SharpShooter |
- Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya' Ramadhan Kadun Bukit Tengah
- Guan Eng diserang
- 3 anak buah cabar Ezam
- Hudud cara penyelesaian terbaik gejala "bunuh bayi"
- Tak benar nama saya digunakan dalam Khutbah Jumaat - Guan Eng
- UMNO protes sebut Guan Eng dalam Khutbah Jumaat
Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya' Ramadhan Kadun Bukit Tengah Posted: 20 Aug 2010 12:22 AM PDT Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya' Ramadhan Kadun Bukit Tengah Tarikh : 21 Ogos 2010 Hari Sabtu 10.00 pagi : Di Masjid Sg Semilang 23 penerima sumbangan 11.00 pagi : Di PASTI Kg Sekolah 13 penerima sumbangan 12.30 tgh : Di PASTI Kebun Sireh 17 penerima sumbangan 3.00 ptg : Di Kedai Mohd Sofi, Kg Tok Panjang 14 penerima sumbangan 22 Ogos 2010 Hari Ahad 2.00 ptg : Dewan Flat Bayu Mutiara 29 penerima sumbangan Semua dijemput hadir. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 19 Aug 2010 08:58 PM PDT Muka depan Utusan Meloya hari ini terus memainkan sentimen perkauman Melayu meloya sempit dan yang terbaru umno cuba mengheret Guan Eng dengan Agong pula kononnya khutbah kedua Jumaat menggantikan nama Guan Eng dari nama Agong. Sebagai rakyat P.Pinang, sharpshooter terasa amat malu dengan sikap dangkal umno yang seolah gila talak meroyan tak tentu pasal. Bukti tidak ada tetapi terus serang Guan Eng dengan tuduhan tersebut malah Guan Eng semalam menafikan dan beliau tidak tahu menahu pun dan telah arahkan YB Malik Kassim selaku Exco Agama untuk menyiasat perkara tersebut. Tetapi seperti yang kita semua sedia maklum, kenyataan Guan Eng menafikan isu tersebut tidak disiarkan dalam surat khabar Melayu seperti juga kenyataan Guan Eng tentang bonus duit raya RM400. Begitulah peranan surat khabar Melayu milik umno yang terus memperbodohkan orang Melayu terutamanya Melayu umno dari dulu...kini...dan selamanya.... Sebelum Ramadhan, Sharpshooter pernah solat Jumaat di Masjid Tok Lebai Hashim, Bukit Minyak. Ketika itu Khatib berkhutbah bukan membaca khutbah. Ada beza khatib berkhutbah dengan khatib membaca khutbah. Khatib membaca khutbah bermakna khatib hanya membaca teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam P.Pinang tetapi khatib yang berkhutbah adalah khatib yang berkhutbah tanpa teks dan beliau berkhutbah dengan niat memberi kesedaran kepada jamaah yang hadir. Dalam khutbah keduanya dalam doanya khatib tersebut berdoa kepada Tuan Yang Terutama P.Pinang dan juga kepada Yang Di-pertuan Agong, Tuanku Mirzan Zainal Abidin. Malah khatib tersebut juga berdoa kepada Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng agar Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya, agar Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam dan dapat menjalankan pemerintahan dengan seadil-adilnya. Persoalannya adakah ia satu kesalahan jika kita berdoa untuk Ketua Menteri yang bukan Islam agar suatu hari Allah akan memberi taufik dan hidayah kepadanya dan akan memeluk Islam. Tidak ada salahnya pun malah memang ini dituntut oleh Islam tetapi malangnya lebai malang umno tidak boleh terima dan pada fahaman mereka yang jumud seolah-olah hanya Melayu yang Islam dan Islam itu Melayu. Ini adalah satu fahaman kurafat yang ditegah oleh Islam sama seperti hanya umno yang boleh perintah negeri dan negara. Sementara itu di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong, Guan Eng berhasrat untuk berkunjung ke masjid tersebut dan bertemu dengan pengurusan masjid tersebut untuk berbincang dan seterusnya ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat pada 20 Ogos 2010 Jumaat (hari ini). Tetapi sekali lagi malangnya, Apa yang terjadi pihak pengurusan Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong menolak kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang ke masjid dengan memberi berbagai-bagai alasan oleh pihak pengurusan masjid. Sekali lagi peristiwa Masjid Terapung Tanjung Bungah pada tahun 2008 memberi peringatan usaha menolak kehadiran Ketua Menteri ke masjid adalah salah satu agenda perancangan UMNO Bukit Bendera. Sementera itu, Utusan Meloya melaporkan semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya. Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan. Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau. Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan. Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan. Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang. Pada masa sama, seorang lelaki yang sangat dikenali rakyat negeri ini memerhatikan Guan Eng dengan reaksi yang amat marah. Justeru, pasukan Cawangan Khas yang menyaksikan perkara itu meminta pihak pengurusan masjid menasihatkan Guan Eng supaya pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dan beliau akur dengan permintaan itu. Ekoran kejadian tersebut juga, seorang lelaki bertindak cuba membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan Guan Eng berhubung isu perniagaan di Komtar. Baru-baru ini juga, seorang lelaki, Ali Ahmad Ariff, 63, terpaksa bersemuka dengan Guan Eng sendiri bagi mendapat penjelasan daripada mulut pemimpin itu sendiri mengenai beberapa isu khususnya yang melibatkan orang Melayu. Lelaki tersebut yang juga dikenali Pak Ali sempat menepuk bahu kiri Guan Eng berikutan tidak puas hati dengan Ketua Menteri itu yang didakwa bersikap rasis dan menindas orang Melayu di negeri ini. Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP) di tingkat dua Menara Komtar. Inilah bahan cerita yang dimuatkan dalam Utusan Meloya yang berterusan menyerang Guan Eng. Tetapi terus terang dikatakan, semasa sharpshooter pernah hadiri sidang media bersama Guan Eng di KOMTAR, beliau percaya dan berkata ini semua ada hikmahnya dan beliau akan terus bersedia menghadapi serangan berterusan dari UMNO dan BN. Inilah ilmu yang ada pada Guan Eng yang banyak mendalami ilmu Islam. Semoga Allah membuka pintu hatinya...InsyaAllah... Syabas diucapkan kepada Guan Eng yang terus mempertahankan dirinya dan menyerang balas terhadap UMNO dan BN. Cuma ramai yang bertanya pada sharpshooter, mana hilangnya suara TKM 1 dalam isu Melayu yang berbangkit. Saya kata adaaaaaa... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 19 Aug 2010 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Senator Ezam Mohd Noor dicabar membawa saksi serta bersumpah di mahkamah mengikut syarak berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat melalui sesawang sosial Twitter. Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin pada satu kenyataan di perkarangan kompleks Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) menganggap aduan tuduhan qazaf Ezam itu sebagai langkah permulaan mencabar bekas Ketua AMK itu."Kalau dia berani, bawa empat orang saksi dan sumpah di mahkamah supaya keterangannya direkod dan biarlah sesuatu kes itu berjalan mengikut kaedah dan hukum yang ditetapkan syarak." Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 14 April lalu telahpun menolak suatu permohonan yang dilakukan oleh Anwar sendiri. Ezam yang juga bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) dicabar berdebat oleh bekas 'anak buahnya', Mohd Nazree Yunus berhubung isu rasuah di Selangor. Mohd Nazree yang juga bekas Pengerusi Gerak membuat pengumuman demikian tengah hari tadi pada dinding sesawang sosial Facebooknya. Beliau yang juga anggota AMK Nasional ketika dihubungi kemudiaan berkata, cadangan tersebut ekoran Mohd Ezam melemparkan pelbagai dakwaan yang mengelirukan sepanjang aktiviti kempen Selamatkan Selangor belakangan ini. "Terlalu banyak dakwaan beliau yang mengelirukan, saya cadang perdebatan isu pasir dan penyelewengan dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi kalau beliau bersedia dialog secara fakta pun saya sedia," ujarnya. Ujarnya, surat jemputan debat dan dialog akan dihantar kepada Mohd Ezam dalam masa terdekat supaya rancangan tersebut boleh diadakan selepas hari raya puasa, iaitu sekitar Oktober depan. Difahamkan, Mohd Nazri turut bercadang mendedahkan beberapa aktiviti tidak wajar Mohd Ezam sebelum 'bos'nya itu menyeberang ke kem Umno Barisan Nasional di samping mendedahkan fakta sebenar berhubung isu curi pasir dan pentadbiran kerajaan Selangor. Sementara itu, Ezam pada petang ini dijangka turut diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) oleh seorang lagi 'anak buah'nya atas tuduhan membuat dakwaan palsu atau qazaf ke atas bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin bertindak demikian gara-gara Ezam yang juga bekas Ketua AMK Nasional menggunakan sesawang sosial Twitter dengan mendakwa Anwar sebagai pelaku liwat. Ezam kalau gagal kemukakan saksi wajib dirotan dengan 80 kali sebatan. Sementara itu ada juga usaha sedang rancak dibuat agar Chegu Bard berdebat dengan Ezam. Chegu Bard dalam kenyataan terbaru dalam blognya menyelar Ezam kerana menggunakan politik selak kain dianggap tidak bijak. Chegu Bard juga mempersoalkan ke mana hilangnya semua dokumen-dokumen rasuah yang pernah Ezam laporkan kepada SPRM. Mungkinkah Ezam akan menerima cabaran ketiga-tiga anak buahnya yang dianggap penderhaka kerana mencabar dan melawan bekas bos mereka? Atau mungkinkah Ezam akan terus menyorok di bawah ketika mak? Apa kata anda.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Hudud cara penyelesaian terbaik gejala "bunuh bayi" Posted: 19 Aug 2010 07:36 AM PDT Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah. Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama. Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang. "Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, hari ini. Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa. Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini. Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat. Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata. Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya. "Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Tak benar nama saya digunakan dalam Khutbah Jumaat - Guan Eng Posted: 19 Aug 2010 06:53 AM PDT "Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya," kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. "Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat," kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka. "Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi. Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan. Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat. Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. "Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya. Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya' Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan. "Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri," kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan. "Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
UMNO protes sebut Guan Eng dalam Khutbah Jumaat Posted: 19 Aug 2010 06:44 AM PDT KEPALA BATAS: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. "Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini Khamis. Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya. Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. "Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya. Ahmad Zahid berkata beliau turut dimaklumkan mengenai tindakan sebuah pusat khidmat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang didakwa menyalurkan duit kutipan bazar Ramadan untuk kegunaan pusat khidmat berkenaan. Katanya duit kutipan bazar Ramadan yang dibuka di kawasan tanah rizab masjid itu sepatutnya disalurkan untuk kegunaan masjid dan bukannya menampung kegiatan politik. "Kerajaan negeri Pulau Pinang harus lebih sensitif dalam hal ehwal agama Islam, sekiranya mahu mewujudkan kesamarataan perlulah dengan kaedah yang betul," katanya. Ahmad Zahid juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang yang prihatin dengan perkembangan semasa di negeri itu. - BERNAMA * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan