Justice For All |
- Khir Toyo Sudah Tak Nak Jadi MB Selangor Walaupun UMNO Menang
- Motif Pembunuhan Sosilawati Kerana Upfront Atau Duit Muka Broker Tanah
- Pemasyhuran Tengku Faris Sah Disisi Undang-Undang..Tapi Masih Ada Yang Menentang
- Sosilawati Dibunuh Pada Malam Merdeka, Kunci Kereta Ditemui
- Lelaki Ini Mungkin Dibunuh Sama Macam Sosilawati & 3 Yang Lain??
- UMNO Punca Utama Datuk Sosilawati & 3 Yang Lain Dibunuh
- Kes Bunuh : Pejabat Firma Guaman Suspek Digeledah
- Peguam India Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC
- Sah..Dr Syed Hussin Ali Tak Bertanding Timbalan Presiden PKR
| Khir Toyo Sudah Tak Nak Jadi MB Selangor Walaupun UMNO Menang Posted: 14 Sep 2010 08:49 PM PDT Manusia berpegang pada janji..Dan Khir Toyo berjanji, jika UMNO tawan Selangor, dia tak nak jadi MB. Betul ke ni?? Atau kenyataan politik yang berubah-berubah ikut keadaan. Mungkin ini senjata untuk elak PR serang kebobrokannya pada masa yang sama untuk meraih simpati dari rakyat..Atau mungkin Khir Toyo yakin, yang UMNO sudah sukar untuk tawan Selangor kembali.. Masalah S'gor 'sangat teruk', Khir tak minat jadi MB lagi Datuk Seri Dr Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.
Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor. Masalah ini "sangat teruk" dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya. "Untuk dapatkan semula kita punya pentadbiran akan jadi sukar dalam keadaan sekarang. Ekonomi teruk, pembangunan tak berlaku dengan baik," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Katanya lagi, beliau sememangnya tidak ada masalah untuk kembali menerajui negeri itu berdasarkan pengalamannya. "Saya ingat bila saya masuk kerajaan negeri sangat teruk. Rizab (kewangan) tinggal RM200 juta. Semua (syarikat berkaitan kerajaan) GLC rugi. Saya berjaya menyelamatkan beberapa (syarikat). Pengalaman itu boleh bagitau orang lain, tak ada masalah," katanya. Semuanya skeptis Katanya, tumpuan harus diberikan kepada timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar dan juga bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd Nor dalam usaha merampas semula negeri itu.
"(Pengikut saya) akan sedar bahawa dalam BN ini bukan ada seorang saja (pemimpin). Ramai lagi. Kita akan latih, akan didik pemimpin (lain)," katanya lagi. Khir yang sebelum ini dilantik menteri besar pada usia 33 tahun itu berkata ramai pemimpin lain yang berkemampuan dan perlu diberi peluang seperti mana yang dinikmatinya sebelum ini. "Masa saya jadi MB semuanya skeptis (bahawa) saya tidak dapat menjalankan tugas. Orang kata saya hanya akan jadi MB enam bulan saya, tapi saya bertahan selama lapan tahun," katanya lagi. Bagaimanapun, Khir berkata beliau berasa bersalah dan bertanggungjawab atas kekalahan BN pada Mac 2008. Itulah yang menyebabkannya lebih menumpukan tugas sebagai wakil rakyat yang terabai sejak sekian lama. "Bila kerajaan negeri jatuh, tentulah saya berasa bersalah. Tanggungjawab itu ada pada diri saya. Saya berjumpa dengan Datuk Seri Najib berkata saya tak nak tanggungjwab besar dan ingin dekatkan diri dengan penyokong-penyokong saya di kawasan.
"Bila saya jadi MB, saya jadi ADUN (selama) lapan bulan sahaja. Saya tak rapat dengan pengundi di kawasan. Saya rasa bersalah juga. Jadi tebus balik kesalahan saya. Dulu masa terbuang dekat kerajaan negeri sahaja. Jarang balik -- sebulan dua tiga kali sahaja. Balik pun tak lama. "Rakyat merungut, nak jumpa wakil rakyat susah. Jadi saya ambil keputusan untuk mendekati mereka. Saya sangat gembira sekarang kerana saya boleh memahami masalah di peringkat akar umbi. Ikut belakang Tambahnya lagi, itulah juga juga menyebabkan beliau tidak meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam kempen 'Selamatkan Selangor' yang dicanang sebagai kempen untuk merampas negeri itu kembali kepada BN.
"Bagilah orang lain ketuai, saya ikut daripada belakang saja," katanya yang tidak merasakan bahawa dirinya dipinggirkan daripada menyertai program berkenaan. Menjawab spekulasi berhubung ketidakhadirannya pada peringkat awal program berkenaan, Khir berkata beliau sememangnya dijemput untuk menyertai kempen itu. "Kadang-kadang seminggu, dua minggu awal (jemputan). Tapi saya ada komitmen. Terus-terang saya katakan kalau ada program di bahagian, saya utamakan bahagian," katanya lagi. Khir turut menafikan tanggapan bahawa beliau merupakan satu liabiliti kepada BN memandangkan beliau masih berpengaruh di kalangan masyarakat. "Bukan liabiliti. Saya tidak rasa begitu. Saya pergi ceramah pun orang masih dengar," katanya dan menambah kerajaan Pakatan Selangor tidak perlu mengancam untuk mendedahkan isu-isu berkaitan dirinya sekiranya beliau merupakan satu bebanan kepada BN. | ||||
| Motif Pembunuhan Sosilawati Kerana Upfront Atau Duit Muka Broker Tanah Posted: 14 Sep 2010 08:19 PM PDT Nampaknya polis sudah kenalpasti motif jenayah ini. Kerana duit pendahuluan atau upfront jual beli tanah..nampaknya penjenayah keling ini takkan terlepas lepas ni.. Sosilawati ke Banting urusan beri komisen Datuk berjaya cari pembeli KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta. Difahamkan, cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting, Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain yang mewakili Sosilawati membabitkan kes tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash mendakwa pada pertemuan terakhir dengan mangsa pada 26 Ogos lalu, jutawan itu menceritakan mengenai tanahnya di Pulau Pinang yang dibeli pada harga RM20 juta dan sudah menemui pembeli hasil bantuan suspek. "Wati (Sosilawati) memaklumkan sudah terima cek RM1 juta yang berstatus cek tertunda dan hanya boleh ditunaikan pada 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen seperti dipersetujui. "Beliau begitu gembira menceritakan perkara itu kerana bakal menjual tanahnya RM100 juta dan memperoleh keuntungan RM80 juta. Bagaimanapun, Wati tidak memaklumkan siapa pembeli itu," katanya, semalam. Zaidi berkata, pada hari jutawan kosmetik dan tiga individu dilaporkan hilang, beliau dimaklumkan tujuan pemergian mereka ke Banting bertemu suspek untuk memberinya komisen kerana berjaya mencari pembeli. "Bagaimanapun, Wati tidak membawa wang tunai, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peguam dan perunding kewangan peribadinya bagi membolehkan transaksi wang dilakukan. "Wati dijanjikan suspek pada pertemuan itu pembeli akan membayar 10 peratus iaitu RM10 juta daripada harga tanah yang dijual," katanya. Desak kembalikan wang KUALA LUMPUR 13 Sept. - Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam. Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa. Utusan Malaysia difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan. Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa. Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek. Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup. Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis. Setakat ini, Utusan Malaysia diberitahu, polis sudah pergi ke rumah dan pejabat suspek untuk melakukan siasatan terhadap dokumen yang dimilikinya termasuk beberapa buku cek yang ditemui di pejabat guamannya. Dan mungkin wujud pembunuh profesional dalam kes ini.. Pembunuh profesional mungkin terlibat KUALA LUMPUR 13 Sept. - Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka. Menurut sumber, siasatan juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf dan menjadi ahli seumur hidup kepada sebuah parti politik. Selain itu, kata sumber tersebut, setakat ini pihak polis telah mendapat maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap beberapa hartanah yang dipercayai diperolehi secara tidak sah, selain kes-kes membabitkan penipuan terancang. Semalam, polis mengesahkan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin ,44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, yang hilang sejak 30 Ogos lalu dibunuh. Mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, di Morib. Selain Datuk itu dan adiknya, polis turut menahan enam individu lain termasuk dua wanita. Mengulas lanjut, sumber berkenaan memberitahu, kejayaan polis membongkar kes pembunuhan itu dalam tempoh singkat berpandukan kepada maklumat yang diperoleh daripada pesanan yang ditinggalkan Sosilawati. "Polis bernasib baik kerana mangsa sempat meninggalkan pesanan kepada ahli keluarganya memaklumkan lokasi dan individu yang mahu ditemui pada hari dia dilaporkan hilang. "Maklumat penting ini membolehkan polis menjejaki suspek dua beradik terbabit sebelum berjaya diberkas Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, siasatan polis juga mendapati suspek bergelar Datuk tersebut kerap menghulurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk menawarkan khidmat guaman secara percuma. Malah, dia juga dikatakan bijak menarik perhatian masyarakat menyebabkan firma guamannya menjadi popular dan ramai pelanggan berminat mendapatkan khidmat termasuk golongan kenamaan. Difahamkan, peguam terbabit pernah beberapa kali memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar berhubung mangsa yang dianiaya oleh majikan dan kes-kes membabitkan gangguan seksual. Selain itu, menurut sumber polis, dua beradik berkenaan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Majlis Peguam Malaysia, tiga tahun lalu iaitu mulai 9 Mac 2007 sehingga 30 Mac 2008. "Kedua-dua mereka bersama seorang lagi proksi dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976. "Tindakan ini menyebabkan Datuk berkenaan dan adiknya tidak layak untuk menjalankan amalan guaman dan menawarkan khidmat guaman kepada orang ramai," katanya. Menurut sumber itu lagi, adik Datuk itu pula pernah dikaitkan dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah yang dimiliki seorang wanita bernilai RM200,000 pada akhir tahun lalu. Beliau berkata, kes tersebut menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah pada awal Ogos lalu. "Suspek didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda. "Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 20 September ini," katanya. | ||||
| Pemasyhuran Tengku Faris Sah Disisi Undang-Undang..Tapi Masih Ada Yang Menentang Posted: 14 Sep 2010 06:44 PM PDT Sultan Kelantan yang baru dilantik, Tengku Muhammad Faris Petra ditabalkan sebagai sultan kerana kegeringan Tunku Ismail Petra yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai Sultan. Ianya sah disisi undang-undang dan mahkamah tak boleh campuri urusan yang dibuat oleh pihak istana. Kegeringan berpanjangan Tuanku Ismail Petra perlukan pengganti - SUK KOTA BHARU 13 Sept. - Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang gering sejak lebih setahun lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. "Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). "Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya. Beliau berkata, demikian pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu. Pada tengah hari ini, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri. Aiseri berkata, Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai. "Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya. Katanya, antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri. "Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. - BERNAMA Walaubagaimanapun, ada juga yang menentang.. Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan KOTA BHARU 13 Sept. - Kekanda Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa adindanya itu masih merupakan Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta. Beliau sebaliknya mendakwa, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak memenuhi syarat dan melanggar Perlembagaan negeri yang menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja. "Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta. "Kesemua syarat tersebut tidak dipenuhi untuk melantik Tengku Muhammad Faris sebagai sultan kerana Sultan Ismail Petra masih ada dan tidak melanggar syarat-syarat yang ada sehingga membolehkan baginda disingkirkan," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya berkuat kuasa hari ini. Perisytiharan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ia turut dihadiri oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa'iz Petra. Upacara tersebut yang diadakan secara tertutup dan ringkas dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu jemputan dengan kawalan ketat oleh pihak polis. Menurut Tengku Merjan, beliau hanya mengetahui upacara pemasyhuran tersebut melalui berita yang disiarkan di televisyen dan tidak menyangka pihak berkenaan sanggup dan berani memperlakukan Tuanku Ismail Petra sedemikian. Jelasnya, beliau tetap mempertahankan kenyataannya yang dikeluarkan sebelum ini bahawa mereka yang terlibat dalam usaha menyingkirkan adindanya sebagai penderhaka. "Sebarang usaha yang dijalankan untuk menyingkirkan sultan daripada takhta adalah suatu penderhakaan dan menyalahi undang-undang. "Saya akan mendapatkan khidmat nasihat perundangan daripada peguam dan akan membawa perkara ini ke tengah agar segala kekeliruan ini akan terungkai," ujarnya. Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah berkata, peristiwa yang berlaku merupakan sejarah baru kesultanan Kelantan. Jelasnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini seorang sultan baru dilantik ketika sultan yang sah masih hidup. "Ini adalah satu sejarah kerana sebelum ini pelantikan sultan yang baru hanya dibuat selepas baginda sultan mangkat," jelasnya. Apapun, lantiklah Sultan yang berjiwa rakyat, bukannya suka perabiskan duit rakyat berjoli sana sini,, | ||||
| Sosilawati Dibunuh Pada Malam Merdeka, Kunci Kereta Ditemui Posted: 14 Sep 2010 06:05 PM PDT Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah. Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan. Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari. "Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya kepada Berita Harian. Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit. "Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. "Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari," katanya kepada Berita Harian. Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu. Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi. Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa. Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis. "Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu. "Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. KRONOLOGI Detik sebelum dibunuh 10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. 4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting. 5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail. 5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting. 8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat. 10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui 'objek' dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam. Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu. Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek. Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai. Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu. "Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit. | ||||
| Lelaki Ini Mungkin Dibunuh Sama Macam Sosilawati & 3 Yang Lain?? Posted: 14 Sep 2010 05:45 AM PDT Mungkinkah orang yang sama bunuh lelaki ini. Apapun tahniah buat PDRM, kelembapan anda menyebabkan ramai mangsa sudah dibunuh. Bukankah dalam prosedur siasatan anda, kes perlu diselesaikan sekurang-kurangnya sebulan..kenapa kes lelaki ini dibiarkan je ..adakah mungkin kerana dia bukan rakyat Malaysia..dan juga bukan penyokong UMNO macam Sosilawati?? Wanita India Bongkar Misteri Ladang Pembunuhan, Isteri yang mencari suaminya, selepas jumpa peguam tertuduh pada 18 Januari..
ISTERI ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. "Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun. "Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting. "Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal. "Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang," katanya. Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting. Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah. "Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan. "Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan," katanya. Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia. "Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting," katanya. Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut. Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan. "Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu. "Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka. "Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan," katanya. -BH | ||||
| UMNO Punca Utama Datuk Sosilawati & 3 Yang Lain Dibunuh Posted: 14 Sep 2010 05:16 AM PDT UMNO jelas nyata penyebab kepada kes jenayah kejam di negara ini. Terbaru, kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain, adalah berpunca daripada UMNO. Semuanya kerana kebodohan dan kekafiran UMNO menolak hukuman Allah dijalankan di negara ini. Berapa ramai penjenayah kes bunuh digantung, tapi kes bunuh masih tetap berlaku. Sebab penjenayah diluar sana tidak gerun dengan hukuman UMNO. Mereka lebih gerun hukuman Allah..Selain itu, keengganan UMNO untuk buat hukum Allah untuk umat islam di negara ini, menyebabkan nyawa umat islam sentiasa terancam oleh bukan islam lain, terutamanya india yang terkenal dengan gejala samseng ini. Memang UMNO penyebab semua ini. UMNO memang sesat dan gagal kawal jenayah dengan hukuman ciptaan otak mereka sendiri. Dahla lawan Allah, pastu buat ajaran sesat dengan baca yassin dan bertahlil tanpa pakaian menutup aurat. Tengoklah gambar kat b awah ini kalau tak percaya..
Antara yang menyertai majlis tahlil dan doa selamat buat Datuk Sosilawati Shahrizat memeluk anak kepada pemandu Datuk Sosilawati. Anak Datuk Sosilawati - serba putih Penyanyi 80an - Zur Eda - turut serta | ||||
| Kes Bunuh : Pejabat Firma Guaman Suspek Digeledah Posted: 14 Sep 2010 04:35 AM PDT Kes bunuh Sosilawati : Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai. Polis kemudian dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira 12.30 tengah hari. Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran. Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa.-Bernama Ini pula berita yang lain Kemalangan akibat leka di hadapan pejabat suspek utama KUALA LANGAT 14 Sept. – Akibat terlalu leka melihat ramai orang berkumpul, seorang lelaki yang memandu sebuah Proton Iswara warna putih terlanggar sebuah van keselamatan di hadapan pintu masuk ke pejabat firma guaman milik suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Banting dekat sini. Kemalangan pukul 11.35 pagi itu mengakibatkan kereta Proton Iswara tersebut remuk teruk di bahagian hadapan manakala van keselamatan berkenaan turut mengalami kerosakan di bahagian belakang. Kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Ahmad Shah menghala ke Pantai Morib itu berlaku apabila ramai pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat orang ramai yang berhimpun di situ. Ketika itu, suspek utama dibawa oleh sepasukan polis untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati. – Utusan | ||||
| Peguam India Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC Posted: 14 Sep 2010 03:49 AM PDT Ek eleh..nak jadi ahli MIC, pastu nak minta kabel..Memang jahanam paria keling ni..nyawa umat islam dah jadi macam nyawa kucing pula..ini semua salah MIC yang gagal naik taraf hidup masyarakat India Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC GOMBAK: Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah. Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis. "Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu. "Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya," katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini. Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi. "Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu," katanya. Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan. Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu. "Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti," kata Murugiah. Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. | ||||
| Sah..Dr Syed Hussin Ali Tak Bertanding Timbalan Presiden PKR Posted: 14 Sep 2010 03:15 AM PDT Pemilihan PKR: Syed Husin tidak bertanding PETALING JAYA 14 Sept — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti itu November tahun ini. Syed Husin berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapatnya. Tambahnya, ramai pemimpin Pusat, Negeri, Cabang dan anggota biasa menggesanya agar bertanding tetapi hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden sudah lama dibayangkan. "Saya tidak menghadapi tekanan untuk berundur daripada parti... sekiranya tertekan adalah menjadi tanggungjawab moral saya untuk memaklumkan kepada parti," katanya pada sidang media mengenai kedudukannya dalam pemilihan parti akan datang di sini hari ini. Bagaimanapun, ahli politik itu berkata beliau tidak akan meninggalkan politik sepenuhnya dan masih akan bergiat aktif dalam bidang politik sebagai ahli biasa. — Bernama |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Datuk Seri Shahrizat mengetui bacaan tahlil dan doa selamat





Tiada ulasan:
Catat Ulasan