Anak Sungai Derhaka |
- Perutusan Aidilfitri dari TG Nik Aziz
- Perutusan Aidilfitri 1431H dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
- Perutusan Aidilfitri dari DS Anwar Ibrahim
- Malaysia Today and Free Malaysia Today Attacked by DDOS!
- Mahathir marah kerana PAS bakal gantikan UMNO
- PERKASA dah jadi PERtubuhan KerA SUmbang (PERKASU)?
- Pemilihan PKR : Apa yang sama dengan UMNO?
| Perutusan Aidilfitri dari TG Nik Aziz Posted: 09 Sep 2010 06:50 AM PDT Bismillahir Rahmanir Rahim Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Lailaha Illallah Wallahu akbar.Allahuakbar Walillahil Hamd Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri 1431H pada tahun ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa. Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia. Kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang mereka perlembagaan dapat membawa ruh perlembagaan buatan ini untuk memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT. Tanpa ada seebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatann ini menyelamatkan seseorang manusia itu darripada neraka Allah SWT. Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya. Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini mansua akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia. Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah iaitu bertakbir di merata-rata temppat. Insya-allah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata. Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amin apabila imam menghabiskan bacaan al-fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. Insya-allah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai. Selain itu, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa berada di jalan raya. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan akibat perkara yang tidak diingini semasa di jalanraya. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran. Salam Idulfitri. Minal 'aidin wal faizin. Dengan hormat, YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 1 Syawwal 1431H |
| Perutusan Aidilfitri 1431H dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Posted: 09 Sep 2010 06:19 AM PDT Salam Hari Raya Aidil Fitri 1431H saya hulurkan kepada semua umat Islam di Malaysia serta selamat bercuti kepada semua warga Malaysia. Semoga 1 Syawal yang mulia ini dapat memberi berkat dan rahmat buat kita semua.Sempena Syawal sebagai bulan suci bagi umat Islam untuk membersihkan diri dari segala gejala buruk, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf jika ada salah silap yang sememangnya tidak disengajakan. Untuk itu, saya harap kita dapat bersama-sama kembali kepada sifat kemanusiaan yang jujur dan ikhlas dengan membuang sifat-sifat keji seperti perkauman dan keagamaan yang melampau. Bagi saya, agama membawa kebaikan insan dan bukannya pencetus kepada sikap benci-membenci. Kasih sayang antara jiran, antara sahabat, malah antara penyokong politik yang berbeza fahaman adalah penting kerana kita semua adalah sama dan setaraf sebagai manusia. Sebarang perbezaan fahaman politik boleh dibincang atau dibahaskan, bukannya dibenci atau dihina; bukannya dikenakan tindakan undang-undang atau didiskriminasikan oleh mereka yang berkuasa. Kata-kata perkauman yang meghina maruah dan harga diri warga Malaysia perlu dihentikan serta-merta. Tuduh-menuduh antara kaum dan agama tidak akan dapat merapatkan hubungan kita sebagai rakyat yang cintakan Malaysia. Saya sedih kerana sepanjang bulan Ramadan yang mulia lalu, masih ada anasir-anasir yang sanggup mencemarkan kesucian bulan puasa dengan fitnah dan pembohongan perkauman dan agama di mana saya sendiri sekali lagi menjadi mangsanya. Sedih sungguh apabila kemurnian Ramadan dikotorkan oleh segelintir manusia yang gelap hati mereka. Saya berharap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat yang telah berjanji untuk menangani masalah perkauman supaya benar-benar berani melaksanakan langkah-langkah tegas. Tidak boleh ada pilih kasih. Yang bersalah, sama ada dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya atau pun dari kalangan penganut apa-apa agama, perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang atas prinsip keadilan. Memerangi masalah perkauman dan amalan agama yang ekstrem bukan sekadar soal politik kepartian. Ia adalah isu nasional yang harus ditangani bersama oleh setiap warga yang prihatin kepada keadilan dan demokrasi. Di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan. Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM 12.5 juta pada 2008 kepada RM 24.3 juta pada 2010. Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah: a) mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender. Jelas hanya kontraktor UMNO sahaja yang tidak dapat berdaya saing. b) menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi; dan c) memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz; d) menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan; e) memberikan bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50% Semoga semangat Syawal akan membuka hati kita untuk menerima hakikat bahawa kita adalah warga yang bersaudara dalam satu negara yang sama-sama kita bina dan hidup bersama. Ikhlas dari saya, maaf zahir dan batin. LIM GUAN ENG |
| Perutusan Aidilfitri dari DS Anwar Ibrahim Posted: 09 Sep 2010 05:54 AM PDT Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua. Eid ul Fitr, salah satu dari maknanya adalah hari di mana kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian. Ramadhan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani kita untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam. Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung. Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai. Makanya saya memohon izin berkongsi ibrah dari sirah Rasulullah SAW ketika Perang Hunain yang meletus pada bulan Syawal. Selepas kejayaan Pembukaan Kota Mekah, umat Islam ternyata begitu bersemangat, oleh itu ketika menuju medan perang, ada yang mula mengungkapkan: "di hari ini kami tidak akan terkalahkan" Keangkuhan menjalar dan merasuk! Seperti yang kita semua ketahui, umat Islam kalah pada pusingan awal sehinggalah ampunan dan pertolongan dari Allah SWT tiba merubah kekalahan yang sebelumnya hampir pasti. Turunlah ayat 25, Surah at Taubah yang menegur dan mengingatkan umat Islam: "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." Allah SWT menempelak sikap yang tergelincir jauh dari fitrah, iaitu gagal bersikap merendah hati dan pemurah serta mengasihani. Mengakhiri pesan ringkas sempena sambutan hari yang penuh keberkatan ini, saya nukilkan pesan dari Quran yang mulia, ayat 128, Surah al Nahl, buat menjadi pedoman untuk saya dan semua: "sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan" Moga Eid ul Fitr tahun ini mendorong kita untuk merenung diri dan menjana perubahan agar tidak tidak tergelincir dari fitrah yang murni serta luhur. Bersesuaian dengan pesananNya, perbanyakkan lah amal dan berbuat kebajikan. Salam Eidulfitri. Minal 'aidil wal faiziin. Maaf zahir dan batin. ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat |
| Malaysia Today and Free Malaysia Today Attacked by DDOS! Posted: 09 Sep 2010 02:41 AM PDT SHAH ALAM, Sept 9 — Both online new portal freemalaysiatoday.com (FMT) and Raja Petra Kamarudin's malaysia-today.net are inaccessible due to attacks today. When contacted, FMT Editor K. Kabilan said the news portal had been under intermittent Distributed Denial of Service (DDOS) attack for the last two or three weeks before it became inaccessible at 3am. A DDOS attack is a concerted effort to prevent an Internet site or service from functioning efficiently by saturating the website with external communication requests. "We are trying our best to restore connection by 5pm." said Kabilan to The Malaysian Insider. He pointed out that malaysia-today.net had also been hit by disruption for the last three or four days. Meanwhile FMT's chief technical officer Thirun Nadason, in a statement, said the they believed the DDOS is the work of professionals. "Our tech team is working on ensuring that service can be provided uninterrupted," he said. FMT's managing editor Phlip Rodrigues condemned the attacks. "This is the second time such an incident has happened but FMT will not be discouraged by such unscrupulous action and will continue to report without fear or favour, "FMT wishes to apologise to our readers for any inconvenience caused," he said. The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) said yesterday they had detected a 50 per cent increase in hacking on Malaysian websites in the first week of this month. They warned that unmonitored websites during festive seasons may lead to more attempts of cyber mischief. A total of 262 web defacement activities in the first week of September compared to 168 cases were recorded last month. The Malaysian Insider |
| Mahathir marah kerana PAS bakal gantikan UMNO Posted: 09 Sep 2010 02:27 AM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 9 Sept — PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti Islam itu menjual agama untuk kepentingan politik sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu marah kerana parti Islam itu semakin menghampiri untuk menggantikan Umno.Hakikatnya, menurut Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, apa yang berlaku ialah Umno yang memperkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politiknya. Kelmarin, Dr Mahathir (gambar) berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan. Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin PAS sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam. Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya. "Tun melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya-Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi. "Beliau sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru macam Tun Dr Mahathir. "Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapok dan berkulat," kata beliau dalam tulisan blognya. Kata Idris, mreka yang sokong Umno termasuk anak-anak Dr Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja. "Perjuangan untuk bela agama dan bangsa memang jauh kebelakang," katanya. Kata Idris, PAS menyangkal tuduhan Dr Mahathir yang menyamakan partinya bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional. "Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk 'Tahalluf' yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak daripada PAS ditubuhkan. "Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen BN makin keliru pemahaman Islam mereka. "Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini, isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat. Kalau perkara yang kecil macam ini pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar," katanya. Justeru, kata beliau, PAS ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam. "Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai tiga tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun," katanya. Oleh itu kata beliau, PAS mengharapkan Dr Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno. Idris berkata, Dr Mahathir juga pertikai kenapa PAS sokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau. "PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja," kata beliau sambil berkata pendirian itu selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac lalu. "Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid? Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk. "Memanglah Feqah Umno bukan sahaja orang bukan Islam daripad DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik. "Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam maka ini politik," katanya. The Malaysian Insider |
| PERKASA dah jadi PERtubuhan KerA SUmbang (PERKASU)? Posted: 08 Sep 2010 08:31 PM PDT Akhirnya.. mungkin kerana sudah tidak tertahan lagi dengan sikap Ultra Melayu yang tidak tentu hala Ibrahim Ali dan Perkasa… Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.Tindakan mereka itu telah menyebabkan PERKASA bertukar menjadi KERA SUMBANG atau orang utara kata KERA LUKU.. kah.. kah… kah.. Bila dah menjadi kera Sumbang tu.. rasanya nama pertubuhanpun wajarlah ditukarkan juga.. apa kata dinamakan dengan PERKASU pula? (PERtubuhan KerA SUmbang).. kah.. kah.. kah.. Apa Ibrahim Ali nak kata kali ini.. sudahlah Kerusi Parlimen Pasir Mas UMNO tetap akan bertanding seperti biasa dan tidak akan menyokong Ibrahim Ali jika beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke13 sebagai calon bebas..(laporan penuh sila baca di SINI).. hari ini pula BN mengistiharkan akan menjauhkan diri dari PERKASA pula.. Bila menjauhkan diri tu.. maksudnya tidak mahu berkawanlah.. suatu masa dulu PERKASA pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan mereka dalam PRU yang akan datang.. kalau begitu siapa Ibrahim Ali dan PERKASA akan sokong kalau seluruh komponen BN tidak mahu rapat atau bersikap memusuhi mereka... Nampaknya kali ini Ibrahim Ali terpaksa mengerahkan seluruh ahli PERKASA supaya menukarkan alamat mereka ke kawasan Parlimen Pasir Mas untuk menjadi pengundi dikawasan itu bagi menunjukkan sokongan padu kepada beliau sebagai Presiden PERKASA dalam PRU13 ini.. Kalau tidak dilakukan begitu.. maka selepas PRU ke 13 ini terpaksalah Ibrahim Ali mencari kerja lain.. Hari itu dia cadang nak berniaga Surat Khabar, malang sungguh surat khabarnya tak laku tapi dia kata pengedar takut untuk mengedar Surat Khabar terbitan PERKASA itu.. Komponen BN dah istiharkan akan menjauhi PERKASA.. kita nantikan pula apa yang akan dilakukan oleh Blogger Pro-UMNO yang mengatakan mereka menyokong PERKASA, terutama sekali Blogger Bukan Melayu yang terlebih Melayu dari Melayu itu.. Adakah mereka akan terus menyokong PERKASA? Berita berkaitan 13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA 2010/09/09 PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum. Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita. "UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi, semalam. Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin. Berita Harian Online |
| Pemilihan PKR : Apa yang sama dengan UMNO? Posted: 08 Sep 2010 09:58 AM PDT Oleh : Suhaimi. Ada golongan-golongan tertentu cuba menyamakan kerancakan kempen untuk pemilihan jawatan-jawatan didalam PKR khususnya jawatan Timbalan Presiden dengan amalan-amalan yang berlaku didalam UMNO.Saya sudah beberapa kali terlibat didalam pemilihan semasa berada didalam UMNO. Dan sehingga kini saya belum nampak wujudnya persamaan amalan yang berlaku didalam PKR dengan yang pernah berlaku didalam UMNO. Kalau pun ada persamaan ialah kecenderungan pemimpin-pemimpin untuk bertanding dan kecenderungan anggota-anggota parti untuk menyokong calon-calon tertentu. Didalam keadaan keributan pemilihan didalam UMNO, mereka menggunakan kuasa politik bagi mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO. Mereka memberikan tawaran yang tidak dapat diberikan oleh calon-calon lain. Mereka yang mempunyai begitu banyak wang, ramai yang kaya didalam UMNO kerana mereka mendapat peluang yang begitu banyak kerana mereka sanggup menjadi kroni, menawarkan wang kepada perwakilan-perwakilan. Sesetengah perwakilan dari sesetengah Bahagian mampu menukar 4 biji tayar baru dan merubahsuai kereta masing-masing setelah Perhimpunan Agung UMNO kerana begitu banyak wang yang mereka boleh bawa balik. Mereka mendapat wang bukan dari satu punca tetapi berbagai punca, kadang-kadang dari calon-calon yang mereka tidak sokong, dan calon-calon itu mahukan sokongan. Kadang-kadang mereka menjualkan calon-calon mereka dengan "sistem barter trade", "engkau sokong calon tajaan aku, dan aku sokong calon tajaan kamu" dengan perkiraan wang yang sesuai. Itulah politik wang, itulah rasuah politik. Itulah amalan didalam UMNO yang merosakkan parti itu, dan yang cuba diatasi oleh parti itu. Mungkinkah UMNO akan berjaya mengatasi masalah itu? Pemilihan mereka yang terbaru menampakkan segala usaha mereka masih belum berjaya. Jawatankuasa Disiplin parti itu telah juga mengenakan disiplin yang kuat kepada mereka yang didapati mengamalkan politik rasuah, ada Menteri yang tersungkur. Ada pemimpin-pemimpin yang dibawa ke Mahkamah, tetapi ada juga yang didapati bersalah melakukan politik wang bukan sahaja tidak diambil tindakan bahkan dilantik kekal sebagai Ketua Menteri dan menjadi Anggota Majlis Tertinggi. Ini bermaksud bahawa tindakan UMNO terhadap pengamal-pengamal rasuah semasa pemilihan didalam parti mereka adalah bertujuan untuk mengekang sesetengah pihak dan menutup mata kepada sesetengah yang lain. Politik wang atau rasuah politik tidak berlaku didalam PKR. Ada juga kempen yang cuba memburuk-burukkan calon-calon tertentu dengan fitnah-fitnah. Ini adalah gejala pertandingan yang tidak dapat membendung naluri-naluri negatif kepada penyokong-penyokong. Tetapi gejala itu adalah terhad kerana anggota-anggota PKR sendiri berjaya membuat teguran dan menyekat gejala-gejala buruk itu. Walaupun penamaan calon belum lagi berlangsung untuk pemilihan pimpinan Pusat, tetapi calon-calon yang berhajat telah pun menyatakan hasrat masing-masing dan mereka sudah memulakan kempen. Kempen pertama yang dijalankan adalah untuk mendapatkan pencalonan dari Cabang-Cabang. Tindakan sebegini adalah wajar. Jika seseorang calon itu ingin bertanding, beliau sudah pasti perlu berkempen untuk menyatakan hasratnya agar nama beliau dapat dicalonkan. Ini adalah demokrasi yang segar, dan kempen-kempen yang dijalankan membuatkan anggota-anggota parti merasakan bahawa mereka terlibat dengan sistem pemilihan yang diwujudkan, dan menjadikan mereka sebahagian dari proses kematangan berpolitik. Didalam kempen peringkat awal ini belum ternampak lagi perbuatan amalan songsang seperti rasuah politik. Kempen utama yang dijalankan adalah melalui Fb, Twitter dan blog, dan kempen itu dijalankan oleh penyokong-penyokong tanpa melibatkan wang atau kuasa politik. Kerancakan kempen akan meninggi apabila sudah dipastikan nanti calon-calon yang akan bertanding. Sistem pemilihan yang diwujudkan oleh PKR adalah unik dan sistem ini tidak membolehkan permainan wang kerana pengundi-pengundinya melibatkan 400,000 anggota diseluruh Negara. Walaupun sesuatu Cabang menyokong seseorang calon, belum pasti lagi anggota-anggota didalam Cabang itu akan mengundi mengikut ketentuan Cabang. Hanya anggota-anggota di peringkat Cabang itu sendiri yang dapat menentukan, dan dimanakah jaminan bahawa anggota-anggota yang ramai itu boleh mengikut telunjuk pimpinan Cabang? Pencalonan untuk pimpinan Cabang dan pencalonan untuk pimpinan Pusat dibuat pada hari yang berlainan, dan PKR mempunyai "SPR" sendiri untuk mempastikan pencalonan dapat berjalan dengan saksama dan pengundian dapat dijalankan dengan sempurna. Setiap orang yang merasakan diri mereka layak untuk bertanding samada di peringkat Cabang mahu pun di peringkat Pusat boleh mengemukan pencalonan dengan syarat ada penyokong dan pencadang. Maka amatlah demokratiknya sistem ini apabila Menteri Besar pun ditentang oleh anggota-anggota biasa, dan amalan ini tidak pernah berlaku kepada amalan-amalan didalam UMNO. Menteri Besar Selangor adalah seorang Pentadbir negeri yang berwibawa dan berjaya membawa Selangor ke tahap yang lebih maju dengan pelbagai program sosio-ekonomi yang tidak pernah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini. Tetapi itu tidak menghalang anggota-anggota parti dari mencalonkan diri untuk menentangnya. Dan sudah tentu proses ini akan mematangkan parti dan calon-calon termasuk Menteri Besar itu sendiri setelah pemilihan sudah berlaku kelak. Pertandingan yang sangat rancak kini adalah untuk Timbalan Presiden. Walaupun mungkin ada lebih dari dua orang calon, namun fokusnya nanti hanyalah kepada 2 orang calon sahaja iaitu YB Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang juga Naib Presiden parti, dan Datuk Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan merangkap Anggota Majlis Pimpinan Pusat. Kedua-dua calon ini sangatlah berwibawa. Azmin merupakan pimpinan yang setia dengan parti menjelma semasa zaman reformasi, mempertahankan parti didalam apa keadaan sekalipun, seorang pemimpin yang telah menjalani ujian getir dan beliau merupakan seorang pemimpin yang sudah terbukti. Manakala Zaid Ibrahim merupakan tokoh yang sangat disenangi kerana sifatnya yang tidak mementingkan diri apabila sanggup letak jawatan sebagai Menteri demi prinsip yang dipegangnya dan kepimpinan beliau boleh membawa kelainan kepada parti untuk membawa parti ke Putrajaya. Persaingan ini nampak cemar sedikit apabila ada unsur-unsur fitnah yang tidak sepatutnya berlaku dan reaksi oleh sesuatu pihak terhadap unsur fitnah itu boleh merugikan parti dari segi pandangan umum, semoga reaksi berlebihan tidak lagi diungkit yang kelak nanti akan digunakan oleh media-media khususnya media yang menentang parti. Ada pihak berpendapat bahawa kedua-dua kumpulan ini terlalu ghairah kerana jawatan Timbalan Presiden itu masih lagi disandang oleh Dr Syed Husin Ali, seorang pemimpin veteran yang dihormati didalam parti. Syed Husin adalah seorang tokoh politik yang tidak pernah memperjuangkan kepentingan diri sendiri, seorang yang penuh berdisiplin, dan tidak pernah mencari kepopularan diri. Beliau adalah pemimpin yang sangat berperinsip. Beliau masih belum membuat pengumuman samada mahu mengekalkan jawatannya atau melepaskan jawatan itu. Setidak-tidaknya, calon-calon yang mahu merebut jawatan Timbalan Presiden itu perlulah menemui Dr Syed Husin bertanya khabar, menghormati beliau sebagai orang yang sangat disegani didalam parti, bertanyakan samada beliau mahu melepaskan jawatan atau pun tidak. Ramai dari kalangan anggota-anggota parti masih mahu Dr Syed Husin mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden. Kombinasi Dato Seri Anwar Ibrahim/Dato Seri Wan Azizah/Dr Syed Husin Ali adalah mantap untuk kebaikan parti, dan kombinasi ini sangat diperlukan untuk berhadapan dengan PRU-13 nanti. Ramai anggota sangat berharap agar mana-mana pihak yang mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden menunggu dulu keputusan Dr Syed Husin Ali, dan sewajarnya mereka menumpukan kepada jawatan Naib Presiden. Anggota-anggota turut memerhatikan gelagat mereka. Hanya mereka yang sabar sahaja akan diberikan keyakinan untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden. Selain dari kerancakan ini, tidak langsung ada persamaan diantara pemilihan yang berlaku didalam PKR dengan apa yang berlaku didalam UMNO. Kita berkeyakinan bahawa PKR akan menjelma sebagai sebuah parti yang lebih kukuh, kuat dan bersatupadu selepas pemilihan nanti. > |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan