Isnin, 13 September 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Sosilawati - Mayat dibakar bersama najis kering haiwan?

Posted: 13 Sep 2010 04:00 AM PDT

Jika kaedah tradisional ini yang digunapakai oleh pembunuh kejam keatas mangsa bunuh, memang diketahui efektif untuk tujuan membakar mayat. Kaedah yang leluasa popular digunakan di India sejak dahulu kala itu, dimana mayat atau tubuh manusia akan disiapkan bersama najis-najis lembu yang dikeringkan sebelum dibakar.

Malah tempoh untuk pembakaran mayat juga dapat dipendekkan. Bau mayat terbakar dapat dielakkan dari tercemar ke udara lebih ketara akan dapat dikurangkan apabila bau najis kering lembu yang dibakar sama mampu untuk melindungi bau bakaran mayat yg dibakar.

Petang tadi penulis kebetulan ke kedai gunting rambut popular di pinggir pasar bandar PB, dan beliau(seorang berbangsa india, beragama hindu) telah mengesahkan bahawa kaedah itu memang mempercepatkan tempoh dan proses bakar mayat.

Jika kaedah itu yg digunapakai oleh pembunuh untuk menghapus bukti, memang sangat kejam. Selalunya bara 'arang' yang membentuk abu itu akan disejukkan semalaman, dan arang dan abunya akan dihimpunkan pada esok paginya apabila telah sejuk untuk upacara seterusnya mengikut adat agama Hindu. Selalu abu mayat akan dibuang ke laut.

Takziah buat seluruh keluarga mangsa bunuh. Al-Fatihah untuk roh-roh yang dibunuh kejam. Selanjutnya baca di halaman berita The Star hari ini. Tampalan berita disertakan.



Sosilawati - India bunuh melayu ?

Posted: 12 Sep 2010 06:00 PM PDT


Jika bilang melayu ni kuat beremosi, ada melayu yang marah nanti! Itu pasal selalu kita lihat ada kepala lembu selamba badak depa pijak, kepala babi boleh di gantung atas pagar surau. Bila diselidiki kena lubang hidung sendiri.

Kini, hot di blog pencacai, tiup kebencian kaum - HINDU BUNUH MELAYU !! Apa tujuannya? Yang mati tetap mati, yang hidup pulak berlebih-lebih. SMS bertebaran. Ruang komen sendat dituliskan macam-macam provokasi. maaf - provokasi perkauman tidak akan dilayan dan disiarkan di blog albanjari.

Isu Sosilawati dan 3 yang lain mati dibunuh kejam. Okay..suspek telah ditahan. Memang semula kulit gelap-gelap belaka. Tapi apa halnya dengan pembunuh Altantuya ? Kenny Ong ? Hindu jugak kah? Berilah keadilan. Jangan dicipta provokasi. Jangan dicurah petrol pada api yang marak. Memang kita marah. Tetapi marah perlu dikawal. Perlukan iman dan istighfar der..! Nanti digelak orang dan bangsa lain ajer..! Sudahnya muka sendiri yang berlendir kerana terludah ke muka sendiri ! Jangan jadi bangang !!

Wak cukup terkesan dengan foto disebelah. 
Jika benar ke-semua mereka telah dibunuh - ayuh.., kita sedekahkan al-Fatihah dan Yaasin buat mereka agar semua roh yang dibunuh kejam itu beroleh ketenangan dan abadi disisi PenciptaNya. 

Bukan dengan mencipta provokasi politik murah yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Kepada Pencacai - Sila letakkan otak ditempatnya yang betul bukan di kantung pelir !! Sengal..!!


Tiada ulasan: