Isnin, 27 September 2010

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bangang macam ini pun boleh jadi menteri!

Posted: 27 Sep 2010 03:31 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda Umno mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu mungkin tertidur sewaktu Perdana Menteri Najib membuat sedikit penjelasan tentang sumber kewangan hasil dari maksiat judi seperti kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.Mungkin juga sebab terlalu bangang agaknya!Najib pernah menjelaskan bahawa:


1. Buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial.

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

PM Najib menjelaskan demikian sewaktu menjawap soalan YB Loke Siew Fook (Rasah) di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian. sumber

Semoga Rohnya dicucuri rahmatNya - Alfatehah

Posted: 27 Sep 2010 01:41 AM PDT


KUALA LUMPUR, Sept 27 — ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48 tahun, telah meninggal dunia jam 4.25 petang sebentar tadi akibat barah usus.

Speaker Dewan Negeri akan memaklumkan kepada SPR yang akan mengarahkan pilihanraya kecildalam masa 60 hari kelak.

Che Hashim mengidap sakit tersebut lebih setahun lalu dan telah di masukan ke Pusat Rawatan Kampung Baru di sini minggu lalu

Allahyarham disahkan mengidap kancer pada 2009, sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital Kuala Lumpur.

ADUN PAS ini telah menerima rawatan di hospital pakar di Kota Baru dan Guangzhou China sebelum ini.

Che Hashim memenangi DUN Galas sdaripada Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan undi 646 semasa PRU 2008.

Beliau menerima 4,399 undi, mengalahkan penyandangnya, Saufi Deraman. Dalam PRU 2008 , PAS berjaya menawan 38 daripada 45 kerusi DUN di Kelantan sementara BN memenangi enam dan PKR hanya mampu memperolehi satu sahaja.

DUN Galas adalah dibawah konstituensi Parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Kerajaan Persekutuan juga guna 'Wang Judi - Dr Asri

Posted: 27 Sep 2010 01:09 AM PDT


"Hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi." – Dr Asri.



Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim (gambar) dan ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican tentu tersentak dan terlopong apabila membaca kenyataan Dr Asri tersebut.

Puak-puak Umno yang alim kucing ini mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.[di sini]

Mantan Mufti Pulau Pinang, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing [lihat di sini]

Umno dan Perkasa tidak rela Baju Melayu dipakai oleh Bukan Melayu?

Posted: 26 Sep 2010 03:26 PM PDT

Malam tadi, bertempat diperkarangan Pejabat Perhubungan PAS Perak di Medan Istana, satu majlis jamuan yang sederhana sempena menyambut Hari raya telah diadakan dengan jayanya. Suasana agak nyaman menyebabkan ramai yang hadhir untuk bersama.Mereka telah dijamu dengan juadah hidangan hari Raya seperti nasi himpit, satey, cendol, laksa dan lain-lain lagi.

Mereka seronok kerana dapat bermesra dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang mereka kasihi.

Antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang
turut hadhir menerima kunjungan para penyokong


PJ Abu Bakar Husin bersama beberapa Ahli Dewan
Penyokong PAS


Meriah merayakan Hari Raya bersama bangsa lain


Masing-masing kelihatan segak dan bergaya dengan
pakaian Hari Raya masing-masing...


Menikmati juadah raya yang sederhana


Ayu-ayu belaka - mengalahkan Puteri Umno!


Suasana yang harmonis dengan semangat PAS Untuk Semua!


Satu keluarga dengan anak-anak yang kecil ikut
serta menikmati juadah yang ada


YB Dr Lee Boon Chye dan YB Chan Ming Kai kelihatan
kacak dan tampan berpakain Baju Melayu yang
lengkap dengan songkok masing-masing.
Perkasa dan Umno tentu akan marahkan mereka kerana
menceroboh'hak istimewa' Melayu berpakaian ...

Tiada ulasan: