Rabu, 4 Ogos 2010

SharpShooter

SharpShooter


Siapa tembak Siapa?

Posted: 03 Aug 2010 09:21 PM PDT


Naib Ketua Pergerakkan Wanita Bahagian Tanjung Karang, Allahyarhamah Siti Rohana Ismat. - Bernama
Misteri kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan pagi semalam terus menjadi perbualan dengan pelbagai teori dilontarkan.

Pelbagai andaian dibangkitkan bagaimana kedua-dua pemimpin Umno Tanjong Karang ini boleh terbunuh sebelum kereta mereka merempuh pembahagi lebuh raya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu.

Ia mempertikaikan 'kemahiran' melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul

Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.



Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang.

Dalam pada itu, Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan sepatutnya berkumpul bersama ahli keluarga termasuk adik-beradiknya malam tadi bagi meraikan kedatangan Ramadan.

Majlis berkumpul beramai-ramai yang diadakan seminggu sebelum Ramadan ini merupakan acara tahunan diraikan Abdul Aziz itu bersama keluarga terdekatnya.

Ramadan bermula minggu depan.

Namun, majlis makan malam bertujuan merapatkan hubungan keluarga itu bertukar menjadi kenduri arwah berikutan kematian mengejut Abdul Aziz, kata portal Malaysia-instinct.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd. Anis Hisham, 33, yang kali terakhir beliau bertemu bapanya pukul 9 pagi semalam di rumah mereka di Shah Alam memberitahu:

"Kematian ayah mengejutkan saya dan semua ahli keluarga yang lain kerana ia berlaku menjelang Ramadan yang mana kami sudah merancang berkumpul untuk makan di rumah salah seorang saudara di Shah Alam malam ini (tadi)."

Mohd. Anis Hisham yang juga Exco Pemuda Umno berkata, sebagai anak bongsu dan lelaki tunggal daripada tiga beradik, beliau memang rapat dengan bapanya memandangkan kedua-dua mereka terlibat dalam politik.

Malah, katanya, beliau langsung tidak menyangka bahawa hubungan mereka bertambah rapat sejak akhir-akhir ini merupakan petanda Allahyarham akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Sementara itu, adik Allahyarham, Rasiah Mohd. Noh, 63, berkata, beliau bersama keluarganya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Shah Alam Sabtu lalu semata-mata untuk bertemu dan berkumpul bersama keluarga Abdul Aziz dan dua lagi adik-beradik yang lain sebelum Ramadan.

"Acara berkumpul beramai-ramai seminggu sebelum Ramadan menjadi tradisi keluarga kami sejak turun-temurun.

"Dalam tempoh tersebut, kami akan bergotong-royong membersihkan kubur emak dan ayah dan mengadakan jamuan makan malam," katanya sambil menyatakan perasaan amat terkilan tidak sempat menemui Abdul Aziz sejak tiba di Shah Alam kerana bercadang menemuinya malam tadi.

Sementara itu bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ch'ng Toh Eng ketika ditemui malam tadi menyifatkan Abdul Aziz sebagai rakan seperjuangan yang mudah mesra dan rapat dengan orang bawahannya.

"Saya kenal beliau sejak 1980-an. Beliau rapat dengan para nelayan di Kuala Selangor dan amat bertimbang rasa dan selalu membantu golongan miskin," ujar Ch'ng.

Sementara itu Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap Abdul Aziz sebagai mentor beliau dan kehilangan pemimpin itu sukar diganti.

"Allahyarham adalah seorang yang mempunyai 'very cool minded' dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri," katanya.

Perkara yang sama ditekankan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sedih dengan kehilangan beliau.

Sharpshooter :- Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Siapa tembak siapa? Bolehkah orang bunuh diri sendiri tembak dua kali?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Misteri kematian mantan Adun

Posted: 03 Aug 2010 08:32 PM PDT



Dari Pahang Daily Online

Seluruh negara dikejutkan dengan "kematian misteri" bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan bekas pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, dalam sebuah kereta di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh semalam.

Apa tidaknya, kematian kedua-dua mereka yang sebelum ini dipercayai akibat kemalangan jalanraya itu tiba-tiba bertukar pula apabila hasil bedah siasat yang diperolehi menunjukkan mereka mati akibat "ditembak". Ini berikutan pihak polis menjumpai satu kesan tembahan pada tubuhya dan dua lagi tembakan pada wanita terbabit.

Maknanya terdapat tiga tembakan daripada sepucuk pistol yang dijumpai dalam kenderaan terbabit. Malah, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber.

Apa yang menjadi misteri kita ialah apakah kedua-duanya membunuh diri atau ada perbuatan jenayah daripada individu lain?. Jika mereka membunuh diri, maknanya mereka menembak sesama sendiri dan apakah motifnya.

Kedua-duanya sudah mati namun persoalannya apakah yang menjadi punca mereka membunuh diri?. Apakah terdapat "skandal cinta tiga segi" dalam hal ini. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO ramai yang menjalinkan hubungan terlarang itu sejak sekian lama.

Ramai pemimpin yang mempunyai "skandal" masing-masing yang disimpan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan diketahui oleh isteri masing-masing. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam bagi mengelakkan rahsia tersebut pecah atau terbongkar.

Maka itulah mereka terkadang terpaksa mengambil jalan pintas termasuk "membunuh diri". Inilah hakikat yang berlaku dalam kebanyakkan kes seperti ini sebenarnya. Jika tidak, masakan seseorang itu boleh membunuh diri dalam keadaan yang penuh misteri dan cukup mencurigakan?.

Jika selama ini, puak-puak UMNO BN menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "Pembantu Peribadinya" Si Saiful Bukhari Azlan. Kini, terbukti bahawa tuduhan tersebut akhirnya "memakan diri" sendiri.

Malah, lebih mengejutkan kematian misteri Datuk Aziz dengan Pembantu Peribadinya itu adalah dilarang Islam iaitu "membunuh diri". Maka fikirkanlah hikmah disebalik kejadian ini.

[Sebagai pengajarannya, kepada mereka yang bergelar pemimpin, bakal pemimpin atau mereka yang mahu menjadi pemimpin jauhi "skandal". Ia bukan sahaja akan memberi masalah malahan menyebabkan karier politik serta kerjaya seseorang itu boleh tercalar.

Tambah memeritkan lagi bilamana terjadi kejadian "bunuh diri" atau "dibunuh" seperti ini. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Mungkin dengan isteri dan orang disekeliling termasuk rakyat kita boleh tipu, tetapi dengan Allah?.

Oleh itu, ambillah peringatan dan jangan sesekali mewujudkan skandal dalam diri masing-masing jika benar ingin berjuang dengan ikhlas untuk membela agama, bangsa dan negara.

Skandal sebenarnya bukan berlaku dikalangan pemimpin UMNO BN sahaja, malahan turut melibatkan pemimpin pembangkang juga. Ini kerana ia berkaitan dengan masalah peribadi dan bukan milik mana-mana parti politik. Berhati-hati dalam setiap gerak geri serta tindakan anda].


Sharpshooter :- Al-Fatihah...yang pasti mereka pergi tak kembali...Allah Maha Mengetahui...Apa sebenarnya yang terjadi....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Surat Cinta buat PM

Posted: 03 Aug 2010 08:16 PM PDT

4 Ogos 2010 - Pagi ini sahabat-sahabat pengikut setia telefon,
mengapa tidak boleh buka blog Sharpshooter...
rupa-rupanya ada masalah...entah malaun mana la punya kerja tu...
walaubagaimana pun..Alhamdulillah..dengan bantuan anak sharpshooter
yang pakar it..Sharpshooter kini dah hidup semula..Takbir...









Surat cinta buat Perdana Menteri
Infinitikasih

Buat Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti pula di luar negeri,
doa semoga diselamat Ilahi,
bahagia bersama anak isteri.

Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti di mana tidak diketahui,
sedang rakyat susah sana sini,
datuk pula bercuti di luar negeri.

Cuti-cuti Malaysia kempen diberi,
rakyat jelata jangan membaziri,
semua ada di Malaysia ku cintai,
tapi Datuk Seri bercuti di luar negeri.

Tatkala Datuk sedang romantis bercuti,
hadiah 5 dalam 1 telah diberi,
minyak gula dan gas ditarik subsidi,
katanya, bukan harga dinaiki,
tapi penyelarasan subsidi.

Rakyat kampung diam sepi,
memikir apa makna penyelarasan subsidi,
sedang kabinet tersenyum hepi,
rakyat telah ditipu lagi,
sedang PM bercuti di luar negeri.

FDI merudum diam la diri,
Tib-tiba adik Datuk Seri bagi pendapat sendiri,
apa dia tau hanya ceo CIMB,
nak jadi juru cakap Datuk Seri,
kepimpinan dinasti Najib al-Maliki.

Tembelang PKFZ sudah dijumpai,
Cxxa MCA kepala pencuri,
sedang Umno ditipu lagi,
rakyat pula terus dibodohi,
tapi Datuk Seri bahagia bercuti,
bercuti pula di luar negeri.

Sedang PAS DAP bersatu hati,
Umno terus mencemburui,
perpaduan Melayu jadi misi,
tapi PAS serik ditipu lagi.

Sedang rakyat sengsara hati,
merasa tawarnya kopi,
naik basikal mencari rezeki,
dapur kayu membakar api,
Sedang Datuk Seri pergi bercuti.

Curi pasir menjadi-jadi,
Selangor Penang ditunding jari,
apabila sudah kaya si kroni,
maka RTM tv3 mula mensensasi,
sedang ini projek Umno beri,
rakyat tersilap marah PKR DAP.

Pening sudah rakyat memerhati,
sosial ekonomi tak menjadi,
termenunglah mak cik siti,
menunggu pencen arwah suami,
300 sebulan menggigit jari.

Rakyat terus memerhati,
melihat kerakusan kabinet Datuk Seri,
gila talak tidak sudah lagi,
cukup Perak, Penang Selangor dimimpi,
tapi rakyat tidak bodoh lagi,
Datuk Seri pergilah bercuti.

Pulang nanti membawa isteri,
jangan dilupa duit rakyat beri,
akan dituntut suatu hari nanti,
untung rugi tanggung sendiri,
jangan dikata rakyat tak mengenang budi.

Wahai Perdana Menteri Datuk Seri,
jasamu ku kenang sampai ke mati,
tukar kerajaan bukun kerana sakit hati,
tapi amalan demokrasi jadi tradisi,
cukuplah parti perdana menteri,
cap kopi kapal api tidak diminati.

Kerajaan baru bakal dinanti,
kita lihat dan perhati,
revolusi dan transformasi bakal direalisasi,
Malaysia tercinta terus memacu ekonomi.

Sekian dari suara hati,
jangan disekat dengan akta menteri,
moga terus kekal ukhuwah ini,
Salam revolusi dari rakyat Datuk Seri,
Pakatan Rakyat membawa transformasi.

Infinitikasih,
Mafraq, Jordan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: