Blog-list Malaysia |
- Pilihan Raya Umum Selepas Anwar Dihumban Ke Penjara
- Bubarkan Polis Cawangan Khas (SB)
- Percubaan Melagakan Tok Guru Dengan Sultan Kelantan
- Kenyataan Media Nurul Izzah Atas Dakwaan Menghasut Oleh Perkasa
- 'ASP Suresh' Minta Wang RM1Juta Dari Isteri Mangsa Bunuh
- Orang Lain Yang Membunuh, Orang Lain Yang Kena Tangkap? HaHaHa..
| Pilihan Raya Umum Selepas Anwar Dihumban Ke Penjara Posted: 22 Sep 2010 11:54 PM PDT Pilihanraya Umum Ke-13 bakal menjelang tiba bila-bila masa dari sekarang. Banyak desas-desus mengatakan PM Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas sahaja Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh. Kononnya, bila Anwar telah terpenjara maka, mudahlah bagi UMNO BN untuk melaksanakan agenda mereka. Biarpun rakyat dikatakan akan turun dijalanan untuk sekali lagi membuat protes besar-besaran andainya Anwar terpenjara lagi. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa "gelombang reformasi kedua" yang bakal berlaku itu tidaklah sehebat ketika Anwar dipecat daripada UMNO dan Kerajaan dulu. Soal rakyat boleh menerima atau tidak kini sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Najib. Apa yang penting, agenda politik beliau tercapai. Harus diingat juga, musuh politik Anwar dulu iaitu "Mahathir Mohamad" kini merupakan proksi terapat Najib. Jika Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Pak Lah, maka mana mungkin Najib boleh berkuasa sekarang. Lantaran itulah, Najib terpaksa melantik anak Mahathir iaitu Si Mukhriz menyertai kabinet barunya. Sedangkan Mukhriz telah tewas kepada menantu Pak Lah, Si Khairy Jamaluddin ketika itu. Mahathir adalah Sifu kepada Anwar, tetapi kini mereka "musuh politik"Apakah Mahthir tergamak melihat Anwar ditampuk kuasa agaknya Ini semua adalah rancangan politik licik Najib untuk menguatkan lagi cengkaman Mahathir itu sebenarnya. Tambahan pula, Mahathir kini dilihat sebagai "Penasihat UMNO BN" biar pun tidak secara rasmi. Inilah hakikatnya. Maka itu, bukankah Mahathir dan Anwar masih belum berdamai lagi. Ini pasti akan menyebabkan Mahathir memainkan peranan untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara sehingga ke akhir hayatnya. Jika ini berlaku. barulah beliau puas hati dan boleh tidur lena. Beliau sebenarnya kecewa dengan tindakan Pak Lah yang tidak mahu campur tangan mempengaruhi hakim, hingga menyebabkan Anwar akhirnya dibebaskan selepas keputusan-2-1 yang memihak kepadanya. Apakah Mahathir akan berdiam diri melihat Anwar terus disanjung dan mungkin berkuasa suatu hari nanti agaknya. - Pahang Daily |
| Bubarkan Polis Cawangan Khas (SB) Posted: 22 Sep 2010 11:39 PM PDT Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan semua anggota polis Cawangan Khas sepatutnya diserap ke unit jenayah bagi memperkemas operasi pihak berkuasa dalam membanteras jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan. Membayangkan Cawangan Khas harus dibubar, beliau menganggap tindakan drastik itu perlu berikutan polis kerap menjadikan faktor kekurangan anggota sebagai masalah utama dalam membendung pelakuan jenayah. "Kita faham polis berdepan dengan kekurangan anggota dan bekerja lebih masa,itu saya akui tetapi persoalannya tindakan polis menubuhkan polis cawangan khas adalah tindakan membazir kerana ia tidak menyiasat kes jenayah" katanya. Beliau berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas kertas siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipulangkan Jabatan Peguam Negara kepada polis manakala kejadian orang hilang yang menjadi mangsa jenayah, semakin menjadi-jadi. Terbaru, kes usahawan batu permata warga India, Allal Kathan Muthuraja, 34, ang sebelum ini dikategori sebagai orang hilang ditukar kepada kes pembunuhan,selain kehilangan Mohd Shafiq Abdullah juga disyaki mengalami situasi sama. Badrul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata pertambahan anggota Cawangan Khas dalam membantu unit jenayah pasti memberi impak positif kerana banyak kes jenayah tertangguh tanpa penyelesaian. "Cawangan Khas selama ini hanya menjadi alat untuk mengikuti perkembangan politik yang diketuai Umno BN semata-mata," katanya yang mahu tradisi berkenaan segera diubah. Beliau juga mendapati kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian meluas dari media massa lebih diberi keutamaan polis dan menyifatkan amalan yang seakan-akan menjadi budaya polis, tidak disenangi rakyat marhaen. "Nasib baik kes Sosilawati melibatkan orang kenamaan dan menteri turun padang serta liputan meluas media menyebabkan polis menerima tekanan sehingga terbukanya banyak kes lain," katanya. Beliau juga menganggap tekanan yang dihadapi polis tergesa-gesa menyelesaikan kes hingga kertas siasatan yang disangka lengkap,kemudian ditolak Jabatan Peguam Negara. "Lebih membimbangkan, polis mudah dipengaruhi dengan tekanan politik, media dan sentiment masyarakat dalam penyiasatan kes," katanya. |
| Percubaan Melagakan Tok Guru Dengan Sultan Kelantan Posted: 22 Sep 2010 08:05 PM PDT Memang tak ada kerja lain bloggers umno nie.. Benda macam nie pun nak dispin.. Hahaha.. Bodoh tahap cipan..
|
| Kenyataan Media Nurul Izzah Atas Dakwaan Menghasut Oleh Perkasa Posted: 22 Sep 2010 05:14 PM PDT |
| 'ASP Suresh' Minta Wang RM1Juta Dari Isteri Mangsa Bunuh Posted: 22 Sep 2010 09:27 AM PDT Isteri ahli perniagaan India yang hilang tiba di Malaysia pagi ini untuk membantu siasatan tetapi beliau membawa bersamanya bukti yang boleh mendatangkan kesusahan kepada polis.S Usharani, 24, membawa rakaman perbualan telefon di antara beliau dan seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai polis Malaysia. Menurut Ahli Parlimen PKR Kapar Manikavasagam, "pegawai polis" itu menelefon Usharani di Chennai dan menuntut sebanyak RM1 juta untuk pembebasan suaminya. Muthuraja, pembiaya panggung wayang, dikatakan mempunyai hubungan dengan suspek-suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lowiya dan tiga yang lain. Beliau dilaporkan hilang Januari tahun ini selepas menemui peguam dua beradik itu. Manikavasagam memberitahu hari ini bahawa apabila beliau menemani Usharani ke ibu pejabat polis daerah Kuala Langat, pihak polis meminta bukti rakaman itu tetapi beliau enggan memberi kepada mereka. "Saya tetap tidak mempercayai mereka. Jadi saya mahu memberi rakaman ini kepada pihak media terlebih dahulu sebelum memberinya kepada polis," katanya, menambah beliau akan melakukannya pada sidang media esok. Mengenai perbualan telefon, Manikavasagam berkata, ia dalam bahasa Tamil dan "pegawai polis" itu menyebut namanya sebagai "ASP Suresh". Ditanya adakah ini menunjukkan bahawa suspek-suspek utama itu (peguam-peguam yang hidup mewah), mempunyai hubungan dengan polis, beliau menjawab, "sudah tentu, kemungkinan mereka turut terlibat." "Malahan firma peguam suspek (di Banting) terletak betul-betul di hadapan di seberang jalan dengan ibu pejabat polis daerah itu," tambah beliau. Isteri melawat tempat kejadian Manikavasagam berkata polis memberitahu Usharani bahawa mereka yakin suaminya telah dibunuh dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302. Usharani dibawa ke Ladang Gadong di mana pembunuhan itu berlaku dan juga ke sungai di mana tulang-tulang manusia yang tidak dikenali ditemui. Meskipun demikian, Manikavasagam berkata Usharani enggan mempercayai suaminya telah mati. "Usharani kelihatan tenang apabila bercakap dengan polis tapi menangis di tempat kejadian. Beliau sungguh sedih tapi berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada polis dalam usaha mencari suaminya," tambah beliau. Sementara itu, pihak polis meminta salah seorang anggota keluarga Muthuraja datang ke Malaysia untuk memberi bukti DNA bagi mempercepatkan penyiasatan. Ditanya kenapa Usharani meminta pertolongannya, Manikavasagam menerangkan bahawa beliau telah diperkenalkan oleh rakan-rakan di India. "Ramai orang di India mengenali saya melalui tugas saya," jelas beliau. "Orang ini secara kebetulan merupakan salah seorang daripada mereka dan memberinya (Usharani) nombor saya. Beliau (Usharani) menelefon saya meminta tolong dan saya setuju." Manikavasagam memuji pihak polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik dan menekankan bahawa ini berhubung dengan keadilan untuk para mangsa dan bukan hanya untuk Muthuraja. Usharani, yang menginap di sini bersama saudaranya, akan berada di Malaysia selama seminggu untuk membantu siasatan. Free Malaysia Today |
| Orang Lain Yang Membunuh, Orang Lain Yang Kena Tangkap? HaHaHa.. Posted: 22 Sep 2010 07:19 AM PDT Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP Kapar diberi amaran Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu. "Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang. Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang. "Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Balai Polis Bergerak dan Motosikal oleh Sime Darby Property Bhd kepada Polis Kontinjen Selangor dekat sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya. Khalid juga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan membawa isteri ahli perniagaan warga India yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan Sosilawati. "Polis sudah pun merekodkan keterangan Usharani pada 8 September lepas dan akan meminta beliau datang semula dengan anaknya untuk membantu siasatan kita lagi termasuk untuk mengambil sampel DNA. "Jadi, mana-mana ahli politik jangan cuba menjadi pegawai penyiasat dengan mencampuri urusan kita. Kalau jadi ahli politik buatlah kerja untuk membantu rakyat bukannya buat kerja polis," katanya. Bernama |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan