Selasa, 7 September 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


"Tuan, anak anda bekerja sebagai pelacur..."

Posted: 06 Sep 2010 11:30 PM PDT


Polis di Wilayah Zhejiang, China menggunakan pendekatan baharu untuk menangani masalah pelacuran di situ. Menurut Ketua Balai Xiangfu, Wang Peijun, pegawai polis akan menulis surat kepada ahli keluarga pesalah yang ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran. Surat yang dikirimkan kepada ahli keluarga pesalah itu akan menerangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh pesalah dan meminta ahli keluarga terdekat untuk menasihati pesalah agar insaf dan tidak mengulangi kesalahan yang telah dibuat. Gambar pesalah turut disertakan bersama-sama dengan surat itu. Cerita lanjut tentang hal ini boleh anda baca di sini.
MENARIK!

Lepas baca, kliklah sekali:

Budaya Politik UMCO dalam PKR

Posted: 06 Sep 2010 09:00 PM PDT

Hari Isnin lalu saya siarkan semula luahan hati Datuk Zaid Ibrahim melalui blognya Zahid untuk Rakyat dengan menggunakan tajuk Jika Benar Dakwaan Zaid, PKR Pun Sudah Mula Berpolitik Cara UMCO. Saya tidak ulas apa-apa baik fasal luahan Datuk Zaid mahupun tajuk kiriman yang saya berikan itu. Faham-faham sendiri. Saya fikir dakwaan Datuk Zaid ini hanya andaian semata-mata, jika tidak pun, tidaklah sekronik yang disangka.

Apabila keluar artikel 20 MP PKR Sokong Azmin di HD, maka sahlah budaya politik UMCO sudah bercambah dalam PKR. Cerita fasal sokongan ini samalah juga dengan kes "surat sokongan" yang agak lazim dalam UMCO dan kini sudah berputik dalam DAP. Prinsipnya sama. Siapa yang dapat "sokongan" maka dia berpeluang cerah memperoleh apa-apa yang dihajati.

Sebagai sebuah parti yang dikatakan demokratik, perlukah budaya sokong-menyokong ini diuar-uarkan secara terbuka sehingga menjejaskan peluang pihak yang bertanding? Jika mereka menyokong calon tertentu, maka pangkah sahajalah pada kertas undi (atau cara lain) semasa pemilihan parti nanti. Perbuatan ini secara terang-terang mempengaruhi pihak yang mengundi seolah-olah pimpinan memberikan isyarat bahawa calon yang disokong oleh mereka perlu diberikan keutamaan. Walhal mereka seharusnya berpendirian bebas bagi memastikan calon yang bertanding memperoleh peluang yang sama rata dan menjadikan pertandingan merebut jawatan itu adil sesuailah dengan nama parti yang disertai. 

Hari ini UM pula melaporkan: Apa motif Azmin lantik Anwar sebagai pengurus kempennya? Betulkah begitu? Dalam berita itu pelbagai spekulasi dibuat seolah-olah Azmin boleh "menarik hidung" Anwar untuk kepentingannya.Timbul pula dakwaan Anwar begitu kuat menyokong Azmin sedangkan DAP menyokong Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim sementara Pas pula memberikan sokongan kepada Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub. Macam-macam. Hendak buat macam mana kalau mereka sendiri memberikan "bola tanggung" untuk di"smash" oleh media pihak lawan.

Ringkasnya, seorang kawan membuat kesimpulan: "Kalau dah asalnya UMCO, macam itu jugalah kelakuan mereka." Jika begitu, bagaimana dengan "Harapan Baru" untuk rakyat Malaysia sedangkan hal asas ini pun masih dipengaruhi oleh cara parti lama? 

Sahur & Buka Puasa Makan Dedak Ayam

Posted: 06 Sep 2010 07:34 PM PDT

Siapa wakil rakyat kawasan warga emas ini tinggal? Jangan "tidur", jangan "malas". Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Dua beradik wanita warga emas bukan saja terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari, malah ada beberapa jiran tetangga tergamak memaki dan meludah jika terserempak dengan mereka yang dianggap pembawa sial.

Kesengsaraan dua beradik berusia 70 dan 73 tahun itu makin bertambah apabila anak seorang daripada mereka berusia 37 tahun menghidap sakit mental manakala badannya penuh kurap.

Tiga bersaudara itu menumpang di kediaman seorang saudara mereka di rumah pangsa Blok 73, Taman Ungku Tun Aminah di sini, namun mereka hanya boleh menggunakan ruang tamu dan dapur selain dilarang menyentuh mana-mana peralatan milik tuan rumah atau masuk mana-mana bilik.

Lantaran kedaifan, tiga bersaudara itu terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan harian sehingga ada jiran seagama yang melabelkan mereka sebagai 'keluarga sampah'.

Bagaimanapun, dua warga emas itu, Fatimah Abdul Hamid, 72, dan adik perempuannya, Rahimah Abdul Hamid, 70, dan anak tunggal Fatimah, Robiah Ahmad, 37, nekad meneruskan hidup serba kekurangan itu walaupun masa depan mereka cukup kabur.

Rahimah berkata, dia mempunyai dua anak lelaki tetapi sejak kematian suami, kedua-dua anaknya bersikap lepas tangan dan enggan mengaku dirinya ibu kandung kerana menganggap kehadirannya boleh menimbulkan masalah dalam rumah tangga mereka.

Berikutan itu, dia yang mengalami masalah rabun teruk dan menghidap strok terpaksa menumpang kasih kakaknya, Fatimah yang sedia dibebani Robiah, seorang pesakit mental.

"Meskipun usia sudah lanjut, kakak bersama Robiah keluar rumah dua kali termasuk pada awal pagi dan petang dengan menolak kereta sorong bagi mencari sisa makanan dalam tong sampah untuk dijadikan juadah.

"Saya cukup gembira jika mereka membawa pulang roti, makanan dalam tin mahupun mi yang dijumpai dalam timbunan sampah biarpun sesetengah barangan itu sudah luput tarikh. 
"Kami juga akan menyimpan baki makanan yang tinggal termasuk untuk bersahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini," katanya.

Rahimah berkata, sekiranya Fatimah dan Robiah menemui tin kosong, wayar serta besi terbuang, mereka juga akan mengutip dan menjualnya kepada peniaga barang kitar semula.

Rahimah berkata, pendapatan mingguan keluarga itu yang kurang RM10 juga akan dikumpul bagi membayar bil air dan elektrik kepada pemilik rumah hingga mengakibatkan mereka tidak mampu membeli pakaian selain hanya memakai baju lusuh.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan beberapa jiran memandang jijik terhadap mereka sehingga tidak membenarkan mereka menghadiri sebarang majlis keramaian di situ.

"Kami dipandang hina selepas Robiah mengalami alahan kulit di seluruh badan dipercayai akibat jangkitan kuman kerana terpaksa menyelongkar sampah pada setiap pagi bersama ibunya.

"Kami juga diludah dan dimaki dengan perkataan kesat sehingga sakit telinga sekiranya membuka pintu depan rumah. Sebab itu kami terpaksa keluar masuk menggunakan pintu dapur," katanya ketika melakukan kerja pengasingan barang kitar semula di belakang lorong rumah semalam.

Menurut Rahimah, berbanding keluarga lain yang sibuk melakukan persiapan raya, mereka bertiga hanya mampu menitiskan air mata.

"Sudah hampir lima tahun kami tidak membeli baju raya mahupun memasak makanan sedap ketika Aidilfitri sebaliknya seperti biasa hanya memakan dedak dan makanan basi.

"Rumah kami juga tidak dikunjungi tetamu. Pada hari raya selalunya kami hanya berkurung dalam rumah, mungkin sudah takdir hidup kami begini. Apapun, kami perlu hadapi dugaan Allah ini dengan hati tabah," katanya yang turut berharap kedua-dua anaknya menziarahinya pada 1 Syawal nanti.

OKU "Berahi-Ganas" Dihukum Penjara 15 Tahun & 3 Sebatan

Posted: 06 Sep 2010 05:30 PM PDT

Pesalahnya seorang lelaki OKU. Dia mengaku memukul, menunjukkan gambar lucah, dan kemudiannya merogol mangsa yang berusia 15 tahun. Perbuatan itu dilakukannya ketika baru lima hari umat Islam berpuasa. Saya petik:

[BH] MUAR: Mahkamah Sesyen semalam, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki pekak, selepas mengaku bersalah merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga di dapur rumah mangsa di sini, ketika baru lima hari umat Islam menunaikan ibadat puasa.

Norazlan Mustafa, 29, berasal dari Sungai Mati, Ledang, dekat sini, membuat pengakuan bersalah melalui bahasa isyarat selepas tuduhan dibacakan oleh seorang guru sekolah pendidikan khas dengan bantuan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Kamaruddin Kamsun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh mengetuk pintu dapur mangsa ketika gadis itu bersendirian di rumah sebelum terus memasuki rumah berkenaan.

Tertuduh kemudian menunjukkan gambar lucah kepada mangsa sebelum bertindak memukul mangsa dan merogolnya di lantai dapur rumah berkenaan.

Sebelum melarikan diri, tertuduh turut merampas wang tunai berjumlah RM30 milik mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 4.15 petang pada 16 Ogos lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: