SharpShooter |
- Segera percepatkan siasatan Polis - TKM 1 P.Pinang
- Semboyan ISA telah berbunyi..kini surau disimbah cat.
- Sumbangan Ehya' Ramadhan di Kg Tok Panjang
- Sumbangan Ehya' Ramadhan di Kebun Sireh
- UMNO engkar fatwa Harussani
- Negara perlukan Dasar Pemilikan Hartanah Baru
- YB Sim berjiwa rakyat
- 10 usul membidas 10 budak hitam umno.
- Kenapa umno berdoa untuk kemenangan calon Hulu Selangor boleh?
| Segera percepatkan siasatan Polis - TKM 1 P.Pinang Posted: 23 Aug 2010 12:47 AM PDT KENYATAAN AKHBAR TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG Y.B. DATO' MANSOR BIN HJ. OTHMAN DI KOMTAR, GEORGE TOWN PADA 23.8.10Siasatan Polis Boleh Dipercepatkan Atas Tuduhan UMNO Bahawa Ada Masjid Di Pulau Pinang Terlibat Dalam Isu "Guan Eng Gantikan Agong" Perlu Demi Mempertahankan Maruah Semua Imam/Khatib Dan Masjid Di Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap siasatan polis dipercepatkan atas tuduhan UMNO bahawa ada masjid di Pulau Pinang yang terlibat dalam isu "Guan Eng Gantikan Agong" amatlah perlu demi mempertahankan maruah semua imam/khatib dan masjid di Pulau Pinang. Teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan negeri, JAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri. Oleh itu sekiranya ada mana-mana imam/khatib yang menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama YDP Agong, ini adalah salah dan maka tindakan keras haruslah diambil. Sehingga sekarang tidak ada seorang imam/khatib mengaku ada menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama YDP Agong sepertimana yang didakwa oleh UMNO. Malah seorang khatib/imam, Ustaz Zakaria Ahmad, menafikan tuduhan UMNO yang beliau terlibat dan menganggap tuduhan itu sebagai satu fitnah sama sekali. Sebenarnya, beliau hanya mendoakan Guan Eng diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam, di mana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang bukan Islam diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk memeluk Islam. Samada ini selaras dengan hukum Islam ataupun tidak, ianya harus diputuskan oleh para ulama dan pakar agama. Isu "Guan Eng gantikan Agong" yang dibangkitkan oleh UMNO perlu diputuskan kesahihannya samada benar atau tidak. Ini kerana beberapa masjid di Pulau Pinang berasa gelisah selepas dilandai fitnah UMNO mengatakan mereka terlibat dalam isu menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama Ketua Menteri. Oleh yang demikian siasatan polis diharap dapat disiapkan dengan segera supaya perkara yang begitu sensitif ini boleh diselesaikan dalam bulan Ramadan yang mulia ini sekaligus boleh mempertahankan maruah imam/khatib dan masjid seluruh Pulau Pinang. Kerajaan negeri rasa kesal bahawa UMNO telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang mulia ini dengan tuduhan-tuduhan melulu dan melemparkan fitnah ke atas Kerajaan negeri Pulau Pinang. Sehingga sekarang UMNO tidak dapat menunjukkan bukti JAIPP sediakan teks khutbah yang menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ataupun menunjukkan di mana kerajaan negeri, JAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada masjid atau surau untuk menggunakan nama Ketua Menteri. Adalah tidak adil dan patut bahawa sekarang ini masjid dan imam/khatib diheret dalam kacah permainan jahat UMNO semata-mata untuk memenuhi kegairahan politik UMNO untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri PR. Saya ingin mengulangi isi kandungan usul bersama pada mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang semalam yang menyeru rakyat dan penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO. Ini adalah kerana UMNO cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada beberapa kejayaan program kerajaan negeri seperti memberikan kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri; pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas; menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 ; Sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR); serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar. Y.B. Dato' Mansor bin Hj. Othman Timbalan Ketua Menteri 1 * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Semboyan ISA telah berbunyi..kini surau disimbah cat. Posted: 22 Aug 2010 11:15 PM PDT Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini. Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis. Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.
Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri). Mereka menemui satu botol arak yang mengandungi cat merah di situ. Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu. Sementara itu, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.
Sharpshooter : Teringat peristiwa buang babi dalam masjid tetapi berbungkus plastik. Semua itu adalah kerja orang Melayu yang cuba menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Semboyan ISA telah berbunyi, jangan terperangkap. Orang yg sedang nazak, sanggup buat apa sahaja. Mereka mahu negara diisytihar darurat dan akhirnya semua pimpinan Pakatan Rakyat akan ditangkap. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Sumbangan Ehya' Ramadhan di Kg Tok Panjang Posted: 22 Aug 2010 10:55 PM PDT Seramai 14 orang menerima bantuan PUZ di Kg Tok Panjang yang disampaikan oleh YB Ong Chin Wen.![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Mat Saufi Ketua Pemuda PAS Batu Kawan menjadi Pengerusi Majlis. Beliau adaah sahabat baik Rosli Sosialis Hijau (Warga Miskin Kota)...:-)Terimakasih pada semua yang menjayakannya. semoga Allah memberkati usaha yang sekecil ini..amin.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Sumbangan Ehya' Ramadhan di Kebun Sireh Posted: 22 Aug 2010 10:07 PM PDT Encik Kamal selaku Pengerusi JKKK Kebun Sireh Ancik Mat Kamal bersyukur dengan sedikit usaha dari YB Ong Chin Wen untuk mendapatkan sedikit bantuan dari PUZ bagi membantu mereka yang memerlukan di Kebun Sireh. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Seramai 14 penerima bantuan PUZ yang disampaikan oleh YB Ong Chin Wen di Kebun Sireh. Majis ditutup dengan bacaan doa oleh Hj Ariffin dalam bahasa Arab. Mujur beliau tidak sebut nama YB Ong dalam doanya, kalau tidak jadi isu pula...he..he..* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 22 Aug 2010 09:30 PM PDT | ||
| Negara perlukan Dasar Pemilikan Hartanah Baru Posted: 22 Aug 2010 08:45 PM PDT Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya terhadap polimik isu 30% mahupun kuota yang sedang berlangsung di antara pimpinan parti komponen BN dan Perkasa.Malah gesaan YB Tony Pua untuk menghapuskan kuota bumiputera untuk pembelian hartanah mewah bernilai RM500 ribu ke atas perlu diberikan penilaian yang sewajarnya. Pendekatan bermusim membangkitkan isu ini perlu dihentikan kerana ianya sehingga hari ini gagal membantu mereka yang menjadi mangsa dasar yang berniat baik tetapi gagal memberi keadilan ke pada semua warga Malaysia terutama mereka yang perlu dibantu. Warga Balik Pulau, Melayu dan juga bukan Melayu contohnya, hari ini menjadi penonton pembangunan hartanah mewah yang rata-rata melangkaui kemampuan majoriti penduduk setempat. Semenjak penghujung 1990an banyak projek-projek perumahan diluluskan dengan rancak sekali. Rata-rata harga jualan di antara RM300-900 ribu yang diluar kemampuan penduduk setempat. Kawalan hanya terhadap pelan sahaja. Bagaimana dengan harga? Adakah kita perlu pasrah dengan pasaran apabila tidak ada dasar dan mekanisme yang mengawal? Isunya kenapa dengan kewujudan 30% dan kuota yang ditetapkan atas nama 'Kontrak Sosial' berpuluh-puluh tahun orang Melayu masih bergelut dengan hak pemunyaan hartanah (property ownership)? Ramai yang masih merempat di kampong sendiri. Definisi perundangan menjadikan mereka 'setinggan' kerana tinggal di atas tanah orang lain. Di mana 30%? Di mana Kuota? Apakah dasar sekarang mampu menjamin niat anak orang muda yang mahu memilki rumah yang selesa buat keluarga tersayang? Saya yakin benak hati Datuk Chua Su Lek (MCA), Koh Tsu Koon (GERAKAN), YB Tony Pua (DAP) dan pimpinan Pakatan Rakyat lain berbanding agenda perkauman sempit Perkasa hanyalah satu, iatu Keadilan (Justice) untuk semua tanpa mengira batasan kaum, agama dan bangsa. Kita tidak lagi boleh melihat keadilan daripada kacamata satu bangsa sahaja. Yang lebih penting mereka yang menjadi mangsa ketidakadilan perlu dibela! Lantaran itu, saya menggesa kerajaan pada hari ini agar mengeluarkan Dasar Pemilikan Hartanah (Property Rights) baru yang lebih menyeluruh bagi mengawal lebihan pasaran (market excess) yang menafikan hak mereka yang kurang berkemampuan serta harga hartanah yang melampau! Pasaran yang sihat perlu untuk keusahawanan pengusaha tetapi manipulasi dan lebihan pasaran (market excess) perlukan penyeliaan.YB YUSMADI YUSOFF Ahli Parlimen Balik Pulau * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 22 Aug 2010 07:39 PM PDT Adun Pantai Jerejak, YB SIM TZE TZIN dengan kerjasama JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Nibong Besar telah menganjurkan Hari Keluarga di Padang Taman Sri Nibong.![]() Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Menurut YB Sim, objektif program sebegini diadakan adalah untuk memupuk semangat kejiranan dan pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan ahli keluarga. Masyarakat yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di mana mereka bersama-sama berkumpul di awal pagi untuk mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan. Walaupun program ini lebih memberi penekanan kepada golongan kanak-kanak malah, ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam memeriahkan program tersebut. YB Sim juga berpendapat melalui program ini, keakraban antara masyarakat dan wakil rakyat dapat dijalin dan ini juga merupakan prinsip utama kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang Berjiwa Rakyat iaitu mendekati rakyat secara berterusan. ![]() Pada masa yang sama beliau juga amat teruja dengan inisiatif yang diambil oleh JKKK Kampung Sungai Nibong Besar untuk menganjurkan program sebegini dan berharap pada masa akan datang lebih banyak lagi program kekeluargaan seperti ini dapat diadakan. ![]() Beliau juga menegaskan bahawa program-program sebegini adalah amat penting kerana ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan sekali gus merealisasikan impian kerajaan PR menjadikan Pulau Pinang sebagai habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan dan harmoni. ![]() YB Sim meramah mesra dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai pertandingan makan buah epal paling pantas. YB Sim adalah di antara YB yang paling bergerak aktif di dalam kawasannya. Tidak salah rasanya jika Sharpshooter mengatakan beliau adalah seorang YB yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat Nasional. Sehubungan dengan itu, Sharpshooter bersama AMK P.Pinang akan memberi sokongam yang tidak berbelah bagi sekiranya YB Sim bertanding sebagai calon Naib Ketua AMK Malaysia. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| 10 usul membidas 10 budak hitam umno. Posted: 22 Aug 2010 10:40 AM PDT GEORGE TOWN, 22 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang hari ini mengulangi ikrar setia kepada Yang di-Pertuan Agong ketika ia berusaha untuk menangani kontroversi mendakwa nama Tuanku Mizan Zainal Abidin digugurkan dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng. Umno menyenaraikan enam masjid yang didakwa menggunakan nama Ketua Menteri, yang khutbah keduanya disampaikan oleh khatib-khatib jemputan sejak Februari lalu walaupun laporan awal menyebut ia disampaikan dua Jumaat lalu. PR sekali lagi menafikan dakwaan itu hari ini. Mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim hari ini meluluskan resolusi 10 perkara berhubung isu tersebut. Antara lain yang menghadiri mesyuarat hari ini ialah Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu Rosidi Hussain. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman berkata, resolusi yang dicapai mengiktiraf Yang di-Pertuan Agong sebagai pemimpin teragong negara ini. Resolusi itu juga menggariskan pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dengan agama lain boleh diamalkan selaras dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persektuuan. Mansor berkata, resolusi itu juga menggesa Umno agar mengambil tindakan tegas terhadap khatib dan imam yang didapati menggunakan nama Lim dalam khutbah-khutbah dimaksudkan oleh mereka. "Kerajaan negeri mahu Umno berhenti daripada memainkan politik perkauman yang mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat pelbagai agama di negeri ini," kata beliau. Beliau juga mempertahankan bahawa nama Lim tidak pernah digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang dan sebagaimana didakwa oleh akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia kelmarin. Kata beliau, PR juga berharap rakyat Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan muslihat digunakan Umno dalam mengalih pandangan daripada usaha kerajaan negeri membantu rakyat emas atau menambah peruntukan untuk aktiviti agama Islam di negeri itu. Kelmarin, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Abdul Malik Kassim berkata jabatan hal ehwal agama Islam tidak pernah menerima ataupun mengeluarkan arahan agar nama Lim digunakan dalam khutbah Jumaat. Bagaimanapun beliau mengakui beberapa khatib ada menyebutkan nama Lim dalam konteks mendapat hidayah Allah agar beliau menerima Islam. Dalam mesyuarat tersebut Abdul Malik telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP. 10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. 2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. 3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. 4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO. 5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. 6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu "Guan Eng gantikan Agong" dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini. 7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri. 8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. 9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri. 10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Kenapa umno berdoa untuk kemenangan calon Hulu Selangor boleh? Posted: 22 Aug 2010 09:50 AM PDT Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau sebagai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil. "Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau. Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat "negarawan" tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu. "Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin. "Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori. Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat. "Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya. PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR. "Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan," katanya.
Katanya, jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat. "Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan," katanya. Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional. Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara. "Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara," kata beliau. Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam. Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal. "Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam. "Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata pemimpin itu. Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini. "Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai," kata mereka. Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini. Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada "Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng" dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






























Tiada ulasan:
Catat Ulasan