Selasa, 14 September 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Kejutan yang tidak mengejutkan ... kah kah kaahhh?

Posted: 14 Sep 2010 07:58 AM PDT

"Kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengisytiharkan untuk menubuhkan parti baru?

Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen?

Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden Perkasa ini. Jika Umno sebuah parti yang kuat Melayunya pun menolak Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau?"

Sedutan dari sini.

Anwar Enggan Terima Sebarang Pencalonan

Posted: 14 Sep 2010 12:54 AM PDT

"SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

Disamping itu beliau mengingatkan ahli yang menjadi calon bagi jawatan parti agar patuh kepada etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka."

Seterusnya sini.

Dihambur Ungkapan 'India Mabuk',........?

Posted: 14 Sep 2010 12:44 AM PDT

"KUALA LUMPUR 14 SEPT - Tujuh anggota polis lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan tiga lelaki lain, dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan polis dengan alasan "India selalu mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.

"Ketika itulah, mereka mencabul dengan cara meramas kemaluan," katanya yang mengecam keras perbuatan berkenaan kerana menyalah guna kuasa dan semata-mata untuk memalukan mereka.

Mereka sudah membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa."

Seterusnya sini.

Tiada ulasan: