Blog-list Malaysia |
- Kereta Sayfool Bukhari Di Liwat..
- Seronok Lihat Balaci Penjilat Umno Dimalukan Timb. Menteri
- Rasuah - Karpal Cabar Ketua Hakim Negara Letak Jawatan
- Tingkahlaku Ahli PKR Memalukan Pakatan Rakyat..
- Boria Dan Lawak Bodoh Dari Umno Pulau Pinang
- Kalau Adun Kulim Ditawar RM5 Juta, Berapa Pula Ahli Parlimennya?
- Rasuah RM5 Juta. Kenapa SPRM Membisu?
- Kenali Bakal Calon Umno Dun Galas
| Kereta Sayfool Bukhari Di Liwat.. Posted: 29 Sep 2010 11:36 PM PDT Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi. "Saya sudah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu. "Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang," katanya kepada Malaysiakini yang mendakwa kenderaan itu pemberian ibunya. Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis. Beliau menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. |
| Seronok Lihat Balaci Penjilat Umno Dimalukan Timb. Menteri Posted: 29 Sep 2010 09:37 PM PDT |
| Rasuah - Karpal Cabar Ketua Hakim Negara Letak Jawatan Posted: 29 Sep 2010 09:23 PM PDT Pada sidang media sempena perasmian Mahkamah Maritim di bangunan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau tidak menjawab secara jelas soalan wartawan berhubung cabaran Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu. "Saya tidak mahu komen apa-apa," katanya. Sebelum ini, Karpal mencabar Zaki meletak jawatan atau kes rasuah yang didakwa berlaku lama sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, akan dibawa ke Parlimen yang dijadual bersidang Oktober ini. Selain itu, beliau juga enggan mengulas mengenai isu peguam yang terlibat dalam perbuatan jenayah. |
| Tingkahlaku Ahli PKR Memalukan Pakatan Rakyat.. Posted: 29 Sep 2010 05:30 PM PDT Pemilihan partipun bergaduh sampai tahap berbunuh. Macam nie punya perangai dan tingkah laku, ada hati nak perintah Malaysia..?? Khark Ptuih.. Beliau yang bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang bersaing dengan Naib Ketua Cabang, Muhtar Ismail berkata, mesyuarat yang bermula jam 10 pagi dan dijalankan serentak dengan proses pemilihan pada asalnya berjalan lancar sehingga peringkat perasmian yang disempurnakan Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kasim bersama Timbalan Pengerusi, Wan Salleh Wan Isa. Bagaimanapun kata Manikumar, sekitar jam 11 pagi, beberapa ahli parti datang menemuinya mengadu terdapat unsur mencurigakan berlaku sewaktu proses pemilihan. "Berdasarkan maklumat itu, saya lantas menghubungi ketua pengawas pemilihan untuk berbincang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan proses pengundian seperti biasa kerana beranggapan ianya tidak serius dan pengundian lebih sekadar konsep pemilihan keluarga. "Namun, sekitar jam 1 petang, sekumpulan penyokong saya datang membuat aduan yang sama lalu saya panggil semula ketua pengawas pemilihan untuk mendedahkan perkara tersebut,"katanya. Manikumar berkata, sewaktu perbincangan kedua antara beliau dengan ketua pengawas pemilihan berlangsung, tiba-tiba seorang daripada tiga pengawas lain datang dan mengakui ada perkara yang tidak kena dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung ketika itu. Terkejut dengan pengakuan itu, Manikumar meminta pengawas berkenaan mengemukakan bukti kesalahan yang dilakukan oleh sekumpulan individu tertentu. "Beliau memberikan lima perkara, antaranya ada pihak tertentu menyimpan banyak kertas undi kosong di belakang peti undi, kertas undi yang hanya diserahkan pada saat pengundian dibawa keluar daripada bilik mengundi lebih awal, nombor undian calon bertanding yang seharusnya dirahsiakan telah didedahkan lebih awal dan yang terakhir, ada sesetengah pengawas tolong mengundi bagi pihak pemilih," katanya. Berikutan itu, kata Manikumar, ketua pengawas membuat keputusan untuk membatalkan terus pemilihan pada hari itu. "Selepas pengumuman itu, ada sekumpulan ahli yang menyerbu ke arah ketua pengawas dan memprotes secara liar. Mereka bertindak ganas dengan membaling kerusi dan meja, menumbuk meja, menggunakan kata-kata kesat malah menuding jari ke arah muka saya berserta ugutan," katanya. Manikumar berkata, kemuncak pada ancaman itu ialah ketika beliau mahu beredar meninggalkan tempat tersebut, seorang daripada ahli kumpulan itu membuka pintu keretanya sambil mengugut: "Jaga hang! Aku akan cari hangpa (merujuk pada keluarganya) seorang-seorang..." Berikutan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini pada jam 1.45 petang hari yang sama. "Saya berasa bimbang akan keselamatan keluarga saya selepas mendengar ugutan itu," katanya. Manikumar mengesyaki penyelewengan itu dilakukan pihak tertentu yang bermotif peribadi serta disokong oleh orang tertentu di dalam parti. Selain kekecohan itu, pemilihan PKR Cabang Merbok turut mendapat perhatian apabila Ketua Cabang sebelum ini, Datuk Rashid Din yang juga Ahli Parlimen Merbok menarik diri daripada mempertahankan jawatan dengan memberi laluan kepada Saiful Izham Ramli. |
| Boria Dan Lawak Bodoh Dari Umno Pulau Pinang Posted: 29 Sep 2010 07:01 AM PDT UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Dari blog pencacai Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng. Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut. Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini. Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini. Sharpshooter :- Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat. Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi. Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong. Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas. Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Kalau Adun Kulim Ditawar RM5 Juta, Berapa Pula Ahli Parlimennya? Posted: 29 Sep 2010 05:08 AM PDT MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid. Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan? Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan. Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa). Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya. [wm.kl. 7:15 pm 29/09/10] - mso |
| Rasuah RM5 Juta. Kenapa SPRM Membisu? Posted: 29 Sep 2010 04:54 AM PDT Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar. Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1. Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2. Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai. "Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut. "YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib. "A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu. Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.
![]()
Sumber - Malaysia Today |
| Kenali Bakal Calon Umno Dun Galas Posted: 29 Sep 2010 04:47 AM PDT BAZLAN SECURITY SDN BHD ALAMAT: PT 7742 Aras 1,Taman Mesra, Jalan Persiaranraya, 18300 Gua Musang, BAZLAN BIN BAHARUDDIN MOF No: 357-00018831 Address: No 39,Perumahan JPN 18300 Gau Musang,Kelantan State: Kelantan Country: Malaysia Contact Person: Bazlan Baharuddin Phone: 09-5667465 Ketua Pemuda bahagian, Bazlan Baharuddin ketika dihubungi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan antara lain persiapan jentera parti dan pemilihan calon. Katanya, mesyuarat itu akan dihadiri oleh semua ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dari 24 cawangan Umno di DUN Galas. "Parti mahu mendengar pandangan akar umbi secara menyeluruh mengenai pilihan kecil ini termasuk aspek persiapan jentera, peruntukan kewangan, logistik dan calon. "Kita tahu Galas kubu kuat BN, tidak pernah kalah kecuali 2008, yang mana sebabnya tidak jelas hingga sekarang," katanya. Mengenai pemilihan calon, Bazlan berkata, ia terserah kepada Tengku Razaleigh dan pucuk pimpinan Umno lain. *Bagaimanapun, menurutnya, rata-rata pengundi di Galas mahu calon di kalangan orang muda dan yang boleh sentiasa bersama rakyat. "Dari tinjauan kita (Umno), mereka mahu calon tempatan, sentiasa turun padang dan sesekali boleh minum bersaam pengundi di kedai kopi," katanya. Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri berkata, seorang pemimpin tempatan akan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Galas. Wah ! nampak, apa bazlan kata, calon muda beb, sapa lagi kalau bukan dia ?, permulaan rentak umno gua musang sudah bermula, dia juga di katakan tidak sebulu dengan ketua bahagian Ku Li dalm isu pencalonan melawan presiden Umno dan isu royalty petroleum dan gas Kelantan. Lagi menyusul perihal mamat ni……. guanomanikurai.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan