Jumaat, 3 September 2010

al-brangi

al-brangi


Yang paling penting, pemenangnya menguatkan lagi PR

Posted: 03 Sep 2010 01:00 AM PDT

Dalam pemilihan Parti Keadilian Rakyat November nanti, jawatan No.2 adalah dijangka hangat jika ia dipertandingkan lebih daripada 2 penjuru dan ia menjadi lebih hangat jika beberapa 'heavyweight' turut bertanding.

Bukan tujuan saya untuk membuat analisa mengenai pertandingan ini, tetapi sesiapa yang menjadi pemenang, ia amat penting dalam menguatkan lagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13 nanti.

Yang paling penting sekali, biarlah pertandingan ini ber'beza' dengan apa yang diamalkan oleh Umno dalam setiap kali mereka menghadapi pemilihan parti.

Rakyat akan menjadi hakim yang sangat adil untuk melihat akan per'bezaan'nya dan rakyat akan menterjemahkannya dalam PRU13 nanti, manakala media pencacai Umno pula akan sentiasa menghidu apa-apa jua 'blunder' atau seumpamanya untuk disensasikan agar rakyat akan melihat dan berkata, 'Oh, apa 'beza'nya Umno dengan PKR?' [Boleh juga baca di sini .]

Ganyut......tapi masih berdenyut-denyut.....

Posted: 02 Sep 2010 05:30 PM PDT

Enggak mahu. Enggak mahu. Enggak mahu pulang.

Di sini pun ada dangdut Pak......lumayan Pak.....hanya goyang-goyang pinggul.....kalau disentuhin lain bicara Pak....lumayan sekali

Di sini banyak Spa Pak......pun TSTlah Pak.....pokoknya jangan sombong.....Bapak-Bapak disini suka dimanjain.....nanti fulusnya mencurah-mencurah.....bisa jadi jutawan...jutawan Rupiah......lumayan.....lumayan.....lumayan

Di sini jadi 'maid' aman sekali......bila ibu ke kantor.....kita ke dapor.....sambung kembali makannya yang malam tadi di catu.

Enggak mahu. Enggak mahu. Enggak mahu pulang. Lumayan...lumayan...lumayan...

'Tempe' di sini nyaman sekali.

Pokoknya Bapak-Bapak di sini pemurah amat......pokoknya mesti lembut-lembut terutama Bapak-Bapak yang sudah ganyut tapi jiwanya masih berdenyut-denyut.

Dapat pun di usia pencen......

Posted: 02 Sep 2010 07:30 AM PDT

Apalah yang nak diharapkan sangat dengan pertukaran KPN yang baru?

Ia hanyalah peroses biasa, mengepit 'tongkat' yang sama.

Yang berbeza hanyalah saiz baju-seluar dan saiz topi-kasut.

Yang berbeza mungkin susun-atur meja dan kabinet dalam pejabat mungkin berubah tempat......tapi peroses menerima arahan tetap sama selagi Umno/BN memerintah.

Kalau pun beliau tak terikat dengan karenah birokrasi Umno/BN, apa sangat yang boleh dibuat perubahan apabila mendapat jawatan dalam usia pencen seperti itu?

Walau apaupun kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana sempat jugak 'merasa' jawatan tertinggi itu, kerana ramai yang menggigit jari walaupun giliran telah sampai.

Rakyat yang cintakan demokrasi dan keadilan perlu berani membuat perubahan dalam PRU13 jika ingin melihat perubahan yang diidamkan.

Tiada ulasan: