Rabu, 1 September 2010

Biaqpila

Biaqpila


Jalur Gemilang dibakar lagi, Kedutaan Malaysia dilontar ikan masin busuk

Posted: 01 Sep 2010 03:00 PM PDT


JAKARTA, 1 Sept — Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) hari ini bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis "diplomasi mati suri", "ganyang Malaysia", "bela harga diri bangsa" serta "malingsia serumpun yang durhaka".

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.

Dalam insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alas an pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.

Sungguhpun kesemua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.

Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu. —Bernama

NAFSU AMBANG MERDEKA

Posted: 01 Sep 2010 09:00 AM PDT


PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia awal 30an bergadai nyawa bergayut pada balkoni tingkat dua hotel tempat dia dan kekasihnya menginap sebelum terjun bagi mengelak dari dicekup sepasukan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Siasatan mendapati pasangan perempuannya baru berusia 17 tahun masih menuntut di sebuah sekolah menengah dekat sini.

Ketika ditahan dia baru balik dari bersiar-siar dan berehat sebentar di hotel terbabit sebelum dihantar pulang.

Dalam pemeriksaan di lima hotel bajet di PJS 8, Desa Mentari semalam, sebanyak 10 pasangan beragama Islam ditahan kerana disyakki berkhalwat.

Sementara itu dalam serbuan lain dua lagi pasangan remaja masing-masing berusia 18 tahun berasal dari Johor yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) turut ditahan.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui kondom dipercayai baru sahaja digunakan di dalam tong sampah.

Serbuan turut menahan seorang pegawai bank dan pegawai sumber manusia berusia 25 tahun.

Pasangan yang sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 tahun ini memberi alasan tidak berbuat apa-apa dan merayu kepada pegawai penguatkuasa untuk dilepaskan berikutan bimbang keluarga masing-masing tahu mengenai hal itu.

Manakala sepasang kekasih berusia 29 dan 25 tahun memberi alasan menungggu sahur.

Ketika diserbu pasangan wanita mengurungkan diri dalam tandas kerana tidak berbaju.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais Mohd Hafizi Mohd Roslan berkata, 10 pasangan di tahan akan dibawa Jais untuk siasatan lanjut

"Kesemua ditahan di bawah Seksyen 29 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/95 kerana berdua-duaaan tanpa ikatan sah. Jika sabit kesalahan boleh di denda RM3,000 penjara dua tahun atau kedua-keduanya sekali," katanya.

Tambahnya, 17 pasangan yang ditahan di sekitar Taman Tasik Bandaran, Tasik Jaya dan kawasan taman awam di PJS 8 turut diminta hadir ke pejabat Jais untuk sesi kaunseling.

SH

Ketua Polis Negara diganti

Posted: 01 Sep 2010 07:00 AM PDT



PUTRAJAYA, 1 Sept (Bernama) -- Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 Sept ini, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.



Pengumuman itu menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 Sept ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.



"Jawatan KPN dan timbalannya merupakan Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Hishammudin ketika mengumumkan perkara itu di sini.



Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapatkan perkenan Baginda dalam masa terdekat ini.



Menjawab soalan pemberita, Hishammuddin berkata keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Musa bagi kali ketiga juga tidak kena mengena langsung dengan tekanan oleh mana-mana pihak.



"Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 Sept ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," katanya.



Katanya beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi perghargaaan kepada Musa sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM.



Hishammuddin berkata kerajaan juga sedang melihat ruang untuk membolehkan Musa terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya kepada kerajaan dan negara selepas ini.



Beliau berkata Musa juga merupakan calon terbaik untuk mengetuai inisiatif penubuhan Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (Lisram) bagi menangani isu serta ancaman jenayah merentasi sempadan.



-- BERNAMA




Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM

Posted: 01 Sep 2010 05:17 AM PDT



Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.

Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Salah-guna kuasa

Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.

NONESalinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.

Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan.

"(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.

"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid turut menyelar alasan yang diberikan Khusrin sebelum ini dalam menjelaskan halangan kepada orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.

Mandi hadas

Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."

Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.

azlan"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.

Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.

"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.

Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.

Bina jambatan

"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka.

azlan"(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.

Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini.

MK


Rempit Merdeka

Posted: 01 Sep 2010 03:00 AM PDT


Gambar - aksi 'willy' di persimpangan Semarak, Bukit Tunggal, malam diambang Merdeka. Mereka merayakan kemerdekaan 53 tahun dengan merempit.



KUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki persimpangan Semarak Jalan Sultan Mizan disini, yang dijadikan gelanggang, wadah mereka mengadakan sambutan 'Rempit Merdeka'

Mereka seolah-olah benar-benar merdeka! Apa tidaknya?

Segala undang-undang lalulintas dan peraturan jalanraya di abaikan,tidak dipedulikan.

Lampu isyarat apa jua warnanya, sama saja bagi mereka, samada hijau, kuning atau merah, mereka hanya berhenti atau sebaliknya, ikut suka mereka!

Bahkan kehadiran pihak penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kereta peronda polis, tidak langsung diendahkan malah menjadi guarauan oleh kumpulan muda-mudi bermotosikal, yang seolah-olah disetrang 'histeria' itu.

BO

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

Posted: 01 Sep 2010 01:00 AM PDT



ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.

Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.

Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau.

"Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini.

"Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid.

"Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka," katanya lagi.

Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan.

HD

Tandatangan online sokong hapus saman ekor

Posted: 31 Aug 2010 11:00 PM PDT



KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat.

Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.

Katanya, walaupun kempen itu sedang rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota.

"Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik masyarakat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya," ujarnya.

DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor.

Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor.

Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

HD

BISNES GAJET SEKS KANTOI

Posted: 31 Aug 2010 09:00 PM PDT


KAJANG – Dengan tawaran serendah RM3 hingga RM8, tiga lelaki yang ada ikatan kekeluargan menjalankan perniagaan menjual peralatan seks kepada pelanggan sekitar Lembah Klang dan pelanggan tertentu dari seluruh negara.

Walaupun penjualannya tidak dilakukan secara terbuka, namun teknik dan strategi pemasaran mereka yang unik berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Sakaruddin Che Moog berkata, satu serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Sungai Long, dekat sini pada 27 Ogos lalu sekitar jam 5.30 petang telah berjaya merampas gajet atau peralatan seks bernilai RM8,000.

Menurutnya, serbuan dilakukan IPPD Sentul berpunca daripada iklan berunsurkan seks di Sentul dan mereka telah membuat susulan sehingga Sungai Long. Kes disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

"Hasil siasatan kita mendapati, gadjet atau perlatan seks ini tidak dijual di luar tetapi suspek hanya menjual secara terus melalui panggilan telefon.

"Ia dipercayai dipasarkan sekitar Lembah Klang dan dijual dengan harga lingkungan RM3 hingga RM8.

"Tiga suspek lelaki berusia 17, 21 dan 52 tahun ditahan berhubung aktiviti berkenaan. Kesemuanya mempunyai hubungan anak beranak serta kawan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Zakaruddin turut mendedahkan taktik dua wanita Indonesia di Taman Bukit Permai yang terbabit memperdagangkan manusia.

Sakaruddin berkata, bagaimanapun strategi mereka terbantut apabila serbuan yang dilakukan pada 28 Ogos lalu hasil maklumat orang awam, berjaya menyelamatkan 12 wanita warga Indonesia.

Menurutnya, polis percaya 12 wanita itu digunakan untuk diperdagangkan kepada majikan yang memerlukan khidmat mereka sebagai pekerja dan bukan untuk aktiviti pelacuran.

"Mereka dikurung dalam sebuah bilik dan diberi makanan ala kadar serta dipaksa bekerja bagi mendapatkan hasil tetapi pembekal yang mendapat keuntungan dan tidak memberi gaji kepada mangsa.

"Kesemuanya akan dikurung dalam sebuah rumah dan jika terdapat majikan yang memerlukan perkhidmatan, maka mereka akan dihantar ke lokasi dengan waktu bekerja pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan kemudian pulang semula," katanya pada sidang media di IPPD Kajang, semalam.

Sakaruddin berkata, mereka ditabur pelbagai janji oleh pembekal untuk mendapat kerja tetapi telah ditipu untuk kesenangan pembekal.

Menurutnya setakat ini mangsa termuda berusia 14 tahun manakala paling tua 42 tahun.

Beliau berkata, ada di antara mereka yang diseludup masuk mempunyai permit sah malah ada dalam kalangan itu juga telah berkahwin dan siasatan masih lagi dilakukan bagi memastikan adakah ia sindiket atau sebaliknya.

"Mangsa dihantar ke tempat perlindungan di Bukit Ledang manakala suspek yang berusia 23 dan 31 tahun ditahan reman sehingga 31 Ogos dan disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

SH


Apahal Khairy pulak yang terhegeh-hegeh?

Posted: 31 Aug 2010 07:00 PM PDT



DEY MACHA!!!

APA KENA MENGENA ORANG TU PI MASJID DENGAN PAS TERHEGEH-HEGEH JAGA HATI DAP?
PERASAAN ORANG ISLAM MANA YANG DIKETEPIKAN MACHA???
PERASAAN ORANG UMNO KOT YANG DIKETEPIKAN BILA YB TEO PI MASJID..KAH! KAH! KAH!

ELOKLAH KALAU ORANG DAP DAH BOLEH MASUK MASJID.
APA LAGI HANG NAK?
TAK KA MUHIBBAH NAMANYA TU?
ORANG BUKAN ISLAM DAH MENGHAMPIRI MASJID..
ADA UMNO BAWAK MCA PI MASJID?

PIIIIRAHHHHHH!!!! DAH MERDEKA 53 TAHUN HABUK PUN TARAK....KAH! KAH! KAH!
CAKAP TOK GURU HANG TAK NAK PAKAI.

TOK GURU CAKAP PASAI ISLAM
HANG CAKAP PASAI ADAB
JANGANLAH TUNJUK SANGAT KITA NI JAHIL...KAH! KAH! KAH!

Susulan berita meloya:

Pas terhegeh-hegeh jaga hati DAP - Khairy

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pemuda UMNO kecewa dengan sikap Pas yang terhegeh-hegeh menjaga hati DAP sedangkan parti itu langsung tidak menghormati mereka.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu jelas menunjukkan Pas langsung tidak bermaruah kerana sanggup mengetepikan perasaan orang Islam demi menjaga hati DAP.

Sedangkan, tegas beliau, DAP sendiri langsung tidak pernah menjaga hati dan perasaan serta menghormati orang-orang Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"DAP langsung tidak menghormati Pas, undang-undang hudud Pas pun ditolak mentah-mentah tanpa sebarang perbincangan dan perundingan.

"Malangnya, Pas sedia berlutut depan DAP untuk justifikasi semua kontroversi melibatkan parti itu seperti isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching masuk ke ruang solat, mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan tindakan Nie Ching menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan tindakan ahli Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Malah, Nik Abdul Aziz turut menyifatkan desakan orang ramai supaya mengambil tindakan ke atas Nie Ching sebagai ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

Tambah Khairy, Pemuda UMNO amat kecewa dengan Nik Abdul Aziz yang mengeluarkan kenyataan itu, seolah-olah apa sahaja yang dibuat oleh DAP dihalalkan walaupun salah dari segi adab.

Beliau berpendapat, dalam kes Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang itu datang ke surau bukannya untuk mendekati Islam sebaliknya bertujuan mendapat sokongan politik.

"Nampak sangat Pas tiada maruah dan sanggup mengetepikan perasaan orang Islam demi menjaga hati DAP," katanya.-utusan meloya


Merdeka sebelum waktunya

Posted: 31 Aug 2010 05:00 PM PDT

Jom kita cari nikmat sebenaqnya merdeka...


Salam semua...



Hari ni pakat riuh rendah la tivi sambut merdeka. Hihi... dalam tivi saja la, dikampung Pak Long sunyi gedi tak dak apa. Woii... jangan nak memandai kata Pak Long tak sayang negara pulak. Takkan nak suruh Pak Long kawad sorang sorang ataih rumah kibaq bendera kot, cari Mak Long hang terajang terjun tingkap.



Pendekata pasai merdeka lah yang Pak Long rasa macam naik resah sikit ni. Bukan apa, sedaq tak sedaq dah 53 tahun kita merdeka tapi Pak Long tengok kematangan kita macam budak budak tadika. Minda kita macam darjah lima dan jiwa kita terpenjara. Ca hangpa tengok Malaysia la ni apa yang tak dak, dari sari ke sari macam macam benda hodoh yang terjadi sekaligus membangsatkan nama Islam. Ni yang Pak Long dok risau tu, agama bukan sekadar agama anutan tapi dia adalah satu cara hidup.



Penganut tak cantik menyebabkan agama tu sendiri jadi hodoh. Islam kita dikatakan angkuh dan melampau. Islam kita dikatakan sebagai menekan hak hak orang bukan Islam dan disamakan dengan kezaliman. Mai kita tengok ada beberapa perkara yang terjadi dinegara kita yang jelaih menghumban Islam jauh dari misi dakwahnya.



Ataih nama Islam, kalimah Allah orang lain tak boleh guna.

Ataih nama Islam jugak, ada yang cuba membakar gereja.

Ataih nama Islam jugak, ada yang bantah bina kuil dengan usung kepala lembu.

Ataih nama Islam la jugak, ISA zalim dipertahankan.

Ataih nama Islam jugak, khatib dihenyak kerana mendoakan Guan Eng.

Ataih nama Islam la jugak "Tazkirah Teo" dijadikan isu.



Takkan nak habaq kat Pak Long kot ni cara dakwah alaf baru. Takkan kita nak biaq bukan Islam pikiaq Islam adalah agama sempit, melampau dan zalim kot. Lagi satu Pak Long dok tengok masaalah dengan kita ni ialah kita terjerat dengan angka majoriti. Majoriti adalah kuat dan kekuatan itulah kebenaran. Dengan kekuatan kita menekan yang lemah ataih nama kebenaran tadi. Maka disini lah silapnya kita dalam membezakan hak dan kekuatan.



Lagu ni lah, bila kita dah mengaku Islam, kita kena angkat Islam tu jadi cara hidup kita. Islam yang cantik perlu dicipta baru boleh dipelihara. Islam tak ajaq penganutnya berfikiran sempit, melampau dan zalim. Islam itu adil dan saksama. Adil, saksama dan keindahan itulah dakwahnya.



Tapi pa pun Pak Long percaya negara kita ada potensi yang boleh kita gapai kalau rakyatnya belajaq bersatu-padu dan bukannya berpecah-belah. Jom kita sama sama cari nikmat sebenaq merdeka...



Wassalam...
paklongonline.blogspot.com

Tiada ulasan: