shalehudin |
- Umno ni tak dak kerja lain dah
- Zahid: Buktikan atau letak jawatan
- Mana peliknya Raja Azmi ditahan Polis
- Awat yang lembab sangat ni
Umno ni tak dak kerja lain dah Posted: 20 Aug 2010 04:14 AM PDT Aku bukan nak menuduh Umno ni kaki fitnah membuta tuli, tapi kalau depa setakat main tuduh tuduh kemudiannya menyorok tanpa bukti, itulah fitnah namanya. Umno kata negara Islam tapi fitnah dah jadi amalan. Umno kata Islam pegangan mereka tapi fitnah masih dibiar sebagai tuan. Dengarnya Ulama dah berpuloh orang yang join, tapi masih lagi fitnah bermaharaja lela. Terbaru ni pulak isu khutbah yang jugak merupakan fitnah terbaru Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Tujuan fitnah ini disebarkan adalah mudah, untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan depa lemparkan tapi nyata pembohongan semata mata. Zahid selaku imam besar Umno Pulau Pinang menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mengarahkan nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Benda ni serius kerana melibatkan nama Yang di-Pertuan Agong. Mustahil sangat sebagai kaum Melayu Islam, rakan rakan dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang sanggup menggali lubang kubur sendiri. Katakan saja Umno sudah terdesak sehinggakan fitnah sebegini pun menjadi mainan. Malah tidak hairan jika sekiranya lebih banyak fitnah yang bakal dicipta demi sebuah kuasa. |
Zahid: Buktikan atau letak jawatan Posted: 19 Aug 2010 09:00 PM PDT Bukan main riuh rendah lagi Zahid Hamidi punya buat kecoh. Benda tu tak tau lagi pun betoi ka dak, yang dia dah kipas kuat dah. Penuh akhbar akhbar online yang siarkan hentaman Zahid ni. Aku pun naik terpacak telinga, ingatkan dah konfom betoi. Aku pun dok ingat dah, pasang la Guan Eng kali ni, kalau betoi kes ni dan ada bukti yang kukuh Guan Eng terlibat, ber"ketua menteri" baru la Penang. ************************** KEPALA BATAS: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Seterusnya.... Rupa rupanya Zahid main serkap jarang. Benda ni tak ketahuan kepala ekoq lagi betoi ka tidak. Guan Eng pun tau benda ni sensitif bagi umat Melayu. Dia betoi betoi bodo la kalau dia berani sentuh bab ni. Dia betoi betoi bangang la kalau betoi arahan dia nak suruh boh gak nama dia ganti Agong dalam khutbah. Zahid kena buktikan atau letak jawatan sebagai menteri. ************************** PETALING JAYA, 19 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya," kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini. |
Mana peliknya Raja Azmi ditahan Polis Posted: 19 Aug 2010 07:00 PM PDT Heboh dikebanyakan blog blog aku tengok bila Isteri Jailani, Raja Azmi ditahan polis selepas buat satu laporan Polis kelmarin ni. Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil. Kita kena tau yang Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil. Mana ada peliknya, Polis jalankan tugas depa saja. Jangan kita lebih lebih pulak nak sensasikan berita ni. Bagi peluang Polis buat kerja sama. Dah Raja Azmi dok dalam senarai yang dikehendaki, dia kena tahan dulu la nak selesai kes yang lama. Penahanan ni pun bukan sangkut dengan kes penceraian Roslin Hashim. Tapi heran gak Polis Malaysia boleh tunggu lama nak tangkap Raja Azmi ni. Payah sangat ka nak kesan Raja Azmi yang popular ni? Awat yang nak kena tunggu sampai Raja Azmi pi balai baru nak boleh tahan. Tak ka ni akan jadi isu dan menjatuhkan reputasi pihak Polis dimata umum. Kes kecik macam ni pun boleh jadi haru habih. |
Posted: 19 Aug 2010 05:00 PM PDT Kenapa sijil penghalalan hotel hotel ni lembab sangat? Apa yang tak kenanya? Apakah kita lupa yang berlambak Melayu yang mengaku Islam hari hari terpaksa guna servis hotel hotel ni untuk menginap sekali gus menjamah masakan mereka? Kita tak tau la berapa ramai dah yang telan makanan yang berstatus was was ni bila proses pensijilan mereka ni lembab. Kita ingatkan semasa proses pembinaan lagi sepatutnya status halal haram ni perlu diwajibkan dah. Kan ka kita ni negara Islam? Pasai apa tak tekankan awai awai penubuhan? Aku tak sedap dengar bab ni (Nurhamizah berkata JAIS amat berharap agar hotel yang masih belum mendapatkan sijil halal agar berbuat demikian demi kepentingan semua pihak.) Banyak lagi rupanyaaa.... ************************************* 5 lagi hotel dapat sijil halal JAIS SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengeluarkan lima lagi Sijil Halal kepada hotel di Selangor sebagai panduan buat umat Islam khususnya untuk berbuka puasa. Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata lima hotel itu ialah Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Hotel Carlton Holiday Shah Alam, Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Klang. Beliau berkata, sehingga hari ini 22 hotel di Selangor sudah mendapat sijil halal JAIS. "Kami harap umat Islam lebih peka memilih hotel yang mempunyai sijil halal supaya tidak tertipu dengan pakej buffet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel yang tidak mempunyai sijil halal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehubungan itu, Nurhamizah berkata JAIS amat berharap agar hotel yang masih belum mendapatkan sijil halal agar berbuat demikian demi kepentingan semua pihak. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan