DIALOG RAKYAT |
- 18 cedera bas terbalik di Km35.1 Lebuhraya Karak
- Kes Raja Petra: Rayuan KDN ditangguh
- Kamera intip berjaya rakam wajah dalang
- 'Ada aduan jual nama Anwar, Azizah'
- Jenayah: 6 pelajar di Perlis ditahan setiap bulan
- Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam...
- Laporan polis dakwa PM hina mahkamah
- Kes khianat: Nasib lima pelajar UM 24 Sept
- 495 bantahan, SPR tangguh warta daftar pemilih Tanah Merah
- Ismail dilantik Ketua Polis Negara baru, kuat kuasa 12 Sept
- 42 pelajar alami keracunan makanan selepas bersahur di Bachok
- Isu LDP: Komponen BN tidak boleh angkuh, kata pemimpin Umno
- Editor Malay Mail didakwa hantar komen palsu guna internet
- Krisis ciptaan lawan kukuhkan Pakatan Rakyat
- Siswa berpolitik: Pemuda PAS temui Saifuddin hari ini
- Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas
- Biar mahkamah tentukan: Mustapa
- 100 Kanopi Polis Ditempatkan Di Laluan Berbahaya
- Isu Perakam Video: Khalid Mahu Pasukan Siasatan Bersama Polis Dibentuk
- Ubah Salah Tanggapan Masyarakat Terhadap Islam - Najib
- Tiga digantung keahlian UMNO
- Roslin, Norhayati sah cerai talak satu
- Penunjuk perasaan makin biadab
- Belum ada larangan ke Indonesia
- DPMMS Tolak Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri
| 18 cedera bas terbalik di Km35.1 Lebuhraya Karak Posted: 02 Sep 2010 07:51 AM PDT Keadaan bas persiaran yang terbalik di KM 35.1 Lebuh Raya Karak dalam perjalanan dari Genting ke Batu Pahat hari. – Foto BernamaTHE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-KualaLumpur hari ini. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat. Bas itu yang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Batu Pahat dan membawa 25 penumpang terbabas akibat jalan licin ketika menuruni jalan di laluan tersebut, katanya kepada Bernama di sini. Che Hussin berkata mangsa yang cedera dirawat di Hospital Selayang manakala yang tidak mengalami kecederaan meneruskan perjalanan ke destinasi dengan menaiki bas lain. Tujuh yang cedera mengalami patah dan retak tulang manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar, katanya. Beliau berkata antara yang mengalami cedera agak teruk itu ialah seorang wanita warga China dan seorang lelaki rakyat Indonesia. Bas tersebut katanya, membawa tujuh rakyat tempatan manakala bakinya adalah warga asing. Sementara itu, pemandu bas Atan Mohamad, 44, berkata dia tidak memandu laju kerana keadaan hujan lebat serta jalan yang licin. "Semasa saya memandu tiba-tiba air melimpah di atas jalan menyebabkan saya tidak dapat mengawal bas lalu melanggar penghadang jalan dan terbalik," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Atan, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. Seorang penumpang, Manja Kasim, 28, yang mengalami cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila menyedari bas tersebut sudah terbalik. — Bernama | |||||||
| Kes Raja Petra: Rayuan KDN ditangguh Posted: 02 Sep 2010 07:44 AM PDT
Hakim Arifin yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, yang juga editor laman web Malaysia Today. Apabila ditanya oleh hakim Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, Tun Majid menjawab: "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui".
"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun," katanya. Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 Sept 2010. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Tun Majid berkata pihak pendakwaan tidak tahu di mana Raja Petra berada sekarang kerana pihaknya tidak mempunyai alamat beliau. Pada 7 Nov, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah.
Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad. Dalam permohonan habeas corpus, Raja Petra menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai reponden. | |||||||
| Kamera intip berjaya rakam wajah dalang Posted: 02 Sep 2010 07:41 AM PDT
"Daripada siasatan dalaman, terdapat beberapa wajah dan suara yang dikenal-pasti dari rakaman video itu. (Tetapi) kita tidak bercadang mendedahkan butirannya (sekarang)," katanya. "Sesetengah mereka sepatutnya berada di sana, tetapi ada juga yang tidak sepatutnya berada di sana." Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat penemuan 'kamera intip' itu akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok untuk menentukan tindakan selanjutnya. Faekah berkata pasukan petugas itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Khalaid sebelum boleh menyoal-siasat mereka yang dikenal-pasti dalam rakaman video itu.
Menurut Faekah, rumusan awal siasatan mendapati mereka yang terbabit itu cuba menjadi "nakal dari segi politik." Beliau juga mendedahkan tiga pegawai polis berjumpa dengannya pagi ini tetapi mengesahkan belum ada laporan polis yang dibuat. Sebelum ini, Khalid berkata pasukan petugas berkenaan akan diberi masa menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada polis. | |||||||
| 'Ada aduan jual nama Anwar, Azizah' Posted: 02 Sep 2010 07:39 AM PDT
Beliau yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini. "Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya. Menjelang pemilihan PKR, cakap-cakap terdapat calon yang 'direstui' Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap kanannya. Pemilihan dalam Pemuda PKR (AMK) dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim. Pendekatan proaktif, reaktif Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar.
Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesediaan mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan dalam parti. "Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK. Baling kerusi Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya:
"Kita tak perlu turut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat. "Kita patut beri ruang kepada demokrasi," katanya. Mydemocracy Watch merupakan badan pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme. Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan. | |||||||
| Jenayah: 6 pelajar di Perlis ditahan setiap bulan Posted: 02 Sep 2010 07:35 AM PDT
Ketua Polis negeri Datuk Ghazali Mohd Amin berkata angka itu berdasarkan jumlah 49 orang yang ditahan setakat ini atas pelbagai kesalahan termasuk terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ghazali berkata mereka yang terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal itu tidak menyertai mana-mana kumpulan sebaliknya bergerak secara bersendirian sebelum menjual motosikal terbabit kepada sindiket. Mereka katanya, akan menunggang motosikal yang dicuri sehingga ke Sik, Kedah untuk dijual kepada anggota satu sindiket yang kemudian mengubah suai motosikal itu sebelum dijual pula kepada warga asing yang bekerja di ladang getah sekitar Kedah dan Perlis. Modus operandi mereka terbongkar selepas tumpasnya satu sindiket yang diketuai seorang wanita berusia 51 tahun pada 28 Ogos lepas, katanya. Beliau berkata wanita itu bersama tiga lelaki ditahan di sebuah kebun getah di Sik dan hasil pemeriksaan ke atas sarang sindiket, polis menemui 15 motosikal curi dan percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian motosikal di Perlis. Kesalahan lain membabitkan pelajar berkenaan ialah mencuri dalam bangunan, mencuri pada siang hari serta merogol, katanya. Ghazali sebelum itu mengetuai skuad Blue Thunder Riders Club yang disertai 40 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis melakukan tinjauan cegah jenayah di lima lokasi sekitar negeri iaitu di Kuala Perlis, Padang Besar, Kangar, Beseri, Mata Ayer dan Arau. | |||||||
| Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam... Posted: 02 Sep 2010 07:30 AM PDT
Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.
Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan. "Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi. Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu. "Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan. Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.
Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu. Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat. Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu. "Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi. | |||||||
| Laporan polis dakwa PM hina mahkamah Posted: 01 Sep 2010 10:30 PM PDT
Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.
Beliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan empat peneroka Felda jempol.Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol. Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan. Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit. | |||||||
| Kes khianat: Nasib lima pelajar UM 24 Sept Posted: 01 Sep 2010 10:28 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 24 September ini bagi memutuskan sama ada lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang didakwa melakukan khianat dan menceroboh universiti itu pada Jun tahun lepas, diarah membela diri atau dilepaskan daripada pertuduhan. Hakim Rozana Ali Yusuff menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin dan peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mengetuai barisan pihak pembelaan selesai mengemukakan hujahan. Prosiding perbicaraan kes itu yang bermula pada Jun lalu, ditutup selepas saksi terakhir iaitu Detektif Koperal Yaakob Ramli dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields memberi keterangan bagi melengkap seramai 19 saksi pendakwaan. Lima pelajar berkenaan, Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 22 tahun dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 23, dituduh menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya. Kelima-lima pelajar itu turut didakwa melakukan kesalahan khianat dengan menyimbah petrol ke atas permaidani dan menconteng dinding dewan utama fakulti itu, mengikut Seksyen 427 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pintu utama dewan fakulti itu kira-kira 4 pagi, 24 Jun, 2009. Terdahulu, Mohd Arfaizi yang mewakili Mohamad Izzuddin Hilmi dan Muhammad Syahrul berhujah saksi pendakwaan tidak melihat mereka ketika kejadian. "Ini mewujudkan keraguan mengenai tertuduh dan jelas mereka tidak ada pengetahuan mengenai kejadian itu," katanya. Katanya, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-15 iaitu pengawal keselamatan Rohazi Ishak, 37, yang menyatakan telah nampak Mohammad Izzudin keluar dari Dewan B selepas membuat intipan, bagaimanapun saksi itu tidak Nampak tertuduh masuk ke dalam dewan itu. Mohamad Arfaizi juga berhujah bahawa jarak iaitu antara tempat kejadian itu dengan tempat intipan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu, menunjukkan mustahil untuk melihat tertuduh yang hanya berpandukan sebuah lampu di luar dewan itu. Peguam Mohd Radzlan yang mewakili Mohd Shazni, dalam hujahannya berkata tiada kesan bahan mudah terbakar ditemui berdasarkan eksibit yang telah dikemukakan oleh pendakwaan iaitu sarung tangan getah, seutas jam tangan selain seluar panjang selepas dianalisis oleh ahli kimia. Peguam Zul Azmi yang mewakili Mohd Saufi dan Mohamad Aizat pula berhujah, bahawa kelima-lima mereka dengan jelas tiada perancangan untuk melakukan perbuatan itu atas alasan tiada rekod panggilan antara mereka. Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura, dalam hujahnya berkata walaupun berdasarkan laporan kimia menyatakan tidak dapat dibuktikan kewujudan bahan hidrokarbon tetapi keterangan daripada saksi pendakwaan adalah sebaliknya. "Keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan menyatakan mereka ada terbau petrol ketika berada di tempat kejadian yang boleh digunakan bagi menyokong antara satu sama lain," katanya. Hujahnya walaupun tiada sesiapa yang melihat tertuduh yang melakukan perbuatan itu, adalah satu tindakan yang luar biasa bagi seseorang pelajar keluar pada awal pagi dengan nombor pendaftaran motosikal digelapkan. "Perkara ini diakui melalui keterangan tiga orang saksi yang terdiri daripada pengawal keselamatan UM yang saling melengkapi ketika menahan tertuduh pada malam kejadian yang mendapati nombor pendaftaran motosikal itu digelapkan," katanya. | |||||||
| 495 bantahan, SPR tangguh warta daftar pemilih Tanah Merah Posted: 01 Sep 2010 10:26 PM PDT
Meskipun SPR mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan 221 bahagian lain hari ini, tetapi ia tidak termasuk permohonan membabitkan Tanah Merah. "Kami masih belum memproses sebanyak 495 tuntutan yang diterima ketika tempoh pameran antara 20 hingga 26 Julai lalu," kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said di sini. Sepanjang tempoh pameran dari 20 hingga 26 Julai, SPR menerima 495 bantahan di bahagian Tanah Merah yang masih belum diselesaikan sehingga kini, menyebabkan 1,004 permohonan baru dan 67 pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi bagi kawasan itu tidak dapat disahkan, kata beliau. Ketika tempoh pameran kali ini, SPR hanya menerima bantahan membabitkan dua bahagian iaitu Tanah Merah dan Hulu Terengganu, Terengganu. Zainal Abidin berkata, SPR menerima 20 bantahan di Hulu Terengganu tetapi ia telah diselesaikan. Selain itu SPR juga menerima 1,801 tuntutan yang melibatkan 48 Bahagian Pilihan Raya Parlimen, di mana kesemuanya telahpun diselesaikan. "Kesemua bantahan membabitkan alamat tempat tinggal, di mana ada yang mendakwa tidak kena mereka yang memohon mendaftar sebagai pengundi baru dan tukar alamat," katanya. Sambil menolak sejumlah bantahan itu sebagai perkara luar biasa, Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima bantahan dalam jumlah yang banyak pada 2007 iaitu sebelum pilihan raya umum 2008. "Kami menjangkakan bantahan macam ini akan meningkat selepas ini ketika menjelang pilihan raya," katanya. Beliau juga menyangkal bantahan itu ada hubung kait dengan ideologi politik. "Bantahan boleh dibuat oleh orang perseorangan, jadi tidak tahu dari parti mana mereka datang," katanya. Kerusi Tanah Merah merupakan salah satu yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008. Kerusi itu dimenangi oleh wakil PKR Amran Ab Ghani yang menewaskan calon Umno Shaari Hassan dan Asmadi Abu Bakar dari Bebas. Pada Mac 2008 bahagian itu mempunyai 36,027 pengundi. Amran menang dengan majoriti 1,584 undi. Zainal Abidin berkata pihaknya tidak dapat mendengar bantahan sebab pengarah pilihan raya negeri sudah bersara. "Bantahan ini sudah bersedia untuk didengar... sebaik sahaja pengarah pilihan raya negeri baru dilantik, kami akan mengadakan siasatan awam untuk mendengar setiap bantahan ini," katanya. Katanya, setiap bantahan biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit. Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 pemilih berdaftar dinasihatkan membuat semakan maklumat bagi memastikan mereka berdaftar di lokaliti yang betul. Beliau berkata ia bagi mengelakkan tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih ataupun menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon. "Jika keadaan ini berlaku menjelang sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana masa yang singkat," katanya. Zainal Abidin berkata sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui Sistem Aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya. Beliau juga mengharapkan kerjasama waris kepada pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia agar dapat melaporkan kematian berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera bagi membolehkan SPR mengambil tindakan susulan mengeluarkan nama pemilih dari Daftar Pemilih. Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di sini atau kaunter di Pejabat Pilihan Raya Negeri, bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang berdekatan dengan kediaman, katanya. Kini jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara meningkat kepada 11,381,193 orang dengan pewartaan daftar pemilih tambahan suku kedua tahun ini yang mengandungi 191,970 pemilih. Daftar tambahan ini melibatkan tempoh 1 April hingga 30 Jun itu terdiri daripada 164,821 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi. | |||||||
| Ismail dilantik Ketua Polis Negara baru, kuat kuasa 12 Sept Posted: 01 Sep 2010 10:22 PM PDT TERKINI
Ismail yang kini merupakan timbalan kepada Musa akan memulakan tanggungjawab baru mulai 12 September ini. "Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa tempoh kontrak Tan Sri Musa sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir 12 September dan oleh itu, Timbalan Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar telah disyorkan sebagai ketua polis yang baru," kata Hishammuddin kepada pemberita di sini. Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam Pesuruhjaya Datuk Hussin Ismail akan menggantikan tempat Ismail. Hishammuddin juga menafikan bahawa kontrak Musa tidak disambung ekoran tekanan pihak luar. Sehubungan itu kata Hishammuddin, beliau berharap Musa akan terus memberi sumbangan kepada negara selepas bersara. "Sudah pasti ia tidak kaitan dengan itu (tekanan luar)," katanya. "Kita perlu mencari ruang untuk membolehkan beliau terus menyumbang kepada negara. Cuma, formaliti sebagai Ketua Polis Negara berakhir pada 12 September," katanya lagi. Musa, 59, mencapai umur persaraan wajib pada 2007 tetapi perkhidmatan beliau disambung dua kali. Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa Musa agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara atas alasan kadar kes jenayah dan rasuah telah meningkat di bawah kepimpinan beliau. Musa pula menekankan, beliau tidak pernah kecewa dengan keputusan perkhidmatannya tidak disambung. "Saya tidak kecewa. Saya sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan polis," katanya lagi. | |||||||
| 42 pelajar alami keracunan makanan selepas bersahur di Bachok Posted: 01 Sep 2010 10:20 PM PDT BERNAMA KOTA BARU — Seramai 42 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, Bachok mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan ketika bersahur pagi semalam. Jurucakap Jabatan Pelajaran Kelantan berkata kesemua mereka yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Lima di asrama sekolah berkenaan, mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sejurus selepas bersahur, dan mereka kemudiannya dibawa ke dua hospital di sini secara berperingkat. Beliau berkata 13 pelajar dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan bakinya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. "Hanya tiga pelajar sahaja yang masih ditahan di HRPZII berikutan dua daripada mereka menghidap gastrik dan seorang lagi mengalami tekanan darah rendah manakala yang lain diberikan rawatan sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang," katanya di sini, hari ini. Menurutnya ekoran kejadian itu Jabatan Pelajaran Negeri menggantung perkhidmatan di kantin sekolah berkenaan buat sementara, dan sedang menunggu laporan lengkap daripada pengurusan sekolah berhubung kes itu. Sementara itu jurucakap HRPZII ketika dihubungi berkata pelajar terakhir yang dihantar ke hospital itu adalah pada pukul 6.45 petang semalam. | |||||||
| Isu LDP: Komponen BN tidak boleh angkuh, kata pemimpin Umno Posted: 01 Sep 2010 10:18 PM PDT
KOTA KINABALU— Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin menganggap tindakan Datuk Peter Pang En Yin melepaskan keanggotaannya dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam sebagai langkah berani, dan pada masa yang sama menggesa komponen BN tidak bersikap angkuh. Setiausaha Umno Sabah ini berkata, keberanian Pang patut dipuji kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri semata-mata mahu terus bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah dan memastikan keharmonian komponen parti berbilang kaum terus terjaga. "Walaupun beliau kini tidak ada parti, yang pasti tindakannya itu baik dan saya puji kerana beliau berani bertindak," kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah ini dan menambah, tindakan nekad itu prerogatif Pang sebagai individu. Pang mengumumkan keluar LDP semalam rentetan krisis antara parti itu dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (gambar) minggu lalu. Pang, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah, turut menawarkan untuk meletak semua jawatan dalam kerajaan tetapi tidak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Karamunting. Beliau juga Naib Presiden LDP. Menegaskan tentangannya terhadap pendirian LDP, Pang berkata: "Satu-satunya jalan yang boleh saya ambil ialah meninggalkan parti dengan cara terhormat." Yahya menambah, mungkin Pang berasakan tidak ada lagi gunanya untuk terus berkhidmat dengan parti yang tidak dapat bekerjasama dengan kepimpinan Musa. Perkembangan ini turut menunjukkan dalam LDP juga tiada persefahaman di kalangan anggota dan pemimpinnya, kata beliau. Yahya berkata, ahli dalam BN lain tidak boleh bersikap angkuh hanya kerana ada permintaannya tidak dilayan. Jelas beliau, tindakan angkuh mereka hanya merugikan banyak pihak terutama parti itu sendiri. Pang dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah menggantikan Datuk Raymond Tan, bekas timbalan presiden Parti Progresif Sabah (Sapp) Mei tahun lalu, setelah ia keluar BN September 2008. Raymond menyertai Gerakan selepas sembilan bulan tiada parti. Ditanya mengenai tindakan BN Sabah dengan perkembangan terbaru itu, kata Yahya, keputusan terletak di tangan Ketua Menteri. "Ya, kita pasti akan adakan mesyuarat nanti. Tunggulah keputusan Ketua Menteri nanti," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Webley Dusin berkata, Pang mengambil jalan yang betul keluar LDP kerana perjuangan parti itu sekarang tidak lagi sesuai dengan matlamat BN. "Pada pendapat saya, beliau mungkin menyertai Gerakan kerana kedudukannya sekarang tidak berparti dan terpulang kepada Datuk Musa sama ada menerima peletakan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri dan menteri sukan dan belia. "Namun jika beliau tidak kekal sebagai menteri belia dan sukan mungkin berlaku sedikit perubahan dalam Kabinet negeri. "Pembantunya, Datuk Jahid Jahim mungkin menggantikannya dan Datuk Dr Yee Moh Chai dari parti PBS naik jadi timbalan ketua menteri," kata Exco Pemuda BN pusat ini ketika dihubungi The Malaysian Insider. Yee adalah Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah dan Timbalan Presiden PBS. Webley menambah, dengan perkembangan terbaru itu, ia akan memperkukuhkan ramalan sesetengah penganalisis politik bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan dalam tahun ini juga. Ramai mengatakan, jika PRU tidak diadakan Musa akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri untuk menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah. Kekosongan kelak mungkin diisi oleh Pairin. Yang pasti kata beliau, perkembangan politik di Sabah sekarang akan semakin hangat dan semakin banyak ramalan dikeluarkan dengan ramai pemimpin akan melobi mahu mendapatkan jawatan yang bakal kosong itu. Mengenai pendapat PBS tentang tindakan Pang, beliau memberitahu, pihaknya sudah banyak pengalaman berada dalam dan luar dalam komponen BN dan daripada pengalaman masa lalu, membuktikan bahawa tiada masalah yang dapat diselesaikan di luar parti pemerintah. "Disebabkan inilah PBS menyertai semula BN. Sukar menyelesaikan masalah dari luar parti pemerintah dan ini sudah tentu menyukarkan pemimpin berkhidmat memberi pembangunan kepada rakyat," katanya. Jelas Webley, jikapun LDP keluar dari BN satu hari nanti, anggota komponen BN termasuk PBS tidak akan kehilangan apa-apa, cuma kesannya akan dirasai calon di kawasan majoriti pengundi Cina. | |||||||
| Editor Malay Mail didakwa hantar komen palsu guna internet Posted: 01 Sep 2010 10:10 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Irwan menghadiri Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur 2 September 2010. — Gambar oleh Jack Ooi Irwan yang turut dikenali sebagai blogger "Hassan Skodeng" didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu bertajuk "TNB to sue WWF over Earth Hour" di laman web 4news.wordpress.com dengan niat untuk menyakiti hati orang lain. Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pertuduhan mengikut Seksyen 233(3)(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. | |||||||
| Krisis ciptaan lawan kukuhkan Pakatan Rakyat Posted: 01 Sep 2010 10:09 PM PDT
| |||||||
| Siswa berpolitik: Pemuda PAS temui Saifuddin hari ini Posted: 01 Sep 2010 10:08 PM PDT
| |||||||
| Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas Posted: 01 Sep 2010 04:43 PM PDT
| |||||||
| Biar mahkamah tentukan: Mustapa Posted: 01 Sep 2010 04:37 PM PDT SINAR HARIAN ONLINE ![]() SHAH ALAM – Serahkan kepada mahkamah kerana badan pengadilan akan membuat keputusan seadilnya berhubung isu kerajaan Kelantan yang memfailkan saman terhadap Petronas dengan mendakwa syarikat berkenaan melanggar perjanjian dan menuntut supaya melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kita tidak mempunyai apa-apa hak atau kuasa bagi menyekat keputusan yang bakal dikeluarkan oleh pihak mahkamah. "Malaysia mempunyai sistem mahkamah yang kukuh dan sebarang keputusan yang dikeluarkan akan diadili dengan adil. "Rakyat negara ini tidak perlu mempertikaikan keputusan pihak mahkamah dan harus menghormati sebarang kenyataan daripada pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Menurutnya, badan kehakiman akan mengadili setiap isu berdasarkan bukti yang menyokong dan kukuh. Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan berkata, tidak perlu membuat sebarang spekulasi, kita hanya tunggu dan lihat sahaja keputusan itu memihak kepada pihak mana. Kelmarin, Kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada syarikat minyak negara dan mendakwa Petronas melanggar perjanjian yang dilakukan selain menuntut perjanjian petroleum di negeri itu dilaksanakan. Selain itu, Kerajaan Kelantan juga menuntut semua tunggakan pembayaran tunai yang diperjelaskan supaya dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah. Turut dituntut lima relif yang lain termasuk relif ganti rugi dan kos, bagaimanapun saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas. Perjanjian petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas perlu membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di perairan dan luar pantai negeri berkenaan. Tidak ada sebarang kekeliruan dalam perjanjian itu dan mendapat sokongan daripada bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian bagi pihak syarikat minyak itu dengan negeri lain termasuk Kelantan. Saman pemula berkenaan difailkan di Bahagian Pendaftar Mahkamah Dagang melalui pejabat peguam Tetuan Tommy Thomas jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. | |||||||
| 100 Kanopi Polis Ditempatkan Di Laluan Berbahaya Posted: 01 Sep 2010 04:36 PM PDT MSTAR ONLINE Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman, (dua dari kanan) bersama-sama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan(kanan) melepaskan Pasukan Pemantau Trafik di majlis pelancaran kempen keselamatan jalanraya Ops Sikap 22. Turut serta Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM , Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa. KUALA LUMPUR: Lebih 100 buah kanopi polis akan ditempatkan di laluan-laluan berbahaya di seluruh negara bagi mewujudkan gambaran kehadiran polis kepada pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata konsep mendirikan kanopi-kanopi itu merupakan langkah penambahbaikan dalam Ops Sikap ke-22 yang bermula Jumaat ini. "Adanya konsep 'omnipresence' polis ini, ianya tidak hanya memberi kesan kepada pengurangan kemalangan jalan raya sahaja, tetapi juga boleh memberi kesan dalam pencegahan jenayah di kawasan-kawasan operasi (penugasan) mereka masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Sikap ke-22 di Menara Telekom Malaysia (TM) di sini pada Rabu. Ops Sikap ke-22 yang akan berakhir pada 17 Sept dilancarkan serentak hari ini di semua kontinjen dengan melibatkan ketua-ketua polis dan pesuruhjaya polis di seluruh negara. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi TM Datuk Dr Halim Shafie. Abu Seman berkata melalui konsep Omnipresence juga, anggota polis akan melakukan penugasan dan rondaan pada setiap masa meliputi lebuh raya, jalan-jalan persekutuan, negeri dan bandaran. "Kita akan tempatkan 4,962 anggota polis dan mereka akan bertugas secara bergilir di lebuh raya dan jalan-jalan yang terlibat. "Di lebuh raya, penugasan operasi mereka adalah bagi tempoh 24 jam... sementara di jalan-jalan persekutuan, negeri dan bandaran adalah selama 12 jam yang turut memfokus pada waktu-waktu puncak (kesesakan)," katanya. Abu Seman turut meminta kesemua pengusaha-pengusaha pengangkutan awam agar memperbaiki kualiti perkhidmatan masing-masing bagi menjamin keselamatan penumpang sekaligus mengelakkan berlakunya kemalangan. "Aspek yang perlu diberi perhatian ialah kualiti pemandu itu sendiri, keadaan mekanikal kenderaan termasuk tayar dan amalan-amalan keselamatan bagi mengelakkan kesalahan seperti memandu laju dan had masa memandu tidak melebihi lapan jam sehari," katanya. Mengulas mengenai saman ekor, Abu Seman berkata pelaksanaan saman itu akan tetap diteruskan pada musim perayaan ini. "Kita hanya menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga 28 Februari tahun depan. "Pemandu yang melakukan kesalahan kita tetap akan saman dan belum ada penurunan kadar saman ekor seperti yang digembar-gemburkan," kata Abu Seman. Sementara itu, Musa berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memaparkan maklumat-maklumat berhubung situasi trafik semasa seluruh negara di laman web rasmi PDRM bagi memudahkan orang ramai mengatur waktu perjalanan mereka. "Saya minta pemandu dan pengguna jalan raya lihat web ini supaya nanti tak susah. Kalau tak lancar perjalanan nanti sesak kamu marah... masa itulah nak naik darah, masa itulah nak laju dan berlakulah kemalangan," kata Musa. Dalam perkembangan berkaitan, Dr . Abd Halim berkata keselamatan jalan raya merupakan aspek penting terutamanya pada musim cuti dan perayaan. "Sebagai pengguna jalan raya, anggota TM tidak terkecuali dari turut menjadi mangsa kepada kelalaian dan kealpaan ketika memandu. "Semua ini memberikan impak dan kesedaran kepada pihak kami untuk menyokong dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu polis bagi mewujudkan kesedaran orang ramai," katanya. Bersempena dengan pelancaran Ops Sikap itu, PDRM turut melancarkan talian bebas tol iaitu 1800-88-1412 yang disediakan oleh TM. Pengguna jalan raya boleh menggunakan talian bebas tol itu untuk melaporkan keadaan trafik, kemalangan jalan raya dan untuk mendapatkan sebarang bantuan. | |||||||
| Isu Perakam Video: Khalid Mahu Pasukan Siasatan Bersama Polis Dibentuk Posted: 01 Sep 2010 04:33 PM PDT BERNAMA SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap satu pasukan petugas khas bersama polis-kerajaan negeri Selangor dapat dibentuk bagi menyiasat kes penemuan perakam video di pejabatnya bulan lepas. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini, Abdul Khalid berkata, siasatan bersama itu bukan saja untuk mengesan siapa yang memasang perakam itu tetapi juga memperbaiki urusan keselamatan di pejabat menteri besar. Bagaimanapun, sehingga ini, beliau belum membuat laporan polis mengenai penemuan perakam video itu. Mengenai isu penstrukturan industri air Selangor, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenainya dengan kerajaan pusat mestilah dijalankan dengan terperinci kerana ia melibatkan pengambilalihan aset air yang bernilai di antara RM5 hingga RM9 bilion. Dalam hal ini, perlu diambil kira bahawa "kerajaan negeri mempunyai peranan yang utama daripada segi pengendalian industri air di Selangor," katanya. Menyentuh isu bukan Islam memasuki surau dan masjid, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenai tatacara orang-orang bukan Islam memasuk masjid atau surau akan diadakan. Masjid bukan sahaja tempat umat Islam beribadat tetapi untuk orang bukan Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam, katanya. Sebelum ini, anggota Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau mahu peraturan lebih terperinci untuk bukan Islam memasuki masjid digubal. Ini berikutan insiden ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dewan solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi. | |||||||
| Ubah Salah Tanggapan Masyarakat Terhadap Islam - Najib Posted: 01 Sep 2010 04:31 PM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan. Perdana Menteri berkata ini kerana pada masa ini, masih lagi ada tanggapan salah masyarakat bukan Islam termasuk di Barat terhadap Islam. Misalnya, beliau berkata dalam keluaran Time Magazine baru-baru ini, terdapatnya istilah baru iaitu 'Islam fobia'. "Sikap masyarakat bukan Islam terhadap Islam tidak banyak berubah. Mereka masih mempunyai tanggapan bahawa Islam itu merupakan ancaman kepada mereka. "Oleh itu, masyarakat Islam perlu membantu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan kestabilan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama duta-duta dan perwakilan asing di Wisma Putra di sini, malam tadi. Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Najib berharap dengan penjelasan dan sikap yang ditunjukkan oleh umat Islam akan dapat menghakis tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Di Malaysia, beliau berkata walaupun rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan agama, namun mereka boleh hidup dengan aman dan harmoni. Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan tiada ruang bagi sebarang bentuk ekstremisme di negara ini sama ada dalam bentuk ekstremisme kaum ataupun agama. "Ia mesti dilindungi dengan sebaik-baiknya. Misalnya, jika anda merosakkan gereja atau masjid, hukuman seharusnya sama. "Kita tidak boleh mempunyai satu set hukuman yang berlainan dengan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam negara," kata beliau. Perdana Menteri berkata Malaysia juga memainkan peranan aktif bagi memastikan keamanan dan kestabilan di seluruh dunia apabila terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti di Bosnia dan Lebanon. Dalam perkembangan lain, Najib merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Tan Sri Rastam Mohd Isa atas segala khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun. Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman akan menggantikan Rastam sebagai Ketua Setiauaha kementerian, berkuatkuasa Jumaat ini. Rastam, 59, pernah berkhidmat sebagai duta ke Pakistan, Bosnia, Herzegovina, Indonesia dan sebagai wakil tetap Malaysia ke PBB | |||||||
| Posted: 01 Sep 2010 04:30 PM PDT BERITA HARIAN ONLINE Didapati bersubahat heret hal parti ke mahkamah KOTA BHARU: Tiga pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Tanah Merah yang didapati bersubahat dan mengheret hal parti ke mahkamah, digantung hak keahlian masing-masing selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan. Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan; bekas Pemangku Ketua UMNO bahagian itu, Nik Kemaruzaman Sulong dan ahli UMNO Cawangan Padang Kijang, Bahari Mohd Noor. Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail, berkata keputusan tindakan tatatertib terhadap tiga ahli terbabit disampai oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menerusi sepucuk surat, Isnin lalu. "Kami dimaklumkan Setiausaha Agung, Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Ogos lalu, bersetuju keputusan Lembaga Disiplin mengenakan tindakan menggantung hak keahlian mereka," katanya. "Mereka didapati bersalah melanggar tata etika ahli dan Perlembagaan UMNO kerana bersubahat dan terbabit mengheret hal parti ke mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Ahmad berkata, hukuman terhadap Shaari berkuatkuasa mulai 10 Ogos, manakala Nik Kemaruzaman dan Bahari dikenakan tindakan sama mulai 12 Ogos. Katanya, berikutan hukuman yang dikenakan, Nik Kemaruzaman dan Bahari kini hilang hak untuk memilih, dipilih atau dilantik bagi sebarang jawatan dalam parti, manakala Shaari dilarang bertanding mana-mana jawatan dalam parti atau dipilih sebagai calon pilihan raya. Beliau berkata, keputusan Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi terhadap ketiga-tiga mereka seharusnya menjadi pengajaran kepada ahli UMNO yang lain agar menggunakan saluran parti dalam menyelesaikan sebarang permasalahan. | |||||||
| Roslin, Norhayati sah cerai talak satu Posted: 01 Sep 2010 04:25 PM PDT Oleh Siti Nurazlinee Azmi Mahkamah setuju lafaz dibuat pemain badminton negara tanpa paksaan mana-mana pihak KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu. Hakim Syarie Mahyudin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan Norhayati, 38, yang juga Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dan Roslin, 35, dalam perbicaraan ringkas bulan lalu. Mahyudin berkata, Roslin atau nama sebenarnya Muhamad Roslin Hashim bersetuju dengan ikrar dan mengakui berlakunya lafaz cerai berbunyi 'I cerai youlah,' di bilik 533 Hotel Corus di sini, jam 8.32 malam, pada 7 Ogos 2010. Katanya, mahkamah bersetuju lafaz dibuat Roslin itu jelas ditujukan kepada Norhayati tanpa paksaan mana-mana pihak dan ia talak satu walaupun beliau tidak menyebut berapa talak dijatuhkan. "Kes perceraian ini mengejutkan ramai pihak berikutan pasangan baru saja berkahwin. Apa yang dikesalkan perkahwinan yang berlangsung di hotel berakhir di hotel. Sepatutnya setiap masalah di bawa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. Pada 10 Ogos lalu, Norhayati (plaintif) melalui peguam syarie, Zulqarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai kepada mahkamah sama manakala Roslin menerusi peguam syarie Roslizam Rahim tidak memfailkan sebarang pembelaan berikutan mengakui berlakunya kejadian berkenaan. Sementara itu, Roslin ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau tidak pernah serik untuk berkahwin lagi kerana beliau memang mahukan perkahwinan yang berkekalan untuk selamanya. "Bagaimanapun saya akur dengan kehendak Allah dan ini adalah takdir saya. Saya juga ingin jelaskan Raja Azmi tiada kaitan langsung dalam masalah perkahwinan saya, " katanya. | |||||||
| Penunjuk perasaan makin biadab Posted: 01 Sep 2010 04:23 PM PDT BERITA HARIAN ONLINE JAKARTA: Penunjuk perasaan di Jakarta terus bertindak biadap terhadap Malaysia apabila membakar Jalur Gemilang ketika mengadakan tunjuk perasaan di luar Pejabat Kedutaan Malaysia di Kuningan di sini, semalam. Penunjuk perasaan yang menggelarkan kumpulan mereka Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) turut melempar Jalur Gemilang yang dibakar ke dalam perkarangan pejabat kedutaan. Tidak cukup dengan itu, mereka melempar telur busuk, ikan masin dan tepung pada papan tanda pejabat kedutaan. Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika kira-kira 30 ahli GMHJ mengadakan tunjuk perasaan menerusi Ganyang Malaysia yang mahu rakyat Malaysia diusir dari Indonesia. Kira-kira 150 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) mengawal ketat pintu masuk kedutaan bagi menghalang penunjuk perasaan bertindak ganas, tetapi berakhir 40 minit kemudian selepas diarahkan bersurai. Penunjuk perasaan turut melaung Ganyang Malaysia dan membawa sepanduk anti-Malaysia. Ketua penunjuk perasaan, Bayu Segara menuduh Kerajaan Malaysia menghina lagu kebangsaan Indonesia, menceroboh sempadan, menghakmilikkan budaya Indonesia dan tidak menjaga kebajikan serta keselamatan Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia. | |||||||
| Belum ada larangan ke Indonesia Posted: 01 Sep 2010 04:20 PM PDT Oleh Johari Ibrahim PUTRAJAYA: Malaysia belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia kepada rakyatnya berikutan perkembangan terkini demonstrasi anti-Malaysia di negara itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau akan merujuk kepada Wisma Putra berhubung perkara itu tetapi menegaskan nasihat perjalanan adalah sesuatu yang serius kerana membabitkan hubungan antara kerajaan, perniagaan dan orang perseorangan antara Malaysia dan Indonesia. "Kita perlu berfikir secara mendalam sebelum mengambil tindakan seperti itu. "Pada peringkat ini kita tidak mengeluarkan nasihat perjalanan kecuali jika keadaan benar-benar perlu seperti situasi bahaya kepada nyawa dan berlaku sesuatu yang sangat serius," katanya semalam. Terdahulu, Najib menerima buku besar ucapan Hari Kemerdekaan Ke-53 yang ditandatangani pelajar tiga sekolah rendah di Singapura sebagai tanda hormat serta jalinan hubungan dua hala dua negara. Kad disampaikan sekumpulan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD), Sekolah Berprestasi Tinggi yang terbabit dengan program pengantarabangsaan dengan sekolah di Singapura itu. Mengenai harapannya menjelang pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Marty Natalegawa di Sabah pada Isnin depan, Najib berkata: "Harap masalah yang berlaku tidak merebak, kalau ada insiden kita mesti berusaha selesaikan dan tidak mengundang kepada reaksi tunjuk perasaan secara keterlaluan yang berlaku baru-baru ini." Beliau berkata, sebagai negara berjiran, Malaysia dan Indonesia tidak dapat mengelak daripada masalah dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua negara berkongsi sempadan perairan yang luas dan belum lagi diselesaikan secara tuntas. Mengenai kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, yang mengisytiharkan tamatnya misi ketenteraan negara itu di Iraq semalam, Najib berkata, ia adalah tindakan yang sesuai. "Cuma kita nak supaya ada sebuah kerajaan stabil di Iraq kerana tanpanya ia akan buka peluang kepada pihak lain menguasai situasi yang akan mencetuskan konflik dalaman yang mungkin sukar dikawal," katanya. | |||||||
| DPMMS Tolak Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Posted: 01 Sep 2010 04:15 PM PDT SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bahawa mereka telah dipinggirkan dalam pembangunan ekonomi di negeri itu. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menjelaskan sebenarnya DPMMS sendiri telah gagal memainkan peranan selaku pertubuhan perniagaan. "Kerajaan Pakatan Rakyat meletakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban sebagai asas pentadbiran. Pada masa yang sama, kita sentiasa melibatkan rakyat dari pelbagai peringkat untuk terbabit sama dalam merangka polisi dan dasar kerajaan negeri. "Sejak mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat secara berterusan mengadakan pertemuan dan sesi dialog dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan pandangan sebelum apa-apa dasar atau polisi digubal. "Malah buat julung kalinya sebuah kerajaan negeri menganjurkan Sesi Dialog Bajet sebelum pembentangan bajet negeri dilakukan. Sesi dialog ini merupakan salah satu cara bagi mencapai hasrat kerajaan dalam usaha merakyatkan ekonomi negeri. "Ia sekali gus memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk terlibat sama memberi pandangan bagaimana meningkatkan pendapatan negeri dan mengurus perbelanjaan berhemah," jelas Faekah dalam satu kenyataan media. Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga menganjurkan Dialog Pelan Tiga Tahun Selangor di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan perkhidmatan tempatan yang berkesan dan efisyen. "Kerajaan Negeri telah menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan perniagaan untuk memberi pandangan dan cadangan sebagai nilai tambah kepada Bajet 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini. DPMMS adalah antara kumpulan perniagaan yang dijemput. "Malangnya, DPMMS telah menolak jemputan Kerajaan Negeri. DPMMS sesungguhnya berpeluang untuk melontarkan pandangan hatta rungutan namun mereka gagal mengggunakan peluang dan cabaran yang diberikan ini atas alasan yang mereka sahaja mengetahuinya," tegas beliau lagi. Justeru itu Faekah menyifatkan rungutan DPMMS bahawa kerajaan negeri tidak memberi peluang kepada pertubuhan itu adalah tidak berasas sama sekali. Pihak kerajaan katanya sentiasa membantu semua pihak bagi menjalankan perniagaan atau memperkembangkannya tanpa unsur pilih kasih. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengesahan permohonan baru pemilih dan tukar alamat melibatkan bahagian Parlimen Tanah Merah, Kelantan, yang menyaksikan 495 bantahan diterima.
KUALA LUMPUR — Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

KUALA LUMPUR: PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan