Khamis, 30 September 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pstt!! Rahsia Khir Toyo ni...

Posted: 30 Sep 2010 08:45 AM PDT

Ini adalah kertas siasatan SPRM terhadap Khir Toyo Bekas Menteri Besar Selangor yang juga Doktor Gigi yang telah berjaya membina Istana bernilai RM24 Juta melalui hasil mencabut gigi..

Memandangkan ianya adalah Rahsia.. sila rahsiakan..

Photobucket



Photobucket


Photobucket



Asal dokumen.. dimana lagi kalau bukan Malaysia Today..

Serigala Berkulit Berbiri didalam PKR..

Posted: 30 Sep 2010 07:59 AM PDT

Ulasan Tuan GB yang pada pendapat aku amat baik ... kecuali menyamakan Azmin dengan YB-YB UMNO rasanya itu kurang tepat.. kerana YB kawasan aku ni Ariff Shah dari UMNO khidmatnya sebagai wakil rakyat memang excellent!!

GB telah lama menghidu hal ini dan telah menyatakan hal ini secara halus di SINI. GB tidak dapat menuduh secara pasti sebelum ini kerana tiada bukti. Hari ini Allah s.w.t. membenarkan firasat GB itu dengan pendedahan dari seorang veteran PKR, Ng Lam Yong.

Itu belum lagi diambilkira aduan-aduan penduduk Bukit Antarabangsa dan Gombak yang mengadu bermacam-macam hal tentang sukarnya untuk menemui wakil rakyat mereka bernama Azmin, kata mereka. Azmin, pada mereka tidak berbeza dari YB-YB UMNO sebelumnya.

Saya faham Azmin bercita-cita tinggi, kerusi MB Selangor jadi sasarannya. Tetapi perlukan beliau gopoh? Kegopohan akan menggelincirkan seseorang jauh ke dalam jurang.

Beliau kini sedang mendahului pencalonan Timbalan Presiden dengan meninggalkan lawannya dengan jurang yang besar.

Dan GB menyatakan sebelum ini:

Dah jadi ADUN, dah jadi MP, dah jadi Ketua PKR Negeri, kini berebut nak jadi orang no 2 dalam parti untuk membolehkan beliau merampas kerusi MB.

Siddiq Ghouse pula yang mengulas mengenai isu "serigala yang berkulitkan bebiri" juga pernah menunjukkan secara halus siapa serigala itu.


Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya "Serigala yang menyamar sebagai Bebiri" yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula "serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama" malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak "bual kosong" orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh "menggosip" perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu "membaham" Zaid Ibrahim.

Lihat ayat Siddiq di atas. Siddiq menafikan secara tegas bahawa Zaid itu serigala yang dimaksudkan oleh Nurul, tetapi menggunakan istilah "barangkali" untuk menafikan orang itu adalaH Azmin. Beliau menambah lagi di akhir perenggan:

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan "bebiri yang pekak dan bisu" yang sedang berkira-kira nak menjadi "ketua umum kepada Ketua JKKK" apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan.

Cukuplah... kan GB dah cakap dulu, kebenaran itu kebenaran. Berarak awan hitam maka tampaklah cahaya matahari yang terang benderang menyuluhi segala yang kelam sebelum ini.


Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid?

Seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR hari ini mendedahkan perbualan telefon tentang 'konspirasi' untuk menumbangkan Menteri Besar selangor oleh pesaingnya, Azmin Ali.

Ng Lam Yong, salah seorang veteran parti dan pengasas parti menyifatkan pendedahan beliau seperti 'Lingam-gate', dan meminta kepimpinan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini.

"Sepuluh hari lalu, saya menerima sebuah CD dari penghantar yang tak dikenali melalui pos." jelasnya.

CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki sepanjang kira-kira 10 minit.

"Dalam perbualan tersebut, Ramlan (Abu Bakar), Presiden Reformis, yang mengetuai protes 'Skuad bogel' dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor, memberitahu bahawa dia di arahkan oleh Azmin untuk menjatuhkan Khalid." Ng memberitahu, dan menambah bahawa dia mengecam suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lagi satu.

"Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Ng memberitahu dalam sidang media tersebut.

"Ramlan juga memberitahu bahawa Azmin telah membekalkan dokumen-dokumen tentang rasuah untuk menjatuhkan Khalid."

Ng memberitahu, perbualan didalam Cd tersebut menunjukkan Azmin telah merancang untuk menjatuhkan Khalid sejak sekian lama.

"Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?"

Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.

"Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu." kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Wangsa Maju pada tahun 2008.

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang MP) sedangkan beliau sepatutnya menjadi MP menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.

"Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun." katanya.

Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan ini kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan is ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas.

"Semalam, Syed Husin Ali menghantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya merasakan saya perlu meneruskannya. Saya tidak menuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini." katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua Gaji Mereka

Posted: 30 Sep 2010 07:07 AM PDT


KENYATAAN MEDIA

Isu Pengembalian Wang Penghargaan Warga Emas :
11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua
Gaji Mereka Kepada Kerajaan Negeri

30 SEPTEMBER 2010

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato' Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar 'hentam keromo'. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.


Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;

1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.

2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai 'Pembela Agama, Bangsa & Negara' agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang 'halal' dari Kerajaan Negeri.

Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi 'peluru' terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang. Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup 'terpukul' dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat.

Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah 'Pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR B. HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang

Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid?

Posted: 30 Sep 2010 04:55 AM PDT

Seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR hari ini mendedahkan perbualan telefon tentang 'konspirasi' untuk menumbangkan Menteri Besar selangor oleh pesaingnya, Azmin Ali.

Ng Lam Yong, salah seorang veteran parti dan pengasas parti menyifatkan pendedahan beliau seperti 'Lingam-gate', dan meminta kepimpinan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini.

"Sepuluh hari lalu, saya menerima sebuah CD dari penghantar yang tak dikenali melalui pos." jelasnya.

CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki sepanjang kira-kira 10 minit.

"Dalam perbualan tersebut, Ramlan (Abu Bakar), Presiden Reformis, yang mengetuai protes 'Skuad bogel' dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor, memberitahu bahawa dia di arahkan oleh Azmin untuk menjatuhkan Khalid." Ng memberitahu, dan menambah bahawa dia mengecam suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lagi satu.


"Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin.: Ng memberitahu dalam sidang media tersebut.

"Ramlan juga memberitahu bahawa Azmin telah membekalkan dokumen-dokumen tentang rasuah untuk menjatuhkan Khalid."

Ng memberitahu , perbualan didalam Cd tersebut menunjukkan Azmin telah merancang untuk menjatuhkan Khalid sejak sekian lama.

"Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?"

Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.

"Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu." kata Ng, yang bertanding sebagai Calaon Parliemn Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Wangsa Maju pada tahun 2008.

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang MP) sedangkan beliau sepatutnya menjadi MP menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.

"Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun." katanya.

Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan ini kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan is ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas.

"Semalam, syed Husin Ali menghantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya merasakan saya perlu meneruskannya. Saya tidak menuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini." katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.


Rakyat Marhaen

RM100 : Duit Gaji tu... pulangkanlah juga..

Posted: 30 Sep 2010 04:41 AM PDT

PULAU PINANG 30 SEPT : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.


"Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.

Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.

"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah," katanya lagi.


TVSelangor

DUN Galas: Tarikh pilihan raya kecil diumum 6 Okt

Posted: 30 Sep 2010 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong sejak Isnin lalu pada 6 Oktober ini.

"SPR sudah putuskan, kami akan adakan mesyuarat khas pada 6 Oktober, Rabu depan," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi hari ini.

"Pegawai pengurus pilihan raya yang dilantik juga akan diperkenalkan pada hari tersebut, dan juga makluman mengenai writ pilihan raya, saya akan umumkan selepas mesyuarat khas pukul 11 pagi (Rabu depan)," kata beliau lagi.

SPR dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Galas, Kelantan kelmarin.


Suruhanjaya itu ada masa sehingga 7 Oktober untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandang Che Hashim Sulaima Isnin lalu.

Semalam beliau berkata bahawa penetapan tarikh pilihan raya kecil ini, yang kali ke-12 akan mengambil kira semua aktiviti parti termasuk Perhimpunan Agung Tahunan Umno bulan depan.

Selain itu kata beliau, SPR juga akan mengambil kira hari-hari kebesaran seperti sambutan Deepavali dan Aidiladha, jatuh sebelum pertengahan November, dalam menentukan tarikh pilihan raya.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan calon Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.


The Malaysian Insider

RM100 : Hanya 9 Orang telah memulangkan.. 31 lagi hanya berjanji..

Posted: 30 Sep 2010 12:42 AM PDT

Gambar dari Sharpshooter

Yang mana satu betul ni? Utusan Malaysia (Lidah Rasmi UMNO?) melaporkan 40 orang telah memulangkan wang ehsan, Berita Harian juga telah melaporkan juga telah melaporkan jumlah yang sama dan The Malaysian Insider juga telah melaporkan 40 orang telah memulangkan RM100 Wang ehsan yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tetapi kalau korang baca The Star Online pula ianya melaporkan hanya 9 orang telah memulangkan RM100 tersebut manakala baki lagi 31 orang akan warga emas hanya berjanji akan memulangkan wang tersebut dengan kadar segera.. (terima kasih buat seorang pembaca yang telah meninggalkan komen tentang berita ini)

31 lagi tu hanya berjanji.. Yang sudah memulangkan hanya 9 orang..


Cara paling mudah untuk mengesahkannya ialah sesiapa yang berkerja dengan Kerajaan Negeri di Komtar itu sila pastikan bahawa Dato Azhar ADUN Penaga itu memulangkan sejumlah RM4000.00 yang didakwanya telah dipulangkan oleh warga emas tersebut.. jika jumlahnya tidak mencukupi sila laporkan kepada pihak polis..

Ni berita dari The Star..

Thursday September 30, 2010

Nine return RM100 payout
By DERRICK VINESH

KEPALA BATAS: Nine senior citizens here have given back the RM100 reward they received from the state government since they feared that the money could have come from gaming activities.

Thirty-one other senior citizens have also said that they would be returning the money soon.

Md Saad Md Safar, 72, from Bertam, said he was shocked to learnt that some of the money for the state's Senior Citizens Appreciation Programme was obtained from the Penang Turf Club.

"I am strongly against receiving money from haram (forbidden in Islam) sources. So I am returning it," he said at a press conference called by Opposition leader Datuk Azhar Ibrahim at his service centre in Penaga here.

He was among nine senior citizens from Bertam and Pinang Tunggal who dropped RM100 each into a collection box for Penang Umno Youth to officially return it to the state government in due time.

On Oct 25, Umno Youth information chief Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican was quoted in a Malay daily as saying that he had received a letter issued by Lim's office and addressed to an official from the club which acknowledged that the state government had received the RM500,000 balance of a contribution from the club.

Chief Minister Lim Guan Eng had acknowledged receiving a contribution from the club but said the money would be used to help non-Muslims.

Azhar claimed that many recipients in the Balik Pulau, Bukit Mertajam and Tasek Gelugor parliamentary constituencies were also keen to return the money.

He said some who received aid under the state's Partners Against Poverty Programme were also worried about receiving money from haram sources.

Bukit Mertajam Umno division chief Datuk Musa Sheikh Fadzir urged Deputy Chief Minister I Datuk Mansor Othman and state exco member Abdul Malik Abul Hassan to quit their posts for failing to inform the people on the matter before disbursing the funds.

When contacted, Penang exco member Phee Boon Poh said the state did not solicit funds from outside quarters, including the club, for the appreciation programme.

"The money donated by the club has not been touched yet. We also did not use money from gaming activities for the Partners Against Poverty Programme.

"We are sad that senior citizens are becoming victims of Umno's political game," he said.


The Star Online

RM100 : Ada pihak desak warga emas pulang wang ihsan ?

Posted: 30 Sep 2010 12:31 AM PDT

GEORGE TOWN, 30 Sept — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.


Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Dipetik Bernama, Abdul Malik sekali lagi mengulangi bahawa wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

"Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Sebelum ini, Abdul Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

"Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

"Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

"Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini," kata beliau.


The Malaysian Insider

Polis Curi 20 Kg Syabu bahan bukti?

Posted: 29 Sep 2010 09:59 PM PDT

Kerana tindakan tidak bertanggungjawab beberapa orang anggota polis yang telah mencuri bahan bukti, ianya telah menyebabkan pihak pendakwa gagal membuktikan dadah jenis Syabu seberat 753 Kilogram dengan nilai RM254 juta yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe.

Utusan telah melaporkan hari ini..

Polis dibidas curi bahan bukti

KUANTAN 29 Sept. - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini membidas pihak polis berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.

Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe (kiri), 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah.

Kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu dibawa ke mahkamah selepas polis berjaya menahan sebuah kontena berisi 10 tong mengandungi syabu di Rompin pertengahan tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, perbicaraan kes itu diselubungi kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu yang dibuat oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes.

"Amat mengejutkan apabila mahkamah dimaklumkan beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas.


"Perkara itu diakui sendiri salah seorang saksi pendakwaan terbabit mencuri satu daripada peket dadah. Kiraan kasar dadah yang dicuri itu adalah kira-kira 40 kilogram," katanya.

Malangnya, kata Akhtar, anggota polis yang terbabit mencuri barang kes itu hanya dikenakan tindakan dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji mereka dibekukan.

"Sepatutnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara," jelasnya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah 'memandang sebelah mata' dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.

Terdahulu, Akhtar menyatakan, tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan selepas pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Selain itu, katanya, kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua saksi penting berhubung kes itu menjadi faktor penentu kepada kes berkenaan.

Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar 753,359 gram dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, dekat sini pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu.

Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kegembiraan tertuduh hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila dia ditahan polis sejurus melangkah keluar dari mahkamah.

Difahamkan, penahanan pemandu lori itu dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin dan Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk V. Sithambaram dan Bob Arumugam.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula bulan lalu.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin pada 2 Mei 2009.

Bagi membantu siasatan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu, polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berusia 30-an.

Kosmo semalam melaporkan..

Sempat bebas cuma 15 minit

KUANTAN – Seorang pemandu lori, Lee Yong Toe yang berhadapan hukuman mandatori gantung sampai mati atas tuduhan mengedar 753 kilogram dadah syabu bernilai kira-kira RM254 juta di Rompin pada 2 Mei tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Tertuduh yang diwakili empat peguam diketuai Datuk V. Sithambaram bagaimanapun hanya sempat meraikan kebebasan tersebut selama 15 minit sebelum ditangkap semula bagi membolehkan dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985). Dia ditahan di luar pagar mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir semasa membacakan penghakimannya berkata, Yong Toe, 48, dibebas dan dilepaskan daripada dakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas itu kepunyaan tertuduh dan oleh itu dia didapati tidak bersalah dan memerintahkan dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan," katanya.

Menurut fakta kes, Yong Toe dari Taman Iskandar, Johor Bahru, Johor dituduh mengedar 753 kilogram dadah syabu bernilai RM254 juta di Jalan Chenderawasih dekat Rompin ketika polis mengadakan sekatan jalan raya pada pukul 6.45 pagi 2 Mei 2009.

Dia dituduh membawa dadah tersebut dalam sebuah lori ais bersama seorang lelaki yang masih bebas ketika melalui tempat serbuan.

Sebelum penahanan semula pemandu lori itu, Akhtar dalam penghakimannya berkata, kegagalan pasukan pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin dan Ahmad Fadhli Mahmud untuk memanggil dua saksi penting berhubung kes itu juga menjadi faktor penentu nasib tertuduh dalam kes berkenaan.

Ujar Akhtar, perbicaraan kes berkenaan juga diselubungi kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu dibuat pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi.

Kosmo Online

Kes Liwat : Saiful yang Menentang Anwar, bukan Kerajaan - Najib

Posted: 29 Sep 2010 08:27 PM PDT

NEW YORK, 30 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan Malaysia pimpinan beliau tidak menentang Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua dalam satu dekad lalu.

Dipetik Bernama, Najib menjelaskan, kes itu muncul selepas salah seorang kakitangannya sendiri yang telah memfailkan satu laporan polis terhadap beliau.

Anwar dan penyokongnya mendakwa beliau diperangkap dan kes terbaru ini didalangi oleh kepimpinan Najib dan Umno.

Bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis Jun 2008 mendakwa dia telah diliwat oleh oleh bekas majikannya itu.


Perbicaraan kes itu sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan diteruskan pada 14 dan 15 Oktober ini dengan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur.

Selain itu, Anwar juga ada memfailkan saman terhadap Saiful pada 30 Jun 2008 mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit

Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Najib mengambil peluang untuk mempromosikan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan peluang yang diberikan pada Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir hal ehwal luar terkemuka di New York.

Ucapan Najib yang bertajuk "Program Transformasi Ekonomi di Malaysia", merungkai perubahan dalam negara yang perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran global untuk bersaing dengan China, India dan terkini Vietnam.

Seterusnya sila baca di SINI

PULANGKAN.. Sandiwara terbaru UMNO..

Posted: 29 Sep 2010 08:02 PM PDT

Dalam Berita Harian hari ini.. Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi..

Adakah kita yakin wang berjumlah RM4000.00 yang telah dipulangkan itu akan kembali ketangan Kerajaan Negeri atau hilang ditengah jalan..

Tapi... tak perlulah nak dihairankan sangat.. pasal Penaga tu masih boleh dikatakan kubu kuat UMNO dan kebanyakkan dari penyokong UMNO disitu ialah kelompok yang mampu melihat saja pembangunan yang dibawa oleh Pak Lah di Kepala Batas.. kerana kebanyakkan projek diluar dari kemampuan mereka..

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.


Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Seorang penduduk dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, Rosnani Rashid, terkilan kerana suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia pada 6 April lalu, iaitu seminggu selepas menerima RM100 menerusi program penghargaan warga emas sudah menggunakan wang itu.

Kalau kami tahu duit itu daripada sumber tidak elok seperti perjudian, sudah tentu duit itu tidak akan digunakan, katanya yang menangis teresak-esak ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membas-mi miskin tegar.

Seorang lagi penduduk, Harun Ali, 63, berkata dia memulangkan semula wang RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri kerana tidak sanggup menggunakan wang itu selepas timbul isu bahawa wang berkenaan adalah daripada sumber meragukan.

"Kalau makan duit ini, ia akan menjadi darah daging saya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memahami sensitiviti serta hukum orang Islam," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Berita Harian

Jangan halang saya bertanding - Zaid

Posted: 29 Sep 2010 09:50 AM PDT



MUKADIMAH: ''DALAM parti kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah.''

Kata-kata yang dilafazkan oleh DATUK ZAID IBRAHIM cukup mendalam maksudnya. Keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi terpaksa bertembung Azmin Ali yang merupakan orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak begitu direstui kepada kelompok yang menyebelahi kedua-dua pemimpin berkenaan.

Kesudahan Zaid diserang habis-habisan. Daripada seorang yang dianggap wira apabila membuat keputusan menyertai PKR kini Zaid dituduh macam-macam termasuk pengkhianat.


Tetapi dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan HAFIZAHRIL HAMID, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak peduli apa pun orang kata. Sebaliknya beliau percaya kepada kebijaksanaan ahli-ahli membuat keputusan. Dalam wawancara hampir sejam itu juga Zaid menjawab segala persoalan termasuklah dakwaan beliau disokong oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta pandangan mengenai Anwar dan Azmin.

MINGGUAN: Ramai mempertikaikan kenapa Datuk hendak bertanding walaupun tidak sampai setahun masuk PKR?

ZAID: Kalau kita tidak mahu orang bertanding buatlah peraturan. Bila parti kata sesiapa boleh bertanding maka tidak ada sesiapa boleh mengungkit perkara itu. Sama ada layak jadi ketua atau tidak itu ahli yang menentukan.

Tetapi jika melihat kepada tindakan sesetengah pemimpin yang buat taat setia kepada Azmin tidakkah ini bermaksud Datuk tidak dialu-alukan?

ZAID: Kalau kita ada blok atau kumpulan dalam parti, ini yang menyebabkan pemilihan tidak sihat. Masa berkempen, terangkanlah kenapa calon mereka lebih baik. Tidak perlu cakap orang ini tidak baik, tindakan itu hanya merosakkan parti. Saya tak tahulah mungkin perancangan atau strategi tapi ia sesuatu yang tidak sihat.

Tapi Datuk tidak kecewa kerana di Hulu Selangor Datuk disanjung sebagai calon terbaik, kini bila hendak bertanding jawatan dalam parti Datuk diserang?

ZAID: Bagi saya ia agak pelik. Masa saya masuk dahulu dianggap sebagai wira, berprinsip, berani dan sebagainya. Tapi sekarang ia sudah jadi terbalik pula. Hendak kata saya kecewa itu tidaklah kerana saya dalam politik sudah lama. Ini menjadikan saya lebih faham tentang kerenah politik tidak kira dalam parti mana pun.

Sejauh mana kebenaran tentang wujudnya kumpulan-kumpulan dalam pemilihan PKR kali ini?

ZAID: Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka. Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka.

Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini.

Apa yang mendorong Datuk untuk bertanding?

ZAID: Sebenarnya ada tiga perkara pokok yang saya mahu ketengahkan kenapa saya menawarkan diri.

Pertama, gerakan reformasi yang diasaskan pada 1998 berkisar kepada isu-isu ketika itu iaitu apa yang berlaku kepada Anwar. Semua ini menjadi sebab utama kenapa parti ini ditubuhkan.

Tapi itu lebih 10 tahun dahulu, namun hari ini PKR menjadi ketua Pakatan Rakyat. Jika kita mahu terus menjadi ketua, kita juga mesti menjadi parti yang lebih kuat, keahlian lebih mantap serta dasarnya lebih jelas. Saya melihat setakat hari ini PKR belum dalam keadaan itu. Oleh itu saya rasa parti ini perlu melangkah ke satu tahap baru. Saya tidak suka parti ini menjadi pembangkang semata-mata. Saya tidak menganggap politik sebagai satu permusuhan, sebaliknya satu cara menyuarakan pendapat. Dasar kita mungkin berbeza dengan dasar kerajaan tetapi ia perlu berkisar kepada keperluan rakyat. Jangan hanya kerana perbezaan pendekatan kita perlu menjadi musuh.

Pendekatan saya adalah dalam dasar, dan saya lebih suka parti ini menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan dan pada masa yang sama menyuarakan pandangan atau dasar yang lebih konkrit.

Pendekatan begini bagi saya adalah lebih sesuai. Bila rakyat kata perubahan, ia adalah kepada dasar kerajaan, kehidupan mereka dan bukan perubahan ketua. Rakyat mahu melihat penyelesaian masalah negara. Bagi saya parti ini akan menjadi lebih kemas dan tersusun jika pendekatan itu diambil.

Keduanya, dalam kita menyediakan dasar ini, bagi pihak pembangkang ia lebih mencabar kerana ia adalah pakatan baharu Sebab itu ia lebih memerlukan kita tumpukan kepada dasar yang jelas supaya rakyat tidak mengatakan ia hanya sebuah rakan kongsi untuk menang pilihan raya. Kita harus menyelesaikan perbezaan yang wujud.

Bagi saya inilah peranan yang perlu dimainkan oleh PKR dan saya rasa dalam soal ini saya lebih berkemampuan berbanding calon-calon lain. Kalau ahli-ahli PKR melihat ia penting maka mereka perlu memilih saya dan begitu juga sebaliknya.

Perkara ketiga ialah saya yakin dengan konsep demokrasi dan orang kata saya liberal. Namun bagi saya liberal itu tidak negatif sebenarnya dan saya terbuka dalam banyak hal kerana saya berpandangan politik di negara ini tidak boleh dogmatik atau terlalu rigid. Ini adalah kerana sejarah dan kepelbagaian kaum di negara kita.

Maka pemimpin yang terlalu keras saya rasa tidak sesuai. Contohnya orang ini boleh, orang ini tidak boleh. Ataupun India tidak boleh orang Cina boleh atau orang Melayu sahaja yang boleh. Saya tidak boleh terima begitu. Maka saya rasa lebih sesuai PKR yang tidak tertumpu kepada satu-satu kaum dan kedudukan. Maka ia mencerminkan negara kita yang mana liberal pun ada, ortodoks pun ada. Ini adalah sesuai untuk demokrasi di negara ini. Namun ia tidak sesuai untuk negara jika parti sendiri tidak bersedia mencuba pendekatan itu.

Adakah Datuk yakin visi ini mampu diterima oleh ahli-ahli PKR?

ZAID: Mesti ada dua pandangan berbeza dalam hal ini. Saya sebenarnya tidak bimbang dengan apa orang kata kerana percaya apa yang saya perkatakan bukan sesuatu yang rumit untuk difahami. Ahli PKR perlu lihat apakah parti mereka ini kuat, tersusun dan cergas.

Namun ke mana-mana saya pergi orang akan kata PKR lebih lemah daripada Pas dan DAP, malah duit pun tidak ada. Saya dengar PKR tidak sebegitu hebat seperti yang digambarkan. Jadi saya rasa jika ahli hendak perubahan maka mereka perlu memberi peluang pada saya, mana tahu masalah ini akan selesai. Tetapi jika ahli puas hati kepada Azmin atau sesiapa yang bertanding maka pilihlah mereka, tidak ada masalah dan terpulang kepada ahli.

Datuk ada menulis di dalam blog bagaimana mahu memperkasakan Presiden. Jika dilihat Presiden PKR tidak ada kuasa?

ZAID: Kita berhadapan dengan satu keadaan yang unik di mana orang yang benar-benar berkuasa (Anwar) tidak ada jawatan. Saya merasakan kita faham sejarah bahawa beliau pernah masuk penjara dan tidak boleh pegang jawatan. Tapi itu pada 2007, namun masa itu beliau cuba bertanding cuma pada saat-saat akhir beliau tarik diri dan ketika itu Rahman Osman hendak melawan beliau. Oleh itu Anwar pernah cuba untuk bertanding namun ketika itu beliau tidak layak memegang jawatan kerana kes itu.

Namun sekarang ini Anwar sudah layak jadi saya hormati jika dia tidak mahu memegang jawatan. Saya tidak kata orang yang tidak ada jawatan tidak ada sumbangan dan saya tidak kata beliau terpaksa bertanding. Cuma saya kata Presiden ketika ini adalah Wan Azizah, maka beliaulah yang kita perlu hormati, memberi arahan dan membuat keputusan.

Kita tidak boleh kata hanya kerana kenal baik dengan Ketua Umum maka keputusan mesti datang daripada Ketua Umum. Ini kerana PKR tidak boleh lain daripada parti lain. Kita kena ikut struktur parti. Maka jika saya menang jawatan timbalan, saya lihat boleh merubah keadaan dengan erti kata lain, saya percaya Presiden perlu dihormati dan keputusan perlu datang daripadanya.

Tentang sumbangan Anwar, kita perlu hargai kerana beliau adalah pengasas dan orang yang terkenal namun tetap tidak boleh melebihi Presiden parti. Itu yang saya maksudkan.

Anwar sudah mendapat lapan pencalonan dan ia melayakkan beliau bertanding. Apa yang Datuk lihat tersirat di sebalik pencalonan itu?

ZAID: Maksudnya ramai yang berfikiran seperti saya, mereka merasakan Anwar perlu menjadi ketua, maka adalah wajar beliau menjadi Presiden. Kesetiaan saya bukan kepada orang tetapi kepada jawatan itu. Tapi jika beliau kata tidak mahu bertanding maka Wan Azizah sebagai Presiden perlu benar-benar berkuasa. Kita tidak boleh memegang kedua-dua jawatan sekali gus atau kita hendak kuasa tetapi tak nak tanggungjawab. Di cabang-cabang dan ahli-ahli bertanya kenapa perkara ini berlaku. Namun saya merasakan mungkin beliau (Anwar) akan bertanding walaupun menyatakan tidak mahu bertanding. Ini kerana sebagai pemimpin, kita perlu mendengar pandangan dari cabang.

Ketika di dalam UMNO Datuk sering mengkritik tentang soal pemilihan dan pencalonan. Namun kini di dalam PKR yang Datuk kata lebih demokratik berlaku situasi lebih buruk lagi?

ZAID: Di Malaysia proses perubahan perlu dilalui secara berperingkat-peringkat. Benda yang tidak betul tetap tidak betul. Saya tidak kira UMNO, Pas dan sebagainya. Itu politik saya dan ia tidak menjamin kejayaan dari segi jawatan. Namun saya tidak peduli itu semua. Kita main politik ada banyak sebab, ada yang berpolitik sebab mahu jadi Perdana Menteri. Ada yang mahu jadi kaya.

Namun bagi saya jika dapat menyuarakan apa yang saya rasa itu sudah cukup. Jika saya rasakan sesuatu dasar itu tidak demokratik, atau tidak sesuai, saya akan bersuara. Mungkin orang akan anggap saya sebagai pengacau namun pada saya asalkan ia mampu membuat perubahan, saya berpuas hati. Dalam PKR, saya melihat ada unsur-unsur geng dan ia sesuatu yang tidak sihat. Ini kerana dalam parti, kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah.

Apa yang Datuk maksudkan dalam soal pemilihan jawatan Timbalan Presiden antara Tun Ghafar Baba dan Anwar satu ketika dulu?

ZAID: Saya agak terkejut apabila orang samakan saya dengan Ghafar Baba. Saya tidak ada niat langsung. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan negarawan tapi saya bukan sesiapa pun. Jika saya menyamakan kedudukan dengan beliau, gilalah saya. Maksud sebenar saya ialah bila kita terlalu taksub maka kita lupa apa yang parti perlu lakukan. Bila kita kata parti adalah demokratik, maka kita perlu beri perluang kepada orang itu. Jika dia ada hak untuk bertanding maka kita perlu beri perluang dan saya kecewa dalam soal ini. Buka saya penyokong Ghafar, cuma saya kasihan pada beliau kerana Ghafar ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri namun peluang langsung tidak diberi.

Keadaan ketika itu adalah semua orang sayang sangat pada Anwar dan heboh kata jangan bagi pencalonan pada Ghafar. Bagi saya ini adalah keterlaluan dan apa yang saya nyatakan adalah sekadar ingatan kepada PKR. Walaupun mungkin kita sayang kepada Azmin atau Anwar sekalipun janganlah sampai saya hendak bertanding pun keluar arahan supaya saya tidak dicalonkan. Ini hanya sebagai ingatan supaya jangan guna arahan dan kuasa untuk malukan saya seperti mana yang berlaku kepada Ghafar.

Tidakkah Datuk rasa akan dikenakan tindakan disiplin kerana terlalu vokal walaupun ada kebenarannya?

ZAID: Saya tak tahulah kerana saya masuk PKR tidak fikir perkara itu. Saya berpolitik saya buatlah apa yang saya kata, itu saja. Saya ikut juga arahan tetapi biarlah ia patut dan sesuai. Saya dalam UMNO pun lebih 25 tahun dan selalu melawan. Saya tidak boleh tukar perangai saya dan lepas ini jika semua parti buang saya, nampaknya saya kena pencenlah daripada politik. Saya tidak akan menukar pendirian saya dan berharap ia tidak perlu menjadi satu isu. Bagaimana pula sikap sesetengah pemimpin yang duduk diam-diam tetapi 'membunuh' parti? Tidakkah ia menjadi masalah?

Katakanlah, ada seorang pemimpin ini cuba menjatuhkan kerajaan negeri Selangor, tidakkah itu menjadi kesalahan? Bagaimana dengan percaturan dalaman yang cuba menjatuhkan seseorang pemimpin, apakah itu tidak menjadi kesalahan? Orang seperti saya yang berterus terang pula perlu ditolak. Orang macam saya, kalau kata tidak suka Tan Sri Khalid Ibrahim, cakap saja terus terang. Saya tidak suka berpura-pura.



Apakah keputusan Datuk bertanding kerana terpengaruh dengan andaian bahawa Datuk bakal menggantikan Anwar dan disokong oleh DAP?

ZAID: Saya masuk PKR ini bukan hendak ganti Anwar atau menjadi Perdana Menteri, tidak pernah terlintas di kepala saya. Mungkin orang tidak percaya namun ini hakikatnya. Saya ada pendirian politik saya.

Saya lebih suka politik negara ini maju secara berperingkat-peringkat untuk kebaikan rakyat. Maka tidak perlu saya membuat percaturan untuk menjadi Presiden PKR dan sebagainya. Ia hanya cakap-cakap orang yang melihat jika saya menang, saya akan ganti Anwar. Politik tidak semudah itu. Kita tidak perlu berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan. Ada orang tertentu sudah dijanjikan jika menang, jawatan menteri dan sebagainya akan diberikan. Saya tidak begitu dan kalau saya menang, Alhamdulillah. Saya tidak fikir soal jawatan, sebaliknya bagaimana untuk berkhidmat untuk lebih baik kepada rakyat.

Bagi saya kalau tidak sampai ke mana pun tidak mengapa kerana konsep saya berpolitik begitu. Umur saya pun sudah 60 tahun dan untuk mengubah cara berpolitik saya sudah terlewat. Namun saya harap untuk kematangan politik negara dan Parlimen menjadi lebih berkesan dan dasar lebih baik, maka pihak kerajaan dan pembangkang perlu berusaha untuk mempunyai dialog yang sihat.

Ini kerana setiap dasar itu mempunyai baik dan buruk. Jika saya dapat memberikan sumbangan dalam menyemarakkan lagi kematangan berpolitik di negara ini, saya sudah cukup berbangga. Saya tidak perlukan apa-apa jawatan malah kalau saya mahu mungkin saya masih memegang jawatan menteri sehingga hari ini. Namun saya rasa lebih berkesan dari luar untuk bersuara supaya rakyat faham. Saya percaya isu-isu hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan sebagainya masih perlu diperjuangkan. Itulah arus yang mahu saya bawa dalam PKR dan pembangkang kalau diberi peluang untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR.

(Wawancara ini dipetik dari muka surat 7, surat khabar Mingguan Malaysia, yang diterbit pada Ahad, 26 September 2010)


http://www.zaiduntukrakyat.com

Tiada ulasan: