WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- BUKTI LIM GUAN ENG ZALIM
- PAS SELANGOR PERLU LEBIH BIJAK
- PAKAIAN KEBANGSAAN SETIAP KHAMIS DI KELANTAN
- 'BN pentaskan 'opera Cina' dibintangi Muhyiddin, Chua'
- PEMUDA PAS BERHIMPUN DI RUSILA
- `PENEMUAN BARU' OLEH ZAHRAIN ? PTUIHHHH....
- PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera
Posted: 18 Aug 2010 11:00 PM PDT
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri. Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. "Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. "Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng. Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia. Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa. Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu./Malaysiakini | ||||
PAS SELANGOR PERLU LEBIH BIJAK Posted: 18 Aug 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ISU kuota Bumiputera dipentaskan semula oleh MCA dan Umno. Sewajarnya PAS tidak turut menawarkan diri di dalam pentas sandiwara mereka. Apabila saya membaca kenyataan PAS Selangor di sini, saya sedikit terkilan dengan pendekatan PAS Selangor. Samada pendekatan itu dipersetujui oleh PAS Selangor atau tidak, Wallahu Aklam. Sebenarnya semua telah maklum termasuk rakan di dalam PR sendiri bahawa PAS sejak dari dahulu lagi menyanjung keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Begitu juga dengan PKR dan DAP, yang kesemua parti di dalam PR ini telah pun menandatangani pengistiharan bahawa Perlembagaan tetap dipertahankan. Oleh yang demikian, tidak bijak jika kita di dalam PR melatah dengan sandiwara yang dimainkan oleh Umno, MCA mahupun PERKASA. Biarkan sahaja mereka `bersilat pengantin' yang setiap pukulan silat pengantin tidak akan mengenai sesiapa pun. Saya cukup teruja apabila KM P.Pinang Lim Guan Eng yang mahukan DAP tutup mulut dari mencampuri urusan MCA, Umno dan PERKASA. Lim Guan Eng menyedari itu semua adalah helah mereka untuk memerangkap kita di dalam PR. Usaha Umno terutamanya ingin menyeret PAS agar dilihat `ekstrim' terhadap ketuanan Melayu boleh menyebabkan PAS akan hilang identiti sebagai Parti Islam yang berjuang untuk semua. "PAS For All' adalah slogan yang amat ditakuti oleh Umno dan parti komponennya. Malangnya, PAS Selangor mungkin alpa dengan tipu muslihat mereka. Kenyataan PAS Selangor yang melenting tidak tentu pasal mungkin melegakan Umno dan MCA selaku pelakun utama drama ini. Adalah diharapkan selepas ini PAS Selangor lebih bijak di dalam mengatur gerak kerja dan strategi mereka. Orang-orang Melayu kini mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka dan kaum-kaum lain juga tidak lagi sangsi dengan PAS. Justeru itu, usah dimusnahkan apa yang telah kita bina di dalam PR. Kawal diri dan percakapan kita agar kita tidak dilihat seperti adik beradik atau suku sakat Umno yang keterlaluan itu. /wfauzdin.blogspot.com | ||||
PAKAIAN KEBANGSAAN SETIAP KHAMIS DI KELANTAN Posted: 18 Aug 2010 04:00 PM PDT
Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis, lapor HarakahDaily. Lazimnya, sebelum ini pada setiap Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki. Namun mulai 19 Ogos ini, kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan. Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan. Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010. Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk 'Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010'. Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri. Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat majlis exco Ogos lalu. HarkahDaily juga melaporkan pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan./Malaysiakini | ||||
'BN pentaskan 'opera Cina' dibintangi Muhyiddin, Chua' Posted: 18 Aug 2010 11:15 AM PDT PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan. "Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena. "Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN. "(Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara," katanya. Najib ketika itu berkhidmat sebagai pemangku menteri belia dan sukan. Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata sejak tragedi berdarah 13 Mei 1969 lagi, pentas "politik bangsawan Melayu dan opera Cina" sentiasa menjadi tarikan untuk dipersembahkan. Katanya, seperti pada tahun 1987, sandiwara itu dipentaskan ketika Umno dan MCA mengalami krisis kepercayaan daripada kaum masing-masing. Ketika itu, tambahnya, orang Cina melihat MCA gagal melindungi bangsa merekam sebaliknya pemimpinnya dilihat membina kekayaan, manakala pemimpin Umno pula dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisme demi mengumpul kekayaan. "Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. "Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina," kata Mahfuz. Setelah politik negara menjadi tegang, polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan dan berlakulah penangkapan beberapa pemimpin pembangkang bawah akta kontroversi ISA. "Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting," katanya./Malaysiakini | ||||
PEMUDA PAS BERHIMPUN DI RUSILA Posted: 18 Aug 2010 10:46 AM PDT
Ogos 18, 10 Ribuan Pemuda PAS akan berkumpul di Masjid Rusila di Marang pada 1 hingga 3 Oktober ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. "Ia akan melibatkan Pemuda PAS seluruh Malaysia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. Azman Shapawi berkata, Murysidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan wakil gerakan Islam daripada luar negara dijadual turut hadir menyertai perhimpunan yang dinamakan sebagai "Ijtimak Tarbawi" (Perkampungan Tarbiah). Program tersebut diputuskan dalam mesyuarat dewan itu petang semalam, tambahnya. Dalam tempoh menghadapi pilihan raya umum ke-13, Azman Shapawi berkata pihaknya akan mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran pada tahun depan bagi tujuan yang sama. Katanya, dalam perhimpunan di Kedah, dijangka pada Mac, seramai puluhan ribu anggota Pemuda PAS akan hadir. "Selepas Mac tahun depan, dijangkakan musim untuk (persediaan) pilihan raya," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Terengganu. Katanya, tindakan itu bagi melaksanakan arahan daripada Pejabat Agung parti yang menjangkakan pilihan raya umum akan dilaksanakan antara April hingga Julai depan. "Selepas raya (Aidilfitri),dijangka bulan 10, 11 tahun ini, DUN Sarawak dibubarkan." kata Azman Shapawi. Sementara itu, beliau juga mengumumkan keputusan mesyuarat bulanan dewan itu semalam yang menerima perletakan jawatan setiausahanya Kamaruzzaman Mohamad. Tempatnya digantikan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Kharil Faizi Ahmad Kamil./Malaysiakini | ||||
`PENEMUAN BARU' OLEH ZAHRAIN ? PTUIHHHH.... Posted: 18 Aug 2010 02:00 AM PDT 'Perlembagaan baru' memang wujud KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu. Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. "Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan."Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu. Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara. Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu."Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya. Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut.Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli. "Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu.''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya./justice for all | ||||
PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera Posted: 18 Aug 2010 12:00 AM PDT
PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini. Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan. PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian. PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib. *Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor./MerdekaReview |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan