Rabu, 29 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BILA ULAMA' TELAH MENJADI LEMBU KEPADA UMNO?

Posted: 29 Sep 2010 09:08 AM PDT

Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.
Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.
Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.
"Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan," ujarnya.
Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.
"Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan," kata beliau.
Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.
"Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka," katanya lagi.

PELAMPAU AGAMA DA PERKAUMAN ITU UMNO DAN PERKASA?

Posted: 29 Sep 2010 07:45 AM PDT

Rakyat diingat agar tidak bertindak keterlaluan dan mengikut perasaan ketika tercetus masalah membabitkan kaum dan agama bagi menjaga perpaduan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, berkata masalah pasti timbul apabila wujud kepelbagaian masyarakat namun rakyat perlu bijak menanganinya.

"Dalam hubungan sesama manusia, kadang kala berlaku keadaan tegang. Kita kena ingat kembali usaha gigih kita selama ini dalam membina negara ini," katanya ketika berucap pada majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) agama di Kuantan malam semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz.

Koh berkata segala isu yang timbul sehingga mengguris perasaan pihak lain perlu dipulihkan segera bagi menjadikan masyarakat kembali mesra dan penuh kasih sayang.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Koh berkata, walaupun rakyat Malaysia ketika ini hidup dalam suasana harmoni, namun usaha mengukuhkan perpaduan perlu dilakukan secara berterusan.

Beliau memuji usaha kerajaan Pahang kerana menganjurkan pertemuan dengan NGO agama yang dilihat mampu memupuk persefahaman antara kaum dan agama.

"Kerajaan negeri lain harus mencontohi Pahang," kata Koh.

- Bernama

UMNO JUARA MENIPU RAKYAT DEMI POLITIK KUASA?

Posted: 29 Sep 2010 01:43 AM PDT

Hentikan mempolitikkan bangsa dan agama kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan pelabur, kata ahli bank veteran negara, Tan Sri Azman Hashim.

Tanpa menyebut nama, pengerusi Ambank itu berkata menjadi 'fenomena Malaysia' bagi sesetengah pihak membuat keputusan 'bukan berdasarkan impak kepada rakyat tetapi kerana kepentingan politik."

"Soalan pertama pelabur asing akan bertanya kepada saya adalah 'Bagaimana pandangan ekonomi negara anda?'

"Kemudian (mereka bertanya) 'Apa prospek kestabilan politik dan mampukah keharmonian kaum serta agam dipertahankan?'

"Sindiran perkauman dan agama muncul khususnya di internet...buat masa sekarang semua berfikiran waras tetapi berapa lama ini boleh bertahan?" soalnya.

Selain mempolitikkan bangsa dan agama, Azman berkata cabaran kritikal terhadap Wawasan 2020 adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akibat "polisi yang kerap-kali ditukar" dan "kos tinggi rasuah".

Ucapan Azman selaku pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana pada forum CEO yang dianjurkan oleh yayasan itu menarik minat 400 peserta dari industri berkenaan.

Beliau memilih membuat bidasan itu memandangkan perdebatan hangat berhubung isu bangsa dan agama di kalangan parti-parti politik dan NGO berasakan kaum di negara ini, sejaka kebelakangan ini.

Bulan lalu, DAP diasak oleh Umno dan kumpulan berhaluan kanan Melayu, PERKASA berhubung isu Bumiputera dan Islam.

Ahli parlimen parti itu yang mewakili Serdang, Teo Nie Ching (kanan) pula 'terkena bahang' apabila melawat sebuah surau manakala rakannya di Petaling Jaya Utara Tony Pua (kiri) menghadapi masalah kerana memberi cadangan supaya diskaun bumiputera membeli hartanah mewah dimansuhkan.

Kedua-dua akan memberi kenyataan mereka kepada polis minggu ini.

Di Pulau Pinang, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas kerana seorang imam menyebut namanya dalam khutbah Jumaat dan gambarnya diubah bagi menunjukkan beliau menyembelih seekor lembu.

Di satu pihak lain, PERKASA menjuarai mempertahankan hak Melayu dengan mengenakan tekanan ke atas kerajaan supaya kuota bumiputera tidak dihapuskan.

Bercakap mengenai keperluan meritrokrasi, penceramah kedua CEO Maybank Investment CEO Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata beliau terpaksa menggajikan beberapa remisiers dalam usaha memenuhi kuota.

LAGI PRK MENGEJUT DIKEDAH!!

Posted: 29 Sep 2010 12:39 AM PDT

Dikala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi tekanan kepada Mahkamah Rayuan agar segera membuat keputusan berhubung status kerusi Dun tersebut.

Menurutnya, adalah tidak kerusi Dun itu ditinggalkan kosong begitu lama iaitu hampir lapan bulan tanpa sebarang keputusan.

"Orang-orang di Kota Seputih telah ditinggalkan tanpa wakil rakyat mereka," katanya.

Pertikaian berkenaan status kerusi Dun itu timbul apabila wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarip tidah hadir ke parsidangan Dun dua kali berturut-turut.

Tindakan itu didakwa telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh negeri Kedah dan mendorong Yang Dipertua Dun, Dr Abdul Isa Ismail menghalang Abu Hassan menghadiri Sidang Dun pembetangan bajet November lalu.

CHINA DAN INDIA MASIH TIDAK SEDAR MEREKA DIPERKUDAKAN UMNO?

Posted: 28 Sep 2010 06:31 PM PDT

MCA hari menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menyiasat dan bertindak ke atas timbalan pengarah Biro Tata Negara, Hamim Husin jika terbukti beliau mengeluarkan kata-kata yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina dan India.

"Jika perlu, polis harus mendakwa Hamim mengikut Akta Hasutan 1960 kerana menghina masyarakat itu.

"Sudah tiba masanya menghentikan tindakan bongkak dan tidak bertolak ansur di kalangan fanatik itu," kata timbalan ketua biro publisiti MCA, Loh Seng Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Loh, MCA terkejut seorang pegawai kanan kerajaan yang tanggungjawab utamanya untuk memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat boleh menjadi sebegitu rasis dan provokatif terhadap komuniti minoriti di negara ini.

"Apabila masyarakat berkembang, adalah memalukan seorang kakitangan awam yang digajikan oleh Biro Tata Negara yang melatih bakal kakitangan awam sanggup menggunakan kata-kata menghina seperti 'si sepet mata dan 'si kaki botol' ke atas rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India.

Hamim semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno semalam dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

"Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam," katanya.

Hamim didakwa berkata: "Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

"Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu caves dan juga mempunyai satu undi," Hamin dilaporkan berkata

MUHYIDDIN SERANG NAJIB UNTUK CEPAT NAIK?

Posted: 28 Sep 2010 04:58 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik  Muhyiddin sebagai berkata.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini," tambah Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.

Muhyiddin mengulas kenyataan  pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan  melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu. 

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat.

Ramai  pihak   menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis.

Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita.

Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat.

Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka.

Mahkamah Tinggi turut  menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan pendakwaraya kes itu.

Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman.

Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap  dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia.

PEMUDA MCA WP:ANDA KAJI DULULAH ISLAM

Posted: 28 Sep 2010 12:22 PM PDT

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng mengecam bahawa PAS tidak pernah mengambil kira perasaan semua kaum.  Malah, Chiew Lian Keng menggesa agar rakyat sedar bahawa halatuju PAS yang sebenar adalah pelaksanaan Hukum Hudud, dan bukannya dasar yang terbuka.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kanan) kepada kerajaan persekutuan supaya Hukum Hudud dilaksanakan untuk mengurangkan kes jenayah yang semakin berleluasa.
Chew pernah mengetuai anggota Pemuda MCA-nya untuk menyerah surat bantahan di ibu pejabat PAS Pusat pada 24 Disember 2008, selepas Naib Presiden PAS ketika itu, Husam Musa mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan Hukum Hudud.
Dewan Pemuda PAS sarat dengan pemikiran yang konservatif dan keterlaluan, maka orang ramai akan meragui pandangan terbuka kononnya yang dibawa oleh PAS, tambah Chew Lian Keng.
"Ketika Perdana Menteri mengumumkan untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor, PAS pula mengesa dalam Mesyuarat Agung Tahunannya untuk mengekalkan kuota 30% ekuiti bumiputera.  Sikap ini menunjukkan bahawa PAS tidak berlapang dada untuk menerima semua kaum," kata beliau..
Chew Lian Keng (gambar kiri) berkata, berulang kali PAS mengeluarkan hujah untuk menggesa agar Hukum Hudud dilaksanakan.  Ini jelas menunjukkan bahawa PAS tidak pernah berputus asa terhadap matlamatnya untuk membentuk sebuah negara teokratis.  "PAS untuk semua" hanyalah propaganda semata-mata dalam pilihan raya umum.
"Segala-gala ini membuktikan bahawa 'PAS untuk semua' hanyalah propaganda dalam PRU semata-mata, untuk memperdayakan pengundi dan mengaut undi," katanya.
Chew Lian Keng berkata, beliau tidak percaya bahawa PAS akan memikirkan keperluan seluruh rakyat Malaysia, jadi beliau berharap agar rakyat dapat melihat bahawa halatuju sebenar PAS adalah pelaksanaan hukum hudud, dan bukannya dasar yang terbuka.  Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan tegas membantah mana-mana kenyataan yang mengancam dan menjejaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Chew Lian Keng turut menggesa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lain untuk memberi respon secara langsung kepada isu ini, agar rakyat jelas dengan pendirian PR dalam isu ini.
*Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, diterjemah dari edisi bahasa Cinanya

PERKASA:DIMANA KAMU? Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Posted: 28 Sep 2010 10:20 AM PDT

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Menulis dalam blognya, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperli PERKASA dengan berkata, tindakan itu lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

"Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat," jelasnya.

Beliau juga menimbulkan kembali tentang kuota universiti yang diubah pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri supaya lebih bersemangat meritokrasi.

"Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan PERKASA?" katanya mempersoalkan tindakan penasihat PERKASA itu.

Dalam tulisan bagi menjelaskan kegusarannya tentang perjuangan PERKASA dan kedudukan istimewa orang Melayu itu, Nurul Izzah mengambil peluang membela dirinya setelah digelar "pengkhianat", "tidak matang" dan "buta sejarah" dalam isu peruntukan kedudukan istimewa Melayu.

'Saya hanya mahu bincang pelaksanaan'

"Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh PERKASA tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

"Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan," kata puteri sulung ketua pembangkang itu.

"Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PERKASA dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Dalam tulisan itu juga, Nurul Izzah turut membangkitkan beberapa perkara, antaranya:

(1) Bagaimana dasar kuota dalam perkhidmatan awam selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

(2) Adakah ini liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi bertentangan dengan perlembagaan dan memberi kesan kepada "hak Melayu"?

(3) Kenapa soal perlembagaan tidak dibangkitkan ketika Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan?

(4) Adakah memperuntukkan pegangan minimum 30 peratus ekuiti bumiputrea akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu; sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar?

Tiada ulasan: