Khamis, 19 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MEMALUKAN APABILA GUAN ENG MINTA ZAHID BERTAUBAT

Posted: 19 Aug 2010 11:00 PM PDT


Guan Eng tak tahu nama disebut dalam doa khutbah

Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 19 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan," ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.

Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.

"Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian," soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri untuk menyiasat isu yang ditiupkan oleh Ahmad Zahid dan Umno itu.

"Saya pun baru tahu, saya sudah menghubungi YB Abdul Malik dan saya diberitahu bahawa memang tidak tahu perkara seperti yang didakwa Datuk Zahid Hamidi," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad Zahid mengemukakan bukti ekoran dakwaan berunsur provokasi itu.

Beliau turut menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.

Terdahulu, Bernama melaporkan Umno negeri memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada bacaan doa dan khutbah Jumaat bagi menggantikan penggunaan nama Tuanku Mizan.

Ahmad Zahid sendiri menuduh, penggunaan nama Guan Eng itu dikesan di beberapa masjid tertentu sejak beberapa minggu lepas.

Dijangkakan Guan Eng bakal menghadapi pelbagai cabaran lagi ekoran komitmennya mahu melihat rakyat tanpa berbilang kaum menikmati hidup yang lebih baik berbanding era Umno BN memerintah Pulau Pinang./Harakahdaily

SUARA KEADILAN PALING DITAKUTI

Posted: 19 Aug 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI SEBALIK kita berbangga apabila permit akhbar Roket kepunyaan DAP telah diluluskan oleh KDN, kita meragui mengapa permit akhbar Suara Keadilan amat liat untuk diluluskan. Sebelum ini akhbar Harakah juga telah diberi kelulusan permit dan ini kununnya menunjukkan betapa KDN mengamalkan sikap `adil'.

Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu. Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka. Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional. Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian. Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa?

Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum. Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali./wfauzdin.blogspot.com

Siapa penderhaka sebenar? Nurul persoal Zahid Hamidi

Posted: 19 Aug 2010 03:14 PM PDT

Aug 19, 2010

Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya (Nurul Izzah Anwar, gambar kanan) sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar, selaku ahli parlimen Lembah Pantai sebagai respon terhadap Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi.

-MerdekaReview

SAYA TIDAK MAHU GANGGU AZIZAH - ANWAR

Posted: 19 Aug 2010 01:34 PM PDT


Presiden PKR: Anwar main teka teki
Ogos 19, 10

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki dengan wartawan berhubung sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan November ini.

Pada sidang media di ibupejabat parti itu, hari ini, Anwar cuba mengalihkan tumpuan media dengan berkata beliau tidak pasti sama ada dicalonkan bagi jawatan berkenaan. "Saya tidak memikirkannya dan tidak ada rakan-rakan di PKR yang memberitahu saya, 'Anwar, awak mesti bertanding'. Hanya mereka di luar parti yang sibuk," katanya.

Jawatan presiden PKR kini disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang Anwar secara bergurau berkata mendapat lebih banyak sokongan daripada dirinya. "Azizah telah banyak menyokong saya...beliau telah menjalankan tugas dengan baik, jadi mengapa saya harus ganggunya?" soal Anwar sambil melemparkan senyuman./Malaysiakini

TERKEDU UMNO DENGAN `SMASH' DARI NIK AZIZ

Posted: 19 Aug 2010 05:00 AM PDT

Nik Aziz berang


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap pemimpin UMNO yang dilihat memberi bangkangan terhadap apa sahaja cadangan baik yang datang dari negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, apa saja yang datang dari Kelantan ramai pemimpin UMNO cuba 'menunjuk cerdik' dengan pelbagai komen.

"Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka. Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan Pas di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi.

"Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas'. Akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan sama turut diambil Kerajaan Pusat terhadap pemerkasaan perbankan Islam yang turut bermula dengan langkah Kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam.

"Itu belum termasuk program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

"Sekarang apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar (emas) dan dirham (perak) pada 12 Ogos lalu, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan pimpinan Barisan Nasional enggan memulakan sesuatu, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.

"Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem 'barter trade'.

"Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.

"Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti," katanya.

Beliau tertarik apabila seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, heboh meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa 'Dinar Emas dan Perak Dirham' ini boleh menyebabkan kerugian./Sinar

RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ?

Posted: 19 Aug 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan dari Ridhuan Tee seorang Muallaf yang menggelar PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang, hati saya merasa sakit. Selama ini saya amat menghormati orang yang saya panggil Ustaz itu, tetapi sekarang baru saya tahu Ridhuan Tee bukan seorang Ustaz jauh sekali orang politik, tetapi beliau masih mahu mencari publisiti di tepi-tepi jalan.

Saya bersetuju dengan kenyataan PAS, yang mahukan Ridhuan Tee memohon maaf kepada PAS terhadap kejahilan beliau itu. Selama ini saya tidak pernah memandang rendah terhadap pendakwah bebas kerana mereka mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing asalkan tidak lari dari hukum Islam yang ditetapkan. Kini, Ridhuan Tee telah mencemarkan imej beliau selaku pendakwah bebas sebelum ini kerana bercakap dengan tidak menggunakan ilmu di dadanya.

Beliau boleh sahaja menegur atau mengkritik PAS mahu pun Umno atau sesiapa sahaja, tetapi hendaklah dengan fakta di samping nas dari Al-Quran dan Hadith sebagai pelengkap kebenaran tegurannya. Ridhuan Tee gagal berbuat demikian dan ini meletakkan beliau setaraf dengan pencacai Umno yang lain. Samada beliau mahu atau tidak memohon maaf kepada PAS, ianya sedikit pun tidak merugikan PAS tetapi sebaliknya Ridhuan Tee semakin dijauhi masyarakat akibat keceluparannya itu.

Disarankan Ridhuan Tee memasuki gelanggang politik selepas ini. Jangan hanya mengharapkan tuah datang menggolek dengan cara mengampu Umno tanpa perlu berjuang dalam politik. Mungkin teringin sangat untuk dilantik sebagai Senator dari pintu belakang. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

KEMATIAN BENG HOCK - NOTA TIBA-TIBA MUNCUL MENCURIGAKAN, KATA PEGUAM

Posted: 19 Aug 2010 01:00 AM PDT

Dr Pornthip: Beng Hock Tidak Bunuh Diri

Teoh Beng Hock tidak membunuh diri tetapi besar kemungkinan menjadi mangsa kekerasan sebelum beliau dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam pada tahun lalu.
Remove Formatting from selection
Rumusan itu dibuat oleh peguam Malek Imitiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, berasaskan ketegasan keterangan pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasonand pada inkues untuk menyiasat punca kematian mendiang.

Pornthip mengekalkan keterangan awal bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Beng Hock membunuh diri.

Malah kesan luka pada leher Beng Hock adalah akibat kekerasan yang digunakan ke atas dirinya dan tidak konsisten dengan kecederaan mangsa jatuh dari paras tinggi.

Seperti yang dijangka, inkues terhadap punca kematian Beng Hock bertumpu kepada keterangan Pornthip yang terpaksa diberi kawalan keselamatan.

Ini kerana beliau menerima ancaman keselamatan selepas memberi keterangan pada Oktober tahun lalu.

Pakar patologi yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini memberitahu sidang inkues bahawa beliau yakin Beng Hock tidak membunuh diri setelah hadir pada bedah siasat mayatnya untuk kali kedua hujung tahun lalu.

Ketika itu beliau mengesan tanda- tanda luka pada leher mendiang yang menyokong hujah bahawa Beng Hock besar kemungkinan telah dikasari.

Tanda- tanda luka itu juga dikesan oleh pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Mohamad Noor.

"DR Pornthip telah beri keterangan. Beliau tegaskan memang terdapat kecederaan- kecederaan sebelum jatuh. Beliau sahkan perkara itu. Kedua beliau pasti kes ini bukan kes bunuh diri. Kita akan menunggu keputusan daripada majistret," kata peguam mewakili keluarga mandiang, Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu Pornthip juga ditanya mengenai nota bunuh diri yang kononnya ditulis oleh Beng Hock.

Nota itu hanya didedahkan oleh pejabat peguam negara 10 bulan selepas Beng Hock dijumpai mati pada Julai tahun lalu.

Beng Hock dijumpai mati setelah disoal siasat sepanjang malam oleh pegawai SPRM berhubung penggunaan wang lebih RM2000 oleh pejabat majikannya iaitu ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Peguam keluarga Beng Hock, Gobind berkata Pornthip menegaskan sebarang nota yang berkaitan dengan kes kematian mencurigakan harus diserahkan untuk pelbagai ujian seperti DNA bagi mengesahkan kesahihannya.

Namun pejabat peguam hanya bertindak untuk mengeluarkan dokumen itu apabila sidang inkues memasuki babak- babak terakhir.

"Tiba- tiba ia muncul. Ini tidak adil dan ia sungguh mencurigakan. Kita sudah jalankan inkues ini setahun, tiba- tiba kamu datang dan bawa nota baru. Bagi saya ia langsung tidak adil," kata Gobind./TVSelangor

Tiada ulasan: