Isnin, 27 September 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Al- Fatihah buat ADUN PAS Galas Che Hashim

Posted: 27 Sep 2010 02:09 AM PDT

September 27, 2010KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini.

Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Wakil rakyat itu pernah dimasukkan ke hospital tempatan dan luar negara pertengahan tahun ini dan 2009 kerana menghidap kanser usus telah dimasukkan semula hospital di ibu negara dan keadaannya dikatakan serius.

Al- Fatihah buat Allahyarham.

berita sebelumnya sila lihat di SINI

Tanah Rizab Bumiputra di Pulau Pinang Tergadai?

Posted: 27 Sep 2010 01:52 AM PDT

Akhirnya Melayu Pulau Pinang nak tinggal dimana agaknya.. bila semua tanah-tanah mereka terjual..nak kena buat rumah rakit kah?

Oleh: Mohd Shukri Mohamed Talib

Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, agensi yang ada kaitan dengan Umno, didakwa memindahkan 280ha tanah rizab bumiputra kepada syarikat pemaju yang mana pemegang saham majoriti adalah bukan Melayu.

Suit against agency over transfer of land
Himanshu Bhatt

GEORGE TOWN (Sept 7, 2010): Two Malay non-governmental organisations (NGOs) and 33 individuals have filed a suit against Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP), an Umno-linked agency, after it allegedly transferred 280ha of land reserved for bumiputras to a development company with a non-Malay majority shareholder.

The suit, filed at the High Court here today, claimed the YBPP had passed the three plots located around Bertam in Kepala Batas, to Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (BKB).


It identified BKB as a joint-venture with YBPP having only 30% of the shares while Hunza Properties Bhd owned the remaining 70%.

Citing beach of trust and/or breach of fiduciary responsibility, the suit was filed by Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negri Pulau Pinang and Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), together with Datuk Yussof Latiff and 32 other individuals.

Yussof, who is the president of Pemenang, later told a press conference the plaintiffs were also concerned as the said plots of land were transferred to BKB on Nov 26, 2001 for only RM21,960,696.

"But a report by a commissioned valuer put the value of the land, according to open market prices on Nov 11, 2001, at RM137,435,000," he said.

"Because of this, YBPP has incurred financial losses of as much as RM115,474,303," he added.

The writ of summons named YBPP as a defendant along with Tenagas Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Hartanah Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Properties Sdn Bhd, BKB, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza and three other individuals

The plaintiffs are asking for the joint-venture agreement YBPP subsidiaries Kumpulan Pinang Hartanah and Kumpulan Pinang Properties made with BKB, and the land transfer to BKB, be declared null and void.

It is also seeking an injunction to prevent BKB from transferring or nullifying any portion of the land still registered under it.

Yussof said Hunza Properties Bhd was a public-listed company that was not controlled by Malays or bumiputras, and its shares were not majority owned by Malays.

He said YBPP was formed in 1980 as a result of an economic convention by Umno that resolved to set up the organisation for the benefit of Malays in Penang.

"To achieve this, YBPP used funds allocated by the government, and through its subsidiary bought several plots of property in Kepala Batas, Penang."


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Pemilihan PKR : Raja Petra Dicalonkan Tanding MPP

Posted: 27 Sep 2010 01:10 AM PDT

Oleh Qayum Rahman
Mon, Sep 27, 2010

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah dicalonkan untuk bertanding jawatan majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti pembangkang itu yang akan berjalan dari penghujung Oktober sehingga pertengahan November ini.

Raja Petra, yang kini bermastautin di London, England dicalonkan cabang Kangar, pada mesyuarat bahagian itu 18 September lepas.

Ketua Cabang Kangar Ko Chu Liang ketika dihubungi hari ini berkata, Raja Petra menjadi calon pilihan cabang Kangar kerana beliau mempunyai kepimpinan yang baik seperti penasihat PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun Raja Petra kini bermastautin diluar negara, pemilihan PKR boleh menggunakan sistem teknologi terkini untuk merealisasikan pencalonan dari luar negara.

"Calon yang ditahan dibawah ISA pernah dapat bertanding dalam pilihan raya Umum hingga memperolehi kemenangan, ini bermakna Raja Petra juga boleh bertanding walaupun tidak berada di Malaysia.


"Cabang Kangar menyatakan pendirian menyokong Raja Petra setelah mengadakan mesyuarat cabang dengan membuat 20 pencalonan tetapi undian tertinggi menyebelahi Raja Petra," katanya.
Raja Petra Layak Bertanding

"Seramai 1000 ahli Cabang Kangar menyokong penuh pencalonan Raja Petra untuk bertanding MPP kerana beliau layak untuk menjawat jawatan tertinggi bagi mengukuhkan lagi parti dimasa akan datang.

"Saya berharap cabang lain juga akan memberi sokongan penuh terhadap Raja Petra untuk menjadi ahli MPP kali ini, katanya lagi.

Timbalan Ketua Cabang Kangar Asrul Nizam Abd Jalil, yang turut dihubungi berkata, ahli AMK dan wanita Kangar juga memberi sokongan penuh untuk membantu kemenangan Raja Petra menjelang pemilihan pusat nanti.

"Cabang Kangar memberi harapan tinggi terhadap pencalonan Raja Petra berikutan dasar perjuangan beliau mampu membawa perubahan kepada negara ini.

"Pemimpin tertinggi PKR perlu memandang serius cadangan dari cabang Kangar kerana sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada bakal pemimpin berkebolehan seperti Raja Petra," katanya.

Beliau Masih Ahli PKR

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Radin Shamsul hari ini mengesahkan bahawa Raja Petra masih lagi ahli PKR yang sah sehingga hari ini.

"Setakat ini beliau (Raja Petra) masih ahli PKR yang sah sekaligus beliau boleh dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan di dalam parti," katanya.

Raja Petra pernah ditangkap pada 12 September 2008 kerana menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan diperintah untuk ditahan bawah ISA.

Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.

Raja Petra juga menghilangkan diri selepas dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today.


Free Malaysia Today

ADUN Galas masuk hospital, keadaan serius.

Posted: 26 Sep 2010 11:55 PM PDT

KOTA BARU, 27 Sept — Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus telah dimasukkan semula hospital di ibu negara dan keadaannya dikatakan serius.

Wakil rakyat itu pernah dimasukkan ke hospital tempatan dan luar negara pertengahan tahun ini dan 2009.

Beliau berhadapan dengan masalah itu sejak lebih setahun lalu.

Che Hashim dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru minggu lalu.

Pengarah strategi PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dipetik The Star mengesahkan keadaan beliau serius tetapi berharap beliau akan sembuh segera.


Beliau pernah dirawat di Hospital Pakar Perdana di Kota Baru dan di sebuah Hospital di Guangzhou, China tahun lalu.

Wakil rakyat penggal pertama itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN)dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman.


The Malaysian Insider

KEJAHILAN Reezal Merican dan Penyokongnya terserlah.

Posted: 26 Sep 2010 10:10 PM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.


REEZAL menunjukkan bukti kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang
hasil perjudian untuk program basmi kemiskinan

Itu adalah kata-kata dari Dr Mohd Asri.. dan ini pula pesanan ringkas dari aku..

Lain kali kalau tak tahu pasal hukum hakam ugama Islam ni.. tanyalah dulu.. janganlah menyondol membabi buta, ha! Sekarang dah nampak betapa jahilnya Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu.

Malah bukan hanya beliau seorang yang jahil.. tetapi seluruh blog Pro UMNO yang mengatakan Guan Eng kononnya pemberian wang ehsan untuk warga emas di negeri itu menggunakan wang daripada sumber judi.


Kalau Guan Eng buat korang kata salah besar dari segi hukum Islam.. tapi UMNO/BN yang mengutip cukai dari hasil judi ratusan juta setiap tahun tu korang tak pernah pertikai ianya digunakan untuk apa?

Kalau nak tahu duit dari cukai judi itulah yang digunakan oleh kerajaan UMNO/BN bagi disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk disalurkan pula kepada fakir miskin seluruh Malaysia tak kira samada Islam atau bukan Islam.

Dan jumlahnya bukanlah RM100 setahu tapi RM300 setiap bulan..

Kuman seberang laut mereka nampak.. tapi gajah depan mata mereka tak nampak..

Semasa Najib luluskan lesen judi hari tu, puak-puak UMNO ni tak protes pulak!


Dr Asri: Rakyat terima bantuan kerajaan guna hasil judi tidak haram

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

"Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

"Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

"Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan," kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai "satu pembohongan."

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

"Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

"Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

"Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber," kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

"Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan," kata beliau lagi.


The Malaysian Insider

Kes Bunuh Sosilawati : Polis dipercayai tak jumpa mayat di lokasi

Posted: 26 Sep 2010 09:27 PM PDT

BANTING, 26 Sept — Polis dipercayai tidak menemui mayat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dalam operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini, hari ini.

Pihak media yang menunggu di lokasi berkenaan sejak pagi hingga 6.55 petang tadi melihat lebih 10 kenderaan polis termasuk van yang membawa empat suspek dan sebuah jengkaut meninggalkan ladang tenakan itu.

Bagaimanapun, seorang sumber yang tidak mahu dikenali, berkata polis tidak menemui mayat di dalam kawasan itu tetapi menemui "sesuatu" yang dipercayai boleh memberi pertunjuk kepada kehilangan seorang ahli perniagaan, Mohd Shafik Abdullah dari Sungai Petani, Kedah.


Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Banting turut dipanggil bagi membekalkan air ke lokasi itu yang menhadapi maslah bekalan air semasa operasi dijalankan. Kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd juga kelihatan memasuki kawasan itu dan menurut sumber berkenaan mereka dipanggil bagi membaiki paip pecah di kawasan itu.

Ladang itu menjadi tumpuan pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kesemua empat mangsa itu dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang tersebut.

Selain itu, suspek utama kes Sosilawati itu turut disiasat dalam kes kehilangan jutawan lelaki warga India Allal Kanthan Muthuraja sejak 18 Januari lepas dan Mohd Shafik, 37, sejak April lepas. Menurut laporan berita semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat ditanam di sekitar kawasan Ladang Gadong itu dikesan.

Sementara itu, isteri Allal, S.Usharani, 27, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan bangunan itu 45 minit kemudian.


Bernama

Branson urges Najib to halt Sodomy II trial

Posted: 26 Sep 2010 09:13 PM PDT

By Yow Hong

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy trial, calling the issue "a thorn" in Malaysia's otherwise good reputation.

"If you're a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation," he said today at the "Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia" conference here.

"This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas."

While Branson did not think Anwar's Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.


He added that it was incumbent on the prime minister to address the "damaging" trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.

Branson was speaking at the "Dawn of the New Decade - Alternative Investments in Asia" forum in the capital hosted by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA). He went on after MIDA Director-general Datuk Jalilah Baba gave her address.

Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.

Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.

He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.

He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.

Anwar's Sodomy II trial will resume on October 14.


The Malaysian Insider

Pemilihan PKR di Kapar, Klang kecoh dan MEMALUKAN.

Posted: 26 Sep 2010 08:48 PM PDT

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Wan Faizal Ismayatim
2010/09/27


KERTAS undi dibuang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati
dengan cara pemilihan Cabang PKR di Klang, semalam.

Berlaku tumbuk menumbuk, kerusi dibaling apabila perwakilan tak puas hati cara pemilihan

KLANG: Pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kapar dan Klang, semalam kecoh apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati dengan cara pemilihan itu dijalankan.

Keadaan itu menyebabkan pemilihan di kedua-dua cabang berkenaan terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum ditetapkan.


Kertas undi yang bertaburan

Di Klang, kira-kira 3,000 ahli daripada kira-kira 6,000 ahli di cabang itu datang mengundi di Pandamaran, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Bagaimanapun, pengundian yang dijadualkan bermula pada 10 pagi, hanya dimulakan pada jam 11 pagi selepas kertas undi lewat sampai.

Pemilihan mula kecoh apabila seorang petugas didakwa meletakkan beberapa kertas undi dalam kotak undi dan tidak lama kemudian, penyelaras pemilihan di cabang itu kehabisan kertas undi untuk diberikan kepada ahli bagi memilih ketua cabang.

Keadaan menjadi semakin kelam kabut apabila salinan kertas undi tanpa nombor siri diedarkan dan selepas menerima banyak bantahan, sekumpulan ahli mengunci pintu dewan dan membawa keluar kotak undi sebelum membuka dan membuang semua kertas undi berkenaan di atas jalan raya ketika hujan lebat.
Keadaan hampir sama berlaku di Kapar apabila timbul dakwaan ada bukan ahli datang mengundi di cabang berkenaan termasuk ada yang dilihat membuang lebih daripada satu kertas undi.

Pada masa sama, ada nama ahli yang layak mengundi tiada dalam senarai dan ada kertas undi tidak tertera nama calon bertanding.

Keadaan itu menyebabkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk dan kira-kira jam 1 tengah hari, pemilihan cabang itu juga ditangguhkan.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, berkata ada kira-kira 5,600 ahli PKR di cabang itu dan kira-kira 3,000 datang untuk mengundi.

"Kami tidak ada cukup kelengkapan untuk menangani jumlah yang besar itu," katanya.

Beliau yang bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang, berkata ada bukan ahli PKR yang menimbulkan provokasi ahli yang hadir pada proses pemilihan dan dipercayai ia adalah satu usaha pihak tertentu untuk menggagalkan pemilihan itu.

"Kami perlu memperkuatkan tahap keselamatan dan memastikan hanya ahli dibenarkan masuk ke dewan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai yang turut dihadiri Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar, juga kecoh selepas berlaku pertengkaran membabitkan dua kumpulan.

Dalam kejadian di Dewan Serba Guna Taman Sri Manja kira-kira jam 7 malam itu, kekecohan dikatakan berpunca rasa tidak puas hati sebelah pihak yang mendakwa wujud 'pengundi hantu' apabila jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi jumlah pengundi berdaftar.

Difahamkan, kekecohan berlaku apabila seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat bertindak menendang pintu dewan sebelum keluar menyebabkan berlaku keadaan tegang dan pertengkaran membabitkan dua kumpulan.

Empat lelaki dipercayai penyokong Nurul Izzah yang tidak berpuas hati kemudian cuba menyerang lelaki terbabit menyebabkan campur tangan beberapa individu lain sebelum berlaku kekecohan dan perang mulut di kalangan mereka.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan keadaan tegang itu kembali terkawal apabila beberapa anggota bersama tiga kenderaan polis tiba di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.


Berita Harian Online

Pemilihan PKR : Johari tak mahu layan

Posted: 26 Sep 2010 08:34 PM PDT

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sungai Petani tidak akan tunduk pada tuntutan P Jayakumar, yang tewas dalam pemilihan lalu bagi merebut jawatan yang disandangnya.

"Itu hak dia untuk buat laporan polis. Saya hormati tindakannya itu tetapi saya minta beliau juga hormati keputusan ahli yang memilih saya sebagai Ketua Cabang Sungai Petani. Kenapa mahu pertikai keputusan setelah berpihak kepada saya, sedangkan proses undian dipantau setiap masa," katanya.

Menurutnya, tuntutan supaya dibuat semula pemilihan dan pengundian di cabang itu tidak perlu 'dilayan' dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR untuk membuat keputusan.


"Saya tiada kuasa untuk menyekat atau minta pemilihan dibuat semula semata-mata ada pihak yang tidak puas hati. Hanya Jawatankuasa Pemilihan parti yang berhak putuskan," katanya.

Kelmarin, Jayakumar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berikutan tidak puas hati terhadap pemilihan PKR Cabang Sungai Petani dan meminta diadakan semula pemilihan. Jayakumar mendakwa berlaku penipuan ketika kiraan undi apabila keputusan undi berpihak kepada Johari Abdul yang memperoleh 315 undi, sedangkan pada kiraan pertama sebanyak 417 undi berpihak kepadanya.

Johari berkata, tidak berlaku penipuan seperti didakwa, kerana semua pengawas yang terlibat ketika proses pemilihan adalah daripada PKR Pusat dan proses berjalan seperti pilihan raya sebenar.

"Semua wakil calon ada ketika pengiraan. Mungkin ada salah faham ketika itu kerana pada peringkat pertama dibuat proses menggulung kertas undi, kemudian barulah diagih ke dalam tong undi saya ataupun Jayakumar," katanya.

Menurutnya, tindakan Jayakumar membuat laporan polis berhubung perkara itu disifatkan sebagai tidak teliti, memandangkan dalam perlembagaan parti laporan polis yang dibuat tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan dianggap melanggar etika parti dan boleh dikenakan tindakan disiplin.

"Sepatutnya sebelum membuat laporan polis, perlu membuat bantahan atau protes pada Jawatankuasa Pemilihan terlebih dahulu. Protes itu tidak salah, ianya boleh dibuat dalam tempoh seminggu jika ada bukti dan menggunakan borang protes," katanya.

Johari berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu termasuk melihat perkembangan protes berkenaan, sebelum mengambil tindakan lanjut.

"Saya akan lapor pada Jawatankuasa Pemilihan jika ada yang tak kena. Bagaimana pun saya lebih selesa ambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada wajar atau tidak perkara itu dibangkitkan," katanya.

Menurutnya, sekiranya protes berkenaan berasas, siasatan akan dibuat manakala jika didapati tidak berasas, protes itu dianggap tidak berlaku.

"Protes hendaklah dibuat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan di Kuala Lumpur menggunakan borang protes serta dikenakan bayaran RM50. Jawatankuasa akan siasat dan buat keputusan," katanya.


Sinar Harian

Kes Bunuh Sosilawati: Suspek Utama dakwa dibelasah..

Posted: 26 Sep 2010 08:21 PM PDT

September 26, 2010

PETALING JAYA, 26 Sept — Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman.



Dua suspek utama kes pembunuhan Sosilawati serta tiga yang lain dilihat
keluar dari ibu pejabat polis Daerah Kuala Langat hari ini . -Foto Bernama

Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam.


Suspek yang merupakan seorang peguam dilihat masuk ke dalam balai polis itu untuk membuat laporan pada kira-kira pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira lebih satu jam kemudiannya dengan menaiki kereta polis.

Ravi Nekoo berkata pihak polis memberikan kerjasama baik dengan membenarkan suspek membuat laporan polis terhadap dakwaan dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

"Suspek dikatakan akan dihantar ke hospital untuk rawatan, tetapi tarikh dan hospital mana belum pasti lagi," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Petaling Jaya.

Pada 23 September lepas, DP Vijandran yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili suspek mendakwa bahawa salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

Perkara itu dakwanya dimaklumkan oleh anak guamnya ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sejurus itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta suspek utama kes pembunuhan itu membuat laporan polis sekiranya mereka dipukul dan dipaksa menandatangani dokumen oleh pasukan itu sepanjang berada dalam tahanan agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.


Bernama

Pemilihan Cabang : Ahad penuh kecoh, MEMALUKAN buat PKR!

Posted: 26 Sep 2010 08:58 AM PDT

Memang memalukan tetapi kita juga harus sedar ini adalah Pemilihan yang pertama kalinya diadakan didalam negara kita ini.. jadi kita perlu belajar dari kesilapan dan perbaiki segala kelemahan yang jelas ketara..

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk hari ini — kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan.

Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja.

Satu lagi cabang melibatkan Parit Sulong di Johor.

Di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong kalah dan mendakwa pesaingnya tidak layak bertanding tetapi namanya dibenarkan.

Seorang pemimpin yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya menyifatkan perjalanan pemilihan hari ini khususnya di cabang-cabang di Selangor itu sebagai "sangat teruk" dan di luar jangkaan mereka.

"Ini kali pertama kami mengadakan pemilihan langsung, yang sepatutnya ahli-ahli menunjukkan contoh kepada negara bahawa PKR mampu mengadakan pemilihan dengan tenang dan bersopan, tetapi sebaliknya berlaku," kata pemimpin dengan namanya tidak mahu didedahkan.


Beliau menggambarkan bahawa pegawai-pegawai diugut dan diancam agar meneruskan pemilihan.

Ia jelas merujuk kepada keadaan di cabang Subang yang pemilihannya ditangguhkan ke hari lain tetapi pegawai pengawas terpaksa mengadakan pemilihan ekoran ugutan sekumpulan ahli.

Mesyuarat agung tahunan cabang itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan kira-kira tengah hari apabila sebahagian ahli meninggalkan pusat pemilihan ekoran kelewatan mengeluarkan kertas undi baru.

Kertas undi baru terpaksa dikeluarkan selepas beberapa nama calon tercicir dan dikeluarkan.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan pemilihan Subang diteruskan selepas pegawai pengawas diugut agar meneruskan pemilihan.

Pengundian diteruskan tanpa kehadiran ahli-ahli yang menyokong Naib Presiden R. Sivarasa.

"Kami terpaksa adakan pemilihan di sebalik tekanan dan tegangan. Keputusan pemilihan kami serahkan kepada parti untuk putuskan kesahihan sama ada boleh diterima ataupun tidak," kata pegawai berkenaan.

Sivarasa yang dihubungi berkata, "pada pandangan saya ia tidak sah kerana pegawai pengawas sudah pun memutuskan pemilihan telah ditangguhkan."

"Saya tidak boleh komen sebab saya seorang calon," kata beliau ketika dihubungi sekitar 6 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan difahamkan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi memutuskan beberapa insiden yang berlaku hari ini.

Mesyuarat berlangsung sekitar 10.30 malam ini.

Mesyuarat tergempar itu dipanggil juga ekoran insiden di cabang Kota Raja di mana peti-peti undi dirampas dan "dilarikan" sehingga menyebabkan anggota polis dipanggil.

"Peti-peti undi dibawa ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak pasti sama ada undi akan dikira di ibu pejabat hari ini ataupun esok, kemudian hari," kata pegawai itu lagi.

Hari ini, sebanyak 34 cabang dijadual untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Di Selangor, lapan cabang mengadakan mesyuarat hari ini iaitu Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang dan Shah Alam.

Di Subang, Sivarasa berhadapan dengan persaingan lima penjuru iaitu Datuk Shawal Salim, Muhammad Najmi Samsudin, Shahrum Kazindin dan P Voolaganathan.

Sivarasa juga Ahli Parlimen Subang.

Satu lagi cabang yang dilihat untuk diperhatikan ialah Kota Raja di mana Ketuanya Dr A. Xavier Jayakumar berhadapan dengan S. Kottappan dan M. Telaiamblam.

Dr Xavier adalah Adun dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Di Kapar, jawatan ketua cabang ditandingi oleh Mohd Bakir Abd Wahab, Abdul Rahman Ibrahim, Azizi Ayob, Mohd Miftahhudin Abdullah, Mohd Ruzaini Mohd Sani dan Khiaarul Anuar Othman.

Mesyuarat itu ditangguhkan ekoran kekecohan disebabkan oleh kehadiran ahli yang terlalu ramai berbanding lokasi pemilihan yang sempit di dewan serba guna Meru dan kehilangan nama calon jawatan sayap AMK dan Wanita.

"Pegawai pengawas tidak dapat mengawal keadaan apabila perwakilan yang hadir mencetuskan kekecohan, tetapi tiada insiden kerusi terbang di cabang Kapar," kata Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat cabang Klang pula ditangguhkan ekoran kekecohan yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan proses pengundian.

"Tiga calon ketua cabang mengusulkan agar pemilihan ditangguhkan, dan kemudian apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengawas, maka ada yang rampas peti undi dan pecah pintu," kata ketua cabangnya Suhaimi Mohd Nor.

Kata beliau, kekecohan timbul kira-kira pukul 3 petang, dua jam sebelum proses pengundian dijadual untuk berakhir.

"Kehadiran ahli adalah di luar jangkaan. Jawatankuasa pemilihan menyediakan sebanyak 2,000 kertas undi iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah ahli.

"Tetapi yang hadir 50 peratus dan jawatankuasa pemilihan menyediakan kertas undi yang dibuat salinan foto.

"Ia sepatutnya boleh diterima, tetapi malangnya ada calon yang menolak dan membantah penggunaan kertas salinan foto ini ketika pengundian sedang berlangsung," kata beliau lagi.

Jawatan ketua cabang itu ditandingi oleh Suhaimi, P. Krishnasamy, Mohd Fuzi Abd Ranee, Sheikh Ahmad Sheikh Sadarudin dan Yew Boon Lye.

Mesyuarat dan pemilihan cabang Kuala Langat juga ditangguhkan atas masalah yang sama.

Ketua cabangnya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sekumpulan pihak, dipercayai calon yang merasakan akan kalah mencetuskan kekecohan sehingga cuba merampas kertas-kertas undi dan peti undi.

"Ini dilakukan oleh mereka yang merasakan sudah rasakan kekalahan," kata beliau yang mendakwa cabangnya mempunyai 8,000 ahli.

"Apabila wujud kekecohan sampai peti undi hendak dipecahkan, kami tiada pilihan terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan," kata beliau ketika dihubungi malam ini.

Abdullah Sani berkata, ada pihak yang cuba menyerang pegawai pengawas yang mengendalikan pemilihan di cabang itu.

Beliau dicabar oleh Bastani Dahlan, David Cheong Kian Young, Mohd Shukor Haris dan Norazmi Mohamed Tahir.

Dalam pada itu, Xavier ketika dihubungi lewat malam ini berkata, kesemua 18 peti undi telah dibawa ke ibu pejabat PKR dan sedang dikira.

"Proses pengiraan dijangka habis pagi nanti," kata beliau sambil menambah. penyokong-penyokongnya terpaksa melindungi peti undi daripada dirosakkan dan kertas undi dikoyakkan oleh seorang calon yang menentangnya.

"Saya tidak melihat apa-apa kesalahan di pihak penyokong saya dalam melindungi peti undi dan kertas daripada dirosakkan," kata Exco Kerajaan Negeri ini sekitar 11.30 malam tadi.

Undi mula dikira di Dewan MPSA Bukit Naga bermula pukul 7.20 petang tadi selepas proses pengundian dijalankan dengan baik pada pukul 5.40 petang.

Wakil rakyat itu menambah beliau menjangkakan pemilihan dapat dijalankan dengan baik dan tenang manakala semua yang bertanding akan kembali bersatu selepas pemilihan untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Tetapi yang ini berlaku sebaliknya, dan saya sungguh kecewa dengan apa yang disaksikan hari ini," kata beliau yang berada di ibu pejabat parti di Petaling Jaya semasa dihubungi.

Polis dan anggota Rela digunakan untuk meredakan suasana di Kota Raja.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: