Selasa, 10 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TAIB MAHMUD, RM 80 JUTA ? WOW !!

Posted: 10 Aug 2010 08:00 PM PDT

Firma RM80 juta: Saham dipegang bagi pihak Taib
Ogos 10, 10

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

"Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen," kata Sarawak Report semalam.

"Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco."

Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

"Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham," petik artikel itu.

"Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya."

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Ked
ua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

"Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?" akhiri artikel itu./Malaysiakini

SEPANDUK GAMBAR SULTAN JOHOR DIGANTUNG OLEH UMNO ?

Posted: 10 Aug 2010 06:00 PM PDT

Digantung oleh Umno?

....Di Segamat, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, menyifatkan perbuatan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim, di dalam kempen parti itu sebagai perbuatan yang keterlaluan dan melampau.

Beliau berkata, perbuatan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.

Adalah tidak wajar untuk membawa pihak istana dalam kempen parti politik, katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Parlimen Sekijang hari ini.

Mengenai dakwaan kononnya kain rentang itu dipasang oleh ahli Umno, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana perbuatan seperti itu bukan amalan mereka.

"Kita (Umno) tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pakatan pembangkang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," katanya./Malaysiakini

Ulasan Blogger:

Agaknya yang pasang sepanduk `Kami Mahu Deris, Natang" di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu pun dilakukan oleh DAP, PAS atau PKR kot....

JANGAN PERBODOHKAN PENEROKA FELDA

Posted: 10 Aug 2010 11:30 AM PDT

Felda: Peneroka patut tuntut lebih RM200 juta
Ogos 10, 10

Peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya, kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

"Kita lihat, (tanah Felda) dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya," kata Datuk Kamarul Baharin Abbas.

"Justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai."

Semalam, seramai 766 peneroka memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul berkata tindakan peneroka terbabit menyaman Felda adalah tindakan yang wajar kerana "Felda mengaut keuntungan tanpa keihklasan dari peneroka bagi memenuhi kantung mereka".

"Kita tahu pentadbiran yang pincang berlaku di dalam Felda. Kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal," kata Kamarul yang juga ahli parlimen Telok Kemang.

"Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang boleh diandaikan jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa."

Beliau menjangkakan, kemungkinan wujudnya ugutan dan desakan daripada pihak tertentu ekoran tindakan mengejut mereka semalam.

"Pesanan saya kepada setiap peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar.

"Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka," katanya./Malaysiakini

AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA TERUK KENA BELASAH

Posted: 10 Aug 2010 10:37 AM PDT

Idris Ahmad: Awang tak selamat lagi, tapi bacul

Ogos 10, 10

PAS menolak tuduhan bahawa ia parti dayus sebaliknya mendakwa Awang Selamat adalah seorang dayus dan bacul sehingga tidak berani menzahirkan identitinya yang sebenar.

"Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan," kata ketua penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam HarakahDaily hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemarahan Awang seperti yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, Ahad lalu kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi menolak Umno.

Kata Idris, PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan parti Islam itu.

"Beliau memang istiqamah melawan PAS sejak daripada PAS bersendirian sehingga PAS bersama Pakatan," katanya.

Perut, tembolok tertutup

Menurutnya, Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan temboloknya semakin kurus.

"Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak memfaqirkan rakyat sama ada harta atau agama," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Idris juga berkata Awang begitu marah kerana lamaran partinya tidak berbalas, cintanya dengan PAS cinta empat segi.

PAS, tegasnya tidak berminat menerima pinangan Umno kerana PAS sudah ada teman yang lebih baik, kebetulan Umno pula sedang mengidap penyakit berjangkit seperti rasuah, moral mengkhianati harta rakyat dan sebagainya.

'Aurat isteri terdedah'

"PAS ingin mengigatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara munkar. Contohnya suami membiarkan isteri mendedahkan aurat," ujarnya.

Tambahnya, Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan Umno yang reda dengan Yahudi Apco.


Katanya, Awang juga dayus kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis difaraid oleh pemimpin negara, ketika tanah negara seluas 217 hektar difaraid kepada Singapura.

Awang menikus ketika Selangor di bawah Umno menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana, katanya.

"Kenapa Awang marah sangat, PAS berkawan dengan DAP? Kalau alasan DAP bukan parti Melayu, apakah MCA, Gerakan sebuah parti Melayu?" soalnya.

Beliau berkata, apa makna Umno parti Melayu tetapi dayus membela agama dan bangsa di mana sejarah dayus Umno yang gagal bela Melayu dan Islam sudah banyak terbukti.

Katanya lagi, jika hendak bercakap soal siapa yang membela Islam dan bangsa di negara ini, maka PAS boleh mendabik dada kerana parti itu lebih bertanggungjawab kepada Islam dan bangsa.

Justeru, ujarnya PAS berpandangan Awang Selamat ialah seorang tali barut kepada Umno yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam.

"Orang seperti Awang Selamatlah menyebabkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat. Sahlah Awang tidak selamat lagi," ujarnya./Malaysiakini

Gambar : Ribuan Hadir di Ceramah Selamatkan Malaysia di Bukit Mertajam.

Posted: 10 Aug 2010 01:00 AM PDT



Meskipun kita berada diluar dari mood pilihanraya, namun sambutan yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah yang dianjurkan amat jarang hasilnya mengecewakan.

Seperti yang ditunjukkan oleh kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam satu ceramah "Memerdekakan Rakyat,Selamatkan Malaysia"

Antara pemidatonya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,YAB Lim Guan Eng,YB Dr Dzulkefly Ahmad,Siti Aishah Sheikh Ismail,YB Saifuddin Nasution,YB Law Choo Kiang,YB Dr Mansur Othman,Dato Dr Tan Kee Wong di Stadium Mini Jalan Betek Bukit Mertajam(brhadapan Mahkamah Majistret Bkt Mertajam

Ribuan penyokong hadir bagi mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat





DSAI.. dari belakang saja..




















Mereka lebih bahagia berdiri di sini..

Tiada ulasan: