Biaqpila |
- Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspek utama kes Sosilawati
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 25/09/10
- Didakwa kerana dedah lokasi speed trap di twitter
- Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar Mahathir berdebat
- Di penjara 10 tahun kerana rogol anak murid
- PR sempat memerintah Putrajaya hanya 2 tahun?
| Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspek utama kes Sosilawati Posted: 25 Sep 2010 03:00 PM PDT ![]() 25/09/2010 11:33pm KUALA LANGAT 25 Sept — Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini. Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar. Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi. Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut. Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang. — Bernama | |||
| Keputusan Liga Perdana Inggeris 25/09/10 Posted: 25 Sep 2010 10:51 AM PDT
LONDON – Rekod bersih Chelsea dalam kempen Liga Perdana England akhirnya tercalar. Semuanya gara-gara kekalahan 0-1 kepada Manchester City di Stadium Manchester of City malam tadi. Sebelum perlawanan bermula, Chelsea tampil dengan reputasi tinggi apabila mencipta lima kemenangan berturut-turut serta merekodkan 21 gol. Beberapa pasukan kerdil seperti West Bromwich Albion, Wigan Athletic, Blackpool, West Ham United, Stoke City menjadi mangsa belasahan skuad The Blues itu. Bagaimanapun, aksi Chelsea ketika berdepan dengan skuad bimbingan Roberto Mancini itu ibarat pertembungan buku bertemu ruas. Segala-galanya seperti tidak menjadi buat barisan kendalian Carlo Ancelotti itu sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Carlos Tevez sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' buat Chelsea apabila dia meledak gol kemenangan City pada minit ke-59. Sementara itu, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates. Peter Odemwingie, Gonzalo Jara dan Jerome Thomas masing-masing menyumbang satu gol buat West Bromwich manakala perancang Arsenal, Samir Nasri meledak dua gol. Liverpool pula terus dirundung malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Sunderland di Anfield. Darrent Bent menjaringkan dua gol buat pasukan pelawat sementara dua gol Liverpool dihasilkan menerusi Dirk Kuyt dan Steven Gerrard. Tottenham Hotspur turut kempunan mencipta kemenangan apabila tewas 0-1 kepada West Ham hasil jaringan tunggal Frederic Piquionne di Upton Park. – Agensi | |||
| Didakwa kerana dedah lokasi speed trap di twitter Posted: 25 Sep 2010 05:27 AM PDT ![]() JOHANNESBURG - Seorang pengguna Twitter: di Johannesburg, Afrika Selatan didakwa atas kesalahan mengganggu perjalanan tugas polis berikutan tindakan lelaki itu mendedahkan maklumat lokasi perangkap laju polis trafik. Jurucakap jabatan Polis Metropolitan Johannesburg, Wayne Minaar, tindakan lelaki yang menggunakan identiti @PigSpotter: itu dianggap keterlaluan kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas menahan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan. "Maklumat yang disalurkan oleh lelaki itu melalui :Twitter: boleh menjelaskan keselamatan dalam masyarakat," kata jurucakap Kementerian Polis Afrika Selatan, Zweli Mnisi. Menurut Minaar, lelaki terbabit yang tidak didedahkan maklumat dirinya didakwa atas kesalahan itu, semalam. Sementara itu, :@PigSpotter: pula mengirim e-mel kepada wakil media CNN dan menceritakan bahawa tujuan utama dia menghantar maklumat lokasi perangkap laju polis trafik adalah untuk menghiburkan para pengikutnya di :Twitter:. "Saya juga mahu mendedahkan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan polis," katanya tanpa mendedahkan identiti kepada media. Lelaki itu mempunyai lebih 17,000 pengikut di Twitter: dan sering mendapat maklumat lokasi perangkap had laju yang sering dibuat secara tersembunyi oleh polis trafik. Mnisi menafikan polis Afrika Selatan terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah seperti didakwa :@PigSpotter:. "Mungkin dengan adanya perhatian media dan penglibatan polis dan kerajaan terhadap isu ini, mungkin kita boleh bekerjasama bagi mengatasi masalah-masalah seperti ini," kata lelaki berkenaan. SH | |||
| Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar Mahathir berdebat Posted: 25 Sep 2010 01:00 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 24 Sept: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah. "Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataannya. Bagi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar), kenyataan Mahathir itu satu kenyataan bersifat perkauman. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang adalah Umno bukannya Melayu. "Umno pasti hilang kuasa dan suara jika PR memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata beliau dalam twitternya. Media hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa sebagai di Perak sebelum dirampas oleh Barisan Nasional. Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Nizar berkata, kenyataan sebegini adalah jelas dari otak perkauman Mahathir. "PAS bertindak secara Islam untuk mendapatkan dari Umno yang perkauman untuk menyelematkan Malaysia," kata Nizar. Bagi Nurul Izzah pula, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara. Selain penggunaan isu perkauman, Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak, katanya. ![]() Menurut Nurul Izzah (gambar), masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno. Beliau dipercayai merujuk kepada Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang mana Mahathir adalah penasihatnya. "Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan. "Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas. "Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong," kata beliau dalam kenyataannya. HD | |||
| Di penjara 10 tahun kerana rogol anak murid Posted: 24 Sep 2010 07:00 PM PDT ![]() KUALA TERENGGANU, 23 Sept: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang warga emas yang juga guru mengaji Al-Quran selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya berumur 15 tahun pada 11 Jun 2005. Tertuduh, Shamsuddin Abdul Rahman, 62, dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol mangsa. Pertuduhan dijalankan di hadapan Hakim Che Muhamad Zulkifly Jusoh, di mana Timbalan Pendakwaraya, Amer Abu Bakar Abdullah dan tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili peguam, Mohd Asaari Salleh. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia tua dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan itu. Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji Al-Quran bersama tertuduh di sebuah surau. Mangsa dikatakan telah ke rumah saudara tertuduh, namun saudara tertuduh telah tidur dan mangsa mengambil keputusan untuk pulang sebelum terserempak dengan tertuduh bertindak menggosok lengan dan bahunya. Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberikan wang sebanyak RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogol mangsa sebelum dibenarkan pulang menaiki basikal ke rumahnya. Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun 2005, jam 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Selepas itu tertuduh telah ditangkap di rumahnya di Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah. Turut dirampas di rumah tertuduh satu tilam span saiz queen berwarna peach berbelang oren, sehelai selimut berwarna pink berbelang putih dan sehelai kain tuala berwarna oren dijadikan sebagai bahan bukti kes. HD | |||
| PR sempat memerintah Putrajaya hanya 2 tahun? Posted: 24 Sep 2010 05:00 PM PDT Ditanya, bagaimana kalau kemenangan itu 2 tahun semata. “Pedulilah! Biarkan setahun pun. Yang penting UMNO-BN tumbang juga. Sebelum mati aku nak tengok jugok, Umno geluling sekali.” Kemudian beberapa ketika ditanya: “Ish! Kenapa 2 tahun aje?” UMNO rampas balik ke? Duit dah tiada ke? Singapura tawan Malaysia ke? Huru-hara ke? Meminjam kata-kata Indon yang sedang berdemo dihadapan kedutaan Malaysia, indon yang berjuta menjadi amah & perkerja buruh di Malaysia, Indon yang mendapat PR untuk mengundi UMNO dalam pilihanraya dan meminjam kata-kata drama dan filem Indon yang setiap pagi dan petang yang ditayangkan di TV & Media dinegara kita…. “Waduhhh!! Kiamat udah dekat!” Teringat kata-kata seorang guruku masa zaman persekolahan dulu. Apabila dekat dengan kiamat semua peralatan hebat dan canggih tidak boleh digunakan. Manusia akan kembali kepada sistem kehidupan asal sebagaimana awal kehidupan manusia. Meskipun manusia telah mencipta kapal terbang, kereta, peralatan elektrik dan sebagainya, ia akan tersadai begitu sahaja. Kenapa? Sebab apabila semua bahan api tiada. Petrol sudah habis. Diesel sudah habis. Minyak dan gas sudah kering. Arang batu sudah tiada. Elektrik tidak dapat dijanakan kerana sumber penjana sudah tiada. Hidro tak berfungsi kerana air akan kering. Habis apa guna jet dan roket, kereta kebal dan kapal selam? Ya.. semua tak boleh digunakan. Manusia akan kembali menggunakan peralatan tradisional kembali. Manusia akan kembali menggunakan kuda, pedang dan panah. Apa dalilnya? Guru bersandarkan hadis Rasulullah Saw : “Ajarlah anakmu berenang, memanah & menunggang kuda”. Hadis Rasulullah Saw relevan hingga kiamat. Dan sebelum kiamat manusia akan kembali menggunakan kuda dan memanah semula. Rasulullah Saw juga menyebut bahawa takkan berlaku kiamat sehingga semua barang berharga didalam perut bumi habis dikeluarkan. Manusia ketika itu tidak ada harga lagi emas dan perak. Betul ke? Yelah! Itu telahan dan pemahaman beliau peristiwa akhir zaman. Nak percaya ke tidak, ianya bukan rukun iman. Bagaimana lapuran NASA yang terbaru ini. Menyebabkan penulis teringat kembali kata-kata beliau. Bumi huru-hara 2013 kerana matahari ![]() LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam. Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan. Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas. Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia. Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. Hah! Kalau pilihanraya 2011, PR memerintah… dah huru-hara. Sempat 2 tahun je ke? Sebenarnya tiada siapa tahu bila berlakunya kiamat. Bukan sekali ramalan dan tok nujum menyebut angka dan tarikh. Semuanya temberang belaka. Bahkan ada filem yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat. "2012"? Rasulullah Saw sendiri ditanya oleh malaikat jibril: Bila berlakunya kiamat? Baginda menjawab : Orang yang bertanya lebih tahu daripada yang kena tanya”. Apapun tanda-tanda dan alamat dia disebut cukup banyak, Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat Ibnu Majah) Lihatlah Malaysia kita sendiri? Apa berita dalam akhbar kini. Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Perkataan al-Harj jika dilihat di dalam konteks hadis ini ia merangkumi makna yang lebih luas iaitu peperangan, huru-hara dan kacau bilau yang berlaku. Sebabnya semua suasana ini boleh membawa kepada hilangnya rasa selamat dan keamanan hidup manusia. Dalam erti kata lain ia membunuh kesejahteraan hidup manusia. Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w pernah bersabda, “Barang siapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi). Ketiga-tiga ayat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas ialah surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq. Di dalam surah Al-Takwir Allah s.w.t menyatakan bahawa pada hari kiamat matahari yang gagah di langit akan digulung, bintang-bintang akan jatuh berguguran, gunung-ganang yang nampak gagah hancur berkecai. Allah juga menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas meluap-luap. Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut: “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raaf: 187) Banjir besar, gempa-bumi, rebut taufan bahkan Tsunami yang dahsyat pernah berlaku dapat disaksikan sendiri dengan mata kepala kita sendiri. Tidakkah itu sebagai mukaddimahnya. Waktu dan saat kiamat tidak diketahui. Tidak kiamat besar, pun kiamat kecil (maut) pasti akan menjengah kita jua. Orang-orang Barat bahkan dari kalangan atheis sekalipun rupanya menerima bahawa akan berlakunya kehancuran dan kiamat. Semua tanda-tanda kecil kiamat sudah sempurna tinggal lagi tanda-tanda besar bahkan kekadang manusia terlupa… rupa-rupanya kita sendiri melakukan perkara yang menjadi tanda berlakunya kiamat. Apa pun, yang penting ingatan Allah Swt; يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ “Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu hingga sanggup derhaka (waktu di dunia) kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia” ( Surah Al-Infitar: 6). ustsaifulbahri.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan