Jumaat, 3 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MENGAPA MEREKA TIDAK DIDAKWA KES LIWAT MACAM ANWAR IBRAHIM? MANA UMNGOKCO?

Posted: 03 Sep 2010 07:28 AM PDT

Kerajaan Digesa Bertindak Terhadap Pasangan Sejenis

KUALA LUMPUR, 3 Sept - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia untuk mendakwa mereka secara adil, dan kewajipan bagi kerajaan untuk menyiasat paderi homoseksual (gay), Ou Yang Wen Feng yang terang-terangan mengakui orentasi seksnya yang songsang itu.

DPPWP juga, katanya mahu kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan yang sewajarnya kepada paderi itu yang cuba menyebarkan doktrin orentasi seks sejenis di negara ini melalui gereja rahsianya.

Katanya, Ou Yang yang kembali ke negara ini beberapa tahun lalu setelah berkhidmat di Metropolitan Community Church (MCC), New York telah menubuhkan sebuah gereja yang juga cawangan MCC di Malaysia bagi mengumpulkan dan memperjuangkan hak golongan gay dan lesbian di negara ini.

Beliau telah mengumumkan orentasi seks songsangnya bersama pasangannya Angel Ayala dan mengemukakan cadangan membuka gereja bagi golongan gay-lesbian di negara ini pada 2007.

Cadangannya mendapat tentangan dari Roman Catholic Church di Sabah, National Evangelical Christian Fellowship (NECF) dan the Council of Churches Malaysia (CCM).

"Hal ini juga mencetuskan kebimbangan rakyat yang menganut agama lain termasuk Islam ketika itu kerana ia melanggar moral dan ajaran semua agama," kata Herman.

Namun, katanya Ou Yang terus mencabar institusi masyarakat Malaysia dengan meneruskan hasratnya dan menubuhkan gereja berkenaan seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini dalam artikel yang bertajuk 'Komuniti gay melampaui batasannya'.

Menurutnya, dalam buku Bible-Roman dan Ezkiel sendiri menyebut tentang keburukan dan natijah hubungan sejenis.

Tambahnya, Islam pula jelas melarang umatnya melakukan hubungan sejenis dan ini telah dinyatakan dalam Quran melalui hukuman Allah kepada kaum Nabi Luth:

Allah berfirman yang bemaksud: Dan Luth ketika berkata kepada kaumnya: mengapa kalian mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." [QS Al-A'raf: 80-84].

Allah menggambarkan azab yang menimpa kaum nabi Luth dengan firman-Nya yang bermaksud: "Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim" [Hud: 82-83]

DPPWP, kata Herman tidak melihat masalah itu di pihak Kristian sahaja, tetapi menganggap ia sebagai ancaman kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.

"Perkara ini seharusnya dipandang jijik oleh masyarakat dan telah terbukti kesannya apabila ramai golongan yang mengamalkan seks songsang ini dijangkiti HIV dan Aids yang juga ancaman kepada sistem kesihatan masyarakat," katanya.

Beliau berkata, hubungan sejenis juga merosakan keturunan manusia.

"Adalah satu perkara yang mustahil seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang lelaki untuk mengandung atau seorang wanita yang berkahwin dengan wanita memperolehi zuriat.

"Kemunculan golongan gay dan lesbian di negara ini adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi dalam negara ini," ujarnya lagi.-HARAKAH DAILY

SEKUTU BENDERA DALAM TUNJUK PERASAAAN? INIKAH DIA?

Posted: 03 Sep 2010 01:24 AM PDT

Bendera: Jahabar serah kepada peguam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Ketua Pegawai Eksekutif laman web The Malaysian Insider (TMI), Jababar Sadiq menafikan beliau mempunyai hubungan baik dengan tiga pemimpin Bendera Indonesia sebagaimana yang didakwa oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Tidak benar, saya sudah suruh peguam uruskan," kata Jahabar ringkas ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

(Gambar: Laporan akhbar Utusan hari ini)

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita kononnya Jahabar mempunyai hubungan dengan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang banyak membuat provokasi dan bantahan sehingga menghina negara.

Antaranya membuat bantahan di kedutaan Malaysia di Jakarta dan menghina bendera Malaysia.

Utusan memetik kenyataan anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Jahabar mempunyai hubungan dengan tiga pemimpin Bendera.

"Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

"Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan," kata Zahrain dan dipetik Utusan Malaysia ini.

Jahabar adalag bekas wartawan NST sebelum menjadi salah seorang editor kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

(Gambar: Jahabar (kiri sekali) semasa pelancaran buku tulisan Mujahid Yusof malam tadi)


Beliau melepaskan jawatan di Reuters hujung tahun lepas dan mula menjadi CEO TMI mulai Januari tahun ini.

Semalam Jahabar bersama dengan karyawan TMI dan akhbar politik Siasah melancarkan dua buku tulisan Dr Mujahid Yusof di restoran Wau Penyu, Solaris Dutamas.

Buku 'Kita Kan Orang Malaysia' dan 'Menuju PAS Baru' dilancarkan oleh Dr Abdul Aziz Bari, profesor undang-undang perlembagaan dan pengulas politik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

PERKASA CABAR NAJIB? TUMPANG KUASA?

Posted: 02 Sep 2010 11:54 PM PDT

Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.

"Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?" kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.

Ibrahim dilihat seolah-olah "berani" dan lantang mencabar Najib.

"Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen," kata beliau sambil menambah, "apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula."

Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.

Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.

PAS DAN NASIONAL

Posted: 02 Sep 2010 08:51 PM PDT

PAS perlu 'nasionalkan' parti, bawa aspirasi Perlembagaan Persekutuan
Oleh G. Manimaran
September 03, 2010

Prof Aziz Bari dan Dr Mujahid Yusof bersama buku "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme" dan "Kita kan Orang Malaysia" yang dilancarkan malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 3 Sept — PAS, yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah "menasionalkan" parti iaitu menjadikannya "parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan."

Dalam buku terbaru berjudul "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme", ahli jawatankausa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof berkata, parti Islam ini perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

Buku itu dilancarkan di sini malam tadi.

"Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas," kata Mujahid.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan.

Anak bekas presiden PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan "Taghut" dan dianggap sebagai sebuah "Perlembagaan Kafir".

"Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang 'diintepretasikan' sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

"Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri 'nasionalnya' yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia," kata beliau.

Buku ini menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad.

Dalam buku setebal 194 halaman yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya.

"Tetapi, dengan berkembangnya PAS sebagai sebuah parti yang menentukan masa depan negara dan kerana PAS mempunyai rakan dalam membentuk pakatan strategik yang bercita-cita menuju ke Putrajaya, tekanan supaya PAS menjadi parti yang bersumberkan aspirasi nasional dalam penampilannya kini menjadi sesuatu yang cukup mendesak.

"Kegagalan kepimpinan melihat ini sebagai ciri penting PAS dalam Lekuk Ketiga akan menjadikan PAS ketinggalan di belakang untuk menerajui politik negara," kata beliau lagi.

Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.

Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku.

Dua langkah lain ialah berpakaian dengan ciri-ciri kebangsaan dan menegaskan dalam pengucapan awam komitmen parti mengikut perlembagaan parti bahawa PAS adalah parti yang berpijak di bumi nasional dan menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif kepada nama-nama yang mudah difahami oleh orang ramai dalam pengucapan awam supaya ekspresi bahasa mudah difahami awam.

Mujahid juga berkata, kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu.

Katanya, PAS perlu memperbetulkan persepsi ini kerana nama kepimpinan ulama itu sendiri boleh disalah tafsir sebagai nama kepada golongan tertentu.

"Dicadangkan dalam Lekuk Ketiga PAS memperkukuhkan lagi kepimpinannya dengan membuat penjenamaan semula gelaran kepimpinan dengan nama baru yang meletakkan PAS pada ciri inklusif seperti Kepimpinan Berkebajikan, Kepimpinan Sejagat atau Kepimpinan Untuk Semua.

"Nama kepimpinan ulama adalah untuk membezakan kepimpinan Datuk Asri dengan wujudnya satu badan baru dalam Perlembagaan PAS yang dinamakan Majlis Syura," kata beliau.

Menurut beliau, sudah tiba masanya setelah 20 tahun berlalu, nama kepimpinan ulama diperkukuhkan dengan nama baru seperti yang dicadangkan ini.

"Selain itu cara pemikiran fikah kepimpinan mestilah menjurus kepada mencapai maslahat mengikut marhalah dan keupayaan parti," katanya.

Mujahid berkata, kemunculan Lekuk Ketiga boleh berlaku dengan sendirinya, namun kemunculannya tanpa diurus dengan baik akan menimbulkan berbagai kekeliruan kepada ahli dan orang ramai, apatah lagi masalah dalaman yang berpotensi menimbulkan konflik tiada berkesudahan.

Oleh itu, tambah beliau, Lekuk Ketiga ini perlu diurus dalam satu pasukan pengurusan parti yang perlu melihat perubahan dalam parti berlaku secara terancang.

"Lekuk Ketiga diharapkan menjadi kekuatan baru parti untuk menuju ke hadapan bagi generasi ketiga menyambung perjuangan parti," kata pemimpin berusia 45 tahun ini.

"Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme" adalah antara dua buku tulisan Mujahid yang dilancarkan semalam.

Buku "Kita kan orang Malaysia" pula siri keluaran Buku Siasah. Kedua-duanya dilancarkan oleh penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Abdul Aziz Bari.

MALAYSIA:ALINGSIA SERUMPUN YG DURHAKA!!!MUA HA HA

Posted: 02 Sep 2010 09:46 AM PDT

Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) semalam bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis "diplomasi mati suri", "ganyang Malaysia", "bela harga diri bangsa" serta "malingsia serumpun yang durhaka".

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai jam 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.

Dalam insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.

Sungguhpun semua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.

Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu.

- Bernama

Tiada ulasan: