Anak Cucu Nabi Adam |
- Wang Judi Penyebab Kematian Suami?
- Buktikan penerima kembalikan wang
- Warga emas Islam pulangkan 'wang haram'
- Pendedahan RM5 juta beli ADUN betul
- Boleh Percaya Ka Cakap Dia Ni?
- Hentikan segera liwat II
- Cadangan Allah-Yahweh tidak babitkan kerajaan
- Kolej Dong Zong kecut
- Mangkuk Mana Curi Kereta Mangkuk Hayun Ni
- Perbicaraan kes 3 individu ditangguh ke 8 Nov
- Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry ditarik
- Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik
- Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu
- PAS lancar sekretariat aduan saman Felda
- Orang kaya Umno peralat rakyat miskin
- Sebelah kaki Ku Li di Pakatan
- Ku Li Dah Tersepit
- Laporan polis ceramah ‘DAP anti Islam’
| Wang Judi Penyebab Kematian Suami? Posted: 30 Sep 2010 02:50 AM PDT Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Highland. Antara cukai yang paling tinggi diperolehi oleh kerajaan Malaysia ialah cukai judi dan hiburan di Genting Highland dan seterusnya ialah cukai-cukai sukan judi bernombor seperti Toto dan Magnum. Oleh demikian, adakah kerajaan Malaysia bebas dari hasil judi ?? Kalau diikutkan kebodohan ini, semua penjawat awam harus memulangkan semua gaji yang telah mereka terima kerana duit yang mereka terima itu sumbernya telah bercampur dengan cukai dari perniagaan judi. Kepada penerima wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh memulangkan semula wang yang telah diberi oleh kerajaan pusat, dan bayar balik bagi wang yang telah dihabiskan sebelum ini. Harus diingat, walaupun kerajaan mengasingkan hasil cukai judi dari Genting, Toto, Magnum dan juga dari bursa saham umpamanya, tetapi dari sudut keseluruhannya kerajaan tetap mempunyai duit haram dalam poketnya. Duit yang disimpan dalam poket itu tetap duit haram, duit yang disimpan di bawah bantal itu juga asalkan ia adalah hasil judi maka ia tetaplah haram walaupun diasingkan. Saya berikan satu contoh. Seorang kaki judi yang kaya dengan hasil judi tetapi tidak pernah membeli makanan dari sumber judi, tidak pernah membeli minuman dari duit judi yang diasingkan - Adakah kaki judi ini dikirakan suci dan tiada yang haram dalam darah dagingnya? Judi? Hasil judi ? Pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu. Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri KOMTAR Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas. Justeru itu, di manakah rasionalnya duit yang seratus ringgit itu harus dipulangkan? Ini adalah gimmik politik yang paling busuk! Jika anda perhatikan gambar di atas, semua duit yg dipulangkan seolah-oleh baru dikeluarkan dari mesin ATM, semua warga emas tersebut memegang wang baru yang tiada cacat celanya(tidak komot). Adakah duit ini dari poket UMNO sendiri? atau dari Reezal Merican ? Seperkara yang begitu menyedihkan apabila ada seorang makcik yang menangisi pemergian suaminya beberapa hari lalu setelah mengambil wang ehsan Pulau Pinang. Apa yang sedih bukan mengenai kematian suaminya, tetapi yang sedih ialah bila makcik ini menyalahkan duit wang ehsan sebagai punca ajal suaminya. Sedih apabila makcik ini tidak mempercayai qadak dan qadar, mujur dia tidak menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai punca suaminya meninggal dunia. Untuk pengetahuan semua, daripada peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri, hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan dan telah diagihkan kepada 107,720 warga emas. Adalah menjadi satu musibah yang besar sekiranya semua 107,720 warga emas itu meninggal secara tiba-tiba kerana telah menerima wang ehsan Pulau Pinang. Kepada makcik yang kehilangan suami tersayang, janganlah tambah penderitaan anda dengan memesongkan akidah sendiri. Kita memahami perasaan kehilangan suami, tetapi janganlah perasaan sedih itu ditafsirkan dengan pemikiran yang sempit kerana mungkin 107,719 orang warga emas penerima wang ehsan negeri pulau masih hidup. Sebenarnya saya merasa agak sebak apabila memikirkan, keikhlasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh LGE menawarkan RM100 setiap tahun kepada setiap warga emas negeri P.Pinang telah dihina dan disabotaj sedemikian rupa, kerana takutnya kerajaan pusat terhadap potensi LGE sebagai pejuang rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menonjolkan resamnya yang tidak langsung boleh diubah iaitu sentiasa ingin melihat kesusahan rakyat supaya kesusahan itu memaksa rakyat meminta-minta dari mereka (BN) sedangkan kerajaan P.Pinang hari ini memberi apa yang mereka (BN) tiada ! Hasrat untuk mengagihkan hasil keuntungan yang diperolehi dari pentadbiran yang telus dan tidak bocor, telah dijadikan sebagai sumber politik sempit pihak yang cemburu terhadap pencapaian negeri pembangkang, di mana ia tidak pernah dilakukan selama Barisan Nasional memerintah - Memulangkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat ! Oleh itu, saya mencadangkan agar nama 40 orang tarbus yang memulangkan dan tidak mahu menerima wang ehsan (tetapi sanggup menerima rasuah UMNO?) agar di'blacklist'kan nama mereka dari senarai penerima tahun hadapan. Bayangkan, sekiranya mereka hidup 30 tahun lagi, maka mereka akan rugi RM3ribu duit ikhlas sebuah kerajaan yang survive di atas penjimatan yang bijak. Kepada sesiapa warga emas yang tidak mahu menerima wang ehsan, sila jangan mendaftar sebagai penerima tahun hadapan. Hari ini mungkin jumlah yang diberi adalah RM100, siapa tahu jika kerajaan P.Pinang memperolehi lebih banyak penjimatan pada masa akan datang, jumlahnya boleh jadi RM500 setahun? maka meloponglah orang bodoh piang yang menolak rezeki. Moral of the story, orang yang bodoh selalu rugi. ~zulmamakpng~ |
| Buktikan penerima kembalikan wang Posted: 30 Sep 2010 02:42 AM PDT Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda. Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu. Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini. "Telah kita nyatakan bahawa hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka wang sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada 2009 telah dapat dijimatkan. Ini adalah lebihan hasil dari amalan ketelusan yang kita lakukan. "Kita juga mengalami kerugian apabila terpaksa membayar sebanyak RM15 juta dalam isu skandal tanah yang melibatkan Tang Hak Jo semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini," katanya. Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas. "Kita mempunyai dana yang cukup dan lebih dari apa yang mereka dakwa," tegasnya lagi. Abdul Malik juga mencabar Azhar yang juga merupakan Setiausaha Umno Pulau Pinang supaya membuktikan senarai mereka yang menyerahkan kembali wang sebanyak RM100 sepertimana yang didakwa dalam majlis yang diadakan di Penaga semalam itu adalah mereka yang berdaftar dengan kerajaan negeri. "Jika mereka itu adalah yang mendaftar dengan kerajaan negeri maka kita akan ambil langkah yang wajar dalam senarai nama tersebut," ujarnya. Beliau menambah, sekiranya nama mereka tidak terdapat dalam senarai yang berdaftar, maka ia membuktikan Umno telah merencanakan sesuatu untuk mencalarkan imej kerajaan negeri. "Umno sepatutnya jangan memperalatkan warga emas dengan memperdayakan mereka sepertimana yang dilakukan semalam, semata-mata bagi mendapat sokongan," tambahnya lagi. ~harakah~ |
| Warga emas Islam pulangkan 'wang haram' Posted: 30 Sep 2010 02:41 AM PDT Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut. Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal. "Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri. "Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam. Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri. Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di Kepala Batas berkata semua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati. Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram. Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga. Sementara itu Azhar yang juga ADUN Penaga berkata Umno menganjurkan majlis ini selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan. "Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya. Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada ketua menteri Lim Guan Eng. Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ehsan kepada warga emas negeri itu. Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut. Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar, bukan untuk penghargaan warga emas. ~Bernama~ |
| Pendedahan RM5 juta beli ADUN betul Posted: 30 Sep 2010 02:40 AM PDT Dua tahun sudah berlalu dan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee masih menunggu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuatnya mendakwa ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada BN.Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak akan 'mengejar' SPRM supaya bertindak kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghubungi beliau atau bertindak apabila siasatan mereka selesai. "Saya telah berikan segala butiran dan menyerahkan semua bukti kepada pegawai Suruhanjaya, jadi terpulang untuk mereka bertindak sekarang," katanya. Lim berkata beliau telah berjumpa beberapa pegawai Suruhanjaya itu, daripada pengarah kepada pegawai penyiasat, tetapi sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pegawai yang beliau berhubungan tetapi mendakwa sesetengah daripada mereka telah dipindahkan ke cawangan lain selepas beliau membuat laporan. Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada SPRM. Lim juga mengesahkan artikel terbaru oleh penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung beberapa kertas siasatan mengenai laporannya ke SPRM sebagai benar. Kertas berjudul 'Laporan Siasatan Awal' (No. 11/2008) dikeluarkan oleh SPRM cawangan Seberang Perai dan ditandatangani oleh seorang pegawai kanan, Mahani Din bertarikh 10 Disember, 2008. Menurut laporan itu, siasatan dipercayai tertumpu kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahazir Khalid (kanan) dan 'orang tengahnya' Tan Yak Siew. Menurut laporan itu lagi, pada 9 September 2008, sebuah mesyuarat diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai, antara Lim and Mahazir. Mahazir didakwa mengesahkan bahawa beliau akan membayar RM5 juta kepada Lim (untuk berpaling tadah) dan sekiranya beliau menuntut bayaran lebih, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut laporan itu, Lim, yang sekarang ini exco kerajaan negeri Kedah dimaklumkan bahawa beliau akan ditawarkan 'beberapa projek' jika menyertai BN. Sebelum ini, timbul ura-ura bahawa Lim, bersama beberapa ADUN PKR yang lain - Tan Show Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) - dan ADUN DAP Lee Guan Aik (Kota Darulaman), akan berpaling tadah. ~MK~ |
| Boleh Percaya Ka Cakap Dia Ni? Posted: 30 Sep 2010 02:37 AM PDT Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah mempercepatkan tarikh persaraannya daripada September tahun depan kepada Januari 2011.Ahli politik veteran yang ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum 2008 di parlimen Sungai siput itu mendedahkan rancangan peralihannya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di Kuala Lumpur, hari ini. "Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan. "Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC. Supremo MIC itu sebelum ini pernah berkata beliau akan melepaskan cengkamannya ke atas parti itu antara September atau Oktober tahun depan setelah berkuasa 32 tahun. Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. "Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC," katanya. ~MK~ |
| Posted: 30 Sep 2010 02:36 AM PDT Peguam kanan Karpal Singh menggesa Peguam Negara mengunakan nolle prosequi (hentikan pendakwaan) ke atas kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan percabangan antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh usahawan Britain, Sir Richard Branson.Karpal yang juga adalah peguambela yang mengetuai pihak pembelaan berkata menarik balik dakwaan adalah cara terbaik untuk menarik 'duri dalam daging' yang disebut oleh Branson. "Menyiksa Anwar dilihat tidak produktif terhadap pendirian kerajaan, khususnya selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008 yang menunjukkan BN tidak menikmati mandat padu daripada rakyat. "Di latar antarabangsa, kerajaan terus dibidas dalam isu ini. Saya seru kerajaan agar pragmatik dan realistik. Mendakwa Anwar addalah bercanggahan dengan kepentingan nasional kerana tumpuan antarabangsa adalah ke atas perbicaraan itu," kata Karpal dalam satu kenyataaan media hari ini. Branson pada 27 September lalu berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang itu yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini. "Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia," katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara," katanya. Karpal juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pihaknya akan cuba mengheret beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertindak sebagai saksi dalam perbicaraan itu. "Jika perdana menteri dan isterinya bersedia diheret, jadi biarkannya. Pasukan pembela memberi jaminan bahawa semua kebenaran akan didedahkan," katanya. Pengadu utama kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah berkata dia berjumpa dengan Najib di kediaman rasminya, dan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri melahirkan rasa terkejutnya. ~MK~ |
| Cadangan Allah-Yahweh tidak babitkan kerajaan Posted: 30 Sep 2010 02:34 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menafikan laporan bahawa beliau sedang mengetuai usaha kerajaan bagi memujuk penganut agama Kristian menghentikan penggunaan kalimah Allah.Idris bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau mempelopori cadangan agar perkataan 'Yahweh' sebaliknya digunakan. "Saya tidak pernah diminta oleh kerajaan untuk memujuk orang Kristian... saya seringkali ditanya pelbagai soalan tetapi hari ini kita bercakap mengenai ekonomi," katanya ketika ditanya oleh wartawan pada persidangan SME di Kuala Lumpur. "Hal gereja sepatutnya diserahkan kepada gereja. Saya berharap apa saya katakan di gereja dan doa saya tidak disiarkan," kata pemimpin berbangsa Kelabit yang beragama Kristian itu. Idris diminta mengulas laporan media yang menamakan beliau sebagai anggota gereja Sidang Injil Borneo yang prominen adalah sebahagian daripada kumpulan yang diarahkan oleh Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut itu. Menurut laporan itu, Idris mencadangkan penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian digugurkan pada persidangan gereja bulan lalu yang menghangatkan semula kontroversi berkenaan. Kerajaan telah mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk kitab Injil yang dalam bahasa Melayu kerana perkataan yang sama digunakan oleh orang Islam untuk merujuk kepada Tuhan. Pertelingkahan itu pada kemuncaknya menyaksikan beberapa siri tempat ibadat di seluruh negara diserang dan dibakar. ~MK~ |
| Posted: 30 Sep 2010 02:31 AM PDT Persembahan Namewee di Kolej New Era di Kajang malam ini dibatalkan ekoran amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa. "Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan. Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan. "Kolej New Era takutkan PERKASA. Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya alasan sebenar di sebal ik tindakan mengejut itu. Bagaimanapun, tambahnya, demonstrasi tersebut seharusnya dibenarkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi seperti mana persembahan itu juga tiada sebab dibatalkan. Chong bagaiimanapun menafikan graduan media daripada Taiwan itu akan turut membatalkan siri persembahannya di tempat lain seperti yang dijadualkan. Manakala Namewee pula menulis dalam laman Facebook tentang kejayaan bantahan PERKASA itu. "Saya ucapkan tahniah kepada PERKASA atas kejayaan itu. Semua promosi telah dibatalkan. "Saya mahu beritahu, semua penganjur takutkan PERKASA, PERKASA telah menang tetapi Malaysia telah kalah," tulisnya. Pada kejadian itu, kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di luar perkarangan KLSCAH. Mereka membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut dengan membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta kemudiannya membakar gambar Namawee. Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee. Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu cuba berunding dengan polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan berkenaan. Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'. Namun kehadiran kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berjaya mengawal keadaan dengan tiada sebarang kejadian yang tidak dingini dilaporkan. Pembatalan persembahan sahaja tidak cukup, Namewe seharusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya mengeluarkan video kontroversi 'Nah!', kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Arman Azha Abu Hanifah berkata NGO itu tidak berganjak daripada gesaan awal sebelum ini supaya penyanyi rap dan pengarah filem daripada Johor itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika tidak, tambahnya, anggota PERKASA akan terus membantah Namewee di mana-mana persembahannya di seluruh negara dilangsnung. "(Malah) seluruh umat Melayu patut bangkit nyatakan bantahan di konsert-konsert Namewee," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas pembatalan mengejut persembahan Namewee di Kajang malam ini. ~MK~ |
| Mangkuk Mana Curi Kereta Mangkuk Hayun Ni Posted: 30 Sep 2010 02:29 AM PDT Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam. Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi. "Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu. "Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang," katanya kepada Malaysiakini. Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis. "Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter. Jadi tumpuan Beklas pembantu Anwar itu menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ini mengakibatkan perbicaraan ke atas Anwar yang terus berlangsung sehingga hari ini. Saiful telah memberi keterangannya sebagai saksi pertama dan juga telah disoal-balas oleh peguam Karpal singh. Antara pengakuannya adalah bahawa kejadian liwat itu berlaku di kondominium Desa Damansara dan dia bersama beberapa timbalan pendakwa raya dan peguam telah melawat lokasi berkenaan. Perbicaraan juga dijadualkan diteruskan pada 14 Oktober ini dengan Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur yang pernah merawatnya, tampil untuk disoal-balas. Saiful Bukhari juga mencuri tumpuan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang merupakan anggota pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu. Sejak itu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina daripada pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Meskipun dicabar oleh Karpal Singh, kedua-dua mereka, Farah Azlina dan Saiful Bukhari belum secara terbuka menafikan dakwaan hubungan mereka. Peguam kanan itu juga telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengheret kedua-dua mereka supaya memberi keterangan tetapi hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolaknya. ~MK~ |
| Perbicaraan kes 3 individu ditangguh ke 8 Nov Posted: 30 Sep 2010 02:28 AM PDT Perbicaraan kes membabitkan tiga individu didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah berjuta-juta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, ditangguhkan ke 8 Nov depan.Hakim Asmadi Hussin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam V Sithambaram, mewakili arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, yang merupakan perunding PKFZ untuk menangguhkan kes itu berikutan pihaknya baru menerima sebanyak 101 dokumen tambahan pada Isnin lalu. Sithambaram berkata pihaknya juga memerlukan masa untuk merujuk dokumen berkenaan kepada pihak konsultan memandangkan ia bersifat teknikal. Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Steven Abok juga memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima dokumen berkenaan pada hari sama dan beliau memerlukan masa untuk menelitinya. Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya menghantar dokumen tambahan berkenaan kepada pihak pembelaan pada Isnin lalu. Beliau berkata pihaknya tidak membantah terhadap permohonan pihak pembelaan demi keadilan semua pihak dan bagi mengelakkan saksi-saksi dipanggil semula untuk memberi keterangan. Dzulkifli memberi jaminan bahawa kes itu akan berjalan seperti yang ditetapkan. Selain Tan, 48, dan Abok, 51, seorang lagi tertuduh dalam kes itu ialah bekas pengurus projek KDSB Law Jenn Dong, 51, diwakili oleh peguam Justin Wee yang hadir bagi pihak peguam Tan Hock Chuan. Abok dan Tan menghadapi dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007. Tan dan Law menghadapi 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek di PKFZ, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. ~Bernama~ |
| Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry ditarik Posted: 30 Sep 2010 02:26 AM PDT Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran 'Temenggong' dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu, 10 pagi tadi. Mohd Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry (kiri). "Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya. Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung. ~Bernama~ |
| Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik Posted: 30 Sep 2010 02:26 AM PDT Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1). Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya. "Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi. Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu. ~harakah~ |
| Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu Posted: 30 Sep 2010 02:24 AM PDT Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda. "Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka." "Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam. Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula. Dalam kes sebelum itu juga, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Felda menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan ekoran Felda memanipulasi penggredan kelapa sawit. Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS Pusat berkata, tindakan Felda menipu peneroka tidak ubah seperti bau busuk yang sedang melanda Felda. Beliau juga yakin dan percaya, Felda sedang berdepan laluan sukar apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terdedah. Turut serta pada sidang media sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Peguam Mohamed Hanipa Maidin. Di penghujung sidang media itu, beliau juga merayu kepada Felda agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, sebaliknya membayar terus kepada peneroka. ~harakah~ |
| PAS lancar sekretariat aduan saman Felda Posted: 30 Sep 2010 02:23 AM PDT PAS akan melancarkan sekretariat khas minggu depan untuk mengumpulkan maklumat "penipuan" Felda bagi mempercepatkan proses menyaman syarikat milik kerajaan itu, kata naib presidennya. Salahudddin Ayub berkata, sekretariat tetap itu - yang beroperasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu - akan menerima aduan daripada peneroka dan membawahnya ke peringkat lebih tinggi seperti parlimen dan mahkamah. "Bayangkan rintihan dan air mata mereka, PAS akan mengambil langkah serius membantu mereka," katanya yang juga pengerusi jawatankuasa khas bertindak pembelaan isu-isu peneroka. Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pula menjangka lebih ramai peneroka akan tampil untuk menyaman syarikat itu berhubung isu kadar perahan gred dan isu tuntutan wang tanaman semula susulan. Tambahnya, ini ekoran kejayaan peneroka Felda Kemahang dan Felda Sungai Koyan di mahkamah sebelum ini. "(Mengenai) isu kadar perahan gred, saya dihubungi oleh banyak wakil Felda seluruh negara. Kalau Felda tidak kembali ke meja rundingan, untuk tuntutan kita (kepada Felda) memberi kadar perahan gred sebanyak 22 peratus daripada 18 peratus (sebelum ini). "Untuk makluman sebelum akhir tahun lebih kurang 4,000 peneroka akan menyaman Felda. Kalau saman ini berjalan (difailkan), ia akan memberikan reputasi yang sangat buruk kepada Felda," pengerusi ANAK Mazlan Aliman dalam satu sidang media di ibu negara. Beliau mengulas laporan yang memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit susulan kemenangan mereka di Felda Kemahang itu. Berhubung isu tuntutan wang tanaman semula pula, Mazlan berkata beliau menerima panggilan terlefon daripada peneroka yang hendak menyaman Felda berhubung isu tuntutan wang tanaman semula selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menyebelahi peneroka semalam. "Atas dua kes ini, reputasi Felda sangat buruk. Ini bukan soal hasutan, (tetapi) ini adalah (hasil) kesedaran daripada masyarakat peneroka sendiri," kata Mazlan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS. Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor menuntut agar Felda menghentikan khidmat anak syarikatnya Techno Plant Sdn Bhd yang menyelenggara kebun peneroka kerana "gagal memberi pulangan yang memuaskan kepada peneroka". "Sebaliknya pendapatan peneroka yang mengurus sendiri kebun mereka lebih jauh tinggi daripada yang diselenggarakan oleh techno Plant Sdn Bhd," katanya. Dalam perkembangan yang lain, Mazlan yang menubuhkan Badan Bertindak Bagi Warga Felcra (BAPAK) berazam mahu membuat pendedahan berhubung dakwaan 22 'penyelewengan' di Felcra pada 11 Oktober ini di Parlimen. ~MK~ |
| Orang kaya Umno peralat rakyat miskin Posted: 30 Sep 2010 02:23 AM PDT Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perkauman, beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai pandangan yang dangkal. "Barangkali kerana pandangan sedemikianlah Umno, Utusan Malaysia, Perkasa malah Dr Mahathir sendiri memperalatkan cakap-cakap bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih ketinggalan untuk mengapi-apikan perkauman. "Mereka menghalalkan pemikiran dan tindakan mengapi-apikan perkauman dengan alasan orang-orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi tetapi pada masa yang sama mereka mahu memaksa rakyat mengekalkan kuasa Umno yang terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu," kata Mahfuz. Sebelum ini, beliau menyifatkan Umno terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan bahawa data dan statistik terkini membuktikan bahawa kedudukan orang Melayu di dalam ekonomi dan pelbagai sektor masih ketinggalan. Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu tidak ubah seperti desakan supaya gaji polis dinaikkan untuk membasmi rasuah di kalangan mereka. "Saya sokong kenaikan gaji polis. Tetapi menaikkan gaji polis bukanlah cara untuk membasmi rasuah di kalangan mereka. "Malah, yang didedahkan paling rakus dengan rasuah ialah pegawai-pegawai tinggi yang lebih besar pendapatannya, bukan anggota bawahan," kata beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana secara tidak langsung mengakui bahawa ekonomi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan yang sangat lemah. "Sebab itulah perkauman menjadi-jadi di zaman Najib terutama yang dicetuskan oleh Umno sendiri," katanya. Tetapi, katanya, itu tidak bermakna beliau mahu negara ini kembali kepada ekonomi cara Dr Mahathir. "Ekonomi cara Dr Mahathir yang tidak pro-rakyat mengakibatkan negara rugi sehingga sebesar RM100 bilion seperti yang didedahkan dalam buku 'Malaysian Maverick' oleh Barry Wain," kata Mahfuz. ~harakah~ |
| Posted: 30 Sep 2010 02:21 AM PDT Pemimpin tempatan PAS percaya, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas akan memberi kelebihan kepada PAS untuk memenangi pemilihan tersebut.Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamed berkata Umno takut untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin veteran itu walaupun Tengku Razaleigh secara terang terangan telah mengambil pendirian menentang BN. Katanya, keadaan itu boleh dilihat apabila Tengku Razaleigh bertindak mempengerusikan Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang ditubuhkan untuk menyiasat isu royalti minyak Kelantan. Bekas menteri kewangan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu juga sering menghadiri majlis anjuran Pakatan Rakyat berkaitan isu tuntutan royalti minyak Kelantan. Awal tahun ini, beliau turut hadir dan memberikan ceramah di satu majlis yang dihadiri ribuan orang termasuk pimpinan tertinggi PAS negeri. Persoalan yang timbul pada waktu itu ialah sama ada beliau telah melanggar disiplin parti Umno dengan menghadiri majlis dan menyertai gerakan yang dipelopori Pakatan. Tengku Razaleigh antara lainnya didakwa sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu. Pandangan itu disuarakan ahli majlis tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyebut, pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan tidak konsisten dan berlainan sebagaimana berbanding ketika beliau menjadi menteri kewangan sebelum ini. Apa yang pasti, Tengku Razaleigh semalam dilantik mengetuai jentera pilihan raya pilihan raya kecil Galas, selepas kerusi itu diumumkan kosong berikutan kematian penyandangnya ematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima pada Isnin lalu. Zulkefli berkata, keputusan meletakkan Tengku Razaleigh untuk mengetuai jentera BN mungkin dibuat memandangkan pengaruhnya masih kuat di kalangan pengundi di situ. Namun, Zulkefli berkata Umno tidak pernah membuat keputusan seperti ini yang membelakangkan fungsi pengerusi perhubungan negeri. "Tidak pernah berlaku, pengerusi perhubungan negeri (Datuk Seri Mustapa Mohamad) pun jadi timbalan dia (ketuai jentera pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. Seorang lagi pemimpin tempatan Husin Embong berkata, pelantikan itu akan menyebabkan Tengku Razaleigh berada dalam keadaan tersepit. "Sebelah kaki dia di Pakatan Rakyat, sebelah kaki lagi dalam BN," yang bersetuju bahawa tindakan Umno meletakkan Tengku Razaleigh sebagai 'komander perang' juga merupakan satu kaedah untuk 'mendisiplinkan' putera raja tersebut. Faktor sokongan Cina, Orang Asli Perubahan sikap Tengku Razaleigh itu mungkin boleh diperhatikan daripada trend yang ditunjukkan oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12. Zulkefli berkata, pengaruh Tengku Razaleigh telahpun semakin pudar di kalangan golongan peniaga, pekerja dan juga Orang Asli berdasarkan keputusan itu. Jelasnya, PAS berjaya memenangi kesemua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru. "Satu lagi peti undi di Pulai (majoriti bukan Melayu) kita hampir menang juga. Ini menunjukkan masyarakat Cina dan golongan pekerja banyak sokong kita," katanya lagi. Di kawasan Orang Asli yang mempunyai kira-kira 2,000 orang pengundi pula, PAS berjaya memperbaiki kedudukannya dalam pilihan raya lalu, kata Zulkefli. Keadaan ini membolehkannya PAS memecahkan dominasi Umno di parlimen Gua Musang dengan memenangi kerusi DUN tersebut. Dua lagi DUN -- Nenggiri dan Paloh masih dikuasai BN. "Orang Asli ini dikira sebagai penyokong kuat Ku Li, tapi sudah 20 peratus meningkat sokong kita (dalam pilihan raya umum ke-12). "Contohnya, kita menang 40 peratus undi di Pos Hau dan 30 peratus di Pos Brooke yang merupakan kawasan penempatan orang Asli paling ramai. Kalau dulu kita hanya boleh dapat paling tinggi pun 11 peratus saja di kawasan ini," katanya lagi. Dalam pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi. Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170). Isu tanah, golongan peneroka Zulkefli berkata, beliau tidak melihat banyak isu nasional yang akan timbul. Sebaliknya, isu tempatan melibatkan permohonan tanah oleh golongan peneroka akan mendapat lebih banyak perhatian. Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat menjangkakan berapakah jumlah peneroka yang masih berdepan dengan masalah untuk mendapatkan geran tanah. "Tapi kita yakin permohonan mereka ini akan dapat dilihat dan diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya lagi. Tambahnya, peranan yang dimainkan oleh allahyarham Chek Hashim dalam menjalankan khidmat kepada pengundi di situ telah menampakkan kesannya. "Pusat khidmat beliau tetap berfungsi walaupun ketika beliau sakit. Bila sambut jenazah juga kita lihat ramai yang hadir, ramai yang kenang jasa dia," katanya lagi. Ketika ditanya mengenai kekuatan organisasi Umno negeri yang bakal memberikan tentangan dalam pilihan raya yang bakal berlangsung, Zulkefli bagaimanapun enggan mengulas lanjut. "Nampaknya masih banyak berpuak-puak dan ramai yang berebut hendak jadi calon saja," katanya lagi. Calon Umno Semakan yang dijalankan Malaysiakini menunjukkan, beberapa nama telahpun disebut-disebut di kalangan kem Umno Gua Musang untuk mewakili BN. Ketua pemuda bahagian Bazlan Baharuddin ketika dihubungi berkata ciri-ciri calon yang menjadi pilihan akar umbi tersebut adalah seorang anak tempatan dan tokoh pemimpin muda. Menurutnya, antara tokoh pemimpin bahagian yang disebut-sebut boleh diketengahkan ialah setiausaha Umno bahagian Abdul Aziz Yusof, ketua Wanita Wan Hazani Mohd Noor dan ketua penerangan Bustaman Ibrahim. "Semua calon tersebut adalah berumur sekitar 40-an...Saya hanya calon underdog sahaja," katanya. Bazlan berkata, senarai calon tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Umno bahagian selepas Tengku Razaleigh dijangka pulang dari luar negara pada 8 Oktober ini. Mengulas lanjut, Baharudin berkata setakat ini, pemuda Umno bahagian sedang bergerak secara tidak rasmi dengan mengenal pasti pengundi muda di kawasan Gua Musang mempunyai 29 cawangan dan lebih 7,000 ahli parti tersebut. "Pemuda Umno sedang mengatur strategi untuk menarik pengundi muda dari Gua Musang yang tinggal diluar, terutama pengundi muda dari kaum Melayu, Cina, India, dan Orang Asal. "Kita sedikit terasa apabila undi Orang Asal menyokong pembangkang dalam pilihan raya (umum) baru-baru ini. Kita akan kenal pasti masalahnya dan akan membuat tindakan susulan," katanya. Ditanya mengenai peluang untuk merampas kerusi tersebut, Baharuddin berkata terlalu awal untuk beliau membuat sebarang ulasan. "Peluang (untuk menang) ada. Setakat ini peluang 50-50," katanya. ~MK~ |
| Posted: 30 Sep 2010 02:17 AM PDT PAS menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Umno dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas sebagai kata dua kepadanya yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jelas ianya tindakan terdesak Umno kerana ternyata parti itu amat bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula Dun berkenaan. Ini, katanya walaupunUmno tahu Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen. PAS, tambahnya yakin perlantikan Razaleigh juga membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada veteran Umno itu sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada parti itu. "Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk kepentingan Umno," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Begitupun, ujarnya, PAS yakin Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. Tambahnya, PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu tetapi mahu Razaleigh menggunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan. "Jika dalam PRK nanti isu royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? "Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno BN demi kepentingan rakyat nanti," soalnya. Justeru itu, katanya PAS menyeru agar Tengku Razaleigh mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuang untuk rakyat Kelantan. Tambahnya, sebelum ini di Manek Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah PRK namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal di tangan PAS. Akibat kegagalan itu, katanya, Mustapa dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihan raya Dun Galas walaupun beliau adalah pengerusi perhubungan negeri dan menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan. Menurutnya, Dun Galas di dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh di mana Umno menumpang pengaruhnya untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri. Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya umum yang lepas Allahyarham Chek Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Katanya, walaupun belum sampai sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN. Bagi PAS, kata Idris perlantikan Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas pilihan raya umum 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan di bawah BN. "Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan Kelantan kepada Petronas. "Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat," kata Idris lagi. ~harakah~ |
| Laporan polis ceramah ‘DAP anti Islam’ Posted: 30 Sep 2010 02:09 AM PDT DAP Kuala Terengganu membuat laporan polis terhadap Umno Besut yang menganjurkan ceramah isu semasa bertajuk 'DAP Anti Islam' yang disifatkan berbaur perkauman.Ceramah tersebut akan diadakan pada 1 Oktober ini yang disampaikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Abdullah Saamah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad. Laporan dibuat oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing yang ditemani oleh timbalannya, Tan Poh Kok, setiausaha dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Sungai Tong Setiu, Nasser Zainal dan Encik Othman Salleh. Laporan dibuat pada jam 10.15 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan