Khamis, 2 September 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


A tale of two states and two men.

Posted: 02 Sep 2010 08:34 AM PDT

Mariam Mokhtar
Thursday, 02 September 2010

On 30 August, the state of Kelantan sued the national oil corporation Petronas, for alleged breach of a contract that had been signed between Kelantan and Petronas, in 1975. With Kelantan deprived of oil royalties, its people were robbed of the benefits that could have improved their lives.

If this is the federal government's way of punishing the Kelantan people for voting PAS at the state level, then BN is defeated even before it has begun. Isn't BN bothered that it is also punishing its own supporters in Kelantan?

The federal government treats Petronas like its personal kitty - a cash cow with which it can dip its grubby paws into, to reward those states which are compliant. The federal government is acting irresponsibly, by being spiteful and therefore, is unfit to govern.

Kelantan (population 2,100,000) is the poorest state; Sarawak (2,500,000) is the next poorest. Both Sarawak and Kelantan are blessed with oil reserves and timber, but they remain poor. Their poverty is because of different reasons.

Sarawak's abundance of liquefied petroleum gas and petroleum is the mainstay of the Federal government's economy and yet it receives only 5% royalty. Its state sanctioned logging and oil-palm industries, has resulted in massive deforestation. Only 5% of virgin jungle remains.

Despite the relative economic growth from timber, oil palm and oil, Sarawak still lags markedly behind the rest of the other states, bar Kelantan.

These two states have in common, elderly leaders who have been at the helm for decades: Taib Mahmud led Sarawak for 30 years whilst Nik Abdul Aziz Nik Mat served Kelantan since 1990.

But the two men, who are in their seventies, are like chalk and cheese. Taib belongs to BN whereas Nik Aziz is with PAS.

Apparently, after filing the suit against Petronas, Kelantan menteri besar Nik Aziz led 200 supporters in a solat hajat (prayer of need) at the nearby Federal Territory Mosque. Nik Aziz is famed for commanding support from non-Muslims in Malaysia and is instrumental in playing a leading role for the increase in popularity of PAS among non-Muslims.

However, the only recent suit we remember involving Taib Mahmud was the white one he wore (complete with red bow tie) on the night of the glittering high society banquet of the Islamic Fashion Festival (IFF) Charity Gala Dinner in Monaco-Monte Carlo.

Together with various members of Malaysian royalty and 600 guests from Monaco's high society, Taib watched as Malaysia's "First Lady" Rosmah Mansor, the IFF patron, donated 270,000 euros (RM1,120,961) to the Prince Albert II Foundation of Monaco. The money had been raised from the promotion of Sarawak tourism, and an auction of items including a framed signed photo of Prince Albert

Tok Guru, as Nik Aziz, is affectionately called, commands huge respect from several people. He interacts well with non-Muslims, because they admire him for his honesty, views on moral issues and his candour.

They may not agree with all of his policies, but he is valued for his wisdom and his courage. How many in the Umno camp can match up to Tok Guru?

Taib Mahmud on the other hand, raised the ire of many, including a group of foreigners who joined a protest in Oxford when he went to the United Kingdom to woo investors with the 'Sarawak Corridor of Renewable Energy' (SCORE).

They were protesting at the destruction of the rainforests of Sarawak, the denial of justice for the Penan and also the construction of the 12 mega-dams project which will displace the indigenous people living in the affected areas.

The contrast between the two men continues on a personal level.

Nik Aziz lives in a modest wooden house which has no elaborate fencing, no ornate gate with security features and no sentries. His has been known to carry and use the same BIC ballpoint pen and travels in the official Proton Perdana, official registration number DBA 8668.

Home for Taib Mahmud is a grand riverside mansion overlooking the Sarawak River, stuffed with gilt-edged 'Louis-Farouk' style furniture. He, and his son, own a fleet of luxury cars including a Rolls Royce.

Taib has no need for car registration-number plates – those are for ordinary folk. His official car is a Mercedes 600 SEL which has no number plates, only a 'YAB KETUA MENTERI SARAWAK'. His travelling needs would not be complete without the helicopters and a jet belonging to Hornbill Airways, specifically for his use.

Back in Kelantan, Nik Aziz's religious background is complete with a religious school owned by his family, but Taib Mahmud's greed, knows no boundaries.

He and his family own various multimillion properties and companies in Sarawak, the USA, the UK, Canada and Australia. These were allegedly built from the proceeds of the lucrative business deals exploiting Sarawak's natural resources.

Awangku Jinal Pengiran Jawa, the PBB Youth leader said last week, that they would "vigorously oppose" any attempt to pressure Taib Mahmud to retire and that the 'provocations and pressure' on Taib should stop. He also questioned why people were picking on Taib when 'other old leaders and poverty in places such as Kelantan were never questioned by certain quarters'.

Many people have, only he was not listening.

Of the two poorest states in Malaysia, one receives oil royalties, the other does not. But whilst the Chief Minister of Sarawak manages to lead a life that is way beyond his official ***RM13,000 salary and is alleged to have built a multi-million fortune and stashed it abroad, the Menteri Besar of Kelantan lives a modest life, one that speaks volumes of the man.

Nik Aziz, the spiritual leader of PAS, does not receive any oil royalty. Taib Mahmud who belongs to BN, does.

Are Malaysians, principally the Sarawak people, content to gawp at the opulence and grand lifestyle of Taib Mahmud? Are they happy with the breach of trust?

Taib Mahmud is a perfect example that the route to wealth in Sarawak, (and Malaysia) is by entering politics and remaining subservient to those at the 'peak', unless one is at the 'peak', as Taib is.

Sadly, when they're there, they can be a law unto themselves.


Malaysian Mirror

Kitapun buka Aurat dalam Masjid....

Posted: 02 Sep 2010 07:51 AM PDT

Oleh Abd Jalil Ali

Terus terang saya tidak kenal, malah tidak pernah mendengar pun nama Teo Nie Ching sebelum ini. Rupa-rupanya dia seorang wanita bertubuh langsing, boleh tahan juga wajahnya, dan bergelar Yang Berhormat. Beliau ialah Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang.

Sehari dua ini namanya naik, dan sekelip mata beliau dikenali bukan sahaja di Parlimen yang diwakili, malah di seluruh negara. Beliau disebut bukan sahaja oleh rakyat biasa di kawasannya, tetapi juga oleh para pemimpin kerajaan dan pembangkang, termasuk Perdana Menteri.

Kalau tidak kerana YB berkenaan masuk surau Al-Husna, Kajang, mungkin tidak ramai orang mengenalinya. Niatnya ke surau itu tentu sekali baik, iaitu untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat. Biasalah wakil rakyat menyampaikan sumbangan menjelang hari raya.

Kesilapan beliau ialah masuk ke dalam surau, dengan tidak menutup aurat. Beliau berkebaya, nampak sopan, tetapi mendedahkan rambutnya. Agaknya wakil rakyat Cina itu tidak tahu bahawa rambut juga dikira aurat, dan perlu ditutup. Untuk memburukkan lagi keadaan, Teo dibenarkan pula berdiri di ruang solat utama, dan memberi ucapan ringkas.

Itulah kontroversi terbaru yang sempat menghangatkan suasana puasa dan hari raya kita. Kata sesetengah ulama orang kafir tidak boleh masuk tempat solat Islam, lebih-lebih lagi di ruang utama, dan tidak menutup aurat pula. Ada yang menganggap ini sebagai mencemar kesucian rumah ibadat orang Islam.

Ada pula ulama kata tidak salah orang kafir masuk ke masjid atau surau. Mereka kata zaman Rasulullah dulu orang kafir Quraisy bukan sahaja dibenarkan masuk masjid, malah diberi makan dan boleh tidur di situ. Kalau mereka tidak menutup aurat pun tidak salah sebab yang diwajibkan menutup aurat adalah orang Islam.

Biarlah bijak pandai agama menentukan mana yang salah dan mana yang betul. Kalau itu sesungguhnya satu kesalahan, maka patut sekalilah YB berkenaan dikenakan tindakan yang wajar mengikut undang-undang yang ada. Dan ini sepatutnya dijadikan panduan untuk YB-YB bukan Islam yang lain. Sepatah kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek.



Gambar hiasan, contoh bagaimana aurat didedahkan didalam surau

Saya lebih tertarik untuk bercakap mengenai rambut wakil rakyat itu yang didedahkan ketika masuk surau. Sebab ada NGO Islam yang nampaknya marah betul Teo membuka kepalanya ketika berdiri di ruang solat utama. Mereka kata ini satu penghinaan, dan kesucian telah dicemari.

Apakah betul begitu? Kalau betul rasanya ini bukan kali pertama terjadi, dan pasti Teo bukan orang pertama mencemar kesucian tempat ibadat kita. Sebenarnya dalam hal tutup kepala, masjid dan surau kita sudah sekian lama dicemari dan tidak dihormati. Dan, mencemari bukan orang kafir tetapi oleh orang Islam sendiri.

Saya kerap menyaksikan orang kita kahwin di masjid, termasuk di beberapa masjid terkenal di Kuala Lumpur. Di sinilah saya melihat di hadapan mata, orang kita tidak sedikit pun menghormati tatatertib di rumah Allah itu. Mereka yang datang, terutama wanita, ternyata tidak prihatin – mungkin juga mereka tidak mengetahui hukum agama, sama seperti orang bukan Islam.

Bukan salah menjadikan masjid atau surau tempat bernikah. Malah itu mungkin lebih baik sebab mengikat kasih sayang dua insan di rumah Allah. Apa yang salah ialah apabila yang hadir pada majlis tersebut tidak menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. Ramai yang tidak menutup rambut, betul-betul sama seperti Teo masuk surau Al-Huda.

Walaupun di kebanyakan masjid ada peringatan bertulis supaya mereka yang masuk menutup aurat, pada majlis pernikahan amaran itu seperti tidak dipedulikan, dan para pegawai masjid pun tidak berbuat apa-apa apabila ada yang masuk ke dewan solat utama dalam keadaan mendedahkan.

Satu hujung minggu beberapa hari sebelum puasa saya menghadiri upacara akad nikah di sebuah masjid besar di Kuala Lumpur. Mempelai adalah dari keluarga berada dan bergelar. Ada sekitar 50 orang hadir pada majlis tersebut, sebahagian besarnya wanita. Ramai mendedahkan rambut, tidak bertudung walau sedikit pun. Malah ada seorang dua macam megah menayangkan rambut yang telah diwarnakan. Mungkin besar belanjanya mendandan rambut di salun terkenal, sebab itu rasa membazir pula sekiranya yang diset mahal itu tidak ditontonkan kepada umum.

Ramai juga hadir hanya menutup sebahagian kepala. Berselendang, tetapi rambut bahagian hadapan dibiarkan terjurai di atas dahi. Apakah pada hemat mereka bahagian hadapan rambut yang berambu-rambu itu tidak termasuk aurat? Atau, mereka sengaja memperlekeh masjid?

Ada juga hadir bukan sahaja mendedahkan rambut, malah berpakaian mendedahkan lengan, dan apabila duduk bersimpuh kelihatan jelas betis yang putih melepak. Memang saya berdosa masuk masjid dengan mata liar begitu! Tetapi kalau tidak didedahkan, mungkin tidak ada orang akan tengok.

Saya sama sekali tidak menyokong YB wanita DAP masuk ke surau dengan rambut terbuka. Maka, tidak bersetuju jugalah saya pada wanita Islam sendiri yang masuk ke masjid berkeadaan seperti wakil rakyat kafir itu.


Dipetik dari akhbar Sinar Harian

Saham itu milik UMNO, Mahathir beritahu saya..

Posted: 02 Sep 2010 02:41 AM PDT

Puak UMNO pernah memfitnah DSAI dengan mengatakan kononnya beliau menguasai kepentingan syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuannya di Mahkamah Tinggi KL , Anwar mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri dan Anwar tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan DSAI sebelumnya.

Hari ini ianya terbongkar pula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin.


Businessman: Dr M told me shares belonged to Umno
By Debra Chong


Abdul Rahman walking out of the courtoom during a short recess. On the
extreme left is Khalid conferring with his lawyer.
Picture by Choo Choy May

KUALA LUMPUR, Sept 2 — Businessman Datuk Seri Abdul Rahman Maidin revealed in the High Court today that former premier Tun Dr Mahathir Mohamad had told him he could not claim reimbursement for money paid for seven million shares in Realmild Sdn Bhd because they belonged to Umno.

"I was told by the prime minister of this country that the shares do not belong to me, that I had to transfer them out," Abdul Rahman responded when asked why he did not take any legal action against the previous shareholders to get back his money.

The prime minister at the time the bargain was struck in 1999 was Dr Mahathir.

Abdul Rahman was defending himself today in a civil suit launched in 2005 by former Realmild director Datuk Khalid Ahmad to gain the second half of a RM10 million payment of five per cent of the company's shares, which took place during a shake-up and buy-out said to be related to Datuk Seri Anwar Ibrahim's sacking from government.

The nexus between Umno and certain conglomerates has been revealed further in a High Court hearing last week involving the past shareholders of Realmild, the shadowy company that took over media giant The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd in 1993, and Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Abdul Rahman said he was presented with two conflicting views as to the real owner of the shares he had bought and that it was Khalid's word against that of Dr Mahathir's, who was the premier.

"So obviously I had to believe the prime minister. To do anything at all would be to implicate him and to drag the prime minister in question… I'd rather take a loss and do nothing at all," he said.

"The prime minister told me so and the economic adviser confirmed it. I can't believe otherwise, right?" he shot back when asked by Khalid's counsel if he believed "100 per cent" in the PM's words.

Abdul Rahman explained that he met Dr Mahathir to seek clarification over how to claim back money spent to acquire some seven million Realmild shares.

"I had been deprived of RM40 million on the belief it was going to be mine and then one year later, I was told it's not going to be mine. I wanted the prime minister's view," he said.

"He said I shouldn't be paid because the shares did not belong to anyone other than Umno and as such, he was not going to pay me," the 64-year-old said.

Abdul Rahman, a former MRCB chairman and executive vice-chairman of media giant NSTP Berhad, had paid the sum to all four Realmild directors for the shares.

To Datuk Ahmad Nazri Abdullah, who was the majority shareholder with an 80 per cent stake, Abdul Rahman paid RM30 million.

The remainder was paid out to Datuk Kadir Jasin, Mohd Noor Mutalib and Khalid.

Realmild, originally a RM2 company, was then already the majority shareholder of MRCB, which is now developing the KL Sentral commercial and transport hub in Brickfields.

Abdul Rahman was the third witness called to testify today. The defence closed its case after his testimony.

Earlier, the High Court heard from Realmild's company secretary Ahmad Hady Shahrom and Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, brother to the Raja of Perlis and a former Realmild director who had taken over the shares from Abdul Rahman.

Lawyer Ahmad Fadzil Mohd Perdas acted for Khalid while Alex De Silva and Eugene Jayaraj Williams represented Abdul Rahman.

Judge Datuk Mary Lim set October 4 for closing submissions.


The Malaysian Insider

Demi Kuasa.. nama Anwar dan Azizah dijual mereka..

Posted: 02 Sep 2010 02:04 AM PDT

Pemantau penjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.

"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu Yusmadi Yusoff (kanan).

Beliau yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.

"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya.

Menjelang pemilihan PKR, cakap-cakap terdapat calon yang 'direstui' Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap kanannya.

Pemilihan dalam Pemuda PKR (AMK) dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim.

Pendekatan proaktif, reaktif

Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar.

Manakala calon underdog Hasmi - salah seorang penulis ucapan Wan Azizah - pula dikatakan sedang cuba mendapatkan persetujuan presiden PKR itu sebelum mengumumkan kesediannya bertanding.

Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesediaan mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan dalam parti.

"Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK.

Baling kerusi

Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya:

Terdapat sebuah program latihan kerajaan Selangor digunakan bagi tujuan berkempen terhadap pemimpin tertentu.
Terdapat anggota MPP menaja calon-calon dalam pemilihan peringkat cabang di Pahang.
Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis.

Sehubungan itu, Yusmadi berkata, aduan-aduan itu akan diteliti dan disalurkan kepada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa disiplin PKR.

"Kita tak perlu turut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat.

"Kita patut beri ruang kepada demokrasi," katanya.

Mydemocracy Watch merupakan badan pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.

Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan.


Malaysiakini

Najib bercakap dari dalam Kapal Selam kah?

Posted: 02 Sep 2010 01:00 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan.

Tak payah nak menggesa seluruh Dunia ubah persepsi terhadap Islam lah Najib.. Perbetulkan dalam Negara sendiri dulu..

Rasanya lebih baik Najib menggesa umat Islam di Malaysia sendiri sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam terutamanya umat Islam yang menyokong UMNO itu..

Adakah Najib tidak nampak atau tahu apa yang sebenarnya telah berlaku didalam Malaysia ini sendiri bila UMNO yang ketandusan idea mempolitikkan Ugama?

Dari mengheret kepala Lembu kerana membantah pemindahan Kuil sehingga yang terbaru menyerang MP dari DAP yang menziarahi surau untuk memberikan sumbangan..

Semua persepsi negatif terhadap Islam di Malaysia ditimbulkan oleh UMNO..

Adakah Najib hanya nampak apa yang berlaku di skrin TV seperti yang terdapat didalam Kapal Selam?




Ubah salah persepsi bukan Islam terhadap Islam, kata Najib
September 02, 2010

PUTRAJAYA, 2 Sept — Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan.

Perdana Menteri berkata ini kerana pada masa ini, masih lagi ada tanggapan salah masyarakat bukan Islam termasuk di Barat terhadap Islam.

Misalnya, beliau berkata dalam keluaran Time Magazine baru-baru ini, terdapatnya istilah baru iaitu "Islam fobia".

"Sikap masyarakat bukan Islam terhadap Islam tidak banyak berubah. Mereka masih mempunyai tanggapan bahawa Islam itu merupakan ancaman kepada mereka.

"Oleh itu, masyarakat Islam perlu membantu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan kestabilan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama duta-duta dan perwakilan asing di Wisma Putra di sini, malam tadi.

Najib berharap dengan penjelasan dan sikap yang ditunjukkan oleh umat Islam akan dapat menghakis tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Di Malaysia, beliau berkata walaupun rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan agama, namun mereka boleh hidup dengan aman dan harmoni.

Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan tiada ruang bagi sebarang bentuk ekstremisme di negara ini sama ada dalam bentuk ekstremisme kaum ataupun agama.

"Ia mesti dilindungi dengan sebaik-baiknya. Misalnya, jika anda merosakkan gereja atau masjid, hukuman seharusnya sama. Kita tidak boleh mempunyai satu set hukuman yang berlainan dengan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam negara," kata beliau.


Bernama

PRU ke-13 selepas Anwar ke penjara?

Posted: 02 Sep 2010 12:02 AM PDT

Oleh Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.

EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin "mudah berubah hati" khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal.

Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013.

Spekulasi menyebut Umno dan komponen BN kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen tahun depan.

Laporan tersebut menambah, Najib berhadapan dengan bangkangan daripada kumpulan-kumpulan konservatif berhubung rancangannya mahu melakukan pembaharuan ke atas tindakan afirmatif.

Jelas laporan itu, Najib yang juga Pengerusi BN kelihatan mengharapkan yang beliau masih mempunyai latitud secukupnya untuk melakukan pembaharuan susulan ke atas dasar-dasar ini, sementara pengundi pula diharap akan menerima beberapa dasar yang tidak popular, antaranya cukai barangan dan perkhidmatan.

Malah ia juga menambah, perdana menteri juga sedar usaha menggalakkan keharmonian kaum adalah sangat penting bagi pelannya untuk memikat undi daripada kaum minoriti, yang mengetepikan BN dalam pilihan raya umum lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Laporan itu berkata, Najib yang turut menerajui Umno iaitu komponen dominan BN, ingin melihat ikatan pembangkang bertambah "bercelaru" sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.

Sementara Umn-BN mempertingkatkan serangan ke atas PR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan dalam tuduhan liwat kedua yang beliau hadapi sekarang.

EIU juga meramalkan KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan 4.2 peratus tahun depan, lebih rendah daripada enam peratus disasarkan pentadbiran Najib bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.


The Malaysian Insider

MAIS melarang Teo memasuki ruang solat masjid

Posted: 01 Sep 2010 09:35 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.

Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.

"Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).

"Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.

"Sudah tentu saya akan ambil peringatan, ini adalah titah Sultan Selangor.

"Apa lagi yang saya boleh buat?

"Saya kena patuh kepada titah Sultan Selangor kerana dalam surat itu Mais kata ia adalah titah daripada Sultan Selangor," katanya lagi.

Teo sebelum ini dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.


The Malaysian Insider

Isu LDP: Komponen BN tidak boleh angkuh, kata pemimpin UMNO

Posted: 01 Sep 2010 08:25 PM PDT

KOTA KINABALU, 2 Sept — Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin menganggap tindakan Datuk Peter Pang En Yin melepaskan keanggotaannya dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam sebagai langkah berani, dan pada masa yang sama menggesa komponen BN tidak bersikap angkuh.

Setiausaha Umno Sabah ini berkata, keberanian Pang patut dipuji kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri semata-mata mahu terus bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah dan memastikan keharmonian komponen parti berbilang kaum terus terjaga.

"Walaupun beliau kini tidak ada parti, yang pasti tindakannya itu baik dan saya puji kerana beliau berani bertindak," kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah ini dan menambah, tindakan nekad itu prerogatif Pang sebagai individu.

Pang mengumumkan keluar LDP semalam rentetan krisis antara parti itu dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (gambar) minggu lalu.

Pang, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah, turut menawarkan untuk meletak semua jawatan dalam kerajaan tetapi tidak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Karamunting.

Beliau juga Naib Presiden LDP.

Menegaskan tentangannya terhadap pendirian LDP, Pang berkata: "Satu-satunya jalan yang boleh saya ambil ialah meninggalkan parti dengan cara terhormat."

Yahya menambah, mungkin Pang berasakan tidak ada lagi gunanya untuk terus berkhidmat dengan parti yang tidak dapat bekerjasama dengan kepimpinan Musa.

Perkembangan ini turut menunjukkan dalam LDP juga tiada persefahaman di kalangan anggota dan pemimpinnya, kata beliau.

Yahya berkata, ahli dalam BN lain tidak boleh bersikap angkuh hanya kerana ada permintaannya tidak dilayan.

Jelas beliau, tindakan angkuh mereka hanya merugikan banyak pihak terutama parti itu sendiri.

Pang dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah menggantikan Datuk Raymond Tan, bekas timbalan presiden Parti Progresif Sabah (Sapp) Mei tahun lalu, setelah ia keluar BN September 2008.

Raymond menyertai Gerakan selepas sembilan bulan tiada parti.

Ditanya mengenai tindakan BN Sabah dengan perkembangan terbaru itu, kata Yahya, keputusan terletak di tangan Ketua Menteri.

"Ya, kita pasti akan adakan mesyuarat nanti. Tunggulah keputusan Ketua Menteri nanti," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Webley Dusin berkata, Pang mengambil jalan yang betul keluar LDP kerana perjuangan parti itu sekarang tidak lagi sesuai dengan matlamat BN.

"Pada pendapat saya, beliau mungkin menyertai Gerakan kerana kedudukannya sekarang tidak berparti dan terpulang kepada Datuk Musa sama ada menerima peletakan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri dan menteri sukan dan belia.

"Namun jika beliau tidak kekal sebagai menteri belia dan sukan mungkin berlaku sedikit perubahan dalam Kabinet negeri.


The Malaysian Insider

UMNO Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah

Posted: 01 Sep 2010 07:49 PM PDT

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Cuba bayangkan jika Rasulullah SAW ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah SAW yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP YB Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim .

Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah SAW tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah SAW di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka.

Rasulullah sebaliknya mengatakan " Da'auhum ! (biarkan mereka) . Rasulullah SAW membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi. Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur (lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi " Religious Minority from Shariah's Perspective).

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.

Jika Rasulullah SAW yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah (role model) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.

Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Dr Harun Din , Almarhum Datuk Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Dr Harun Din , Almarhum Datuk Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !

Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.

Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut " Ahli Parlimen Selayang pula " bertazkirah" Kesucian Masjid terus dinodai" (Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3) . Akhbar itu melaporkan pengarah Jais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Saya tidak pelik jika Jais mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah Jais di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh Jais!

Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah SAW membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini " Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… (lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang DiPertuan Agung.

Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !

Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara' atau tidak.

Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah SAW. Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.


Suara Keadilan

Aurat: Siapa yang tidak hormati agama sebenarnya?

Posted: 01 Sep 2010 07:33 PM PDT

Anak Melaka



Gambar hiasan.. keh.. keh.. keh.. tak tutup auratla tu..

Riuh 1Malaysia tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

Saya tidak hairan jika mereka masuk masjid dan surau dengan tidak menutup aurat kerana mereka bukan dan belum Islam.

Tetapi yang menghairankan saya ialah isteri-isteri dan anak-anak perempuan pimpinan sebuah parti politik (semua orang tahu) kononnya parti Islam terbesar yang di luar dan di dalam masjid tidak menutup aurat.

Umur dah lebih separuh abad sesetengahnya tetapi kewajipan menutup aurat belum di fahami atau sengaja tak mahu faham.

Apakah mereka ini menghormati masjid dan surau dengan memasuki rumah Allah itu tanpa menutup aurat. Walaupun mungkin mereka meletakkan selendang di kepala tetapi rambut dan batang leher masih kelihatan.

Mengapa media dan pimpinan parti politik tersebut tidak pula menegur isteri pimpinan mereka yang jelas masuk masjid dan surau tanpa menutup aurat.

Itu sebabnya sebelum kita membuat tuduhan dan fitnah sebegini kita mestilah melihat diri kita sendiri apakah kita sendiri menutup aurat yang jelas menjadi kewajipan bagi umat Islam.

Bagi wanita hukumnya ialah menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan malah ada yang berpendapat muka juga aurat. Bagaimana dengan wanita yang bertudung tetapi jambul dan rambut terjuntai keluar atau mungkin leher jinjang dan leher pendeknya nampak.

Tidak perlulah saya menamakan siapa antara isteri-isteri pimpinan yang tidak menutup aurat kerana apa yang lebih ialah kita semua wajib menutup aurat apatah lagi isteri pimpinan mestilah menunjukkan tauladan supaya dicontohi oleh rakyat.

Apakah pimpinan dan isterinya yang ingkar akan perintah Allah ini wajar untuk kita ikuti dan kita sendiri beriya-iya mendokong perjuangan sebuah jemaah yang menutup aurat pun tidak wajib dan boleh dipermainkan, kadang-kadang letak kelubung atas kepala (itupun tak tutup aurat), dan di masa lain langsung tidak meletakkan seurat benang di atas kepala.

Di bukan yang suci ini mari kita muhasabah diri kita, apakah kita ini sedang dipimpin oleh pimpinan yang benar-benar taat kepada Allah.

Mari kita muhasabah diri kita apa jemaah/parti yang kita dokong selama ini adalah parti yang memang menjunjung segala perintah.

Kalau perkara asas seperti menutup aurat pun tidak dititikberatkan oleh pimpinan, apakah pimpinan itu boleh kita harapkan untuk memimpin kita dunia dan akhirat?


Harakah Daily

Dokumentari : UMNO bukanlah Pejuang sebenar KEMERDEKAAN..

Posted: 01 Sep 2010 09:31 AM PDT

"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak." - Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

Individu-individu tersebut ialah

1~ Lim Kean Chye / Malayan Democratic Union (MDU)

"The unity we talked about never mention the racial aspect as is emphasised nowadays. All we wanted was that all the trade unions, all the workers, all the women, all the organisations to join in, in a broad front to oppose the British return of the Governor to rule the country."

Dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman.

Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945.

MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.

2~Yahya Nassim / Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."

Berasal dari Ulu Langat, Selangor.Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob.

Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.

3~Hashim Said / Angkatan Pemuda Insaf (API)

"Saya mula-mula sekali masuk politik, saya ada terbaca sebuah buku yang dikarang oleh Cikgu Ibrahim bin Haji Yaakub (Melihat Tanahair). Dia menyatakan nasib orang-orang yang kena jajah, di negara yang kena jajah, termasuklah negeri kita Malaya pada masa itu... dijajah."

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.

4~Zainuddin Andika / Angkatan Pemuda Insaf (API)

"Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari."

Berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak.Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak.

API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak.

5~Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."

Berasal dari Ipoh, Perak.Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa.

Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).

PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

Saksikan..


10 Tahun Sebelum Merdeka (1 of 4)



10 Tahun Sebelum Merdeka (2 of 4)



10 Tahun Sebelum Merdeka (3 of 4)



10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)




sebuah dokumentari oleh Fahmi Reza

Tiada ulasan: