ingin mendapatkan khidmat seks perlu mengunjungi rumah-rumah pelacuran, kini semakin banyak rumah urut yang turut menawarkan perkhidmatan tersebut. Apa yang lebih mengejutkan, dengan berselindung di sebalik nama pusat urut, rawatan kecantikan atau penjagaan kesihatan, pengusaha terbabit kini berani mengiklankan premis mereka di dalam media cetak. Dengan memaparkan jenis perkhidmatan yang disediakan serta nombor telefon untuk dihubungi tanpa meletakkan nama lokasi yang lengkap, pasti ramai yang menyangka iklan itu hanya menawarkan perkhidmatan urutan sahaja. Wartawan Kosmo! yang cuba membuat siasatan dengan menghubungi tiga buah rumah urut di sekitar Lembah Klang yang mengiklankan perniagaan mereka di dalam akhbar mendapati kesemuanya menawarkan perkhidmatan seks. Seorang pekerja rumah urut yang dikenali sebagai Farah ketika dihubungi berkata, premis tempatnya bekerja yang terletak di Jalan Ipoh kerap dikunjungi sejak diiklankan di dalam akhbar.-kosmo | ||
| Kes Pembunuhan Sosilawati : Mangsa Dipukul Sampai Mati Dengan Kayu Kriket Posted: 18 Sep 2010 12:39 AM PDT Kes Bunuh Sosilawati : Mangsa Dipukul guna kayu kriket Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar. Memang kejam betul!! Polis sahkan suspek utama tidak pernah dikurnia Datuk KUALA LUMPUR: Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang medianya, berkata abu mayat semua mangsa kemudian dibuang ke beberapa sungai sekitar Tanjung Sepat, Morib di Banting bersama barang peribadi mangsa untuk menghapuskan bukti.
Beliau berkata, pengakuan itu dibuat oleh empat pekerja ladang persendirian milik seorang peguam dan ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Datuk' yang kini menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang dirancang rapi itu. Keempat-empat pekerja terbabit dikatakan terlalu taksub kepada suspek utama hingga sanggup membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38. Mohd Bakri juga mengesahkan pemeriksaan polis mendapati suspek utama tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri. Setakat ini katanya, polis sudah menemui bat (kayu pemukul) kriket dan sebilah pisau di beberapa lokasi berhampiran tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya. "Berdasarkan pengakuan pekerja berkenaan, beberapa barangan peribadi milik mangsa turut ditemui di sekitar tempat kejadian. "Ini termasuk barang kemas, jam tangan dan telefon yang boleh membantu siasatan kes. Penemuan dua kereta mewah jenis BMW, masing-masing milik Sosilawati dan peguamnya juga adalah petunjuk untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Kita yakin mempunyai bukti kukuh bagi mengaitkan suspek utama dengan kes ini," katanya. Bagaimanapun Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan. "Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar. "Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan," katanya. Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada mayat keempat-empat mangsa dikerat sebelum dibakar, selain terdapat senjata tertentu, termasuk parang digunakan untuk mengerat semua mayat berkenaan. "Itu sedang kita siasat," katanya. Beliau turut mengesahkan hanya lapan suspek ditahan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada suspek lain terbabit dalam kes itu. "Aset suspek utama turut dibekukan untuk proses siasatan. Suspek juga disahkan tidak meminta apa-apa wang tebusan daripada keluarga mangsa sebelum ini," katanya. Katanya, perintah reman tiga daripada lapan suspek akan tamat esok, manakala lima lagi termasuk peguam terbabit disambung sehingga 23 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Orang ramai perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis," katanya.
Berita Harian | ||
| PR Perlu Letak Calon Wibawa Jika Nak Tawan Sabah - Penganalisis Posted: 17 Sep 2010 11:58 PM PDT Calon Berwibawa, Prasyarat PR Menang Di Sabah Tampak ikrar Pakatan Rakyat untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hanya berkesan jika mereka meletakkan calon berwibawa mewakili mereka.
Penganalis politik James Chin percaya faktor calon amat penting, khususnya bagi PKR kerana sejarah silam yang dikongsi oleh rakyat negeri itu dengan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994. Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN. "Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu," kata Chin ketika dihubungi hari ini. Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. "Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah," kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini. Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir. Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang. Katanya, ikrar autonomi itu agak signifikan di Sabah kerana sentimen tersebut masih kuat berhubung perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Malaya, Sarawak dan Singapura pada 1963 yang terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan. Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum. "Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang," katanya yang merujuk kepada PBS. | ||
| Kesian..Mati Dibunuh Kerana Buka Suis Lampu Posted: 17 Sep 2010 11:18 PM PDT Kesian..dibunuh kerana buka suis lampu. Bukannya bermotifkan wang macam kes Sosilawati. Apapun orang gila tak boleh dikelaskan sebagai pembunuh. HAtta jika orang gila bunuh Najib sekalipun, undang-undang tak boleh sabitkan kesalahan terhadap orang gila ini.. Mati dipukul kerana lampu KOTA BHARU: Gara-gara membuka suis lampu ketika ingin tidur, seorang pesakit mental maut akibat ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lagi pesakit mental yang berang terhadap perbuatannya itu dalam kejadian di wad Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Jambu Rambutan Rendang, Mohamad Idris, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Menurut anaknya, Norzilawati, 28, dia dikejutkan dengan panggilan daripada kakitangan jabatan terbabit pada jam 8.30 pagi yang memaklumkan kejadian berkenaan. Katanya, bapanya yang sudah lama mengalami penyakit mental dimasukkan ke wad berkenaan pada Selasa lalu. "Arwah baru saja dimasukkan ke wad ini pada hari raya kelima. Memang sebelum saya dilahirkan lagi ayah mengalami masalah mental. "Namun, tidak sangka berakhir begini. Saya mendapat panggilan pagi tadi (semalam) yang memaklumkan kejadian ini. "Apa yang saya tahu, ayah dipukul kerana dia membuka suis lampu menyebabkan pesakit lain marah," katanya ketika ditemui di wad terbabit, di sini, semalam. Mayat mangsa dihantar ke HRPZ II. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek yang berusia 31 tahun juga sudah dikenal pasti. | ||
| Analisis Terbaik Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR Posted: 17 Sep 2010 10:20 PM PDT ![]() Siapa yang paling layak Timbalan Presiden Menjelang pemilihan PKR November ini, antara jawatan yang hangat diperkatakan ialah Timbalan Presiden, bukan Naib Presiden mahupun Presiden. Untuk jawatan Presiden tidak ada sesiapa yang dijangka bersedia mencabar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun Naib Presiden, dijangka menjadi gelanggang besar dengan awal-awal lagi Wanita PKR telah menamakan calon mereka. Fokus calon jawatan Timbalan Presiden ini tertumpu kepada empat nama, iaitu dua Naib Presiden sedia ada YB Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, dengan dua lagi nama masih bermain tarik tali. Tan Sri Khalid Ibrahim dari awal memukul canang beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut, begitu juga Datuk Zaid Ibrahim. Cuma akhir-akhir ini Zaid memberikan mesej sedia bertanding jika Khalid menolak. Ini seolah-olah bermakna, antara Khalid dan Zaid, salah seorang mungkin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sebenarnya jika bukan dengan kemunculan Zaid yang memberikan pilihan antara beliau dan Khalid, mungkin timbul nama kelima, iaitu Tien Chua. Berdasarkan kekananan dalam hierarki parti, Azmin dan Mustaffa dikira paling kanan. Azmin telah bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dalam kerajaan dan tidak pernah sama sekali meninggalkan Anwar. Malah boleh dikatakan segala rahsia Anwar di dalam kocek Azmin. Apatah lagi sebagai Naib Presiden, kekosongan jawatan Timbalan Presiden memang wajar diisi salah seorang Naib Presiden. Cuma Azmin lebih bernasib baik berbanding dengan Mustaffa walaupun Mustaffa lebih dahulu mengenali dan rapat dengan Anwar. Sewaktu Anwar memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, Mustaffa ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM pada waktu itu antara pertubuhan pelajar paling kuat menyokong Anwar, baik semasa beliau dalam ABIM atau kerajaan. Cuma Mustaffa tidak begitu bernasib baik berbanding Azmin. Bagaimanapun, jika mahu mencari seorang lagi yang se acuan Anwar, dia ialah Mustaffa. Itulah kekuatan dan kelemahan beliau. Kekuatan Mustaffa kerana beliau mempunyai sahsiah politik yang amat similar dengan Anwar dek kerana dilatih oleh Anwar. Sebab itu beliau berbicara seumpama Anwar, kadangkala juga berpakaian semacam Anwar pada zaman perjuangannya, dan bervisi sesuatu yang tulus dan amat jujur. Cuma dalam politik, tidak cukup hanya menyerupai dan berfikiran seperti bosnya. Dari segi pengalaman dan sepak terajang politik, Anwar jauh meninggalkan Mustaffa. Mustaffa tidak bernasib baik kerana kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Andai beliau menang, kerusi Menteri Besar Perak adalah haknya yang tidak dipersoalkan. Ketika Pakatan Rakyat terlibat dalam sesi panjang mencari calon Menteri Besar, nama beliau turut diusulkan walaupun beliau tidak memenangi kerusi DUN. Dikatakan bahawa dalam Perlembagaan Tubuh Negeri Perak, tidak tercatat seseorang itu perlulah ahli DUN. Bagaimanapun kerana situasi melantik bukan Ahli DUN sebagai Menteri Besar belum pernah berlaku, malah mendapat pelbagai bantahan, maka Mustaffa terkeluar daripada senarai calon akhirnya. Tanpa sebarang kerusi kuasa Mustaffa menjadi pemimpin sekunder dalam hierarki PKR. Apatah lagi beliau seorang loyalist Anwar yang tidak akan membantah apa sahaja disuruh Anwar. Kesetiaan yang mutlak kadangkala tidak dapat menonjolkan kewibawaan seseorang pemimpin. Berbanding Mustaffa, Azmin dikatakan lebih pintar dan licik permainan politiknya, dalam bahasa Inggerisnya disebut 'true political animal'. Beliau juga dididik Anwar, malah lebih mendapat didikan politik kerana bekerja rapat dengan Anwar. Maka beliau berupaya membina jaringan lebih hebat sejak dalam UMNO dahulu sehinggalah PKR ditubuhkan. Kelebihan Azmin bukan sahaja kerana kehebatannya berpolitik, malah lebih mempunyai sumber berbanding pemimpin PKR lain. Beliau mampu bergerak tanpa mendapatkan penajaan daripada sesiapa, malah dikatakan pandai menjaga pengikutnya. Ini membolehkan beliau mempunyai rangkaian lebih jauh, luas dan berkesan. Mustaffa dan Azmin, dua manusia yang sama sekali berbeza. Mereka masih bersahabat baik, tetapi seteru politik di dalam parti. Masing-masing sentiasa cuba untuk menggembirakan 'bos' tetapi kelihatannya Azmin, walaupun Mustaffa lebih jujur dalam politiknya. 'Bos' PKR tahu bahawa Mustaffa boleh menjadi pemimpin yang baik seumpama Nik Aziz, tetapi tentu beliau juga tahu PKR memerlukan pemimpin lebih robust, tekal dan berani. Pada masa sama, PKR juga tidak mahu pemimpin yang dilihat terlalu ghairah untuk memegang jawatan sehingga dikhuatiri rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Malah jika Mustaffa tidak mencabar Azmin, awal-awal Tien Chua sudah memberikan amaran tidak akan mengizinkan Azmin menang percuma.
Dalam keterperangkapan PKR antara Mustaffa dan Azmin, timbul awalnya nama Khalid dan seterusnya Zaid. Sejak Khalid menjadi Menteri Besar Selangor sudah beberapa kali namanya ditimbulkan sebagai pilihan ketiga. Mengapa ada pilihan ketiga? Mungkin kerana PKR memerlukan seseorang yang lebih lengkap pakejnya berbanding dua nama tersebut. Cuma, adakah Khalid nama alternatif paling baik? Khalid awal-awal sudah beberapa kali menolaknya. Dalam politik, jika seseorang mahu bertahan, dia harus memegang jawatan yang kanan dalam hierarki kepimpinan parti. Seawal Khalid menyertai PKR, beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung, lalu kemudiannya Bendahari Agung pada waktu PKR dalam kesulitan dananya. Khalid dikatakan dapat membantu pendanaan PKR menjelang pilihan raya umum. Khalid bernasib baik apabila menang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijuk. Andainya PKR mampu mengambil alih Kerajaan Pusat, Khalid adalah calon untuk Menteri Kewangan. Beliau masih bernasib amat baik kerana dengan kedudukan sebagai Bendahari PKR yang rapat dengan Anwar dan dianggap sebagai nama korporat besar, beliau memintas Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ini kelihatan sesuatu yang kurang adil kepada Azmin, tetapi sebagai ahli politik yang bijaksana, Azmin mengambil jalan tengah untuk berdamai. Khalid dinilai prestasinya sebagai Menteri Besar dan Ahli Politik. Ramai beranggapan sebagai ahli politik, beliau gagal kerana tidak 'pandai' menggembirakan penyokong. Kepimpinan politik yang berjaya, apabila berupaya membina kumpulan penyokong tegar di sekeliling yang akan menjadi pagar kepada beliau. Khalid adalah lone ranger dalam PKR walaupun beliau lebih disenangi rakan-rakan dalam Pakatan. Walaupun dilihat sebagai calon berwibawa dalam pengurusan kerajaan, ramai dalam PKR tidak menjangka beliau boleh menandingi Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden, malah kalau dilihat hubungan mesra akar umbi, Mustaffa jauh lebih baik. Apabila Zaid menyertai PKR, beliau dilihat sebagai calon paling ideal untuk mengambil alih kepimpinan dalam Pakatan Rakyat andainya apa-apa terjadi kepada Anwar. Dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat, Zaid lebih mudah diterima walaupun awalnya akar umbi dalam Pas sukar menerimanya. Cuma Pas adalah parti yang patuh kepada kepimpinan mereka, lalu apabila kepimpinan Pas menerima Zaid, maka pengikut mereka menerimanya. Apatah lagi Zaid dikatakan bukan lagi Zaid pada zaman UMNOnya walaupun tag liberalnya masih kuat terlekat. Dari segi kecerdikan berpolitik dan kemampuan sumber, Zaid setanding Azmin, hatta sumbernya jauh lebih besar daripada Azmin. Zaid berupaya memberikan saingan kuat kepada Azmin. Kekurangan Zaid ialah kerana beliau masih baru dalam PKR dan belum mengenal sepak terajang dalam PKR sepenuhnya. Persaingan dalam PKR berbeza dengan persaingan dalam UMNO, apatah lagi dengan pengenalan kaedah baru dalam PKR yang memberikan suara dan undi kepada umbi dengan pengundian melibatkan semua cabang dalam PKR. Akhirnya antara Mustaffa, Azmin, Khalid dan Zaid; siapakah akan menjadi pilihan ahli-ahli PKR? Bagaimana dengan peranan Anwar, sama ada akan memberikan isyarat atau tidak siapa calon pilihannya? Sukar terjadi persaingan empat penjuru, paling-paling tiga atau dua. Akan ada berlaku kompromi dengan calon-calon consolidate di bawah seorang calon, cuma nama yang pasti tidak menarik diri dan tidak bersekutu dengan mana-mana calon lain ialah Azmin. Mustaffa mungkin nanti akan melihat bagaimana Khalid dan Zaid membuat keputusan, sama ada beliau 'join the wagon' atau membuat keputusan 'if you cant beat them, join them'. - Ishak Hamzah | ||
| Nasib Ahli Parlimen Indera Mahkota Dalam Pemilihan PKR Ditentukan Hari Ini Posted: 17 Sep 2010 09:37 PM PDT Demokrasi betul pemilihan PKR. Sampaikan status ahli Parlimen pun bukan tiket mudah untuk menang jawatan dalam PKR KUANTAN, 18 Sept - Seperti yang dijadualkan, pagi ini bermulalah Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota. Mesyuarat kali ini agak menarik kerana berlakunya pemilihan baru untuk jawatan-jawatan penting bagi meneruskan agenda parti. Ramai pemerhati melihat perebutan jawatan untuk Ketua Cabang itu adalah yang paling "panas dan sensasi" kali ini. Tambahan pula ia membabitkan Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, Razali Alias dan penyandangnya Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Terdapat sumber mengatakan bahawa Razali Alias dijangka menang, berdasarkan kepada sokongan padu ahli yang turut dibantu oleh bekas penyokong kuat Azan sendiri. Selain jawatan utama Ketua Cabang, turut akan dipertandingkan ialah bagi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua. Bagi Team Razali, kempen mereka dilihat lebih teratur dan strategik sekali. Malah, jawatan Timbalan Ketua yang akan menemukan Kamarulzaman (Pak Long) dengan Ibrahim (Pak Berahim) juga dilihat agak mendebarkan. ![]() Calon Ketua Cabang Indera Mahkota yang dijangka panas antara Razali Alias (kiri) denganYB Azan Ismail (kanan) ![]() Calon Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota juga panas antara Pak Long Kamarulzaman (kiri) dan Pak Brahim (kanan)Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, kini dilihat Team Razali berpeluang cerah untuk menang kerana "proksi Azan" iaitu Ram Ponnusamy (Timbalan Pengerusi PKR III) tiba-tiba menarik diri daripada meneruskan hasrat untuk bertanding. Ini memberi kelebihan kepada Team Razali kerana Ram dilihat berupaya menarik sokongan kaum India terhadap Team Azan. Apapun segalanya boleh terjadi sekarang, tambahan pula Azan juga yakin yang team beliau akan menang biarpun ada banyak spekulasi tentang kekalahan team mereka. Motif Rumah Terbuka Aidil Fitri Di Pertikaikan Malah, terdapat khabar angin bahawa kedua-dua pemimpin terbabit akan meletakkan jawatan sekiranya Azan memenangi pemilihan Ketua Cabang itu hari ini. Kemungkinan besar perkara itu berlaku memang jelas sekali, tambahan pula Ketua Wanita yang dikenali sebagai Kak Zura dikatakan saban hari sibuk untuk berkempen bagi pihak Razali. Malah, dalam tinjauan krew kami ke mesyuarat terakhir Team Razali di Indera Mahkota malam tadi, kelibat Ketua Wanita juga berada disitu. Namun, Ketua AMK iaitu Sani tidak kelihatan dan gagal dipastikan. Terdapat juga maklumat mengatakan Ketua Wanita telah terkena "ilmu hitam" ketika sibuk berkempen beberapa hari yang lalu. Satu laporan polis akan dibuat oleh beliau Ahad ini berkenaan kejadian itu. Soalnya sekarang, apakah benar ia berlaku atau sebaliknya. Seperti biasa, dalam kempen yang dijalanlan oleh kedua belah pihak ternyata soal peribadi masih mendapat perhatian. Malah berbagai maklumat baru yang telah didedahkan oleh kedua-dua belah pihak sebelum ini. Cuma, apa yang lebih menarik ialah Team Razali dikatakan bertindak lebih profesional apabila mencetak pamplet yang tertera nama-nama calon dan juga manifesto mereka. Apa yang lebih menarik ialah tindakan Azan yang mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di lokasi dan masa yang sama dengan MATC dan pemilihan cabang itu hari ini. Apakah ada agenda disebaliknya atau secara kebetulan semata-mata?. -pdo |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

































.jpg)
.jpg)










Tiada ulasan:
Catat Ulasan