Rabu, 18 Ogos 2010

SharpShooter

SharpShooter


Anwar dan Chua Jui Meng sedang disiasat

Posted: 17 Aug 2010 09:16 PM PDT

Inilah gambar terbaru yang dikirim oleh YB Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerejak menunjukkan Anwar dan Chua Jui Meng sedang disoal siasat berhubung kes isu gambar Sultan Johor.

Siasatan ini dilakukan di Pejabat Keadilan Pusat di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya.


Keratan akhbar yang menunjukkan Baginda Murka, UMNO menafikan itu kerja mereka. Mat Sembab mungkin baling batu sembunyi tangan.

AMK Johor beri amaran kepada UMNO Johor dan Mat Sembab yang menuduh Keadilan yang buat banner itu untuk mencetuskan kemarahan Sultan Johor.

AMK Johor juga manarik balik tuduhan tersebut dan menuntut Mat Sembab minta maaf kepada Sultan Johor dan Keadilan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Politik perkauman Perkasa-UMNO sangat bahaya.

Posted: 17 Aug 2010 05:26 PM PDT

Di dalam keghairahan mendapat perhatian di dalam media dan sokongan masyarakat umum yang berada di atas pagar dan mereka yang benar-benar tidak mendapat maklumat sebenar, Perkasa telah menggunakan kaedah menjadikan seorang mangsa sebagai kambing hitam.

Persoalannya siapakah yang benar-benar layak di kambing-hitamkan? Akhirnya, individu yang "bertuah" tersebut ialah Helen Ang, seorang wanita berbangsa Tionghua dan penulis rencana yang agak moderate tetapi kadang-kadang menyengat.

Rencana-rencana tulisannya disiarkan di dalam media sesawang Malaysiakini dan Centre for Policy Initiatives.

Perkasa mencadangkan agar Helen disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di dalam laporan polis yang dikemukakan, mereka mendakwa Helen "dengan angkuhnya" memburuk-burukkan Yang Di-Pertuan Agung Tuanku Mizan dengan mempertikaikan kuasa baginda.

Media propaganda Umno, Utusan Malaysia pula melemparkan tuduhan liar melaporkan, "Perkasa minta polis siasat Helen Ang pertikai hak Melayu, Islam" dan "Perkasa lapor portal pertikai Islam".

Rencana beliau yang agak menimbulkan kemarahan Perkasa ialah melalui artikelnya bertajuk "Enforcing NEP on minority religions" yang disiarkan pada Ogos 4 di CPI.

Aku mula mengenali Helen Ang ini selepas beliau mengajak aku bersama-sama menyumbang di laman CPI. Kemudiannya, aku dijemput sebagai speaker forum di BUM2009 pada Mei 16, 2009 di mana beliau sebagai moderator sesi perbincangan yang diadakan dalam Bahasa Melayu. Ahli-ahli panel lain terdiri daripada Fathi Aris Omar (pengarang Malaysiakini), Fahri Azzat (laman Loyar Burok) dan A.Kadir Jasin (mantan pengarang kumpulan NSTP).

Di kebanyakan waktu aku berjumpa dengannya, Helen berbaju kurung ringkas dan kami berbahasan Melayu – seolah-olah aku sedang berbicara dengan seorang wanita Melayu terakhir.

Beliau berwajah riang, bersuara lembut dan berwatak feminin.

Sekiranya kita melihat definisi Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan, seorang Melayu ialah individu yang memenuhi tiga criteria; 1) mengamal adat Melayu 2) berbahasa Melayu 3) beragama Islam.

Ya, Helen sudah memenuhi dua kriteria yang boleh menjadikan dia "Melayu". Sehingga ada Melayu sendiri yang tidak memenuhi ketiga-tiga criteria tersebut dan masih mengakui mereka Melayu – sekiranya kita mengenakan syarat "keMelayuan" yang agak cerewet – misalannya berpakaian pyjamas dan bukan sarung ketika tidur, makan dengan sudu garfu, berbahasa Inggeris di rumah dan tidak sembahyang.

Di dalam kelembutannya itu, ada juga ketegasan yang dipaparkan. Pada Mei 7, 2009, Helen bersama-sama 35 orang yang lain ditahan semasa berhimpun dan berpakaian hitam sewaktu punahnya demokrasi di Perak.

Aku bertanya sendiri, "manakan pula wanita yang aku kenali sebegini sanggup untuk menggugat kepentingan Melayu?"

Aku membaca dua kali lalu rencana yang dituliskannya itu dan tidak satu pun perkataan yang merujuk kepada Tuanku Mizan atau pun YDP Agong.

Sanggup mereka ini melontar tohmahan sebegini.

Senjata sebegini sudah tentu akan memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk bertindak – tanpa usul periksa. Lihat apa yang berlaku kepada Teresa Kok melalui laporan berita isu makanan anjing dan pakaian di luar masjid sengaja diperbesarkan oleh akhbar berbahasa Melayu itu bagi menanam kebencian orang Melayu terhadapnya.

Teresa menuduh isu perkauman dan agama dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin Umno Selangor. Di Selangor terdapat 55 peratus penduduk Melayu, 30 peratus Cina dan 14 peratus India. BN menyedari bahawa semasa pilihan raya umum lalu, pengundi Melayu mengundi calon Pakatan Rakyat. Ini adalah penting bagi Umno untuk menarik kembali pengundi Melayu di Selangor. Jadi, Utusan Malaysia dan TV3 menjadi saluran mereka.

Melalui perkara yang berlaku terhadap Teresa ini, diharap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sedar bahawa politik perkauman yang dimainkan oleh Umno amat berbahaya bagi kita semua. Namun, sekarang Perkasa cuba mempermainkannya pula.

Teresa bukan seorang yang tidak memahami budaya Melayu dan Islam. Teresa mendapat gred A bagi mata pelajaran Tamadun Islam dalam pengajian universitinya. Baginya, banyak persamaan baik di antara Kristian dan Islam. Beliau mampu menghayatinya terutama dari segi nilai dan pandangan terhadap dunia.

Begitu juga Helen bukan seorang yang tidak memahami budaya Melayu. Pada bulan Mac tahun lepas, beliau telah menyertai demo jalanan bagi mempertahankan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita.

Beliau telah menceritakan tentang pengalamannya ketika terlibat dalam protes tersebut: "Perjuangan (bagi memansuhkan PPSMI) didokong masyarakat pelbagai bangsa yang bersatupadu dan berhimpun seramai lebih kurang 8,000 orang di perkarangan Masjid Negara petang Sabtu lalu. Kami telah dijemput oleh seorang (wakil yang) menggunakan pembesar suara supaya memasuki halaman masjid untuk menggelakkan diri daripada terkena semburan meriam air ('water cannon') dan gas pemedih mata]".

Rencananya yang menyokong agar matapelajaran Sains dan Metamatik diajar dalam Bahasa Malaysia ataupun bahasa ibunda (baca "Math and Science: The case for BM") jelas menunjukkan keprihatinan beliau terhadap nasib para pelajar di kawasan luar bandar – kebanyakannya budak Melayu kampung – yang ketinggalan dalam kedua-dua matapelajaran tersebut angkara dasar bahasa pengantar dialihkan kepada Bahasa Inggeris.

Penahanan Teresa di bawah ISA dan mencadangkan agar Helen ditahan di bawah ISA juga adalah suatu saya menganggap sebagai jalan terakhir bagi Umno dan Perkasa ini.

Bagaimana orang Melayu dan penganut Islam boleh dihormati sekiranya bersikap sedemikian? Orang Melayu Islam sepatutnya lebih mesra dengan bangsa-bangsa lain dan penganut agama lain bagi menarik perhatian mereka mengenali dan memahami budaya. Inilah yang terpenting.

Faisal Mustaffa

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemuda PAS cabar Ridzuan TEE masuk UMNO

Posted: 17 Aug 2010 05:17 PM PDT

Dewan Pemuda PAS pusat mencabar kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyertai Umno jika terus-menerus mahu menuduh parti-parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) tanpa asas dan tidak tentu arah.

"Sekiranya begini kenyataan beliau, Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar beliau menyertai Umno dan istiharkan dengan cara terbuka," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani dengan merujuk kepada tulisan terbaru dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Kata Azman, pihaknya menyifatkan kenyataan Ridhuan tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi.

"Beliau yang merupakan seorang yang berkelulusan doktor falsafah dan diploma dalam pengajian Islam sepatutnya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan," katanya.

Dewan Pemuda PAS merujuk kepada artikel yang ditulis Ridhuan yang bertajuk 'jangan terlalu berani mencabar' terbitan Mingguan Malaysia Ahad lalu, yang antara isi kandungannya berbunyi 'walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam'.

Tulisan itu juga menggesa mereka yang mempersoalkan hak orang Melayu dan Islam balik ke negara asal masing-masing.

"Ini merupakan satu pertuduhan yang serius yang boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam, malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijma' ulama.

"Dalam kuliah-kuliah agama dan ceramah-ceramah, PAS hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak tergelincir daripada hukum syarak walaupun dalam berpolitik kerana Islam itu syumul dan tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dunia.

"Dewan Pemuda PAS mencabar agar dibuktikan individu mana yang pernah PAS kafirkan?" katanya lagi.

Kata beliau, Ridhuan juga seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan sendiri.

"Dewan Pemuda PAS mendesak beliau agar menarik balik kenyataan tersebut yang dilihat lebih cenderung memburukkan PAS.

"Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya lagi.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PERKASA permudahkan Pakatan Rakyat tawan Putrajaya

Posted: 17 Aug 2010 04:37 PM PDT

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.

"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Soi Lek memberi alasan, pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid menyifatkan Soi Lek sebagai pemimpin MCA yang lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Tegasnya, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain harus sedar bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

"Jangan kerana semata-mata hendak menagih sokongan masyarakat Cina, Soi Lek lupa kepada sejarah. Nilai kejujuran dan saling menghormati hak yang telah dipersetujui inilah yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman selama ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Soi Lek yang disifatkannya sebagai sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Menurutnya, Soi Lek sepatutnya belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

"Inilah sikap cauvanis Soi Lek. Sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN," dakwanya.

Sharpshooter :- Terimakasih PERKASA kerana permudahkan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada PRU 13.

Masih menuggu PERKASA buat memorandum untuk gugurkan MCA dalam kabinet.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rizal Hamid dan Pak Sedara Pupu Anwar terlantar di Hospital

Posted: 17 Aug 2010 02:12 AM PDT

Naib Ketua AMK P.Pinang, Rizal Hamid kini terlantar di Hospital. KPJ Penang Specialist Hospital, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Beliau kini berada di Wad 499 kerana mengidap penyakit batu karang. Sewaktu sharpshooter tiba tengahari tadi, beliau baru sahaja menjalani pembedahan dan baru sedar dari pengsan.

Alhamdulliah, ramai sahabat-sahabat seperjuangannya dari Nibong Tebal hadir melawatnya. Semalam beliau berbuka puasa bersama isteri dan anak-anaknya di Hospital.

Inilah batu karang yang telah berjaya dikeluarkan. Semalam beliau buang air kecil berdarah. Sakitnya hanya Allah yang tahu...katanya. Waktu lawatan 12.00tgh - 3.ooptg dan 5.00ptg -9.30malam.

Sesungguhnya dalam Islam sakit itu adalah kifarat dosa. Banyakkan istigfar, banyak berdoa mudah-mudahan cepat sembuh.

Nantikan artikal pejuang lama dan baru di Nibong Tebal.

Agak terkejut juga bila tahu Rizal Hamid masuk wad sebab sharpshooter baru sahaja bersamanya ke Yayasan Aman, Majlis Berbuka Puasa.

Azmin Ali hadir dan cara serta gaya Azmin Ali berucap mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai Timbalan Presiden Keadilan. Orang politik bila berucap kena baca apa yang tersurat dan tersirat.

Sebelum itu, pada hari Sabtu sharpshooter sempat menziarahi YB Ustaz Salleh Man Adun Permatang Pasir yang baru keluar dari wad Hospital Bukit Mertajam selama 10 hari.

Semasa bertemu beliau di rumahnya Kg Pisang, Cherok To' Kun Atas, beliau kelihatan sangat lemah dan susah untuk duduk sebab mengidap sakit usus. 24 Ogos beliau sekali lagi terpaksa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sebelum itu kami melawat Pak Sedara Pupu Anwar Ibrahim yang terlantar di Hospital Kulim. Rumahnya di Tanah Liat, Sungai Semambu. Mereka suami isteri masuk wad di Hospital Kulim. Beliau mengidap sakit kanser usus.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Anak mereka masih koma di Hospital Seberang Jaya. Berita di selanjutnya di sini.

Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan mereka semua cepat sembuh.. amin.

Berita terkini mereka semua sudah keluar wad dan kini berada di rumah Tanah Liat, Sg Semambu.

Kepada pembantu khas Anwar Ibrahim, bila Anwar Ibrahim atau Wan Azizah datang ke P.Pinang, masuklah dalam jadual lawatan untuk menziarahi mereka.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: