Isnin, 6 September 2010

Justice For All

Justice For All


Isu Iklan Kristian TV3..Satu Laporan Polis Akan Dibuat Hari Ini

Posted: 06 Sep 2010 08:11 PM PDT

Bagus..bagus..satu laporan polis akan dibuat di IPD Kuantan hari ini..

kita bawa TV3 ke mahkamah Syariah atas kesalahan menghina islam. Di Mahkamah sivil pula, dakwa TV3 ini kerana kesalahan menyebarkan ajaran kristian. Bukankah Perlembagaan telah melarang orang kristian menyebarkan ajaran mereka

Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) ......

(2) ......

(3) ......

(a) ......

(b) ......

(c) ......

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Ini beritanya..

KUANTAN, 7 Sept - Susulan penyiaran iklan Aidil Fitri TV3 yang menyinggung hati umat Islam di negara ini, maka satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 3.00 petang ini.

Laporan akan dibuat oleh sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka Suara Anak Pahang (SUAP) itu bertujuan untuk mengarahkan pihak polis membuat satu siasatan yang rapi terhadap pihak yang telah menerbitkan siaran iklan berkenaan.

Menurut, Pengerusi SUAP, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau, laporan tersebut terpaksa dibuat selepas melihat insiden ini sebenarnya amat serius. Terdapat usaha terancang pihak-pihak tertentu untuk memesongkan akidah dan minda umat Islam di negara ini agar menerima agama itu sama sahaja di mata manusia.

"Ini amatlah biadap dan keterlaluan. Memang kita tahu TV3 telah memohon maaf dan menarik balik iklan tersebut. Namun, hakikatnya kita mahu tahu siapakah yang bertanggungjawab menerbitkan iklan berkenaan. Malah, kita juga ingin tahu atas arahan siapakah beliau membuatkan iklan yang berkonsep sedemikian rupa", kata Shukri.

"Ini penting, agar mereka lebih berhati-hati selepas ini. Malah, saya juga tidak teragak-agak akan menfailkan saman atas kebiadapan TV3 itu. Mereka jelas sengaja mahu mengeruhkan keadaan. Iklan yang jelas bertentangan dengan mood raya itu sengaja disiarkan untuk menjatuhkan imej Islam itu sendiri. Terdapat banyak unsur dan motif yang perlu disiasat oleh pihak polis antaranya tulisan jawi terbalik, beca Santa Claus, (Krismas) bunga teratai (Brahma Buddha) dan banyak lagi. Semua ini jelas menunjukkan iklan itu memang dirancang sedemikian rupa untuk menghina Islam. Lantaran itulah kita perlu bangkit menentang dan mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan", tambah Shukri lagi.-pdo

Fitnah PAS : Zam Bakal Menang kes Di Mahkamah??

Posted: 06 Sep 2010 07:06 PM PDT

Saya tak nak ulas tentang dendam Zam pada PAS. Cuma saya nak ulas kenyataan Zam ini dari sudut undang-undang sikit. Mungkin ramai yang tertanya, Zam ni betul ke tidak. Waras ke tidak? Jawapan saya bahawa Zam ni tak waras dan tak pandai. Macam dia sebut erection masa interview dengan Al Jazeera, sedangkan perkataan betulnya adalah election (pilihanraya), bukannya erection.

Zam, sebenarnya nak buat perang saraf untuk kenakan PAS, tapi tak bijak dalam percaturannya. Mungkin tergesa-gesa nak ambil hati Najib, untuk angkatnya jadi calon Pilihanraya ke 13 nanti.

Apa kebodohan Zam ini. Pertama dari sudut saksi. Zam kata ada pemimpin PAS telah meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, 1969. Dan ia diberitahu Tunku kepadanya sambil disaksikan oleh Osman Abadi, bekas Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, lebih 40 tahun dahulu. Nah, saksi-saksi dalam kes ini ialah Tunku dan Pak Osman Abadi sudah meninggal dunia. Jadi hanya Zam sorang je yang jadi saksi. Boleh percaya ke Zam ni. Keterangannya relevan ke tak.

Dan siapa pemimpin PAS tu, beritahulah namanya. Nah ngko Zam, nampaknya ngko dah tersilap langkah. Kalau dibicarakan di Mahkamah, sudah pasti mahkamah akan tolak keterangan Zam kerana dia saksi berkepentingan dan saksi berpihak. Kerana dia bekas menteri UMNO. Logikke saksi yang berdendam, boleh jadi saksi utama. Dan perlu diingat, Zam semasa memberikan keterangan perlu bersumpah. Dan jika berbohong di Mahkamah, teruk hukumannya akan dikenakan.

Keduanya berkaitan dokumen di mahkamah. Zam hanya ada sekeping gambar usang sahaja. Untuk kata yang PAS nak rampas harta-harta orang Cina. Boleh ke kalau gambar Zam mewawancara Mona Fendey, dan kita kata Zam ni pembunuh sama macam Mona Fendey. tentu tak boleh kan. Gambar bukannya video atau pita percakapan. Ia tak boleh dibawa bukti keterangan di Mahkamah. Kalau bawa pun, tentu ditolak awal-awal oleh hakim. Melainkan Zam ada gambar yang menunjukkan ahli PAS rampas harta orang Cina. Atau video tape percakapan pemimpin PAS dengan Tunku itu. Tapi itu semua Zam takde. Hanya gambar hitam putih je. Gambar bukannya boleh bercakap pun.

Dan ini paling best, iaitu jenis keterangan. Sebab mahkamah akan nilai keterangan untuk putuskan sesuatu kes. Jika keterangan itu jelas dan terbukti dengan keadaan kes dan juga bahan-bahan bukti, maka hakim akan membuat keputusan memihak kepada mereka yang berjaya buktikannya. Tapi jika keterangan dengar cakap macam yang Zam kata tu. Iaitu dia dengar daripada Tunku kata, nampaknya keterangan zam adalah keterangan yang lemah. Dia tak dengar sendiri ucapan pemimpin PAS itu, tapi dengar dari mulut orang lain. Dalam penyusunan hadis sendiri pun, kalau sanadnya dengar dari orang lain kata dan orang lain itu tak dijumpai, maka ia tak boleh dijadikan hadis soheh.

Macam keterangan juga. Kalau bukan kita dengar sendiri dan hanya dengar melalui orang lain, jelas bahawa keterangan itu tak kuat dan boleh ditafsirkan keterangan berbohong. Dan buat Zam, nampaknya mahkamah takkan memihak kamu dalam kes saman fitnah ini.

Dan dari sudut beban pembuktian (Standard of proof ), dalam kes sivil ini, ia menggunapaki konsepbalance of probability atau berdasarkan kepada imbangan kebarangkalian. Mana lagi berat, hujah Zam atau hujah dari pihak PAS. Nampaknya sebelah PAS lagi kuat. Sebab Zam tentu gagal bawa saksi dan buktikan dokumen yang menunjukkan PAS kata demikian. Dan dalam kes fitnah, orang yang menfitnah kena buktikan fitnahnya itu, dan bukannya di pihak PAS

Jadi secara undang-undangnya, memang PAS akan menang mudah dalam kes saman fitnah ini. Sebab keterangan zam memang keterangan lemah. Banyak tidak munasabah. Macam kes pembebasan Hanif Basre dari tuduhan membunuh Noritta Shamsudin dulu, kelibat lelaki hitam berbau yang dilihat rakan Noritta beberapa saat sebelum kematian Noritta, berjaya menyelamatkan Hanif basre daripada tuduhan membunuh walaupun beliau orang terakhir berzina dengan mangsa itu. Jadi keraguan timbul di sini.

Tapi dalam kes Zam, jelas tiada keraguan lagi yang zam telah memfitnah, melainkan Tunku dan Pak Osman Abadi hidup semula dan buat sumpah di Mahkamah kata ada pemimpin PAS suruh harta orang cina dirampas. Pada masa itu tentu Zam akan berteriak 'i'm sorry'', bukannya 'thank you'.

Misteri Kehilangan Jutawan Wanita Bakal Terjawab Tak Lama Lagi??

Posted: 06 Sep 2010 06:17 PM PDT

Kalau dah tak temui sebulan..sah sesuatu dah berlaku. Memang Malaysia sebuah negara yang tak selamat. Selagi UMNO terus jalankan hukuman kafir kat negara ini, selagi itulah penjenayah terus berleluasa

Misteri kehilangan Sosilawati:Penemuan beri petunjuk

SUBANG JAYA - Tanda tanya mengenai kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakan semakin terurai misterinya apabila polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.

Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.

Mereka kemudian terus menghubungi polis selepas menonton berita mengenai kehilangan wanita itu di televisyen.

Ketika ditemui, kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan tiada sesiapa di dalamnya. Pasukan forensik yang tiba sejam kemudian terus melakukan siasatan bagi mencari bukti-bukti dan cap jari yang terdapat di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu, sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.

Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.

Foto Terbaru Penghinaan Rosmah, Bini Najib Pada Islam

Posted: 06 Sep 2010 05:06 PM PDT

Ini foto-foto Rosmah Mansor ketika membacakan surah-surah lazim pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana semalam. Foto ini diambil dari bernama

Tolong la korang-korang dekat luar sana jangan dok ikut cara pemakaian tudung Rosmah ni ha... betul-betul menghina kesucian agama Islam... majlis Khatam Al-Qur'an pulak tu... Dia sorang je yang tak bertudung

"Macam ni ke contoh terbaik untuk Muslimah..? "

"umur dah tua pun tak reti-reti lagi macam mana nak tutup aurat..?"

" sape laki dia ni ha..?"

Minta Mufti Haram Perak, tolong respon isu ini. Sebab takut nanti, orang wanita ikut cara berpakaian roswah. Apalah, bulan puasa pun tak nak bertaubat. Baik khatam sorang-sorang dalam bilik, daripada berkhatam di khalayak tanpa menutup aurat. Teo Nie Ching jelas lebih mulia dari Rosmah ni.

Dan di bawah ini foto-foto eklusif penghinaan Rosmah terhadap islam. Katakan tak nak pada maksiat dan rosmah

Polis Jangan Jadi Pondan

Posted: 06 Sep 2010 04:38 PM PDT

Polis digesa perjelas isu 'balik China'

Pihak berkuasa diberi masa tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi maklum balas terhadap laporan polis berhubung isu seorang pegawai penyiasatnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Jika tidak, isu itu akan dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien, kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Katanya, tidak sepatutnya pengadu, Loh See Mooi disuruh balik balik ke China semata-mata dianggap tidak memahami bahasa Melayu.

Lim menjelaskan suri rumah berusia 51 tahun itu, membuat laporan di balai polis Sentul pada 24 Ogos lalu selepas disamun yang menyebabkan beliau kehilangan dompet dan beberapa dokumen.

Lim mendakwa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk mengambil keterangan Loh bagaimanapun memberitahu dia dan anaknya supaya balik China kalau tidak pandai cakap Melayu selepas anak perempuan Loh mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Lim mendakwa Loh dan anak perempuannya berasa terkejut dengan jawapan pegawai terbabit lalu bertanya dalam bahasa Melayu, mengapa pegawai tersebut menanggap beliau tidak dapat bercakap atau memahami bahasa Melayu.

NGO UMNO Dah La Tak Pandai Perlembagaan, Pastu menyusahkan Orang Ramai Pula

Posted: 06 Sep 2010 01:31 PM PDT

Ini mesti geng NGO pencacai UMNO yang tak reti Perlembagaan

Kempen Perlembagaanku: Aduan polis KBGM tak berasas, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Majlis Peguam menegaskan tindakan Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM) membuat laporan polis semalam mengenai Kempen Perlembagaanku mendakwa kononnya ia satu usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas sama sekali, dibuat ekoran kurangnya pemahaman berkenaan kempen itu.

Justeru kata beliau, Presidennya Ragunath Kesavan, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan Persekutuan di kalangan rakyat, bukannya mahu meminda dokumen asas undang-undang itu.

"Ia langsung tidak menjadi matlamat Majlis Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan.

"Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalin usaha sama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami," kata Ragunath (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini aktiviti-aktiviti kempen itu telah dihadiri dan disokong oleh banyak pihak termasuk seorang menteri dan seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang ketua menteri, dua menteri besar, ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

"Nampaknya kebimbangan utama KBGM adalah bahawa Buku Panduan Rakyat telah memaklumkan rakyat Malaysia yang Perlembagaan menyatakan bahawa ia boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.

"Ini sememangnya ada dinyatakan dalam Perlembagaan.

"Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu," kata beliau.

Adalah dilaporkan bahawa KBGM telah menyuarakan kebimbangannya bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu mungkin bersifat menghasut.

"Kami percaya bahawa kebimbangan KBGM tentang Kempen itu adalah tersasar, dan timbul akibat kurangnya pemahaman dan ilmu berkenaan Kempen itu dan juga Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan)," katanya.

Kelab itu membuat laporan polis kononnya wujud penyebaran risalah dan buku berbaur hasutan terhadap institusi perlembagaan negara ini.

Setiausaha Agung kelab itu, Ezaruddin Abdul Rahman berkata risalah tersebut yang dinamakan "Perlembagaanku", mendakwa rakyat berhak meminda perlembagaan negara jika memilih anggota Parlimen yang mampu berbuat demikian.

"Kami difahamkan risalah itu diedarkan di beberapa institusi pengajian di sekitar Lembah Klang dan beberapa kolej di Kedah melalui kempen mereka.

"Kita percaya ia dibiayai NGO (badan bukan kerajaan) asing bersifat antikerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Serdang di sini.

Secara amnya, menurut Ragunath, pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen.

"Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja," katanya.

Ragunath memberitahu, dakwaan KBGM bahawa kempen ini dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan asing antikerajaan adalah tidak berasas sama sekali.

"Kempen PerlembagaanKu adalah kempen yang tidak mengaut keuntungan. Ia dibiayai oleh Badan Peguam Malaysia dan telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, badan politik dan bukan politik serta rakyat Malaysia," katanya.

Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat tentang apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

"Ia menggalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung dalam Perlembagaan.

"Dalam hal ini, kami percaya bahawa kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan dengan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama 'Merakyatkan Perlembagaan'," katanya.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Israel Wajibkan Subjek Bahasa Arab Di Sekolah Negara Mereka

Posted: 06 Sep 2010 11:45 AM PDT

Bahasa Arab Menjadi Bahasa Wajib Di Sekolah Israel

Meskipun bahasa Arab "hard for brain"... tapi kini sudah menjadi wajib di sekolah Israel..

Arabic to become compulsory in Israeli schools

The Israeli authorities are introducing a new scheme to make Arabic-language classes compulsory in state schools.

The programme, which will start in 170 schools in northern Israel, will make lessons mandatory for fifth graders.

Education officials hope the scheme, called "Ya Salam", will turn language into a cultural bridge and promote tolerance between Jews and Arabs.

Arab students currently are required to learn Hebrew while Jewish children can take Arabic as an additional language.

Studying Arabic will promote tolerance and convey a message of acceptance"

But increasing demand from students to study Arabic as part of their school matriculation certificate, the Bagrut, had prompted changes to the national curriculum, officials said.

"We live in a country that has two official languages," Shlomo Alon, head of Arabic and Islamic Education at the ministry of education, was quoted as saying by Haaretz newspaper.

"Studying Arabic will promote tolerance and convey a message of acceptance."

Mr Alon said the ministry was interested in recognising all of the state's citizens and providing opportunities for Arab teachers within Israeli education. There are some 1,000 Arabic teachers, most of them Jewish.

"The state aspires to complete equality of citizenship. We will not deal with conflicts based on cultural identity," he added.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Kakitangan Air Asia Mati Tersepit

Posted: 06 Sep 2010 10:32 AM PDT

Kakitangan AirAsia India mati lengan tersepit dalam 'aerobridge'

NEW DELHI: Seorang kakitangan rakyat India yang bekerja dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berpangkalan di Hyderabad mati kerana terkejut selepas lengannya tersepit dalam "aerobridge" (jejambat bertutup) pada pagi semalam.

Dalam insiden itu, lengan kanan Amritha Roy terperangkap dalam "aerobridge" yang ditarik semula dari penerbangan Hyderabad-Kuala Lumpur selepas penumpang menaiki pesawat di lapangan terbang antarabangsa Rajiv Gandhi, ata laporan media.

Mangsa yang berumur 24 tahun itu, seorang pegawai khidmat pelanggan dengan AirAsia, terus jatuh dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan tetapi mati beberapa minit kemudian.

"Insiden itu memang tidak dijangka dan sangat malang. Kami benar-benar dukacita atas kematiannya dan doa kita adalah bersama dengan keluarganya.

"Sebuah jawatankuasa ditubuhkan sebaik kejadian yang menterdiri dari ketua pegawai operasi lapangan terbang New Delhi dan ketua pegawai keselamatan di lapangan terbang Hyderabad bagi menyiasat kejadian itu dan memastikan fakta kes yang lengkap," kata ketua pegawai eksekutif GMR Hyderabad International Airport Limited, P Sripathy dalam satu kenyataan.

Roy, dari Kolkata, adalah anak tunggal dalam keluarga. Beliau dilaporkan menyertai syarikat itu Jun lalu.

Pihak berkuasa lapangan terbang dan polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu. - BERNAMA

Ini contoh aerobridge atau jambatan tertutup..kesian...

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Kurang Ajar Punya Oang..Ada Ke Kucing Dibuang Hidup-Hidup

Posted: 06 Sep 2010 09:36 AM PDT

Memang rakyat negara asing sangat sayangkan binatang. Hinggakan orang yang kurang ajar macam perempuan kat bawah ni, tertekan dengan tindakannya. Kalau di Malaysia?? Orang buang bayi pun tak kena tekan macamni..sebab masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang paling pentingkan diri sendiri

Wanita buang kucing diugut bunuh

 

GAMBAR menunjukkan detik-detik Mary Dale membuang seekor kucing di Coventry, Britain baru-baru ini.

COVENTRY, London - Mary Bale, wanita berusia 45 tahun yang aksinya membuang seekor kucing ke dalam sebuah tong sampah dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) terkejut apabila perbuatannya itu mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Tindakannya itu nyata menimbulkan kemarahan, termasuklah ugutan bunuh. Bagaimanapun, Bale mendakwa perbuatannya itu sengaja diperbesar-besarkan.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dikecohkan. Ia cuma seekor kucing. Saya rasa semua orang bersikap berlebih-lebihan," kata Bale yang bimbang ahli keluarganya akan marah.

Kucing berumur empat tahun bernama Lola itu ditemui semula oleh tuannya, Darryl Mann selepas 15 jam berada di dalam tong sampah. Mann kemudian membuka satu akaun Facebook untuk menjejaki Bale dan telah menarik minat lebih 18,000 orang ahli.

Mann juga berharap Bale akan dibawa ke muka pengadilan. Pihak polis kini sedang meneruskan siasatan mereka.

Walaupun mengakui dia tidak patut berbuat demikian, Bale bagaimanapun menyatakan dia tidak sewajarnya 'dibenci' oleh semua orang. Ibunya, Celia Bale, 78, pula menegaskan bahawa anak perempuannya itu 'sukakan' kucing dan pernah mempunyai haiwan itu sewaktu kecil. - Agensi

UK woman who dumped cat in garbage may face charges, prison time

Coventry - The woman who enraged people all around the world after a video was released showing her dumping a friendly cat into a garbage bin could be facing up to six months prison time. An investigation is underway.

As reported on Digital Journal, a mature, grey-haired woman was caught on security camera footage by the owners of a young cat when she grabbed the cat and dumped it into their garbage bin. The cat, named Lola, was trapped in the garbage until the owners heard its cries the next afternoon, over 15 hours later, distressed and sitting in her own filth.

After Lola's owner Stephanie Mann posted the video footage on her Facebook page, it drew the attention and rage of many people, and became a top media story around the world.

Mrs Mann told Sky News: "I can't believe the reaction to the story. I only posted it on Facebook because I wanted to see who she was. Whatever she has done, I don't like her, but I don't want her to get hurt."

"Hundreds of people joined groups on the site, including one entitled "catch the evil b**** who put the cat in the bin", and many have posted threatening messages about the woman depicted in the CCTV."

When the woman's identity was revealed as Mary Bale, a 45-year-old woman who lives in the same Coventry neighborhood as the Manns and who works as a bank cashier, police offered her protection because she was threatened by so many people.

According to Daily Mail, Mary Bale seemed to shrug off what she did to the cat, saying, "I don't know what the fuss is about. It's just a cat."

Miss Bale said she saw the cat when she was walking home and she stopped to play with it for a moment. When she grabbed Lola by the scruff of her neck and dumped the helpless cat into the garbage bin, she said: "I did it as a joke because I thought it would be funny. I never thought it would be trapped, I expected it to wriggle out."

Bale has apparently thought better of her nonchalant attitude after death threats and also coming to realize she is now facing charges and prison time. She is now saying: "I want to take this opportunity to apologize profusely for the upset and distress that my actions have caused.

"I cannot explain why I did this, it is completely out of character and I certainly did not intend to cause any distress to Lola or her owners. It was a split second of misjudgment that has got completely out of control."

Bale was questioned by an RSPCA inspector at Coventry police station. A spokeswoman for the RSPCA told Sky News that Miss Bale could be facing an animal cruelty charge under the Animal Welfare Act 2006. If charged and convicted, Bale could be sentenced to up to six months' prison time.

The normal process for the RSPCA to write a file on the suspect and have their legal experts go over everything to decide whether to prosecute usually takes around three weeks, but "because of the huge amount of anger and publicity, Miss Bale's case will be 'fast-tracked' and could be decided in days."

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Gempar!! Ular Sawa Seberat 100 Kg Ditemui Menelan Biawak Besar

Posted: 06 Sep 2010 08:50 AM PDT

KOTA TINGGI- Penduduk Perkampungan Org Asli Kampung Sungai Selangi dekat sini gempar apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang enam meter terapung di sebuah tasik dikawasan berhampiran semalam.

Ular seberat kira-kira 100 kilogram itu ditemui tiga sahabat, Ramlan Md Yusof, 33, Adam Marof,21, ketika bersampan untuk mengangkat jaring ikan di tasik berkenaan.

Ramlan ketika di temui berkata, mereka terserempak ular tersebut yg bergerak perlahan di permukaan tasik dipercayai kekenyangan.

"Saya dan beberapa orang pemuda kampung memberanikan diri mengharung air dan menarik ular itu ke darat", katanya.

Bagaimanapun, ular tersebut mati sebelum sempat dibawa ke darat.

Sementara itu, empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut turun ke lokasi dengan diketuai Dzulkefli Boni.

Dzulkefli berkata, pihaknya telah membelah ular sawa itu menemui sejenis biawak air berukuran 2.12m dan berat dianggarkan 30kg.

Jika sesuai dan selamat, daging haiwan itu akan dihantar ke Zoo Johor untuk dijadikan makanan", katanya

Najib Fitnah Atau Gila?? Atau Mungkin Sebab Dia Tak Pernah Bagi Tazkirah Kot

Posted: 06 Sep 2010 08:10 AM PDT

Apakata Jawatankuasa Surau Al Huda saman je Najib yang suka buat fitnah ini. Untung-untung bila menang, boleh buat surau satu lagi. Najib..najib..bulan puasa pun menipu. Teo Nie Ching yang hanya bagi ucapan aluan, dikatakannya beri tazkirah..seret je Najib ke mahkmah, kalau tak heret dia, kita ikat dia kat masjid Negara, suruh bagi tazkirah. Entah boleh ke tidak..

Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan "tazkirah" ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo (gambar) tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

"Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

"Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian," kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.

Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan.

"Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan," katanya.

"Sebagaimana saya kata tadi, sebagai seorang bukan Muslim, ia bukan satu kemestian. Ia satu obligasi dan wajib bagi Muslim memakainya," kata beliau.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tidak bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa.

Kata beliau, fatwa itu dengan jelas menyebut bahawa bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid.

"Saya tidak akan fokus pada soal tazkirah kerana saya tidak hadir ketika Teo menyampaikan ucapan. Tetapi sudah pasti, sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, surau tidak harus digunakan untuk tujuan politik.

"Tetapi, fokus saya sekarang ialah sama ada bukan Islam boleh memasuki masjid, dan jawapannya ialah Ya," kata beliau.

Mengenai tindakan Teo tidak mengenakan tudung atau skarf, Asri berkata, ramai ahli Umno juga berbuat demikian.

"Ia bukan satu kesalahan dalam kes Teo kerana beliau bukan seorang yang beragama Islam," kata beliau yang berpendapat bahawa mereka yang memasuki masjid perlu menghormati dengan menutup aurat.

"Seperti juga, jika saya hendak pergi ke pejabat perdana menteri atau pejabat menteri besar, saya perlu mengenakan pakaian yang sopan untuk menghormati budaya tempat itu. Ini fahaman bersama," kata Asri.

Bagaimanapun Asri menekankan bukan kesalahan Teo kerana tidak mengenakan skarf ketika berada di Surau Al-Huda.

"Ia kesalahan jawatankuasa masjid, bukan Teo. Mereka sepatutnya memaklumkan beliau, dan jangan mengharapkan beliau mengetahuinya kerana beliau bukan beragama Islam.

"Sebagai umat Islam dan penyelia masjid, jawatankuasa seharusnya memaklumkan kepada beliau," kata beliau lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengadakan taklimat kepada semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menentukan prosedur yang betul bagi mengelakkan salah faham seumpama itu berulang.

"Siapa tahu, kemungkinan mereka mengubah fatwa sekali lagi kerana mereka melihat amalan yang berbeza di luar negara. Mereka mungkin melihat (Presiden AS) Barack Obama memasuki masjid dan mereka mungkin mengubah fatwa.

"Kita perlu ada banyak keseragaman dan kita perlu menasihatkan jawatankuasa masjid tentang apa yang mereka perlu lakukan," katanya lagi.

Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

"Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat," kata beliau.

"Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis). Ini bermakna mereka mesti tutup aurat," he said

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Anwar Berseorangan Menerajui Perubahan Di Sabah & Sarawak??

Posted: 06 Sep 2010 07:25 AM PDT

Memang Anwar yakin yang rakyat Sabah dan Sarawak akan kepalai perubahan. Tapi keyakinan Anwar mesti berasas. Jangan sekadar yakin sahaja. Tapi kerja ke arah perubahan tidak dilaksanakan. Dan ahli PKR terutamanya, lebih tumpukan agenda peribadi dalam pemilihan parti daripada gerak kerja ke arah perubahan

Anwar Yakin Rakyat Sabah Sarawak Akan Kepalai Perubahan

Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.

Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.

Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.

"Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak" kata Anwar.

Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.

Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak

"Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita" kata Anwar.

Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.

Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.

Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.

Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.

Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.

Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

Musa Hassan Akui KDN Selalu Kacau Polis

Posted: 06 Sep 2010 06:48 AM PDT

Musa Hassan Dedahkan Tembelang KDN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang hanya tinggal seminggu untuk bersara akhinya membuka mulut meluahkan apa yang beliau lihat sebagai wujudnya tekanan dan campur tangan daripada pihak ketiga di dalam urusan polis selama ini, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai antara pihak yang terlibat.

Tentulah pendedahan pegawai paling tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini mengejutkan semua pihak. Ia umpama sebutir bom yang dilemparkan secara terang-terang kepada menteri yang berkenaan iaitu, Datuk Seri Hishamudin Hussein. Cuma yang menjadi sedikit persoalan kenapa ia dilontarkan hanya selepas Musa telah pasti tidak lagi disambung kontrak perkhidmatannya.

Selama ini hanya cakap dengar sahaja diketahui tentang apa yang dikatakan campur tangan pihak ketiga dalam urusan PDRM. Malah pernah satu ketika hal serupa dibangkitkan media untuk mencari kesahihannya, namun Musa sendiri gagal berterus-terang mengenainya. Mungkin juga ia terpaksa dipendam demi menjaga esprit de corps jabatan ataupun Musa tidak boleh mengiyakannya secara jelas kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Namun kini segalanya telah tersuluh sebaik sahaja kontraknya tidak bersambung. Musa berkata, banyak arahan diberikan kepada pegawai polis tanpa diketahui oleh pegawai atasan PDRM sendiri (tentulah antaranya beliau) yang katanya sesetengah arahan itu jika dilaksanakan boleh mengganggu kelancaran sistem dan profesionalisme yang diamalkan oleh PDRM.

Malah beliau tidak bertapis mengakui bahawa KDN adalah antara pihak yang terlibat dalam campur tangan secara luar biasa memberi arahan itu ini, tanpa pengetahuannya. Dan sebagai kementerian yang menaungi PDRM, kata Musa tentulah keadaan itu telah meletakkan beliau di dalam keadaan yang serba salah kerana beliau harus mematuhi arahan kementerian yang menaungi jabatan diterajuinya. Yang dikhuatiri Musa ialah natijah apa yang diarahkan oleh KDN kepada pegawai bawahan tanpa pengetahuan pegawai atasan selama ini jika tidak betul, tentu akan menghasilkan keputusan yang tidak baik dan sekaligus mencemarkan imej PDRM.

"Macam-macam jenis orang yang mahu campur tangan. Orang dari kementerian (KDN) sendiri. Orang yang ada kepentingan mahu melakukan benda-benda tidak betul - semua mahu masuk campur," katanya, dipetik dalam laporan The Malaysian Insider.

Sama ada Hishamudin terfikir bahawa Musa akan mendedahkan mengenai kewujudan tangan ajaib ini dalam urusan PDRM ketika hari-hari terakhir perkhidmatan bukan persoalannya, Hakikatnya kini satu keburukan yang berlaku dalam PDRM tentang campur tangan KDN selama ini akhirnya terdedah dan terbongkar.

Jika benar apa dilontarkan Musa jelaslah KDN telah mengkhianati prinsip bebas dan profesional PDRM sekaligus mencemarkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang itu. Dan tidak salah jika masyarakat selama ini turut berasa goyah dan kurang yakin terhadap sesetengah tindakan dan keputusan yang dibuat oleh PDRM. Rupanya ada tangan ajaib yang telah menyelinap di dalam PDRM tanpa kita ketahui apa sebenar niat dan tujuannya.

Selain KDN, Musa turut menyatakan ada pihak lain juga gemar campur tangan dalam urusan polis termasuk cuba mempengaruhi melakukkan sesuatu yang PDRM fikir adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Catatan ini dipetik daripada laporan The Malaysian Insider- http://singalautmetro.blogspot.com/

Nampaknya Polis Malaysia memang takde maruah. Rupanya selama ini dicucuk hidung rupanya...macam lembu pun ada

Pelumba Jepun Mati Dipijak Di GP San Marino

Posted: 06 Sep 2010 04:31 AM PDT

Gempar !! Pelumba Jepun mati dipijak semasa berlumba

Tomizawa disahkan mati di hospital selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang bersaing hebat dengan pelumba Itali, Alex de Angelis dalam kategori Moto2.

Tomizawa, 19, sedang memecut pada kelajuan tinggi ketika terjatuh daripada motosikalnya di satu selekoh sebelum dilanggar dua lagi motosikal milik de Angelis dan Scott Redding yang turut rebah tetapi tidak mengalami kecederaan serius.

Pelumba muda Jepun ini memulakan musim 2010 dengan cemerlang apabila menjuarai kategori Moto2 pada perlumbaan pertama di Qatar sebelum muncul naib juara dalam perlumbaan berikutnya di Sepanyol. – Agensi

Japanese rider Tomizawa dies in San Marino Moto2 GP

MISANO, Italy — Japanese rider Shoya Tomizawa died from injuries sustained in a crash in the San Marino Moto2 Grand Prix on Sunday.

The 19-year-old Technomag-CIP rider came off his Suter bike when under pressure from the fast charging Italian Alex de Angelis.

Neither de Angelis nor British rider Scott Redding were able to avoid hitting Tomizawa, who was propelled over 40 metres and off the track into the gravel.

Tomizawa was taken to hospital 30 kilometres away in Riccione but was later pronounced dead.

He had suffered serious injuries to his skull, chest and abdomen, according to the race organisers.

"On Sunday, September 5 during the Moto2 race, rider Shoya Tomizawa aged 19 suffered a serious crash and subsequent cranial, thoracic and abdominal trauma," the race organisers said in an official statement.

"Tomizawa was taken to the hospital of Riccione for immediate treatment but succumbed to his injuries at 14.20 (1220GMT).

"All the MotoGP family wants to express its deepest condolences to his family and friends."

His death was the first in Grand Prix since 24-year-old compatriot Daijiro Kato, who died in April 2003 at the Japanese MotoGP in Suzuka.

Tomizawa was in his first season in the Moto2 category - he had had two disappointing seasons in 250cc - and had begun it in style by winning the curtain raiser in Qatar.

He followed it up with second in the second race of the season in Spain but his form had tailed off since then and he was seventh in the overall standings with 82 points.

The three podium finishers in the MotoGP race which followed were in shock at the news, their joy at their personal results firmly set aside to pay homage to Tomizawa.

"It feels so strange, there is a big hole inside me," race winner Dani Pedrosa told the BBC.

"I was so happy and then I was told and this big hole opened up inside me," added the 24-year-old Spaniard.

Italy's multi-time champion and winner of this race the past two seasons, Valentino Rossi, was all but in tears.

"When it happens like this nothing else matters," Rossi told the BBC.

"I saw the crash on TV and it was terrifying. I thought he was dead. I am very sorry but then we had to race and try and concentrate. Shoya was a very funny guy and a nice one too," added Rossi, who suffered a serious leg break earlier this season.

MotoGP series leader Jorge Lorenzo - who finished second in the MotoGP - was shellshocked.

"Yes, it is so sad, so sad," he told the BBC.

"It is better not to say anything about the race."

Shoya Tomizawa Accident Video

Jangan Contohi Pemimpin UMNO Tak Bermoral - DSAI

Posted: 06 Sep 2010 03:36 AM PDT

Pimpinan Umno-BN Gagal Tunjuk Contoh Akhlak Mulia

PERMATANG PAUH 6 Ogos - Pemimpin Umno-Barisan Nasional gagal menunjukkan tauladan serta model yang baik untuk menjadi ikutan rakyat dari segi akhlak, moral mahupun memenuhi tuntutan syarak dan agama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengambil contoh isteri pimpinan Umno yang kebanyakannya tidak menutup aurat hatta apabila memasuki masjid atau menghadiri majlis keagamaan.

Bagaimanapun Umno dilihat begitu pantas menyerang pimpinan Pakatan Rakyat yang bukan Islam apabila mereka berkunjung ke masjid atau surau dengan tujuan untuk mendekati masyarakat Islam.

"Bagi mereka ini jika pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam tidak menurut tuntutan agama seperti menutup aurat, ia tidak menjadi isu kepada mereka. Tetapi apabila ianya berlaku kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang bukan Islam ia menjadi heboh dan diperbesarkan.

"Dalam Islam akhlak dan peribadi ini adalah menjadi keutamaan. Apabila kita mahu orang lain mencontohi Islam yang adil kepada semua, maka pemimpin itu sendiri mesti membuktikan bahawa kepimpinan mereka juga adil. Isteri-isteri mereka juga perlu menutup aurat.

"Apabila isteri pemimpin Islam masuk dalam masjid mereka menutup aurat. Apabila yang bukan Islam melihat akhlak yang ditunjukkan itu akan menjadi contoh kepada mereka. Namun begitu contoh ini tidak dilaksanakan oleh kebanyakan pemimpin yang sering menyalahkan orang lain," tegas Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan 100 ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim anjuran JKKK Kubang Semang dan Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh di perkarangan Masjid Kubang Semang semalam.

Tambah beliau, Islam memberi keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan ideologi, ras serta keturunan ataupun pangkat dan kedudukan seseorang.

Anwar turut membidas sesetengah pihak yang mempolitikkan isu agama untuk kepentingan politik sempit mereka sambil mengatakan sesetengah pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak menunjukkan sikap pro aktif yang boleh dijadikan tauladan kepada masyarakat.

Katanya lagi jika rasuah tidak mahu dibiarkan berleluasa, maka pemimpin harus menunjukkan contoh bahawa budaya rasuah itu adalah haram dan tidak patut menjadi amalan.

"Jika ini menjadi satu keutamaan, maka pasti rasuah dan korupsi yang mencemarkan imej negara dan pemimpin tidak akan menjadi satu perdebatan yang memalukan," tambah beliau lagi.

Turut sama dalam majlis tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

"saya tak boleh terima pemimpin yang tak bermoral" katanya. Mari tengok gambar2 yang menceritakan moral pemimpin yg patut DICONTOHI oleh rakyat!-dipetik dari blog kulupsakah

1)KJ - suami yg tak mahu menyusahkan isteri menyediakan minuman di rumah dan melayannya, balik terus tidur sebab dah minum dan 'makan' di luar.

2) Siapakah yang lebih bersopan santun dari Shahidan? contohilah dia . Sultan Perlis amat 'menyayanginya'..
3) Serba boleh..(yang dipegangnya itu microphone..bukan aiskrim)
4) Sporting, boleh kelihatan intim dengan orang lain!
5) mmmuuaahh! cayang dia busyuk tuuh!
6) Senator yang boleh "Onn" dengan suami sendiri dan suami orang
7)Menteri Pelajaran sedang mengajar anak muda cara2 minum air tin dengan betul..

Burger Paling Seram Di Dunia???

Posted: 06 Sep 2010 02:54 AM PDT

Maaf jika anda terliur dengan gambar burger di atas. Tapi jika anda ikuti entri ini sampai habis saya rasa selera anda pasti akan terbantut. Jika anda suka melancong ke Indonesia jangan suka-suka beli burger di sana.

Bukan burger **** tapi burger ular!

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

PAS Akan Saman Zam Lepas Raya Ni

Posted: 06 Sep 2010 02:14 AM PDT

Ajar sikit Zam ni. Kalau sebelum raya beliau tak nak bertaubat, nampak gayanya kena samanlah ngko wahai Zam. Nampak macam PAS menang free je kes ni. Ye lah Zam hanya ada bukti gambar je. Tunku pun dah mati, jadi tak boleh jadi saksi untuk Zam. Dan pemimpin PAS yang dikatakan minta Tunku rampas harta cina tu, entah betul entah tidak. Sebab Zam takde langsung saksi. Hanya keterangan dengar cakap sahaja.

Ini bukti-bukti Zam

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pernah memberitahu bahawa beliau (zam) selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ada pemimpin Pas yang datang menemui beliau dengan menyuarakan bahawa inilah masanya untuk Melayu rampas semula harta-harta Cina.

Kalau nak tahu, keterangan dengar cakap ni paling lemah diterima oleh hakim. Ia macam gosip liar. Ye lah, sapa-sapa kata sya dengan si polan ni kata itu ini. Kebenarannya?? Siapalah yang tahu..

PAS mulakan tindakan saman terhadap Zam

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS akan menghantar surat kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) bagi meminta bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti Islam itu.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS, peguam Mohamed Hanipa Maiden (gambar) berkata, jika Zam tidak berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman terhadap Zam selepas hari raya ini.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.

Selain Zam, beberapa akhbar yang menyiarkan kenyataan Zam ini akan dinamakan sebagai defendan dalam kes ini, kata Hanipa.

Zainuddin sebelum ini mendakwa kononnya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.

Ia telah disiarkan dalam Utusan Online dan beberapa akhbar lain termasuk akhbar Cina.

Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat oleh PAS di seluruh negara bagi membantah kenyataan itu.

Semalam, Zam dengan angkuhnya mempertahankan kenyataan beliau itu.

Menurut Hanipa, kenyataan Zam itu adalah fitnah yang sangat jahat dan tidak bertanggungjawab terhadap PAS tambahan pula ia dibuat di bulan Ramadhan.

Beliau juga mendapati kenyataan itu memutar belitkan fakta sejarah.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyelar kenyataan Zam itu.

Hujah Zam itu, jelasnya, bukan sahaja dangkal malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Harakahdaily/-

Ladang Guna Baja Najis Babi

Posted: 06 Sep 2010 12:22 AM PDT

KUALA NERANG - Kira-kira 800 penduduk Kampung Baru Padang Sanai berhadapan dengan bau busuk dan risiko kesihatan berikutan tindakan sebuah ladang berhampiran rumah mereka menggunakan najis babi sebagai baja untuk projek tanaman tembikai.

Penduduk kampung mendakwa bau busuk dan masalah lalat akibat penggunaan najis babi sebagai baja telah berlarutan selama seminggu dan mereka terpaksa menanggung masalah itu.

Penduduk kampung, Sulaiman Che Endut, 44, berkata, projek penanaman tembikai itu baru hendak diusahakan oleh sebuah syarikat yang memajak tanah seluas 80 hektar daripada pemilik tanah itu, tetapi ia mula menyusahkan penduduk kampung.

Katanya, bau busuk itu semakin kuat apabila hari hujan dan bilangan lalat semakin banyak yang ditakuti boleh memberi kesan kepada kesihatan penduduk kampung terutamanya kanak-kanak.

"Paling membimbangkan berhampiran kawasan itu terdapat Loji Air Padang Sanai yang membekalkan air kepada 85 peratus penduduk di daerah Padang Terap.

Apabila hujan, air najis itu akan mengalir ke Sungai Padang Terap, sedangkan loji itu mendapat air daripada sungai itu. Najis itu juga menjejaskan alam sekitar," katanya ketika ditemui di ladang itu.

Seorang lagi penduduk kampung, Mahmud Samaun, 65, berkata, kesihatan penduduk kampung mula terjejas berikutan masalah bau busuk dan lalat dengan ramai yang mula merasa loya selain demam kerana tidak tahan dengan bau memualkan itu.

"Walaupun baru seminggu, tetapi kesannya sudah mulai dirasai oleh orang kampung. Jadi saya berharap pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini daripada berlarutan," katanya.

Zaharah Ramli, 26, berkata, anak lelakinya yang berusia enam bulan sudah mula tidak sihat dan mengalami demam serta selesema berikutan kedudukan rumahnya yang kira-kira 200 meter dari ladang itu.

Siti Aishah Mat Diah, 57, berkata, dia sudah seminggu sakit kepala sejak bau busuk dan masalah lalat itu bermula sehingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Bau memang busuk. Lalat penuh sampaikan tutup pintu pun boleh masuk. Harap pihak yang bertanggungjawab datanglah tengok masalah kami," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Padang Sanai mengenai perkara itu.

Katanya, selain itu laporan juga akan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana ladang itu melakukan aktiviti yang boleh mencemar alam sekitar sedangkan ramai penduduk tinggal berhampiran ladang itu. - Bernama

Heret Penerbit Cina Kristian Yang Terbit Iklan Khurafat Ke Muka Pengadilan

Posted: 05 Sep 2010 11:36 PM PDT

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Patutlah ada santa klaus versi Melayu. Memang dasar kristian. Takde sapa-sapa ke nak bawa TV3 ke mahkamah Syariah. Ajar sikit TV3 ini erti kemulian agama.

Dah la selama ini stesen TV3 itu menjadi sarang maksiat dan medan serang PR, sekarang dah jadi agen kristianisasi pula. Apapun sesuatu perlu dilakukan, TV3 perlu dibawa ke muka pengadilan. Kalaulah budak yang lempar cat ke surau di Seremban pun kena dakwa, apatah Tv3 yang jelas menghina umat islam. (Ini pendedahan penghinaan iklan terebut)

Setakat minta maaf tak guna...kena dakwa juga kat mahkamah

Ini Berita minta maaf daripada Tv3

20 Ahli Parlimen Sokong Azmin Secara Terbuka..Sah, Pemilihan PKR Macam PAU (Pemilihan Agung UMNO)

Posted: 05 Sep 2010 11:01 PM PDT

APa ni PKR..dah macam UMNO pula. Sokongan dibuat secara terbuka. Dah wujud kem dalam PKR. Ahli Parlimen PKR jangan jadi bodoh alang. Tengoklah tak percaya, akan ada perpecahan dalaman dalam PKR ini. Memang najis UMNO masih melekat kat mereka. Dalam Muktamar PAS takde pun macamni.

20 MP PKR sokong Azmin Ali tanding jawatan timbalan presiden

PETALING JAYA, 6 Sept — Seramai 20 ahli Parlimen PKR mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Naib Presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu kali ini.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas melahirkan sokongan mereka berdasarkan pada kelayakan dan pengalaman Azmin.

"Berdasarkan itu (kelayakan dan pengalaman), kami ahli-ahli Parlimen dan Senator mengisytiharkan sokongan kami kepada Azmin Ali sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti," kata Kamarul.

Tidak kelihatan pada pengumuman yang dibuat di ibu pejabat PKR di sini hari ini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat PKR dan Ahli Permatang Pauh.

Jawatan itu akan turut ditandingi Datuk Zaid Ibrahim yang pagi tadi menulis dalam blognya bahawa beliau menerima serangan sejak mengumumkan pendirian mahu bertanding kali ini jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan turun gelanggang.

Zaid mengumumkan perubahan pendiriannya untuk bertanding minggu lalu.

Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi di bawah sistem secara langsung antara 29 Oktober dan 21 November ini.

Selain Zaid dan Azmin, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan pengerusi biro persefahaman agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty.

Penyandang jawatan Senator Dr Syed Husin Ali dilihat akan mengosongkan kerusinya.

Meskipun 20 Ahli Parlimen dan Senator dikatakan menyokong Azmin ke jawatan nombor dua itu, hanya enam daripada mereka hadiri pada sidang media hari ini iaitu Kamarul, Zuraida Kamaruddin (Ampang), S. Manickavasagam (Kapar), Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff (anggota Senat dari Pulau Pinang).

"YB Azmin Ali adalah pemimpin kanan yang telah melalui pelbagai cabaran, keluarganya diaibkan ketika beliau mengetuai gerakan reformasi," kata Kamarul yang juga ketua PKR Negeri Sembilan.

"Kepimpinannya dan ketabahannya telah diuji dan sebagai pengasas kanan parti, beliau bersama (Presiden) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membawa parti ke tahap yang lebih gemilang," katanya.

Kamarul juga memberitahu, pihaknya akan menyokong ahli-ahli Parlimen lain yang bertanding pada pemilihan kali ini

Macam2 Zaman Najib : Suruh Pose Taknak.. Raya Nak Pulak

Posted: 05 Sep 2010 09:44 PM PDT

Utara: Restoran kaki ponteng puasa

KAMUNTING: Kedudukan sebuah restoran di kawasan yang agak sunyi di Lorong Kamunting, di sini menjadi tumpuan segelintir umat Islam yang ponteng puasa untuk melampiaskan nafsu makan dan minum mereka tanpa rasa malu.

Malah, pemilik restoran yang juga beragama Islam pula seolah-olah 'mendabik

dada' mengalu-alukan kedatangan mereka yang tidak berpuasa untuk makan di situ atau membungkus makanan untuk dibawa pulang. Tinjauan Berita Harian pada waktu tengah hari baru-baru ini mendapati aktiviti jual beli makanan rancak berjalan, seolah-olah seperti hari biasa, malah sambutan yang diterima daripada umat Islam di situ lebih hebat daripada biasa.

Taktik yang digunakan mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan di situ adalah dengan memakai topi keledar penuh sambil berkaca mata hitam, malah ada juga yang memakai topi bagi melindungi identiti mereka daripada diketahui.

Selain itu, pengunjung juga lebih gemar menaiki motosikal yang membolehkan seorang daripadanya masuk membeli makanan manakala seorang lagi menunggu di luar restoran itu.

Perbuatan golongan yang tidak menghormati Ramadan yang mulia itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam lain yang tekun menunaikan Rukun Islam ketiga itu.

Seorang pekerja swasta, Abdul Samad Mohamad Diah, 47, berkata restoran berkenaan nampaknya hanya Islam pada nama, tetapi tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling yang rata-ratanya beragama Islam.

"Walaupun tetap menjalankan perniagaan ketika Ramadan, pengusaha terbabit perlu pastikan makanan yang disediakan hanya dijual kepada pelanggan bukan Islam. Namun, apa yang jelas, majoriti pelanggan yang datang ke situ adalah orang Melayu dan beragama Islam, katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini.

Seorang penduduk di kawasan itu, Abdul Rauf Ahmad Mahpol, 53, berkata setiap kali memandu melepasi restoran yang terletak di penghujung simpang jalan itu, dia berasa amat malu dan geram.

Sudahlah mereka yang membeli itu tidak berpuasa, malah yang si penjualnya pula seolah-olah bersubahat dengan perbuatan yang sama sekali mencemarkan kesucian bulan yang mulia ini

Mereka yang tidak berpuasa dan makan di restoran itu sungguh biadab dan tidak hormat langsung umat Islam lain yang berpuasa. Sudahlah makan dan minum di res toran sambil menghisap rokok, malah mereka turut membuat bising,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Senapi Mat Lazim, 58, menggesa pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) memantau perkembangan itu dengan segera kerana jika dibiarkan akan merosakkan akidah umat Islam terutama golongan muda di negeri ini.

Restoran ini terletak di sebelah sekolah, jadi kita bimbang perbuatan itu akan memberi gambaran tidak baik kepada anak-anak muda. Tindakan tegas juga harus dikenakan terhadap pengusaha restoran itu sebagai amaran kepada semua,'' katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pocket-sized manually move a [url=http://www.ddtshanghaiescort.com]beijing escort[/url] a quantity of jump the feel put down pack away watermelon see a year and a half back a lot of children's songs and a luck of the most rapture stickers

Tanpa Nama berkata...

Useful information. Lucky me I found your website by accident, and I'm stunned why this accident didn't came about earlier!
I bookmarked it.

My web page - Juegos Online

Tanpa Nama berkata...

Hey there! Someone in my Facebook group shared this website with us so I came to look it over.
I'm definitely loving the information. I'm book-marking and will be tweeting
this to my followers! Fantastic blog and brilliant
style and design.

Here is my web-site; Juegos

Tanpa Nama berkata...

Howdy! I know this is kinda off topic but I was wondering which
blog platform are you using for this website? I'm getting sick and tired of Wordpress because I've had issues with hackers
and I'm looking at options for another platform. I would be great if you could point me in the direction of a good platform.

Have a look at my website Juegos Gratis

Tanpa Nama berkata...

When someone writes an piece of writing he/she keeps the image of a user
in his/her brain that how a user can be aware of it.
Therefore that's why this article is perfect. Thanks!

Feel free to visit my blog jocuri cu carti online