"BERANI KERANA BENAR!" |
- Mengapa mereka berani melakukan jenayah?
- Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa
- Kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas’Menelan’ Perkembangan Kad Raya
- Cekik Darah Di bulan Syawal Ke?
- Projek Signboard Bersohor Oleh Barisan Nasional
- ktibar kes Sosilawati dan kebiadaban polis berkas tahanan ISA
| Mengapa mereka berani melakukan jenayah? Posted: 20 Sep 2010 08:10 PM PDT Oleh: Shirzad Lifeboat Andai kata pembunuh bersiri London, Jack The Ripper hidup di zaman ini, dia sudah t Begitupun di sebalik petunjuk jelas serupa itu, Jack The Ripper tidak berjaya dikesan dan sehingga hari ini identiti sebenar pembunuh bersiri itu menjadi misteri. Namun, bukan sahaja kerana hakikat pembunuhan tidak bermotif dan didorongi semata-mata masalah psikologi sipembunuh sukar untuk dikesan tetapi ketika, sekitar 1888, bidang kriminalogi belum lagi berkembang dan sains forensik penyiasatan belum lagi didengari oleh sesiapapun Andai kata pembunuh bersiri London, Jack The Ripper hidup di zaman ini, dia sudah tentu tidak sempat membunuh mangsa kedua (dari anggaran 11 pelacur kesemuanya) yang bergiat di kawasan Whitechapel. 'Surat Dari Neraka' yang dikirimkannya kepada seorang kontraktor bangunan dan sebuah jawatankuasa rukun tetangga kawasan tersebut berserta sebahagian daripada hati mangsa di mana antara lain Jack mengatakan 'betapa sedapnya hati mangsa yang telah digorengnya.' Begitupun di sebalik petunjuk jelas serupa itu, Jack The Ripper tidak berjaya dikesan dan sehingga hari ini identiti sebenar pembunuh bersiri itu menjadi misteri. Namun, bukan sahaja kerana hakikat pembunuhan tidak bermotif dan didorongi semata-mata masalah psikologi sipembunuh sukar untuk dikesan tetapi ketika, sekitar 1888, bidang kriminalogi belum lagi berkembang dan sains forensik penyiasatan belum lagi didengari oleh sesiapapun. Kegagalan memberkas pembunuh bersiri itu tidak bererti kerajaan, Scotland Yard, masyarakat umum serta penggiat sastera tidak melakukan sesuatu bagi melakukan apa sahaja usaha bagi mengekang apa juga jenis jenayah dari akhirnya tidak dapat dikawal dan menular menjadi semacam satu wabak di kalangan manusia tertentu. Scotland Yard mengumpulkan segala maklumat yang diperolehi dan menjadikannya sebagai asas bidang sains kriminologi. Kerajaan Britain menerusi kementerian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan univeristi memperkenalkan bidang kriminologi sebagai satu kursus khusus. Di peringkat masyarakat pula pelbagai institut persendirian dan persatuan bersabit krimologi ditubuhkan. Begitu juga dalam bidang sastera di mana lahirnya penulis seperti Arthur Conan Doyle yang mencipta watak detektif Sherlock Holmes. Hasil daripada keseriusan dan kesedaran jitu dari semua pihak, hari ini, sebagaimana yang ditunjukkan oleh perangkaan satu dekad terakhir, kadar homisid bagi United Kingdom bagi setiap 100,000 penduduk adalah pada purata 1.6 adalah antara terendah di dunia (jumlah penduduk UK adalah 62 juta). Secara kebetulan atau tidak, kadar homisid ini mungkin berkaitan dengan kemajuan sesebuah negara. Maknanya apabila sesebuah negara itu maju maka kadar homisidnya semakin berkurangan apatah lagi sekiranya pasukan polis sesebuah negara itu telah diasaskan oleh British sendiri yang pernah mentadbir negara berkenaan. Singapura, negara termaju di dunia misalnya mencatatkan kadar homisid yang tidak melebihi 0.5 bagi setiap seratus penduduk. Bagi Malaysia, yang pemimpinnya lebih banyak bercakap tentang mahu menjadi negara maju berbanding usaha yang amat sedikit ke arah pencapaian sedemikian, kadar homisidnya tertinggi bagi dekad lalu ialah 2.36. Dalam lain perkataan bagi setiap 100,000 penduduk 2.36 mati dibunuh. Begitulah angka yang dicatatkan dari kajian yang dijalankan oleh Geneva Declaration on Armed Violence and Development. Tidak mustahil sekiranya kadar ini mungkin lebih tinggi atau kian meningkat walaupun setiap masa kita disogokkan dengan berita kadar jenayah di negara ini telah menurun. Selain dari jenayah kolar putih melibatkan bilion ringgit dan di mana belum ada tangkapan di buat atau kesnya belum lagi di dengar di mahkamah walaupun terdapatnya bukti yang cukup, jenayah kecil tetapi melibatkan nyawa mangsa seperti jenayah ragut masih berleluasa dengan jumlah tangkapan yang terlalu kecil berbanding dengan jumlah kes. Setakat ini jenayah seperti ini hanya sampai ke peringkat laporan sahaja dan tidak ada usaha-usaha bersungguh-sungguh untuk memberkas siperagut atau membasmikan jenayah ini sama sekali. Pernah dicadangkan agar perangkap dalam bentuk anggota polis wanita diletakkan berlegar di kawasan tempat yang terkenal dengan kes-kes seperti ini. Tetapi cadangan ini mendapat reaksi marah dan defensif dari pihak atasan. Oleh itu, umum sudah tentu tertanya apakah modus operandi pihak penguatkuasa undang-undang dalam menghapuskan jenayah yang sudah menjadi semacam satu penyakit ini? Atau apakah sebenarnya ada usaha sedemikian? Kes pembunuhan Sosilawati yang masih diikuti oleh seluruh dunia menerusi internet dan akhbar harian utama negara masing-masing membuka mata kita bagaimana banyak kes-kes pembunuhan di negara ini (sebagaimana pembunuhan sembilan orang peguam sejak lebih sedekad lalu seperti yang dilaporkan oleh media tempatan) masih lagi belum selesai ataupun kesnya ditutup sementara waktu kerana tidak ada petunjuk atau lead. Nampaknya, sekiranya penyiasatan hanya boleh dibuat berasaskan petunjuk atau lead ketara, maka cara ini hanya akan memperhaluskan lagi modus operandi pembunuh serta juga penjenayah lain dalam usaha mereka menghapuskan bukti. Maka tidak hairanlah sekiranya ramai lagi penjenayah homisid yang masih bebas di luar sana kerana kita dengan mudah menutup fail kes apabila tidak ada petunjuk. Homisid adalah satu jenayah serius, sebagaimana jenayah ragut, samun, rompak, penipuan yang boleh sahaja membabitkan homisid. Oleh itu, daripada kita membazirkan sumber dana dan tenaga manusia menggangu penceramah parti pembangkang yang berceramah, mengganggu perarakan yang dilakukan secara aman dan sebagainya, lebih baik sahaja kita menggunakan sumber berkenaan untuk memberi fokus kepada pembasmian jenayah. Hari ini seorang peguam hampir-hampir menjadi Jack The Ripper. Tapi tidak mustahil ada Jack The Ripper lain yang masih belum dapat dikesan dan diberkas. |
| Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa Posted: 20 Sep 2010 08:08 PM PDT Oleh Mohd Rashidi Hasan KADANG-KA Manakala beruk pula mentertawakan katak kerana perjuangan katak 'tak sampai ke mana', tidak boleh naik ke atas, hanya melompat-lompat di bawah sahaja. |
| Kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas’Menelan’ Perkembangan Kad Raya Posted: 20 Sep 2010 08:07 PM PDT Oleh IZMAS ADALAH kononnya diceritakan orang bermulanya kiriman kad ucapan hari raya adalah d Selepas itu diceritakan, ada segelintir individu yang pandai dan berakal mencetak kad ucapan kad hari raya dalam bentuk kad yang rengkas dan murah. Ia kemudiannya berkembang kepada percetakan yang lebih moden dan canggih tahun demi tahun serta dijual pada harga paling murah hingga yang paling mahal dengan saiz kad yang berbagai - dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar saiz sebesar A3. Perkembangan percetakan kad hari raya menempuh zaman kegemilangannya dan menjadi semakin menarik apabila diselit dan dimasukkan cip muzik didalamnya yang mengandungi irama lagu-lagu hari raya terkenal. Senikata ucapan kad turut berubah dari ucapan senikata yang rengkas dan pendek kepada senikata yang panjang, berpuisi dan penuh bermadah. Rekabentuk dan foto luar kad ucapan kad hari raya juga bermacam corak dari rekabentuk dan foto yang simple kepada corak yang beranika objek dan warna. Namun, perkembangan terakhir menunjukkan senikata ucapan kad menjadi semakin rengkas tetapi padat dan tidak bertele-tele. Corak rekabentuk kulit kad juga menjadi semakin straight forward dan mudah tetapi menarik dengan objek yang simple dan warna yang tidak beranika. Namun, sejak lima tahun lalu diberitakan perkembangan percetakan dan penjualan kad ucapan hari raya melalui zaman muram yang agak mendadak khususnya tahun ini. Dari tinjauan penulis kepada penjual (peruncit), penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya, menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Seorang penjual kad menceritakan beliau amat kurang menjual kad hari raya sejak tiga tahun lalu dan tahun ini lebih teruk di mana kemerosotan lebih ketara dan kad yang terjual boleh dikira dengan jari. Seorang pencetak memberitahu, beliau kurang menerima tempahan dari peneribt kad hari raya sejak tiga dan empat tahun lalu. Kemerosotan tempahan tahun ini mencecah penurunan tempahan sehingga 70 peratus sekaligus menunjukkan orang ramai, pejabat kerajaan, individu berpangkat dan peneribit kad tidak lagi berminat mencetak kad hari raya seperti sebelumnya. Alasan utama penerbit ialah penjualan kad yang merudum teruk sejak tiga empat tahun lalu akibat kemunculan media alternatif lain yang lebih canggih, murah dan berkesan. Pendapat umum mengakui kemerosotan penjualan kad hari raya adalah berpunca dari kemunculan teknologi talipon bimbit yang memperkenalkan Sistem Pesanan Rengkas (SMS) - membenarkan segala bentuk ucapan bersifat peribadi dan umum – dimuatkan dalam talipon bimbit. Kehadiran SMS menyebabkan semua orang Islam dan bukan muslim boleh mengirim ucapan selamat hari raya kepada ayahbonda, kekandaadinda, kawan-kawan, sedara mara dan buah hati tanpa perlu membeli kad hari raya di kedai atau tempat umum lain. Mereka boleh terus mengirim ucapan dalam bentuk SMS menerusi talipon bimbit sahaja. Yang lebih menarik, penerima boleh menjawab ucapan yang diterima dalam jangka waktu segera – beberapa saat selepas menerima ucapan atau boleh menjawab kemudian mengikut kesesuaian masa yang dipilihnya. Lebih unik lagi, penerima ucapan melalui SMS tidak perlu pergi ke kedai membeli kad hari raya untuk menjawab dan berkejar ke Pejabat Pos untuk membeli setem sebagai syarat utama pengiriman kad raya itu sampai kepada distansiasinya. Dengan kata lain, tanpa setem, kad yang hendak dikirim tidak mungkin sampai ke destinasinya dan ini semua menyusahkan dibandingkan dengan urusan pengiriman melalui SMS yang diakui lebih pantas, rengkas dan tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan serta tenaga. Demikianlah perkembangan zaman dan kemajuan teknologi menyebabkan urusan pengiriman kad hari raya menjadi semakin canggih dan lebih menjimatkan wang serta tenaga. Penjual, penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya yang pernah mengaut untung besar sejak berpuluh tahun lalu kini mengalami zaman kemuraman yang tidak mereka sangka dan jangkakan akibat dari kemajuan teknologi ciptaan manusia. Begitulah kecanggihan teknologi talipon bimbit telah menelan kemajuan percetakan kad hari raya yang kini tidak lagi menjadi pilihan umum dan seolah-olah semakin dilupakan orang. Namun, ada pendapat mendedahkan pengiriman ucapan melalui kad lebih mewakilli dan menyentuh perasaan dari ucapan melalui SMS yang disifatkan terlau mudah dan regkas. Mereka berpendapat pengirman kad lebih mewakilli diri pengirim dan nampak bersopan dengan tulisan tangan dan tandatangan pengirim tertulis berbanding ucapan melalui SMS yang disifatkan terlalu rengkas dan bersahaja . Apapun, soalan lain sudah dibangkitkan mengenai kecanggihan talipon bimbit yang mungkin dapat diatasi oleh teknologi lain yang lebih terkini di tahun-tahun mendatang yang bakal mengganti dan menandinggi kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas dalam talipon bimbit? IZMAS |
| Cekik Darah Di bulan Syawal Ke? Posted: 20 Sep 2010 08:05 PM PDT Oleh ROZAID A. RAHMAN KETIKA pulang beraya di Pulau Pinang, penulis mengambil kesempatan untuk menjam Bagaimanapun penulis terkejut beruk apabila kuey tiaw goreng yang dihidangkan bersama tiga ekor udang bersais sederhana dijual pada harga RM9 sepinggan. Selera penulis pun tiba-tiba hilang. Lalu penulis pun ingin memesan pasembur. Tidak sepertimana di sini, di Padang Kota Lama, kita sendiri pilih ramuannya - sama ada hendak letak sotong, ketam, udang, paru, kentang, keropok atau cucur goreng dan lain-lain lagi. Penulis hanya memilih ramuan asas sahaja tanpa apa-apa ramuan yang mewah seperti udang, ketam mahu pun sotong. Tak berapa banyak pun ramuan yang penulis pilih. Dan teka harganya. RM11 sepinggan. Mak datuk, di KL pun tak semahal ni. Jika ramuan yang basic pun dah RM11, penulis tidak dapat menganggak berapa agaknya jika ada pelanggan yang memilih udang, ketam atau sotong. Dah pasti tidak kurang RM20 sepinggan. Lepas habis menjamu selera dengan pasembur RM11, penulis pun teringin nak makan sotong bakar yang digelek nipis. Sekali lagi penulis terkejut beruk. Harganya, RM20 sepinggan. Kerana teringin punya fasal, penulis pun orderlah. Lepas membalun sakan sotong bakar, selera penulis tidak padam-padam lagi lalu penulis pesan kerang bakar. Sepinggan RM10. Melampau betul harga yang dikenakan ke atas semua menu di medan selera ni. Penulis tertanya-tanya, kenapakah mereka meletakkan harga yang sebegitu tinggi memandangkan makanan laut bukanlah makanan asing dan sukar diperolehi di sebuah negeri yang dikelilingi laut seperti Pulau Pinang. Tidak logik sungguh. Apatah lagi harga yang dicajkan tidak sepadan dengan suasana medan selera yang panas dan berwap itu. Bukannya bertaraf lima bintang sepertimana di hotel atau restoran mewah. Kadang-kadang bila difikir-fikirkan semula, melampau betul para peniaga di Padang Kota Lama ini mengenakan pelanggan. Medan selera itu adalah milik Kerajaan Negeri dan sudah pastinya sewa yang dikenakan adalah pada kadar subsidi tetapi cara mereka mengena pelanggan benar-benar cekik darah sampai ke tahap di luar logika. LAGI TENTANG MAKAN (kali ini tidak melampau)... Pada hari keenam raya, penulis sekali lagi menyeberang ke Pulau Pinang. Kali ini untuk menikmati nasi kandar di satu-satunya kedai nasi kandar yang masih mampu mengekalkan keenakan rasa nasi kandar asli Pulau Pinang sejak turun temurun. Ia adalah restoran nasi kandar Flat Kampung Melayu, Air Itam. Khabarnya selepas lima hari ditutup kerana Aidil Fitri, inilah hari pertama ia dibuka semula. Apa lagi, setibanya penulis di hadapan restoran itu pada jam 8.30 pagi, orang beratur panjang macam ular. Perlu penulis sebutkan, di Pulau Pinang, orang makan nasi kandar pada awal pagi sama seperti orang Batu Pahat atau Muar makan satay di awal pagi. Dalam situasi ini, penulis terdengar seorang pelanggan mengeluh, "Dah beratur panjang macam ni kalau tiba giliran kita tiba-tiba nasi habis, boleh berlaku peristiwa amuk ni...!" Dia tidak perlu mengamuk kerana orang belum pernah mengamuk di Pulau Pinang kerana nasi tak cukup. Satu keunikan nasi kandar Kampung Melayu ialah nasi yang dihidangkan tidak banyak dan tidak sedikit. Cukup untuk membuatkan kita berhenti sebelum kenyang. Bapa penulis selalu berpesan, kalau benar-benar hendak menikmati nasi kandar, jangan tambah selepas habis. Tetapi kali ini penulis cuba melanggar pantang larang itu. Ketika tiba giliran penulis, penulis minta agar ditambahkan nasi sedikit lagi. Selepas tujuh minit, penulis bergelut untuk menghabiskan sepinggan nasi itu - sesuatu yang tidak pernah berlaku setiap kali penulis menikmati nasi kandar Flat Kampung Melayu. Rupa-rupanya benar sungguh apa yang dikhabarkan oleh bapa penulis. Itulah rahsianya. Makan jangan tambah nasi, isinya biar sederhana, telur rebus, daging gulai dan ikan bawal (kalau boleh bahagian ekor). Bapa penulis berpesan, kalau makan lebih dari itu, bukan nasi kandar namanya tapi melantak tak ingat dunia. Selepas kekenyangan membalun nasi kandar, penulis tunggu melihat gelagat orang-ramai sehingga jam 11 pagi. Hebatnya nasi kandar Flat Kampung Melayu ni sehingga dini hari orang masih beratur panjang macam ular seawal jam 8.30 pagi tadi. Orang sanggup datang beratur semata-mata kerana sepinggan nasi kandar. Malah penulis perhatikan orang dari luar Pulau Pinang pun ramai. Dan penulis yakin, selepas menikmati nasi kandar original ini, siapa sahaja yang pertama kali merasainya akan berkata, dunia nasi kandar mereka tidak akan sama lagi. (Nota: Sepinggan nasi kandar yang penulis makan, dengan nasi lebih, dua potong daging gulai, sebiji telur rebus, sepotong ikan bawal kari, dua batang bendi, harganya RM7.60 - tidak melampau).Mstar |
| Projek Signboard Bersohor Oleh Barisan Nasional Posted: 20 Sep 2010 08:02 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar TEKTIK propaganda Umno - apa saja mereka bangunkan projek tidak kira, sekolah, banguna
Di Jepun dan Amrika Syarikat serta Arab Saudia tidak pula ditulis pemakluman demikian di mana-mana projek yang dibangunkan. Malahan di Kelantan negeri yang sebesar mangkuk bubur itu pun tidak apa-apa projek dibangunkan untuk faedah rakyat ditulis sebagai projek kerajaan Negeri Kelantan. Kerajaan Kelantan tidak pun bersohor kepada rakyat. |
| ktibar kes Sosilawati dan kebiadaban polis berkas tahanan ISA Posted: 20 Sep 2010 07:59 PM PDT Oleh Ahmad Lutfi Othman Dalam kead Mulanya saya bercadang hanya untuk mencatat hal-hal santai dalam ruangan ini, bagi mengelak pertembungan dengan mana-mana pihak, apatah lagi dengan mereka yang boleh dan "berkemampuan menyusahkan" saya.
Bersama rakan-rakan sepejabat seperti Tarmizi Mohd Jam dan juga Rashidi Hassan, saya lebih selesa membuat kunjungan hormat mengutip idea memantapkan perjuanganmenuntut kebebasan media yang lebih menyeluruh. Ramadan lalu juga saya menziarahi beberapa bekas wartawan Harakah yang kini terlantar uzur, misalnya bekas Pengarang,Yusuf Jalil di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan Ustaz Mashudi Bunyani, bekas Pengarang Rencana di Sungai Penchala, Damansara. Kedua-dua mereka diserang stroke yang serius. Terbaru, saya dikejutkan dengan berita malang rakan karib, Samsuri Rosl Saya berkejar ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Memang memenatkan. Itulah perjalanan paling jauh selepas operasi pembedahan pintasanj antung empat bulan lalu. (Aidilfitri baru ini pun saya terpaksa memendam rindu amat sangat kepada sanak-saudara dan rakan-taulan di kampung halaman, Tunjang, Kubang Pasu). Samsuri belum sedar. Memang menyedihkan keadaannya. Namun, seperti orang lain juga, apabila membaca akhbar, melayari internet dan menonton berita tv mengenai kes pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiya, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV), 47, bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, tidak dapat tidak ia pasti mendorong satu rasa tersendiri. Macam-macam cerita, gosip dan ulasan yang kita dengar. Tentunya lebih banyak dari sumber tidak rasmi terutama selepas pihak polis begitu lambat memaklumkan perkembangan semasa. Keghairahan ingin tahu pihak awam tidak boleh ditutup dengan arahan pihak berkuasa semata-mata. Yang penting, maklumat berwibawa harus sentiasa dikemaskinikan. Jika tiada info pihak berkuasa, jangan salahkan rakyat yang lebih percaya sumber lain. Bukan rahsia lagi apabila cara pengendalian pihak polis terhadap banyak kes membabitkan orang hilang, malah termasuk kes pembunuhan di siang hari, dikritik hebat rakyat. Sehingga ada yang berani mendakwa bahawa polis Kuala Langat "telah dibeli". Tuduhan itu mungkin tidak disertakan dengan bukti (banyak perkara tidak dapat disahihkan dengan dokumen namun ia seperti sudah menjadi rahsia umum), tetapi itulah antara gelodak rasa masyarakat awam yang masih bersimpul. Ada pihak melihat pihak polis tidak menjalankan siasatan secara serius dan berlaku kecuaian yang ketara terhadap aduan yang dilaporkan, terutama membabitkan "orang tidak berdarjat". Keresahan ini bukan hanya baru tersingkap dalam kes membabitkan suspek yang sama dengan pembunuhan Sosilawati tetapi ia agak kerap menjadi bualan awam sebelum ini. Saya bersetuju bahawa kes ini tiada kaitan dengan isu perkauman, seperti ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (dengar kata Ismail sederhana orangnya, tetapi mampukah ia membebaskan PDRM daripada kongkongan pihak ketiga, seperti dakwaan Tan Sri Musa Hitam beberapa hari sebelum beliau bersara?). Walaupun semua mangsa adalah Melayu dan suspek pembunuhnya adalah India, hal sensitif itu langsung tidak berbangkit. Difahamkan, semasa pertemuan Ismail dengan masyarakat sekitar pun, isu yang dibangkitkan lebih kepada "konflik antara dua darjat". Sejak lama orang ramai tidak berpuas hati dan merungut dalam diam tentang fenomena menyedihkan itu. Masing-masing mungkin boleh mengemukakan hujah, jika mangsa orang biasa ada kalanya pihak berkuasa seperti "buat tidak kisah" sahaja. Ditakdirkan ia membabitkan golongan ternama tentulah heboh satu negara. Pembunuhan tetap satu kekejaman yang tiada taranya biar membabitkan siapa pun mangsanya. Dalam senarai jenayah, kes pembunuhan memang terletak di tingkat paling tinggi, sama ada ia membabitkan rakyat bawahan ataupun raja pemerintah. Kecuaian tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi bersikap acuh tak acuh dalam siasatan. Suka saya merujuk kes kematian T Selvi, 46, isteri seorang pemilik bengkel di Banting, P Balasandram, 54. Beliau mendakwa kes berkenaan juga ada kaitan dengan suspek utama yang sama, seorang peguam. Semua akhbar menyiarkan dakwaan Balasandram itu, berkaitan dengan urusan pinjaman wang sejak 2006 membabitkan suspek yang menyediakan dokumen perjanjian. Balasandram juga mendakwa, pada Disember 2008, peguam itu telah mengupah dua lelaki menyerangnya dengan parang di bengkel keretanya menyebabkan kedua-belah bahunya, kening, kepala dan hidung mengalami cedera parah. Kemuncaknya, apabila isterinya, Selvi, dibunuh setelah diserang di kawasan rumah mereka. Isterinya ditikam di bahagian dada, perut pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang. "Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," ujarnya. (Bayangkan, kes berlaku di siang hari, di depan rumah. Saya tidak mahu berkomentar panjang. Apa mesej yang mahu disampaikan pembunuh dan dalangnya? Fikirkan sendiri). Beberapa kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek sama turut timbul kembali sekarang, dikhuatiri membabitkan sehingga sembilan kematian, dengan modus operandi hampir sama. Misalnnya misteri kehilangan dua sahabat yang juga ahli perniagaan dari Sungai Petani, sejak 9 April lalu. Ketua Polis Pulau Pinang turut mendedahkan pihaknya akan melihat kembali beberapa kes pembunuhan yang belum dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun lalu, khususnya membabitkan kematian lima peguam. "Imej negara merudum dengan dakwaan hakim boleh dibeli, dan jangan rosakkan lagi dengan tuduhan polis pun terbabit dengan perangai buruk yang sama," tegur seorang peguam. "Seteruk-teruk keadaan di Singapura pun, hanya kes-kes membabitkan kepentingan kerajaan sahaja yang 'boleh dibeli" tetapi mereka berada di peringkat kelas pertama bila membabitkan kes-kes sivil," tambahnya. II. Akta drakonian yang perlu dimansuhkan segera, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mungkin tidak menelan korban terbaru daripada kalangan tokoh-tokoh terkemuka, namunia bukan bermakna penentangan terhadapnya boleh reda begitu sahaja. Ia tetap menjadi alat dan perkakas buat pemerintah dan elit penguasa mempertahankan kuasa terutamaapabila berdepan situasi sulit. Penganiayaan dan ketidakadilan mesti ditentang meskipun kezaliman itu menyentuh orang biasa yang tidak berpangkat. Hak wajib dipertahankan walaupun ia hanyamenyinggung individu tidak bernama. Agak sedih memikirkan realiti bantahan terhadap ISA hanya memuncak jika ia menyerkup pemimpin popular tetapi tidak dipedulikanapabila menyerat orang yang kurang dikenali. Ketika mengendalikan tabung khas membantu mangsa ISA, saya berpeluang mendekati keluarga malang yang ditinggalkan, sehingga ke Sandakan, dan mutakhir ini menjejaki bekas tahanan yang tidak begitu bernasib baik. Pada penghujung Ramadan lalu, hampir RM60,000 berjaya diagihkan, sumbangan pembaca Harakah yang begitu prihatin dengankisah-kisah pilu yang kami hidangkan. Beberapa hari menjelan Anggota polis Cawangan Khas (SB) bijak dan licik menasihati isteri tahanan agar tidak mendekati NGO hak asasi manusia, seperti Suaram, apatah lagi yang aktif memperjuangkan pemansuhan ISA seperti Gerakan Mansuh ISA (GMI). Mereka dijanjikan pembebasan orang yang tersayang jika tidak menghebohkan kes penangkapan melalui media atau mengambil tindakan mahkamah. Berbeza sekali dengan Khairun Nisa dan kakaknya, yang tinggal bersama beliau. Mereka kelihatan tenang dan tabah. Kami dijemput naik penuh mesra. Apabila meminta izin untuk merakamkan pertemuan di malam-malam akhir Ramadan itu, tanpa ragu-ragu Khairun Nisa membenarkan. Saya tidak pasti apakah SB semakin giat meracuni pemikirannya selepas kisah ini disiarkan atau ada tindakan lain bagi mencalarkan hubungan baik itu? Sudah pasti pihak polis tidak mahu publisiti berlebihan terhadap "aktiviti mereka yang tidak menyenangkan itu". Masakan tidak, saya dimaklumkan, satu ketumbukan anggota polis, lengkap bersenjata, siap dengan alat pengesan bom (termasuk memeriksa segala pakaian kotor dalam mesin basuh), memecah masuk rumah sewa Khairun Nisa - tentunya secara tidak beradab, kal Apartmen mereka betul-betul berdepan dengan balai polis, hanya dipisahkan dengan satu lorong kecil. Tanpa mendengar sebarang ketukan di pintu, apatah lagi lafaz salam, pintu depan dipecahkan. Puluhan polis menyerbu masuk, sudah pasti berkasut, sehingga mengotori ruang solat keluarga berkenaan (ingat kes propaganda Umno apabila ahli Parlimen DAP masuk surau Ramadan lalu). Lucunya, sebaik Mustawan Ahbab, 34, meluru ke pintu di awal pagi pertama puasa yang hening itu, tangannya terus digari, melekat dengan grill pintu yang memang tidak pernah dikunci pun. Dalam keadaan itu, pihak polis sendiri tidak dapat masuk ke dalam rumah sehinggalah diminta dilepaskan dahulu gari. "Apa punya operasi? Lebih daripada menangkap penjenayah paling berbahaya," getus isteri saya, perlahan. "Lebih teruk daripada Zionis," tambah kakak Khairun Nisa. Saya perhatikan wajahnya menyimpan rasa geram dan marah. Sambil memangku anak tunggalnya yang berusia satu tahun lapan bulan, Khairun Nisa bercerita dengan tenang. Suaminya seorang jurujual dengan sebuah syarikat pengedaran buku-buku akademik universiti, tidak jauh daripada apartmen mereka. Saya rasa anak kecil itu demam dan tidak sihat. Dia kerap merengek. Mungkin teringatkan ay Tiga hari sebelum itu saya bertemu beberapa orang kenalan baru, di rumah dan juga di pejabat Harakah, yang merupakan bekas tahanan ISA daripada "kumpulan KMM", yang diperkenalkan oleh Cikgu Non (Zainon Ismail). Mereka turut bercerita soal "kejahatan" anggota SB tertentu, yang licik mengatur gerak bagi meruntuhkan rumahtangga keluarga tahanan. Ya Allah, kezaliman atas kezaliman. Bertindan-tindih. Tidak cukup dengan siri penyeksaan ditambah bebanan yang lebih memeritkan. |
| You are subscribed to email updates from "BERANI KERANA BENAR!" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

DANG rasa meluat melihat pertelagahan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Tapi kadang-kadang hendak tergelak pun ada. Ibarat macam 'katak' dengan 'beruk' bergaduh, walhal tiada keperluan pergaduhan antara keduanya wujud.
engan pengiriman surat biasa yang mengandungi tulisan ucapan selamat hari raya dari pengirimnya. Ia kemudian berkembang kepada kad ucapan ciptaan sendiri oleh individu kepada individu lain dalam bentuk kertas yang murah dan mudah di zaman itu. 



aan masih uzur dan bercuti panjang sehingga November ini, saya kerap dinasihati agar tidak melakukan aktiviti yang mungkin meningkatkan stress. Saya turut diminta mengurangkan makan di luar (itulah juga nasihat pertama "dietitian" kecil-molek di HUKM dan pesanan berulang kali rakan yang diserang angin ahmar), melakukan senaman ringan secara berkala.
an, bekas pemilik majalah proreformasi yang diharamkan KDN pada November 1999, Detik, yang juga wartawan berpengalaman akhbar Watan, kini penulis Siasah. Samsuri juga diserang angin ahmar semasa beraya di rumah mentuanya, di Gerik, Perak, jam 3 pagi hari raya keempat.
Kes Sosilawati tersirat iktibar sehingga mampu menyelongkar kes-kes hilang yang juga sama seriusnya.
g Syawal, saya bersama isteri dan anak sempat mengunjungi seorang isteri yang menjadi mangsa terbaru ISA. Kediamannya tidak jauh dari rumah kami. Suami Khairun Nisa, Mustawan Ahbab, ditahan pada hari pertama Ramadan lalu, jam 7.15 pagi. Selalunya, keluarga tahanan yang baru dicekup jarang sekali mahu bertemu media.
aupun tidak biadab - yang disediakan majikan suaminya.
ahnya yang dibawa pergi begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan