Sabtu, 25 September 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno patut malu, mereka lulus lesen judi

Posted: 25 Sep 2010 05:02 AM PDT

Ali Hashim

KEPALA BATAS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

'Berita berserta bukti kukuh perlu jadi amalan'

Posted: 25 Sep 2010 05:01 AM PDT

BERNAMA


Laporan dan penerbitan berita berserta bukti yang kukuh perlu diamalkan oleh setiap pengamal media agar media massa terus disegani dan dihormati oleh masyarakat, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Katanya, corak laporan yang tidak berasaskan bukti kukuh akan mengundang salah faham dan kontroversi sekaligus akan menyebabkan mereka hilang pengaruh sebagai sumber yang boleh dipercayai oleh masyarakat dalam mendapatkan maklumat.

"Seorang pengamal media perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap apa yang ditulis, mereka sewajarnya tidak menulis atau mencipta sesuatu perkara yang belum disahkan lagi kebenarannya.

"Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, penerbitan bahan berita yang tidak disertakan bukti yang kukuh boleh mencetuskan salah faham dan kekeliruan di kalangan masyarakat sekaligus boleh menggugat keamanan di kalangan kaum dan semangat Gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Bandingan Pengajian Melayu dan Pengajian Cina di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata kerajaan menerusi kementeriannya sedang mempergiatkan usaha bagi menyemarakkan semangat Gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat Malaysia khususnya pada golongan muda.

"Sejajar dengan matlamat ini, kami kini giat memberi penerangan di sekolah-sekolah, di universiti dan di kolej untuk menyampaikan mengenai wawasan negara dan menyemai semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

"Kami akan cuba sedaya upaya agar gerak kerja untuk mendidik warga Malaysia akan dapat melakar transformasi Malaysia yang bersatu dan berjaya dalam mencapai Wawasan 2020," katanya.


Wami: Utusan patut belajar hargai wartawan jujur

Posted: 25 Sep 2010 04:55 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kelantangan dan keberanian Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia selepas diterajui presiden barunya Hata Wahari mendapat pujian daripada NGO penulis dan kumpulan masyarakat prokebebasan bersuara.

Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan 1Muted Malaysia berkata, kenyataan Hata - bahawa agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia bertujuan memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing - menjadikannya sebagai tanda aras kepada profesionaliti seorang wartawan.

Menurut mereka, keteguhan prinsip Hata (kanan) - wartawan kanan di akhbar Umno itu - mengingatkan mereka kepada tokoh wartawan Said Zahari yang memperjuangkan kebebasan harian berbahasa Melayu itu daripada kekangan kerajaan.

"Pendirian Encik Hata selari dengan perjuangan panjang Wami bahawa semua ahli politik sama ada daripada BN atau Pakatan, tidak sepatunya campurtangan dalam perjalanan editorial sesebuah media," kata mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, bertepatan dengan ungkapan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang", media yang bebas dan telus diperlukan untuk mengimbangkan pengaruh kekuasaan.

"Keberanian encik Hata menyuburkan peranan sebenar wartawan sebagai pemerhati untuk kepentingan awam, bukan semata-mata menjadi alat pemerintah.

"Oleh itu, semua masyarakat Malaysia dan wartawan harus berjuang bersama Encik Hata bagi mendapatkan autonomi media dalam negara ini.

Sementara itu, kenyataan bersama itu juga berkata, pengurusan kanan Utusan patut belajar menghormati kejujuran wartawan seperti Hata yang mana bilangannya masih kecil di negara ini.

"Akhir sekali, Wami mengambil peluang ini untuk menegaskan tuntutan kami supaya mengadakan reformasi undang-undang media, termasuk menyahkan ancaman terhadap wartawan oleh akta mesin cetak dan penerbitan, ISA, akta hasutan dan akta rahsia rasmi," kata Wami dan 1Muted Malaysia.

Buku Zunar: Polis periksa Malaysiakini pula

Posted: 25 Sep 2010 04:51 AM PDT

MALAYSIA KINI


Polis hari ini mengunjungi pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama berhubung penerbitan buku kartun Zunar Cartoon-o-phobia yang diterbitkan anak syarikat media bebas itu, Kinibooks.

Tiga anggota - diketuai ASP Marina Hashim daripada ibu pejabat daerah (IPD) Shah Alam - tiba pada jam 3.45 petang tadi.

Dalam lawatan itu, mereka memeriksa stor buku Malaysiakini dan mengambil gambarnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang benda dirampas.

Pihak polis juga merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan selama kira-kira 45 minit.

"Sudah jelas ini merupakan usaha polis untuk merampas setiap buku yang ada," kata Steven.

Beliau juga menjangkakan pihak polis akan sekali lagi 'berkunjung' ke Malaysiakini pada masa akan datang.

Semalam, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque bermalam di ibu pejabat polis daerah Sepang selepas ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Sebelum itu, pada jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam tadi.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa,pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Polis juga hari ini berjaya mendapat perintah reman daripada majistret untuk menahannnya sehari lagi.

Kerajaan Selangor Akan Bincang Aktiviti NKEA Dengan JPM

Posted: 25 Sep 2010 04:38 AM PDT

SELANGOR KINI

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bagi membincangkan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang melibatkan pembangunan The Greater KL dan Pembangunan Sungai Klang.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), di sini, semalam.

Menurut Tan Sri Khalid, Kerajaan Selangor telah melakukan usaha yang sewajarnya sepanjang tahun lalu untuk membangun dan membersihkan Sungai Klang menerusi Projek Pembersihan dan Pembangunan Sungai Klang di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang melibatkan pelaburan bernilai RM50 bilion.

"Kami merasakan sewajarnya rancangan untuk menjadikan Sungai Klang sebagai Sungai Kehidupan yang diusahakan Kerajaan Selangor ini turut dimasukkan dalam NKEA," ujar Khalid
.

Beliau akan menulis surat kepada Datuk Idris Jala untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara ini dalam tempoh terdekat.

Perbincangan ini juga akan menyentuh mengenai The Greater KL yang melibatkan sebahagian besar kawasan perbandaran di Selangor seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya dan Shah Alam.

"Kita akan membincangkan bagaimana Kerajaan Selangor boleh bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menjayakan rancangan pembangunan ini supaya memberi hasil positif kepada rakyat."

"Kerajaan Selangor juga mempunyai beberapa rancangan pembangunan lain yang mungkin boleh disatukan dengan Kerajaan Pusat," katanya.

Selangor Lancar ‘Workfare’, Tingkatkan Ekonomi Melalui Kebajikan

Posted: 25 Sep 2010 04:37 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM- Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata semenjak memerintah Selangor, Pakatan Rakyat telah memikirkan konsep untuk mengembalikan kemakmuran ekonomi negeri melalui kaedah pengagihan ekonomi yang sistematik dan adil.

"Itu tugas Menteri Besar dan tugas para Exco, bukan yang punya sumber-sumber. Tetapi mengurusnya dengan amanah. Pemegang sahamnya ialah rakyat Negeri Selangor. Dan merekalah (rakyat) yang akan menentukan bagaimana cara untuk menilai perkhidmatan kami," kata Khalid.

Khalid menjelaskan demikian ketika menjawab soalan dari peserta dalam satu sesi dialog, selepas menyampaikan ucaptama pada program 'Seminar Pelaksanaan Polisi 'Workfare' Negeri Selangor 2010′ di Dewan Jubli Perak, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disini, semalam.

Kira-kira 200 orang kakitangan, wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang hadir bagi sesi taklimat berkenaan program terbaru kerajaan negeri, 'Pelaksanaan Polisi Workfare Negeri Selangor'.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

"Demokrasi itu memang diutamakan. Tetapi hasil dari demokrasi itu akan meningkatkan pembangunan kepada rakyat. Aspek pendapatan (ekonomi) itu yang perlu diutamakan.

"Ini adalah pelaksanaan peringkat kedua. Maknanya rakyat berhak bertanya kepada pemimpin, bagaimana pengurusan ekonomi di negeri Selangor ini dilakukan," tambahnya.

Beliau turut mengingatkan kepada kakitangan kerajaan di negeri Selangor untuk memastikan hasil yang terbaik dengan menekankan kepada keberhasilan dan kelangsungan daripada konsep kebajikan, dan bukan semata-mata hanya bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

"Inilah makna reformasi, iaitu dengan meningkatkan perkhidmatan dan ekonomi rakyat. Saudaralah yang akan memberikan penilaian kepada apa yang telah kami lakukan," jelas Khalid.

PR DUN Sarawak: PAS sudah kenal pasti DUN yang akan ditandingi

Posted: 25 Sep 2010 04:11 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita34/serahkunci.JPGBULETIN ONLINE

MARANG
– PAS sdah mengenalpasti dan membuat persiapan di kawasan-kawasan yang akan ditandinginya dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan Jentera Pilihanraya PAS pada Sabtu 18 September lalu.

"Di Sarawak, persiapan kita sekarang sudah masuk kepada tahap yang seterusya untuk Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Sabtu yang lepas, yang berhormat Dato' Seri Tuan Guru Presiden telah melancarkan jentera pilihan raya Dewan Undangan negeri Sarawak (iaitu) .jentersa pas,

"Dimana ini (ia) telah dihadiri oleh semua wakil-wakil daripada kawasan-kawasan yang sudah pun kita (kenalpasti) kemungkinan untuk bertanding,'jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembangunan Fasa Ke-2 Madrasah Darul Iman, disini semalam.

(Gambar - Ustaz Nasha menyerahkan replika kunci Mdrasah DarulIman kepada YDP Marang Haji Yahaya Ali, simbolik pelancaran pembangunan Fasa Ke-2 Madrasah tersebut)

DAP giat daftar pengundi

Posted: 25 Sep 2010 04:09 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita34/chaihing.jpgBULETIN ONLINE

Ramal Tsunami Pantai Timur Pada PRU Ke-13

KUALA TERENGGANU - DAP Kuala Terengganu mengorak langkah melantik dua kakitangannya menjadi penolong

pendaftar pemilih bagi meningkatkan aktiviti pendaftaran pengundi baru sebagai usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Pengerusinya Ng Chai Hing berkata, beliau mengambil tindakan tersebut setelah menerima banyak pertanyaan dan sokongan daripada masyarakat Tionghua yang berhasrat mendaftar sebagai pengundi.

"Saya dihujani pertanyaan dari teman-teman masyarakat Tionghua, ke mana saja saya pergi mereka bertanya, dimanakah boleh mereka mendaftar sebagai pengundi,

"jadi kini, SPR telah menerima permohonan dua ahli DAP menjadi penolong pendaftar, bagi memudahkan urusan,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang pernah beberapa kali bertanding di DUN Bandar Kuala Terengganu merasakan perubahan sikap politik masyarakat Tionghua pada kali amat berbeza berbanding masa lalu.

Menurutnya, berlaku sedikit peralihan pengundi Tionghua ketika semangat 'Reformasi' melanda pada tahun 1999, yang membawa kepada kemenangan Barisan Alternatif di negeri Terengganu yang diterajui PAS.

Namun katanya, 'angin perubahan' kali ini cukup kuat yang berupaya menghasilkan gelombang Tsunami di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung.

Kos pembinaan LCCT dijangka meningkat melepasi RM2 bilion

Posted: 25 Sep 2010 04:07 AM PDT

Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) baru berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai KLIA2 dijangka membabitkan kos pembinaan lebih tinggi daripada jangkaan awal sebanyak RM2 bilion.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad, berkata ini kerana kelewatan pembinaannya berikutan beberapa perubahan dalam reka bentuk untuk tujuan peningkatan dan keselamatan serta kerja pembinaan landasan yang mengambil masa lebih lama.

Beliau berkata, KLIA2 yang awalnya dijangka siap pada hujung tahun depan kini dianjakkan ke April 2012.

"Bagaimanapun kita juga memperoleh penjimatan bagi projek ini kerana ia dilakukan secara tender terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah Terminal KLIA2 di KLIA, Sepang, kelmarin.

KLIA2 yang terletak kira-kira dua kilometer daripada Terminal Utama KLIA sedia ada dan berhampiran Kompleks Bunga Raya adalah terminal yang khusus dibina untuk penerbangan tambang murah terbesar di dunia dengan keluasan lantai 237,132 meter persegi.

Ia dibina dengan kapasiti mengendalikan sehingga 30 juta penumpang setahun, sekali gus mampu menampung peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah.

MAHB setakat ini telah menganugerahkan sebahagian besar pakej kerja utama pembinaan projek itu membabitkan nilai RM2 bilion yang menyamai jangkaan kos asalnya, manakala baki pakej akan dianugerahkan tidak lama lagi.

Awal bulan ini, syarikat itu menyatakan cadangan melaksanakan program sukuk hingga RM3.1 bilion untuk membiayai sebahagian daripada pembinaan KLIA 2 dan untuk membiayai semula pinjaman sedia ada.

Sementara itu, UEM Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh UEM Group Bhd yang menjadi kontraktor utama pembinaan KLIA2 berkata, pembinaan kompleks terminal baru LCCT itu berjalan lancar dan mengikut jadual serta akan siap mengikut jadual iaitu menjelang April 2012.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Izzaddin Idris, berkata UEM Construction dengan rakan kongsi pembinaannya, Bina Puri Holdings Bhd sedang melakukan kerja awal meratakan tanah di Terminal Utama dan bangunan Satelit.

"Walaupun projek ini mencabar, kami yakin mampu menyiapkannya sebelum tarikh akhir dan menyerahkannya menjelang tarikh akhir ditetapkan untuk pembinaannya iaitu 20 bulan (April 2012) serta dalam lingkungan bajet yang dinyatakan tanpa mengabaikan aspek kualiti dan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan. -BH

Ekonomi Kedah menguncup hanyalah dongengan MCA yang kehilangan pengikut

Posted: 25 Sep 2010 04:06 AM PDT

WarkahDaily

Dah takdak modal dah nak ganggu kerajaan Pakatan Rakyat. Sekarang depa duk main kelentong pulak dah dengan rakyat. Kalau orang orang bodoh macam depa bolehlah nak kelentong banyak mana pun, tapi sekarang masyarakat dah boleh berfikir dan bermaruah.

Depa ingat rakyat boleh dibohongi buat selama-lamanya, padahal depa aje yang tak tahu yang rakyat sudah muak dengan pembohongan dan penyalahgunaan kuasa BN selama ini.

Bila dah jadi pembangkang baru nak sibuk ambik cakna, tapi masa jadi kerajaan dulu, dah berapa tahun dah rakyat bagi peluang, tapi depa tak sedar diri, buat-buat macam lembu kenyang, tak reti nak fahami nasib rakyat. Tapi bila dah hilang kuasa, mulalah terngadah.

Aku tak dapat bayanglah macamana keadaan Barisan Nasional jika Malaysia ini tidak lagi diperintah oleh depa ni.

MCA melatah kerana hilang sokongan - MB Kedah

MCA mudah melatah kerana sudah hilang taring dan sokongan masyarakat Cina menyebabkan mereka sering menimbulkan pelbagai isu negatif mengenai Kerajaan Negeri untuk mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan mereka sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, MCA lemah dan tidak dipercayai masyarakat Cina kerana masalah dalaman mereka sendiri.

"Kini mereka tidak senang duduk dengan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah mentadbir negeri, sebab itu mereka buat macam-macam isu termasuk mendakwa ekonomi Kedah menguncup sehingga 30 peratus sedangkan fakta itu tidak benar. Mereka melatah sebab orang Cina sekarang pun tak lagi menyokong mereka," katanya.

Azizan mengulas kenyataan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menerusi akhbar ini semalam yang mendakwa ekonomi negeri kini berada pada tahap yang agak membimbangkan termasuk penguncupan sehingga 30 peratus berdasarkan maklum balas peniaga Cina serta memerlukan pakej rangsangan ekonomi oleh Kerajaan Negeri.

Azizan berkata, kebimbangan MCA sehingga menyebabkan mereka membuat kenyataan seperti itu adalah kerana berdasarkan peratusan pemilih baru yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding parti lain.

"Ini menunjukkan orang Cina kini memilih DAP, dan sebahagian pula memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Azizan berkata MCA kini berdepan dengan masalah serius apabila hilang sokongan pengundi Cina mungkin disebabkan kerana pemimpin parti itu tidak berkaliber dan dipenuhi dengan kontroversi.

"Presiden MCA dahulu, (Tun Dr) Ling Liong Sik kena hadap ke mahkamah atas skandal penipuan. Yang baru pula, (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek ada skandal seks. Jika pemimpin bermasalah, macam mana rakyat nak pilih jadi pemimpin," katanya.

Azizan berkata, walaupun parti itu sudah lama bertapak di negara ini, namun pengaruhnya dilihat semakin menurun berbanding DAP.

"MCA bagaikan harimau lama yang sudah hilang taring. Mereka tidak lagi segarang dahulu," katanya. -SH

Sampel air mani tertuduh diambil, ada kemungkinan Datuk Sosilawati dirogol

Posted: 25 Sep 2010 04:01 AM PDT

Sampel darah dan air mani lapan lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diambil bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.

Difahamkan sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan Datuk Sosilawati turut dirogol.

Pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama diambil minggu lalu berikutan penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes tersebut.

Menurut sumber, proses itu sebahagian daripada prosedur operasi standard polis Malaysia, khusus bagi memperlengkap kertas siasatan kes tersebut bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Kesemua suspek tiba di pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sekitar 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiringi dua kereta peronda polis.

Mereka kemudian dilihat keluar dari pekarangan itu dan meninggalkan hospital sekitar 5 petang dengan dikawal ketat anggota polis yang menggiring mereka.

Datuk Sosilawati, 47 tahun, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Encik Kamaruddin Shansuddin, 44 tahun; peguamnya, Encik Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun; dan perunding kewangannya, Encik Noorhisham Mohammad, 38 tahun, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting, Selangor, pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat mereka dibakar serta abunya dibuang ke dalam beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita, bagi membantu siasatan.

Sementara itu, waris Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang dibunuh akan memfailkan saman RM20 juta ($8.5 juta) terhadap semua suspek kes itu.

Peguam Kamaruddin Ahmad berkata tuntutan itu mengambil kira kesan dan trauma dihadapi semua waris, termasuk anak-anak masih kecil, serta kehilangan tempat bergantung.

'Tragedi ini menyebabkan suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ibu dan bapa yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang teruk.

'Oleh itu, jumlah tuntutan ini dirasakan wajar, setimpal kesan dialami mereka yang disifatkan sebagai amat dahsyat, termasuk dari segi emosi, bagi satu tempoh lama,' kata beliau.

Tuntutan itu boleh dibuat mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Sivil. -BH

Trend pemimpin Umno bawa projek ke kawasannya, Muhyiddin bawa UIAM ke Pagoh

Posted: 25 Sep 2010 03:56 AM PDT

WarkahDaily

Dah jadi trend, pemimpin Umno akan bawa segala projek ke kampung halamannya sebagai candu pilihanraya terhadap penduduk kawasan mereka agar terus mendapat sokongan dalam pilihanraya umum yang semakin dekat.

Tak kisahlah sesuai ke tidak, asalkan projek boleh bawak balik kampung. Untung-untung, dapat juga dua tiga kerat kroni kat kampung merasa duit projek sebelum tiba pilihanraya.

Dalam laporan media arus perdana semalam, dilaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen yang diwakilinya. Kampus itu diberitakan akan mula beroperasi pada tahun 2012.

Kalau ikut siap projek seperti yang didakwa, ianya ngam-ngam dengan tempoh pilihanraya umum akan diadakan.

Lepas ni, mana-mana kawasan parlimen yang diwakili menteri, tunggulah apa projek yang bakal penduduk dapat.

Kalau di Terengganu, sejak zaman Wan Mokhtar jadi MB lagi, mereka hanya memberi tumpuan kawasan masing-masing. Nak buat projek apa pun, kena buat kat kawasan MB.

Ketika Wan Mokhtar jadi MB, bandar Cukai lebih besar dari ibu negeri iaitu Kuala Terengganu. Pusat niaga banyak didirikan di sana.

Kemudian naik pulak orang Besut sebagai MB, Idris Jusoh bawa balik projek-projek besar ke kampung halaman mereka.

Projek mega Taman Ilmu yang sekarang ini hidup segan mati tak mahu yang kekurangan suntikan kewangan juga di bawa ke Besut. Termasuklah kompleks Sekolah Imtiaz dan kompleks Universiti Darul Iman (UDM), sekarang berubah nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiZA). Sehingga sekarang belum diketahui lagi apakah status projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu hangus begitu sahaja sebelum dapat disiapkan.

Dikatakan juga projek lebuhraya LPT (II) terpaksa dilambatkan pembinaannya kerana MB dari Besut itu mahu merubah unjuran laluan LPT (II) yang asal sehingga terpaksa dipanjangkan laluan lebuhraya berkenaan yang menyebabkan masa perjalanan pun menjadi bertambah lama. Ianya gara-gara mahu melencong projek itu ke kawasannya.

Sekarang MB dari Kijal, Kemaman pula yang naik. Trend itu terus menjadi ikutan.

MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said pun juga mahu membawa projek mega ke kampung halamannya walaupun tidak sesuai ianya dibina di sana.

Ahmad Said telah pun meluluskan pembinaan bandar baru Kijal di kawasan yang tiada penduduk. Namun bandar itu dibina dengan pusat niaga yang banyak termasuk meluluskan pembinaan Pasaraya Giant di kawasan yang di kelilingan paya itu. Jika mengharapkan penduduk Kijal yang rata-rata miskin dan ramai sebagai nelayan semata-mata, bahkan kepadatan penduduk yang lebih kurang 20,000 orang sahaja, maka pembinaan itu akan dilihat sebagai gajah putih selepas ini. Namun ianya bukan diambil hal oleh orang Umno asalkan ada pembangunan walaupun di hutan.

Chalet yang dulunya dikenali Strawberry Park di Kijal pun dijadikan Pusat Jantung Terengganu. Padahal ikut kesesuaiannya yang berada di tepi laut dan keadaan jalan untuk menuju ke pusat itu begitu sukar dan dipersoalkan, sempat ke orang yang berada dalam keadaan kritikal sakit jantung untuk sampai ke pusat jantung berkenaan. Namun itulah realiti di negeri Umno. Pembangunan yang tidak dapat digambarkan oleh fikiran, seperti kata Idris Jusoh.

Padahal ibu negeri yang sekarang ini sudah diiktiraf Bandaraya pun di abaikan dari segi pembangunannya. Sepatutnya Kuala Terengganu harus diberi tumpuan dulu kerana ianya belum lagi lengkap dan sesuai sebagai bandaraya yang sebenar.

SULTAN SULU ‘BERISTANA’ DI RUMAH MERAH?

Posted: 25 Sep 2010 03:54 AM PDT

Oleh: DATU BAKHTIYAL DATU LADJASABAH

SULTAN Mohammad Aidal M.Ali-Uddin yang ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina; yang kononnya bersaudara dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini di tahan di Rumah Merah, Kimanis, Papar Sabah atas kesalahan Imigresen oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Menurut sepupunya, Siti Kanapiya Salip Tuanku @ Fatima Binti Bungawan, Sultan Mohammad Aidal telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara Kimanis sejak tiga bulan lalu atas kesalahan imigresen, namun menyifatkan penahanan sepupunya ada kaitan dengan perasaan dengki, dendam dan fitnah pihak tertentu yang turut merebut takhta Kesultanan Sulu.

"Tolonglah bebaskan dia dan kami akan bawa dia pulang ke Filipina. Dia sudah lumpuh sebelah badan kena stroke. Kesian dia tidak boleh bergerak sendiri. Dia tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa. Tolonglah," kata Fatimah yang memberi jaminan akan menghantar Mohammad Aidal sehingga ke Filipina.

Menurut Fatimah, isteri Mohammad Aidal, Hajjah Fatima Jahra Ali-Uddin tinggal bersamanya setelah memperbaharui pas lawatan baru-baru ini turut merayu ehsan Sultan Brunei yang mengaku bersaudara dengan suaminya, namun tidak mendapat sebarang respon positif.

Editor Sabahkini.net turut menghantar SMS dan email kepada Pengarah Task Force, Datuk Misri Barham berhubung isu berkenaan, namun tidak mendapat sebarang jawapan atau ulasan.

Dalam pada itu, menurut siasatan Sabahkini.net, Sultan Mohammad Aidal dikategorikan ramai pewaris sebagai Sultan Palsu kerana beliau hanyalah anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila.

Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an.

Beliau (Aidal) yang ketika itu tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasan bagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini.

Pada tahun 1980-an, Datu Aliuddin telah menuntut haknya sebagai pewaris kesultanan Sulu dan telah menghantar Pulau Janggi (Sepong Janggi), Cop Mohor dan bukti-bukti lain ke Muzium Negara Brunei.

Perjuangan beliau ini telah heboh satu Malaysia kerana dengan rasa bangga teringin menuntut hak itu dengan menunjukkan Pulau Janggih yang kononnya dihantar ke Muzium Brunei. Akan tetapi Pulau Jangginya itu bukanlah yang asal kerana bentuknya yang ganjil dan tidak menyerupai Pulau Janggi yang asli (bentuknya seperti buah jambu batu).

Hari demi hari dia terus rakyat Sulu dan Rakyat Malaysia dengan menjual 'Kad Pengenalan Projek' dengan harga yang tinggi semata-mata untuk kepentingan beliau sendiri hingga mencemarkan nama baik Kesultanan Sulu.

Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapuk Datu Aidal.

Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau terbongkar apabila seorang penduduk (namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.

Namun menurut Asreemoro, orang yang menghantar Barang Pusaka ke Muzium Brunei bukanlah Sultan Mohammad Aidal sebaliknya Datu Aliuddin Bin Datu Mohammad Sie/She.

Datu Aliuddin telah menghantar 'Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu', iaitu 'Pulau Janggi' Atau 'Sepoh/Sepong Janggi' ke Muzium Brunei pada tahun 1978 untuk disimpan dengan selamat di Brunei. Barang tersebut juga telah diuji dan telah disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei pada tahun 1978.

Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu itu adalah satu-satunya 'TANDA' yang membuktikan bahawa Darah Waris Kesultanan Sulu (*Mulai dari Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I) adalah berasal dari darah Diraja Kesultanan Brunei (Sultan Mohammad Hassan, Sultan Brunei ke-9).

Barang Pusaka ini telah turun temurun diamanahkan dijaga dan disimpan oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja (*Bukannya oleh Keluarga Kiram ataupun oleh Keluarga Shakiraullah-Pewaris Pertama), dengan matlamat sebagai 'BUKTI' yang Pewaris Kedua mempunyai HAK yang sama dalam Kesultanan Sulu.

Kata Asree, Perlu diingat bahawa Kesultanan Sulu dipunyai oleh 'Dua Pewaris' (*Pewaris Pertama-Lambang Keris dan Pewaris Kedua-Lambang Tombak/Bujjak dalam Bendera Kesultanan Sulu).

Ini bermakna, sekiranyapun pewaris pertama telah 'Menandatangani' sebarang Perjanjian penyerahan Kuasa atau Wilayah Kesultanan Sulu pada masa lalu, ianya masih boleh dianggap 'Tidak Sah', kerana satu pemiliknya (Pewaris Kedua) tidak terlibat menandatangani (Initial) penyerahan tersebut.

Inilah niat para Sultan-sultan Kesultanan Sulu, agar pada masa hadapan Kesultanan Sulu tidak akan 'Hilang' Di Dunia.

Menurut kajian daripada Internet, Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu 'Lambang Pusaka', iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai 'Pulau Janggi' dan di Brunei sebagai 'Sepong/Sepoh Janggi'.

Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu/Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.

Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah. Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs and Successors).

Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada 'Pewaris Pertama'.

Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Brunei telah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya 'Pewaris Kedua' sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.

Perkataan Pewaris Raja Kedua (The second heir-apparent) iaitu panggilan Maharaja Adinda atau Arinda ini ada disebut oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslims in the Philippines mukasurat 393 dan dalam buku terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka 'Islam di Filipina' oleh Shamsuddin Jaafar, pada mukasurat 486.

Perkataan 'Maharajah Adinda' tersebut juga ada ditulis oleh Pehin Dato' Dr. Mohd. Jamil Al-Sufri (Pengarah Pusat Sejarah Brunei) dalam bukunya Tarsilah Brunei II, iaitu pada lampiran 251, dan dalam buku 'Ang Philipinas' -ARMM Edisyon, pada mukasurat 37.

Selain itu, penulis Rita Turban dari Filipina juga ada menulis artikel tentang kewujudan keluarga Maharajah Adinda ini.

Kewujudan dua waris Kesultanan Sulu ini juga ada dilambangkan di dalam bendera Kesultanan Sulu. Pewaris Pertama dilambangkan dengan lambang Keris Lurus. Dan Pewaris Kedua dilambangkan dengan lambang Tombak atau Bujak.

Kedua waris-waris ini adalah zuriat dari Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat @ Pangeran Bakhtiar ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I, yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732.

Putera Sultan Badaruddin-I yang sulung, (iaitu dari isteri pertamanya seorang gadis dari Soopeng @ Soppeng, Sulawesi), telah diberi nama Datu Lagasan. Setelah menaiki takhta Kesultanan Sulu, baginda menggunakan nama Sultan Azimuddin atau Sultan Alimuddin-I. Namun selepas Pembaptisan baginda oleh padri-padri Spanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo).

Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin /Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama kristian.

Putera Sultan Badaruddin-I yang kedua, iaitu dari isteri keduanya (adalah merupakan seorang puteri dari Raja puak Tidung atau Tirun di Borneo), diberi nama sebagai Datu Bantilan. Semasa kekandanya Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I menjadi Sultan, beliau dilantik sebagai raja muda dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.

Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya Raja Muda Datu Bantilan.

Dengan sokongan beberapa rakyat Sulu serta orang-orang yang setia kepada Raja Muda Datu Bantilan, mereka telah pergi bertemu Sultan Azimuddin-I. Dalam perbalahan itu, Raja Muda Datu Bantilan telah melontarkan tombak dan telah terkena kaki kekandanya Sultan Azimuddin-I (yang melontar ialah hulubalang Raja Muda Datu Bantilan dan ini diakui sendiri oleh Raja Muda Datu Bantilan @ Sultan Muezuddin itu kemudiannya).

Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila.

Di Manila, baginda dan rombongannya diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Spanyol dan para Jesuit Kristian. Mungkin baginda tidak menyedari bahawa kebaikan yang diberikan oleh pihak Spanyol kepadanya adalah sebagai satu muslihat. Dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Sulu, maka mereka bolehlah menyebarkan doktrin agama Kristian terhadap rakyat Sulu.

Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Di masa zaman pemerintahan Sultan Bantilan Muizzuddin inilah sistem pemerintahan Kesultanan Sulu agak lebih teratur dengan ketersusunan para kabinetnya dengan jawatan yang mereka sandang.

Mengikut rekod, Sultan Bantilan ini pernah melawat ke negara China untuk berjumpa dengan Maharajah China dan baginda adalah satu-satunya Sultan Sulu yang menghadiahkan secupak tanah dari Sulu sebagai kenangan dari kerajaan Kesultanan Sulu untuk Kerajaan Kayangan China.

Selepas pemerintahan Sultan Bantilan, takhta kesultanan Sulu diberikan kepada anandanya yang kemudian bergelar Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II. Baginda memerintah dari tahun 1763 sehingga 1764 buat kali pertama. Selepas itu takhta diberikan kepada Sultan Israil ibni Sultan Azimuddin-I, yang memerintah dari tahun 1764 sehingga 1768. Pada tahun 1768 hingga 1789 Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II menaiki takhta Kesultanan Sulu semula untuk kali ke-2.

Pada zaman pemerintahan Sultan Azimuddin-III ibni Sultan Sharafuddin, putera Sultan Azimuddin-II yang bernama Datu Bantilan (seperti nama datuknya) telah dilantik menjadi Raja Muda Sulu dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.

Selepas Sultan Azimuddin-III menduduki takhta Kesultanan Sulu selama 40 hari, baginda telah mangkat kerana tularan wabak penyakit cacar yang begitu menular pada masa itu. Ketika itu ramai datu-datu Sulu telah melarikan diri dari Sulu untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit tersebut. Khabarnya Raja Muda Datu Bantilan turut melarikan diri ke wilayah Borneo Utara (Sabah).

Setelah wabak reda, Raja Muda Bantilan kembali semula ke Sulu untuk menduduki takhta tersebut kerana beliau adalah Raja Muda sebelum itu. Malangnya takhta Sulu telah diduduki oleh saudara kepada Sultan Azimuddin-III yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Aliuddin. Inilah penyelewengan pertama oleh keluarga pewaris pertama ke atas sistem Protokol Diraja atau 'Tartib Kesultanan Sulu'.

Raja Muda Datu Bantilan cuba berusaha untuk merampas kembali takhta Sulu yang sepatutnya milik beliau. Maka pada tahun 1808, beliau bersama dengan 500 orang pengikutnya telah menyerang istana Sultan Aliuddin. Tetapi, beliau tidak berjaya kerana Sultan Aliuddin mempunyai sokongan yang kuat pada masa itu.

Sebelum kemangkatan Raja Muda Datu Bantilan pada tahun 1812, beliau telah mengamanahkan kepada putera sulungnya Datu Aranan atau Adanan untuk mengambil kembali takhta Kesultanan Sulu yang sepatutnya milik Pewaris Kedua.

Dalam usaha beliau menuntut kembali takhta Sulu, Datu Aranan telah mendapat sokongan dari pihak British pada 1814, kerana beliau telah dianggap sultan oleh pihak British ketika itu. Sir John Hunt adalah merupakan seorang ejen British yang sering berurusan dengan Datu Aranan.

Namun hanya selepas pemerintahan Sultan Pulalun ibni Sultan Jamalul Kiram-I iaitu pada tahun 1862, barulah takhta Kesultanan Sulu diberikan secara mutlak kepada Datu Aranan.

Baginda kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Maharajah Arinda/Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo. Malangnya kerana umur yang lanjut, selepas seminggu sahaja di atas takhta, baginda kemudiannya memberikan takhta Kesultanan Sulu kepada putera Sultan Pulalun yang bernama Datu Jamalul-A'zam @ A'lam.

Lantaran tempoh masa menduduki takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini adalah singkat dan tidak memenuhi protokol/Tartib (iaitu seorang Sultan Sulu sekurang-kurangnya menduduki takhta selama 40 hari, sepertimana Sultan Azimuddin-III pada tahun 1808), sebab itu nama baginda tidak disenaraikan di dalam 'Salasilah Sulu'.

Di masa perletakan takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini, takhta Sulu menjadi rebutan antara Datu Jamalul A'zam @ A'lam dan Datu Daniel (Ahli kabinet Majlis Diraja Sulu yang berjawatan sebagai Datu Amir Bahar).

Namun, di atas kuasa dan pengaruh dan sokongan Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo pada masa itu, akhirnya takhta telah dapat diberikan kepada Datu Jamalul A'zam @ A'lam, yang menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan menggelarkan diri sebagai Sultan Jamalul A'zam @ A'lam.

Tidak beberapa lama setelah menyerahkan takhta Kesultanan Sulu kepada Sultan Jamalul A'zam @ A'lam, Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini telah berhijrah ke Pulau Siasi dan menetap di sana.

Sehingga kini, makam baginda masih boleh dilihat bersama dengan makam kerabat-kerabat Keluarga Diraja Maharajah Adinda yang lain, di satu kawasan pemakaman yang dipanggil kawasan Pemakaman Keluarga Maharajah Adinda di Tanjung Siasi.

Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini telah melahirkan beberapa orang putera dan puteri dari isteri pertama dan isteri ketiga baginda. Zuriat keturunan baginda ini telah beranak-pinak dan telah menetap di seluruh kawasan di Sabah dan di wilayah Sulu.

Dari fakta dan kenyataan-kenyataan di atas, telah dapat dibuktikan bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu iaitu Keluarga Maharajah Adinda sememangnya wujud dan mempunyai hak ke atas Kesultanan Sulu sepertimana hak yang ada kepada Pewaris Pertama Kesultanan Sulu. Maka hak keturunan keluarga Maharajah Adinda tidaklah boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Dengan keterlucutan hak Pewaris Pertama Kesultanan Sulu samada pada masa Pembaptisan Sultan Azimuddin/ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin pada tahun 1750, atau samada semasa pihak keluarga Kiram menandatangai Perjanjian Kiram-Bates Treaty pada 1899 dan Perjanjian Carpenter tahun 1915 ataupun semasa selepas kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936, iaitu dengan pengisytiharan oleh Presiden Manuel L.Quezon dalam Memorendum 20 hb September 1937, bahawa beliau tidak akan mengiktiraf lagi mana-mana Penyambung kepada Sultan Jamalul-Kiram-II. (perkara ini hanyalah melibatkan keluarga Pewaris Pertama. Keluarga Pewaris Kedua adalah tidak terlibat).

Bolehlah dikatakan mereka telah kehilangan hak ke atas Kesultanan Sulu, kini hanya boleh diselamatkan atau dituntut kembali oleh Pewaris Kedua iaitu oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja seperti mana yang dimaksudkan dalam Protokol Kesultanan Sulu (Tartib Sulu) itu.

Presiden Manuel L. Quezon, Presiden Filipina yang mengisytiharkan tamatnya waris kesultanan sulu bagi keluarga Sultan Jamalul Kiram-II

Ramai orang mengatakan bahawa untuk membuktikan mereka (Waris Kesultanan Sulu) adalah benar ialah dengan melihat samada mereka membawa 'Keris dan Sarungnya'. Kalau ada maka merekalah 'Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu' yang digelar 'Waris Raja Kedua' itu.

Persoalannya, adakah dengan hanya menunjukkan Keris dan Sarung itu sahaja yang boleh membuktikan bahawa itulah pewaris sebenar Sultan Sulu yang dicari itu? Cerita tentang keris dan sarungnya tidaklah berapa tersebar di kalangan orang-orang Tausug di Sulu.

Akan tetapi cerita tentang Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang menjadi lambang 'Bukti' persaudaraan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei adalah yang lebih diketahui. Kebanyakan kaum tua orang Sulu percaya (yang tahu) bahawa, sesiapa yang memiliki Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang asli itu, maka dialah Pewaris Sebenar Sultan Sulu yang dicari selama ini.

Dikhabarkan juga, bekas Presiden Filipina (Presiden Ramos) juga ada menyatakan bahawa Keluarga Diraja Sulu yang ada menyimpan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itulah Waris Sebenar Sultan Sulu.

Maka sejak itu, ramailah orang yang menyatakan mereka mempunyai Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu seperti yang didakwa oleh Sultan Aidal M.Aliuddin dan lain-lain (penyamar Sultan).

Perlu dimaklumi bahawa Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang sebenar itu sebenarnya telah dihantar ke Brunei oleh ayahanda kepada YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II, iaitu YM Datu Aliuddin Haddis Pabila Bin YM Datu Mohammad Sheikh/Seh/Sie ke Muzium Brunei pada 1978.

Barang itu telah melalui Ujian oleh 9 orang Pegawai Muzium Brunei dan seorang warga British. Ujian tersebut telah mengesahkan bahawa Pulau Janggi itu adalah 'Asli'.

Kesemua pegawai itu khabarnya telah tunduk hormat dan mencium tangan YM Datu Aliuddin dengan menyatakan bahawa Datu Aliuddin itu adalah 'Waris Sebenar Sultan Sulu'. Kemudian pihak Muzium Brunei telah mengeluarkan satu Surat Pengesahan tanda penerimaan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi tersebut. Hingga hari ini surat pengesahan tersebut masih berada dalam simpanan Keluarga Maharajah Adinda.

Sebenarnya orang yang membawa YM Datu Aliuddin Haddis Pabila masuk ke Brunei pada 1978 adalah Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri. Malangnya selepas menghantar Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu ke Muzium Brunei, YM Datu Aliuddin terus sahaja balik ke Kota Kinabalu.

Sebenarnya Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri meminta Datu Aliuddin menunggu beliau sebelum itu kerana ada sedikit urusan. Sejak tahun 1978, YM Datu Aliuddin terus menyepi di Kota Kinabalu.

Setelah tahun 2000, atas arahan dan nasihat anakandanya YM Datu Ali Aman, satu rombongan keluarga Maharaja Adinda telah bertandang ke Brunei dan sempat melawat ke Muzium Brunei (dibenarkan melihat kembali, Pulau Janggi itu oleh pihak Pengarah Muzium Brunei. Gambar ada diambil dalam Pejabat Pengarah Muzium Brunei sebagai Bukti) dan ke Pejabat Sultan Brunei (Grand Chemrlain).

Tetapi malangnya tidak dapat bertemu atau mengadap Sultan Hassanal Bolkiah, kerana pada masa itu Baginda dan keluarga dikatakan bercuti di London. Maka rombongan itu ke Pusat Sejarah Brunei (bertemu dengan Pehin Prof. Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri).

Pehin menyatakan bahawa Keluarga Maharaja Adinda perlu meneruskan tuntutan hak ke atas takhta Kesultanan Sulu, kerana hak itu adalah milik Keluarga Maharaja Adinda. Pehin juga meminta Datu Aliuddin agar tidak susah hati. Dengan nada jelas Pehin menegaskan; "Sekiranya tiada Datu Aliuddin ini, maka tiadalah lagi Sultan Sulu kini".

Dengan ramainya orang Sulu yang membuat-buat seakan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu yang dibawa ke Manila dan diperlihatkan kepada Presiden Ramos, akhirnya Presiden Ramos membuat kenyataan lagi bahawa pewaris sebenar dan Keluarga Diraja itu ada juga menyimpan satu barang yang tidak dapat dibuat. Maka tahukah anda, apakah benda yang tidak boleh dibuat itu?

Benda itu adalah 'Tanduk Datu Teteng @ Datu Tating'. Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating adalah merupakan seorang 'Pahlawan Sulu' yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775.

Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu putih (batu granit) yang telah tumbuh diubun-ubun beliau semenjak kanak-kanak lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan keluarga Maharaja Adinda).

Datu Teteng ini tiada anak atau zuriat. Ibu beliau bernama Dayang Meria ibni Sultan Badaruddin-I. Ini bermakna Dayang Meria tersebut adalah saudara kandung (seibu-sebapa) kepada Sultan Bantilan Muizzuddin (Nenek-moyang Keluarga Maharajah Adinda) ibni Sultan Badaruddin-I dan Sultan Azimuddin/Alimuddin-I (Nenek-moyang Keluarga Kiram & Shakiraullah) ibni Sultan Badaruddin-I adalah saudara kandung lain Ibu.

Keluarga Datu Teteng sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Mungkin kerana itulah 'Tanduk' beliau telah (diamanahkan) disimpan oleh Keluarga Maharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk ingin melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharajah Adinda yang berada di Semporna).

Dalam pada itu, Sabahkini.net mendapati bahawa Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin yang ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi yang pertama pada hari Jumaat, 5 Mei 2000 pernah datang ke Brunei bersama 23 orang pengikutnya.

Sultan Mohammad Aidal bersama isterinya, Dayang Dayang Haja Fatima Jahra Ali-Uddin ingin mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Namun mereka tidak dapat menemui Sultan Hassanal Bolkiah sekalipun baginda berada di Istana dan bagi menghilangkan kekecewaannya, mereka menginap di sebuah Hotel Terkemuka di Brunei (tidak dapat bayar bil hotel dan hanya dijelaskan keluarga Maharaja Adinda yang berniaga di Brunei) dan hanya berjaya menemui Duta Filipina di Brunei dan Menteri Luar Negeri ketika ketibaan mereka pada 23 Ogos 2000.

Menurut maklumat, Sultan Mohammad Aidal berkata, bapanya, Datu Wahiddon Aliuddin, Waris Diraja Dungon memberikuasa kepada beliau untuk memiliki lima symbol di-Raja iaitu Buah Pulau Janggih (Cocode Mere), Kitab (Dahilul Kahirat); Silver Casket (Buckle), Buckle Sultan and Persila Kasultanan (Salinan).

Turut serta dalam lawatan ke Brunei tersebut ialah Setiausaha Sulitnya, Datu Hj Dr. Abdel Hajir A. Amat; Ketua Protokol, Datu Haji Dr. Abdulmanar H. Saliddin; Ahli Sekritariat, Datu Haji Gamar A. Tiplani; Penasihat Agama dan Undang-Undang, Datu Haji Habib Abduwa Ibno; Penasihat Informasi dan Islam, Datu Haji Munap A. Saliddin; Keluarga Di-Raja, Datu Haji Mursidi H. Ludjuman dan Datu Haji Abdulmuner H. Saliddin.

Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Sekritariat 'Rumah Bichara' (Majlis Kesultanan Di-Raja Sulu) di Barangay Alat, Jolo, Sulu, Filipina iaitu Sharif Murakib Sharif Hassan untuk mengenalpasti status Sultan Mohammad Aidal juga tidak berjaya.

Setelah kemangkatan Datu Aliuddin B. Datu Mohammad Seh pada 30 Jun 2008, maka keluarga Maharajah Adinda diketuai oleh Datu Atik Bin Datu Mohammad Seh (yang kini menetap di Semporna, Sabah), namun Sabahkini.net gagal menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan berhubung Sultan Muhammad Aidal.

Lebih mengejutkan ramai pihak mendakwa bahawa Mohammad Aidal berketurunan Bajau Simunul dan tidak mungkin beliau waris Sultan Sulu. Hanya orang Taosug sahaja yang boleh menjadi Sultan Sulu dan bukannya Bajau!

Sebelum ini Sultan Mohammad Aidal mendakwa bahawa menjelang Februari 2005, Sultan Hassanal Bolkiah akan menyerahkan Sabah kepada beliau; tetapi sehingga hari ini, sejak 'Tiga Purnama' lalu beliau masih ditahan di Pusat Tahanan Sementara yang dikhaskan untuk Pendatang tanpa Izin?

PENDUDUK BANTAH PEMAJU TUTUP PARIT

Posted: 25 Sep 2010 03:51 AM PDT

BENTENG….Lo menunjukkan benteng membina 'retainning wall' yang menutup saliran air dari kawasan rumahnya.

Oleh: MAIL MATHEW

Pengurusan Majlis Daerah Tenom akan melakukan pemeriksaan sekali lagi sebelum keputusan dibuat berhubung masalah sistem perparitan (sanitary system) ditutup pemaju yang menghalang saliran air keluar seperti yang didakwa pemilik tanah bersebelahan dengan tapak pembinaan kedai baru.

Gesaan itu dibuat Jurutera Majlis Daerah Tenom, Ir Annuar Mohammad ketika dihubungi pada Sabtu berhubung masalah tersebut dan meminta pihak terbabit bersabar buat sementara waktu sehingga selesai pemeriksaan masalah yang berlaku itu.

"Kita akan periksa dengan teliti pelan dan rekabentuk dan jika terdapat ada yang tidak betul…maka kita perbetulkan," jelas beliau.

Gesaan beliau itu timbul ekoran rungutan seorang pemilik tanah yang bersebelahan dengan tapak pembinaan kedai baru, Lo Su Fah, 51, yang merungut kononnya pemaju sudah mula mengengkari persetujuan awalnya untuk membina saliran perparitan baru selepas menutup perparitan lama yang terletak di tengah-tengah tapak pembinaan beberapa deretan kedai.

Menurut Lo, pemaju telah bersetuju membina saliran perparitan baru di kawasan tepi tapak untuk membolehkan saliran air keluar daripada rumahnya supaya tidak berlaku kebanjiran terus menerus ketika musim hujan jika tiada perparitan untuk mengeluarkan air hujan yang bertakung di kawasan rumahnya.

"Malangnya, saya lihat pekerja pembinaan itu bukan sahaja membina dinding (retaining wall) tapi turut menimbus dan menyimin perparitan yang dicadangkan itu. (Jadi)..kalau sudah begitu apa akan terjadi dengan rumah saya yang mungkin ditenggelami oleh air hujan ketika musim hujan sebab air tidak dapat keluar lagi," tegas Lo.

Tegasnya lagi, selain masalah banjir kerana air tidak dapat keluar dalam jangka masa beberapa hari, mungkin masalah lain akan timbul seperti masalah kesihatan akan tercemar kerana air berbau busuk selepas beberapa hari bertakung.

Ditanya apakah beliau pasti perparitan itu akan ditimbus dan tidak dibina seperti pada persetujuan sebelumnua Lo berkata;

"Saya pasti ia akan ditimbus kerana di situ dapat lihat besi-besi sebagai tulang simen sudah dipasang untuk disimen. Lagipun kita dapat lihat mana perparitan yang dia sudah buat…tidak ada? Jadi saya mahu cakap dalam medi dulu dan terpulang kepada pemaju apa dia punya respon. Balik-balik cakap pun dia tidak peduli semua itu," tegas Lo.

Pemaju terbabit ketika dihubungi untuk mendapatkan ulasannya memberitahu bahawa pihaknya tidak tahu menahu apa yang diungkitkan oleh Lo, kerana pemaju telah laksanakan kerja-kerja mengikut pelan dan rekabentuk yang diluluskan oleh Majlis Daerah.

"Terpulanglah kepada Lo untuk berurusan dengan pihak Majlis dan kami tidak mahu campur," tegas pemaju terbabit.

UMNO DESAK GUGURKAN JAWATAN VK LIEW?

Posted: 25 Sep 2010 03:50 AM PDT

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

BEBERAPA orang pemimpin UMNO Bahagian Tuaran mendesak Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan drastik menggugurkan Jawatan Timbalan Menteri yang disandang Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), Datuk VK Liew kerana mempersendakan BN.

"Kami desak beliau jelaskan pendiriannya berhubung kenyataan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin yang menyatakan LDP tidak lagi dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman," ujar Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjin yang terkilan dengan tindakan membisu VK Liew.

Pendirian yang tidak jelas dan amat mengelirukan rakyat yang ditunjukkan VK Liew, kata Ghulabdin menyebabkan ramai parti komponen BN kesal kerana VK Liew tidak lagi mampu mengemudi LDP dengan baik sehingga ditunggang timbalannya.

"Maka dengan ini kami ingin menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Musa selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang telah membuktikan kewibawaan beliau ke arah kestabilan dan kemajuan; memperjuangkan kepentingan rakyat negeri ini," kata Ghulabdin ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kilang Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) di Tuaran baru-baru ini.

Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi KOSAN melahirkan rasa kecewa terhadap pucuk pimpinan LDP diketuai VK Liew yang sepatutnya telah mengambil tindakan displin terhadap kebiadaban Chin Su Phin yang secara terbuka menolak pimpinan Musa sebagai Ketua Menteri.

Sikap bongkak yang tidak mengambil kisah terhadap tingkahlaku yang kurang sopan dari Chin Su Phin itu menunjukan VK Liew telah mengelirukan rakyat termasuklah penyokong UMNO dan BN di peringkat akar umbi.

Beliau amat menyokong ketegasan UMNO Bahagian Kudat yang disuarakan oleh Ketua Penerangannya, Haji Gurahman Haji Lolong yang kemungkinan tidak akan memberikan sokongan terhadap LDP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapur seandainya VK Liew masih gagal menunjukkan pendirian jelas terhadap isu yang ditimbulkan oleh Chin Su Phin itu.

"Tindakan mempersoalkan kredibiliti dan kepimpinan Musa dianggap sebagai biadap, celupar dan tidak berdisiplin Chin Su Phin, malangnya semua Majlis Tertinggi LDP melainkan VK Liew telah menyatakan pendirian kurang ajar mereka, kata Ghulabdin yang memperakui UMNO Sabah kental menyokong Musa.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Marsah Muyong yang turut menzahirkan sokongan penuh terhadap pimpinan Musa mengesa ahli-ahli UMNO di Bahagian Kudat berpegang kepada ketegasan untuk tidak menyokong LDP dalam pilihanraya ke 13, kerana jelas ahli-ahli UMNO amat kecewa dengan sikap pimpinan LDP yang seperti 'Kacang Lupakan Kulit' apabila tidak mengenang jasa dan sokongan UMNO Bahagian Kudat sehingga Calon LDP memenangi dengan selesa kawasan Tanjung Kapur dalam pilihanraya umum Ke-12 lalu.

"Saya bersetuju dengan rakan-rakan ahli UMNO di Kudat yang tidak akan menyokong LDP kerana apalah ertinya sokongan dan menyokong parti apabila pemimpinnya tidak lagi dihormati dan bersikap menikam rakan, bukan lagi dari belakang tetapi secara terang-terangan," tegas Marsah lagi.

Kestabilan dan kecemerlangan pimpinan Musa sejak menjadi Ketua Menteri sehingga menempatkan negeri ini pada tahap yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain di negara ini, sewajarnya dihargai dan adalah malang sekiranya LDP menerusi Chin Su Phin terlalu ghairah untuk memperjuangkan kepentingan peribadi tanpa menghargai kepentingan rakyat yang mewakili beberapa buah parti dalam komponen BN Sabah.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin UMNO Bahagian Tuaran, Mohammad Nanti yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Tuaran dan Ketua Cawangan Batangan Tuaran, mempersoalkan keenganan Chin Su Phin meminta maaf terhadap kebiadapannya; meskipun terlalu ramai penyokong BN yang menghendakinya berbuat demikian.

"Tindakan mempersoalkan kepimpinan Musa adalah merupakan satu kesilapan yang akibatnya telah melukakan perasaan kebanyakan ahli-ahli UMNO di negeri ini," kata Mohammad lagi.

Sehubungan dengan itu ketiga-tiga pemimpin UMNO Tuaran ini dengan tegas mendesak pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak agar mengambil tindakan displin terhadap LDP dengan mengantung Presidennya, VK Liew dari jawatan Timbalan Menteri yang disandang pemimpin berkenaan.

Sekiranya tindakan ini dapat diambil oleh pucuk pimpinan BN, ia akan menjadi pengajaran terhadap kengganan VK Liew mengambil tindakan terhadap Chin Su Phin yang menyebabkan kekecewaan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi tercetus di negeri ini.

PR Bentang Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua Rasis

Posted: 25 Sep 2010 03:48 AM PDT


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membuat usul tergempar jika tidak ada tindakan tegas terhadap dua pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan berbaur perkauman terhadap murid sekolah mereka.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di dalam twitternya menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar tersebut pada hari pertama Dewan Rakyat bersidang bermula 11 Oktober depan.

"Kita tengok perkembangannya dahulu sehingga Parlimen bersidang bulan depan. Jika tidak apa-apa berlaku, kita ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu ini pada hari pertama dewan bersidang nanti.

"Masih ada lagi 18 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang. Kita tengok dahulu apa tindakan mereka," kata Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP ketika dihubungi Suara Keadilan.

Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata rasis adalah Siti Insyak Mansor dari SMK Tunku Abdul Rahman dan Ungku Aznan Ungku Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS)

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua SMKBS kerana ia di bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.

Siti Insyak didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman pada 12 Ogos lalu ketika menyentuh mengenai masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa berkata pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka yang disifatkan hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Ungku Aznan pula didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah

Selangor Tidak Gentar Tuntutan RM308 Juta Syabas

Posted: 25 Sep 2010 03:46 AM PDT


SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mahu mengheret Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ke mahkamah kerana kegagalan mereka mematuhi beberapa asas penting dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada rakyat Selangor.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri sedikit pun tidak merasa gentar terhadap tindakan syarikat kroni Umno itu menuntut bayaran RM308 juta dari Selangor yang didakwa sebagai "pampasan" kerana terhalang menaikkan tarif air.

"Kerajaan Negeri sedikit pun tidak gentar dengan tuntutan Syabas dan berpendapat syarikat itu tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air antaranya; bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan Kerajaan Negeri kerugian berjuta ringgit.

"Jika Syabas dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37% seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini. Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

"Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Selangor mempertahankan hak rakyat Selangor mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Air adalah keperluan asas yang dianugerahkan Allah dan oleh itu, hanya kos minima bagi proses rawatan air patut dikenakan," kata Menteri Besar dalam satu kenyataan media semalam.

Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu dengan memberi alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan Kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

Pada masa yang sama ia mengugut untuk mengheret Kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian.

"Konsep penswastaan yang diperkenalkan pada 1982 mempunyai matlamat jelas iaitu mengurangkan tanggungan Kerajaan dalam memberi perkhidmatanasas kepada rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dengan bayaran yang melampaui kemampuan.

"Pengenalan konsep tersebut tidak tercatatat langsung bahawa penswastaan bertujuan untuk memberi keuntungan melampau kepada mana-mana pihak apatah lagi mereka yang berkait rapat dengan pemerintah. Dengan ini, Kerajaan Negeri menyatakan semangat konsep penswastaan telah dicabuli oleh golongan yang tamak dan berkepentingan sekali gus telah mencabar kepentingan rakyat," tegas Abdul Khalid lagi.

Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri akan menentang dengan cara apa sekali pun, usaha Syabas atau mana-mana pihak yang mencabar rakyat Selangor terhadap hak mutlak air.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri menangguhkan sebarang niat untuk menggunakan hak sedia ada (undang-undang) bagi menghormati perbincangan pihak yang terlibat dalam menyelesaikan penstrukturan semula hak konsesi air dan model perancangan yang boleh digunapakai.

"Syabas maklum akan perbincangan yang dilakukan dan adalah amat tidak wajar bagi Syabas membuat tuntutan pampasan di peringkat ini. Surat-surat tuntutan ini juga mendedahkan pekung Syabas yang tidak mengendahkan kepentingan rakyat.

"Syabas menyebarkan program kemasyarakatan yang dikatakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan membayar bil air semasa dan tertunggak tetapi sebenarnya Syabas telah meminggirkan rakyat dengan mendesak supaya tarif air dinaikkan.

"Sikap dan keikhlasan Syasbas ini diragui kerana lebih mementingkan kenaikan tarif daripada menyelesaikan rundingan pengambilalihan syarikat konsesi air yang bertujuan menyelesaikan penstrukturan air secara menyeluruh supaya mutu perkhidmatan bekalan air dapat ditingkatkan," kata Menteri Besar.

Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri akan melancarkan gerakan menyelamatkan rakyat Selangor dari terus dicengkam ketidakadilan perjanjian konsesi yang nyata membelakangi tanggungjawab sosial.

Justeru itu, rakyat Selangor digesa untuk bersatu bersama Kerajaan Negeri bagi mempertahankan hak dan maruah.

"Percayalah, dengan usaha yang gigih dan doa yang berpanjangan usaha rakyat Selangor akan beroleh kejayaan," ujar beliau.

NUJ Pertikai Tindakan KDN Terhadap Suara Keadilan

Posted: 25 Sep 2010 03:44 AM PDT


Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM - Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari mempertikaikan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang enggan memperbaharui permit penerbitan organ rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan sambil menyifatkan kementerian tersebut bersikap bias.

Hata yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia menegaskan KDN tidak sepatutnya memangsakan akhbar Suara Keadilan tetapi sebaliknya seharusnya mengambil tindakan terhadap pengarang atau wartawan jika mereka melanggar undang-undang.

"Mengapa harus akhbar ini dimangsakan? KDN perlu ingat bahawa setiap organisasi media bukan sahaja mempunyai bahagian editorial tetapi juga unit lain di bawahnya seperti gafik, pemasaran dan pentadbiran. Dengan mengantung permit Suara Keadilan, KDN dilihat seolah-olah berdendam dan mahu mematikan akhbar tersebut walhal yang bertanggungjawab mungkin editor atau pengarang sahaja. Biarkan akhbar terus wujud walau apa pun masalah yang timbul.

"Saya menggesa KDN bersikap profesional dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Akhbar adalah milik rakyat samada ia dilihat menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat dan KDN dalam hal tidak boleh masuk campur. Kalau Felda ada masalah dengan artikel yang disiarkan oleh Suara Keadilan biar kedua-dua pihak yang selesaikan bukannya KDN masuk campur dan ambil tindakan terhadap akhbar itu," kata Hata ketika dihubungi Suara Keadilan.

Permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN tamat tempohnya pada 30 Jun lalu dan sejak itu pihak KDN terus mengambil sikap berdiam diri dan enggan memperbaharui permit tersebut.KDN menggunakan alasan ia tidak berpuas hati terhadap dua pucuk surat penjelasan dari Suara Keadilan malah membuat laporan polis pula terhadap akbbar tersebut.

Ini ekoran tersiarnya artikel berjudul "Felda Bankrap" dalam bilangan 237 edisi 22-29 Jun 2010 Suara Keadilan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd kemudiannya bertindak dengan mengemukakan tuntutan saman RM200 juta terhadap enam pihak iaitu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat.

"Media di negara ini hendaklah disuburkan bukan ditekan atau dikuburkan. Lihat sahaja keadaan industri media di negara jiran Indonesia di mana mereka bebas untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat. Sekiranya ada pihak berasa dianiaya disebabkan laporan yang dihasilkan oleh mana-mana media, mereka boleh mengambil tindakan mahkamah. Jadi pihak media dan pihak yang menyaman bolehlah mengemukakan hujah masing-masing dan biarlah mahkamah tentukan.

"Jadi akhbar berkenaan terus beroperasi tanpa gangguan kerana yang terlibat hanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan artikel yang dipertikaikan tanpa melibat atau menganiaya pihak lain.

"Saya harap pihka KDN menimbang semula pendirian berhubung isu Suara Keadilan dan bersikap adil dan telus dalam tindakan mereka," tegas Hata lagi.

Kenyataan Muhyiddin Bersifat Anti-Perpaduan

Posted: 25 Sep 2010 03:39 AM PDT

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran tidak berkuasa menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau dianggap tidak bertanggungjawab dan anti- perpaduan kerana pada masa yang sama beliau cuba menjadi hero perpaduan melalui gagasan '1Malaysia'.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kenyataan Muhyiddin itu dilihat kurang bijaksana kerana seolah-olah mempertahankan pengetua yang bersikap perkauman terhadap pelajar bukan Melayu.

"Sekurang-kurangnya mereka disiasat kerana melakukan provokasi terhadap murid-murid ini kerana mengikut Perlembagaan yang termaktub, kita perlu menjaga hak dan kepentingan semua kaum.

"Beliau seolah-olah cuba lari daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan dan tidak menyelesaikan secara profesional seperti pepatah, baling batu sorok tangan. Ini memendekkan lagi hayat politik pemimpin Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Ini menunjukkan, kerajaan Umno-BN sudah berada di penghujung jalan dan bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Kebiasaannya, orang tua kata mereka yang akan mati buang tabiat dan inilah yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN sekarang ini," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.

Apa yang dikesalkan katanya, jika perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pihak polis dengan pantas akan mengambil tindakan undang-undang tetapi dalam hal yang membabitkan kepentingan Umno-BN, sedikit pun tidak ada tindakan terhadap mereka yang terlibat.

"Kita ambil contoh seperti akhbar Suara Keadilan yang baru-baru ini disaman Felda, isu itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengumuman saman RM200 juta itu di media.

"Begitu juga dengan tindakan pihak polis yang dengan segera mengambil tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya," ujar beliau.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya tidak kuasa mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut terletak di tangan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.

Tiga hari lalu, MCA melahirkan rasa tidak berpuas hatinya dengan pengetua yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pelajar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu, Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Chong berkata ibu bapa pelajar terbabit juga telah memohon kepada Jabatan Pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani itu dipindahkan secepat mungkin.

Shamsul Mahu SPRM Tubuh JK Khas Siasat IPD Banting

Posted: 25 Sep 2010 03:33 AM PDT


Oleh Norasikin Samsi

PUTRAJAYA - Ketua Angkatan Muda KEADILAN , Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan jawatankuas khas bagi menyiasat sepenuhnya kemungkinan wujud elemen penyelewengan serta rasuah di Ibu Pejabat Polis Daerah Banting berhubung empat laporan polis yang kini dikaitkan dengan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya.

Shamsul yang juga seorang peguam kanan berkata SPRM perlu membuat siasatan rapi dan mendalam untuk membongkar apa yang sebenarnya berlaku di kawasan pembunuhan di Ladang Gadong, Banting dan mengapa empat laporan terdahulu mengenai kehilangan beberapa individu tidak disiasat.

Bercakap kepada media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini semalam setelah memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan pihak polis dengan kes pembunuhan Sosilawati, Shamsul berkata beliau berbuat demikian bagi menuntut SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus untuk menentukan jika kes tersebut berkait dengan unsur rasuah dan penyelewengan.

"Kita membuat keputusan untuk mengemukakan satu laporan di dalam bentuk maklumat awal berkaitan perkembangan terkini kes pembunuhan Datuk Sosilawati di Banting dan mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang.

"Kami membuat laporan ini kerana merasakan rakyat umumnya dan khususnya di kawasan Banting dan Selangor merasa gelisah dan resah di atas pendedahan media saban hari yang menunjukkan bahawa sebenarnya kes pembunuhan Datuk Sosilawati ini bukannya kes yang pertama.

"Jadi mereka harus siasat dengan berani kerana ini membabitkan kes kepentingan awam," kata beliau.

Shamsul tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.20 petang dan selesai memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM, Hazrul Syazrin Abdul Yazid dan Shahrul Naim Mohd Amin sejam kemudian.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM sebaliknya mengulangi pendiriannya yang bersedia memberi kerjasama kepada polis mahupun SPRM .

"Saya telah meminta dan mengemukakan beberapa maklumat dan bukti yang kita ada kepada pasukan penyiasat SPRM dan saya telah berikan keterangan dan kerjasama yang sepenuhnya kerana kita mahu supaya satu siasatan diadakan secara telus dilakukan.

"SPRM perlu menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di sana (kawasan kejadian) dan kita tidak boleh berdiam diri kerana setakat ini kematian yang dilaporkan baru empat orang (mangsa), mungkin lebih kita tidak tahu.

"Pembunuhan kes yang cukup tragis ini adalah kes yang sebenarnya sebelum ini telahpun berlaku akan tetapi tiada siasatan yang menyeluruh dilakukan dan ada beberapa kes yang telahpun ditutup juga beberapa kes yang dianggap atau diklasifikasikan sebagai kes hilang tetapi dibuka semula kerana dengan perkembangan terkini kes pembunuhan," tegas Shamsul lagi.

Beliau turut menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa kononnya saya telah dimaklumkan tentang perkara tersebut. Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai perkara itu melainkan melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul.

"Apatah lagi saya sebagai pengamal undang-undang dan rakyat Malaysia yang faham undang-undang negara ingin mengambil tindakan tidak mengikut saluran undang-undang," jawab beliau.

Tambahnya, jika polis ingin memanggil beliau untuk memberi keterangan maka pihak terbabit perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Acara Jenayah.

"Saya telah nyatakan pendirian saya bahawa dari segi undang-undang, kita berminat kepada keadilan. Saya tidak mahu kita kemukakan satu kaedah siasatan yang baru iaitu penyiasatan kepada media.

"Ini bukan siasatan kepada media, kalau dia (polis) bercadang untuk memanggil maka saya bersedia untuk memberikan keterangan dan hari ini saya bersedia, saya datang kepada SPRM tetapi perlulah dipatuhi prosedur undang-undang sepertimana yang termaktub di dalam Kanun Acara Jenayah.

"Dan janganlah kita didik rakyat untuk pergi ke balai memberi keterangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook atau telefon bimbit," katanya.

Dalam pada itu Shamsul turut menasihatkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi fokus kepada tanggungjawab sebenar beliau.

"Saya mahu ingatkan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk membasmi jenayah dan bukan untuk menyerang saya saban hari di dalam media," katanya.

Rabu lepas, polis memberi amaran bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Shamsul jika beliau terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya itu.

Hadir sama memberi sokongan, Timbalan AMK, Fariz Musa dan beberapa anggota AMK serta bekas pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus.

BN Perlu Ada Keyakinan Menang Pilihan Raya

Posted: 25 Sep 2010 03:30 AM PDT

BERNAMA

IPOH: Semua pemimpin dan penyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak perlu mempunyai semangat kemenangan dan sentiasa bersedia menangkis segala propaganda parti pembangkang, kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata setiap anggota parti komponen perlu mempunyai keyakinan untuk menang pilihan raya umum akan datang.

"Kita jangan menjadi mangsa serangan psikologi yang mempengaruhi minda...Setiap ahli BN mesti ada semangat dan keyakinan untuk menang pilihan raya, mesti ada keyakinan, jangan jadi mangsa pada serangan-serangan pihak pembangkang hingga hilang keyakinan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat Bergerak BN Perak dan Majlis Hari Raya B NPerak di Bangunan Umno di sini, Sabtu.

"Bagi memastikan kemenangan tersebut, BN perlu sentiasa bersiap-sedia menghadapi pembangkang dengan mengukuhkan jentera parti," tegasnya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata jentera parti perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum mengumumkan tarikh pilihan raya.

Beliau berkata sebagai parti yang prihatin dan dinamik sifatnya, anggota komponen BN juga perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi pembangkang yang sering melancarkan perang psikologi.

"Kita bukan hanya mahu menjadi kerajaan yang bersifat jangka pendek, tetapi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Beliau juga menasihati semua anggota BN supaya jangan berada dalam zon selesa dengan mengambil mudah persekitaran.

Katanya, anggota BN juga tidak harus terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan oleh pembangkang sebaliknya perlu sentiasa bekerja kuat untuk memenangi hati rakyat.

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan dermasiswa Yayasan Perak serta bantuan sara hidup untuk golongan kurang berkemampuan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU). -

Taib Mahmud Umum Terus Terajui Kepimpinan BN

Posted: 25 Sep 2010 03:29 AM PDT

BERNAMA

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Sabtu mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.

Abdul Taib yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.

"Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak," katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini, Sabtu.

"Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak," katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.

Abdul Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.

Pada 24 Ogos, Abdul Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan. Abdul Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001.

Kedai Telco And Post Bukan Ejen Kutipan Syabas

Posted: 25 Sep 2010 03:28 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan Syarikat Telco and Post Sdn Bhd dan kedai-kedainya tidak pernah dilantik sebagai ejen kutipan bil air bagi pihak Syabas.

Untuk itu, para pengguna di Selangor dinasihatkan tidak membuat pembayaran bil air di kedai-kedai tersebut bagi mengelakkan bekalan air ke rumah mereka dipotong.

"Sejak kebelakangan ini, terdapat rungutan daripada pengguna air Syabas tentang ketidakpuasan hati mereka kepada pihak syarikat berhubung isu pembayaran bil air yang dibuat di kedai Telco and Post tetapi bekalan air ke premis mereka telah dipotong oleh Syabas," kata Syabas dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya, Syabas telah menerima banyak aduan bahawa kedai Telco and Post lambat menyalurkan bayaran pengguna kepada pihaknya mengakibatkan akaun pengguna lewat dikemaskini walaupun pembayaran telah dibuat.

"Akibatnya, bekalan air pengguna telah dipotong oleh Syabas. Sehubungan itu,para pengguna dinasihatkan tidak lagi membuat bayaran bil air di kedai Telco dan Post untuk mengelakkan hal-hal seperti ini berlaku," katanya.

Syabas menasihatkan para pengguna supaya membuat pembayaran bil air di ejen kutipan bil air Syabas yang sah atau membuat bayaran terus di pejabatnya di setiap wilayah kerana perkhidmatan bayaran kaunter bayaran dan kaunter pandu lalu disediakan untuk memudahkan pengguna.

Malah Syabas telah melantik agensi-agensi bank dan bukan bank sebagai wakilnya yang sah dan pengguna boleh membuat bayaran melalui perkhidmatan yang ditawarkan seperti perbankan internet, perbankan telefon, kaunter pembayaran dan mesin teller automatik (ATM).

Pengguna yang mempunyai masalah bekalan air atau sebarang aduan supaya terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi 24 jam sehari.

Laporan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.

Mahathir Hadir Kali Pertama Ke Kelantan Selepas Disembur Cecair

Posted: 25 Sep 2010 03:24 AM PDT

BERNAMA

PASIR MAS: Buat pertama kali bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad datang ke Kelantan pada Sabtu setelah insiden beliau disembur cecair di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, empat tahun lalu.

Dr Mahathir yang diiringi oleh isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali datang ke negeri ini untuk menghadiri perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Beliau tiba di majlis itu dengan memakai kain lilit di kepala bewarna kuning dengan corak bunga padi serta mengenakan selempang merah di bahunya.

Ketibaan Dr Mahathir disambut dengan sorakan gemuruh dan laungan "hidup Melayu" oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Kali terakhir Dr Mahathir datang ke Kelantan ialah pada 2006.

Pada lawatan itu, Dr Mahathir telah disembur dengan cecair yang merbahaya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi, 28 Julai 2006.

Berikutan insiden itu seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 55, telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan merbahaya kepada Dr Mahathir.

Kes itu masih dibicarakan.

SANDIWARA POLIS LABUAN TERDEDAH?

Posted: 24 Sep 2010 10:18 PM PDT

SABAH KINI


DITEMUI
.... Saiman (tengah) menunjukkan sepucuk pistol buatan sendiri yang ditemui sambil diperhatikan oleh Mohd Amy (kiri) dan C/Insp. Syed Asrul kepada media di pejabatnya, kelmarin.

KEJAYAAN Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan seorang lelaki tempatan yang amat dikehendaki oleh pihak PDRM Lawas, Sarawak kerana terbabit dalam kes cubaan bunuh menggunakan senjata api dalam satu pergaduhan keluarga yang berlaku di kampung Siang-Siang Lawas, pada 14 September lalu amat dialu-alukan oleh rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, suspek yang disabitkan dengan cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh PDRM Lawas di tahan di rumah anak lelakinya di Taman Mutiara Sungai Bedaun Labuan pada 17 September lalu.

Namun rakyat Labuan kesal kerana Unit D7 PDRM menyuburkan kegiatan maksiat di Labuan terutama pelacuran di Kelab Malam dan Pusat Hiburan seperti yang didedahkan sebelum ini.

Mengikut Krew Sabahkini.Net di Labuan, selepas tersiarnya kisah 'Bapa Ayam' bernama 'Amoi' di Sabahkini.net, PDRM mula gelisah dan bimbang kerana operasi haram mengutip tol mereka mula dipantau oleh penduduk Labuan sendiri yang tidak lagi percaya kepada polis.

Akibatnya, seminggu lalu, seramai 19 GRO dari sebuah Pusat Hiburan, Blue Wave, telah melarikan diri dari kuaters yang mereka tinggal kerana beberapa orang pegawai polis yang bersubahat bersama Amoi tidak menjaga GRO kerana bimbang menjadi mangsa lensa kamera Krew Sabahkini.net.

Menurut siasatan Krew Sabahkini.net, seorang GRO yang dikenali sebagai Easther, 'Amoi' telah mengugut rakannya dengan sebilah pisau kerana isteri 'Amoi' mengetahui bahawa suaminya mempunyai skandal seks dengan perempuan GRO yang dijaganya sendiri.

Kesemua 19 GRO di kuaters berkenaan telah berjaya melarikan diri pada tengah malam sewaktu Amoi sedang tidur setelah mereka berjaya memecahkan kunci dan polis yang diarah mengawal GRO berkenaan bertempiaran lari setelah menyedari Krew Sabahkini.net mengesan pergerakan mereka.

Malangnya, kesemua GRO berkenaan telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di rumah Emelda Doliente @ Nursiah Abdullah, isteri seorang peniaga tempatan. Emelda dianggap sebagai 'Duta Filipina' di Labuan.

Kes Emelda telah disebarkan secara meluas oleh Malaysia Today sebelum ini, terutama dakwaan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Zainuddin Hassan bahawa Emelda memiliki enam pasport Filipina sebelum mendapat Mykad dan mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Cawangan Khas (KCK) Labuan, ketika itu, Abdul Razak Arshad yang juga merupakan rakan suami Emelda.

Bagaimanapun, kes 19 GRO yang melarikan diri ini tidak dilaporkan kepada mana-mana pihak kerana Emelda berjaya memujuk 19 GRO berkenaan agar tidak membuat laporan polis dan berjaya menyeludup mereka keluar daripada Labuan setelah Taukeh kepada 'Amoi' bersetuju membayar pampasan RM2,000 kepada setiap GRO berkenaan.

Krew Sabahkini.net melaporkan, dengan bantuan PDRM dan Imigresen Labuan, Emelda berjaya menyeludup keluar kesemua 19 GRO berkenaan dengan feri khas daripada Labuan pada 20 September 2010 untuk kembali ke Filipina tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Tiada ulasan: