D'Perbatasan |
- Solat Jenazah ADUN Galas
- Pemuda Sosialis sifatkan Reezal hipokrit
- Dr M Pemimpin Rasis - Nizar
- Jangan Beri Muka kepada PERKASA
- Dr M ulangi apa yang Tunku buat
- SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN
- Jenazah Adun Galas akan disemadikan di Gua Musang hari ni.
- Allah Telah Kabulkan Doa Almarhum Ust. Fadhil Nor
- Ada Dalang Yang Bikin Kecoh Dalam Pemilihan PKR
| Posted: 27 Sep 2010 04:46 PM PDT Pemergian hli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang. Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini. ![]() Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang. Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu. Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu. Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir. sejurus tiba jenazah di usung ke dewan solat untuk di sembahyang kan. TGNA ketuai solat jenazah, turut serta pimpinan Pas negeri. Tidak ketinggalan pengundi2, sahabat handai jauh dan dekat ikut serta solat jenazah. Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi. |
| Pemuda Sosialis sifatkan Reezal hipokrit Posted: 27 Sep 2010 05:30 AM PDT Pemuda Sosialis DAP mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.Ketua Pemudanya Loke Siew Foo berkata, buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru. Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan. Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Loke berkata, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara. "Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. "Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial," katanya. Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam. "Saya yakin Reezal (gambar kanan) fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal," katanya.Soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu berbunyi "sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian." Kata beliau, untuk maklumat Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu. "Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. "Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. "Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal," katanya. Oleh itu kata beliau, untuk pengetahuan Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh Reezal. "Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal," katanya. Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu. Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Reezal sehari sebelum itu sebagai "satu pembohongan". Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam. Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan. Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian. |
| Posted: 27 Sep 2010 05:24 AM PDT Beliau kesal kerana bekas Perdana Menteri itu mudah membuat tuduhan terhadap pemimpin pembangkang termasuk Pas, kononnya tunduk kepada telunjuk DAP tetapi tidak pernah membentangkan bukti. "Dr Mahathir atas sentimen ketuanan dia itu menyatakan orang Cina berfikiran mahu mengurangkan kuasa orang Melayu", katanya yang menganggap kenyataan berkenaan sebgai cubaan memecah belah perpaduan parti gabungan Pakatan Rakyat. "Saya hantar mesej kepada Tun Dr Mahathir. Beritahu saya, apa benda yang DAP suruh saya buat dan saya buat, sampai sekarang tidak ada jawapan", kata Nizar pada satu ceramah di ibu pejabat Pas Perak di sini, malam tadi. Sebelum ini, Dr Mahathir pada temu bual dengan Umno Online berkata, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara tetapi tidak pula mengemukakan fakta bernas. Beliau yang pernah dilabel pemimpin ultra-Melayu sebelum menjadi Perdana Menteri, juga pernah mengatakan, orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika Pakatan Rakyat berkuasa. Nizar(gambar kanan)sebaliknya percaya pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) semakin hilang kekuasaan dan tinggal nyawa-nyawa ikan berikutan masalah dalaman yang semakin meruncing dan sering membangkitkan sentimen perkauman sekali gus mengabai hak kaum minority."Mereka cemburu (kerana Melayu sokong PAS dan Pakatan Rakyat), mereka hendak pastikan sokongan kepada PAS, DAP dan Keadilan di kalangan rakyat Malaysia dikurangkan", katanya. Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Perak tidak mudah diperolok-olok dengan permainan politik Umno "Hari ini mereka dapat pukulan balik kerana orang tahu perkara ini tidak betul, maka Umno sahaja yang sengaja menjadikan isu. Sementara itu, Ketua Cabang Gopeng, Lee Boon Chye berkata, Pakatan Rakyat akan sentiasa bersatu padu dalam mengukuhkan kedudukan parti walaupun sentiasa diuji dengan tohmahan berbaur sentiment perkauman. "Apabila kita dicabar oleh Umno BN dengan sentimen perkauman, jawapan kita adalah kita mesti bersatu-padu. Kita kena tunjukkan rakyat mesti bersatu-padu walaupun kita diancam oleh sentimen perkauman. "Apabila rakyat dizalimi, kita akan bangkit menegakkan keadilan. Apabila mereka rasuah, kita mesti bangkit menentang mereka habis-habisan",katanya. |
| Jangan Beri Muka kepada PERKASA Posted: 27 Sep 2010 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR 27 SEPT: Perkasa tidak harus dilimpahi publisiti meluas sebagaimana yang dinikmati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Seakan-akan mengiyakan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini yang mengkritik Utusan Malaysia kerana memberi ruang besar kepada pimpinan Perkasa kebelakangan ini, Presiden Gerakan itu menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu sebagai tidak penting dan tidak harus diberi muka serta tiada sebab untuk memberi ruang terlalu banyak . "Namun, kita harus melihat pada sebab musabab masalah mereka yang boleh kita klasifikasikan sebagai sosio-ekonomi dan politik," katanya kepada wartawan selepas di National Unity Forum 2010 di Jakarta. Dari TV Selangor |
| Dr M ulangi apa yang Tunku buat Posted: 27 Sep 2010 05:01 AM PDT SELEPAS Tun Dr. Mahathir mengkritik politik dan pentadbiran Tun Abdullah Badawi hingga menyebabkan penggantinya itu terlucut dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno, kini Dr. Mahathir mula melepaskan sasarannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula.Terakhir dari beberapa tegurannya terhadap pentadbiran dan pimpinan Najib ialah kekaburan yang dirasanya tentang slogan 1Malaysia. Dia tidak jelas dengan konsepnya dan mulai melihatnya sebagai suatu yang lemah dan keliru. Lalu dia minta Najib memberi penjelasan. Orang mula merasakan Dr. Mahathir mulai hilang keyakinan terhadap orang yang diharapkannya untuk menjadi pemimpin yang baik bagi negara ini sama seperti yang diharapkannya kepada penggantinya Tun Abdullah Badawi. Kedua-dua Abdullah dan Najib adalah orang harapannya dan pilihannya. Dia mendahulukan Abdullah kerana usianya lebih tua dari Najib. Ada tanda-tanda Najib bukanlah pilihan pertama Abdullah bagi menjadi timbalannya, tetapi tekanan Dr. Mahathir dipercayai mendorong dia memilih Najib. Ertinya Dr. Mahatahir ada peranan dan pengaruh bagi menjadikan keduanya sebagai penggantinya secara berturut-turut. Atas kekecewaannya kepada Abdullah, dia dikira sebagai orang penting menjatuhkan Abdullah. Dan sekarang dia seolah-olah kecewa pula kepada Najib. Siapa yang betul padanya dan apa masalahnya orang tua ini? Itu yang orang cuba persoalkan perangai tua Dr. Mahathir. Saya tidak terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir itu malah ia telah saya ramalkan dalam buku saya Dokumen Putrajaya terbit kurang setahun menjelang persaraannya. Dr. Mahathir adalah orang politik dan pemikir. Orang sepertinya tidak teragak-agak untuk menyatakan fikirannya terhadap apa dia rasa perlu zahirkan, baik dia suka atau tidak suka. Dia akan beri fikiran atas apa jua perkara dan isu. Jika Tunku Abdul Rahman Putra yang menjadi pemimpinnya dia boleh tegur dan kritik, maka dia boleh tegur dan kritik siapa saja. Kalau Tunku sendiri yang tidak bermulut luas sepertinya tidak teragak-agak untuk komen terhadap pentadbiran dan kepimpinan Tun Razak yang menjadi penggantinya, dan tidak segan silu menegur pentadbiran Tun Hussein Onn dan pentadbiran Dr. Mahathir, maka Dr. Mahathir yang lantang dari Tunku sudah tentu tidak teragak untuk memberi komen atas apa jua yang tidak disetujuinya. Andaian itu telah saya sebutkan dalam buku itu. Dr. Mahaathir bukan seorang yang boleh duduk diam saja terhadap apa jua perkembangan. Jika Tunku tidak segan menegur pentadbiran Tun Razak, Tun Hussein dan Dr. Mahathir sendiri, hingga orang terasa tiada orang yang betul bagi Tunku melainkan dirinya saja.Tidak terfikir orang bahawa Tunku yang pernah menjadi pemimpin boleh menegur secara terbuka dan berterus terang terhadap pemimpin-pemimpin Umno selepasnya. Akhbar The Star memberi ruang setiap minggu kepada Tunku untuk menulis apa saja yang dia rasa perlu tulis dan Tunku telah menjadikan ruang akhbar itu untuk menyatakan segala pandangannya. Hingga akhirnya pentadbiran Dr. Maahathir menggantung akhbar MCA itu dan billa ia dibenarkan terbit semula ruang Tunku telah ditiadakan. Kritik Tunku terhadap Tun Razak menyebabkan penggantinya itu hilang populariti. Pengaruh dan kemasyuran Tun Razak sebenarnya dilihat lebih hebat di masa menjadi timbalan Tunku dari zaman menjadi pengganti Tunku. Hingga ada anggapan Tunku melalui tulisannya itu seperti mahu kembali berpolitik dan mengambil alih kuasa semula dari Tun Razak. Orang yang mahu Tunku berbuat demikian pun ramai. Apa yang dibuat Tunku itu dirasa orang sama seperti yang Dr. Mahathir telah buat terhadap Tun Abdullah dan yang mula disasarkan terhadap Najib. Hatta Tunku pernah bertekad untuk membentuk parti baru bagi menyaingi Umno dan bagi melucutkan kedudukan Tun Razak. Tun Razak telah diselamatkan oleh kematiannya dalam perkhidmatan. Usaha mengkritik Tun Razak dihentikan. Tetapi Tunku tidak menghentikan kritiknya kepada pengganti Tun Razak. Pada saya Tunku berbuat demikian ialah disebabkan dia seorang negawaran yang sebenar-benarnya berpolitik dan ada fikiran serta pendirian. Dia tidak dapat diamkan apa yang dirasanya perlu dinyatakan. Maka tidak pelik bagi Dr. Mahathir melakukan yang sama terhadap Perdana Menteri dan pemimpin Umno yang menggantinya. Jika Tunku bertindak begitu, maka suatu yang normal pula bagi Dr. Mahathir bersikap seperti yang tunjukkan Tunku. Kita tidak tahu apakah Tun Razak juga begitu kiranya usianya panjang. Ada pun Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi dirasakan tidak mengikut jalan Tunku dan Dr. Mahathir. Kelas politik Tun Hussein dan Tun Abdullah dirasakan tidak sampai pada kelas Tunku dan Dr. Mahathir. Dalam alam politik berdiam itu dikira politik bisu. Tunku dan Dr. Mahathir bukan dari jenis yang bisu. |
| SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN Posted: 27 Sep 2010 04:37 AM PDT Loke Siew Fook 27 September 2010 En Reezal Merican, Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda. Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi; Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian. JAWAPAN: 1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara. 2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial 3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam. Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal. Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal. Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal! Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan! Sekian dimaklumkan, terima kasih "MALAYSIAN FIRST" Berkhidmat untuk rakyat, LOKE SIEW FOOK Ketua Pemuda Sosialis DAP Dan Ahli Parlimen Rasah |
| Jenazah Adun Galas akan disemadikan di Gua Musang hari ni. Posted: 27 Sep 2010 04:31 AM PDT ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi. Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang. Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari. Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti. Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi. Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh. Sementara itu, di Rantau Panjang, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham. Tunggu sijil kematian "Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib. "Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan. Sementara itu, jenazah Che Hashim sedang diuruskan di Masjid Jamek Kampung Baru, kata pembantu peribadinya Husin Embong. Beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat menziarahi allahyarham di masjid itu, termasuk timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, serta naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. "Selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan, kita akan terus bertolak bawa jenazah ke Gua Musang," kata Husin ketika dihubungi.Beliau menjangka, mereka akan bertolak membawa jenazah ke kampung halamannya di Kampung Kerinting, Gua Musang menjelang jam 7 malam. Tambahnya, pimpinan PAS negeri serta warga Gua Musang akan menunggu ketibaan jenazah di Masjid Tengu Faiz Petra dan akan terus disemadikan di perkuburan berhampiran. Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak, yang turut berada di masjid itu hari ini. |
| Allah Telah Kabulkan Doa Almarhum Ust. Fadhil Nor Posted: 26 Sep 2010 11:02 PM PDT Almarhum Us Fadhil Nor pernah menyatakan dalam ceramah beliau agar Allah memanjangkan umur Tun Mahathir agar dia dapat melihat kehancuran dan akibat di zaman pemerintahannya. Hari ini kita dikejutkan dengan kenyataan bahawa seandainya PR menguasai kerajaan, orang Melayu akan kehilangan kuasa dan hak. Kenyataan yang dikeluarkan untuk menakut-nakutkan orang Melayu untuk memilih PR dalam PRU ke 13.Rakyat tentulah boleh menilai bagaimana gagalnya UMNO yang diberi amanah untuk menguruskan negara bagi memartabatkan orang Melayu. Akibatnya wujudlah istilah Umnoputra bagi membuktikan bagaimana UMNO gagal membela nasib Melayu. Bagaimana gagalnya UMNO memartabatkan hak Melayu/bumiputra dalam peruntukan DEB untuk mencapai kouta 30%, sedangkan segala peruntukan bagi mencapai matlamat tersebut telah digunakan sepenuhnya. Lihat pula isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang kini seolah-olah ia berpunca daripada pemerintahan Lim Guan Eng, sedangkan apa yang UMNO buta setelah ia mendapat jumlah kerusi yang besar mengatasi Gerakan dahulu, demikian juga isu penagihan dadah, gejala sosial dan lain-lain \iadalah manifestasi GAGALNYA UMNO MEMBELA NASIB MELAYU. Hari ini setelah rakyat melihat kegagalan UMNO menjadi pembela Melayu/Islam, mereka mula melihat kemampuan PAS menerajui perubahan bagi membela nasib. Walaupun dasar PAS bukan bersifat perkauman, namun realiti dasar pembelaan rakyat miskin, pengagihan kekayaan negara kepada rakyat, penghapusan rasuah dalam perkhidmatan awam, dan pelbagai dasar yang telah dilaksanakan di negeri yang dimenangi oleh PR; menyebabkan rakyat mulai melihat PR mampu menjadi pembela golongan mustad'afin dan menjadi juru bicara ummah yang tertindas. Dasar Islam yang dibawa oleh PAS lebih meyakinkan kita. Agihan kekayaan negeri mesti diutamakan kepada negeri berkenaan. Zakat umpamanya diperintahkan diambil dari harta golongan yang wajib di kalangan mereka, bagi diagihkan dikalangan mereka yang layak. Bayangkan seandainya 20% royalti minyak dikembalikan kepada negeri-negeri yang puratanya rakyat termiskin di Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, dan Terengganu; dengan tiadanya rasuah dan salahguna kuasa dan ianya berjalan dengan baik, InsyaAllah kehidupan rakyat luar bandar yang diabaikan lebih daripada 50 tahun ini kita bela, dan kita akan menyaksikan munculnya sebuah negara baru yang hebat. |
| Ada Dalang Yang Bikin Kecoh Dalam Pemilihan PKR Posted: 26 Sep 2010 10:45 PM PDT Bukan Ahli Dalangi Kekecohan Pemilihan Cabang PETALING JAYA 27 SEPT: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata ketegangan yang berlaku dalam beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan 2010 di beberapa cabang, sebahagiannya didalangi kelompok yang bukan ahli parti.Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan. "Kita mendapat gambarnya dan ibu pejabat mengenal pasti identiti mereka yang bukan lagi menjadi anggota parti, malah sudah mengisytihar keluar parti," katanya. Beliau berkata demikian kepada TV Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang berlangsung hampir tiga jam di ibu pejabat, malam tadi. "Apakala menyedari peluang untuk menang itu tipis, maka ketika itulah dilakukan kekacauan. Biasanya dimulakan dengan menghantar beberapa orang yang dengan mudahnya melepasi kawalan kerana jumlah petugas kita yang kecil. Saifuddin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengambil tindakan segera dengan menambah petugas yang mengendalikan proses pemilihan, selain turut menegur pengurusan cabang. Ahli Parlimen Machang itu berkata, pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan.Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, status pemilihan bagi cabang yang berlaku bermasalah akan ditentukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tidak lama lagi. "Sama ada mereka akan mengadakan mesyuarat sebelum kongres, atau sebelum pengundian MPP (Majlis Pimpinan Pusat) atau pun selepas Kongres. Buat masa ini, kami belum mengadakan pertemuan," katanya. -TVS p/s: Saya merasakan kenyataan Setiausaha Agong PKR ada benarnya. Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan. Kita ambil satu contoh misalnya di Kota Raja. Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam. Keputusan yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi. Jelas di situ Xavier memenangi persaingan tersebut dengan undi yang banyak. Saifuddin menyatakan pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan. Ini bertepatan dengan apa yang GB ulaskan sebelum ini. Petikan: Perlu ada sikap tanggungjawab di kalangan pemimpin parti serta peningkatan mutu pengurusan di peringkat cabang supaya hal-hal yang hodoh di dalam pemilihan kali ini tidak berulang. Dari RAKYAT MARHAEN |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan