Ahad, 29 Ogos 2010

SharpShooter

SharpShooter


Siapa berani tegur Rosmah berucap di Masjid tidak tutup aurat?

Posted: 28 Aug 2010 09:12 PM PDT

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

"Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. "Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid", katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan. "Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun.

Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun," katanya lagi. Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi. "Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi," ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

"Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.

Sharpshooter :- Alhamdulillah Ramadhan tahun ini isu agama ditimbulkan oleh UMNO..jika dikata jahil..tentulah marah pula...

Tetapi jika kita melihat isu ini dari sudut positif atau hikmahnya adalah :-

1) Hari ini semua orang faham bahawa berdoa untuk bukan Islam diberi taufik dan hidayah dibenarkan oleh Islam.

2) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan hadir ke majlis berbuka puasa.

3) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam Masjid atau surau tetapi biarlah menutup aurat.

4) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan membaca ayat Al-Quran atau Hadith dengan syarat bukan untk mempersendakan.

Inilah sebenarnya hikmah terbesar wujudnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan Keadilan, PAS dan DAP. Islam makin tersebar........

Cuma agak terkilan dengan 40 ulamak muda...apa dah jadi dengan mereka..mengapa diam membisu... sudah jadi ulam muda ka...

Mengapa isu YB DAP tidak tutup aurat dan memberi ucapan di surau ditimbulkan tetapi mengapa bila bik mama Rosmah berucap di masjid tidak menutup aurat, tidak ada siapa yang berani menegur?

Gambar ini menjelaskan segalanya....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Srikandi melangkah setapak lagi

Posted: 28 Aug 2010 08:18 PM PDT

Langkah menampilkan buat pertama kalinya Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dalam pemilihan parti sebagai calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) membuktikan kesediaan dan keterbukaan parti dalam mengenengahkan bakat baru sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan.

Selain Siti Aishah, sayap baru Wanita KEADILAN itu juga mencalonkan tiga tokoh muda barisan untuk jawatan dalam kepimpinan Wanita Pusat.

Dalam satu kenyataan media, Naib Ketua Srikandi II, Juwairiya Zulkifli berkata pemilihan parti kali ini bakal menyaksikan proses demokrasi tulen dilaksanakan dalam memilih kepimpinan parti yang buat kali pertama di lakukan oleh sebuah parti politik di Malaysia.

"KEADILAN sebuah parti muda yang dianggotai dan dibarisi oleh ramai kepimpinan muda, meraikan kepimpinan baru yang berpotensi untuk memimpin parti ini ke arah Malaysia yang baru.

"Srikandi sebagai sebuah sayap baru Wanita KEADILAN turut sama bergandingan dalam menyokong dan mengukuhkan parti dengan menyediakan pelapis kepimpinan muda parti.

"Segala kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada Srikandi pastinya akan dipikul sebaik mungkin oleh pimpinan Srikandi yang ada. Srikandi akan menghadapi semua proses pemilihan dengan baik dan menjadikan ia sebagai satu pengalaman baru yang cukup ternilai," kata Juwairiya.

Kata beliau, ruang dan peluang yang seluasnya dibuka oleh kepimpinan Wanita Pusat bagi melibatkan kepimpinan wanita muda di dalam menerajui Wanita KEADILAN wajar diberikan penghargaan dan ucapan terima kasih.

Srikandi menyokong penuh kepimpinan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin serta kepimpinan Wanita Pusat yang sentiasa memastikan suara dan pandangan kepimpinan wanita muda Srikandi diiktiraf dan diambil kira dalam usaha bersama mengukuhkan parti dan memperjuangkan hak rakyat.

Juwairiya menambah Srikandi akan terus memastikan wanita muda diiktiraf dan dihargai oleh parti dengan tekad setia dan keazaman tulus kepada perjuangan parti.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemimpin UMNO cemarkan Islam

Posted: 28 Aug 2010 07:51 PM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam."

"Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

"Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut.

Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik.

"Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi," katanya.

Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah.

"Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini.

"Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis," katanya.

Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010.

Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: