Tukar Tiub |
| Posted: 15 Aug 2010 10:39 AM PDT MAKAN DAN MEMAHAMI TANDA MAKAN hari ini aku telah tidak lagi mencari makanan di restauran - aku cari masakan orang bali yang asli makanan direstauran bukan sahaja mahal tetapi tidak menarik selera. aku bertemu dengan tahu goreng bersama kuah kacang aku bertemu dengan bakso orang jawa aku bertemu dengan bebek garing orang bali aku bertemu dengan satay madura di bali tidak ada tempat untuk orang bali melepak di cafe semuanya di buat untuk memberi nikmat kepada mat saleh - orang bali tidak memiliki ekonomi untuk sama masuk ke restoran atau ke cafe. lalu tempat makan mereka kecil tersorok dan hampir kurang selesa disini tidak ada kelas pertengahan kamu ada duit atau kamu tak ada duit. SATE MADURA aku makan sate kambing madura - ini masakan mak cik dari madura - mereka ini beragama islam - kedai nya kecil. bila aku tanya berapa kilo kambing sehari - jawabnya dua ekor sehari - disembelih di rumah sendiri - nah ini bukan daging kotak bukan daging industri - daging segar - aku tidak suka daging kecuali daging segar dan yang baru di korbankan. kopi bali adalah antara kopi indon yang baik - hari ini entah berapa cawan aku minum. selesai makan sate aku meleser ke jalan utama - nah tetiba aku terperanjat melihat satu kumpulan orang dalam gelap tidak jauh dari pasar ubud awas - di bali ini - walau pun di jalan utama - tempat shopping utama - agak malap - ini mengingatkan aku dengan bangla - cuma di bali ini mungkin beberapa watt cerah sadikit drai dacca - gelap dan malap. bila aku rapati kumpulan orang ini maka aku baru sedar bahawa yang dikerumuni ilah seorang mak cik yang sedang menjual makanan. aku rapati dan melihat yang dijual ialah - ketupat,sayur kangkong dan kuah kacang - ini sahaja yang terupaya oleh orang biasa di bali - harganya 1000 rupiah berbandung dengan 40ribu rupiah untuk gado-gado atau nasi goreng. aku amat hairan kenapa mak cik ini berniaga dalam gelap ? tidak lama kemudian aku nampak lagi cahaya pelita - bila aku hampiri seorang mak cik bali sedang menjual kacang-kacang dan keropok. lampau minyak api jenis ini telah lama pupus di malaysia. banyangkan dihadapan seberang jalan mak cik ini ilah kedai polo dan dolce gabbana yang terang benderang - si mak cik hanya memakai pelita minyak. bila malam berterusan aku lihat ramai warga bali duduk duduk di tepi jalan ada yang mencangkong - tidak ada kerusi - mereka berkumpul kumpul melihat mat saleh bergaya masuk ke restoran - ini mengingatkan aku kembali di zaman sebelum merdeka di mana segala nikmat hidup hanya di rasakan oleh orang china atau mat saleh - aku masih ingat lagi ketika aku camping di port dickson yang 'enjoy ' hanyalah china dan mat saleh orang melayu ketika itu sama seperti yang aku lihat malam ini di ubud. memang di sini ada dolce gabbana - ada polo - ada prada - ada billybong - tapi warga bali hanya melihat para bulek bershopping dan bergembira menikmati hidup. tidak mungkin warga bali memiliki modal untuk bershopping. di satu lagi persimpangan jalan aku ternampak seorang kakak membawa raga - menjual keropok dan makanan yang lain - air dari thermos - inilah yang terdaya oleh ekonomi orang bali.inilah contoh kedai orang bali. ditepi tepi restoran pasti akan ada menebeng dua tiga lelaki bali - mereka bertanyakan setiap bulek yang keluar dari restoran sama ada memerlukan teksi atau tidak. jika bung karno melihat apa yang aku lihat pasti indonesia akan berevolusi sekali lagi. SANG SAKA esok adalah hari ulang tahun kemerdekaan - kau melihat sang saka di setiapa pelusuk. aku juga melihat cogan cogan kata yang ingin mengingatkan kepada makna kemerdekaan - yang yang tidak ada ialah gambar bung karno - malah gambar sang presiden hari ini juga tidak kelihatan. BERSEMBANG aku sempat bersembang dengan seoarang anak muda bali yang aku tanyakan kerjanya - dia menggangur - telah dua tahun. malah 50 ke 60 % anak muda di bali ini tanpa pekerjaan. ayahnya tukang ukir - sesekali ukiran terjual - pernah melamar kerja tapi gagal - ianya hanya bercita untuk menjadi pelayan - lihatlah bagaimana otak anak muda ini telah di jajah - dia tidak dapat befikir jauh selain dari menjadi hamba kepada bulek. SATU YANG POSITIF aku tidak nampak kedai jual bangkai lembu di sini dekat lapangan terbang aku ada ternampak kedai menjual bangkai ayam - di ubud tidak kelihatan langsung dua kedai jual bangkai ini. juga tidak kelihatan 7/11 disini. ini amat positif. orang tidur awal disini - tadi jam 11.00 aku pergi ke jazz cafe - banyangkan pemusik telah berhenti bermain. nota: ke mana perginya mokhtar lubis yang dulu dizaman sukarno bukan main bising mengkritik bung karno dengan senja di jakarta - aku yang melihat senja di bali ini tidak tahan - melihat warga bali hanya jadi hamba abdi kepada mat saleh |
| Posted: 15 Aug 2010 10:28 AM PDT NATANG BEWOK GANU BERAMOK LAGI gerombolan di terangganu terus bergaduh. kali akhir emat adun gagal datang apabila sembab datang melawat. hari ini ketua perhubungan ganu -hishamuddin hussein telah berkata bahawa warga ganu telah bosan kerana gerombolan terus beramok. nota: sebenarnya rakyat tak bosan sebenarnya seluruh malaysia gumbira bila gerombolan beramuk sebenarnya seluruh malaysia mahu gerombolan beramuk beramuklah sepanjang tahun beramuklah hingga pilihanraya beramuklah hingga hancur beramuklah dulu kamu sebelum kamu di humbankan kah kah kah !-- nuffnang --> |
| Posted: 15 Aug 2010 10:13 AM PDT MULA NAK BODEK CHUKONG dua beradik najib dan nizam telah cuba membodek para cukong. sampai mengakui bahawa mereka juga kaum pendatang kah kah kah... ini cukup low. lebih rendah dari low - esok dua beradik ini akan mengakui diri mereka juga dari kerala apabila nak ambil hati sami velu. dalam kes bodek cukong ini akhbar melayau dan berita hairan langsung tak ambil pot - ini ertinya akhbar miliki gerombolan ini tidak yakin terhadap dasar najib. kalau akhbar gerombolan ini tidak simpati pada najib - simpatinya pada siapa? pada ibrahim ali? pada sembab? atau pada toyo ? atau pada jubur terjulur julur kah kah kah. nota: hingga ke malam ini sembab tidak berkata apa apa. yang sibuk ke hulu ke hilir ialah perkasa dan ibrahim ali. kita tunggu apa kata madey tentang bodek cukong kita tunggu apa kata sembab tenang bodek cukong kita tunggu apa kata pejuang islam zul nordin kah kah kah |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan