JEBAT_BERANI |
- I'da World Sdn Bhd : COBAANKAH ATAU BETUL2???!!!....
- TUN MAHATHIR MUDAH LUPA ATAU BUAT2 LUPA???!!!
- AHMADINEJAD BIKIN PEWAKILAN AS KEPANASAN BONTOT!!!!
- MEREKA MEMANG BIADAP...TAPI BAGAIMANA PULA KITA??
- 5 TERTUDUH KES 'BINI PUAKA' BEBAS.......
- KOMEK ZUNAR DIRAMPAS
| I'da World Sdn Bhd : COBAANKAH ATAU BETUL2???!!!.... Posted: 25 Sep 2010 01:30 AM PDT ![]() KOTA BHARU - Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat I'da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi kerana tindakannya mahu menyumbang RM 4 bilion kepada Kerajaan Negeri sekali gus dikatakan menjejaskan imej kerajaan Pas Kelantan. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditanya isu tersebut enggan mengulas lanjut dan berkata setakat ini, kenyataan-kenyataan dan tindakan yang diambil sebelum ini sudah memadai. "Setakat ini itu sahaja (tidak dibawa ke mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam. Kelmarin, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengakui ada usaha untuk menjatuhkan beliau, namun menafikan isu wang RM4 bilion sebagai usaha untuk menjatuhkan pentadbiran beliau. Beliau mengganggap kemelut itu sebagai biasa dan beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap pihak terbabit. Dalam masa yang sama sebuah akhbar melaporkan Pengerusi Eksekutif I'da World Group terkilan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya. Menurutnya, beliau mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran syarikat itu di Kelantan malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam pertemuan berasingan. Dalam pada itu sebuah portal Internet semalam melaporkan Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat Bumiputera itu. JEBAT_BERANI : KALAU BAGI KITA AMBIK..TAPI KALAU NAK BUAT LAWAK BAIK TAKYAH..BUAT MALU DIRI SENDIRI JERK.... |
| TUN MAHATHIR MUDAH LUPA ATAU BUAT2 LUPA???!!! Posted: 24 Sep 2010 11:30 PM PDT ![]() SHAH ALAM 25 Sept : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sengaja meniupkan api perkauman dengan mengatakan sekiranya komponen Pakatan Rakyat (PR) memerintah, orang Melayu akan hilang kuasa. DPPP merujuk kepada kenyataaan Mahathir yang dikeluarkan oleh 'lidah rasmi' Umno, Utusan Malaysia yang bertajuk Melayu Hilang Kuasa. Pandangan sama turut diutarakan beliau pada wawancara khas yang dipetik daripada laman web www.umno-online.com. Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, adalah sebagai perbuatan 'tidak cerdik' apabila pandangan seperti itu datangnya dari seorang yang bergelar negarawan. "Mengambil contoh Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun dan 18 tahun sebelumnya, berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno dan BN," kata Faizi dalam kenyataan medianya. "Begitu juga ketika Pas dan Barisan Alternatif (BA) memerintah Terengganu setelah berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri daripada Umno/BN pada tahun 1999 yang mana ketika itu YB Datuk Seri Abd Hadi Awang menjadi Menteri Besar telah memberi tanah kepada orang Melayu, namun dirampas kembali setelah UMNO berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004. Apakah ini tidak khianat namanya?" soal Faizi. Faizi turut menyenaraikan beberapa contoh dan rentetan dari peristiwa 'pengkhianatan' yang dilakukan oleh Umno. Antaranya ialah kelulusan 22,000 ekar tanah kerajaan kepada gergasi KL Kepong di Lekir, Manjung, 5000 ekar tanah di Bruas yang mana 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar dan 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar berhampiran Lebuhraya PLUS. "Sedangkan permohonan tanah seluas 45 ekar oleh Tuan Guru Haji Abd Latif di Pondok Pak Teh Kroh, Grik, Perak sejak 1996 hanya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2008, selepas 12 tahun permohonan dilakukan. "Jika Datuk Seri Nizar merupakan boneka DAP, pastinya permohonan itu ditolak," kata Faizi. "DPPP merasakan sudah sampai masanya rakyat untuk mengubah lanskap politik Malaysia, supaya kuasa meneraju negara tidak lagi diletakkan di atas bahu Umno dan BN. Terlalu banyak bukti yang terang lagi nyata yang UMNO sememangnya penyebab utama Melayu mundur setelah 52 tahun memerintah," katanya. "Bahkan bukan sahaja Melayu, malah bangsa lain juga merasakan tidak selamat. Selagi mana ada UMNO yang jelas memperjuangkan dasar perkauman yang mengancam keselamatan negara. Justeru, dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan kesediaan Dewan Pemuda Pas Pusat dan mencabar Tun Dr Mahathir untuk berdebat secara terbuka tentang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa Melayu. Sumber : TVSelangor.com JEBAT_BERANI : BILA MENEBAL DALAM JIWA SESEORANG ITU SEMANGAT ASSOBIYAH INILAH JADINYA....BERFIKIRAN SEMPIT DAN MEMENTINGKAN SATU-SATU PIHAK..NAMUN YANG SANGAT2 MENGHAIRANKAN HAMBA IALAH,DALAM DOK KALUT KONONNYA MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU,DI ZAMAN PEMERINTAHANNYALAH HAK ORANG MELAYU PALING BANYAK DIROMPAK DAN DIGADAI BELIAU...TUE BELUM AMBIL KIRA LAGI PENGKHIANATAN BELIAU TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU..APAKAH MAHATHIR MUDAH LUPA???SEBAGAIMANA BELIAU MENGATAKAN BAHAWA MELAYU MUDAH LUPA???MUNGKIN MELAYU DAHULU MUDAH LUPA...TETAPI MELAYU SEKARANG TIDAK MUDAH LUPA LAGI.....KERANA ITULAH TUN MAHATHIR SEKARANG BUKAN LAGI BERGELAR PERDANA MENTERI..DAN INSAALLAH P-END NAJIB ALTANTUYA JUGA AKAN MENURUT JEJAK LANGKAHNYA DALAM KEASAAN YANG LEBIH TRAGIS |
| AHMADINEJAD BIKIN PEWAKILAN AS KEPANASAN BONTOT!!!! Posted: 24 Sep 2010 09:51 PM PDT ![]() Lebih 20 ketua Negara dalam persidangan PBB telah keluar dewan apabila presiden Iran Ahmedinejad menyentuh isu 11 september dalam hujah nya di persidangan Bangsa Bangsa Bersatu itu. Sebelum itu se orang diplomat Uni Eropa telah membocorkan rahsia yang mana 27 orang delegasi yang lain bakal keluar dewan seandainya Ahmedinejad berhujah mengenai isu peristiwa 11 september. Walau bagaimana pun ianya tidak menghalang untuk presiden Iran itu meneruskan hujah nya. Ahmedinejad terus menggulung perbahasan nya dengan membandingkan jumlah orang yang terbunuh dalam kejadian 11 september di New York dengan jumlah kematian dalam perang di Afghanistan dan Iraq. Ahmedinejad berkata "di anggarkan sekitar 3.000 orang yang terbunuh semasa kejadian 11 September, memang kita semua merasa sedih," katanya. " tapisaya perlu katakana disini, sehingga sekarang di Afghanistan juga Iraq sudah meningkat ratusan ribu orang yang telah terbunuh, jutaan orang yang cedera, tetapi konflik dan pembunuhan masih berlaku hingga ke hari ini." apa cerita? Ahmadinejad terus melontarkan kritik pedas nya kepada AS dan sekutu sekutu nya, dan ketika itu beberapa orang delegasi bangun dan meninggalkan dewan. Menurut lapuran CNN mereka yg keluar itu termasuklah wakil dari AS, Endgland, Sepanyol, Urugay, Sweden, Belgium dan Australia. Ahmedinejad juga menyentuh dalam perbahasan nya terhadap rencana pendita Florida yang berhasrat membakar salinan dari Quran, buku suci umat Islam itu, dan beliau mengakhirkan hujah nya dengan pembelaan terhadap program nuklear Iran, kernyataan nya baru-baru ini disampaikan kepada badan pengawas nuklear PBB, Pertubuhan Kuasa Atom Antarabangsa. Sumber dicilok dari : http://anakmuaallaf.blogspot.com JEBAT_BERANI : AGAK-AGAK ADA TAK PEMIMPIN LAIN YANG SEBERANI AHMADINEJAD MENYUARAKAN BANTAHAN TERHADAP KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH AMARIKA SYARIKAT???APAKAH P-END NAJIB ALTANTUYA YANG KUNUNNYA MENGAKU SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA ISLAM JUGA BERANI MENYUARAKAN BANTAHAN SEBAGAIMANA AHMADINEJAD???RASANYA TAK KOT SEBAB NGAN ISTERI PUN TAK BERAPA BERANI..HUHUHUHU |
| MEREKA MEMANG BIADAP...TAPI BAGAIMANA PULA KITA?? Posted: 24 Sep 2010 11:30 AM PDT
JEBAT_BERANI : PERBUATAN BIADAP YANG DILAKUKAN OLEH BUKAN ISLAM INI TIDAK KITA HAIRANKAN..MEREKA SEMEMANGNYA ANTIKAN ISLAM TIDAK KIRA SAMADA KEJADIAN 11 SEPTEMBER ITU BERLAKU ATAU TIDAK..MEREKA SEMEMANGNYA SUDAH LAMA MEMUSUHI AKAN ISLAM DAN KEJADIAN 11 SEPTEMBER HANYA DIJADIKAN ALASAN MEREKA UNTUK MEMUSUHI DAN MEMERANGI ISLAM... TAPI APA YANG LEBIH MENYEDIHKAN HAMBA IALAH APABILA UMAT ISLAM ITU SENDIRI BERSIKAP BIADAP TERHADAP ISLAM...UMUMNYA KITA DIMALAYSIA SERINGKALI DIDEDAHKAN DENGAN PERBUATAN SEGELINTIR ANAK REMAJA KITA YANG TERPENGARUH DENGAN KUMPULAN SKIN HEAD DAN BLACK METAL..ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBAKAR AL QURAN INI... SELAIN INI ANTARA PERKARA YANG SANGAT MENYEDIHKAN APABILA ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM ITU SENDIRI MERASAKAN BAHAWA HUKUM DAN PERATURAN YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN TIDAK LAGI SESUAI DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA..KENYATAAN MEREKA INI ADALAH LEBIH HINA DAN LEBIH BIADAP DARI PERBUATAN MEMBAKAR AL QURAN OLEH BUKAN ISLAM..INI KERANA SEBAGAI SEORANG ISLAM MEREKA TERGAMAK MENYATAKAN AJARAN YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN TIDAK LAGI SESUAI UNTUK DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA... OLEH YANG DEMIKIAN JIKA KITA MAHUKAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM MENGHORMATI AKAN AL QURAN DAN ISLAM,MAKA KITA TERLEBIH DAHULU HARUSLAH MENGHORMATI AKAN AJARAN YANG TERKANDUNG DALAM AL QURAN INI...JIKA TIDAK SIA SIA SAHAJA KITA MENGHARAPKAN BUKAN ISLAM UNTUK MNEGHORMATI AKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI INI... |
| 5 TERTUDUH KES 'BINI PUAKA' BEBAS....... Posted: 24 Sep 2010 10:14 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Selepas setahun dipertuduhkan, lima mahasiswa Universiti Malaya dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan melakukan pencerobohan dan khianat terhadap universiti tertua tanah air itu. Hakim Sesyen di sini, Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa memanggil semua mahasiswa tersebut untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Mereka yang dibebaskan ialah Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani yang semuanya berusia 22 dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 23. Sebelum ini, mereka didakwa menceroboh bangunan fakulti universiti mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semua mereka yang merupakan mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam juga didakwa melakukan perbuatan khianat dengan cara menyimbah petrol ke atas permaidani dan menconteng dinding fakulti. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4 pagi, 24 Jun 2009 di Dewan Utama fakulti itu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin sementara barisan pembelaan diketuai oleh peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli. Pada penghakimannya, Rozana berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting bagi pertuduhan khianat selain tiada keterangan yang menunjukkan mereka berada di kawasan kejadian dan telah melakukan pencerobohan. Beliau yang telah mendengar keterangan 19 saksi pendakwaan menambah, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api yang digunakan dan juga kerosakkan yang diakibatkan oleh bahan api tersebut. "Bagi tuduhan menyimbah petrol dan menconteng dinding, mahkamah dapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahan api yang digunakan adalah petrol dan contengan dilakukan oleh tertuduh. "Bagi semua pertuduhan juga, mahkamah mendapati tiada keterangan langsung yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan yang hanya bergantung kepada bukti ikut keadaan tanpa sebarang bukti sokongan," katanya. Keputusan itu disambut gembira oleh semua mahasiswa terbabit yang saling bersalaman dan memeluk rakan-rakan yang memenuhi galeri awam mahkamah sebagai tanda sokongan. Pada sidang media ringkas yang diadakan di lobi mahkamah, Mohamad Izzuddin, Muhammad Syahrul Deen, Mohamad Aizat, Mohammad Saufi dan Mohd Shazni Munir mengucapkan rasa syukur atas pembebasan mereka. "Keputusan ini menunjukkan keterbukaan mahkamah. Ini juga membuktikan bahawa mahasiswa bukanlah penjenayah," kata Mohd Shazni Munir. sumber : Mstar JEBAT_BERANI : YANG BENAR AKHIRNYA MENANG.............. |
| Posted: 24 Sep 2010 09:34 AM PDT ![]() ![]() Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini. Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields."Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu," katanya kepada Malaysiakini. Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya."Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba," katanya.Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan. Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan."Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan. "Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini. Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010. Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain. Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com. Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini. Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut. Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar. "Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya. JEBAT_BERANI : HAMBA SANGAT2 YAKIN BAHAWA RAMPASAN KOMIK INI DIDALANGI OLEH MEREKA YANG TIDAK SENANG DENGAN CARA ZUNAR MENDEDAHKAN PERBUATAN SALAH MEREKA MELALUI KOMIKNYA....BEGITU CEMAS DAN TAKUTNYA MEREKA DENGAN KOMIK TERBITAN ZUNAR INI..MENGAPA??TIDAK LAIN TIDAK BUKAN KERANA MEREKA BENAR2 MELAKUKAN APA YANG DISEDAHKAN OLEH SAUDARA ZUNAR INI..BAK KATA PERPATAH,"SAPA MAKAN CILI DIELAH YANG RASA PEDASNYA"..... |
| You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan