Anak Cucu Nabi Adam |
- Kemelesetan Besar 1930 Akibat Wang Kertas
- Pertandingan Suara Emas Karaoke'
- 'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng
- Namewee belum ditahan polis
- Heret segera Namwee ke mahkamah
- Namewee dicari polis
- Politik pelampau negara hancur
- Hishamuddin patut cermin diri
- Berikan kepercayaan penuh kepada PAS
- Pemandu senarai hitam boleh bayar ansuran
- Kedah dicadang guna dinar dan dirham
- Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid
| Kemelesetan Besar 1930 Akibat Wang Kertas Posted: 31 Aug 2010 03:06 PM PDT ~Hanief~ Kemelesetan besar merupakan satu kemelesetan perdagangan sedunia 1930. Ia telah mencatatkan satu jangkawaktu pengangguran dan kelembapan pergadangan terlama dalam dunia moden. Kemelesetan besar berlaku pada Oktober 1929, apabila stok dan saham di Amerika Syarikat menjunam teruk. Ribuan pemegang saham mengalami kerugian duit yang banyak. Apakah jenis duit yang digunakan ketika itu? Apakah dalam bentuk emas dan perak? Wang pada tahun 1923 di Amerika Syarikat. Bank-bank, kilang-kilang dan kedai-kedai ditutup sehingga mengakibatkan jutaan manusia tiada pekerjaan dan tiada duit. Ramai orang bergantung pada kerajaan atau pun derma-derma dalam bentuk makanan. Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat? Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia. 1795 Eagle Liberty Seperti negara-negara Kapitalis lain, Amerika Syarikat memiliki bank pusat seperti kita sekarang (Bank Negara). Bank ini menjadi lubuk kekayaan negara. Tetapi kebiasaannya ia disalah-gunakan oleh golongan tertentu. Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti kerajaan Kelantan sekarang yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak). Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular. 1836 Liberty Ia telah mengakibatkan bank jatuh bankrap akibat jumlah emas yang kurang di bank-bank. Bank-bank pada dahulunya menyimpan wang emas rakyat jelata. Kemudiannya memberikan wang kertas sebagai janji bahawa emas itu ada sebanyak yang tertulis di atas wang kertas.Tetapi kewujudan bank merupakan helah perompak ekonomi dunia. Kerana itulah wang emas rakyat jelata tiada di dalam simpanan bank yang konon menyimpan emas. Hari ini wang kertas tidak lagi menjanjikan emas. Sebaliknya rakyat perlu pula membeli emas dan bukannya menukar emas dengan wang kertas. Bunyinya mungkin serupa antara beli dan tukar. Tetapi bukankah nilai emas meningkat apabila wujud permintaan yang tinggi? Bolehkah nilai kertas disamakan dengan emas yang meningkat. Siapa yang tergila-gilakan kertas? Lagi pun kertas bukan universal jika dibawa ke mana-mana. Nilai tidak setanding dengan emas. Kemelesetan besar menjangkau ke semua negara di dunia pada 1930. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dalam perdagangan sedunia. Rata-ratanya, semua negara mahu berjimat dan cuba meningkatkan jumlah catuan barangan import dan menumpukan pada barangan tempatan bagi menolong rakyat mereka sendiri. Kemelesetan juga telah mempengaruhi politik banyak negara. Pemimpin di banyak negara telah digulingkan dan jenis kerajaan juga banyak telah berubah akibat kemelesetan besar. Contohnya, keadaan ekonomi yang teruk telah menaikkan Adolf Hitler yang menjanjikan perubahan buat warga Jerman. Keadaan ekonomi yang teruk juga telah menyebabkan Jepun menjajah daerah Manchuria di China. Hitler menjanjikan perubahan pada warga Jerman dengan mendakwa Jerman bakal menjadi negara nombor satu di dunia. Jepun pula telah mendirikan pelbagai industri dan lombong-lombong di daerah Manchuria dengan harapan rakyatnya akan bebas dari kemelesetan besar. Tindakan dua negara besar ini sedikit sebanyak menjadikan punca berlakunya perang dunia kedua (1939-1945). Kemelesetan besar berakhir apabila banyak negara meningkatkan penghasilan produk persenjataan menjelang perang dunia kedua. Di mana hal ini telah menyebabkan banyak wang dilaburkan dan kembali disebarkan. Kemelesetan ini telah menyebabkan kerajaan dan rakyat di pelbagai negara menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekonomi berbanding tempoh sebelumnya. Kesimpulannya sejarah telah membuktikan wang kertas boleh meranapkan ekonomi negara dan ekonomi sedunia akibat nilainya yang tidak sekukuh emas dan perak. Kerana itulah wang kertas dan inflasi tidak dapat dipisahkan. |
| Pertandingan Suara Emas Karaoke' Posted: 31 Aug 2010 03:02 PM PDT PAS KAWASAN PASIR SALAK Maksud Hadis Nabi Muhammad SAW : 5 golongan yang memperlehi celaka/amat rugi dalam bulan Ramadan :- 1. Assyirku Fillah. 2. Berterusan dalam maksiat (ketagih maksiat). 3. Org yg tdk menghubungkan silaturrahim. 4. Orang yang tidak menghormati bulan ramadan. 5. Lipat ganda amalan sunat tinggalkan ibadah Fardu."
Jika semalam kampung gajah dilanda ribut angin yang amat dasyat malah menerbangkan kesemua banner2 yang terdapat di billboard tersebut, namun hari ini seakan tiada renungan dan keinsafan atas peristiwa yang telahpun melanda. Bagi 'Guni bawang' ribut angin yang melanda semalam seperti PERINGATAN ALLAH buat hamba-Nya yang masih khayal. |
| 'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng Posted: 31 Aug 2010 02:59 PM PDT Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'. "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen. Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?" Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam. "Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya. Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau. "Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. "Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi. ~MK~ |
| Posted: 31 Aug 2010 02:57 PM PDT Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa. "Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam semalam. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain. "Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon. Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube. Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu. Polis semalam merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'. Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan. Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri. "Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh. Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan. ~MK~ |
| Heret segera Namwee ke mahkamah Posted: 31 Aug 2010 02:56 PM PDT Wee Meng Chee atau "Namewee" perlu diheret ke mahkamah secepat mungkin kerana tindakannya menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman, kata Datuk Ahmad Maslan. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan pemuda itu yang berasal dari Muar menunjukkan beliau buta sejarah negara ini. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceria Bubur Lambuk 1Malaysia di Kulaijaya hari ini, Ahmad berkata, tindakan terhadap Namewee perlu disegerakan sebagaimana tindakan pantas kerajaan mengheret mereka yang bertanggungjawab di dalam beberapa isu perkauman baru-baru ini. Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak supaya kerakyatan Namewee itu dilucutkan, Ahmad berkata, soal hukuman terserah kepada mahkamah. Katanya, klip video perkauman oleh Namewee itu yang tersiar di YouTube, membuktikan betapa pentingnya pengajaran sejarah negara di sekolah-sekolah dipertingkatkan. Beliau berkata, kaedah pengajarannya juga perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan selari dengan perkembangan dunia kini, supaya ia lebih menarik generasi muda. Ahmad turut menyarankan supaya lebih banyak buku yang menyentuh tentang sejarah negara diterbitkan. ~Bernama~ |
| Posted: 31 Aug 2010 02:55 PM PDT Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam semalam, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu. "Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong. Sementara itu, laman Facebook Wee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam). Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen. Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '. Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum. Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan lagu Negaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan. Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya. Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman. ~MK~ |
| Politik pelampau negara hancur Posted: 31 Aug 2010 02:54 PM PDT PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sempena kemerdekaan negara ke-53, menyatakan bahawa masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan dirosakkan oleh budaya kejumudan serta sikap melampau menerusi isu perkauman dan agama. Kenyataan ini perlu ditujukan kepada pemimpin Umno dan BN yang sering mengeluarkan kenyataan yang memanaskan suasana politik seperti panasnya cuaca di negara pada hari ini. Sebenarnya suasana politik negara ini menjadi panas selepas keputusan PRU 12, apabila BN tidak mendapat sokongan 2/3 di Parlimen dan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Beberapa siri demo dan provokasi seperti demo di Pulau Pinang pada 14 Mac 2008 kononnya Lim Guan Eng hendak hapus Dasar Ekonomi baru, Demo di Perak 16 Mac 2008 kononnya kerajaan Pakatan Rakyat menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu, sehinggalah yang terakhir ucapan yang diucap oleh seorang Pengetua Sekolah di Kulaijaya Johor dan Guru Sekolah di Bukit Selambau Kedah. Sebenarnya berlaku ini adalah kerana Umno BN tidak boleh belajar menjadi orang kalah. Ditambah pula kenyataan dan tindakan Perkasa yang memanaskan suasana politik di negara ini. Tindakan yang melampau dalam agama seperti pembakaran gereja ketika isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Peristiwa kepala babi dilemparkan di dalam Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun Petaling Jaya Selatan. Mutakhir ini isu doa untuk memberi hidayah kepada Lim Guan Eng telah digambarkan, kononnya Lim Guan Eng mengganti Yang di-Pertuan Agong, semuanya ini bertujuan untuk menanamkan prajudis dikalangan rakyat di negara ini. Sekali lagi Umno bersikap memperalatkan agama untuk kepentingan politik dalam isu lawatan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang ke Surau al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos 2010. Membuat fitnah bahawa Teo Nie memberi 'tazkirah' dan memberi bantuan kepada ahli PAS. Sedangkan apa yang berlaku ialah beliau memberi derma RM1,000 kepada surau dan memberi taklimat berkenaan skim pendidikan kerajaan Selangor. Kenapa Umno tidak pernah marah selama ini, kerana ada di kalangan wakil rakyat bukan Islam dari kalangan BN yang datang ke surau/masjid. PAS menganggap bahawa negara menyambut kemerdekaan negara kali ke-53 dalam suasana yang agak suram dengan sentimen perkauman dan tindakan melampau dalam agama yang dilakukan oleh pimpinan Umno. Sepatutnya negara yang sudah mencapai umur kematangan setelah negara merdeka. Tetapi apa yang berlaku ialah keadaan seolah-olah negara baru sahaja mencapai lima tahun merdeka. Ini adalah gambaran bahawa BN gagal memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat di negara ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada generasi selepas merdeka. PAS sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, akan sentiasa bergerak di atas landasan agama. Walaupun kadang-kadang Umno melihat PAS pelik, kerana tidak menyokong tindakan Umno seperti isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan isu orang bukan Islam masuk masjid atau surau. Perlu diingat pemimpin PAS ada kemampuan untuk merujuk satu hukum berdasarkan ilmu yang Allah kurniakan. PAS tidak mahu tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam. ~idris ahmad~ |
| Posted: 31 Aug 2010 02:54 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein patut mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu, kata exco kanan Selangor Teresa Kok. Teresa mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai 'kotor' sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang. "Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan," katanya. "Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain." Semalam, Bernama melaporkan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam. "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang? "Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata. Walaupun Hishammuddin menggunakan perkataan "berhadas besar", versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai "dirty" (kotor) dalam bahasa Inggeris. Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat" ~MK~ |
| Berikan kepercayaan penuh kepada PAS Posted: 31 Aug 2010 02:53 PM PDT Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil. Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka. "Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an. Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini. Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat. Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar. "Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi. Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk. Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum. "Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya. Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah. PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam. ~MK~ |
| Pemandu senarai hitam boleh bayar ansuran Posted: 31 Aug 2010 02:53 PM PDT Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Feb tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan. Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu. "Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu. Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu. Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang. "Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun," katanya. Mengulas isu "ulat tiket", Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang. "Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit," katanya. ~Bernama~ |
| Kedah dicadang guna dinar dan dirham Posted: 31 Aug 2010 02:52 PM PDT Ahli Dewan Negara, Senator Zambri Yusuf mencadangkan Kerajaan Negeri Kedah supaya membayar bantuan khas sempena Aidilfitri kepada kakitangannya dengan menggunakan Dinar atau Dirham Kelantan. Menurut beliau, dengan penggunaan dinar atau dirham adalah sebagai satu kaedah yang positif bagi memastikan ekonomi bergerak dengan lebih lancar dan adil. "Penggunaan mata wang ini mampu untuk mengurangkan risiko manipulasi dalam sektor ekonomi dan pasaran. "Pendedahan penggunaan mata wang ini perlu dipromosikan kerana ketika ini masyarakat belum jelas mengenai ketetapan nilai dinar dan dirham yang bergantung kepada nilai pasaran emas," katanya. Beliau yang juga mantan Pengerusi PKR Kedah berkata, sekiranya maklumat tepat dan jelas diberikan kepada masyarakat mengenai sistem yang akan diguna pakai ini, ia akan dapat diterima oleh semua pihak. Oleh kerana itu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu meneruskan usaha ke arah penggunaan dinar dan dirham dari aspek yang lebih praktikal. "Rakyat juga dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan pemikiran sempit oleh segelintir pihak yang terlalu takut kepada kaedah alternatif yang sedang giat diperkenalkan di Kelantan," ujarnya lagi. Kata Zambri lagi, penggunaan emas 22 karat pada dinar adalah lebih tahan lasak sebagai mata wang penggunaan harian. Manakala kadar berat 4.25 gram adalah perbandingan yang amat jelas di antara nilai dinar dan nilai emas di pasaran. Sebagai Penyelaras Pemilihan PKR Negeri Kedah, beliau juga menyatakan penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan membuktikan kajian terperinci dan mendalam telah mereka lakukan dalam aspek dan ciri-ciri penggunaan dinar dan dirham tersebut. ~harakah~ |
| Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid Posted: 31 Aug 2010 02:50 PM PDT Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini. Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini. Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau. "Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini. "Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid. "Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka," katanya lagi. Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan. ~Harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jika isu tazkirah oleh orang bukan Islam di rumah Ibadat Orang Islam dimainkan. Persoalan yang harus diajukan Apakah diri yang mempertikaikan itu sering menghadiri dirinya berjemaah di Masjid ataupun di surau? Jangan sesekali mengunakan hujah akal bilamana Ilmu tidak disandarkan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan