Biaqpila |
- Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
- Mesyuarat di reban ayam
- Adakah semua ini benar??
- Identiti pelacur kedua bersama Rooney didedah
- Pesta Hantu Lapar bingitkan masjid di Georgetown
- AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat
- Lawak Mr. Bean dekat Raya
| Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Posted: 10 Sep 2010 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Keluarga seorang veterinar yang terbunuh semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Ampang, dua tahun lalu, memfailkan satu saman kecuaian berjumlah RM1.73 juta terhadap pemaju kawasan perumahan dan sebuah syarikat bekalan air. Dua lagi penduduk kawasan perumahan itu, ahli perniagaan Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, dan pemilik rumah Harveen Kaur Balbhir Singh juga memfailkan saman yang sama dengan menamakan Superview Development Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Mereka menuntut kerugian terhadap harta benda mereka berikutan kegagalan defendan pertama mengambil langkah-langkah secukupnya bagi menghalang tanah runtuh manakala defendan kedua pula atas kegagalan menyelenggara paip air yang aktif di dalam dan di sekitar lereng bukit. SH |
| Posted: 10 Sep 2010 03:00 AM PDT Hishamuddin Rais Minggu lalu aku bercerita tentang bagaimana aku menerima surat daripada mendiang Teoh Beng Hock. Ramai orang kurang yakin tentang apa yang aku suarakan. Banyak maki hamun dan sumpah seranah yang aku terima. Malah aku juga menerima satu teks sms dari Yang Berhormat Teluk Kemang. Si YB ini juga turut marah kerana aku datang ke Teluk Kemang tanpa memberi telur ayam dan daging salai untuk sang penunggu hutan bakau dan kubur panjang di Tanjung Tuan. Kutukan dan cemuhan ini menyalahkan aku kerana kenapa baru sekarang surat ini aku umumkan. Kenapa ia tidak aku hebohkan apabila menerimanya seminggu setelah Teoh mati. Kenapa menunggu sampai setahun baru aku membocorkan kandungan surat itu? Semua tuduhan ini memang berasas. Tetapi biar aku terangkan sejujur mungkin.
Walau pun semua mereka mengunakan topeng tetapi dari perwatakan dan gaya mereka, adinda dapat agak siapa mereka ini. Kekanda jangan terperanjat kerana isteri Bik Mama pun ada bersama dalam reban ayam ini. Isteri Bik Mama paling senang adinda kenali kerana dia membawa album Ziana Zain dalam failnya dan memakai jaket hitam yang bertulis di belakang: "Sumpah Saya Tak Kenal Altantuya." Ada seorang yang adinda kurang kenal pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan orang ini pun adinda kenal. Dia memakai topeng bermuka harimau dan di bajunya ada lencana bertulis Suara Rimba Putera Malaya (SPRM). Orang ini yang banyak memberi cadangan. Orang ini berkata yang dia ada beberapa orang agen sulit yang menyusup di dalam kerajaan Selangor. Dalam perancangan mereka MB Selangor akan digantikan oleh bekas pakar motivasi. Ini konspirasi dalam reban ayam pada malam itu. Konspirasi dalam reban ayam ini ada juga lawaknya kerana menurut risikan orang yang memakai baju SPRM itu tidak semua ADUN pakatan meminati 'China doll' seperti ADUN Pakatan di Perak. Sampai sini sahaja dahulu yang sanggup aku kongsi isi kandungan surat mendiang Teoh. Aku tidak sanggup meneruskannya lagi. Babak-babak sesudah Teoh ditangkap cukup sedih dan menyayat hati. Aku tidak sanggup melukakan hati balunya dan juga anaknya yang baru lahir. |
| Posted: 10 Sep 2010 01:00 AM PDT "Errmmm... enaknya coklat nii.. nak lagi.." "Wah, rangupnya... sedap betul keropok ni.." inilah yang selalunya kita ucapkan ketika makan makanan ringan yang dibeli di mana-mana kedai. Adakah lafaz Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) kita sertakan bersama? Jika ya, tak mengapalah. Tapi, bagaimana kalau tidak? Muhasabahlah. Tapi, bukan itu sebenarnya yang ini dikupaskan dengan lebih lanjut. Penulis teringin untuk bertanya kepada semua pembaca sekalian.. Setiap kali kita beli makanan di kedai, sama ada makanan ringan ataupun makanan mentah, adakah kita terfikir tantang bahan-bahan untuk menghasilkan makanan tersebut? Selalukah kita membelek-belek ruangan bahan-bahan yang tertera di belakang bungkusan makanan tersebut? Ataupun cukup sekadar logo Halal Jakim yang tertera sudah membuktikan bahawa makanan itu benar-benar halal? Bagaimana dengan makanan yang tiada logo halal? Pernahkah kita tersedar, produk yang amat laris di pasaran yang mendapat perhatian semua pembeli muslim khususnya seperti: Coklat Ferrero Rocher ![]() snek kentang Pringles Kedua-dua produk ini sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI logo Halal Jakim atau mana-mana logo Halal tapi cukup laris terjual di pasaran. Tidak percaya? sila periksa sendiri.Namun, bagaimana pula dengan makanan yang diragui yang mempunyai logo Halal Jakim? Adakah kita yakin bahawa makanan ini betul-betul halal? Terfikirkah kita tentang logo halal palsu? Di sini, penulis ingin mengeluarkan beberapa fakta tentang bahan-bahan makanan yang diragui... Emulsifier (E471) (Mono-and Diglycerides of Fatty Acids) sebenarnya dihasilkan dari LEMAK BABI. Fungsi lemak babi ini digunakan dalam makanan adalah untuk menstabilkan bentuk dan rasa makanan selain menjadi bahan pengawet kepada makanan yang dihasilkan. Ini kerana lemak haiwan lain tidak cukup padat untuk menjadi penstabil makanan yang baik. Bahan ini selalunya terdapat pada makanan segera yang dipek untuk tempoh yang panjang seperti keropok, snek dan sebagainya. Gelatin pula kebanyakan dihasilkan dari bahan yang berasaskan haiwan terutamanya BABI. Ini kerana gelatin yang dihasilkan dari babi dapat bertahan lebih lama selain proses penghasilannya lebih mudah dilakukan. Selain itu, makanan yang mengandungi bahan yang diragui ini terasuklah Coklat Cadbury Kek lapis Apollo![]() Dan banyak lagi produk yang tak dapat penulis senaraikan kesemuanya di sini. Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan yang kita akan makan. Ini kerana setiap zarah makanan yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita. Dan inilah yang akan membentuk diri kita sama ada menjadi daging yang baik atau buruk. Inilah puncanya umat Islam sekarang semakin lemah dan kurangnya semangat mempertahankan agama. Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya: "Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya.." Mahukah kita?? aulakalimah.blogspot.com |
| Identiti pelacur kedua bersama Rooney didedah Posted: 09 Sep 2010 11:00 PM PDT ![]() LONDON - Coleen yang merupakan isteri bintang bola sepak England, Wayne Rooney kini berdepan dengan satu lagi dakwaan terbaru bahawa terdapat pelacur kedua yang tidur dengan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam. Pelacur kedua itu ialah seorang ibu tunggal, Helen Wood yang berumur 23 tahun. Dia merupakan gadis teman sosial yang menyertai pelacur Jennifer Thompson untuk melakukan hubungan seks bersama-sama dengan Rooney. Mereka didakwa melakukan hubungan seks di sebuah hotel lima bintang di Manchester pada tahun lalu. Helen merupakan wanita yang berfikiran terbuka apabila diminta untuk menemani lelaki. - Agensi |
| Pesta Hantu Lapar bingitkan masjid di Georgetown Posted: 09 Sep 2010 09:00 PM PDT ![]() Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat. Menurut jurucakap jawatankuasa itu, Mohideen Abdul Kader satu memorandum akan dihantar kepada baginda bagi mencari penyelesaian sebelum perkara itu menimbulkan masalah lain yang lebih besar.“Acara yang dijalankan menyebabkan ketegangan kepada penduduk tempatan dan menganggu orang ramai khususnya golongan tua dan uzur,” katanya. Menurut Mohideen lagi, bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan. Jawatankuasanya itu membuat rayuan kepada Agong kerana baginda adalah ketua agama di Pulau Pinang dan tidak mempunyai kepentingan politik atau peribadi dalam perkara itu. "Persembahan itu tidak mempunyai signifikan budaya ataupun keagamaan tetapi hanya meniru budaya pop Barat,” katanya pada sidang akhbar yang juga dihadiri oleh 30 anggota qariah masjid. Beberapa pentas juga telah didirikan bagi meraikan pesta itu yang berakhir semalam. Ia didirikan tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain. Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang medesingkan telinga.Menurut Mohideen, agak malang aktiviti seumpama itu dibenarkan ketika Ramadan di mana umat Islam cuba menumpukan perhatian dalam menunaikan ibadat mereka. Beliau membidas pihak penganjur kerana tidak sensitif dan membelakangkan perasaan umat Islam. MK |
| AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat Posted: 09 Sep 2010 07:00 PM PDT Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. Ia disambut pada setiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah." Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi. Kemuliaan Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda "Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada hari kiamat." Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir." Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Maksudnya :"Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid." dan daripada Anas r.a.:"Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis." Walaubagaimanapun kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau majlis hiburan. Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelaktawa dan hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun. Bagi meyambut hari kebesaran ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat dirasai. Maksud takbir : "Allah maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah. " "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya." "Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian." hikmahcawangansibu |
| Posted: 09 Sep 2010 05:00 PM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahri Cukup terde Layak macam museum. Meriam macam ni tak boleh masuk perang lagi. Berat nak mampus dan padan letih bawak pelurunya aje.Tapi dah kepupusan idea. Pimpinan UMNO-BN pun dah kepala karat. Rasa macam takde jalan keluar lagi dalam PRU-13. Nampak tersangat cemas. Dah habis tok bomoh dok tiup dan jampi. Dari tok batin kalangan orang asli Pekan sehingga APCO dari Israel.
Nampaknya politik Bung Najib dan Neng Rosmah makin menjunam. Jadi terpaksalah digalas meriam antik untuk membedil PAS-PR. Setelah serangan togel oleh Tan Sri Zainuddin Maidin tak menjadi kudis gatal pun kepada Pas. Terpaksalah recycle semula barang antik untuk buat berlaga semula. Lalu Tun Mahathir pun mula membebel menteranya… Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun MahathirKUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas, yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan. Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, katanya, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengetepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam. Beliau berkata, pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya. “Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa. “Umpamanya, isu ternakan babi dekat kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya dalam wawancara khas bersama :UMNO-Online: yang dipetik laman portal itu di sini, semalam. Mahathir berkata, golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan. Kekadang rasa kesian pun ada. Kalau dah macam Mohamed Ali yang kena penyakit Parkinson, terketar-ketar.. adakah munasabah diheret lagi hamba Allah itu untuk bertinju dan masuk gelanggang. Untuk apa? Untuk memalukannya atau untuk dipertontonkan gelagat dan aksinya? Memang le masa muda dia hebat tetapi sekarang dah tak releven lagi. Dah expired dah. Kalau makan pun boleh bawak keracunan. Kalau pakai pun buat suka dek orang aje. Sepatutnya masa-masa macam ni, ruang untuk Tun Mahathir bertaubat. Bukan meracau dan sibuk untuk kembali dalam wacana agama yang bukan keahlian beliau. Bercakap tanpa nas tetapi berhujah berdasarkan logik tanpa bukti. Sekadar menggunaka kewarasan akal semata. Nanti makin dicakap makin nampak jahilnya dan makin timbul dendam kesumat terhadap perjuangan Islam yang sepatutnya di istighfar. Apa yang dicakap sebenarnya apa yang dia lakukan. Orang yang biasa mencuri dia akan sentiasa menyebut tentang tabiat, prilaku dan tindakan mencuri sebagai peringatan kepada dirinya sendiri kerana dia menyangka orang lain juga mencuri sebagaimana dia mencuri. Mereka yang seperti ini sama dengan pepatah arab “ dia pukul saya tetapi dia menangis”. Tujuannya adalah untuk melindungi perbuatan buruk yang dilakukan lalu dilemparkan fitnah kepada orang lain. Kesian… apa tugas naqib dan ulama UMNO sepanjang menjadi penasihat kepada Tun Mahathir. Janganlah diharap kepada ulama muda. Tetapi peranan ulama-ulama tua yang diberi jawatan penasihat berstatuskan menteri. Kedudukan dan gaji berpuluh ribu sebulan. Apa yang dinasihat sehingga istiqamah menentang perjuangan Islam sehingga ke penghujung usianya yang panjang itu. Atau memang ia tidak suka mendengar nasihat ulama kerana ia orang yang bijaksana dan tiada siapa berani menasihatinya? Leteran Tun Mahathir terhadap Pas itu macam membebelnya orang yang dah nyanyuk. Tak perlu diambil pusing. Satu serangan untuk melihat kocakan air… hala mana buih akan timbul bagi menghadapi PRU 13. Kata-kata beliau hanya sebagai lawak dekat raya. Macam Mr Bean layaknya sebagai Pak Guard yang kecewa dan menjadi pengawal Royal National Galleri di London. Yelah.. mahir menjaga barang antic & lama di museum. UMNO sejak ditubuhkan telah menjadikan Islam sebagai mangsanya. Sama seperti Indonesia dan kebanyakan Negara jajahan kristian. Sebelum merdeka meskipun para ulama dan pejuang Islam yang berjuang untuk kebebasan maupun kemerdekaan tetapi yang tertegak adalah pancasila. Yang tertegak adalah sekularisme & nasionalisme. Bukan Negara Islam. Umat islam menjadi mangsa diskriminasi dalam mempraktikkan Islam yang syumul yang mencakupi ekonomi, sosial, politik, undang-undang dan sebagainya tetapi dipaksa dalam kepompong ibadah dan berfungsi dalam masjid. Tidak boleh dibawa ketengah medan untuk diarus-negarakan. Siapa yang memangsakan pendidikan Islam? Tulisan jawi dinyahkan yang merupakan khazanah paling berharga bangsa melayu Islam. Siapa yang memartabatkan bahasa penjajah? Siapa yang menyisihkan pendidikan Islam dan memartabatkan pendidikan kebangsaan sekian lama? Siapakah yang menghapuskan perkapita SAR? Siapakah yang menghapuskan kurikulum agama Tinggi dan bahasa arab disekolah-sekolah arab yang dimilik-negarakan. Siapakah yang menghapuskan module pendidikan akhlak dan pengajian Islam diperingkat tinggi dan universiti yang dianggap tidak perlu dan penting? Siapakah yang menghina hukum-hakam & syariat Islam. (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive - Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah. - Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. - Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir". Itu baru sebahagian daripada kata-kata yang menghina Islam oleh beliau dan tidak terdengar sepatah kata taubat dan menarik balik kenyataan beliau. Apakah beliau sudah lupa. Apakah beliau juga melayu yang mudah lupa? Siapakah yang memangsakan PAS, pemimpin dan ahlinya? Apakah dosa-dosa mereka. Ada yang dibunuh seperti Ibrahim Libya & Samad Ghul. Ada yang dipenjara. Ada yang ditukar kerja, dibekukan jawatan, dipecat, didiskriminasikan dan sebagainya hanya kerana mereka itu menyokong PAS. Siapakah yang memangsakan kerajaan Pas. Sepanjang 20 tahun Pas memerintah Kelantan terlalu banyak kezaliman yang dirasai. Ketika Pas memerintah Terengganu dengan penarikan royalty, penubuhan JPPP, pembentukan JKKK sebagai kerajaan dalam kerajaan dan bermacam-macam ada yang tak muat catatan untuk dicatatkan. Kerja Siapakah semuanya ini? Kalau dahulu jawapannya adalah penjajah! Penjajah! Penjajah! Tetapi selepas merdeka semuanya angkara UMNO! UMNO! UMNO! Sebenarnya terlalu banyak noda & dosa UMNO terhadap Islam dan perjuangan PAS. Mereka boleh meneruskan lagi fitnah itu tetapi hari ini rakyat lebih tahu Islam daripada pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Mereka tahu siapa yang benar dan siapa yang salah dan Allahlah yang lebih layak untuk menghakiminya. http://ustsaifulbahri.blogspot.com DD |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Menurut jurucakap jawatankuasa itu, Mohideen Abdul Kader satu memorandum akan dihantar kepada baginda bagi mencari penyelesaian sebelum perkara itu menimbulkan masalah lain yang lebih besar.
Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang medesingkan telinga.
sak UMNO-BN. Kerana kini terpaksa memakai meriam katak yang lama tak digunakan. Biasanya kalau kat K.Terengganu hanya digunakan untuk letak peluru bedil bagi memaklumkan umat Islam dibandar K.Terengganu bahwa waktu berbuka telah masuk. Di waktu yang lain terpacak atas bukit tu buat perhiasan sahaja. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan