Selasa, 7 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BILA PERDANA MENTERI SALAH MAKLUMAT:SIAPA PENASEHATNYA?

Posted: 07 Sep 2010 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan "tazkirah" ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.
Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo (gambar) tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.
"Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.
"Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian," kata Azemi ketika dihubungi hari ini.
Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.
Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.
Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.
Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.
Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan.
"Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan," katanya.
"Sebagaimana saya kata tadi, sebagai seorang bukan Muslim, ia bukan satu kemestian. Ia satu obligasi dan wajib bagi Muslim memakainya," kata beliau.
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tidak bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa.
Kata beliau, fatwa itu dengan jelas menyebut bahawa bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid.
"Saya tidak akan fokus pada soal tazkirah kerana saya tidak hadir ketika Teo menyampaikan ucapan. Tetapi sudah pasti, sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, surau tidak harus digunakan untuk tujuan politik.
"Tetapi, fokus saya sekarang ialah sama ada bukan Islam boleh memasuki masjid, dan jawapannya ialah Ya," kata beliau.
Mengenai tindakan Teo tidak mengenakan tudung atau skarf, Asri berkata, ramai ahli Umno juga berbuat demikian.
"Ia bukan satu kesalahan dalam kes Teo kerana beliau bukan seorang yang beragama Islam," kata beliau yang berpendapat bahawa mereka yang memasuki masjid perlu menghormati dengan menutup aurat.
"Seperti juga, jika saya hendak pergi ke pejabat perdana menteri atau pejabat menteri besar, saya perlu mengenakan pakaian yang sopan untuk menghormati budaya tempat itu. Ini fahaman bersama," kata Asri.
Bagaimanapun Asri menekankan bukan kesalahan Teo kerana tidak mengenakan skarf ketika berada di Surau Al-Huda.
"Ia kesalahan jawatankuasa masjid, bukan Teo. Mereka sepatutnya memaklumkan beliau, dan jangan mengharapkan beliau mengetahuinya kerana beliau bukan beragama Islam.
"Sebagai umat Islam dan penyelia masjid, jawatankuasa seharusnya memaklumkan kepada beliau," kata beliau lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengadakan taklimat kepada semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menentukan prosedur yang betul bagi mengelakkan salah faham seumpama itu berulang.
"Siapa tahu, kemungkinan mereka mengubah fatwa sekali lagi kerana mereka melihat amalan yang berbeza di luar negara. Mereka mungkin melihat (Presiden AS) Barack Obama memasuki masjid dan mereka mungkin mengubah fatwa.
"Kita perlu ada banyak keseragaman dan kita perlu menasihatkan jawatankuasa masjid tentang apa yang mereka perlu lakukan," katanya lagi.
Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.
"Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat," kata beliau.
"Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis). Ini bermakna mereka mesti tutup aurat," he said

UMNO DAN PERKASA SATU ENTITI DAN SALING MEMPERKUAT:AWAS PERKAUMAN!!?

Posted: 07 Sep 2010 04:07 AM PDT

KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah
menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang
dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai
itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa
pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang satu Malaysia, akan tetapi pada
hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu
tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya
'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan
Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah
yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah
dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh
KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan
Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang
mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga
kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan
kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

KOMUNIS, MALAYA DAN BATU SIJJIL TAREQAH NAQSABANDIYAH HOLIDIYAH.

Posted: 06 Sep 2010 11:20 PM PDT

gegak gempitanya suara mereka yang ingin hubungan indonesia dan malaysia keruh dan bermasalah malah kalau boleh masalah itu sampai berperang adalah karena mereka terlalu emosi, dimainkan oleh sentimen kebangsaan dan cita cita yang belum terlaksana puluhan tahun yang lampau.

kalau kita perhatikan kebanyakan yang berdemonstrai di indonesia pula kebanyakan yang memobilisasi atau penggeraknya adalah kebanyakan dari kaum kristen dan yang seiring dengan mereka sementara dimalaysia pula yang coba menghangatkannya pula kurang lebih sama dan juga nasionalis yang kolot akan sejarah islam dibumi malaysia ini.

cita cita kristien untuk mewujudkan kuasa kristen dibumi nusantara ini tak pernah padam, apa yang mereka laukan adalah mereka menyesuaikan keadan diri mereka kepada keadaan semasa sampai ia beroleh kesempatan yang manis untuk tujuan mereka.

kehebatan komunis di timor timor dimana bumi tersebut berada antara philipina dan australia sebagai contoh dari cita cita mereka bersesuaian dengan keadaan yang mereka harapkan,
ketika komunis kuat mereka mendesak amerika agar indonesia mengambil timor timor masuk kedalam negara indonesia dan setelah kristien kuat disana mereka mendesak indonesia membebaskan negara tersebut sedangkan maklum dalam sejarah sukarno tidak mahu kepada negeri tersebut.

jika situasi indonesia dan malaysia memburuk sememangnya itulah harapan british dari dahulu sejak zaman tunku abdurrahman al haj lagi..sayangnya tunku tidak termakan pujukan inggris untuk malaysia berperang dengan indonesia karena kedua presiden indonesia dan malaysia punya pikiran untuk islam.bukankah inggris dulu sanggup untuk membom kapal perangnya sendiri yang ada dimalaya kemudian akan menuduh indonesia yang membomnya lalu peranglah indonesia malaysia, bukankah itu yang tertulis di memoir tunku abd rahman al haj?.
ingatlah wahai anak muda melyu islam akan hakikat ini!!!..

ini dinginkan oleh pihak inggris karena jika terjadi perang indonesia bahagian timur yang dicita citakan oleh kristen akan terlepas dari pilipina sabah sampai ke australia akan jadi jajaran negeri kristien.

sayangnya cita cita tersebut dapat dihambat oleh karena dakwah yang dilakukan oleh tokoh agamawan terutamanya oleh saudara seperguruan sukarno melalui tarekat nqsabandiyah.

bagi nasionalis dan ummat islam yang sejati ingatlah ketika keberadaan indonesia dan malaysia sangat diperlukan untuk mengusir komunis dari malaya, kejayaan tersebut tidak lepas dari kiprah ulamak indonesia yang sanggup meminjamkan batu sijjil yang ada ditangan naqsabandi untuk diletakkan digunung gunung ketika melawan komunis malaya sehingga mereka terusir lari dari pergunungan tempat mereka bersembunyi.

LEMAN AKUI CAMPUR TANGAN KDN DALAM HAL POLIS?

Posted: 06 Sep 2010 10:20 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: