Selasa, 28 September 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kisah Designer power BI

Posted: 28 Sep 2010 10:25 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Nate bewok!

Sebenarnya tadi petang berlaku satu peristiwa niamakahai. Menjelang hari2 berhenti gua plak, boleh berlaku satu peristiwa yang menjahanamkan reputasi gua sebagai Graphic Designer yang cool dan macho. Cilakak sungguhla.

Tengah releks2 curi tulang, tiba-tiba member kerja gua cari gua.

"Jang... jang. Tolong mentar. Ado Cino kecek ore putih. Cina luar segho. Cino Klate tak gitu. Kecek Klate."

Ah sudah... bahana nih. Apsal plak panggil gua? Bangsat sungguh la. Tapi takpa. Apa2 hal kita kaber ensem dulu. Mana tau amoi cun. Gua pun pergi.

Tu dia ada satu Cina lelaki chubby2. Lu bayangkan dia pegang 2 bungkus besar tisu tandas kiri dan kanan. Satu bungkus besar tu ada sepuluh gelung tisu gua rasa.

"Kecek dengan dio." Member gua tunjuk gua. Ah sudah.... gua dapat rasakan yang hari ni hari malang gua.

"%&%* (&*%^$# ^%$#$^ toilet?" Dia start speaking. Gua faham toilet jer nih bai. Toilet = tandas. Gua dah dapat bayang Kak Memot and Ebelin guling2 lantai dah nih. Fakap!

"Err... paden." Gua belasah jer sebut paden. Tak silap gua, gua masih ingat paden tu bermaksud ulang semula. Sebenarnya gua tak faham. Bukan tak dengar. Wakakaka.

"%&%* (&*%^$# ^%$#$^ toilet?" Cina tu ulang. Muka merah2. Bongok ni, Cina Singapore ke Hong Kong ni? Dia tak tahu ke gua ni PERKASA? Jangan memain dengan gua. Pasir MAs dekat jer nih. Sekali gua kol Ayahanda Pak Him kang.

"Can speak in Malay?"

Geleng kepala. Aduss... gua perah IQ gua. Dia sebut toilet. Kat tangan ada 2 bungkus besar tisu tandas. Kompom nak jual tisu tandas nih.

"No need. Thank You." Gua jawab dengan bangga. Mesti member2 kerja gua pun tumpang bangga dengan gua nih. Graphic Designer bai. Kompom berabuk kecek BI.

"No... "%&%* (&*%^$# ^%$#$^ toilet?" Dia jawab sambil tepuk2 perut dia. Kaki makin kepit. Muka semakin merah.

Shit! Kompom nak berak. Wakakakaka. Sial sungguh la. Apsal la gua bangang BI nih.

"Oh... sorry2... can2. U can use my toilet. Over there. Follow me." Gua tunjuk tandas sambil belasah BI ikut suka.

"&^%$ *&^%$#? Or free and tree?" Cina tu cakap sambil follow gua. Gua dapat tangkap free and tree jer. Apa dia percuma dan pokok ni? Tisu dia bebas pokok mesra alam kot. Gua tak jawab. Gua tunjuk tandas jer.

Dia masuk, tak sempat gua jalan jauh, prooootttt!!! Kuat gile bunyi taik bai. Wakakakaka. Terus gua dapat tangkap. Free and tree tu free entry kot. Tak payah bayar. Maybe dia tanya gua kena bayar ke free entry.

Nate bewok!

Blog gua ada malware ke?

Posted: 28 Sep 2010 05:06 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Sesiapa yang komputer dia cakap blog gua ada malware, cer angkat tangan kat sini. Komputer gua ok jer. Setakat ni, 2 gadis pingitan dari MyKMU jer yang komplen blog gua ada malware. Kak Memot dan Kak Jie. Gua pun tak tahu cara2 nak buang ni.

Ah sudah.. mampos. Tak pasal2 gua kena study manual yang Kakjie berikan. Hua3..

Klik sini untuk tahu calon PAS DUN Galas.

Posted: 27 Sep 2010 10:45 PM PDT

Gua Musang, 28 September (ABF) – Seorang ahli sukan yang sangat dikenali, diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Galas malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Stadium Muhammad ke 1V, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Perkarangan stadium sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun telah lama berhijrah ke luar negara, namun beliau mempunyai keluarga yang ramai di Dun Galas. Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh. Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.


Klik sini untuk mengetahui calon PAS DUN Galas.

Agensi Berita Fakap

Antara PAS Manik Urai dan PAS Galas.

Posted: 27 Sep 2010 08:29 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

PAS Terengganu menjadikan keputusan Manik Urai dan Kuala Terengganu (wei.. Manik ke Manek nih?) sebagai hujah penangkis tekanan kekalahan PAS Terengganu PRU12.

Manek Urai PAS Kelantan kalah tipis.
Kuala Terengganu PAS Terengganu menang besar. Merampas semula.

Gua lawak gak hujah cenggini. Tu pasal malas counter masa dedulu. Pada gua, asal PAS menang sudah.Stendet IQ ustaz Azhar Idrus kot. Mana tahu bab pembolehubah. Nanti2lah. Kalau Allah bagi gua kelengkapan, gua nak terjah ramai orang politik dan agama. Ostaz Azhar Idrus dan Ibrahim Perkasa diantaranya. Kalau Allah izinkanlah.

Ada satu ustaz lain, Ganu lah; guna BMW hasil kuliah. Bagus. Tak salah. Kereta yang bagus adalah penting. Jangan bangang macam Hadi dan Nik Abduh dah. Belanja atau mengeluarkan tenaga bagi kerja2 sia2 seperti No Plat. meninggalkan satu sirah rujukan yang Maha Pundek. Belanja untuk kereta yang baik, bagus. Belanja untuk no plat memang lancau. Kalau orang dermakan pun, tenaga dan belanja orang itu pun sial juga. Terima usaha dan belanja dari orang sial juga adalah perkara sial dan terkutuk.

Berbalik pada ostad Terengganu guna BMW tadi, ada satu kejadian dia berlumba dengan satu pengguna jalan raya lain. Naik Honda. Berlumba saling berlumba, provok saling provok, menyebabkan Honda tadi kemalangan dan terbunuh bersama keluarga di dalammnya. BMW lepas dan ghaib. Riwayat cerita, gua gagal kemukakan. Lu boleh anggap gua berdusta atau berdongeng.

Counter ketika ini.

Bila muncul PRK Galas yang membabitkan PAS sekarang ini, gua terpaksa sebut. Sebab pasti akan dimanipulasi yang menyebabkan gangguan kepada PAS.

PAS Kuala Terengganu menang akibat suasana dan sentimen anti UMNO yang meletup. Isu nasional. Baru sangat dari kejutan PRU12. Bagus dan tahniah kepada PAS Terengganu.

PAS Manik Urai kalah plak, sebab isu bodoh PAS Terengganu. Kerajaan Perpaduan kepala ayah dia tu. Nak bagi idea boleh. Digalakkan. Tapi jangan lah lari dan ghaib bila rakyat minta detail. Niamakahai punya ulamak. Gua tak sepak serban lu cukup untung.

Last2, Nasha tak hadir, diboikot jentera tempatan. Terpaksa hadir pulak kemudiannya, anak Kelantan dirantauan malas pulang, faktor kebijaksaan pengundi yang memilih pusat tatkala negeri kukuh dan sebagainya, memnyebabkan Manik Urai menang tipis.

Isu kerajaan perpaduan.

Kalau lu tak percaya pembolehubah 'kekalahan' PAS di Manik Urai adalah kerana Kerajaan Perpaduan, lu kerat janggut C++ kalau gua gagal dalam ramalan gua.

Menjelang PRK Galas, Mufti Perak akan digunakan bagi meniupkan isu Kerajaan Perpaduan. Lu kerat janggut C++ kalau gua silap. Mufti Perak akan digunakan sehingga mendedahkan individu PAS yang terlibat. Time tu lu tengok PAS kelam-kabut bagaimana. Hasil kepala otak bangsat ulama Terengganu.

Time tu kalau PAS Galas 'tewas' lu tengok PAS Terengganu jadikan hujah gila2. Lu pantau jer puak2 PAS ganu kat TKO.

Tiada ulasan: