wartamaya |
- Kerajaan Kemaruk
- SB kantoi kena halau
- Ceramah Cap Ayam ... ho ho ho
- Awang Selamat paling mulia ... wakakak ... ptuii !!
| Posted: 07 Aug 2010 09:22 PM PDT Saman ekor: Kerajaan Kemaruk Duit Rakyat PAS berpandangan tindakan saman ekor menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ianya bertentangan dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, realiti yang berlaku adalah saman diutamakan, rakyat dibebankan. Katanya, PAS bimbang rakyat yang menjadi mangsa saman ekor yang dilonggokkan sejak sekian lama akan tertekan untuk membayar saman. Justeru, ujarnya jalan mudah untuk membayar saman ialah dengan meminjam daripada along. "Kalau ini berlaku maka akan bertambah masalah sosial di negara ini," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. [ lagi ] Dah pokai ... muakakak !!! |
| Posted: 07 Aug 2010 09:16 PM PDT SB Kena Halau Cuba Intip Aktiviti KEADILAN SHAH ALAM 8 Ogos - Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu. Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu. Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu. Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor. [ lagi ] "Shuhhh anjing sapa la ni ....", kata Tok Moh. "Itu anjing liar tu ...tok", jawab Leman. "Telinga capang .. muakakak !!! sapa agaknya yang bagi tulang ... he he he", sambung Tok Moh. |
| Posted: 07 Aug 2010 09:15 PM PDT ![]() Pada ketika ini Ezam telah mudik kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Ezam ini terkena penyakit KKS - kurang kasih sayang. KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Ezam telah mundar-mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air liur basinya yang diludahkannya dahulu. Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip video salah satu dari ceramah Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini daripada siri ceramah perdana 'Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo'. [ lagi ] Wakakakak !! ... Ayam dalam kotak ... muakakak !!! |
| Awang Selamat paling mulia ... wakakak ... ptuii !! Posted: 07 Aug 2010 09:11 PM PDT ![]() Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat". "Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. "Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. "Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi. [ lagi ] Pirahhh mabok ... muakakakak !!! |
| You are subscribed to email updates from wartamaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan