Sabtu, 25 September 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Overcome Rosmahophobia first!

Posted: 25 Sep 2010 07:39 PM PDT

Bernama semalam melaporkan berita bertajuk "Najib tawar bantu Obama atasi fenomena Islamophobia di Amerika". Keinginan yang baik. Tetapi, bak kata Orang Putih, get your house in order first. Harap mereka yang 'asabiyyah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak hangin satu badan kalau saya kata, the best thing for Najib to do is to help himself overcoming Rosmahophobia first.

Teringat pula perbualan dengan beberapa kawan semalam. Subjek perbualan kami ialah orang yang menjadi kebencian umum. Kami sependapat bahawa bukan senang nak jumpa orang yang budak-budak pun tak fasal-fasal benci kat dia. Jarang berlaku perkara sebegitu. Ada yang bertanya, mengapa sampai macam tu sekali Tuhan tunjuk? Ada pula yang bertanya, dia ni puaka apa sebenarnya?

Saya tak teringat nak cakap masa berbual tu, tapi saya nak kata di sini bahawa saya tertanya-tanya adakah semua yang membenci itu salah dan dia seorang ja yang betul? Saya pun tak tau apa jawapannya. Tetapi yang pasti, kebencian makin merebak dengan begitu dahsyat.

Apa pun, saya sentiasa berharap tidak ada lagi mana-mana pemimpin politik yang memenatkan mata dan telinga kita dengan karut-marut yang keluar dari mulut mereka. Saya minta gitu kepada semua pemimpin politik tak kira dari parti mana pun, termasuk pemimpin pemuda sebuah parti pembangkang yang nampaknya tak puas-puas lagi mencincang keyakinan saya untuk mempercayakan masa hadapan anak cucu saya kepada kepimpinan Mamat yang jenis-jenis lagu tu. Saya malaslah nak cakap lebih-lebih.

Saya hanya nak minta kepada semua pemimpin politik, please stop talking shit!

Cakap fasal Islamophobia, siapa yang merebakkan Islamophobia di negara ini? Saya tetap mengatakan Umno. Oleh kerana menggelejat sangat nak melawan PAS terutama sejak 1982 lalu, Umno menjadi ketagih melampaui batasan hingga ke peringkat memerangi Islam dan menakut-nakutkan rakyat kepada Islam. Siapa boleh lupa kenyataan Najib pada 20/4/83 kepada para wartawan? Sedap mulut dia mendakwa kononnya negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Ia sama seperti orang kata produktiviti kita akan terjejas kalau kita puasa. Sedangkan, puasa terang-terang memperbaiki kesihatan (Kita puasa kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah. Yang bab kita rasa sihat sangat tu, anggaplah ia sebagai hadiah percuma dari Allah. Dah Allah bagi hadiah, takkan nak berlagak kepada Allah dan menolak hadiah-Nya).

Nak lawan PAS, lawanlah. Tetapi, jangan kurang ajar terhadap Islam dan Allah s.w.t. Kalau ya pun meluat sangat kepada PAS dan pemimpinnya, janganlah kurang ajaq sangat pi hentam Islam pula. Saya pun meluat kepada sebahagian pemimpin PAS, tetapi itu bukan lesen kepada saya untuk menghentam ajaran Islam. Na'uzubiLlahi min zalik!

Masalahnya, memang politic of fear adalah makanan utama Umno. Dan hari ini pula, demi kepentingan politiknya, tak habis-habis apikan perkauman untuk menyelamatkan kesedapan membantai kekayaan negara melalui kuasa yang ada padanya.

Saya boleh menghargai orang bercakap mengenai kebimbangannya tentang orang-orang Melayu. Tetapi saya benci sangat apabila pengkhianat Melayu berpura-pura bimbang tentang orang-orang Melayu. Siang hari terjerit-jerit fasal Melayu sedangkan pada malam harinya, dengan kuasa politik yang ada pada mereka, terjelir-jelir seperti anjing lapar merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah.

Penjahat-penjahat yang berlagak macam bagus sangat tu tak ubah seperti riwayat yang saya dengar tentang syaitan yang nak berlagak mengajar kalimah syahadah kepada Nabi Isa 'a.s. yang dikasihi.




Dari penarik beca

Dah kalah tu.. sudah-sudahlah...

Posted: 25 Sep 2010 07:18 PM PDT

"Aslkm sdr2 ku, sy mohon agar kta sama2 bngkit mnentng ktdak adiln yg blaku smasa pmilihn ajk cbg krn ada 'tgn ghaib' shingga mnybbkn pmimpin yg kta snjungi PAK TAM trpksa mnarik diri di saat2 akhir utk mmbrikn kmenngn prcuma kpd Yb mansor. Kta slalu tuduh org lain amalkn kroni, nepotisme & rasuah tp kini mnular dlm pkr. Apakah kta nk lihat parti kita hancur! Marilah kita tunjukkan perpaduan anak tempatan dan pulaukan semua program. Salam Anak Jati Ppauh" - Sms

Tak faham ? baca dibawah..

Assalamualaikum saudara-saudaraku, saya memohon agar kita sama-sama bangkit menentang ketidak adilan yang berlaku semasa pemilihan ajk Cabang kerana ada 'ada tangan ghaib' sehingga menyebabkan pemimpin yang kita sanjungi Pak Tam terpaksa menarik diri disaat-saat akhir untuk memberikan kemenangan percuma kepada YB Mansor. Kita selalu tuduh orang lain amalkan kroni, nepotisme & rasuah tapi kini menular dalam pkr. Apakah kita nak lihat parti kita hancur! Marilah kita tunjukkan perpaduan anak tempatan dan pulaukan semua program. Salam Anak Jati Permatang Pauh.

- Terjemah dari Sms


Itu adalah sms yang disebarkan oleh seorang manusia yang tidak bertanggungjawab atau manusia yang bacul kerana bersifat baling batu sembunyi tangan di Kawasan Parlimen Permatang Pauh semalam .


SMS telah dikirimkan kepada kebanyakkan Ahli PKR Permatang Pauh mengajak mereka bangun menentang ketidak adilan yang berlaku semasa Pemilihan PKR Cabang Permatang Pauh pada Ahad lepas. Dikirim melalui satu nombor yang apabila dihubungi tiada jawapan.

Kenapa agaknya ini berlaku? Adakah benar kerana pemilik nombor yang menghantar SMS tersebut benar-benar mahukan keadilan atau sekadar mahu melihat perpecahan dalam PKR Permatang Pauh?

Biarpun semasa pemilihan itu kumpulan yang menentang Dato Mansor, bertindak seolah-olah mereka sangat membenci Dato Mansor.. percayalah kebencian itu timbul bukannya kerana mereka membenci Dato Mansor..

Bagi mereka Dato Mansor itu kurang disenangi oleh masyarakat bukanlah kerana batang tubuh beliau sendiri tetapi lebih kerana beliau dicorakkan oleh sekumpulan manusia yang berada disekelilingnya, manusia yang sama yang telah mencorakkan TKM1 sebelum ini iaitu Fairuz..

Segala pertelingkahan tentang pemilihan tersebut telah berakhir setelah berakhirnya Pemilihan itu.. Demi kebaikkan Parti tiada tindakan susulan diambil oleh pihak yang menentang Dato Mansor.. Percayalah.. kerana antara mereka itu ialah Aku sendiri…

Malangnya masih ada pihak yang tidak berpuas hati tentang pemilihan itu.. Pihak yang menang mana mungkin akan merasakan tidak puas hati, yang tidak puas hati sudah tentulah pihak yang kalah.. mungkinkan?

Kenapa tidak protes dilakukan melalui saluran yang betul? Kenapa tidak protes ketika Cabang bermesyuarat tempoh hari? Adakah kerana sipengirim yang bacul itu takut untuk berhadapan dengan DS Wan Azizah?

Dan kenapa pula sanggup mengeluarkan belanja untuk mengajak ahli-ahli PKR Permatang Pauh memprotes semua program yang akan dianjurkan oleh Cabang Permatang Pauh setelah pemilihan berlangsung seminggu?

Dari SMS diatas.. apa yang jelas jika ianya dilakukan oleh pihak yang menang mereka memang sangat bodoh malah terlalu bodoh hingga mahu memboikot segala Program yang akan dijalankan oleh mereka sendiri.

Jika ianya dilakukan oleh ahli PKR Permatang Pauh, individu yang bacul itu perlu disingkirkan dengan segera.. jangan dibiarkan ada api dalam sekam.

Andaikata benar ianya dikirimkan oleh ahli PKR sendiri, jelas disini beliau tidak berpuas hati atau tidak boleh menerima kekalahan kumpulan yang disokong beliau..

Sudah-sudahlah.. terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka bukan dendam yang membara.

Jika dilakukan oleh penentang PKR iaitu UMNO.. hmm.. apa yang aku boleh kata ialah.. NICE TRY.. BUT NOT SO NICE.. YOU CAN TRY AGAIN LATER…




Dari Anak Sungai Derhaka

Masa Depan Melayu-Bumiputera Terjamin Di Bawah Pakatan Rakyat

Posted: 25 Sep 2010 05:34 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hanya di bawah pentadbiran pusat Pakatan Rakyat nasib masyarakat Melayu dan Bumiputera terbela dan masa depan mereka terjamin.

Mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik di bawah Pakatan Rakyat, Anwar berkata motif kenyataan tersebut hanya mahu menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya terus menyokong Barisan Nasional.

"Kenyataan Mahathir tidak langsung menusabah. Ia merupakan satu pandangan jumud yang sudah usang, ia bertujuan khusus untuk menutup kelemahan Umno dan terus menerus memenjarakan pemikiran masyarakat Melayu.

"Kita melihat sebahagian besar kekayaan negara ini tergadai di tangan peniaga Cina dan India yang menjadi sekutu dan kroni Mahathir pada zaman pemerintahan beliau dahulu," kata Anwar ketika menghadiri majlis jamuan rumah terbuka Parlimen Teluk Kemang hari ini.

Malah kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bukanlah menjadi rahsial lagi bahawa amalan serta budaya kronisme bermaharajalela seerta dibiarkan berleluasa di mana hanya segelintir golongan elit Melayu yang rapat dengan pimpinan Umno-BN yang diberikan keutamaan dengan mengkesampingkan masyarakat Melayu majoriti.

"Kita dapat melihat kumpulan peniaga besar yang sentiasa mendapat kontrak kerajaan secara rundingan terus seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan dan segelintir Melayu yang menjadi kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar," tegas beliau.

Ini berlainan dengan pendekatan yang diambil Pakatan Rakyat yang menitik beratkan konsep kesamarataan dalam pengagihan sumber kekayaan negara berlandaskan prinsip keadilan dan ketelusan.

Pakatan Rakyat kata Anwar tetap menyanjung dan mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu.

"Ini yang dijadikan isu kononnya kita akan memberi kekayaan kepada kaum Cina sahaja, ini merupakan taktik kotor Umno di mana dia akan mencipta satu isu dan menggunakannya untuk menakutkan kaum Melayu. Di sini, Umno menakutkan kaum Melayu mengatakan hak mereka akan terhakis.

"Siapa yang memulakan isu mempertikaikan hak Melayu? Umno! Mereka akan mencipta isu sebegini dan akan mengesahkan bahawa warga Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan mereka," tegas Anwar lagi.




Oleh Dzulkarnain Taib

Gamis seru mahasiswa terus bangkit

Posted: 25 Sep 2010 05:33 AM PDT

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru kepada seluruh mahasiswa agar meneruskan kebangkitan dan berpandangan bahawa satu momentum baru terhadap gerakan mahasiswa akan berlaku pada masa hadapan.

Sehubungan itu, presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam kenyataan kepada Harakahdaily mengalu-alukan keputusan mahkamah semalam yang membebaskan lima mahasiswa UM daripada tuduhan terhadap mereka.

Katanya, Gamis berpendirian bahawa mahkamah selaku insitutusi keadilan telah menjalankan tanggungjawab secara adil dan telus untuk mengadili mahasiswa yang dituduh.

Tambahnya, Gamis juga menyatakan bahawa keputusan tersebut telah membuktikan bahawa mahasiswa tersebut bukanlah penjenayah seperti mana yang dituduh sesetengah pihak kerana mahasiswa sentiasa berjuang bagi pihak kebenaran.

Disitu ada kebahagiaan, sayangilah keluarga.

Posted: 24 Sep 2010 11:40 PM PDT

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semua disini termasuk saya sedang menjadi saksi bisu kepada sebuah keruntuhan sosial dan moral manusia yang mendiami negera kita malaysia ini.Disaat kita tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk merubah, disaat hati merintih dan menangis melihat seorang demi seorang dari kalangan kita menawarkan diri untuk menjadi sebahagian dari keruntuhan itu, disaat segala macam mungkar berserabut bersama ma'aruf dan apabila tidak diendahkan lagi soal agama dan adat budaya, disaat itu kita hanya mampu bersikap kesal dan berharap akan ada perubahan dimasa akan datang.

Dimanakah silap kita?

Satu persoalan yang wajib difikirkan dan diterjemahkan ke dalam tindakan susulan.Sistem pendidikan kita lemah.Sistem kekeluargaan kita lemah.Tarbiah dari ibubapa tidak mencengkam jiwa remaja dan gagal melahirkan remaja yang memahami erti hidupnya didunia.Apabila menjadi remaja, mereka mencari diri sendiri.Sedangkan hidup bukan untuk mencari diri sendiri.Hidup ini untuk mencipta diri sendiri.Mencipta diri untuk menjadi mukmin atau menjadi manusia tampa bimbingan wahyu.

Apabila hidup difahami untuk mencari diri sendiri, akankah kita temui diri kita yang mukmin?Pastinya kita menemui diri kita yang gagal memahami erti hidup, diri yang tidak tenang kerana terpinga-pinga mencari tujuan hidup, lantas mengambil jalan mudah dengan terjebak kedalam sistem keruntuhan yang sudah tercipta.Inilah yang sedang dihadapi oleh kebanyakan remaja, samada pelajar mahupun remaja rempit.

Peningkatan kes zina semakin menjadi-jadi.Ia merebak hingga kepada pelajar-pelajar sekolah berumur belasan tahun.Itu belum saya sentuh tentang apa yang couple buat ketika berdua-duaan.Istilah "ringan-ringan" begitu biasa bagi mereka yang menyertai keruntuhan ini.Jika teman sekerja saya berani bercerita tentang perlakuan ringan-ringan yang dilakukan bersama teman wanitanya5 tahun dahulu , saya tidak tahu apakah situasi sekarang.Lalu saya tidak pelik jika negara ini dibanjiri dengan anak luar nikah.Anak-anak ini akan besar lalu menjadi masyarakat.Iman tidak diwarisi, begitulah juga dosa tidak boleh diwarisi.Namun dalam saya meramal wajah negara ini untuk 50 tahun akan datang, saya sempat berpaling kepada generasi muda yang ada sekarang.

Dimana bahagia?Mungkin pada keluarga.Kerana itu islam menggalakkan mendirikan rumahtangga.Disaat saya menulis "Cinta yang terdidik dan beperinsip"saya diserang perasaan takut.Saya takut kalau-kalau tulisan saya menjadi sandaran untuk menghalalkan couple yang tidak berprinsip dan menyalahi ajaran islam.Lalu saham daripada dosa itu terpaksa juga saya tanggung.

Kawinlah!

Jika bahagia itu pada keluarga, kawinlah.Kita selama ini terikat pada tembok mentaliti yang terlalu sempit dan merimaskan.Susahkah kawin semasa belajar?Jika ingin menumpukan pada pelajaran itu menjadi sebab, bagaimana pula dengan si suami yang menumpukan pada kerja?Jika anak menjadi sebab, bagaimana pula dengan suami dan isteri yang bekerja?Tidakkah masyarakat kita dipenuhi dengan pasangan-pasangan yang mempunyai banyak komitmen lain selain dari keluarga?Tidak pun ia menjadi penghalang kepada rumahtangga.Namun apabila berbicara soal berkawin semasa belajar, kita membataskan anak-anak remaja kita dengan alasan-alasan sempit sebegitu.Apabila berlaku zina, siapakah yang bersalah?

Namun,bagaimana harus kita memahamkan ibubapa yang sudah bermentaliti begitu.Saya faham,restu keluarga itu juga yang terpenting.Kerana itu kita sedar bahawa kita dilahirkan dalam suasana yang terlalu berkehendakkan kepada perubahan.Mengapa memilih untuk menjadi diri sendiri yang ada sekarang jika kita mampu mencipta diri yang lebih baik?

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

-AmirD'Perbatasan

Kenyataan Muhyiddin Bersifat Anti-Perpaduan

Posted: 24 Sep 2010 11:12 PM PDT

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran tidak berkuasa menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau dianggap tidak bertanggungjawab dan anti- perpaduan kerana pada masa yang sama beliau cuba menjadi hero perpaduan melalui gagasan '1Malaysia'.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kenyataan Muhyiddin itu dilihat kurang bijaksana kerana seolah-olah mempertahankan pengetua yang bersikap perkauman terhadap pelajar bukan Melayu.

"Sekurang-kurangnya mereka disiasat kerana melakukan provokasi terhadap murid-murid ini kerana mengikut Perlembagaan yang termaktub, kita perlu menjaga hak dan kepentingan semua kaum.

"Beliau seolah-olah cuba lari daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan dan tidak menyelesaikan secara profesional seperti pepatah, baling batu sorok tangan. Ini memendekkan lagi hayat politik pemimpin Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Ini menunjukkan, kerajaan Umno-BN sudah berada di penghujung jalan dan bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Kebiasaannya, orang tua kata mereka yang akan mati buang tabiat dan inilah yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN sekarang ini," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.

Apa yang dikesalkan katanya, jika perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pihak polis dengan pantas akan mengambil tindakan undang-undang tetapi dalam hal yang membabitkan kepentingan Umno-BN, sedikit pun tidak ada tindakan terhadap mereka yang terlibat.

"Kita ambil contoh seperti akhbar Suara Keadilan yang baru-baru ini disaman Felda, isu itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengumuman saman RM200 juta itu di media.

"Begitu juga dengan tindakan pihak polis yang dengan segera mengambil tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya," ujar beliau.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya tidak kuasa mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut terletak di tangan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.

Tiga hari lalu, MCA melahirkan rasa tidak berpuas hatinya dengan pengetua yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pelajar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu, Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Chong berkata ibu bapa pelajar terbabit juga telah memohon kepada Jabatan Pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani itu dipindahkan secepat mungkin.

Pemuda Umno bohong, wang ihsan bukan dana kelab kuda

Posted: 24 Sep 2010 11:00 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan Pemuda Umno bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Sehubungan itu tegas beliau, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam sebagai "satu pembohongan."

Lim menjelaskan, dana daripada kelab tersebut hanya digunakan untuk membantu bukan Islam yang jumlahnya 10 peratus di kalangan miskin tegar negeri itu.

"Dakwaan Reezal adalah usaha Umno mahu mensabotaj program warga emas," kata Lim (gambar) selepas merasmikan program pembersihan pantai antarabangsa di sini hari ini.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Surat itu, bertarikh 9 Julai 2010, yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob mengesahkan sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Reezal berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

Akhir minggu lalu Reezal mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat minggu lalu adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand

Posted: 24 Sep 2010 10:49 PM PDT

Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.

Persidangan Kali Pertama Lima Dasar dan Ekspo antara lima negeri dalam Malaysia iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis manakala Thailand diwakili empat wilayah Selatan, Yala, Pattani, Satun dan Songkla.Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Dr Nik Mazian Nik Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Ir Mustafa Salleh, Kedah diwakili oleh Exco negeri, Abd Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Exco Perlis, Ahmad Bakri Datuk Ali dan Pegawai Khas Exco Perak, Noormah Ismail.

Perasmian persidangan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Trirong Suwankiri.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Penglibatan dalam Lima Dasar yang melibatkan lima sektor utama iaitu industri halal, pelancongan, perdagangan, logistik dan pelaburan antara negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand boleh meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dalam meningkatkan ekonomi.

Menurut Ir Mustaffa Salleh, persidangan itu amat berguna kepada kerajaan negeri dalam menarik pelabur di pelbagai bidang yang disenaraikan tersebut.

"Keadaan Kelantan yang begitu strategik dengan Selatan Thai akan memudahkan hubungan dua hala dalam menjayakan program ini dan secara kebetulannya adat budaya antara Kelantan dan Selatan Thai banyak persamaannya," kata beliau.

Beliau juga berharap disebabkan ia melibatkan kedua-dua negara, kerajaan Pusat seharusnya mengambil beberapa langkah dalam menjayakan rumusan hasil daripada persidangan kali pertama ini.

"Insya Allah, saya berpendapat Kelantan akan bersedia melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang dijadikan agenda penting persidangan ini kerana ia begitu baik demi peningkatan pembangunan ekonomi negeri," ujarnya lagi.

Abdul Ghani Ahmad pula berpendapat persidangan dan ekspo yang diadakan buat pertama kali itu akan membuka peluang kepada kerajaan Kedah dan agensi swasta untuk memulakan perbincangan dua hala dalam bidang yang ditetapkan itu.

"Kedah akan bersedia untuk melibatkan diri demi pembangunan Kedah dan Selatan Thailand boleh menjadi rakan dalam memajukan antara kedua-dua pihak," katanya.

Abd Ghani juga berharap walaupun penglibatan tiga negeri dalam Pakatan Rakyat dalam persidangan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh pusat untuk mengabaikan demi menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

"Kita tengok dalam banyak bidang yang kerajaan pusat harus memberi tumpuan seperti penarikan pelabur dari Thailand, pelancongan dan juga logistik, ia amat diperlukan dalam meningkatkan pembangunan di kawasan utara negara kita," kata beliau lagi.

Bagi Abdul Malik Kassim, penyertaan dalam persidangan dan pameran itu tidak akan mencapai hala tuju sekiranya hubungan kerajaan Malaysia dan Thailand tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah berlarutan seperti pengenaan duti ke atas penggunaan pelabuhan yang menjadi persinggahan kepada kepada kapal antarabangsa.

"Walaupun masih banyak yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, Pulau Pinang akan tetap memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan kita akan menekankan dalam sektor industri halal dan pelancongan kerana di Pulau Pinang juga menjadi tumpuan utama pelanconga n dari Thailand," kata beliau.

Mahathir macam raja lawak Astro

Posted: 24 Sep 2010 06:48 PM PDT

Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.

"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.
"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.

Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.

"Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu.

"Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.

Undilah lagi BN, biaq mampoih habis semua lepas ni!

Posted: 24 Sep 2010 06:45 PM PDT

Sarawak Report kata, rancangan untuk membekalkan tenaga elektrik dari Empangan Bakun melalui kabel dasar laut sebenarnya adalah khayalan menteri-menteri yang buta teknologi.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan pusat tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut dari empangan itu kerana kerajaan Sarawak mahu membelinya dari kerajaan Persekutuan.

"Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut," kata Chin.

Siapa boleh menafikan semua itu berlaku kerana kerajaan sebenarnya nak menutupi kegagalan "khayalan menteri-menteri yang buta teknologi"?

Sarawak Report dah kata:

1. Empangan itu tidak ada matlamat ekonomi yang sebenarnya. Sarawak sudah pun mempunyai bekalan elektrik yang lebih dari apa yang mampu digunakan oleh rakyatnya yang miskin.

2. Empangan itu akan menyebabkan harga bekalan elektrik lebih mahal kepada rakyat biasa di Sarawak kerana semua stesen janakuasa yang ada sekarang akan ditutup dan Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) pula kini sedang bergelut untuk mendapatkan kembali sebahagian kos yang berjumlah RM7.3 bilion.

3. Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dipaksa oleh ahli-ahli politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai projek RM5.75 bilion itu kini berhadapan dengan kerugian besar. Jika kedua-duanya mahu diselamatkan, wang rakyat termasuk dari generasi yang akan datang mesti dikorbankan lagi.

Baca juga bagaimana Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya dikatakan membuat keuntungan dari projek itu (sila klik link Sarawak Report di atas).

Adoi la! Rupa-rupanya anak cucu kita terpaksa menanggung beban tak fasal-fasal akibat fantasi bodoh menteri-menteri BN yang buta teknologi. Undilah lagi BN, biaq mampoih habis semua lepas ni!


Dari penarik beca

Keadilan Permatang Pauh - Ribut dalam cawan

Posted: 24 Sep 2010 06:30 PM PDT

Ramai tergamam apabila Ketua Cabang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggikan suaranya pada mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh pada kali ke-7 pada 19 September 2010 lalu.

"Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…"

Saya yang turut berada ketika itu juga tergamam. Terkejut ada, sedih pun ada. Itulah pertama kali saya melihat Azizah yang lebih mesra dipanggil Kak Wan 'mengamuk'.

Azizah terpaksa meninggikan suara dan hampir menitiskan air mata, ekoran ada beberapa anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.

Sebelum itu, sewaktu berucap selaku Ketua Cabang Azizah mengumumkan Pak Tam atau nama sebenarnya Che Mat Hashim telah menarik diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang, sekaligus memberi kemenangan kepada pencabarnya ADUN Penanti Datuk Mansor Othman merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga bekas Ketua Cabang Balik Pulau.

Penarikan diri itu kemudiannya diumumkan sekali lagi oleh Pengerusi Tetap yang turut menunjukkan surat penarikan diri Che Mat atas alasan kesihatan. ( tetapi tidak membacanya kepada ahli)

Untuk rekod, Che Mat telah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital. Ekoran masalah kesihatannya, dia tidak hadir untuk mesyuarat Agung pada kali-6 dan ke-7 lalu. Begitu juga dengan mesyuarat peringkat cabang, bahkan ada mesyuarat terpaksa diadakan di rumahnya, kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

Ada anggota yang mempertikaikan alasan tersebut. Katanya tidak guna disuruh mendoakan agar Che Mat sihat seperti sediakala, jika tidak yakin Che Mat akan sembuh semula.

Bahkan, ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum pemilihan. Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar prosedur dan tatacara pemilihan.

Mereka juga mendakwa, sebenarnya Che Mat telah dinasihatkan menarik diri oleh 'tangan ghaib'. Perkara itu dinyatakan dalam blog Anak Sungai Derhaka. Namun, blog berkenaan tidak pula menamakan siapa gerangan tangan ghaib tersebut. Blog tersebut sepatutnya mendedahkan siapa gerangannya . Adakah gerangan tersebut Anwar Bin Ibrahim si Ketua Umum aka 'Sivagi The Boss' sepertimana yang dilabelkan oleh blog Sharpshooter ?

Dari segi melanggar prosedur tatacara pemilihan iaitu pertikaian tarikh surat penarikan diri Che Mat, saya bersetuju dengan anggota parti terrsebut. Justeru, saya sarankan anggota parti yang tidak berpuashati membuat membuat aduan bertulis kepada pihak berkenaan bagi menyiasat dakwaan ini, seterusnya mengambil tindakan lanjut. Dan jika perlu, mungkin diadakan pemilihan semula ?

Namun, dari aspek lain jika benar ada campurtangan Anwar yang menasihatkan Che Mat untuk menarik diri, saya yakin pertimbangan Anwar bukan faktor kesihatan Che Mat semata-mata. Tentu ada faktor lain yang lebih utama lebih mendesak. Seperti mana tindakan parti terhadap bekas TKM 1 Fairus Khairuddin dulu.

Dalam hal ini, demi menjaga hati banyak pihak, demi menjaga keharmonian dan keutuhan parti, saya percaya Anwar tidak akan berterus terang kepada akar umbi biarpun ada yang termakan hati dengan tindakannya itu, termasuk saya sendiri dan Sharpshooter ( dalam isu Fairus.)

Saya masih teringat ketika bekas Pengerusi PKR P.Pinang Zahrain Hashim dan Timbalannya Mansor Othman mengadakan mesyuarat khas dengan pimpinan PKR negeri, berterus terang mendedahkan kebobrokon Fairus, Anwar yang berada di ibu kota ketika itu, melenting habis. Zahrain dan Mansor menjadi mangsa amarahnya.

Saya yakin Anwar begitu juga Azizah tidak akan 'mengaibkan' apatah melupakan jasa mana-mana barisan pimpinannya, lebih-lebih lagi di cabang Permatang Pauh.

Bersambung..Mengapa Ada Ahli Pmtg Pauh Mahu Che Mat Yang Sakit Pertahan Jawatan?(2)

Shamsul ke SPRM serah bukti dan beri keterangan

Posted: 24 Sep 2010 06:16 AM PDT

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 3.20 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita Shamsul Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM, sebaliknya mengulangi kenyataannya menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil member keterangan berhubung dakwaannya itu.

"Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya hanya tahu melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul.

"Saya hendak tahu apa kesalahan saya, apa yang perlu saya jelaskan, apa jenis kerjasama yang boleh saya berikan," katanya.

Shamsul berkata, jika ingin memanggil beliau untuk memberi keterangan polis perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Acara Jenayah.

"Jangan didik masyarakat untuk datang ke balai polis memberikan keterangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook dan telefon bimbit," katanya.

Rabu lepas, polis memberi amaran bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Shamsul Iskandar jika beliau terus mengelakkan diri daripada member keterangan berhubung dakwaannya itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti kukuh tentang dakwaannya itu.


– Bernama

Sistem Undi Terus Bakal Lahirkan Pemimpin Terbaik Bagi KEADILAN

Posted: 24 Sep 2010 01:01 AM PDT

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perlaksanaa kaeadah pengundian secara langsung pada Pemilihan 2010 akan melahirkan pemimpin yang terbaik bagi parti.

Seterusnya pemimpin yang terpilih dalam pilihan raya parti pula akan lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli yang memilih mereka.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Anwar yakin ahli KEADILAN akan membuat keputusan yang bijaksana serta berhemah demi kebaikan kepada parti.

"Pemerkasaan ahli-ahli seiring dengan kuasa di tangan mereka. Kami yakin semua anggota parti akan menggunakan kuasa ini secara bijaksana dan berhemah.

"Amalan seperti ini sudah menjadi lumrah dalam sistem demokrasi yang matang diseluruh dunia tetapi ia adalah pertama kali dilaksanakan di Malaysia.

"Proses pemerkasaan bukan sahaja memberikan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyuarakan sokongan atau bangkangan," kata Anwar.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu juga menegur sesetengah yang dilihat berlebihan dalam kritikan terhadap saingan dalam pertandingan atau pembawaan semasa berkempen.

Bagaimanapun beliau menolak dakwaan pihak yang mengatakan apa yang berlaku adalah kerana masuknya 'budaya Umno' dalam parti.

"Adalah diperakui beberapa kebelakangan ini bukanlah tempoh yang selesa bagi KEADILAN. Kita masih mempunyai perjalanan yang jauh tetapi sekurang-kurangnya kita bergerak ke hadapan dan bukannya ke belakang.

"Perjalanan proses pemilihan telah memperlihatkan beberapa kenyataan yang amat pedas dan kasar diluahkan oleh sesetengah pemimpin yang dilihat tidak secucuk dengan kedudukan dalam parti yang mereka kejar.

"Dalam hal ini kritikan bahawa munculnya 'budaya Umno' semasa berkempen untuk jawatan parti adalah tidak benar sama sekali.

"Pada masa yang sama kita juga tidak menolak kemungkinan serigala berbulu kambing telah menyusup masuk ke dalam parti. Namun kita tetap beristiqamah dalam keyakinan bahawa ahli-ahli adalah matang dan bijak membuat keputusan yang terbaik bagi parti. Kebenaran akhirnya akan terserlah," jelas beliau lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menasihatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi etika pemilihan bagi mengelakkan keadaan yang tidak sihat.

"Perbezaan pendapat dan perselisihan pandangan berhubung dasar bukan sahaja lumrah malah harus digalakkan bagi memastikan sebuah parti yang meraikan demokrasi yang sihat.

"Calon juga mempunyai hak untuk mengemukakan agenda mereka serta berkempen tetapi ia bukannya bermakna apa sahaja boleh dilakukan."Semua aktiviti harus dijalankan dalam lingkungan kesopanan, tatasusila dan sivil, sebab itulah kita tubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Kita komited untuk berkhidmat kepada rakyat. Sejak penubuhannya, parti terus menerus mendesak kepada reformasi di negara supaya rakyat boleh melihat perubahan kepada keadaan yang lebih baik.

"Kita menolak alasan yang diberikan oleh mereka yang berada di tampuk kuasa bahawa rakyat belum bersedia untuk demokrasi sepenuhnya dan oleh demikian terpaksa bergantung kepada sandaran politik. Kita tidak memerlukan semua itu. Ini seterusnya akan menjadikan kita lebih kuat," ujar Anwar.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan KEADILAN, Anwar berkata sejak parti diwujudkan sokongan rakyat terhadapnya terus meningkat.

"Apabila saya dipecat daripada kerajaan dan juga parti pemerintah pada September 1998, sokongan kuat seluruh negara tercetus yang tidak mampu dikekang oleh kerajaan.

"Malah dinding penjara Sg Buloh tidak berdaya menghalang kelahiran parti baru yang telah ditakdirkan bersama-sama dengan sekutunya, PAS dan DAP, untuk membawa politik negara ke dimensi baru.

"Maka tertubuhlah Parti Keadilkan Nasional, sebuah parti yang benar-benar berdasarkan kepada konsep pelbagaian kaum serta berjuang di atas landasan keadilan dan kebebasan, demokrasi dan urus tadbir yang baik.

"Parti ini bertambah kuat dari hari ke hari bersandarkan azam yang kuat untuk menggerakkan proses reformasi dan perubahan. Setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, ia dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

"Semangat perubahan inilah yang memacu perlaksanaan sistem baru pengundian dalam pemilihan kali ini di mana kira-kira 500,000 anggota parti berpeluang mengundi pemimpin mereka dari segenap lapisan pimpinan," kata beliau.

Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua 'Rasis'

Posted: 24 Sep 2010 12:49 AM PDT

Pakatan Rakyat akan membentangkan usul tergempar apabila Dewan Rakyat bersidang pada 11 Oktober ini jika kerajaan gagal bertindak ke atas dua pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman ke atas pelajar bukan Melayu.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilaporkan memberitahu pegangannya yang "beroleransi sifar terhap perkauman", dua minggu selepas kejadian berkenaan.

"Jika tiada tindakan memuaskan bagi mengotakan apa yang diikrar oleh Najib, khusnya berhubung hukuman ke atas dua pengetua berkenaan...Pakatan Rakyat akan membentangkan usul (di Dewan Rakyat) bagi menuntut perbahasan penuh," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tindakan Pakatan itu berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa sebagai menteri pelajaran beliau tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

Muhyiddin dilaporkan berkata hanya Jabatan Perkhidmatan Awam yang boleh mengenakan tindakan disiplin ke atas pengetua berkenaan berdasarkan kedudukan gred mereka dalam perkhidmatan awam.

Lim, yang juga ahli parlimen Ipoh Timor berkata seperti pengakuan Muhyiddin (gambar kanan) sebelum ini bahawa beliau adalah 'Melayu dahulu dan kemudiannya rakyat Malaysia' - kenyataan terbaru itu menjadikan slogan 1Malaysia yang diterajui oleh Najib sebagai satu 'lawak'.

"(Kenyataanya) menimbulkan persoalan sama ada dasar 1Malaysia Najib mewakili polisi kerajaan yang serius dan juga berhubung skongan serta kesetiaan Muhyiddin," kata Lim lagi.

Lebih membimbangkan kata pemimpin veteran DAP itu, adalah tindakan Muhyiddin yang memilih untuk "membisu" terhadap kejadian yang berlaku enam minggu lalu.

"Adakah di luar bidang kuasa Muhyiddin untuk membidas pengetua yang menghamburkan kata-kata perkauman?

"Empat puluh lima hari sudah berlalu sejak kejadian pertama... tanpa sebarang petunjuk tindakan berkesan diambil bagi memastikan bibit-bit perkauman dan pelampau agama dibendung sepanjang 18 bulan pentadbiran Najib," katanya.

Tun Mahathir dikuasai otak perkauman

Posted: 24 Sep 2010 12:34 AM PDT

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataannya.

Bagi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar kiri), kenyataan Mahathir itu satu kenyataan bersifat perkauman.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang adalah Umno bukannya Melayu.

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika PR memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata beliau dalam twitternya.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa sebagai di Perak sebelum dirampas oleh Barisan Nasional.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Nizar berkata, kenyataan sebegini adalah jelas dari otak perkauman Mahathir.

"PAS bertindak secara Islam untuk mendapatkan dari Umno yang perkauman untuk menyelematkan Malaysia," kata Nizar.

Bagi Nurul Izzah pula, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

Selain penggunaan isu perkauman, Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak, katanya.

Menurut Nurul Izzah (gambar kanan), masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.

Beliau dipercayai merujuk kepada Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang mana Mahathir adalah penasihatnya.

"Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan.

"Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.

"Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong," kata beliau dalam kenyataannya.

DHPP bantu PAS perjelas undang-undang Islam

Posted: 24 Sep 2010 12:31 AM PDT

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Timbalan ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.

"Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

"Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. " ujarnya kepada Harakahdaily.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan.

Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

"Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh."

"(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum," ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikanperlembagaan dan prinsip demokrasi.

"Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

"Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam," ujarnya.

Tiada ulasan: