Anak Cucu Nabi Adam |
- Rebutan Kuasa dan Pengaruh Dalam PKR
- Isu Bukan Islam Masuk Masjid
- Program DAP di surau tak terjejas
- Bukan waktu sesuai Taib berundur
- Editor digantung tugas
| Rebutan Kuasa dan Pengaruh Dalam PKR Posted: 02 Sep 2010 10:53 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka. Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010. Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti. Antara beberapa desas-desus yang menjadi perbualan hangat di warung-warung kopi di Bangsar dan Petaling Jaya adalah berhubung dengan pengenalan amalan demokrasi yang lebih mendalam ini di Malaysia. Kebanyakan keputusan pun dibuat sambil minum teh tarik di warung kopi. Banyak persoalan yang tercetus apabila keADILan mengambil tindakan ini, antaranya amalan ini akan mempengaruhi pemilihan PAS dan DAP, sama ada amalan ini akan mempengaruhi mana-mana parti komponen Barisan Nasional, khususnya UMNO, dan mungkinkah amalan ini digunapakai untuk pemilihan barisan Kabinet suatu hari nanti? Ketua AMK: Pertandingan empat penjuru Selain itu, isu pencalonan juga menjadi topik hangat di kalangan anggota parti dan penyokong mereka. Ada pihak yang mengatakan bahawa Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai) tidak akan bertanding apa-apa jawatan kerana khuatir parti terus dilabel sebagai parti anak-beranak jika menang. Isu yang lebih hebat daripada itu berkaitan isu pencalonan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda, yang dijangka akan melihat pertandingan empat penjuru. Isu ini menjadi modal sindiran hangat dalam twitter dan facebook beberapa nama besar dalam sayap pemuda itu. Ada juga yang mendakwa barisan kepimpinan baru sudah pun diatur dan pemilihan yang bakal berlangsung hanya sekadar kelaziman untuk legitimasi. Nama-nama yang menjadi sebutan ramai adalah Anggota MPT, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard; seorang intelek muda, Rafizi Ramli; Ketua Angkatan Muda sekarang iaitu Shamsul Iskandar Md Akin dan penulis ucapan untuk Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Cabang Parit Sulong Johor, Hasmi Hashim (gambar kanan, tengah) yang lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat penulis lirik lagu Ajaib yang dipopularkan oleh kugiran rock Spider. Daripada nama-nama pemuda tersebut, hanya Badrul Hisham dan Hasmi Hashim sahaja yang boleh dikatakan popular di kalangan orang muda, sungguh pun bagi sebab-sebab yang berlainan. Jika Chegubard dikenali dengan gaya streetfighter (pahlawan jalan raya) dalam berkonfrontasi dengan pihak dari parti lawan dalam arena politik, Buddhi Hekayat pula popular sebagai penulis lirik dan penyajak. Persamaan kedua-duanya pula adalah semangat idealisme orang muda yang membara-bara, dan sikap rebel terhadap pucuk pimpinan parti. Sebilangan ahli parti mendakwa Rafizi adalah orang pilihan pucuk pimpinan parti, manakala Chegubard dan Hasmi pula adalah penghalang yang enggan mengikut telunjuk. Yang jelasnya orang muda lebih cenderung menyokong Chegubard dan Hasmi Hashim, kerana mereka sering terlibat secara terus dengan orang muda, lantas lebih memahami kehendak dan keperluan generasi muda. Ramai yang memandang enteng akan Hasmi Hashim dan menjangkakan pertandingan sengit di antara Chegubard dan Rafizi, sementara Shamsul Iskandar pula kurang menjadi tumpuan. Chegubard dan Hasmi Keserasian Chegubard dan Hasmi yang cuba mendekatkan diri orang muda dilihat sebagai kekuatan utama mereka dalam parti. Jika Chegubard popular di kalangan anak muda, Hasmi pula lebih mesra dengan pimpinan-pimpnan mahasiswa dari universiti tempatan. Barangkali gandingan kedua-dua pemuda ini adalah yang terbaik bagi kepentingan parti, namun pihak atasan parti lebih gemar akan Rafizi Ramli yang jarang dikenali orang muda. Sementara Chegubard diramal untuk memenangi jawatan tersebut, Hasmi pula dijangka melakukan kejutan atau keajaiban dalam pemilihan nanti. Chegubard dari Negeri Sembilan dan Hasmi di Johor. Mereka sama-sama mempunyai jentera setia masing-masing, sungguhpun kadangkala puak berkepentingan akan sekali-sekala mengugut keluar parti dan masuk parti lawan. Chegubard pernah menerajui kempen Black 14 (2004) yang menjelajah seluruh Negara berkempen untuk pemulihan sistem Negara dengan mengambil isu Anwar Ibrahim sebagai subjek utamanya. Hasmi pula bergerak di belakang Institut Kajian Dasar dan Komuniti Jalan Telawi melalui program seni Apuke sekitar masa yang sama. Hasmi juga petah dengan pendekatan politik gimiknya sebelum ini seperti manifesto Angkat Semangat Zaman dan sebelum itu Pencerahan. ~zulmamakpng~ |
| Posted: 02 Sep 2010 10:49 AM PDT ~Pria Malaya~ Amno desperedo!..itu rasanya ayat yang sesuai dilontarkan pada puak2 gerombolan yang jahil agama dan cuba memanipulasi kes/isu demi politik sempit mereka..demi menghalalkan matlamat perjuangan asobiyah mereka... Penulis tidak mahu mengulas panjang..korang baca dan analisa sendiri fatwa yang telah dikluarkan oleh JAKIM dan pendapat tokoh agama tentang isu non muslim memasuki rumah Allah.. Antara cerita/fitnah dlm isu ini yang berjaya dipatahkan ialah: 1. Orang Bukan islam tidak boleh masuk masjid/surau - sesetengah dr penyokong Amno telah menyalahguna maksud hadis nabi yang melarang bukan Islam memasuki rumah Allah..sedangkan hadis itu khusus kpd masjid haram sahaja...adapun bagi masjid lain menurut Islam, hukumnya adalah harus (Rujuk fatwa JAKIM).. 2. Wanita non muslim tidak boleh masuk masjid/surau dibimbangi kedatangan haid dan tidak mandi junub, dan mengotorkan kesucian masjid dll- hujah yg jahil lg dangkal..apakah lelaki non muslim yang dibolehkan memasuki masjid telah dan sah mandi junub mereka? Apakah garis panduan berkaitan 'Masjid sbg Destinasi Perlancongan' yg mereka sendiri gubal telah menyatakan kwajipan bagi pelancong utk mandi junub dahulu sebelum memasuki masjid?.. 3. YB tersebut telah memberi ceramah atau tazkirah agama ketika/selepas solat sunat Terawih - fitnah yang mula2 disebarkan oleh penyokong tegar, namun akhirnya berjaya dipatahkan..bukannya ceramah/tazkirah, tetapi ucapan ringkas selepas Tarawih sempena program penyampaian peruntukan kewangan ADUN tersebut kpd surau berkenaan yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran rasis para penyokong Umno.. 4. Non muslim tidak boleh memasuki ruang UTAMA solat - ini antara hujah2 terakhir mereka selepas beberapa hujah yg awal dahulu telah berjaya dipatahkan...utk menjawab isu ini, rujuk fatwa JAKIM dibagaimana dilampirkan dibawah..hukumnya harus.. 5. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid, sultan marah - bagi meneruskan kempen buruk mereka, maka alasan ini terpaksa ditimbulkan..sedangkan jelas ia bukanlah program atau ceramah politik, tetapi hanya program ringkas penyampaian bantuan sempena bulan Ramadhan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan...kalau ini dikatakan poltitik, ini apa? (baca di sini) 6. Tak tutup aurat - Maka akhirnya, setelah kantoi satu-persatu, satu-satunya kesalahan yang tinggal dlm kes ini ialah YB non Muslim itu ialah kerana tidak menutup aurat @ tidak memakai tudung..habis sekalian penyokong gerombolan terloncat gembira menarik nafas lega kerana masiih mempunyai hujah/dalil mengharamkan ADUN itu memasuki rumah Allah..sekurang2nya mereka boleh membela tindakan yang diputuskan oleh JAIS dan pihak sultan... So, bagi menjawab persoalan 'tidak tutup aurat' ini, penulis cuba tampilkan beberapa gambar sebagaimana disertakan dibawah...apakah cara tutup aurat sebegini yang dimahukan oleh penyokong Umno atau bagaimana....kalian fikir2kan sendiri.. Akhir kalam, korang rujuk sendiri fatwa yang telah diputuskn oleh JAKIM dlm Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu...wallahua'lam... Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Keterangan/Hujah: Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. Sumber: e-fatwa JAKIM |
| Program DAP di surau tak terjejas Posted: 02 Sep 2010 10:48 AM PDT Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.Ahli parlimen Serdang itu berkata, ini kerana surat Mais yang diterimanya semalan hanya melarang orang bukan Islam memasuki dewan solat surau dan masjid sahaja. "Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo. "Bagaimapun, kami akan lebih berhati-hati pergi ke masjid dan surau untuk menjalankan program, berbuka puasa bersama umat Islam dan menyampaikan sumbangan." Sebelum ini, ekoran dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda dan memberikan 'tazkirah' di dalamnya, Teo semalam 'dianugerahi' surat amaran daripada Mais yang melarangnya memasuki ruang solat di Selangor tanpa kebenaran. Memberikan reaksi spontan dalam laman Twitter, Teo bertanya kembali: "How about tourists?" (Bagaimana dengan pelancong?) Beliau juga secara berseloroh menulis: "Terima kasih kepada Utusan Malaysia (yang melaporkan). Setakat ini saya terima empat helai selendang daripada pelbagai orang. Saya fikir tak lama lagi saya boleh buka butik selendang." Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Teo - ahli parlimen termuda DAP - berkata walaupun selepas mendapat surat amaran itu semalam, masih terdapat surau yang masih menjemputnya hadir berbuka puasa bersama-sama. "Esok malam saya dijemput ke sebuah surau di Bangi," katanya yang akan mengaku akan hadir ke majlis itu seperti biasa. Menjawab soalan tentang selendang-selendang yang diterimanya, Teo memberitahu, beliau menerima kesemuanya melalui serahan tangan dalam program yang dihadirinya. "Mereka kata, YB, pakailah selendang ini, nanti Utusan buat isu lagi," jelas Teo. Menurutnya lagi, kesemua selendang itu diberikan oleh umat Islam yang bersimpati terhadapnya. ~MK~ |
| Bukan waktu sesuai Taib berundur Posted: 02 Sep 2010 10:46 AM PDT Memandangkan suasana politik di Sarawak sedang melalui fasa yang agak tidak menentu, termasuk masalah dalaman yang melanda beberapa parti komponen BN negeri, maka adalah tidak wajar bagi sesiapa jua menuntut agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatannya, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Beliau berkata Taib, yang bakal menggenapkan tahun ke-30 perkhidmatannya sebagai ketua menteri pada Mac tahun depan, perlu terus memimpin Sarawak untuk menyelesaikan pelbagai isu penting yang mendepani parti gabungan itu. "Bukan waktu yang sesuai...ibarat anda sedang belayar di laut dalam dan dilanda badai dan taufan, sudah tentulah nakhoda anda tidak boleh meninggalkan kapal kerana adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengemudi kapal berkenaan dengan selamat," katanya kepada Bernama hari ini. Wan Junaidi, yang juga anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tulang belakang BN Sarawak pimpinan Taib, berkata perbalahan dalam kalangan pelbagai puak, termasuk dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), terus berlarutan, sedangkan pilihan raya negeri semakin hampir. Walaupun penggal semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Jun tahun depan, pembubarannya boleh dibuat pada bila-bila masa untuk merintis jalan kepada pilihan raya negeri. Wan Junaidi berkata walaupun pemimpin PBB itu pernah berkata secara terbuka bahawa beliau akan berundur pada 2006, sebelum mengambil keputusan sebaliknya selepas banyak pihak dalam parti itu memujuk beliau supaya terus berkhidmat, tetapi khabar angin bertiup kencang kononnya Taib berura-ura untuk mengumumkan persaraannya dalam tempoh terdekat. "Tidak dapat dinafikan memang ada banyak khabar angin, pereka cerita (kiri dan kanan) pun berkata tentang banyak hal, di samping blog, akhbar serta pemberita (yang berkata itu dan ini)...macam-macam hal orang kata," katanya. Bagaimanapun, kata beliau, terpulanglah kepada angota PBB untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan oleh presiden mereka dalam suasana demikian. Mengenai khabar angin itu, beliau berkata sebagai pengerusi BN kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mengadakan perbincangan hati ke hati serta mendengar pandangan Taib tentang perkara tersebut. Baru-baru ini, Taib dilaporkan berkata beliau sedia berundur sekiranya beliau sudah tidak lagi diperlukan oleh rakyat, parti dan Perdana Menteri. Wan Junaidi juga berkata dalam membuat keputusan berhubung perkara itu, pandangan seluruh anggota parti, yang merupakan majoriti senyap, perlu diambil kira, bukan berdasarkan pendapat seorang dua anggota sahaja. Sebab itulah, kata beliau, dalam mesyuaratnya di Miri pada Isnin, anggota majlis tertinggi PBB yang diketuai Timbalan Presiden Tan Sri Alfred Jabu, mengambil pendirian menyokong penuh Taib untuk kekal sebagai ketua menteri. Sebagai wakil majoriti senyap dalam PBB, pendirian itu mencerminkan kesediaan mereka untuk berkorban dan menentang semua ancaman yang bertujuan menjadikan kedudukan kerajaan BN Sarawak tidak stabil. Sumpah taat setia dan sokongan terhadap Taib, yang sekali lagi menunjukkan dengan jelas bahawa khidmat beliau masih diperlukan untuk menjamin semua rancangan pembangunan dan transformasi berjalan lancar, diserahkan kepada ketua menteri Sarawak itu sejurus beliau tiba di Lapangan terbang Miri untuk menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 peringkat negeri. Wan Junaidi berkata keputusan sama ada untuk berundur atau sebaliknya bukan terletak di tangan pengerusi BN Sarawak berusia 74 tahun itu semata-mata kerana ia juga perlu mengambil kira pendirian kesemua empat parti komponen BN negeri. PBB sendiri telah menyatakan pendiriannya dengan begitu jelas pada Isnin, kata beliau. ~Bernama~ |
| Posted: 02 Sep 2010 10:44 AM PDT Editor, akhbar Sarawak Tribune - akhbar paling tua di negeri itu yang kembali di pasaran pada Mei lalu setelah empat tahun menyepi - digantung tugas kerana menyiarkan laporan yang tidak disenangi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.Semuanya gara-gara tindakan editor eksekutifnya, Paul Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu yang disiarkan pada Isnin lalu. Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang. Menurut mereka yang diwawancara Bernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya itu dilihat cuba memancing sokongan daripada pemimpin tempatan. "Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin yang dipetik Bernama. Mesyuarat panjang lebar Maklumat yang diterima Malaysiakini adalah Si yang mengetuai Sarawak Tribune sejak tiga bulan lalu telah digantung tugas selama dua minggu. Ada juga laporan yang mendakwa beliau telah dipecat. Menurut sumber, anak perempuan bongsu Abdul Taib - Hanifah, menyerbu pejabat akhbar itu pada malam Isnin lalu dan mencaci kakitangan berhubung penerbitan laporan berkenaan. Hanifah, bekas editor urusan akhbar the Tribune kemudiannya mengadakan mesyauarat panjang lebar dengan editor kanan sehingga jam 2.30 pagi, keesokan hari. Si yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam dunia kewartawanan pernah berkhidmat dengan Malaysian Insider, The Star dan juga Borneo Post. Beliau hanya berada di pejabatnya seketika pada pagi Selasa lalu. Beliau kemudiannya diarahkan ke pejabat menteri besar dan sejak itu tidak datang kembali ke pejabat akhbar berkenaan. Si juga tidak menjawap panggilan telefon daripada Malaysiakini. Sejak selasa lalu, Sarawak Tribune cuba 'mententeramkan keadaan' dengan menyiarkan laporan beberapa pemimpin tempatan yang kononya merayu Abdul Taib supaya kekal sebagai ketua menteri. Akhbar berkenaan pernah digantung pada 9 Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang menghina Nabi Muhammad SAW. Pihak pengurusan akhbar berbahasa Inggeris berusia 61 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka sebaliknya menerbitkan Eastern Times. Edisi terakhir Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran dan secara kebetulan pula dirasmikan oleh Abdul Taib. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan